MINI NOVEL: DIA, PILIHAN ATUK PART 2




MACAM MANA?” soal Zaini sedang menyedup air fresh orange. Zaini mengalih pandangan ke arah Izzat Imran yang memakaikan kaca mata hitam.
Lalu dia menjuih bibir. “Aku dah memang tak boleh nak bantah cakap orang tu. Aku kenalah ikut cakap juga,”
Izzat Imran membuang pandangan ke jalan raya. Fikirannya masih lagi tidak dapat menerima kenyataan bakal isteri seorang yang agak nerd pada matanya. Dengan memakai spek mata besar gedabak lepas tu dengan gigi besi. Tak sesuai langsung jadi bini aku.
“Eh, lupa aku nak bagitahu dekat kau. Fyra ada contact aku tahu tak. Dia cari kau,” Zaini bersuara teringat beberapa malam lepas, Fyra menghubunginya mencari di mana keberadaan Izzat Imran.
Izzat Imran mengeluh panjang. Satu lagi masalah belum selesai, Fyra. Sejujurnya dia masih belum membuat keputusan putuskan hubungan dengan gadis tetapi dia sengaja menghilangkan diri untuk beberapa hari ini.
“Pasal Fyra tu nanti biar aku jumpa sendiri dengan dia. Lagipun aku dengan dia still together,” tutur Izzat Imran sampai mengacau jus epal menggunakan straw.
Belum sempat, straw disisipkan ke bibir. Telefon bimbitnya berdering. Tertera nama Haji Jauhari di skrin. Izzat Imran menekan butang hijau pada telefonnya.
“Assalamualaikum, kamu dekat Izzat,”
“Waalaikumussalam, Izzat dengan Zaini sekarang ni Atuk. Ada apa Atuk,” Izzat Imran menyoal kembali kepada Haji Jauhari.
Mendengar daripada corong radio, suara Atuknya agak serius bila bercakap semenjak dia berinjak dewasa.
“Atuk nak kamu balik, salin baju,” Arahan tegas dikeluarkan. Izzat Imran tarik muka. Tukar baju? Nak buat apa. Jangan-jangan dia nak suruh aku nikah sekarang ke apa!
“Buat apa Atuk? Izzat baru aje sampai sini. Takkan nak suruh balik dah kut,” dalih Izzat Imran, Walhal dia dan Zaini hampir setengah di situ.
“Ini arahan Atuk. Atuk cakap balik sekarang, jadi kamu balik sekarang. Lepas tu ambil Anisa dekat rumah dia. Bawak dia pergi jogging. Assalamualaikum,”
Tanpa sempat membalas, Haji Jauhari sudah mematikan panggilan tersebut. Pergi jogging dengan Anisa. Budak tahu ke jogging?
“Apasal Atuk kau telefon dengan muka berkerut macam ada masalah berat je,” Zaini bertanya melihat rakannya sudah memicitkan kepala.
“Atuk aku ni hah, suruh aku ajak perempuan pergi jogging,” rengus Izzat Imran. Atuk ni kan, saja aje bagi aku bertambah benci dekat perempuan tu. “Dahlah aku chow dulu. Nanti membebel pulak orang tua tu,”

IZZAT CEPATLAH,”
          Panggilan Nur Anisa Sofia dihiraukan oleh Izzat Imran. Tercunggap-cunggap Izzat Imran mengelilingi satu pusingan tasik tersebut. Nur Anisa Sofia mengelengkan kepalanya melihat lelaki itu sudah termengah-mengah.
          Gadis itu mendekati lelaki itu. “Baru satu round dah penat ke?”
          Izzat Imran menarik nafas panjang-panjang lalu dilepaskan perlahan-lahan. “Rehat sekejap boleh tak. Izzat dah tak larat ni,”
          Izzat Imran mengambil tempat kerusi kosong di sediakan di tasik tersebut. Nur Anisa Sofia turut melabuhkan punggung di sisi Izzat Imran. Izzat Imran menyandarkan badanya lalu mendongok ke langit membiru.
          “Awak selalu ke jogging?” soal Izzat Imran.
          “Selalu lah jugak. Seminggu tiga kali itupun kalau ada masa lah,” jawab Nur Anisa Sofia dengan jujur. Apabila dia kelapangan waktu, pasti jogging menjadi pilihannya.
          “Selau jogging dengan siapa?” Izzat Imran cuba untuk mengerok rahsia tentang gadis itu. Matanya sengaja di pejamkan.
          “Walid tak pun sorang-sorang je,”
          Matanya tadi dipejamkan kini terbuka luas. “What awak datang sini, sorang-sorang? Bahaya tahu tak tempat macam ni. Carilah kawan ajak datang sekali. Lepas ni tak boleh dah jogging sorang-sorang,”
Rupanya, lelaki itu silap tafsir tentang Nur Anisa Sofia. Tapi kenapa aku  tiba-tiba aku jadi seorang yang caring sangat ni? Kepala Izzat Imran gerutu. Ah! Lantaklah.
Nur Anisa Sofia tersenyum mendengar omelan daripada lelaki itu. Sejujurnya dia menyenangi tingkah laku lelaki itu. Lagak machonya buat hatinya terpaut gedebuk gitu.
          “Eh jom lah sambung balik,” teguran Izzat Imran mengejutkan lamunan Nur Anisa Sofia yang agak ralit sehingga tidak menyedari lelaki itu sudah terlompa-lompat tuk menyambung semula jogging mereka.

