Kekasih Kontrak Bab 20


BAB 20

PERLAHAN-LAHAN Shahrul Nazrin sepasang kaki melangkah lincah menuruni anak tangga dengan langkah bergaya. Riuh rendah bunyinya. Perkara biasa apabila tiba di pagi hujung minggu.
            “Awal bangun, along pagi ni. Selalu cuti dialah juara bangun lambat,” Suraya Izani bersuara sambil melangkah membawa mangkuk berisi nasi goreng.
            Shahrul Nazrin menghadiahkan senyum ikhlas kepada adiknya. Suraya Izani faham sangat dengan sikap abangnya apabila di hujung minggu. Lelaki itu melabuhkan punggun bertentangan dengan Puan Nora. Sementara itu, Encik Akmal sedang membaca berita di akhbar.
            Suraya Izani mengambil tempat bersebelahan dengan abangnya. Gadis itu, mengangkat cawan berisi kopi lalu dihulurkan kepada Shahrul Nazrin dan mengambil pinggan untuk menikmati keenakan nasi goreng.
            “Baguslah Reen bangun awal, ummi dengan abah ada perkara nak dibincangkan,” perbuatan adik beradik itu terhenti, mereka berdua saling berpandangan. Kata-kata Puan Nora seolah-olah ingin membincangkan perkara serius sahaja. Encik Akmal melipat surat khbar lantas diletakkan di tepi lalu secawan air kopi dihirup.
            “Bunyi macam serius aje ummi,” kata Shahrul Nazrin sebelum menyuap nasi goreng ke dalam mulut.
            “Hujung minggu depan, abah dengan ummi nak buat majlis makan-makan sikit,” mukadimah daripada Encik Akmal. Suraya Izani mengangguk tanda mengerti. Alah bukannya serius sangat pun. Ingat apalah yang penting sangat tadi. Omel Suraya Izani dalam hati.
            Berkali-kali Shahzrul Nazrin angguk  meniru gaya adiknya. “Boleh juga, Reen ajak kawan-kawan Reen datang makan-makan tu nanti. Dah lama, ummi tak buat majlis makan-makan macam ni,”
            “Su, pun nak ajak juga,” cepat Suraya Izani bersuara setelah abangnya menyatakan hasrat untuk membawa rakan-rakannya.
            “Ummi okay aje, tapi kamu Reen jangan lupa bawa balik menantu dekat ummi. Tak sabar ummi nak tengok bakal isteri Reen. Mesti cantikkan,” ujar Puan Nora penuh makna.Raut wajah Shahzrul Nazrin berubah serta merta. Pucat! Gila semuanya ni.
            ‘Menantu!!! Mana aku nak cekau!!’

SEMENJAK dari pagi tadi, fikirannya serabut memikirkan permintaan ummi secara mengejut. Keringat akan senyuman manis Puan Nora, mengharapkan sesuatu yang mampu akan membuat wanita itu tersenyum.
            Shahzrul Nazrin mengeluh panjang, ketenangan pada malam hari tidak mampu membuatkan dia setenang itu. Dalam masa beberapa hari dia mencari bakal menantu untuk umminya.
            “Ish, sapa yang nak kahwin sebenarnya, aku ke ummi?” lelaki itu bangkit daripada pembaringan sambil menerung sekitar kamarnya. Rambutnya semakin kusut masai akibat terlampau banyak berfikir.
            “Ummi suka buat aku macam ni. Takkan aku nak upah orang untuk jadi bakal bini aku? Sapa nak jadi mangsa aku dalam drama kali ni ye?” Tiba-tiba terjah idea nakal di benak fikirannya. Lelaki itu sudah tersengih-sengih.

