“DANI!! DANI!!”
Lantang suara si gadis yang
berada di hadapan pintu pagar milik rumah sewa Dani, rakan akrabnya. Beberapa
kali dia mengongcangkan pintu pagar besi tersebut. Tiada siapa menyahut
daripada dalam.
“Mana pulak
pi mamat ni!” runggut gadis tersebut.
Melihat kereta milik Dani tersadai di garaj kereta. Mamat ni sahaja taknak
keluar ke apa? Bisik hatinya.
Semalam dia telah berjanji dengan lelaki tersebut untuk
menonton wayang, setelah sampai di pusat membeli belah, batang hidung laki
tersebut tidak kelihatan sehinggalah wayang hampir bermula.
“Dani! Aku tahu kau dekat dalam. Baik kau keluar sebelum aku
panjat pagar ni.” Hendak tercabut anak tekak gadis tu, jerit punya pasal. Semua
boleh terjadi. Ikut hati gadis itu mahu saja dia panjat pagar tersebut. Eleh, dia
ingat aku tak berani kut.
Tiba-tiba seorang lelaki keluar daripada pintu. Seorang
lelaki yang memakai seluar pendek paras lutut bersama baju putih Pagoda.
Lekas-lekas lelaki tersebut menyarungkan selipar dan menuju ke arah pintu pagar
yang tertutup.
“Kau ni tak malu ke, Min. Terpekik lolong dengan rumah orang
bujang ni,” bidas Syamil yang sudah tahu tabiat si gadis itu, Yasmin. Berubah
wajah Yasmin apabila Syamil berkata begitu. Lelaki itu membuka pagar tersebut
daripada dalam
“Aku cari Dani. Aku call dia tak angkat. Mesej pun tak
balas,” tutur Yasmin sambil menundukkan wajah ke lantai.
“Lali kali tu, bagilah salam. Tak payah jerit macam, malulah
sikit. Jiran aku ni mulut boleh tahan jugak. Kang pasal kau, dia mengumpat kau
pulak,”
“Ye, aku minta maaf. Lepas ni aku tak buat lagi dah. Swear!”
Yasmin mengukir senyuman manis dan mengangkat dua jari tanda ‘Peace’. Syamil
menggeleng beberapa kali melihat telatah Yasmin. Tak pernah berubah.
“Tak apalah kalau macam tu. Tunggu sini kejap, aku panggil
Dani. Dia tidur kut, tu sebab tu dia tak
balas mesej kau,”
“Eh, biar aku yang kejut dia. Aku nak kejut dia guna air
panas,” Yasmin sudah melangkah masuk ke dalam halaman rumah mereka. Sempat
Syamil menahan gadis tersebut.
“Kau nak pergi mana ni?” soal Syamil.
“Nak kejutkan si mangkuk tulah,”
“Kau tak takut ke masuk rumah orang bujang. Buatnya dia
orang ngap kau macam mana,” Syamil sudah tersengih nakal. Yasmin menelan liur,
dia sudah dapat bayangkan keadaannya, sungguh menakutkan. Dengan pantas kakinya
mengundur ke belakang sekali gus menjarakkan dia dan Syamil.
“Aku masuk sekejap, kejutkan boyfriend kesayangan kau tu.
Tunggu sini, jangan pergi mana-mana,” kata Syamil sebelum lelaki tersebut
menghilangkan diri masuk ke dalam rumah.
‘Boyfriend? Dia bukan boyfriend akulah,’ balas Yasmin dalam
hatinya.
Antara dia dan Dani bukan pasangan kekasih, mereka hanya
kawan baik sejak daripada zaman sekolah rendah lagi, kebetulan rumahnya dengan
rumah Dani tidaklah sejauh mana dengan rumah Yasmin.
Masuk saja ke alam sekolah menengah hubungan mereka menjadi
renggang apabila masing-masing masuk asrama di sekolah yang berbeza. Bila cuti
panjang, barulah mereka lepak bersama-sama. Perkara tidak dijangka, mereka
dapat tawaran di universiti yang sama.
Sepuluh minit kemudian, barulah Dani memunculkan diri di
hadapan muka pintu. Lelaki tu, memisat-misat mata dek kerana cahaya yang cerah.
Lelaki itu mengecilkan pandangan ke arah gadis di kenali itu.
“Dani! Kau boleh tidurkan, sedangkan aku terconggok kat
panggung wayang tu sorang-sorang,” jerkah Yasmin, geram. Dani terkejut dek
jerkahan tu.
“Sorry
sangat Min, aku tertidur tadi. Khusyuk sangat buat kerja sambil tertidur.
Maafkan aku, Min,” Mohon Dani dengan muka penuh mengharapkan.
