DUA HATI

“DANI!! DANI!!”
            Lantang suara si gadis yang berada di hadapan pintu pagar milik rumah sewa Dani, rakan akrabnya. Beberapa kali dia mengongcangkan pintu pagar besi tersebut. Tiada siapa menyahut daripada dalam.
            “Mana pulak pi mamat ni!” runggut gadis tersebut. Melihat kereta milik Dani tersadai di garaj kereta. Mamat ni sahaja taknak keluar ke apa? Bisik hatinya.
Semalam dia telah berjanji dengan lelaki tersebut untuk menonton wayang, setelah sampai di pusat membeli belah, batang hidung laki tersebut tidak kelihatan sehinggalah wayang hampir bermula.
“Dani! Aku tahu kau dekat dalam. Baik kau keluar sebelum aku panjat pagar ni.” Hendak tercabut anak tekak gadis tu, jerit punya pasal. Semua boleh terjadi. Ikut hati gadis itu mahu saja dia panjat pagar tersebut. Eleh, dia ingat aku tak berani kut.
Tiba-tiba seorang lelaki keluar daripada pintu. Seorang lelaki yang memakai seluar pendek paras lutut bersama baju putih Pagoda. Lekas-lekas lelaki tersebut menyarungkan selipar dan menuju ke arah pintu pagar yang tertutup.
“Kau ni tak malu ke, Min. Terpekik lolong dengan rumah orang bujang ni,” bidas Syamil yang sudah tahu tabiat si gadis itu, Yasmin. Berubah wajah Yasmin apabila Syamil berkata begitu. Lelaki itu membuka pagar tersebut daripada dalam
“Aku cari Dani. Aku call dia tak angkat. Mesej pun tak balas,” tutur Yasmin sambil menundukkan wajah ke lantai.
“Lali kali tu, bagilah salam. Tak payah jerit macam, malulah sikit. Jiran aku ni mulut boleh tahan jugak. Kang pasal kau, dia mengumpat kau pulak,”
“Ye, aku minta maaf. Lepas ni aku tak buat lagi dah. Swear!” Yasmin mengukir senyuman manis dan mengangkat dua jari tanda ‘Peace’. Syamil menggeleng beberapa kali melihat telatah Yasmin. Tak pernah berubah.
“Tak apalah kalau macam tu. Tunggu sini kejap, aku panggil Dani. Dia  tidur kut, tu sebab tu dia tak balas mesej kau,”
“Eh, biar aku yang kejut dia. Aku nak kejut dia guna air panas,” Yasmin sudah melangkah masuk ke dalam halaman rumah mereka. Sempat Syamil menahan gadis tersebut.
“Kau nak pergi mana ni?” soal Syamil.
“Nak kejutkan si mangkuk tulah,”
“Kau tak takut ke masuk rumah orang bujang. Buatnya dia orang ngap kau macam mana,” Syamil sudah tersengih nakal. Yasmin menelan liur, dia sudah dapat bayangkan keadaannya, sungguh menakutkan. Dengan pantas kakinya mengundur ke belakang sekali gus menjarakkan dia dan Syamil.
“Aku masuk sekejap, kejutkan boyfriend kesayangan kau tu. Tunggu sini, jangan pergi mana-mana,” kata Syamil sebelum lelaki tersebut menghilangkan diri masuk ke dalam rumah.
‘Boyfriend? Dia bukan boyfriend akulah,’ balas Yasmin dalam hatinya.
Antara dia dan Dani bukan pasangan kekasih, mereka hanya kawan baik sejak daripada zaman sekolah rendah lagi, kebetulan rumahnya dengan rumah Dani tidaklah sejauh mana dengan rumah Yasmin.
Masuk saja ke alam sekolah menengah hubungan mereka menjadi renggang apabila masing-masing masuk asrama di sekolah yang berbeza. Bila cuti panjang, barulah mereka lepak bersama-sama. Perkara tidak dijangka, mereka dapat tawaran di universiti yang sama.
