Kau, Aku Punya!



Pertukaran tajuk dari Hanya Dia ke Kau, Aku Punya!
SAMBUNGAN BAB 1
***********
Humaira mengetuk dedaun pintu rumahnya beberapa minit Puan Hasnah membuka pintu. Muka anak gadisnya di pandang sayu. Segara Humaira membuka kasut sekolah , Humaira benar-benar keletihan. Langkahnya longlai menuju ke sofa empuk. Rumah banglo dua tingkat tu di diami oleh ibu dan bapanya serta Mak Tun sebagai pembantu rumah. Humaira mencampakkan beg galasnya di sisinya. “anak ibu kena denda lagi ke.” Teka ibunya terkena pada sasaran. Ibunya sudah lali sikap anaknya begitu rupa , jika di larang rajuknya berpanjang ,jika di biarkan kesian kepada anak. Humaira hanya mengangguk perlahan. Jam di dinding sudah menunjukkan 4 petang. “dah la tu, pergi tukar baju. Semacam dah bau anak ibu ni.” Pantas Humaira menghidu dirinya. Benarkah badannya sudah berbau. Humaira memuncungkan mulutnya. Ibunya hanya tersenyum gelagat anak bongsunya.
“okeyla ibu ,Maira naik atas dulu.” Tangan Humaira mencapai beg galas berwarna hitam berjenama Body Glove. Humaira mendaki anak tangga satu demi satu dan terus ke biliknya “Kak Tun , nanti selepas Maira siap mandi. Hidangkan dia makanan. Mesti Maira tak makan lagi.” Ujar Puan Hasnah kepada pembantu rumah yang sibuk mencuci pinggan mangkuk. Mak Tun sekadar mengangguk. Hampir 25 tahun Mak Tun berkhidmat di rumah banglo tersebut.
***********
“Maira!” teriak Diana mengejutkannya. Maira mengalihkan pandangannya kearah Diana yang duduk sebelahnya. “kau termenung sampai mana dah oh Cik Maira .”
“mana ada aku termenung pun la.” Maira berdalih. Hari kelima dia terpaksa mengerah tenaganya membersihkan dewan makan asrama. Diana di sisinya tersenyum simpul. Dia kenal sangat dengan Sera Humaira Binti Ahmad Luqman, 4 tahun lebih dia mengenali gadis berkacukan Brunei dan Filipina.wajahnya putih gebu terselit lesung pipitnya memukau setiap memandang. Pada Humaira cukup sukar senyum menampak lesung pipit. Humaira pernah cakap lesung pipitnya mahal untuk diperlihatkan. Potangkan badannya ideal yang menjadi kegilaan perempuan yang ingin kelihatan cantik. Padanya cantik itu subjektif, semua orang dilahirkan cantik ,kan?
Tubuh sasa seorang lelaki telah melindung pandangan ke arah luar kelasnya. Siapa lagi kalau bukan Syafiq Iskandar. Sedaya upayanya memujuk Humaira berbaik dengannya kembali. Humaira buat tau. Malas dia nak fikirkan. Mata Iskandar bermain dengan Diana yang duduk bersebelahan dengan Humaira. Diana tahu pasti Iskandar nak duduk di tempatnya. Segara Diana bangun ,belum sempat Humaira mencapai tangan Diana supaya kekal di tempat duduknya. Humaira merengus kecil sebaik sahaja Diana duduk di sebelah Zulhelmi.
“Humaira sayang, kau nak berhenti merajuk dari aku? “ tak berkelip mata Humaira apabila perkataan “sayang” luncur di bibir lelaki itu. Sesedap hati sesedap rasa nak panggil aku sayang ek.
“suka hati aku nak majuk sampai bila pun, asal sibuk sangat. Pergi lah balik tempat kau tu. Nanti cikgu masuk kata apa lak.” Ingin saja Humaira menolak badan sasa lelaki di sebelah. Humaira peduli apa nak jadi pun. Humaira segara mengeluarkan buku teks matematik tingkatan 5 berserta buku latihan. Dia buat tak tau pada Iskandar. Iskandar mengalihkan pandangannya ke arah Humaira leka menekan kalkulator. Iskandar menongkat dagunya sambil memandang seraut wajah mulus Humaira tiada kesan paruh jerawat di muka Humaira.
“kau ni dah tak da kerja lain ke , asyik pandang muka aku yang comel ni .” terhenti tangannya untuk menulis. Sekuntum senyuman terukir di bibirnya. “kau dah siap ke kerja sekolah math ni.” Iskandar menggeleng saja. “pergi lah ambil , kita buat sama-sama. Aku pun dah pening ni.” Segara Iskandar mengangkat punggungnya kea rah mejanya lalu menyelokar laci meja dan mencapai buku matematik. Tersenyum bahagia Iskandar . kemesraan mereka di perhati seseorang di dalam kelasnya. Sebuah jelingan tanda memcemburi dengan Humaira dan Iskandar.