KERETA MILIK Izzat Imran memberhenti di hadapan perkarangan rumah Nur Anisa Sofia. Izzat Imran menghantar gadis itu semula sebelum Magrib seperti dijanjikan oleh Haji Jauhari. Gadis itu menanggalkan tali pinggang kelendar.
          “Thanks for today. Best sangat jogging dengan awak,” ucap Nur Anisa Sofia penuh gaya sopan santun. Izzat Imran tersenyum mesra. Gadis itu tidaklah apa seperti di fikirkan. Tak adalah nerd seratus peratus.
          “Most welcome. Saya pun, nanti kalau tak busy kita jogging lagi,” Izzat Imran berkata sambil merenung wajah mulus gadis itu. Cantik juga perempuan ni.
          “Okaylah kalau macam tu saya masuk dulu. Jangan lupa solat magrib tau sampai nanti,” pesan gadis itu sebelum memboloskan diri daripada perut Toyata Camry.
          Nur Anisa Sofia melambai ke arah Izzat Imran sebelum bayangan kereta tersebut melunjur semula ke jalan raya. Hatinya berbunga girang. Gadis itu mendaki anak tangga menuju ke kamar dan teruskan membersihkan diri setelah bermandi peluh semasa berjogging tadi.
          Usai sahaja menunaikan solat Magrib, Nur Anisa Sofia melipat kain telekungnya dan disangkutkan kembali ke tempat asal. Kakinya melangkah ke katilnya lalu dihempaskan badanya.
          Di mindanya bagaikan ada rakam yang tersiar di tubir matanya. Biarpun seketika dia bersama Izzat Imran bagaikan berjam-jam dia dengan lelaki itu.
          “Umur awak berapa sekarang,” soal Izzat Imran ingin tahu. Nur Anisa Sofia memandang sekilas terhadap lelaki. Pertama kali, dia keluar berdua dengan Izzat Imran pasti perasaan malu dan segan membaluti tubuhnya.
          “Baru 24, awak?”
          “29 dah,”
          Bulat mata Nur Anisa Sofia mendengar angka dua puluh sembilan tahun. “Umur lanjut, apasal tak kahwin lagi?”
          “Tua sangat ke?” berkerut dahi Izzat Imran apabila diberitahu.
          “Agaklah. Yelah sepatutnya sekarang awak dah punya anak sorang tau,” kata Nur Anisa Sofia, makin lama perasaan malu itu berkurangan.
          “Anak? Bini pun takada, celah mana nak ada anak. Lagipun saya tak bersedia untuk berkahwin,” Izzat Imran masih meneruskan pemanduaannya ke tasik berdekatan.
          Nur Anisa Sofia sekadar mengangguk perlahan. Pandangan di alih keluar tingkap.
          “Awak dah bersedia nak berkahwin ke?” soal Izzat Imran dengan penuh minat.
          “Hah?”
          “Saya tanya dah bersedia nak kahwin ke?” Izzat Imran terpaksa mengulangi yang serupa.
          “Insyaallah. Kalau jodoh tu dah sampai, saya perlulah bersiap sedia tuk ke alam baru,”
Teringat dia pada kenangan-kenangan dulu. Kenangan di mana tidak dapat dilupakan apabila bekas tunang dulu lari dua hari sebelum majlis pernikahan berlangsung. Sebak hatinya apabila terjadi begitu, tambahan lagi keluarganya turut mendapat tempias.

