Fikirannya mula merawang-rawang.
Teringat perbualan dia dengan mama petang tadi selepas pulang dari tempat
kerja. Sera Humaira melepas keluhan yang pajang. Nama Datin Maznah mula
berlayar di kotak fikiran.
Sera Humaira terpandang bingkai
gambar di atas meja soleknya. Memori bersama-sama pelajar Kolej Pulau Jagus
semasa Hari Kejohanan Sukan Sekolah. Terpalit segaris senyuman di bibir gadis
itu.
“Apa kau buat dekat sini?” tanya
Syafiq Iskandar bernada kasar. Lelaki itu sedang membantu guru-guru menghias
khemah rumah sukan masing-masing. Gadis itu masih lagi di situ, sejak awal
perkenalan lagi lelaki itu bersikap dingin. Tapi itu tidak mematahkan
semangatnya untuk berusaha mendekatinya.
“Saja datang sini tak boleh ke?”
“Tak, kau pergilah rumah sukan kau.
Tolong cikgu dekat sana. Tak payah menyibuk dekat sini,” Sera Humaira menjuih
bibir selepas mendengar kata-kata Syafiq Iskandar. Cakap tu tak bertipis
langsung. “Muncung lagi mulut tu, kang ada kena ikat riben dekat mulut tu,”
Gadis itu menghadiahkan jelingan
tajam ke arah lelaki itu. Suka hati nak riben kan mulut aku ni. “Takpayah nak
halau-halau orang nak pergi khemah lain, ini pun rumah sukan orang lah!”
Sera Humaira lebih selesa membahasakan
dirinya orang berbanding Syafiq Iskandar membahasakan kau-aku. Syafiq Iskandar
memandang wajah milik gadis tersebut. Lelaki itu mengangguk. “Oh baguslah. Buat
kerja ni sama. Jangan tahu tengok je,”
Itulah Syafiq Iskandar. Nak senyum
alahai susahnya. Apa mak dia kasi makan masa mengandung pun tak tahulah. Ego
tak bertempat langsung. Kita baik-baik dengan dia, tapi dia layan kita nak tak
nak.
“Akma! Aku nak pergi tandas kejap
tau. Kalau Cikgu Zu cari aku, bagitahu dia aku pergi tandas sekejap okay,” Akma
mengangguk. Sera Humaira mengangkat punggungnya. Kawasan padang sekolah masih
dipenuhi manusia disitu.
Hari
Kejohanan Sukan Sekolah telah berlangsung tiga hari. Sera Humaira telah berjaya
dalam larian berganti-ganti dan mendapat tempat pertama. Petang itu, dia belum
nampak bayang Syafiq Iskandar. Dia tidak ada acara ke? Getus dihatinya.
Kakinya
mendaki anak tangga untuk tandas perempuan berada di tingkatan atas. Telinga
Sera Humaira dapat menangkap suara seorang di sebuah kelas. Suara itu jelas
dikenalinya.
“Kau
tak percaya ke aku ni tak ada perasanan langsung dekat dia?” lelaki itu meminta
sejuta kepastian. Mubin mencebik sampai mengeleng-gelengkan kepalanya.
Sementara Sera Humaira yang berada di luar kelas cuba mendekati dan mendengar
bait-bait ayat daripada lelaki tersebut.
“Aku
tak percaya lah Is, takkan sikit pun takada langsung. Kau ni rabun rasanya, Maira
punya comel kau boleh tolak mentah-mentah,”
“Ada
ar sikit je. Cuma sebagai kawan. Percayalah, ada lagi yang terbaik untuk Sera
Humaira selain aku. Aku tak pernah sayang atau suka dia lebih dari seorang
kawan dia. Dia tu je yang lebih-lebih. Sikit-sikit aku. Penat aku layan
perempuan macam tu,”
Kata-kata
Syafiq Iskandar merentap jiwa Sera Humaira tatkala itu. Pedih, perih dan
segala-galanya. Bagaikan kabur pandangan saat itu apabila segalanya terlafaz.
