“MACAM MANA?” soal Zaini sedang menyedup
air fresh orange. Zaini mengalih
pandangan ke arah Izzat Imran yang memakaikan kaca mata hitam.
Lalu
dia menjuih bibir. “Aku dah memang tak boleh nak bantah cakap orang tu. Aku
kenalah ikut cakap juga,”
Izzat
Imran membuang pandangan ke jalan raya. Fikirannya masih lagi tidak dapat
menerima kenyataan bakal isteri seorang yang agak nerd pada matanya. Dengan memakai spek mata besar gedabak lepas tu
dengan gigi besi. Tak sesuai langsung jadi bini aku.
“Eh,
lupa aku nak bagitahu dekat kau. Fyra ada contact
aku tahu tak. Dia cari kau,” Zaini bersuara teringat beberapa malam lepas, Fyra
menghubunginya mencari di mana keberadaan Izzat Imran.
Izzat
Imran mengeluh panjang. Satu lagi masalah belum selesai, Fyra. Sejujurnya dia
masih belum membuat keputusan putuskan hubungan dengan gadis tetapi dia sengaja
menghilangkan diri untuk beberapa hari ini.
“Pasal
Fyra tu nanti biar aku jumpa sendiri dengan dia. Lagipun aku dengan dia still together,” tutur Izzat Imran
sampai mengacau jus epal menggunakan straw.
Belum
sempat, straw disisipkan ke bibir. Telefon bimbitnya berdering. Tertera nama
Haji Jauhari di skrin. Izzat Imran menekan butang hijau pada telefonnya.
“Assalamualaikum,
kamu dekat Izzat,”
“Waalaikumussalam,
Izzat dengan Zaini sekarang ni Atuk. Ada apa Atuk,” Izzat Imran menyoal kembali
kepada Haji Jauhari.
Mendengar
daripada corong radio, suara Atuknya agak serius bila bercakap semenjak dia
berinjak dewasa.
“Atuk
nak kamu balik, salin baju,” Arahan tegas dikeluarkan. Izzat Imran tarik muka.
Tukar baju? Nak buat apa. Jangan-jangan dia nak suruh aku nikah sekarang ke
apa!
“Buat
apa Atuk? Izzat baru aje sampai sini. Takkan nak suruh balik dah kut,” dalih
Izzat Imran, Walhal dia dan Zaini hampir setengah di situ.
“Ini
arahan Atuk. Atuk cakap balik sekarang, jadi kamu balik sekarang. Lepas tu
ambil Anisa dekat rumah dia. Bawak dia pergi jogging. Assalamualaikum,”
Tanpa
sempat membalas, Haji Jauhari sudah mematikan panggilan tersebut. Pergi jogging
dengan Anisa. Budak tahu ke jogging?
“Apasal
Atuk kau telefon dengan muka berkerut macam ada masalah berat je,” Zaini
bertanya melihat rakannya sudah memicitkan kepala.
“Atuk
aku ni hah, suruh aku ajak perempuan pergi jogging,” rengus Izzat Imran. Atuk
ni kan, saja aje bagi aku bertambah benci dekat perempuan tu. “Dahlah aku chow
dulu. Nanti membebel pulak orang tua tu,”
“IZZAT CEPATLAH,”
Panggilan Nur Anisa Sofia dihiraukan
oleh Izzat Imran. Tercunggap-cunggap Izzat Imran mengelilingi satu pusingan
tasik tersebut. Nur Anisa Sofia mengelengkan kepalanya melihat lelaki itu sudah
termengah-mengah.
Gadis itu mendekati lelaki itu. “Baru
satu round dah penat ke?”
Izzat Imran menarik nafas
panjang-panjang lalu dilepaskan perlahan-lahan. “Rehat sekejap boleh tak. Izzat
dah tak larat ni,”
Izzat Imran mengambil tempat kerusi
kosong di sediakan di tasik tersebut. Nur Anisa Sofia turut melabuhkan punggung
di sisi Izzat Imran. Izzat Imran menyandarkan badanya lalu mendongok ke langit
membiru.
“Awak selalu ke jogging?” soal Izzat
Imran.
“Selalu lah jugak. Seminggu tiga kali
itupun kalau ada masa lah,” jawab Nur Anisa Sofia dengan jujur. Apabila dia
kelapangan waktu, pasti jogging menjadi pilihannya.
“Selau jogging dengan siapa?” Izzat
Imran cuba untuk mengerok rahsia tentang gadis itu. Matanya sengaja di
pejamkan.
“Walid tak pun sorang-sorang je,”
Matanya tadi dipejamkan kini terbuka
luas. “What awak datang sini, sorang-sorang?
