MINI NOVEL: DIA, PILIHAN ATUK FINAL PART


TANGISANNYA tanpa henti semenjak Nur Anisa Sofia pulang daripada butik lalu terserempak dengan tunangnya. Mungkin ini semua takdir yang telah di tentu. Dia tidak mampu menolak jika tersuratnya begitu.
            Dia duduk di sisi katil sambil memeluk kepala lututnya sambil menangis lagi teresak-esak. Hatinya benar tersiat-siat oleh belati tajam. Di mindanya berlegar-legar peristiwa sebenar tadi.
            Ketukan pintu bertalu-talu, Nur Anisa Sofia membiarkan ketukan berlanjutan.Dia malas untuk membuka pintu yang telah dikuncinya. Hatinya tanya tahu untuk menangisi apa yang telah berlaku.
            Tombol pintu biliknya bergerak-gerak. Pasti umi dan walid ingin membuka dengan menggunakan kunci pendua. Nur Anisa Sofia lemah tidak berdaya. Lalu pintu bilik Nur Anisa Sofia ditolak agak kasar. Terserlah tubuh Puan Ummu dan Encik Hakimi di muka pintu.
            Puan Ummu bergerak pantas mendapatkan anak gadisnya yang sedang duduk memeluk lututnya. Puan Ummu menarik Nur Anisa Sofia dalam pelukan ingin menenangkan hati Nur Anisa Sofia buat seketika.
            Gadis itu memeluk Puan Ummu seerat-eratnya. Dia menanggis di dalam pelukan uminya. Encik Hakimi hanya berdiri dan menyaksikan dua beranak tersebut tenggelam dalam tangisan.
            “Sudahlah tu,nak. Jangan macam ni tak elok,” pujuk Puan Ummu.
            Nur Anisa Sofia merenggangkan pelukkan dan Puan Ummu mengambil kesempatan menatap wajah anaknya. Matanya menjadi sembam akibat tidak berhenti menangis.
            “Kenapa Abang Izzat buat Nisa macam ni? Apa salah Nisa, umi,” getar suara milik Nur Anisa Sofia.
            “Cuba cerita dekat umi dengan walid apa dah jadi. Tiba-tiba minta putus, umi dengan walid dah tunaikan apa Nisa minta. Sekarang cerita dekat umi apa yang dah berlaku, nak,”
            Nur Anisa Sofia menarik nafas panjang. “Dia ada orang lain. Lagi cantik dari Nisa,”
            “Astaga...” ucap Encik Hakimi yang duduk di birai katil. Lemah jantung Puan Ummu apabila mendengar kata-kata Nur Anisa Sofia. Air mata Nur Anisa kembali menitis ke lekuk pipinya.
            “Betul ke Nisa. Entah-entah kawan dia,” Encik Hakimi cuba untuk menyedapkan hatinya sekali gus membela Izzat Imran.
            “Kawan apa kalau dah bersayang-sayang. Bukan perempuan tu tapi Abang Izzat sendiri panggil dekat dia sayang. Nisa ni apa,walid. Patung permainan dia ke? Nisa pun ada perasaan walid,” tersedan sedu Nur Anisa Sofia meluahkan isi hatinya. Perih. Puan Ummu menggeleng kepala beberapa kali. Dia sendiri tak sangka perkara itu akan terjadi.
            “Kenapa Nisa kena ujian macam ni banyak kali? Kenapa semua Nisa sayang buat Nisa macam ni? Kenapa umi? kenapa walid?” Nur Anisa Sofia menggoncang tubuh Puan Ummu. Anaknya itu seperti kehilangan sesuatu. Tidak menentu arah
            “Sudahlah tu nak. Jangan macam ni. Anggap aje Nisa tak ada jodoh dengan Izzat. Umi dengan walid ada sayangkan Nisa,” Puan Ummu tidak putus asa untuk memujuk anaknya itu.
            “Umi, walid. Nisa dah buat keputusan Nisa untuk terima belajar dekat US. Nisa tak sanggup nak tinggal sini. Nisa kena bawak diri sini. Nanti Nisa asyik ingat dia aje,”
            Jelas berubah wajah kedua-dua orang tuanya tentang keputusan untuk belajar United States. Tawaran belajar itu dapat seminggu lepas. Dia berharap Puan Ummu dan Encik Hakimi dapat melepasnya ke sana.
            “Jangan bawa diri sampai ke US, nak. Nanti umi rindukan Nisa macam mana,”
            Nur Anisa Sofia cuba untuk menggariskan senyuman di panggal bibirnya. Dia mengusap lembut pipi wanita itu. “Umi... Nisa pergi sekejap saja. Tiga tahun aje. Bila Nisa ada masa, Nisa balik ye. Harap umi dengan walid izinkan,”
            “Kalau itu yang bahagiakan Nisa, walid lepaskan. Janji dengan walid, Nisa akan jaga Nisa dekat sana nanti,” Encik Hakimi pula berkata. Lelaki tua itu menerung tepat pada mata anaknya, ada sinar terbit situ.
            “Terima kasih, walid,”
            mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana
mengapa kita masih saja tak pernah bersatu
selalu saja bertemu, bertemu saat kau milik yang lain