Sepuluh minit kemudian, barulah Dani memunculkan diri di hadapan muka pintu. Lelaki tu, memisat-misat mata dek kerana cahaya yang cerah. Lelaki itu mengecilkan pandangan ke arah gadis di kenali itu.
“Dani! Kau boleh tidurkan, sedangkan aku terconggok kat panggung wayang tu sorang-sorang,” jerkah Yasmin, geram. Dani terkejut dek jerkahan tu.
            “Sorry sangat Min, aku tertidur tadi. Khusyuk sangat buat kerja sambil tertidur. Maafkan aku, Min,” Mohon Dani dengan muka penuh mengharapkan.
            “Ish, kau ni kan! Habis duit aku beli tiket dekat kau. Cerita 3d pulak tu. Kau ni memang nak kena betullah,” 
            “Tak mau marah-marah Min. Nanti tak comel tau garang-garang macam tu. Kau tunggu sini sekejap, aku nak mandi. Karang kita keluar okay,” Itulah Dani dengan cara memujuk Yasmin apabila dia buat salah.
 Ini bukanlah kali pertama dia buat hal dengan Yasmin, dah selalu tau tak. Tapi si Yasmin ni seorang penyabar. Dia sabar sahaja dengan perangai Dani yang macam budak sekolah darjah satu.
Mungkin ramai yang akan menganggap mereka adalah pasangan kekasih. No! No! No! mereka bukanlah pasangan kekasih mungkin cara mereka seperti pasangan kekasih. Berkepit dua lima jam. Ke sana ke sini bersama. Ke mana sahaja Dani pergi mesti ada Yasmin. Begitu jugalah sebalik.
Selesai sahaja Dani membersihkan diri, dia kembali turun ke bawah mendapatkan Yasmin yang tersandar di kereta miliknya.
“Jom!” tegur Dani kepada Yasmin yang termenung. Tergamam saat Yasmin memandang lelaki itu tanpa berkedip matanya. Dani memakai baju t-shirt berkolar dan seluar jeans berwarna hitam serta kaca mata hitam tergantung pada batang hidung Dani.
‘Awat handsome sangat mamat ni?’ Desis Yasmin.
Jari Dani dipetik. Tersentak gadis itu. “Jomlah. Tunggu apa lagi,”
Masih berbaki malunya terhadap Dani. Malu sebab dia tenung wajah mamat tu. Aku ni, pantang sikit nampak laki handsome. Mulalah hati mudah cair. Kaki Yasmin menuju ke luar pagar.
“Eh, nak pergi mana tu?” soal Dani kehairanan.
“Pergi dekat kereta akulah. Mana lagi? Kata nak keluar,”
“Tak payah. Naik kereta aku aje. Kereta kau tak best,” komen Dani, Yasmin sudah memuncungkan mulutnya. Suka suki aje, kutuk kereta aku ek. Tahulah kereta kau ni baru, Dani. Kecik hati kereta aku.

RIUH RENDAH sebuah kafe di kampus itu. Semua Mahasiswa di situ sedang menjamah makan tengah hari. Yasmin sedang membuat nota sambil mendengar lagu Linkin Park melalui telefonnya. Sudah menjadi kebiasaannya membuat nota sambil mendengar lagu. Bak kata Nescafe 2 in 1.
            Earphone yang dipasang bahagian telinga kirinya dicabut kasar oleh seseorang. Terkejut Yasmin nasib sahajalah dia tidak membuka silat. Dani mengambil tempat bertentangan dengan Yasmin. Gadis itu menanggalkan cermin mata bertingkai penuh diletakkan atas meja.
            “Lambatlah kau ni. Penat aku tunggu tahu tak?” runggut Yasmin kasar sambil memeluk tubuh. Semasa di dalam kelas tadi, dia mendapat mesej daripada Dani untuk jumpa di kafe selepas habis kelas.
