MINI NOVEL: DIA, PILIHAN ATUK PART 3


USAI sebuah majlis pertunangan yang berlangsung selepas Asar diadakan secara sederhana yang dihadiri oleh kaum kerabat yang terdekat. Seorang gadis baru sahaja mengikatkan tali pertunangan dengan lelaki pilihan keluarganya, iaitu Izzat Imran.
            Semenjak Mak Siah yang diwakilkan oleh Haji Jauhari untuk menyarungkan cincin pada jari manis Nur Anisa Sofia. Tak lekang senyuman pada bibir gadis itu. Dia masih lagi memakai busana berona pastel yang dipilih sendiri, Izzat Imran turut menyukainya.
            “Nisa, Atuk Jauhari nak cakap dengan Nisa,” Nur Anisa Sofia sedikit tersentak dengan teguran uminya. Puan Ummu menuding jari ke arah Haji Jauhari menunggunya.
            “Yeka umi, dah lama ke atuk tunggu Nisa,” Nur Anisa Sofia menginginkan kepastian.
            “Taklah, baru lagi. Pergilah, cakap dengan atuk elok-elok ye,”
            Nur Anisa Sofia angguk kepala tanda memahami pesanan daripada Puan Ummu. Dia mengatur langkah ke ruang tamu di mana Haji Jauhari menunggunya. Pertama kali, Nur Anisa Sofia bercakap dengan Haji Jauhari. Sebelum ni, tiada kesempatan untuk berbual.
            “Boleh Nisa duduk,” lemah lembut Nur Anisa Sofia berkata terselit segaris senyuman. Pada hari itu, dia kelihatan berbeza dengan hari sebelumnya. Tanpa cermin mata besar digantikan dengan contact lens membuatkan gadis itu kurang selesa dengan pandangannya.
            “Duduklah, ini rumah kamu kan,” dengan itu, Nur Anisa Sofia duduk bertentangan dengan Haji Jauhari.
            “Pertama sekali, atuk minta maaf sebab minta buat majlis ni terburu-buru. Mesti kamu masih lagi terkejut dengan majlis ni. Tapi atuk syukur sangat semuanya berjalan dengan lancar.
            Yang kedua, atuk minta maaf  bagi pihak Izzat di datang dapat ke majlis dia sendiri. Dia terpaksa ke Sarawak secara mendadak. Tak dapat dia nak tengok kamu hari ni,” ucap Haji Jauhari panjang lebar.
            Sepanjang Haji Jauhari berkata, Nur Anisa Sofia sekadar mendiamkan diri sekali gus membenarkan Haji Jauhari berkata sesuatu.
            “Takpa, atuk. Nisa faham dengan karier Abang Izzat. Mula-mula umi bagitahu Abang Izzat tak datang, terkilan juga tapi sekurang-kurangnya Nisa lega majlis ni berjalan dengan sempurna,”  Nur Anisa Sofia membahasakan abang untuk Izzat, biar manis didengar. Lagipun, sebagai tanda hormat untuk bakal suaminya.

