KAU AKU PUNYA VERSI 2- PART 4


KAU AKU PUNYA VERSI 2
PART 4

SERA HUMAIRA menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Nikmat. Hilang seketika penat dan rasa sengel-sengel pada tubuh badannya setelah seharian bekerja. Dia cuba untuk memejamkan matanya seketika itu.
            Tiba-tiba, dia teringat sesuatu. Dia mencapai kad yang masih bersampul di atas meja di sudut katilnya. Dia menyandar perlahan tubuhnya pada kepala katil. Dia mengeluh panjang apabila mengenangkan majlis tersebut akan berlangsung dalam waktu terdekat ini.
            Jika dia pergi, apakah akan berlaku? Bergumpal perasaan serba salah bersarang dalam tangkal hatinya sekiranya tidak menghadiri majlis tersebut. Bukan mudah untuk meluangkan masa seketika untuk hadir dan mampu mengimbas nostalgia pada zaman persekolahan dulu.
            Zaman persekolahan telah meninggalkan seribu satu memori yang indah mahapun berduka. Pada waktu itu, sahabat segalanya. Merekalah tempat mengadu nasib, tempat bercerita di kala senang. Tapi kini, semuanya lenyap selepas tamat persekolahan.
            Senyuman terlakar tatkala teringat dua sahabat karibnya iaitu Akma dan Dini. Semenjak masuk ke sekolah tersebut, mereka menjadi akrab sehingga guru-guru di sekolah mengelarkan mereka triple twins.
            Dini, seorang gadis periang dan selalu membuatkan kawan-kawannya yang lain tersenyum dengan telatah seperti kebudak-budakan. Tapi semuanya hilang apabila satu-satunya penjaga yang telah menjaga sejak kecil sehinggalah dia meningkat dewasa telah pergi menghadap Illahi. Lebih kurang sebulan kehidupan Dini tidak terurus dan menyebabkan Dini dipaksa berkahwin dengan lelaki tidak dikenali oleh mak saudaranya. Perkahwinan Dini tidak panjang apabila, gadis itu telah pun bercerai dan meninggalkan Malaysia bersama anak perempuanya ke Jerman.
            Rindu Sera Humaira pada rakan-rakan sekelasnya. Dia menarik nafas panjang apabila fikirannya mengimbas zaman kenakalannya. Tiba-tiba pintu bilik berkuak. Muncul Puan Hasnah di muka pintu. Kakinya melangkah ke dalam bilik dan mendekatinya anak gadisnya.
            “Mama ingat anak mama dah tidur. Senyap je,”
            Sera Humaira sekadar senyum sebelum membalas. “Tak lagi, nak rehat-rehatkan badan aje,”
            Puan Hasnah terpandang sekeping kad yang berada di atas katil lantas dicapainya. Perlakuan mamanya dibiarkan sahaja.
            Setelah puas Puan Hasnah membelek kad tersebut, wanita itu berkata. “Mama ingat sapalah yang kahwin tadi. Bila tengok kad bukan meriah lagi,”
            Benar cakap mama, kad tu mengalah majlis undangan perkahwinan lagi. Saja lah tu nak kasi gempak.
            “Kalau ikutkan tarikh ni, hujung minggu depan kan,” Puan Hasnah meminta kepastian sekali gus Sera Humaira menganguk tanda mengiyakan pertanyaan tersebut.
            “Mama, patut ke Maira pergi,” soal Sera Humaira dengan nada mendatar.
            Puan Hasnah mencari sinar di anak mata Sera Humaira, wanita itu tidak mengerti mengapa anaknya tidak mahu menghadiri majlis itu.
            “Kenapa? Maira tak nak pergi ke sayang,” soal Puan Hasnah lembut. Sera Humaira cuba menarik nafas panjang sebelum dia berkata sesuatu.
            “Maira dua hati. Kalau tak pergi, bila lagi Maira nak jumpa kawan-kawan Maira tapi kalau Maira pergi, risau hati Maira diduga lagi,” tuturnya jujur, dia tidak mampu lagi untuk menyembunyikan diri.