            “Relaxlah,Min.Lambat setengah jam pun dah nak kecoh. Sorrylah, Prof. Hamdi tu banyak cakap pulak tadi. Itu yang lambat.”
            Yasmin menjuih bibir. Apa dia lambat setengah jam pun nak kecoh. Macha ni tak tahu ke, masa itu emas dan masa itu duit. Manalah dia boleh pepatah macam tu.
            “Disebabkan kau lambat, aku nak Secret Recipes petang ni jugak,”
            Melopong Dani mendengar permintaan gadis itu.
            “Demandnya kau, nak kek mahal-mahal aje. Boleh kering poket aku hari-hari tau macam ni.”          
            Yasmin tersengih-sengih. Ingat dia aje boleh buli aku. Aku pun bolehlah, bro! monolog Yasmin sendiri di hati.
            Dani baru teringat tujuan asalnya untuk berjumpa dengan gadis itu.
            “Min, aku ada something nak tanya kau ni?”
            Yasmin sudah ketawa. “Tanya ajelah. Sejak bila kau pandai malu-malu harimau dengan aku ni. Aku lempang kau laju-laju nak.”
            “Kalau aku ada syok dekat sorang awek ni. Kau marah aku tak?”
            Gulp. Air liur Yasmin ditelan kasar. Soalan Dani telah menjerut lehernya bagaikan sukar untuk bernafas.
            “Hah! Okay sangatlah tu. Sekurang-kurangnya aku tahulah kawan aku ni normal. Tak sangka pulak kau ni ada hati perasaan dekat orang perempuan.” Yasmin menceriakan suara walhal hatinya sudah hancur berderai saat kata-kata itu luncur. Dia tidak mahu Dani tahu tentang akan perasaan hatinya.
            “Thanks babe! Ni yang buat aku makin sayang dekat kau. Aku dah berkenan sangat dekat budak junior nama Kirana.”
            Nama gadis yang disebut oleh Dani melantun-lantun ruang mindanya. Hatinya mula menjerit sekuat hati. Siapa tak kenal gadis bernama Kirana, dia merupakan salah seorang pelajar yang terkenal atas kecantikkannya.

PANGGILAN daripada emak Yasmin di kampung, dimatikan. Tubuhnya tersandar lemah pada sofa di ruang tamu rumah sewanya. Siaran televisyen terpasang tidak mampu menarik perhatiannya.
            Huda merenung wajah rakan serumahnya. Wajah berkerut milik Yasmin dipandang hairan. Gadis yang berasal daripada Tampin, Johor itu menghulur cawan berisi Milo Ais kegemaran Yasmin. Cawan itu disambut oleh Yasmin.
            “Kau ni kenapa? Muka monyok macam sardin basi je.” Tegur Huda sambil menekan-nekan punat remote control mencari siaran yang menarik.
            Yasmin masih menbisu.
            “Aku tengok kau dah dua minggu terperuk dalam rumah ni. Selalunya kaulah ratu kuat berjalan.” Sambung lagi Huda.
            Yasmin mengalih pandangnya ke arah Huda. “Aku nak kuar dengan sapa? Cuba habaq mai sikit.
            Huda sudah tersenyum mendengar Yasmin mengeluarkan loghat utara. “Sapa lagi Dani kesayanganlah kau.”
            Disebut nama Dani raut wajah Yasmin menjadi kendur. Huda nampak perubahan daripada air muka gadis itu. Aku ada salah sebut ke tadi. Desis di hati Huda.
            “Dani dah ada makra.”
            Huda segara membulatkan anak mata ke arah Yasmin. “Serius ka, Min. Sorrylah babe aku tak tahu pulak. Dani dah ada pilihan hati.”
            Yasmin sekadar menarik senyuman kelat dengar kata-kata Huda. Hendak dimarah pun tiada guna. Itu hak masing-masing.
            “Habis perasaan kau dekat dia macam mana.” Soal Huda lagi.
            “Kuburkan.” Sepatah dijawab oleh Yasmin. Selebihnya, hatinya berkata. Biarlah perasaan itu akan terus terdendam.