“Ish, kau ni
kan! Habis duit aku beli tiket dekat kau. Cerita 3d pulak tu. Kau ni memang nak
kena betullah,”
“Tak mau
marah-marah Min. Nanti tak comel tau garang-garang macam tu. Kau tunggu sini
sekejap, aku nak mandi. Karang kita keluar okay,” Itulah Dani dengan cara
memujuk Yasmin apabila dia buat salah.
Ini bukanlah kali
pertama dia buat hal dengan Yasmin, dah selalu tau tak. Tapi si Yasmin ni seorang
penyabar. Dia sabar sahaja dengan perangai Dani yang macam budak sekolah darjah
satu.
Mungkin ramai yang akan menganggap mereka adalah pasangan
kekasih. No! No! No! mereka bukanlah pasangan kekasih mungkin cara mereka
seperti pasangan kekasih. Berkepit dua lima jam. Ke sana ke sini bersama. Ke
mana sahaja Dani pergi mesti ada Yasmin. Begitu jugalah sebalik.
Selesai sahaja Dani membersihkan diri, dia kembali turun ke
bawah mendapatkan Yasmin yang tersandar di kereta miliknya.
“Jom!” tegur Dani kepada Yasmin yang termenung. Tergamam
saat Yasmin memandang lelaki itu tanpa berkedip matanya. Dani memakai baju
t-shirt berkolar dan seluar jeans berwarna hitam serta kaca mata hitam
tergantung pada batang hidung Dani.
‘Awat handsome sangat mamat ni?’ Desis Yasmin.
Jari Dani dipetik. Tersentak gadis itu. “Jomlah. Tunggu apa
lagi,”
Masih berbaki malunya terhadap Dani. Malu sebab dia tenung
wajah mamat tu. Aku ni, pantang sikit nampak laki handsome. Mulalah hati mudah
cair. Kaki Yasmin menuju ke luar pagar.
“Eh, nak pergi mana tu?” soal Dani kehairanan.
“Pergi dekat kereta akulah. Mana lagi? Kata nak keluar,”
“Tak payah. Naik kereta aku aje. Kereta kau tak best,” komen
Dani, Yasmin sudah memuncungkan mulutnya. Suka suki aje, kutuk kereta aku ek.
Tahulah kereta kau ni baru, Dani. Kecik hati kereta aku.
RIUH RENDAH sebuah kafe di kampus itu. Semua Mahasiswa di situ sedang menjamah
makan tengah hari. Yasmin sedang membuat nota sambil mendengar lagu Linkin Park
melalui telefonnya. Sudah menjadi kebiasaannya membuat nota sambil mendengar
lagu. Bak kata Nescafe 2 in 1.
Earphone yang dipasang bahagian telinga
kirinya dicabut kasar oleh seseorang. Terkejut Yasmin nasib sahajalah dia tidak
membuka silat. Dani mengambil tempat bertentangan dengan Yasmin. Gadis itu
menanggalkan cermin mata bertingkai penuh diletakkan atas meja.
“Lambatlah
kau ni. Penat aku tunggu tahu tak?” runggut Yasmin kasar sambil memeluk tubuh.
Semasa di dalam kelas tadi, dia mendapat mesej daripada Dani untuk jumpa di
kafe selepas habis kelas.
“Relaxlah,Min.Lambat setengah jam pun dah
nak kecoh. Sorrylah, Prof. Hamdi tu
banyak cakap pulak tadi. Itu yang lambat.”
Yasmin
menjuih bibir. Apa dia lambat setengah jam pun nak kecoh. Macha ni tak tahu ke,
masa itu emas dan masa itu duit. Manalah dia boleh pepatah macam tu.
“Disebabkan
kau lambat, aku nak Secret Recipes petang ni jugak,”
Melopong
Dani mendengar permintaan gadis itu.
“Demandnya kau, nak kek mahal-mahal aje.
Boleh kering poket aku hari-hari tau macam ni.”
Yasmin
tersengih-sengih. Ingat dia aje boleh buli aku. Aku pun bolehlah, bro! monolog
Yasmin sendiri di hati.
Dani baru
teringat tujuan asalnya untuk berjumpa dengan gadis itu.
“Min, aku
ada something nak tanya kau ni?”
Yasmin
sudah ketawa. “Tanya ajelah. Sejak bila kau pandai malu-malu harimau dengan aku
ni. Aku lempang kau laju-laju nak.”
“Kalau aku
ada syok dekat sorang awek ni. Kau marah aku tak?”
Gulp. Air
liur Yasmin ditelan kasar. Soalan Dani telah menjerut lehernya bagaikan sukar
untuk bernafas.
“Hah! Okay
sangatlah tu. Sekurang-kurangnya aku tahulah kawan aku ni normal. Tak sangka
pulak kau ni ada hati perasaan dekat orang perempuan.” Yasmin menceriakan suara
walhal hatinya sudah hancur berderai saat kata-kata itu luncur. Dia tidak mahu
Dani tahu tentang akan perasaan hatinya.