            “Ikutlah gerak hati kamu, Maira. Perkara sudah lepas tak perlu dikenangkan lagi. Setiap orang buat silap dia,”

LEMBARAN KERTAS KERJA berteraburan di atas meja. Syafiq Iskandar khusyuk menyiapkan kertas kerja tersebut. Lelaki itu tidak menghiraukan gadis bernama El yang berada di sofa. Fikirannya mula tertumpu pada kerjanya.
            Lagipun Syafiq Iskandar langsung tidak mengajak El ke pejabat tapi gadis tersebut beria-ria ingin ke pejabatnya. El melempar majalah yang berada di tangannya ke meja kopi tersebut. Majalah tersebut langsung tidak dapat menarik perhatian tatkala itu.
            El mengatur langkah ke meja Syafiq Iskandar, sejujurnya gadis itu kebosanan tahap kuasa sepuluh. Semenjak tadi, lelaki itu lebih banyak mengadap kerjanya daripada melihatnya dalam kebosanan.
            Gadis itu menarik kerusi di hadapan meja Syafiq Iskandar. Geram El dengan sikap lelaki itu langsung tidak mahu ambil tahu tentang dirinya.
            “Is….” Lelaki itu memaling seketika apabila nama disebut oleh gadis. “I bosanlah,”
            Syafiq Iskandar memberhentikan untuk beberpa minit dan memberikan ruang untuk El berborak. Melihat riak wajah El, memang ternyata gadis itu benar-benar kebosanan tahap maksimum. Bukan dia yang memaksa gadis itu ke situ tetapi gadis yang merelakan dirinya untuk datang ke pejabatnya.
            “Kan I dah bagitahu dengan you yang I sibuk hari ni,”
            “Ala… You tangguhlah kerja tu esok ke lusa. Teman I shopping please. I bosan sangat ni,” El separuh merayu.
            “No no no. Tak boleh I kena siapkan kerja ni sebelum esok. I risau benda ni tak siap aje,”
            El menarik muka masam serta berpeluk tubuh sebagai tanda protes. Syafiq Iskandar kembali meneruskan kerjanya yang masih tertunggak. Lelaki itu membiarkan El disitu tanpa dipujuk terlebih dahulu.
            ‘Mamat ni buat taktahu je kat aku, hampeh betul!’ merunggus El sendirian. Anak matanya melilau di sekitar meja milik Syafiq Iskandar. Pergerakan anak matanya terhenti di sampul berwarna putih. El memanjangkan tangannya untuk menggapai sampul tersebut. Telatah El dibiarkan oleh Syafiq Iskandar, malas dia hendak membantah sikap El.
            Sepatah demi sepatah dibaca oleh El dengan penuh teliti pada kad itu. Senyuman dibibir terukir penuh makna. Dia kembali memasukkan kad tersebut ke dalam sampul itu.
            “You pergi tak majlis ni nanti,” soal El dengan ceria. Syafiq Iskandar mengangkat kepalanya sedikit untuk memandang ke arah gadis itu. Syafiq Iskandar memang sampul berwarna putih di tangan runcing milik El.
            “Hmmm… tak pasti lagi,” lama lelaki itu berfikir.
            “Alah, kita pergi lah you. I dah lama tak pergi function macam ni. Pergi ye,” tutur gadis itu separuh merayu. Lama Syafiq Iskandar memandang raut wajah El. Apabila memikirkan tentang majlis itu, satu nama muncul ruang mindanya. Sera Humaira, pasti gadis itu turut serta.
            “I tak janji lagi. Kalau hati I rasa nak pergi. I pergi jelah,” Itu sahaja yang mampu Syafiq Iskandar. Dia khuawtir kehadiran, dia situ membuatkan ada hati tersakiti.
            “Alah, you ni tak sporting langsung. Kita pergi ye,” El menayang muka yang paling tercomel sekali untuk Syafiq Iskandar. Akhirnya, keluhan daripada Syafiq Iskandar terlafaz.