            “Amboi kau sampai macam sekali. Kenapa kau tak terus terang kat dia? Kan senang kalau macam tu.”
            “Malas. Dani tu macam separuh daripada jasad aku. Sekarang ni aku dah lumpuh, sebab dia tinggal aku pi dekat minah celup Korea.” Minah celup Korea dimaksud oleh Kirina. Gadis itu sering mendandankan dirinya seperti ala-ala Korea. Belum termasuk make up lagi.
            “Kau dengar apa Schubert's Serenade kata. Hilang seseorang dalam hidup bukan alasan untuk kita stop living. Okay Cik Yasmin.” Huda mengharap kata-katanya tadi mampu membangkit semula perasan Yasmin kepada asal. Tidak tergamak untuk dia melihat sahabatnya menderita.
            Ya. Hati Yasmin sangat sedih. Sedih kerana cintanya terpaksa dipendam juah ke dalam lubuk hati.

DANI nampak kelibat Syamil dan Huda jalan beriringan di sebuah pusat membelah terkemuka di bandar itu. Mereka bertiga berjalan menuju ke food court menjadi pilihan buat mereka.
            “Korang berdua dari mana ni?” Dani menyisip straw pada bibirnya lalu dihirup air Coca Cola.
            “Kitaorang baru aje habis tengok wayang. Best cerita kartun. Comel gile.” Kata Huda penuh teruja. Syamil yang berada disebelah sudah mencebik bibirnya.
            “Minachi ni, otak kartun. Harap umur aje dah naik. Aku punyalah nak ajak dia tengok horror movie, last-last dia pergi beli tiket kartun.” Bidas Syamil sekali gus membuatkan Huda memuncung bibirnya pulak.
            “Yasmin tak ikut korang ke?” Soal Dani sedikit kehairanan melihat ketiadaan gadis tu.
            Semenjak Dani rapat dengan Kirana. Keakraban Dani dan Yasmin semakin lama semakin renggang. Hari-hari kehidupan Dani kini adanya Kirana di sisi. Soalan Dani membuat Syamil dan Huda saling berpandangan sesama.
            “Kau tak tahu ke yang dia balik kampung?”
            Dani menggeleng laju.
            Huda sambung. “Dia balik kampung lepas tamat kelas semalam. Aku ingat dia bagitahu kau.”
            “Kalau kut ya pun, kau dah ada Kirana. Kau tak boleh abaikan Si Min tu. Dia kawan baik kau tahu tak. Aku kesian tengok dia. Pergi mana-mana sekarang pun sorang aje. Makan dekat kafe pun sorang. Aku ni sekelas dengan dia, Dani. Aku nampak gerak geri dia.” Sampuk Syamil biarpun Dani rakan serumahnya, Yasmin juga sahabatnya.
            Kata-kata Syamil dicerna. Memang ada benar kata-kata, Syamil. Jika dulu ke mana saja mereka akan berkepit berdua. Tapi itu sebelum kehadiran Kirana.
            “Yasmin ada bagitahu dekat aku…”
Huda mengingati perbualan dengan Yasmin sewaktu gadis itu memasuki ke kamarnya.
“Huda… esok aku balik kampung tau,” Suara milik Yasmin sedikit mendatar. Huda sedikit terkejut, jarang sekali gadis kelahiran Perak itu pulang ke kampung secara mendadak begitu.
“Kenapa tiba pulak  ni? Mak kau sakit ke?” Huda hampir menjerit. “Atau kau merajuk dengan Dani?”
Yasmin menggeleng kepala. “Tak ada kena mengena dengan Dani pun. Mak aku sihat walafiat aje. Dia telefon aku tadi cakap ada orang mai masuk merisik dekat aku. Tu sebab aku nak balik. Nak bincang dengan diaorang.”
