rahsia disebalik corak pada baju T


*comel tak??


hello.hari ni da rahsia lagi aku nak share dengan korang.korang taw tak lukisan pada baju korang pakai sehati-hari mempunyai pelbagai rahsia yang tersirat mesti korang tak tahu kan.mungkin pada kamu rasa biasa tau untuk suka2.tetapi bagi yang melihatnya,ia secara tidak langsung menterjemahkan imej atau peribadi korang yang sebenar nya..semua tidaklah seratus peratus betul.kalau betul pun anggap jek la kebetulan sahaja.


jum kita sama2 rahsia di sebalik corak pada baju T.

Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan Unik
Korang gemar memakai baju T yang mengambarkan tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang, Kuala Terengganu. Ini menunjukkan korang sukakan kegiatan pengembaraan yang adventure. Di samping itu korang juga diterjemahkan mempunyai peribadi yang berani dan tegas. Bersesuaian dengan kegemaran yang suka mengembara, korang memang tidak suka mendiami sesuatu tempat dalam masa yang lama. Korang juga seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam.


Gambar Personaliti Yang Disanjungi Atau Kumpulan Rock

Sudah menjad perkara biasa bagi remaja memakai baju T dengan gambar personality atau artis popular sama ada dari dalam atau luar negara seperti Limp Bizkit,Nsync, XPDC dan sebagainya. Korang digambarkan sebagai seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang tertentu sahaja. Korang juga tidak pernah gentar atau peduli apa orang lain fikir mengenai kamu. Kalau korang gemar memakai baju T dengan gambar heavymetal, korang merupakan seorang yang nakal dan degil. Kamu megah dengan sikap demikian. Kalau korang suka gambar kumpulan baru yang popular, ia menggambarkan korang sukakan sesuatu yang baru. Lain pula kalau korang suka gambar personaliti yang terkenal menunjukkan korang seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.


Gambar Iklan

Ini menggambarkan korang seorang yang mudah mesra dan peramah. Dalam kehidupan seharian pula, korang seorang yang terlalu cerewet dan berhati-hati terutama dalam soal kewangan dan perbelanjaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa korang seorang yang kedekut. Dalam soal berfesyen, korang merupakan seorang yang simple dan tidak suka warna-warna kilat yang gemerlapan. Jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan kamu sebagai seorang yang ketinggalan zaman.


Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan

Seseorang yang memakai baju yang mengandungi logo atau lambing perniagaan, korang dianggap seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain dalam pelbagai hal. Korang juga sangat mementingkan status dan sangat pemilih terutama dalam memilih rakan untuk bergaul. Namun tertanam juga sifat positif iaitu kamu juga sebenarnya sangat berbudi bahasa dan suka tolong menolong, tetapi sesama lingkungan korang sahaja.


Gambar Kolej Atau Universiti

Jika korang seorang pelajar di kolej tersebut, menunjukkan korang benar-benar menghargai kolej korang. Sesuailah sekiranya korang menjadi pelajar kolej tersebut kerana ia menandakan korang seorang yang sangat menghargai ilmu pengetahuan. Korang juga sangat menghargai status dan taraf sosial.


Lukisan Tangan

Korang digambarkan sebagai tergolong dalam masyarakat yang sangat mementingkan rumah dan keluarga. Korang juga seorang yang sangat artistik, peramah dan suka mendapat perhatian. Malah korang mempunyai citarasa yang tinggi dan tidak suka berahsia.


Gambar Dengan Warna Neon

Korang sebenarnya ingin menjadi tumpuan. Korang mahu masyarakat di sekeliling sentiasa mengambil berat tentang diri korang. Individu yang gemar memakai baju T seperti ini digambarkan seorang yang banyak bercakap, periang, popular dan sentiasa mahu menjadi tumpuan. Rakan-rakan sekeliling korang juga begitu memerlukan kamu. Tapi berhati-hati. Jangan sampai ada yang cuba mengambil kesempatan dari korang


Tertulis Dengan Kata-kata Jenama Atau Kartun

Korang digambarkan sebagai seorang yang murah hati dan sentiasa bersedia menolong mereka yang amat memerlukan. korang tidak pandai menyimpan rahsia dan sering bersikap terbuka. Korang juga sangat menggemari dunia hiburan, sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka mengkaji kehidupan yang penuh kegembiraan. Dari segi pergaulan, korang senang diajak bergurau dan berjenaka. Tak mudah ambil hati atau merajuk.


Kemeja T Yang Ketat

Jika korang suka memakai kemeja T jenis ini, korang digambarkan sebagai seorang yang sentiasa dahagakan pujian dari orang lain, seorang yang out-going dan sukakan kehidupan yang happy go lucky. Korang jarang menunjukkan imej kamu yang sebenarnya. Walaupun demikian, dalam urusan kerja kamu lebih suka untuk melakukan dengan sempurna.


Kemeja T Kamu Longgar Dan Koyak

Korang benci sikap hipokrit. Kamu seorang yang emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa pun. Apa yang dilihat itu yang sebenarnya mementingkan keselesaan dan kesejahteraan dalam hidup korang.


Baju T Kosong

Jika korang sukakan kemeja T kosong tanpa sebarang gambar hiasan atau berwarna lembut, ia menunjukkan korang suka bersendiri dan berahsia. Apa sahaja rahsia yang korang terima, hanya korang sahaja yang mengetahuinya. Walaupun demikian, sikap korang sangat terbuka dan sentiasa menerima teguran dari sesiapa sahaja. Korangbersikap agak ketinggalan dan lebih suka memerap di rumah


1 comment:

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)