Adakah aku bertepuk sebelah tangan selama ni? Dia tak sayang aku, macam mana
aku sayang dia?
“Oh
sebab tu kau layan dia acuh tak acuh. Aku hairanlah dengan kau ni? Perempuan
macam mana kau nak. Maira tu habis baik layan kau. Cuba layan dia elok-elok,”
nasihat Mubin yang mengenang nasib Sera Humaira.
Jatuh
jua air mata yang ditahan oleh Sera Humaira. Pada mulanya dia ingin bertahan
tanpa mengugurkan air mata itu tapi bagaimana pun tidak terdaya. Tertumpah jua
di lenguk pipi gebu milik gadis itu. Dengan segara dia mengesan air mata itu
dan dia ingin pergi dari itu dengan cepat.
Mubin
yang terdengar bunyi derapan kasut yang kuat. Syafiq Iskandar dan Mubin
berpandangan, dua sahabat tu terpinga-pinga. Mubin mengambil keputusan untuk
melihat siapa yang datang ke tingkat atas. Setahunya, hanya dia dan Syafiq
Iskandar di tingkat itu.
Hati
Mubin mula tidak sedap hati. Tak mungkin Maira naik ke sini? Kalau ya, maka dia
dengar semua perbualan aku dan Is? Tak mungkin.
SYAFIQ ISKANDAR
lempar kayu hoki di atas rumput sedang memanjang. Fikirannya kusut sejak
beberapa minggu itu. Mubin yang mengekorti sekadar menggelengkan kepalanya.
Faham sangat sikap dingin sahabat.
Mubin menepuk bahu sabahatnya itu.
“Kau kenapa ni tiba-tiba angin tak tentu pasal,”
Syafiq Iskandar melurut rambut
dengan kasar setelah dia duduk di atas padang rumput. Mubin turut duduk
bersebelahan dengan Syafiq Iskandar.
“Aku tak faham kenapa sejak
akhir-akhir ni Maira asyik mengelak daripada aku? Aku ada buat salah dekat dia
ke?”
Berubah sedikit riak Mubin. “Laa
sebab tu ke kau mengamuk tak tentu pasal. Bukan kau tak suka dengan Maira ke?”
‘Aku suka dan sayang dekat Maira,
cuma aku tak mengharap apa-apa tentang hubungan ni,’ bait-bait bicara itu hanya
terlafaz di dalam hati. Tak mampu dia meluahkan perasaan untuk sahabatnya.
MAJLIS PERJUMPAAN
bekas pelajar-pelajar Kolej Pulau Jagus bertempat di Hotel Vistana. Majlis yang
diberi nama Memories Remain Nite itu dihadiri oleh bekas-bekas tenaga pengajar
dan pelajar- pelajar pada tahun 2001- 2003.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah
semua hadir. Perasaan gembira melihat wajah kawan-kawan seangkatan, setelah
sekian lama tidak bertemu.
“Jauh termenung.” Tegur Akma menarik
kerusi meja makan itu.
Sera Humaira sedikit tersentak
dengan teguran itu. Melihat Akma sudah mengukir senyuman. Akma mengendong anak
kecilnya yang sudah berusia Sembilan bulan.
“Comelnya anak kau.” Geram Sera
Humaira melihat Akma yang tembam itu.
“Mestilah comelkan, Faiz. Ikut macam
mama dialah.” Faiz merupakan anak sulung, Akma. Melihat daripada sepasang mata
kawannya itu, dia tahu bahawa Akma sedang meniti kebahagiaan.
“Kau datang sini saja ke? Kau tak
nak makan ke?”
“Kejap lagilah. Belum lapar lagi.”
Mata Akma memandang sekeliling masih
banyak lagi meja tidak dipenuhi. Agaknya mereka semua tersangkut dalam
kesesakan.