Huda makin terkejut. Boleh sakit jantungnya mendengar cerita Yasmin. Semuanya bikin terkejut. “Eh, takkan sampai macam tu kau nak bawa diri. Baik kau pergi cakap dekat Dani tentang perasaan kau tu. Tah-tah dia pun sayang dekat kau.”
“Kalau dia sayang dekat aku lebih sorang kawan. Lama dah dia habaq dekat aku. Aku ni satu kampung dengan dia aje. Mak aku dengan mak dia pun dah kenai. Bukan tak kenai. Dahlah malas ar aku. Biar je aku terima pinangan tu.”

DANI menghempas dirinya ke atas tilam biliknya. Dia membalikkan tubuhnya lantas matanya tertancap pada syiling putih kosong, seraut wajah milik Yasmin muncul ditubir matanya. Dia masih teringat cerita yang disampaikan oleh Huda tadi.
            Entah kali keberapa, telefon bimbit Dani berdering dan minta di angkat. Tapi Dani tidak membuat demikian. Dia tidak menghiraukan panggilan daripada Kirana. Fikirannya runsing. Dia akan kehilangan seseorang yang berharga.
            “Yasmin akan jadi milik orang tak lama lagi.”
            Saat itu kata-kata Huda masih lagi berlegar-legar dalam kotak fikirannya. Hatinya bagaikan tercedera parah apabila mendapat berita perkhabaran Yasmin akan bertakhta di hati insan lain. Mana mungkin dia akan terima semua itu.
            Sorotan  mindanya membawa ke lima bulan lepas.
            Bola berwarna jingga dilambung tinggi ke keranjang. Permainan bola keranjang tidak asing bagi Dani. Sukan itu dimintinya dari sekolah menengah sehingga masuk ke kampus itu dia masih lagi bergiat dalam sukan tersebut. Adakala dia mengajar Yasmin bola tersebut.
            Dani melantun bolanya beberapa kali ke atas lantai. Anak mata Yasmin fokus pada bola tersebut. Entah bagaimana Yasmin tidak menyedari dengan sekelip mata bola itu telah menyumbat gol.
            “Wake up! Yasmin jangan tidur dalam court.” Lantang suara Dani. Kata-kata Dani bagaikan pita perakam sudah beberapa lelaki itu ucapkan ayat yang serupa. Yasmin seperti hilang focus pada latihannya pada hari itu.
            Yasmin beraup mukanya peluh yang membasahi mukanya tidak dipedulikan. Permainan diteruskan, hari itu Dani membenar-benar membuli keutuhan fizikalnya. Bola yang berada di tangan Dani cuba dirampas oleh Yasmin. Gadis itu tersenyum ceria apabila bola itu sudah di tangannya. Akibat terlalu yakin, bola itu terlepas semula.
            Yasmin sudah tercungkap-cungkap. Dia benar-benar keletihan. Begitu jua Dani sudah keletihan. Botol berisi air kosong diteguk rakus oleh Yasmin. Dani masih di dalam court sedang melantun-lantun bola tersebut.
            Yasmin bergerak masuk ke court semula. Dia mendekati lelaki itu. Dipandang seraut wajah cengkuk lelaki itu.
            “Dani aku nak cakap sikit ni, aku ada tangkap cintanlah dekat sorang mamat ni. Boleh kau tolong kirimkan salam untuk dia.” Gugup Yasmin tika itu. Memang benar dia ada menyimpan hati dengan seseorang. Lelaki itu Dani kenali dan agak rapat jugak iaitu sepupunya, Asyraf.
            “Sapa?” Kasar disoal oleh Dani. Hatinya meluap-luap perasaan marah.
            “Asyraf…”
            Mendengar sahaja nama Asyraf. Bola jingga itu dibaling kasar oleh Dani. Terkejut Yasmin dengan tindakkan Dani. Terpingga-pingga gadis itu. Dentuman bola tersebut mengenai papan penghadang gol bola keranjang itu. Serta merta Dani meninggalkan Yasmin itu situ.