**********
“sudah la tu Maira , biar Abang Shahrul buat nanti.” Shahrul merupakan pekerja Dewan Makan Asrama sekolahnya. Humaira mengangkat pinggan mangkuk dan cawan-cawan yang di tinggalkan oleh pelajar . Humaira sekadar malas dia nak membahas dengan Shahrul. Shahrul sedang membasuh pinggan mangkuk.
“tak pe lah abang. Nama pun kena denda. Kena lah buat. Sapa suruh Maira cari pasal.”
“hari ni cukup seminggu kan Maira dengan Is kena denda.”
“ikutkan tu hari ni la, tak tau la kalau cikgu nak tambahkan lagi denda kitaorang ni. Penatnya”
“kecian, abang tengok Maira macam ni. Selepas ni tak payah duk nakal-nakal sangat dalam kelas tu. Tiap-tiap minggu kena denda. Kecian la sama kat badan Maira tu.”
Humaira hanya mampu sedekahkan senyuman pada Shahrul.
“jum balik.” Sergah Iskandar dari belakang. Humaira terpinga-pinga. “tugas kita dah selesai.” Syukur alhamdulilah , akhirnya tamat juga khidmatnya di dewan makan ni. Humaira membersihkan tangannya di sinki. Iskandar sudah jauh meninggalkan ke hadapan.
“okey la abang , Maira balik dulu.”
“hati-hati tau.” Humaira berlari anak ke kerusi lalu mencapai begnya dan mendapatkan Iskandar di pintu pagar kecil.
“asal kau berhenti dekat sini, kau nak tunggu sapa lagi ni.” Tanya Humaira .
“kau la. Sapa lagi , jum balik dengan aku. Aku bawak kereta hari ni.” Ternganga Humaira.
“tutup mulut tu , ti lalat masuk lak. Tak payah nak buat muka terkejut macam tu. Aku ada lessen la. Kau tak payah risau oke.” Lega hatinya dengar. Mana tidaknya . mereka baru umur 17 tahun. Tiba-tiba mamat tu bawa kereta, buatnya jadi apa-apa nanti tak ke susah namanya. Humaira hanya mengekori Iskandar segera iskandar membuka kereta Myvi berwarna putih. Humaira terus memasuki dirinya dalam perut kereta.
“kereta kau ke.” Soal Humaira setelah lama diam. Pemanduan Iskandar seperti biasa. Seolah-olah sudah berpengalaman.
“tak la. Ni kereta abang sepupu aku la, dia kan sekarang dekat Singapura. So aku guna la daripada bersadai kat garaj tu.” Masing-masing diamkan diri. Sehingga la tiba di rumahku.
Sebelum Humaira melangkah kaki keluar dari perut kereta tu. “thanks. Nanti rajin hantar lagi.” Iskandar memerhati lalu diberikan senyuman terserlah lesung pipit pada sebelah pipi kanannya. Lesung pipit tiriuan! Bukan semula jadi tapy akibat kena cakar dengan kucing masa kecil dulu. Entah la apa yang buad sampai terwujud lesung pipit tu. Alahai, kau tak payah senyum sampai macam tu. Nak luruh jantung aku tau tak , Syafiq Iskandar Bin Abdul Rahman. Pantas gadis kecil molek itu melompat dari perut kereta milik lelaki tu sambil melambai-lambai sebelum kereta itu lihat dari pandangan . Hatiku berbunga riang.
*********


BAB 2
“Is , petang nanti kita ada perjumpaan kelab tau .” Tarmizi menepuk bahu Iskandar yang sedang memandang keliling koridor sekolahnya. Iskandar hanya membisu lagipun dia memang tak lupa tentang perjumpaan kelab pada sebelah petang ni. Kalau Iskandar tak datang mesti kena bising dengan Puan Aishah. Iskandar memegang jawatan bendara manakala Tarmizi AJK Tingkatan 5 dalam kelab majalah sekolah. Tanggungjawab memegang jawatan bendara memang sukar terpaksa menyimpan rekod dan stok harta persatuan, memungut dan menyimpan penyata pembayaran yuran dan sebagai. Hampir 2 tahun Iskandar menyandang jawatan itu. Dia mengeluh kecil. Tarmizi sudah lama hilang dari pandangannya.