“Thanks
babe! Ni yang buat aku makin sayang dekat kau. Aku dah berkenan sangat dekat
budak junior nama Kirana.”
Nama gadis
yang disebut oleh Dani melantun-lantun ruang mindanya. Hatinya mula menjerit
sekuat hati. Siapa tak kenal gadis bernama Kirana, dia merupakan salah seorang
pelajar yang terkenal atas kecantikkannya.
PANGGILAN daripada emak Yasmin di kampung, dimatikan. Tubuhnya
tersandar lemah pada sofa di ruang tamu rumah sewanya. Siaran televisyen
terpasang tidak mampu menarik perhatiannya.
Huda
merenung wajah rakan serumahnya. Wajah berkerut milik Yasmin dipandang hairan.
Gadis yang berasal daripada Tampin, Johor itu menghulur cawan berisi Milo Ais
kegemaran Yasmin. Cawan itu disambut oleh Yasmin.
“Kau ni
kenapa? Muka monyok macam sardin basi je.” Tegur Huda sambil menekan-nekan
punat remote control mencari siaran
yang menarik.
Yasmin
masih menbisu.
“Aku tengok
kau dah dua minggu terperuk dalam rumah ni. Selalunya kaulah ratu kuat
berjalan.” Sambung lagi Huda.
Yasmin
mengalih pandangnya ke arah Huda. “Aku nak kuar dengan sapa? Cuba habaq mai sikit.
Huda sudah
tersenyum mendengar Yasmin mengeluarkan loghat utara. “Sapa lagi Dani
kesayanganlah kau.”
Disebut
nama Dani raut wajah Yasmin menjadi kendur. Huda nampak perubahan daripada air
muka gadis itu. Aku ada salah sebut ke tadi. Desis di hati Huda.
“Dani dah
ada makra.”
Huda segara
membulatkan anak mata ke arah Yasmin. “Serius ka, Min. Sorrylah babe aku tak
tahu pulak. Dani dah ada pilihan hati.”
Yasmin
sekadar menarik senyuman kelat dengar kata-kata Huda. Hendak dimarah pun tiada
guna. Itu hak masing-masing.
“Habis
perasaan kau dekat dia macam mana.” Soal Huda lagi.
“Kuburkan.”
Sepatah dijawab oleh Yasmin. Selebihnya, hatinya berkata. Biarlah perasaan itu
akan terus terdendam.
“Amboi kau
sampai macam sekali. Kenapa kau tak terus terang kat dia? Kan senang kalau
macam tu.”
“Malas.
Dani tu macam separuh daripada jasad aku. Sekarang ni aku dah lumpuh, sebab dia
tinggal aku pi dekat minah celup
Korea.” Minah celup Korea dimaksud oleh Kirina. Gadis itu sering mendandankan
dirinya seperti ala-ala Korea. Belum termasuk make up lagi.
“Kau dengar
apa Schubert's Serenade kata. Hilang seseorang dalam hidup bukan alasan untuk
kita stop living. Okay Cik Yasmin.”
Huda mengharap kata-katanya tadi mampu membangkit semula perasan Yasmin kepada
asal. Tidak tergamak untuk dia melihat sahabatnya menderita.
Ya. Hati
Yasmin sangat sedih. Sedih kerana cintanya terpaksa dipendam juah ke dalam lubuk
hati.
DANI nampak kelibat Syamil dan Huda jalan beriringan di sebuah
pusat membelah terkemuka di bandar itu. Mereka bertiga berjalan menuju ke food court menjadi pilihan buat mereka.
“Korang
berdua dari mana ni?” Dani menyisip straw pada bibirnya lalu dihirup air Coca
Cola.
“Kitaorang
baru aje habis tengok wayang. Best cerita kartun. Comel gile.” Kata Huda penuh teruja. Syamil yang berada disebelah sudah
mencebik bibirnya.
“Minachi
ni, otak kartun. Harap umur aje dah naik. Aku punyalah nak ajak dia tengok horror movie, last-last dia pergi beli
tiket kartun.” Bidas Syamil sekali gus membuatkan Huda memuncung bibirnya
pulak.
“Yasmin tak
ikut korang ke?” Soal Dani sedikit kehairanan melihat ketiadaan gadis tu.
Semenjak
Dani rapat dengan Kirana. Keakraban Dani dan Yasmin semakin lama semakin
renggang. Hari-hari kehidupan Dani kini adanya Kirana di sisi. Soalan Dani
membuat Syamil dan Huda saling berpandangan sesama.
“Kau tak
tahu ke yang dia balik kampung?”
Dani
menggeleng laju.
Huda
sambung. “Dia balik kampung lepas tamat kelas semalam. Aku ingat dia bagitahu
kau.”