            Deringan telefon mengejutkan lamunan Dani. Dia kini kembali ke alam nyata. Panggilan dari Kirana tidak menarik perhatiannya untuk diangkat. Dani meruap wajah dengan kasar lalu Dani bangun dan dicapai t-shirt berkolar pada kerusi meja studinya. Seraya itu, kunci kereta dan dompetnya dicapai kasar lantas meninggalkan bilik tersebut.

DERUMAN sebuah enjin kereta mengejutkan mereka yang berada di pangkin kayu di bawah rimbunan pohon mempelam. Semua mata tertumpu pada sebuah kereta Pronton Saga FLX berwarna elengence brown memasuki ke halaman rumah tersebut.
            Dahi Yasmin berkerut seraya itu pandangan mata dikecil. Ahli keluarga Yasmin semua turut memandang aneh kepada tetamu yang datang tidak diundang pada pemilik kereta itu. Macam kenai aje kereta ni dan rasa macam pernah naik aje. Monolog Yasmin sendirian.
            Baru Yasmin sedar bahawa kereta yang telah memasuki rumahnya itu adalah milik Dani. Eh! Macam mana mamat ni boleh tau aku dekat sini pulak dah. Gerutu hatinya. Buah mempelam di tangannya lalu dimasukkan ke dalam mulut.
            Kakinya di atur menuju ke kereta itu. Dani keluar daripada perut keretanya lalu dipandang seraut wajah gadis itu. Di taman hati milik Yasmin sudah berdebar-debar. Yasmin berdiri dihadapan lelaki yang memakai t-shirt berkolar berwarna hitam. Masing-masing bibir terkunci.
            “Macam mana boleh tahu aku dekat sini.”
            Jari telunjuk milik Dani melekat pada bibir Yasmin. Terkejut Yasmin tindakkan Dani.
            “Mana aku tahu tu tak penting. Perkara paling sekarang aku nak kau cancelkan majlis pertunangan tu nanti. Aku tak sanggup kau dengan orang lain, Min.”
            Dahi Yasmin berkerut mendengar rintihan Dani. Yasmin tidak memahami butir-butir ayat dilontar.
            “Tunang?”
            “Ye.” Dani angguk.
            “Bukan Yasmin yang bertunang. Tapi aku.” Tiba-tiba suara Kak Ngah mencelah perbualan antara mereka. Kak Ngah yang membawa dulang berisi air dan goreng pisang baru selesai digorengkan.
            Yasmin tersenyum mendengar suara Kak Ngahnya. Manakala Dani sudah melopong, tapi ini bermakna dia masih berpeluang untuk mendapatkan semula Yasmin adalah cerah.
            “Macam mana boleh jadi macam tu.” Soal Dani.
            “Macam mana boleh kau tahu.” Soal pulak Yasmin sudah bercekak pinggang.
            Dani sudah tersengih. “Huda.”
            Yasmin melepaskan keluh. Ceh! Tak guna punya kawan. Bukan nak simpan rahsia. “Orang yang hantar rombongan tu nak pinang Kak Ngah. Tapi mak ingat orang. Kira macam salah calonlah ni.”
            Kebetulan nama Kak Ngah ialah Yasminina. Tapi boyfriend Si Kak Ngah tu panggil Yasmin, kalau di rumah ahli keluarga akan panggil dia Kak Ngah ataupun Nina. Jadi Che Som pun ingatlah rombongan itu untuk Yasmin, anak bongsunya.
            Dani mengangguk mendengar cerita daripada gadis itu.
            “Kira aku ada lagilah peluang untuk masuk jarum kan.” Ujar Dani tanpa segan silu. Dia tidak mampu lagi simpan perasaannya. Jika dulu di melepaskan sesuatu berharga, tetapi saat itu dia nekad tidak akan melepaskan peluang itu untuk kali kedua.
            Anak mata Yasmin dibulatkan dengan usikkan Dani.