SUASANA di ibu kota agak hirup pikuk dengan kenderaan berpusu-pusu memasuki ke kawasan bandar. Perkara biasa menjalani kehidupan di ibu kota. Jika meninginkan suasana yang tenang terpaksa melarikan diri ke suatu tempat yang di kelilingi keindahan alam semula jadi.
            Munirah Aishah sedang membelek-belek fail di atas mejanya. Seketika kemudian, dia menutup fail di hadapannya dan menghembus nafas kasar. Saban hari melakukan kerja yang sama, semak sana sani. Dari satu sudut, dia terpandang bilik majikannya. Hairan dia dengan telatah majikannya asyik tersengih macam kerang busuk. Ingat handsome sangat ke macam tu. Nyampah!
            Interkom di meja Munirah Aishah berbunyi. Dengan kadar segara dia menekan punat.
            “Moon, masuk ke bilik saya segera,”
            “Baik, bos!”
            Gadis itu mengetuk pintu mengetuk bilik Shahzrul Nazrin. sebaik sahaja suara lelaki itu menjerit masuk dia terus meboloskan diri. Langkah kakinya mengatur ke meja kerja majikannya. Dari jauh lagi lelaki itu melemparkan senyuman buatnya. Tanpa dipinta duduk, Munirah Aishah serta merta duduk tanpa dipelawa.
            “Ada apa En. Shahzrul Nazrin panggil saya,” sengaja Munirah Aishah menekan perkataan encik nada agak tinggi. Dia meletakkan planner dan pen di atas meja itu.
            Lelaki itu mengangkat punggungnya dari kerusi kulit berona gelap itu sambil itu dia memperbetulkan kedudukan tali lehernya.Munirah Aishah merenung tajam ke arah lelaki itu.
            ‘Apa kena dengan mamat ni, gaya macam orang dah tak betul aje,’ kutuk Munirah Aishah dalam hati.
            Kaki Shahzrul Nazrin menghayun mendekati setiausahanya lantas dia duduk di atas meja itu sambil kedua-dua tangan memeluk tubuh.
            “Saya ada perkara nak dibincangkan,” kata Shahzrul Nazrin sekali lafaz. Cepat-cepat Munirah Aishah mencapai planner dan pen. Gadis itu hanya perlu mendengar dengan teliti dan menulis di dalam planner. Itu paling penting.
            “Nak buat apa dengan planner tu,” soal Shahzrul Nazrin dengan kening terangkat.
            Munirah Aishah buat muka blur. “Tadi kata ada benda bincang, jadi saya nak catatlah apa yang encik nak cakap tu. Saya bukan recorded nak ingat semuanya,”
            “Tutup-tutup, tak perlu catat apa-apa. Hanya perlu pasang telinga dan benda ni simple sahaja,” perlahan-lahan Munirah Aishah menutup plannernya. Hatinya mula tak tentu arah.
‘Hish mamat ni bukan betul sangat. Kang dia ajak aku kahwin tiba-tiba tak pengsan sebulan pulak. Hish minta simpang malaikat 44, aku tak nak kahwin dengan mamat walau macam mana keadaan sekali pun,’ panjang berjelar Munirah Aishah berkata.
Shahzrul Nazrin angkut punggung daripada meja itu tanpa diduga lelaki itu melutut di depan gadis itu. Munirah Aishah tergamam seketika, otaknya beku dengan perbuatan majikannya. Jantungnya makin berdebar-debar hampir nak terputus urat sarafnya.     
Jangan-jangan mamat ni nak melamar aku ke? kalau betul, argh tidak! Mama tolong moon, moon taknak kahwin mamat ni! Jerit hati Munirah Aishah.
“Saya harap awak tak kejut dengan apa saya nak cakapkan ni. Sebenarnya, saya tak sanggup lagi dah nak pendamkan semua . Saya harap awak mampu terima dengan hati terbuka. Munirah Aishah binti Kamaruddin , sudikah awak menjadi kekasih kontrak saya sekali lagi,” lamar Shahzrul Nazrin panjang lebar.
Hampir pitam Munirah Aishah dengan lamaran itu. Wait a minute, aku rasa tadi macam dengar perkataan kekasih kontrak? What! Nak suruh aku jadi kekasih kontrak dia lagi! No way!
Terasa peluh mencurah-curah dipanggal leher. Nafasnya kian sesak. Lelaki itu masih melutut di sisinya. Badannya kini terasa panas walaupun penghawa dingin menyala.
“Lamaran Encik Shahzrul Nazrin di tolak. Sekian terima kasih,” bingkas Munirah Aishah bangkit dari kerusi. Dia ingin segera meninggalkan lelaki itu. Majikannya makin tak betul. Kepalanya berpinar-pinar dia ingin memulas tombol pintu. Belum sempat tombol pintu terbuka. Badannya sudah menyembah bumi.
“Moon!” jerit Shahzrul Nazrin.