NUR ANISA SOFIA terleku di sejadah, dia baru usai menunaikan solat isyak. Tidak lintas dalam fikirannya, majlis pertunangannya dipercepatkan dan secara mendadak. Kini Nur Anisa Sofia telah menjadi tunangan kepada lelaki bernama Izzat Imran.
            Gadis itu menilik cincin pada jari manisnya. Cantik,dia amat menyukainya. Senyuman ditarik hingga ke telinga. Dedaun pintu berkuak tanpa diketuk. Nur Anisa Sofia segera memaling ke arah susuk tubuh yang masuk ke kamar.
            Puan Ummu mendekati anak gadisnya,berseri-seri wajah anaknya itu. Bertambah seri apabila sebentuk cincin tersemat dijari Nur Anisa Sofia. Wanita yang bergelar umi menghenyak punggung pada sebuah katil.
            Nur Anisa Sofia bingkas bangun lalu menyidai telekung di ampaian lalu bergerak ke Puan Ummu. Dia mengambil tempat disebelah umminya, gadis itu melentokkan kepalanya di bahu Puan Ummu penuh manja.
            “Umi, Nisa rasa bahagia,” tulus Nur Anisa Sofia ucapkan. Sememangnya itu yang dirasaikan kini.
            Jari jemari anaknya dijadi permainan buat wanita itu. “Umi tahu Nisa gembira sekarang. Umi pun tumpang gembira jugak,”
            Nur Anisa Sofia memeluk erat tangan uminya. “Lepas ni Nisa tak boleh dah manja-manja dengan umi dah,”
            “Hish, dah bersuami mana boleh lagi nak manja dengan umi. Tapi sekali sekala tu bolehlah. Merajuk pulak laki kamu kang,”
            Tersipu malu Nur Anisa Sofia dengan kata-kata uminya.
            “Baru umi teringat, walid ada cakap dekat umi yang Nisa ada apply kerja dengan sambung belajar. Betul ke?”
            Nur Anisa Sofia mengangguk.
            “Tak bagitahu umi pun,”
            “Nisa minta maaf. Nisa terlupa nak bagitahu, walid aje sempat Nisa bagitahu. Sibuk sangat nak siapkan majlis ni. Harap umi tak marah,”
            Puan Ummu melakarkan senyuman. “Yela, umi tak marah pun. Cuma umi naklah tahu, kalau Nisa dapat tawaran tu macam mana. Terima ke tak?”
            Nur Anisa Sofia lepas keluh. Hampir terlupa tentang perkara itu, langsung tidak difikirnya. “Pasal tu, Nisa bergantung pada keadaan, kalau Abang Izzat tak kesah nak kerja ke belajar. Nisa teruskan sahajalah,”
            “Baguslah, kalau Nisa dah fikir macam tu. Umi akan senantiasa doakan kebahagian Nisa dunia akhirat,”
            Gadis itu memeluk wanita itu penuh rasa kasih sayang.

SEDANG khusyuk menyemak kertas kerjanya, pintu bilik Izzat Imran dibuka kasar. Kelibat Zetty selaku setiausahanya kelihatan sedikit cemas apabila seorang gadis dikenali memasuki biliknya.
            “Saya minta maaf, Encik Izzat. Saya dah larang Cik Fyra masuk tapi dia berkeras jugak,” gugup Zetty berkata. Fyra berdiri tegak sambil memeluk tubuh.
            Awal pagi lagi, Izzat Imran sudah memesan kepada setiausaha supaya tiada siapa yang menganggunya. Kerjanya masih belum diselesaikan.
            “Takpa Zetty, awak boleh keluar,” hemah Izzat Imran berkata. Setelah itu, setiausaha berlalu pergi. Fyra seakan tidak bersalah melabuhkan punggung pada sofa di ruang khas.
            “Kenapa tiba-tiba datang sini?” soal Izzat Imran tanpa memandang Fyra, anak matanya masih tertumpu pada skrin komputer ribanya.
            “Selama ni I datang tak jadi masalah pun. I tengok you lain sekarang semenjak bertunang ni, asyik dingin aje dengan I,”
            Kaki kinjang milik Fyra menuju ke Izzat Imran. Dia tahu Izzat Imran sedang melakukan tapi Fyra tidak endah. Gadis itu berdiri di belakang, dengan selamba kedua-kedua tangannya menyentuh bahu milik Izzat Imran lantas memicit-micit.
            Izzat Imran merasakan sedikit keselesaan apabila dipicit-picit.Hilang rasa sengal pada bahunya. “You, mesti penatkan. Tulah  I selalu cakap jangan workaholic sangat kan I dah pesan selalu. You tu cepat stress,”
            “You tak kerja ke Fyra hari ni,”
            “Tak pun. I off hari ni, sebab I rindu sangat dekat you. Lama tau I tak jumpa lepas you tunang,” nada suara Fyra bertukaran menjadi manja.
            Izzat Imran mencapai jari jemari runcing di bahunya. “Sorry sayang, I sibuk sikit dengan kerja i,”
            “Takpa sayang, I faham tapi you kena tahu, I really really miss you,”
            Izzat Imran membalas. “Miss you too, honey,”