mungkin kau bukanlah jodohku, bukan takdirku
terus terang

aku merindukanmu, setengah mati merindu
tiada henti merindukanmu
masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu

mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana

mungkin kau bukanlah jodohku
atau bahkan bukan takdirku
terus terang (terus terang)

aku merindukanmu, setengah mati merindu
tiada henti merindukanmu
masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu

aku merindukanmu, setengah mati merindu
aku merindukanmu, masih hatiku untukmu
aku tetap menunggumu (ku tetap menunggu)
(setengah matiku menunggumu) menunggumu
aku tetap menunggumu


KERETA milik Izzat Imran berhenti depan pagar rumah Nur Anisa Sofia. Hatinya gelisah untuk masuk ke dalam rumah tersebut. Apakah keluarga itu masih menerima kehadirannya?
            Izzat Imran mengetuk-getuk stereng. Fikirannya runsing saat itu.
            “Adoi, c’mon Izzat. Jangan duduk aje dalam kereta ni,” monolognya sendirian.
            Akhirnya dia mengambil langkah untuk keluar dalam perut keretanya. Kaki melangkah dan memasuki halaman rumah yang pagar terbuka. Langkah terhenti apabila tiba di muka pintu yang tertutup rapat. Dia mengetuk pintu rumah itu, untuk kali kedua barulah pintu tersebut dibuka.
            “Assalamualaikum, umi,” Izzat Imran memberi salam sebaik saja muncul Puan Ummu di pintu.
            Puan Ummu sedikit kehairanan. “Waalaikumussalam, jemputlah masuk,”
            Izzat Imran mengukir senyuman. Dia membantuti wanita itu ke ruang tamu. Melihat ruang tamu tersebut tersusun rapi. Pelbagai jenis bingkai gambar tergantung pada dinding rumah itu.
            “Izzat seorang sahaja ke?” soal Puan Ummu.
            “Ye, seorang. Izzat dari office,lepas itu terus datang sini,” balas Izzat Imran seraya melabuhkan punggung di atas sofa.
            “Kalau macam tu takpa, umi masuk dalam sekejap buatkan air. Umi panggilkan walid,”
            Izzat Imran sekadar mengangguk. Matanya meliar setiap sudut rumah. Matanya tertancap bingkai gambar kecil yang tergantung, tanpa diduga senyuman terukir. Pasti Nisa. Comel.
            Lelaki dikejutkan dengan sentuhan pada bahunya. Bingkas dia bangun menyalami Encik Hakimi. Tuan rumah itu menjemput Izzat Imran duduk semula.
            “Walid sihat,”
            “Alhamdulilah sihat,” balas Encik Hakimi. “Langkah kananlah kamu datang sini. Umi tengah goreng pisang tadi,”
            Puan Ummu kembali ke ruang tamu sambil menatang dulang disertai air dan goreng pisang masih panas. “Jemputlah makan. Pisang tengah panas-panas tu sedap dimakan,”
            Agak segan dia berhadapan umi dan walid Nur Anisa Sofia. Semenjak dia putus tunang, langsung dia tidak menjenguk mereka berdua. Malu dengan dirinya sendiri dan keluarga itu.
            “Umi walid, Izzat minta maaf apa yang dah berlaku. Itu memang salah Izzat. Izzat tak jujur dengan Nisa. Izzat harap walid dengan umi harapkan kesalahan Izzat. Izzat dah sakitkan hati Nisa,”