            “Aku minta maaf sebab aku abaikan kau sebelum ni. Tapi kali aku janji aku takkan tinggal kau lagi. Aku harap kau maafkan aku. Aku sayang kau lebih dari seorang kawan.”
            Saat itu air mata di tubir Yasmin sudah berlinangan sewaktu lelaki itu berkata-kata itu. Dalam tangisan itu ada senyum di bibir lakar. Ingatnya teringat pada  Kirina.
            “Kirana macam mana.” Suara milik Yasmin bergetar saat mata bertentangan dengan lelaki itu.
            “Aku tak ada apa-apa dengan dia. Aku cuma kawan, tapi dia salah faham. Dah dah aku tak nak kau, menangis macam ni. Buruk sangat rupanya.” Dani mengesatkan air mata pada pipi Yasmin. Gadis itu tidak menepiskan, dibiarkan sahaja.
            “Ehem!! Ehem!!”
            Deheman kuat mengejutkan pasangan tersebut. Masing-masing ke arah pangkin kayu itu.
            “Dani! Kau jangan nak lebih-lebih dengan anak dara aku tu. Kang tak laku pulak. Susah aku karang. Kalau dah suka,suruh mak kau masuk meminang. Nanti dah kahwin nak lebih-lebih pun aku tak hinggaq dah.” Selamba Che Som, mak kepada Yasmin bersuara.
            “Esok jugak saya hantar rombongan tuk anak kesayangan Che Som ni.” Ceria suara Dani saat itu, manakala Yasmin sudah tersipu-sipu malu.
            “Awak!!” Suara Yasmin ditekan. Automatik panggilan kau aku berubah. Biarlah.
            “Betullah. Tak tipu.” Dani menganggkat ‘peace’ seperti gaya Yasmin.
            Saat itu bahagia mula menjelma.

SETELAH lima tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan suami isteri ini dikurniakan sepasang kembar lelaki iaitu Darwisy dan adiknya, Da’im. Masing-masing sedang melonjak ke umur empat tahun.
            “Abang!”
            Jeritan Yasmin sekuat hati. Terkejut Dani mendengar suara isterinya menjerit di dapur. Segera Dani melipat NST lalu dicampakkan atas meja.
            “Kenapa,Min??” Nada kerisauan terbit dihati Dani. Mana dia tidak risau, Yasmin adalah pengarang buah hatinya.
            Yasmin sudah bercekak pinggang dengan sudip di tangannya. Matanya tajam mencerlung ke arah suaminya. “Abang buat apa?? Min minta abang tolong jaga budak dua orang ni. Tengok diaorang dah main dekat dapur.”
            Bebelan Yasmin membawa pandangnya ke arah dua orang anak terunanya sedang menyusun segala jenis mainan di bawah meja makan. Dani tarik sengih. Bersepah lantai dapur itu dengan mainan milik anaknya. Dani mendekati isterinya walaupun dia tahu isterinya sedang tidak berpuas hati.
            “Min, tak payahlah masak hari ni. Hari ini kita beli aje lauk. Kesian abang tengok bini abang ni.” Dani cuba untuk memujuk Yasmin.
            Kening Yasmin terangkat. Semenjak berkahwin, Dani sudah kurang makan membeli makan atau lauk di kedai tapi hari itu lain. Yasmin hairan dengan sikap suaminya.
            “Ewah ewah! Min dah macam tukang kayu dekat dapur ni suruh tak payah masak pulak. Dah abang tak payah mengada-ngada, nanti beli lauk lepas tu complain itu ini. Tak payah biar Min masak aje. Cuma abang bawa budak-budak ni keluar dari dapur aje.”
            Sempat lagi Dani mencuit batang hidung Yasmin. Dia akur dengan permintaan Yasmin untuk masak makan tengah hari.
            “Sapa nak ikut papa pergi kedai?” Kata Dani sedang memancing dua orang anak terunanya tersebut. Darwish dan Da’im  saling berpandang lalu mereka berdua berlari mendapatkan mendapat Dani. Yasmin sekadar senyuman melihat anak kembarnya.