MACAM mana dik berkenaan ke dengan warna ni,”
            Nur Anisa Sofia menguntum senyuman kepada pemilik Butik Pengatin Aura. Rambang mata gadis itu hendak membuat pilihan. Lagi pulak hanya dia sahaja yang datang, Izzat Imran meminta Nur Anisa Sofia uruskan semua.
            Pada hari itu, Nur Anisa Sofia meminta  Mimi  merangkap sahabat baiknya menemaninya ke butik itu. Mimi juga banyak membantu daripada pemilihan segi pakaian, andaman dan jurugambar.
            “Macam mana Nisa, kau nak ke baju tu,” usul Mimi melihat Nur Anisa Sofia masih membelek belek busana pengantin tersebut.
            “Kau rasa cantik tak?”
            “Tanya aku pulak, kau yang nak kahwin tanya aku.”
            “Aku tak pastilah nak amek tak. Abang Izzat tak ada, tak reti aku nak buat pilihan,”
            Mimi tayang muka bosan. “Kalau macam tu tak payahlah lagi. Nanti kau tanyalah Abang Izzat kau tu dulu,”
            Nur Anisa Sofia mengangguk. Tak lama selepas ni, mereka mula beredar daripada butik itu. Sudah lama mereka berdua tidak berjalan bersama seperti zaman persekolahan.
            “Tak sangka lepas ni kau bakal jadi  bakal isteri orang. Aku ni aje masih solo sampai ke tualah jawabnya,” kata Mimi, gadis itu agak brutal dan kasar. Biarpun begitu dalam hati masih ada kelembutan.
            “Janganlah cakap macam tu sedih pulak. Kau kena banyak belajar jadi ayu sikit. Pakailah baju kurung tak pun kain dan rambut tak payah nak sorok-sorok dalam topi. Lepaskan aje baru boleh bernafas,”
            “Gelilah aku nak pakai macam tu. Comel sangat kang semua tergoda,”
            Tertawa kecil Nur Anisa Sofia dengan kata-kata Mimi. Tiba-tiba Nur Anisa Sofia terlanggar seseorang yang berjalan dari arah bertentangan.
            “Hey perempuan! Tak reti nak jalan elok ke? Harap aje pakai cermin mata besar. Itu pun masih langgar orang,” jerkah seorang perempuan memakai dress paras lutut.
            Nur Anisa Sofia terkejut dengan jerkahan itu. Anak mata gadis itu meliar, pengunjung yang datang ke situ saling berpandangan-pandangan. Mukanya bagaikan disimbah perasaan malu tatkala itu.
            “Oit perempuan, kau tu tak adab ke? Makhluk daripada mana entah. Tak reti nak jaga adab. Budi bahasa kau letak dekat mana? Tapak kaki ke? Harap aje muka cantik tapi perangai nauzubillah,” Mimi menjadi berang apabila sahabatnya diherdik di khayalak ramai. Mimi memandang ke arah Nur Anisa Sofia yang sudah tertunduk malu.
            “Kawan kau tu, buta ke apa. One more thing, kalau nak berborak kau boleh angkut kawan kau pergi tamanlah. Takpayah nak borak sambil berjalan kalau langgar macam ni menyusahkan semua orang sahaja,”
            Mimi semakin meluap dengan kata-kata perempuan. ‘Mulut perempuan kalau aku cili memang sedap rasanya,’
            “Kau ni takada perasaan bertimbang rasa ke? Kawan aku ni tak sengaja tak kau tak faham lagi,” Mimi sedaya upaya menahan amarahan. Tangannya sudah mengempal penumbuk.
            Tiba-tiba seorang lelaki berkemaja datang menghampiri mereka.
            “Kenapa ni sayang?” soal lelaki itu kehairanan. Dia memandang ke arah gadis memakai topi dikepalanya.
            Nur Anisa Sofia mendengar kehadiran seorang lelaki dan suara itu pernah menyapa cuping telinga. Dia mengesat air mata yang mengalir sebelum dia memanggungkan kepalanya dan matanya bertembung dengan seorang lelaki yang berdiri bersebelahan dengan perempuan itu.
Berubah wajah lelaki itu. Jelas di kaget. Langsung tidak menyangka bahawa lelaki itu tunangannya, Izzat Imran.Bagai jantungnya di panah kilat ketika itu. Hampir pitam dia menyaksi permainan lelaki tersebut. Curungi dibelakangnya.
“Nisa...”
Perempuan tersebut memaling ke arah lelaki berpakaian kemas.
“You kenal dia ke say....”
Belum sempat perempuan itu menyoal, Nur Anisa Sofia memintas. “Ye, kitaorang saling mengenali antara satu sama lain. Izzat Imran, tunang saya,”
Gadis itu sedaya upaya mengumpul kudrat untuk berkata sesuatu. Mungkin  sesuatu yang terakhir. Mimi di sisi sudah melopong. Perempuan yang bernama Fyra buat dirinya bukan seorang pesalah. Nur Anisa Sofia cuba untuk menahan air mata itu gugur.
“Betullah apa orang cakap kita ni umpama  pipit dengan enggang. Manakan boleh terbang bersama? Betul tak. Terima kasih atas semuanya. Terima kasih jadi tunang saya selama dua bulan ni. Saya bahagia sangat.  Terima kasih Izzat Imran. Untuk girlfriend baru awak, saya minta maaf saya sebab buta. Tak cukup dengan empat biji mata tapi masih langgar orang,”
Tersekat-sekat suara Nur Anisa berkata. Dengan segara dia meninggalkan tempat tersebut. Tak betah lagi untuk berdiri di sini untuk menyaksikan asmara mereka berdua. Hatinya benar-benar sakit. Mimi mengekorinya daripada belakang.
‘Sabarlah, Nisa. Aku tahu kau kuat,’ satu suara selit di tepi telinganya.
“Eh, you nak pergi mana tu,” kulat-kulat Fyra melihat Izzat Imran sudah meninggalkan berseorangan di situ.
“You balik naik cab. Sorry,” laung Izzat Imran. Fyra merengus marah apabila Izzat Imran pergi begitu sahaja.