            “Sudahlah, benda dah lepas. Tak payah nak ungkit. Walid anggap korang tak ada jodoh saja. Walid maafkan. Janganlah kamu risau sangat,” ucap Encik Hakimi dengan tenang, Izzat Imran memandang ke arah Puan Ummu, wanita itu melayangkan senyuman.
            “Mana Nisa, Izzat tak nampak pun,” soal Izzat Imran. Teringin dia jumpa dengan gadis itu.
            Suami isteri itu saling berpandangan. Pasangan itu agak berat mulut ingin berkata.
            “Nisa, tak ada dekat sini. Dia dekat US sekarang,” Puan Ummu berkata.
            Izzat Imran seperti tidak percaya Nur Anisa Sofia sudah tidak berada di sini. Berkerut dahi lelaki itu.
            “Bila Nisa ke sana? Berapa lama?”
            “Selepas seminggu kamu berdua putus. Nisa cakap dalam tiga tahun macam tu,”
            Fikiran Izzat Imran terbang jauh. Dia tak menyangka Nur Anisa Sofia benar-benar telah meninggalnya. Jauh betul kau pergi Nisa. Kau betul-betul bawa diri. Maafkan aku, Nisa.

LELAKI itu menyandar badan pada bangku di sebuah taman reakasi. Kepalanya menatap dada langit terbentang luas. Hatinya sedikit tenang apabila tatkala memandang kehijauan alam ni.
            Dia cuba untuk memejam matanya untuk seketika. Tak sampai beberapa saat bahunya ditepuk oleh seseorang. Izzat Imran membetulkan posisi dan memberikan ruang untuk kawannya.
            “Apahal bro, ajak jumpa. Dekat taman pulak tu,kau nak ajak aku dating ke apa,” tegur Zaini yang baru sahaja melabuhkan punggung pada bangku itu.
            “Saja. Lama tak lepak sini. Ambil angin petang,”
            “Apa yang kau buang tabiat sangat ni. Geli pulak aku dengan kau ni,”
            “Kau dari mana,”
            “Dari officelah, nasib aku tak terlanjak lagi nak sampai ke rumah. Kau ni kenapa sebenarnya?”
            Izzat Imran keluh berat. “Aku dah putus tunang,”
            Reaksi Zaini sedikit terkejut. “Serius ke bro,”
            “Kau nampak muka aku main-main ke? Dah sebulan lebih aku putus dengan Nisa. Sebab dia nampak aku dengan Fyra,”
            Zaini menggaru-garu kepala tidak gatal. “Atuk kau tak bising ke?”
            “Dia banyak diam. Dia cakap aku dah besar boleh fikir mana baik mana buruk,”
            “Relaxlah bro, bukan dulu kau tak berkenaan dengan perempuan tu ke?” Zaini menepuk-nepuk bahu milik Izzat Imran.
            “Itu dulu, sekarang tak lagi. Perasan sayang itu ada dekat sini. Tiba-tiba datang, tiba-tiba pergi,” Izzat Imran membuang pandangan ke arah taman pertaminan kanak-kanak itu.
            Zaini mengeleng kepala. “Dasyat betul cinta kau ni. Dahlah tu kau tak payah nak dikenang-kenangkan. Hidup perlu diteruskan. Fyra kan ada. Dia mesti boleh teman hari-hari kau. Malam ni kita lepak-lepak dengan club, kau pun dah lama tak pergi sana kan,”
            Izzat Imran bingkas bangun daripada bangku. Cermin mata hitam tergantung pada kemajanya segera disangkut pada batang hidungnya.
            “Aku dah cuci tangan. Lagipun aku tunggu Nisa balik Malaysia semula. Jomlah aku belanja minum dekat kopitiam,” Izzat Imran melangkah kaki ingin meninggalkan taman tersebut. Zaini sedikit kehairanan tapi dibiarkan sahabatnya itu mengekorinya daripada belakang.