Bahaya tahu tak tempat macam ni. Carilah kawan ajak datang sekali. Lepas ni tak
boleh dah jogging sorang-sorang,”
Rupanya,
lelaki itu silap tafsir tentang Nur Anisa Sofia. Tapi kenapa aku tiba-tiba aku jadi seorang yang caring sangat
ni? Kepala Izzat Imran gerutu. Ah! Lantaklah.
Nur
Anisa Sofia tersenyum mendengar omelan daripada lelaki itu. Sejujurnya dia
menyenangi tingkah laku lelaki itu. Lagak machonya buat hatinya terpaut gedebuk
gitu.
“Eh jom lah sambung balik,” teguran
Izzat Imran mengejutkan lamunan Nur Anisa Sofia yang agak ralit sehingga tidak
menyedari lelaki itu sudah terlompa-lompat tuk menyambung semula jogging
mereka.
KERETA MILIK
Izzat Imran memberhenti di hadapan perkarangan rumah Nur Anisa Sofia. Izzat
Imran menghantar gadis itu semula sebelum Magrib seperti dijanjikan oleh Haji
Jauhari. Gadis itu menanggalkan tali pinggang kelendar.
“Thanks
for today. Best sangat jogging dengan awak,” ucap Nur Anisa Sofia penuh
gaya sopan santun. Izzat Imran tersenyum mesra. Gadis itu tidaklah apa seperti
di fikirkan. Tak adalah nerd seratus peratus.
“Most
welcome. Saya pun, nanti kalau tak busy kita jogging lagi,” Izzat Imran
berkata sambil merenung wajah mulus gadis itu. Cantik juga perempuan ni.
“Okaylah kalau macam tu saya masuk dulu.
Jangan lupa solat magrib tau sampai nanti,” pesan gadis itu sebelum memboloskan
diri daripada perut Toyata Camry.
Nur Anisa Sofia melambai ke arah Izzat
Imran sebelum bayangan kereta tersebut melunjur semula ke jalan raya. Hatinya
berbunga girang. Gadis itu mendaki anak tangga menuju ke kamar dan teruskan
membersihkan diri setelah bermandi peluh semasa berjogging tadi.
Usai sahaja menunaikan solat Magrib,
Nur Anisa Sofia melipat kain telekungnya dan disangkutkan kembali ke tempat
asal. Kakinya melangkah ke katilnya lalu dihempaskan badanya.
Di mindanya bagaikan ada rakam yang
tersiar di tubir matanya. Biarpun seketika dia bersama Izzat Imran bagaikan
berjam-jam dia dengan lelaki itu.
“Umur awak berapa sekarang,” soal
Izzat Imran ingin tahu. Nur Anisa Sofia memandang sekilas terhadap lelaki.
Pertama kali, dia keluar berdua dengan Izzat Imran pasti perasaan malu dan
segan membaluti tubuhnya.
“Baru 24, awak?”
“29 dah,”
Bulat mata Nur Anisa Sofia mendengar
angka dua puluh sembilan tahun. “Umur lanjut, apasal tak kahwin lagi?”
“Tua sangat ke?” berkerut dahi Izzat
Imran apabila diberitahu.
“Agaklah. Yelah sepatutnya sekarang
awak dah punya anak sorang tau,” kata Nur Anisa Sofia, makin lama perasaan malu
itu berkurangan.
“Anak? Bini pun takada, celah mana nak
ada anak. Lagipun saya tak bersedia untuk berkahwin,” Izzat Imran masih
meneruskan pemanduaannya ke tasik berdekatan.
Nur Anisa Sofia sekadar mengangguk
perlahan. Pandangan di alih keluar tingkap.
“Awak dah bersedia nak berkahwin ke?”
soal Izzat Imran dengan penuh minat.
“Hah?”
“Saya tanya dah bersedia nak kahwin
ke?” Izzat Imran terpaksa mengulangi yang serupa.
“Insyaallah. Kalau jodoh tu dah
sampai, saya perlulah bersiap sedia tuk ke alam baru,”
Teringat
dia pada kenangan-kenangan dulu. Kenangan di mana tidak dapat dilupakan apabila
bekas tunang dulu lari dua hari sebelum majlis pernikahan berlangsung. Sebak
hatinya apabila terjadi begitu, tambahan lagi keluarganya turut mendapat
tempias.
DERINGAN telefon
bimbit mengejutkan Izzat Imran yang terlena di atas katil. Dia meraup wajah
beberapa kali, silauan mata apabila lampu biliknya masih terpasang.
Teraba-raba Izzat Imran mencari
telefon bimbit yang terselit di bawah bantal. Dengan mata yang berat dia
mengagahkan dirinya mengangkat panggilan daripada Fyra.
“Hey, baby! You dekat mana tu,” suara
ceria milik kedengaran tapi bunyian bising kurang mendengar ayat dari Fyra.