IZZAT IMRAN merengus kasar. Satu panggilan tidak angkat oleh Nur Anisa Sofia. Dia buntu. Serabut. Secara jujurnya, memang kesalahannya apabila keluar dengan Fyra.
            Hampir lima belas minit, dia duduk di dalam kereta bawah garaj rumahnya. Hatinya berat untuk menatap wajah Haji Jauhari, pasti lelaki separuh abad itu akan membebelnya seharian.         
            Dia mematikan enjin keretanya dan terus memboloskan diri ke dalam rumah itu. Baru sahaja melangkah masuk ke dalam kediaman itu. Namanya sudah dipanggil seperti budak sekolah curi-curi keluar kelas.
            “Apa yang dah berlaku sebenarnya,” Haji Jauhari menyoal siasat. Izzat Imran hanya tunduk menghadap lantai dan boleh tertembus dengan renungannya itu.
            Diam.
            “Kenapa sampai jadi macam ni? Lagi sebulan nak kahwin buat perangai tup tup minta putus. Penat aku layan kau macam ni. Hish nasib tak ada sakit jantung aku ni,”
            Izzat Imran angguk kepala. Terkejut.
            “Nisa minta putus?!”
            “Ye, baru aje sekejap tadi. Mak ayah budak tu datang sini. Aku taktahu apa dah jadi. Nasib ada seorang aje cucu. Kalau ada sepuluh orang cucu, perangai macam kau. Boleh masuk  IJN hari-hari,” Haji Jauhari bangkit dari duduk, dia tidak betah lagi untuk menghadap cucunya.
            Langkah Haji Jauhari tersekat. Izzat Imran memeluk erat kaki atuknya.
            “Atuk, Izzat minta maaf. Izzat salah. Atuk maafkan Izzat,”
            “Bukan dekat aku kau patut minta maaf. Tapi yang dekat sana tu,”

BERSAMBUNG....


1 comment:

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)