SUDAH LAMA Yasmin tidak menapakkan dirinya ke situ. Banyak telah berubah di situ. Jika dulu gelanggang bola keranjang itu hanya memagari dengan jaring tetapi kini telah dinaik taraf di gantikan dengan pagar.
            Bola jingga dibaling oleh Dani mengenai Yasmin. Tersentak Yasmin apabila bola itu terkena kakinya. Darwisy dan Da’im di ambil oleh kakak Dani. Sengaja kakaknya mengambil si kembar tersebut. Katanya melepaskan rindu.
            Dani mendekati tubuh kepada isterinya. Senyuman Yasmin meleret. Sudah lama mereka tidak keluar berdua semenjak kembar itu lahir.
            “Hari ini kita main game. Seorang kena kutip lima mata. Satu shot mewakili satu mata. Tapi kalau abang menang. Abang akan tuntut hadiah.” Dani mengenyit mata buat isterinya.
            Permainan bermula.
            Untuk kali pertama, Yasmin dapat memboloskan diri menjaringkan gol buatnya. Yasmin sempat menjeling ke arah suaminya. Pergerakkan lincah Dani membuatkan Yasmin sedikit hilang focus dalam permainan itu.          
            Kini Dani telah mendahului dalam permainan tersebut. Yasmin mengeluh panjang memikirkan stamina suaminya kian bertambah. Dengan pantas Yasmin mencuri ruang untuk menangkap bola jingga daripada suaminya. Bola tersebut telah menjadi miliknya.
            Setelah mendapat bola tersebut, Yasmin ingin membuat freeze shot untuk menjaringkan gol buatnya.Kedua-dua tangannya mencengkam bola tersebut. Belum sempat Yasmin melemparkan bola, tiba-tiba  tubuh badannya terdorong ke hadapan dan dia merasakan ada seseorang memeluknya.
            Pergerakkan Yasmin terhenti apabila Dani berbuat demikian. Yasmin kaku seperti patung cendana.
            “Abang sayang Yasmin.” Ucap Dani dengan kedua-dua matanya dipejam.
            Bola yang berada di tangan Yasmin terlepas dan melantun. Serta merta Dani meleraikan pelukan tersebut lantas bola dikejarnya kemudian Dani membuat jaringan mudah pada mata terakhirnya.
            “Yeah! Abang menang!”
            Yasmin terkejut, dia sudah menahan geram. Dani tersengih-sengih melihat wajah Yasmin sudah masam.
            “Abang main kotor.Mana boleh macam tu.” Yasmin sudah memeluk tubuhnya. Kejam!
            Dani menghampiri isterinya. Pipi Yasmin dikucup kemudian Yasmin menepis-nepis sebagai tanda protes.
            “Alololo janganlah merajuk. Sebiji macam muka Da’im kalau merajuk macam tu.” Kata Dani sekadar mengusik isterinya. Jari jemari Yasmin diraihnya. Yasmin tidak memberi sebarang respons.
            “Please, janganlah merajuk. Nanti abang nak kawan dengan sapa. Sampai hati.” Dani reka ayat pasrah. Anak mata Yasmin melirik ke arah suaminya. Kesianlah pulak.
            “Yelah. Min maafkan.”
            Muka Dani tadi macam mengalahkan buah jeruk kini berubah ke mood yang ceria. Misi Dani berjaya!
            “Yeah! Abang menang! Abang akan tuntut hadiah nanti!” Dani melonjak kegembiraan, melopong Yasmin ketika itu.
            “Abang!”
            Dani ketawa bahagia. Pinggang isterinya diraih. Mereka berjalan beriringan menuju ke kereta. Ada senyum bahagia di segaris bibir Dani. Pilihannya tidak salah lagi bahkan tepat mengahwini Yasmin. Dia bahagia menjalan hari-hari bersama wanita dicintainya. Terima kasih sayang! Kasihmu tidak berbelah bahagi.
                                                                        #TAMAT#