            “Okay. Kita pergi, tapi you kena janji dengan I jangan buat hal pulak dekat situ,” Syafiq Iskandar sudah tertewas dengan pujuk daripada El. Dia agak susah apabila dipujuk berulang kali.
            “Okay dear. I love you so much. I janji I tak nakal-nakal dekat sana nanti,” Berubah wajah El daripada moody terus ke mood yang lebih ceria. “Esok kita pergi shopping tau. I dah lama tak pergi event tau!”
            Syafiq Iskandar sudah menggeleng kepala dengan sikap El yang tidak pernah berubah. Masih sama seperti dulu. El sudah pasang angan-angan akan beli gaun untuk majlis itu nanti.
            ‘Wah! Tak sabarnya!’

DATIN MAZNAH menyusun langkah ke ruang tamu. Wanita itu memerhati susuk tubuh yang berbaring di atas sofa. Datin Maznah mencapai bantal segi empat tepat lalu menampar paha anak gadis yang sedang menonton televisyen.
            “Mummy ni, jealous sangat Ima tengah berehatkan,” rungut Shima yang sudah duduk bersila di atas sofa. Datin Maznah mengambil tempat di sebelah anak gadisnya itu.
            “Awal kamu balik hari ni. Ponteng kelas ke?” duga Datin Maznah.
            “Kelas Ima cancellah. Tak baik tau tuduh Ima macam tu. Kecik hati ni,” Shima mencipta ayat pasrah.
            “Tak payah nak buat muka seposen macam tu. Zaf tak balik lagi ke?” soal Datin  Maznah lagi.
            Shima mengangkat bahu tidak tahu. Matanya tertumpu pada drama pada waktu petang.
            “Mummy, girlfriend along tu lama ke tinggal dengan rumah kita,” Shima bertanya tanpa memandang wajah Datin Maznah.
            “Betul ke tu girlfriend along, Ima,” Datin Maznah menarik tangan anaknya untuk meminta kepastian daripada anaknya.
            “Entah, Ima teka jelah. Kalau bukan girlfriend sapa lagi. Takkan wife dia pulak,”
            “Mulut tu jaga sikit Ima. Mummy tak naklah menantu macam tu tak ada adab langsung,” luah Datin Maznah dengan tidak puas hati.
            “Kalau mummy tak suka tapi kalau along suka macam mana. Lama-lama nanti mummy kena terima jugak,”
            “Mummy tak kira. Mummy tetap dengan pendirian mummy okay,”
            Shima sudah mengeleng dengan sikap mummy yang tidak mahu di bantah. Bukan dia tidak tahu mummynya seperti itu. Apabila Datin Maznah inginkan putih, maka putih itulah pilihannya.
            Irah datang mendekati Shima dan Puan Maznah. Irah merupakan pembantu rumah itu.
            “Ibu, ada orang panggilan untuk ibu,” tutur Irah kepada Datin Maznah. Datin Maznah segera bangun ke meja yang mempunyai sebuah talian telefon. Dia mengangkat gagang tersebut.
            “Assalamualaikum,” Datin Maznah bersuara.
            “Waalaikumussalam,” si pemanggil menjawab. “Ni Hasnah, mama Maira,”
            “Mama Maira, ingat siapa tadi,”
            “Datin sihat ke? Dah lama kita tak berjumpa kan,”
            “Alhamdulilah sihat aje. Betul tu, dah lama tak jumpa,”
            “Saya ni menganggu Datin ke,”
            “Taklah, saya tak buat apa-apa pun. Cuma berehat dengan Ima,”
            “Is dah balik ke Malaysia ke?” soal Puan Hasnah.
            Datin Maznah melabuhkan kerusi kecil yang disediakan tempat letak telefon tersebut. “Is dah lama balik sini. Sekarang dia sibuk dekat pejabat,”
            “Oh macam tu, sebenarnya saya ni risau sikit pasal Maira. Yelah anak perempuan saya tu makin membesar. Takut-takut kalau ada orang masuk meminang dia je,” Puan Hasnah membuka cerita.