PANDANGANNYA masih samar-samar, tersembul wajah dikenali rakan baiknya, Nurul. Nurul menggaris senyuman buat Munirah Aishah. Teringat kejadian tadi, harap semuanya mimpi ngeri. Harap begitu.
            “Alhamdulilah, kau dah sedar,” ucap Nurul sambil membantu Munirah Aishah bangkit dari pembaringan. “Kenapa kau sampai pengsan ni? Dalam bilik bos pulak tu,”
            Munirah Aishah menggeleng perlahan. Dia sendiri tidak pasti apa yang terjadi sebentar tadi. “Dah lama ke aku pengsan?”
            “Lama lah jugak,”  jawab Nurul.
            “Sapa angkat aku tadi,”
            “Sapa lagi bos kesayangan kau lah. Dia risau tau dekat kau. Tak senang duduk dia bila kau pengsan. Tak apalah aku pergi panggil dia kejap,”
            Munirah Aishah senyum kelat. Suka hati aje angkat aku, macam tak staf perempuan dekat situ. Hish.
            Tubuh Nurul berlalu pergi. Munirah Aishah menyandarkan badan pada sofa empuk itu. Kepalanya masih lagi berat untuk berfikir. Perlahan-lahan dia mengembus nafas. Tanpa menyedari majikannya sudah pun masuk. Lelaki itu duduk bertentangannya.
            “Macam dah okay belum,”
            “KO,”
            “Sakit lagi ke kepala tu,” Shahzrul Nazrin menuding jari ke arah kepala Munirah Aishah dibaluti tudungnya.
            “Ye, sakit lagi,”
            “Baru melamar sikit dah pengsan,” seloroh Shahzrul Nazrin. Bulat mata Munirah Aishah memandang majikan macam nak telan orang ada gaya. Maknanya tadi tu realiti bukan mimpi. Tak mungkin.
            “Macam dengan lamaran tu, setuju ke tak,” lelaki itu masih tidak putus-putus bertanya.
            “Tak naklah aku,” marah Munirah Aishah, jika aku terima pasti aku yang sakit hati. Yelah memainkan perasaan aku sendiri.
            “Alah, please Moon sekali aje. Hujung minggu depan ni aje, bukan selalu pun. Depan ummi abah aku aje. Diaorang tu teringin sangat nak menantu. Aku mana ada calon lagi. Please! Tolong aku kali ni,”
            Munirah Aishah mengeluh panjang mendengar rayuan daripada lelaki itu. Raut wajah  lelaki itu seperti mengharapkan sesuatu daripadanya. Perasan simpati merasuk ke dalam hatinya.
            “Yelah aku tolong kali ni, lepas ni malas aku nak tolong dah,”
            Tersengih Shahzrul Nazrin dapat green light daripada Munirah Aishah. “Terima kasih, sayang!”
            Munirah Aishah sekadar membalas dengan sebuah senyuman. Sayang? Hanya dibibir saja, jangan terlampau terberangan dengan panggilan itu, Munirah Aishah.
            “Dahlah, aku keluar dulu,”

Nota Kaki: Sampai di sini saja aya update cerita Kekasih Kontrak. Maaf ye, aya  kena siapkan manuskrip penuh. sekian terima kasih. doakan kejayaan saya. Terima kasih sudi membaca :)

2 comments:

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)