“hai , Is .” seseorang menyapanya. Dia amat kenal dengan suara itu. Iskandar tidak memberi sebarang respon. Malah hanya membatu. “Is , awak okay ke tak ni , Aira tengok dari tadi asyik murung je. Ada masalah ke?” bertalu soalan dari gadis kelahiran Kuala Lumpur itu. Nur Aira , gadis itu memang popular di sekolahnya pelbagai acara di anjurkan pihak sekolah pasti dia melibatkan diri semata-mata untuk menunjukkan kebolehannya pada lelaki dia minatinya , Syafiq Iskandar .
“aku okey je lah.” Balas Iskandar nada yang kasar. Dia benar-benar rimas pabila Aira berdiri disebelah biarpun mereka satu kelas yang sama. Perangai Aira seperti kebudak-budakkan. Aira menarik mukanya.
“hai Is. Petang ni kau datang ok. Kalau tak datang , siap la aku kerjakan .” terkejut Aira apabila Humaira datang entah dari mana boleh berdiri sebelah Iskandar . Humaira melakarkan senyum kea rah Iskandar . “ jangan risau okey , nanti aku datang la.” Iskandar tidak menghiraukan Aira disebelah kirinya. Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Iskandar dan Humaira jalan beriringan memasuki kelas mereka. Api cemburu meluap-luap di dalam dadanya.
*****
“eh , kau ni apahal hah.” Sergah Aira kepda Humaira. Pada itu Aira bersama-sama pengikutnya Jun dan Laila. Humaira hanya keseorang di dalam kelasnya. Yang lain semua sudah beredar ke kelab masing-masing.
“asal dengan aku ? aku okey je lah.”
“kenapa kau kacau aku tengah dating dengan Iskandar . kau sajakan nak kacau kitaorang.”
“laa.. korang dating ke? Aku nampak tu macam tak happy je masa “date” dengan kau. Btw sejak bila korang couple, Is tak pernah cerita apa-apa pun kat aku. Kau tak payah la buat cerita macam tu okay. Sebelum Is mengamuk baik kau tutup mulut kau ni. Selagi Is tak isytiharkan yang berdua ni couple , jangan berani cakap pasal dating oke. Aku chow dulu.” Humaira meninggalkan mereka begitu saja. Malas dia mencari port untuk gaduh.
‘tak pa kau Humaira. Macam cara pun aku akan dapatkan balik Iskandar aku la. Walau macam cara pun Iskandar pasti melutut dekat aku suatu hari nanti.’ Monolog Aira sendirian.
******
Humaira membuka peti sejuk lalu mencapai sebiji buah epal hijau. Mak Tun hanya memerhati gelagat aku. Humaira melabuh kan punggung di atas kerusi. Mak Tun sedang lap meja memandang Humaira mengunyah buah.
“ibu balik bila Mak Tun , bosan la. Sunyi aje rumah bila ibu tak da.” Soal Humaira kepada pembantu rumahnya. Sebaik sahaja dia pulang dari sekolah selepas perjumpaan , ibunya sudah tiada di rumah. Ibu ,pasti di butiknya. Alahai bosannya.
“entah lah , Mak Tun pun tak pasti la Maira , selalu time macam ni dia dah balik .” Humaira hanya diam. Jam tangannya di belek menunjukkan pukul 5.45 petang. Humaira melangkah kakinya kea rah pintu kecil . lalu dia keluar dari pintu itu ke taman belakang rumahnya. Dia mendekati buaian lalu dilabuhkan punggungnya yang di sediakan oleh keluarganya. Humaira menghirup udara segar.
“Assalamualaikum.” Tetiba seseorang member salam. ‘Waalaikumussalam’ ucap aku dalam hati. Aku segera memandang kepada pemilik suara tu. Dia masih di muka pintu dapur. Aku mengukirkan senyuman. Haris sepupu aku di sebelah ayahku. Haris bergerak kea rah lalu mendapatkan tempat di atas buaian bersamaku. Haris merupakan anak tunggal dalam keluarga Pak Ngahnya.
“ abang Haris dari mana ni . tiba-tiba je muncul depan pintu.” Humaira memaling mukanya kea rah Haris.
“abang dari studio. Lepas tu teringat Maira , tu yang abang sini.” Mak Tun datang menatang dulang kea rah mereka. Haris mencapai gelas berisi kan air oren itu. “ terima kasih , Mak Tun.” Ujarnya sebelum Mak Tun beredar ke dapur semula.
“Maira.. abang nak minta tolong Maira sikit bole tak. Tapi abang tak paksa tau.”
“Tanya aja lah.” Apasal dengan Abang Haris ni . nak Tanya pun kena minta izin dulu ka?