DERINGAN telefon bimbit mengejutkan Izzat Imran yang terlena di atas katil. Dia meraup wajah beberapa kali, silauan mata apabila lampu biliknya masih terpasang.
          Teraba-raba Izzat Imran mencari telefon bimbit yang terselit di bawah bantal. Dengan mata yang berat dia mengagahkan dirinya mengangkat panggilan daripada Fyra.
          “Hey, baby! You dekat mana tu,” suara ceria milik kedengaran tapi bunyian bising kurang mendengar ayat dari Fyra.
          “I dekat rumah ni,” garau suara Izzat Imran berkat. “You dekat mana tu. Bisingnya,”
          “You baru tidur ke? I dekat rumah Erni. Dia buat party. Datanglah join, I dah lama tak jumpa you, baby,” sengaja Fyra memanjakan suaranya dicorong talian.
          “Sekarang ni, pukul berapa?” soal Izzat Imran dengan malas. Badannya benar-benar rasa penat setelah berjogging petang tadi.
          “Baru pukul satu lah, baby. Datanglah sini cepat, party baru aje mula ni,”
          “Yelah-yelah I datang sana. You tunggu tau,” akhirnya Izzat Imran kalah dengan penangan manja gadis bernama Fyra. Dia mematikan panggilan itu, Izzat Imran bangun dari pembaringan. Beberapa kali dia meraup wajahnya. Izzat Imran terkejut daripada katil dan menuju ke bilik air dengan kadar segera.
         
KAKI MENGHAYUN langkah ke pejabat di tingkat lima. Hari tu dia balik ke pejabat seperti biasa apabila dia tertidur di rumah Erni selepas mengada party private.
          Izzat Imran melintasi di hadapan meja setiausahanya, Zetty yang tekun membuat kerja. Tanpa memandang Zetty, dia terus ingin masuk ke dalam bilik.
          “Maaf Encik Izzat,” tegur Zetty sebaik sahaja ternampak kelibatan majikan yang laju berjalan menuju ke biliknya. Secara mendadak, Izzat Imran memberhentikan langkah dan bergerak beberapa tapak ke belakang.
          “Ada apa, Zetty,”
          “Tuan Haji sampai kan pesan untuk saya. Kalau Encik Izzat dah sampai, dia minta encik pergi berjumpa dengannya di biliknya,” tutur laju Zetty selepas menerima arahan dari Tuan Haji Jauhari.
          “Okay, nanti saya pergi. Ada apa-apa lagi,” Zetty mengeleng pantas. Selepas dia meletakkn briefcasenya, dia terus naik ke tingkat lapan untuk bertemu dengan Haji Jauhari.

“KAMU PERGI MANA SEMALAM,”
          Pertanyaan Haji Jauhari membuatkan bibirnya terkunci jika dia beritahu berjumpa dengan Fyra, pasti Atuknya mengamuk tak cukup setahun.
          “Semalam , Izzat tidur rumah Zaini,” Izzat Imran mencuba menyembunyikan perkara sebenar.
          Haji Jauhari merenung tajam ke arah cucunya. “Kamu ingat atuk ni tak tahu ke kamu pergi mana semalam,”
          Izzat Imran sudah menelan air liur. Peluh sudah memercik-mercik ke panggal leher. Maknanya, selama ni atuk memang spy aku lah kiranya.
          “Walaupun atuk tak ikut mana kamu pergi, atuk tahu apa kamu buat dekat luar tu. Satu lagi, kamu masih contact dengan Fyra,” Haji Jauhari menunggu jawapan daripada cucunya. Izzat Imran sudah resah dikala tak tahu apa ingin di jawab kan.
          “Mana ada lah atuk. Dah lama Izzat tak keluar dengan dia,” sekali lagi Izzat Imran cuba untuk berbohong.
          Haji Jauhari melebarkan senyuman untuk Izzat Imran. “Bagus kalau macam tu, Hujung minggu, atuk nak kau bertunang dengan Anisa. Lagi cepat lagi bagus.
          “Apa!”
          “Tiada bantahan atau bangkangan. Ni keputusan sangat bagus untuk kamu,”
          Izzat Imran tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia akan bertunang dalam masa terdekat, lagipun dia baru aje berjumpa dengan Anisa semalam dan hari ni Atuk cakap nak tunang aku dengan dia hujung minggu.
          Ohhh! Tidakkkkkkkkk!!

BERSAMBUNG...

NOTA KAKI: Assalamualaikum tuk semua pembaca belog Aya ni, sejuta kemaafan untuk semua pembaca cerita DAP. Bukan niat aya tak melambatkan cerita ni. Tapi disebabkan kekeringan idea sangat max. Aya risau part kedua ni tak sama macam part satu. Itu membuatkan aya teramat risau. Semester ni last tuk aya, doakan aya berjaya. Dan jaga diri tuk korang semua sebab cuaca tak menentu sekarang. Sayang korang J