“Pegang anak aku kejap. Nak pergi
cari laki aku kejap,” Akma menyerah anaknya kepada Sera Humaira, penuh dengan
berhati-hati dia menyambut.
Dari satu sudut, Syafiq Iskandar
ternampak bayangan seseorang dikenali. Bayangan seseorang itu dikenalinya
walaupun jauh melihat gadis itu sedang bermain-main dengan seorang bayi
dipegangnya.
Syafiq Iskandar berlalu meninggalkan
El tanpa memesan apa-apa. Matanya hanya tertumpu pada gadis yang berada di
penjuru dewan itu.
Kakinya diatur ke arah meja
bernombor lima. Dia memberhentikan langkah di hadapan gadis itu. Sera Humaira
sedikit terkejut dengan kehadiran lelaki di situ. Perlahan dia mendonggakkan
kepalanya.
Degupan jantung mula bergerak tidak
sekata. Lelaki yang berdiri tegak itu sedang menyeluk poketnya dengan kedua-dua
tangan. Lelaki itu segak berpakaian kemaja berlengan panjang dipadankan dengan
seluar slack berwarna hitam.
Syafiq Iskandar menarik kerusi
sebelum melabuhkan punggungnya.
Lelaki itu mengukir senyuman. “Lama
tak jumpakan.”
Sera Humaira masih tidak berkutik.
Pergerakannya terbatas. Perasaan aneh mula menyelinap. Gadis itu cuba untuk
melakar senyuman buat sang lelaki itu.
“Maira, sihat?” soal Syafiq
Iskandar. Dia masih tidak berpuas hati.
Lelaki itu mengaku, dia amat rindu
untuk menatap wajah gadis itu. Sera Humaira makin cantik dan dari segi
pemakaiannya agak moden.
Sera Humaira mengganguk perlahan. “
Alhamdulilah sihat. Is apa khabar?”
Lelaki itu tersenyum apabila Sera
Humaira mula bersuara.
“Sihat sangat. Bertambah sihat jumpa
Maira.”
Sekilas Sera Humaira memandang
lelaki itu. Dalam rasa segan dia mencuba untuk menatap wajah lelaki itu.
Hatinya merintih, tolong jangan bagilah aku harap apa-apa. Cukuplah apa yang
aku rasakan dulu.
“Baguslah kalau sihat.” Sera Humaira
mati ayat.
“Dah kahwin belum?” Syafiq Iskandar
sekadar memandang bayi yang berada dalam di atas paha gadis tersebut. Dia tahu
itu bukanlah anak Sera Humaira. Segala kisah hidup Sera Humaira, dia ketahui.
Akma banyak membantunya dalam segala hal.
“Belum lagi…”
Kata-kata Sera Humaira terputus
apabila suara nyaring kedengaran dicupingnya. Pandangannya di alih pada empunya
suara. Seorang gadis bertubuh langsing tinggi lampai kulitnya putih mengebu
berpakaian dress labuh berwarna hitam. Rambutnya disanggul kemas.
“Sayang, you pergi mana? Merata I
cari you tahu tak” El merengek manja. Berdesing gegendang telinga Sera Humaira
mendengarnya. Dia tidak memandang sepasang tersebut.
Hatinya rasa disiat melihat
kemesraan mereka. Sera Humaira mengambil keputusan untuk bingkas bangun.
“You
all boraklah, I nak pergi cari mama dia.” Kata-kata Sera Humaira
menyentakkan sepasang tersebut. Belum sempat Syafiq Iskandar berkata, gadis itu
berlalu pergi.
“You cakap dengan I ni. Sapa
perempuan tu.” Wajah El seperti mencuka.
Syafiq Iskandar memandang sekilas
wajah El. Di biarkan muka El mencuka. Penat dia melayan telatah El semakin hari
semakin manja.
“Ex girlfriend. Cantikkan dia.”
Pujian Syafiq Iskandar membuatkan El
bertambah benggang terhadap lelaki itu. Geram dengan Syafiq Iskandar
seolah-olah tidak perdulikan perasaannya.