            “Saya pun ada fikirkan sebelum ni, takut jugak kan. Takpalah nanti apa-apa hal saya bincang dengan suami dulu. Rasa tak best pulak kalau tak bincang dengan dia nanti,”
            Shima memadah telinganya mendengar perbualan mummy. Keningnya makin berkerut apabila mendengar perbualan itu seperti ada sesuatu yang dia tidak tahu.
            “Mummy ada projek besar ke nak buat,” Ayat itu meniti dibibir gadis tersebut.

SERA HUMAIRA mengeluarkan kunci pintu rumah lalu berkuak. Penat seharian terpaksa menyelesaikan beberapa perkara di pejabat tadi.
            “Maira, dah balik,” luangan suara Puan Hasnah daripada dapur kedengaran.
            “No mom. It's a burglar who just happens to have keys to the front door,” kata Sera Humaira sebaik sahaja meletakkan kasut di dalam rak kasut. Dia melangkah masuk ke dapur.
            Sera Humaira menarik kerusi pada meja makan lalu dilabuhkan, beg tangannya di letakkan di atas kerusi sebelahan dengannya.
            “Mama masak apa tu,”
            “Pengat pisang, kegemaran Maira,” ucap Puan Hasnah. Gadis itu mendekati Puan Hasnah lalu dicium pipi penuh kasih.
            “Thanks mama,” Sera Humaira mencapai pisang yang telah digoreng yang berada di dalam pinggan. “Ma, Maira pergi majlis tu nanti. Nak jumpa Akma. Rindu sangat dekat dia,”
            Puan Hasnah mengukir senyuman apabila Sera Humaira telah membuat keputusan untuk pergi.
            “Baguslah tu. Bukan selalu nak jumpa Akma. Tambah pulak Akma tu jauh dengan kamu sekarang,” Sera Humaira membalas senyuman mamanya. Memang betul Akma bukan lagi tinggal di Semanjung semenjak mengikut suaminya ke Sarwak atas alasan bekerja.
            “Nanti Akma tinggal dekat mana bila, dia datang sini,” soal Puan Hasnah.
            “Hotel katanya,” jawabnya ringkas.
            “Kenapa tak ajak dia tidur kat rumah kita aje?” usul Puan Hasnah, wanita itu telah menganggap Akma seperti anaknya sendiri.
            “Maira dah cakap, tapi dia taknak. Katanya malulah,lagipun dia kan dah bersuami. Takkan nak tinggal suami dia macam tu je,”
            “Kawan baik kamu dua orang dah kahwin, kamu bila lagi Maira,”
            Sera Humaira mula tayang muka bosan apabila menyentuh tentang soal perkahwinan. Bukan tak nak sekarang ni tapi calon tu yang takada. Macam mana nak kahwin gitu.
            “Bila mama cakap pasal kahwin je, diam seribu bahasa. Bila cakap pasal kahwin, muka tu macam muka. Masam aje,” Sera Humaira sekadar mendengar apa yang disampaikan oleh mamanya malas dia nak membantah.
            “Sebelum mama terlupa, nanti Datin Maznah nak jumpa kamu,” kata Puan Hasnah yang baru teringat permintaan ibu kepada Syafiq Iskandar ingin berjumpa dengan anak perempuannya.
            “Datin Maznah?” melantun-lantun sebaris nama itu dalam fikirannya. Dia tidak pasti siapa yang ingin berjumpanya itu.
            “Sapa Datin Maznah tu, bunyi macam penting sangat je,”
            “Aik tak lupa dah. Itu ibu Iskandar. Dah lupa ke?”
            Hati Sera Humaira mula gundah gulana apa nama lelaki yang hampir luput dalam ingatan kembali menerjah kotak fikirannya. Lidahnya terkelu, tiada jawapan diutuskan. Cuma riak muka sebagai penghantar isyarat tatkala itu.
            “Takpalah mama, Maira naik atas dulu. Nak mandi,” bergesa-gesa Sera Humaira naik ke tingkat atas. Puan Hasnah menarik nafas panjang, risau memikirkan anak perempuannya itu.