JARUM JAM sudah berganjak ke pukul 11 pagi. Izzat Imran sedikit mengeluh. Dia membuang pandangannya pada jalan raya.
            “Lambatnya,” rungut Izzat Imran.
            Izzat Imran menghirup jus tembikai yang masih berbaki. Pada waktu dia telah mendapat temujanji dengan seorang kliennya untuk membincang tentang projek terbaru. Dia sengaja memilih kafe yang berdekatan dengan syarikatnya, tidak perlu menempuh kesesakan jalan raya.
            Selang beberapa minit, seorang klien yang dijanjikan sudah pun tiba.
            “Maaf Izzat Imran, lambat sikit,” Lelaki berpakaian kemas itu menghulur tangan untuk berjabat.
            “Tak apa, saya faham, Encik Fendi. Jemput duduk,” Encik Fendi seraya itu melabuhkan punggung di atas kerusi.
            “Maaf lambat sikit,” suara satu menyentuh gegendang telinga milik Izzat Imran. Dia mengangkat kepala melihat susuk tubuh cantik milik seorang gadis yang memakai kemaja berwaran putih dipadankan skirt labuh berwarna hitam. Rambut panjang mengurai dilepaskan.
            “Sebelum terlupa kenalkan. Ini secretary saya,” Encik Fendi memperkenalkan kepada wanita tersebut.
            “Saya Nur Anisa Sofia,” penuh bergaya gadis tersebut memperkenalkan dirinya. Izzat Imran sedikit kaku. Lidahnya terkelu melihat penampilan gadis tersebut. Cantik.
            “Saya Izzat Imran,”
            Mereka berdua berupa-rupanya untuk saling tidak mengenali. Kerusi meja makan ditarik oleh Nur Anisa Sofia lantas melabuhkan punggungnya. Mata Izzat Imran tidak dapat melepaskan pandangan terhadap wanita itu.
            “Dia ni girlfriend saya tau, jangan berani kenyit mata dengan dia,” kata Encik Fendi berbaur amaran. Izzat Imran senyum kelat mendengar kata-kata daripada Encik Fendi.
            Tanpa membuang waktu, Encik Fendi menerangkan beberapa perkara penting. Izzat Imran terangguk-angguk apabila lelaki tersebut menerangkan serba sedikit tentang  projek yang bakal dijalankan. Fikirannya hanya tertumpu pada gadis tersebut, sesekali anak matanya menjeling ke arah Nur Anisa Sofia sedang menulis sesuatu ada notanya yang duduk bertentangan.
            “Sorry, take five minute. I need to go to the restroom,” Encik Fendi terus bangun  dan meninggalkan mereka berdua di situ.
            Izzat Imran merenung gadis dihadapannya. Walaupun majikannya tiada di situ, Nur Anisa Sofia belum berhenti menulis.
            “Nisa apa akhabar,” Izzat Imran cuba memberanikan diri untuk menegur gadis tersebut. Ye! Gadis jauh beza dengan dulu. Banyak perubahan telah berlaku.
            “Alhamdulilah baik aje, how about you?” Nur Anisa Sofia mengambil tindakkan untuk berhenti menulis seketika. Matanya menatap ke arah Izzat Imran. Dia memerhati susuk tubuh lelaki itu kelihatan seperti susut. Diet agaknya!
            “Fine. So dah tiga tahun lebih kita tak jumpa. Awak dah banyak berubah, Nisa,” terus terang Izzat Imran berkata. Tiga tahun, satu jangka masa yang panjang. Selama itu juga hidup lelaki itu dibayangi gadis itu.
            “Apa yang berubahnya. Saya tetap Nisa,” Nur Anisa Sofia rupa-rupa tidak mengerti kata-kata lelaki itu. Jika dulu, Nur Anisa Sofia memakai cermin mata besar kini tidak lagi.
            “Tak awak dah lain. Terkejut saya, awak secretary Encik Fendi. Tak sangka saya jumpa awak dekat sini,”
            Nur Anisa Sofia mengukir senyuman menampak sebaris gigi tersusun rapi.Tiada lagi pendakap gigi menghiasi senyumannya.
            “Tak apa yang lain. Just biasa-biasa saja. How your life? Mesti dah ada anak kan,” ceria suara Nur Anisa Sofia, dah lama dia tidak berjumpa lelaki ni. Terubat rasa rindu di hati.
            Pada rajin sahaja mulutnya mengatakan setuju mengikut majikan. Ada hikmat rupanya. Terima kasih, Ya Allah!
            Izzat Imran tergelak kecil. “Dari mula saya kenal awak. Mesti tanya pasal anak. Saya ni masih bujang lagi tau,”
            “Jadi awak tak kahwinlah dengan girlfriend awk tu,” dahi Nur Anisa Sofia sedikit berkerut. Sejujurnya, dia agak berat mulut untuk menanya tentang perkara itu. Hatinya masih rasa sakit apa yang terjadi tiga tahun lepas. Bukan sesuatu perkara yang mudah untuk melupakan.
            “Yelah, saya dengan dia tak ada apalah. Awak aje fikir lain,”
            Nur Anisa Sofia mendiamkan diri. Encik Fendi kembali ke meja.
“Dari jauh nampak korang berdua berbual rancak aje,” Encik Fendi memerhati Izzat Imran dan setiausahnya.
“Borak kosong aje. Boleh kita teruskan,” usul Izzat Imran lalu Encik Fendi mengangguk tanda setuju.
Mereka meyambung kembali perbincangan  yang tergendala seketika. Dalam fikiran Nur Anisa Sofia, dia sudah silap tafsir tentang lelaki itu. Adakah aku masih di hatinya?