ANAK MATA
Shima tertumpu pada skrin televisyen dipasangnya. Dia mengambil kesempatan
untuk memanjakan badannya dirumah. Abang kembarnya, awal-awal pagi lagi sudah
menghilangkan bayangnya di villa itu. Begitu juga dengan abang sulungnya.
Sesekali Shima memandang ke arah
Datin Maznah sedang membaca majalah yang baru sahaja dibeli semasa ke pasar
pagi tadi. Di villa itu hanya tinggal dia dan mummynya sahaja.
Dederuman enjin kereta yang memasuki
ke villa mewah itu telah membantutkan bacaan Datin Maznah. Wanita itu menutup
majalah itu lalu di simpan dibawah meja.
Pintu utama ditolak oleh Syafiq
Iskandar diekori oleh El. Hampir dua minggu juga, gadis daripada Singapura
menginapan di villa mewah tersebut.
Datin Maznah memerhati dari ekor matanya pasangnya itu melintasi
dihadapannya.
“Is! Duduk sini, ada perkara mummy
nak cakap.” Suara Datin Maznah memecah kesunyian.
Syafiq Iskandar memandang El yang
sedia berdiri di sininya.
“Tak apalah kalau macam tu, El naik
dulu.” pamit El sebelum melangkah mendaki anak tangga. Lagipun El cuba
melarikan diri daripada Datin Maznah.
“Tak payah naik. Duduk sini sekali.”
Arahan Datin Maznah membuatkan gadis
itu berasa sikit cuak. Jika di soal pelbagai soalan yang mungkin tidak mampu
dijawab oleh El. Gadis kelahiran Singapura menarik nafas dalam.
Syafiq Iskandar henyak pada sofa
empuk berhadapan dengan Datin Maznah. Wajah wanita itu tiada sebaris senyuman.
Serius. El mengambil tempat di sisi Syafiq Iskandar.
“Apa yang mummy nak cakap ni, jangan
salah faham. Cuma mummy tak boleh nak pendam lama-lama.” Datin Maznah menyusun
ayat satu per satu. Shima dihadapan televisyen kini telah menumpu seratus
peratus pada Datin Maznah.
El sekadar membenamkan wajah pada
lantai marmar itu. Tak sanggup bertentangan wanita itu. Kekadang kata-kata
buatkan hatinya disiat-siat dengan layanan Datin Maznah. Nafas milik Syafiq
Iskandar mula tunggang langgang. Apa sebenarnya mummy nak cakapkan ni. Desis
dihati lelaki itu.
“El, tu anak dara orang. Tak elok Is
bawa dia ke hulur hilir. Nanti jadi bahan cerita orang. Mummy ni cuma nak
bagitahu. Tak sedaplah nanti orang cerita pasal keluarga kita ni.”
Kata-kata Datin Maznah diangguk
perlahan Syafiq Iskandar.
“Seperkara lagi mummy nak bagitahu…”
Syafiq Iskandar memandang Datin
Maznah dengan penuh hairan. Sejak pulang daripada bandar hatinya sedikit
gelisah. Apa yang dilakukannya semua tidak menjadi. Sekali lagi hairan kenapa
perlu berhadapan dengan Datin Maznah dengan keadaan begitu serius.
“Apa dia.”
BERSAMBUNG....
La apa yang mummy is nak cakap tu.
ReplyDeletebiarlah rahsia :)
Deletetiada sambungan ker
ReplyDeleteBest lah
ReplyDeleteSambunglah lagi ;)
TQ :)
Deleteinsyaallah ada msa sya smbung :)
Smbung la cpat tak sbar dah niii...:)
ReplyDeletealaa...xde smbgn dh ke?hmmm..cdih ite tauðŸ˜
ReplyDeletealaa...xde smbgn dh ke?hmmm..cdih ite tauðŸ˜
ReplyDelete