“Maira nak tak jadi model kat studio abang.”
“hah? Model ?” haris mengangguk iya. “ ala tak nak la. Geli ar make up- make up ni. Abang minta la model yang cun-cun kat ibu. Ibu kan buka butik pengatin mesti dia ada model yang cun and meletup punya.”
“ memang la, kalau macam tu baik abang guna model abang sendiri dik oit. Tak nak tak pa la. Abang Tanya je .” nada suara haris makin mendatar. Alahai merajuk la pula. Tak suka la ada orang merajuk macam ni. Macam mana mau pujuk kalau macam ni.
“okay. Maira follow apa abang minta tu. Tapi sekali ni je tau.” Berubah wajah Haris. Hatinya berbunga riang. “okay promise.” Pantas Haris mengukir senyuman . comelnya Abang Haris senyum macam tu. Gedik la kau

Humaira duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan ibunya yang tengah menonton televisyen sambil membelek Majalah Keluarga. Sesekali Humaira memandang ibunya.
“Mak Tun cakap , Haris ada datang sini, dia jumpa Humaira ke?” Puan Hasnah memandang seraut wajah anak bongsunya sedang khusyuk menghadap laptop. Humaira sekadar menangguk sahaja.
“Abang Haris minta tolong Maira jadi model dia , model baju tradisional.”
“habis tu Maira terima lah tawaran abang Haris tu.”
Segera Humaira mengiyakannya. “ibu , jangan la risau okay. Maira just nak tolong Abang Haris aje. Hari ini Maira tolong Abang Haris, esok lusa ada masalah dia tolong Maira. Lagipun kan bu, dia bukan orang lain pun. Sepupu Maira juga ,bu .” Maira merapati ibunya sambil memeluk bahu wanita itu. Sebuah senyuman diutuskan oleh Maira. Senang hati melihat anak gadisnya yang ini. Puas dia melayan telatah Maira dari kecil sehingga ke besar.
“Makin cantik anak ibu sekarang.” Puji Puan Hasnah.
“tak payah la , nak puji-puji. Nanti kembang tak sudah. Dah lah. Bu, Along dengan Kak Ngah tak balik ke? Rindu la dekat diaorang.” Kepala Humaira melentok ke bahu Puan Hasnah. Abang sulung dengan kakaknya yang kini berada di UK. Abang sulung , Shahril Harith yang menyambung pelajarannya dalam ijazah manakala kakaknya , Sera Nuraini sedang mengambil Diploma bidang reka bentuk dalaman.
“Along lambat lagi balik la. Dia kan tahun akhir sekarang. Busy sikit. Kakak? Ibu tak berapa nak pasti , dia call bu hari tu , cakap nak balik. “ terang ibunya. Maira merengus kecil. Rindu dekat kakak dengan abangnya. Ada kalanya mereka chat di Yahoo! Messenger. Itu pun susah nak nampak batang hidung. Sibuk memanjang. Deruman bunyi enjin memasuki perkarangan rumah banglo dua tingkat itu. Terkulat-kulat Humaira bangun dari sofa.
“Ayah , dah balik!” terjerit Humaira. Ibunya hanya tersenyum. Suaminya sememang jarang ada di rumah. Suaminya seorang pakar doktor bedah di hospital kerajaan. Humaira menyambut ayahnya di muka pintu. Sejurus sahaja ayah menanggalkan kasut lalu di simpan dalam rak di sediakan. Tangan kuhulurkan untuk salam dengan ayahnya.
“kenapa ayah lambat sangat balik hari ni?” Humaira memaut lengan ayahnya sambil jalan beriringan ke ruang tamu.
“tadi apa ada urgent la kat hospital. Elok aje ayah nak keluar dari hospital tu, diaorang panggil cakap ada urgent. “ Puan Hasnah datang dari dapur meletakkan air seperti biasa dia lakukan kepada suaminya selepas pulang dari kerja. “dah pukul 11 lebih , Maira masih belum tidur.”
“Esok , weekend la ayah. Lupa la tu kan.” Humaira menarik muncungnya panjang. Pantas pipi gebunya di cubit oleh ayahnya.
Aaauuuwwww! “sakit la ayah, main cubit-cubit pipi pula. Nanti dah tak cantik anak ayah ni tau.”
“buat la lagi mulut muncung, dah macam mulut Donald Duck.” Sempat lagi ayahnya buat lawak tengah malam macam ni kan. Humaira menggosok-gosok pipinya tanda protes. Lama dia berborak dengan ayahnya malam semalam.

Bersambung :)
p/s: terima kasih baca , sebarang komen dialu-alukan. Peace :)