NUR ANISA SOFIA merenung komputer ribanya. Sehari suntuk dia menghabiskan masanya mengadap komputer. Biasalah di hujung minggu begitu dia banyak menghabiskan masa di bilik.
            Gadis itu dikejutkan dengan ketukan pada dedaun pintu.
            “Masuklah, pintu tak kunci pun,” jerit Nur Anisa Sofia. Terjojol Puan Ummu di balik pintu. “Ada apa umi,”
            Puan Ummu menghenyak di birai katil anaknya. Wajah Puan Ummu berseri-seri tak lekang bibirnya mengukir senyuman.
            “Ada tetamu dekat bawah. Dia ajak Nisa keluar. Siaplah. Dia tunggu kamu dengan bawah,”
            Nur Anisa Sofia kehairanan. Hatinya mengerutu. Sapa tetamu tu? Takkan Encik Fendi, hish tak mungkinlah. Nur Anisa Sofia turun dari katil lalu kakinya dihayun menghampiri ke jendela.
            Sebuah kereta berwarna hitam tersadai dihadapan rumahnya. Dia tak mampu fikir siapa pemilik kereta itu. Aduh!
            “Dahlah, tak payah nak pening-pening fikir. Pergi siap cepat dah lama dia dekat bawah tu,”         
            Nur Anisa Sofia tidak mampu untuk membantah kata-kata uminya. Diturutkan sahaja asalkan Puan Ummu tersenyum begitu. Dia mencapai tuala mandi lalu memboloskan diri ke bilik air.