“I dekat rumah ni,” garau suara Izzat
Imran berkat. “You dekat mana tu. Bisingnya,”
“You baru tidur ke? I dekat rumah Erni.
Dia buat party. Datanglah join, I dah lama tak jumpa you, baby,” sengaja Fyra
memanjakan suaranya dicorong talian.
“Sekarang ni, pukul berapa?” soal Izzat
Imran dengan malas. Badannya benar-benar rasa penat setelah berjogging petang
tadi.
“Baru pukul satu lah, baby. Datanglah
sini cepat, party baru aje mula ni,”
“Yelah-yelah I datang sana. You tunggu
tau,” akhirnya Izzat Imran kalah dengan penangan manja gadis bernama Fyra. Dia
mematikan panggilan itu, Izzat Imran bangun dari pembaringan. Beberapa kali dia
meraup wajahnya. Izzat Imran terkejut daripada katil dan menuju ke bilik air
dengan kadar segera.
KAKI MENGHAYUN
langkah ke pejabat di tingkat lima. Hari tu dia balik ke pejabat seperti biasa
apabila dia tertidur di rumah Erni selepas mengada party private.
Izzat Imran melintasi di hadapan meja
setiausahanya, Zetty yang tekun membuat kerja. Tanpa memandang Zetty, dia terus
ingin masuk ke dalam bilik.
“Maaf Encik Izzat,” tegur Zetty sebaik
sahaja ternampak kelibatan majikan yang laju berjalan menuju ke biliknya.
Secara mendadak, Izzat Imran memberhentikan langkah dan bergerak beberapa tapak
ke belakang.
“Ada apa, Zetty,”
“Tuan Haji sampai kan pesan untuk
saya. Kalau Encik Izzat dah sampai, dia minta encik pergi berjumpa dengannya di
biliknya,” tutur laju Zetty selepas menerima arahan dari Tuan Haji Jauhari.
“Okay, nanti saya pergi. Ada apa-apa
lagi,” Zetty mengeleng pantas. Selepas dia meletakkn briefcasenya, dia terus
naik ke tingkat lapan untuk bertemu dengan Haji Jauhari.
“KAMU PERGI MANA SEMALAM,”
Pertanyaan Haji Jauhari membuatkan
bibirnya terkunci jika dia beritahu berjumpa dengan Fyra, pasti Atuknya
mengamuk tak cukup setahun.
“Semalam , Izzat tidur rumah Zaini,”
Izzat Imran mencuba menyembunyikan perkara sebenar.
Haji Jauhari merenung tajam ke arah
cucunya. “Kamu ingat atuk ni tak tahu ke kamu pergi mana semalam,”
Izzat Imran sudah menelan air liur.
Peluh sudah memercik-mercik ke panggal leher. Maknanya, selama ni atuk memang
spy aku lah kiranya.
“Walaupun atuk tak ikut mana kamu pergi,
atuk tahu apa kamu buat dekat luar tu. Satu lagi, kamu masih contact dengan
Fyra,” Haji Jauhari menunggu jawapan daripada cucunya. Izzat Imran sudah resah
dikala tak tahu apa ingin di jawab kan.
“Mana ada lah atuk. Dah lama Izzat tak
keluar dengan dia,” sekali lagi Izzat Imran cuba untuk berbohong.
Haji Jauhari melebarkan senyuman untuk
Izzat Imran. “Bagus kalau macam tu, Hujung minggu, atuk nak kau bertunang
dengan Anisa. Lagi cepat lagi bagus.
“Apa!”
“Tiada bantahan atau bangkangan. Ni
keputusan sangat bagus untuk kamu,”
Izzat Imran tidak dapat menerima
kenyataan bahawa dia akan bertunang dalam masa terdekat, lagipun dia baru aje
berjumpa dengan Anisa semalam dan hari ni Atuk cakap nak tunang aku dengan dia
hujung minggu.
Ohhh! Tidakkkkkkkkk!!
BERSAMBUNG...
BERSAMBUNG...
NOTA KAKI:
Assalamualaikum tuk semua pembaca belog Aya ni, sejuta kemaafan untuk semua
pembaca cerita DAP. Bukan niat aya tak melambatkan cerita ni. Tapi disebabkan
kekeringan idea sangat max. Aya risau part kedua ni tak sama macam part satu.
Itu membuatkan aya teramat risau. Semester ni last tuk aya, doakan aya berjaya.
Dan jaga diri tuk korang semua sebab cuaca tak menentu sekarang. Sayang korang J
Habis kat blog ke citer nih??
ReplyDeleteeh belum lagi sori sori
Deletesalam.. drop here... sorry lama tak singgah...
ReplyDeletesalam ramadhan.. =)
best2..sambungla lg...hehe
ReplyDelete