TAK sangka awak yang ajak saya keluar ingat sapalah tadi,”
            Mereka berdua jalan beriringan menyusuri di sebuah tasik itu. Izzat Imran hanya tersenyum mendengar kata-kata Nur Anisa Sofia.
            “Kenapa dah tak sudi ke keluar dengan saya?” duga Izzat Imran sekali sekala dia memandang wajah milik gadis di sebelahanya.
            “Bukan macam tulah, tak pernah pun orang ajak saya keluar weekend macam ni. Yelah semua dah berkeluarga. Saya aje masih bujang,”
            “Boyfriend awak Encik Fendi tu,”
            Nur Anisa Sofia ketawa kecil.
            “Kenapa awak ketawa? Salah ke apa yang saya cakap,”
            “Encik Fendi tu majikan saya sahajalah. Dia bukan boyfriend saya. Semua staff dekat office tu, semua girlfriend dia. Dia tu ada dah binilah awak,”
            Izzat Imran menarik nafas lega. Tak sangka dia termakan kata-kata Encik Fendi tempoh hari. Nur Anisa Sofia mengelengkan kepalanya.
            “Sebelum saya terlupa, saya nak minta maaf pasal kita dulu. Salah saya. Saya mengaku. Saya tak jaga awak dengan baik,” tulus Izzat Imran ucapkan. Nur Anisa Sofia agak terpana dengan kata-kata Izzat Imran.
            “Cerita dah basilah, tak pergi dikenangkan. Saya dah buka buku baru. Tapi kita boleh jadi kawankan,”
            Melantun-lantun perkataan kawan di minda Izzat Imran. Sebagai kawan? Izzat Imran melepaskan keluh berat. Mana mungkin hati ingin menerima Nur Anisa Sofia sebagai seorang kawan.
            Nur Anisa Sofia sudah melangkah jauh. Lelaki itu mengejarnya daripada belakang. Dia harus berbuat sesuatu.
            “Nisa...” lembut lidah Izzat Imran memanggilkan gadis itu. Hampir luruh jantung gadis itu apabila bibir lelaki tersebut hampir cuping telinganya. Hatinya mula bergetar.
            Izzat Imran memejam kedua-dua matanya. “Saya tak nak jadi kawan untuk awak, tapi saya nak awak dunia akhirat jadi isteri saya. Izinkan saya jadi pemilik tulang rusuk kiri awak,”
            Gugur air mata Nur Anisa Sofia. Tak sangka lelaki itu melamarnya disitu. Air mata yang tumpuh itu, air mata bahagia.
            “Hey, kenapa menangis ni? Saya ada lukakan hati awak ke?” Izzat Imran hairan tiba-tiba sahaja air mata Nur Anisa Sofia tumpuh ke pipinya.
            “Tak adalah, saya ingin awak dah tak ada hati dekat saya,” ada getar pada suara Nur Anisa Sofia.
            Izzat Imran meletak jari telunjuk pada bibir gadis itu. “SShhhhh, nama Nur Anisa Sofia tak pernah terpadam dalam hati saya sayang. Tiga tahun saya tunggu awak, saya takkan sia-sia lagi peluang ni. Jadi sudi tak awak terima saya sebagai suami awak,”
            Dalam malu Nur Anisa Sofia menangguk kepalanya. Izzat Imran tersenyum, tak sia-sia dia tunggu selama tiga. Kini hatinya berbunga riang, dia sudah tidak sabar memperisterikan Nur Anisa Sofia.

SEPASANG PASANGAN menyusuri gigi pantai yang dipukul ombak. Ombak kelihatan kian memutih tatkala hadir di gigi pantai. Terasa damai di hatinya menikmati pemandangan di sekitar pantai.
            Dengan sekali lafaz, Nur Anisa Sofia kini sah bergelar isteri kepada Izzat Imran. Pulau Bali, Indonesia menjadi pilihan destinasi bulan madu buat mereka berdua. Hampir sebulan lebih mereka telah mendirikan rumah tangga.
            Izzat Imran merangkul pinggang isterinya. “Best tak honeymoon dekat sini,”
            Nur Anisa Sofia memandang suaminya yang berkaca mata hitam. Dia mencuit batang hidung si suami.
            “Best! Tapi best lagi honeymoon dengan Malaysia aje. Dekat sana pun tak sempat nak jelajah,”
            “Yeka, kenapa hari tu tak suggest dekat abang langsung? Diam aje,”
            Nur Anisa Sofia menyorok senyumannya. “Saja, lagipun Nisa tak kesah dekat mana-mana. Janji ada abang dekat sisi Nisa,”
            Nur Anisa Sofia membalas rangkulan suaminya. Saat itu perasan bahagia, suaminya adalah anugerah terindah yang diterima. Langkah mereka berdua terhenti di tengah-tengah gigi pantai. Izzat Imran mencapai tangan isterinya, lantas bertentangan.
            Izzat Imran menolak lembut rambut yang sebahagia menutupi mata Nur Anisa Sofia. Isterinya sekadar diam dengan kelakuan Izzat Imran.Dia selesa dibelai suaminya.
            “Sebenarnya, abang lagi suka Nisa yang dulu,” jujur Izzat Imran berkata. Kening Nur Anisa Sofia terangkat sedikit.
            “Kenapa pulak?”
            “Sebab abang jealous sekarang ni,” bisik Izzat Imran kepada Nur Anisa Sofia. Isterinya tertawa kecil seolah-olah tidak percaya kata-kata Izzat Imran.
            “Sejak bila pandai jealous semua ni,”
            “Sejak isteri abang nak cun macam ni. Semua orang pandang Nisa. Mana boleh! Nisa, abang punya seorang saja,”
            Beberapa pasang mata memandang mereka berdua. Tetapi tidak endahkan.
            “Mengada-ngada. Dulu tak macam tu pun. Nisa sayang abang seorang aje. Hati Nisa untuk abang tau,”
            Nur Anisa Sofia memeluk tubuh sasa milik suaminya. Mereka berdua berbenam dalam pelukan seketika. Satu suara kecil di cupingnya. “I will love you until forever, Nur Anisa Sofia,”
            Izzat Imran meletakkan dagu di atas kepala isterinya dan dia juga mengucup ubun-ubun rambut isterinya dengan lembut. Dia mahu Nur Anisa Sofia tahu akan kasih sayang dia hanya milik wanita itu sahaja.
            Similir angin di Pulau Bali menari-nari menjadi saksi cinta di antara Izzat Imran dan Nur Anisa Sofia. Biarpun, lama menanti wanita itu ke pangkuannya semula. Namun dia bersyukur ke hadrat Ilahi masih memberi peluang dan ruang untuk menjadi suami kepada wanita. Diharap kasih ini berpanjang sehingga ke syurga. Mungkin suratan takdir, berpisah dan bertemu jua. Itu dinamakan jodoh, jodoh itu rahsia Allah S.W.T.

                                                            ~TAMAT~

3 comments:

  1. Ad beberapa kasalahan grammar ....n' ayat 'sepasang pasangan' x sesuai sbb 'pasangan' mean 2 orang...harap perbaiki n' teruskan berkarya ...
    Nice story ending...

    ReplyDelete
  2. The idea is there but grammar tu yg membuatkan cerita ni jadi kucar-kacir sikit . And ada certain word yg tertinggal. overall cerita ni best.

    ReplyDelete

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)