“Kalau kut
ya pun, kau dah ada Kirana. Kau tak boleh abaikan Si Min tu. Dia kawan baik kau
tahu tak. Aku kesian tengok dia. Pergi mana-mana sekarang pun sorang aje. Makan
dekat kafe pun sorang. Aku ni sekelas dengan dia, Dani. Aku nampak gerak geri
dia.” Sampuk Syamil biarpun Dani rakan serumahnya, Yasmin juga sahabatnya.
Kata-kata
Syamil dicerna. Memang ada benar kata-kata, Syamil. Jika dulu ke mana saja
mereka akan berkepit berdua. Tapi itu sebelum kehadiran Kirana.
“Yasmin ada
bagitahu dekat aku…”
Huda mengingati perbualan dengan Yasmin sewaktu gadis itu
memasuki ke kamarnya.
“Huda… esok aku balik kampung tau,” Suara milik Yasmin
sedikit mendatar. Huda sedikit terkejut, jarang sekali gadis kelahiran Perak
itu pulang ke kampung secara mendadak begitu.
“Kenapa tiba pulak
ni? Mak kau sakit ke?” Huda hampir menjerit. “Atau kau merajuk dengan
Dani?”
Yasmin menggeleng kepala. “Tak ada kena mengena dengan Dani
pun. Mak aku sihat walafiat aje. Dia telefon aku tadi cakap ada orang mai masuk merisik dekat aku. Tu sebab
aku nak balik. Nak bincang dengan diaorang.”
Huda makin terkejut. Boleh sakit jantungnya mendengar cerita
Yasmin. Semuanya bikin terkejut. “Eh, takkan sampai macam tu kau nak bawa diri.
Baik kau pergi cakap dekat Dani tentang perasaan kau tu. Tah-tah dia pun sayang
dekat kau.”
“Kalau dia sayang dekat aku lebih sorang kawan. Lama dah dia
habaq dekat aku. Aku ni satu kampung
dengan dia aje. Mak aku dengan mak dia pun dah kenai. Bukan tak kenai.
Dahlah malas ar aku. Biar je aku terima pinangan tu.”
DANI menghempas dirinya ke atas tilam biliknya. Dia membalikkan
tubuhnya lantas matanya tertancap pada syiling putih kosong, seraut wajah milik
Yasmin muncul ditubir matanya. Dia masih teringat cerita yang disampaikan oleh
Huda tadi.
Entah kali
keberapa, telefon bimbit Dani berdering dan minta di angkat. Tapi Dani tidak
membuat demikian. Dia tidak menghiraukan panggilan daripada Kirana. Fikirannya
runsing. Dia akan kehilangan seseorang yang berharga.
“Yasmin
akan jadi milik orang tak lama lagi.”
Saat itu
kata-kata Huda masih lagi berlegar-legar dalam kotak fikirannya. Hatinya
bagaikan tercedera parah apabila mendapat berita perkhabaran Yasmin akan
bertakhta di hati insan lain. Mana mungkin dia akan terima semua itu.
Sorotan mindanya membawa ke lima bulan lepas.
Bola
berwarna jingga dilambung tinggi ke keranjang. Permainan bola keranjang tidak
asing bagi Dani. Sukan itu dimintinya dari sekolah menengah sehingga masuk ke
kampus itu dia masih lagi bergiat dalam sukan tersebut. Adakala dia mengajar
Yasmin bola tersebut.
Dani
melantun bolanya beberapa kali ke atas lantai. Anak mata Yasmin fokus pada bola
tersebut. Entah bagaimana Yasmin tidak menyedari dengan sekelip mata bola itu
telah menyumbat gol.
“Wake up! Yasmin jangan tidur dalam court.” Lantang suara Dani. Kata-kata
Dani bagaikan pita perakam sudah beberapa lelaki itu ucapkan ayat yang serupa.
Yasmin seperti hilang focus pada latihannya pada hari itu.
Yasmin
beraup mukanya peluh yang membasahi mukanya tidak dipedulikan. Permainan
diteruskan, hari itu Dani membenar-benar membuli keutuhan fizikalnya. Bola yang
berada di tangan Dani cuba dirampas oleh Yasmin. Gadis itu tersenyum ceria
apabila bola itu sudah di tangannya. Akibat terlalu yakin, bola itu terlepas
semula.
Yasmin
sudah tercungkap-cungkap. Dia benar-benar keletihan. Begitu jua Dani sudah
keletihan. Botol berisi air kosong diteguk rakus oleh Yasmin. Dani masih di
dalam court sedang melantun-lantun bola tersebut.
Yasmin
bergerak masuk ke court semula. Dia mendekati lelaki itu. Dipandang seraut
wajah cengkuk lelaki itu.
“Dani aku
nak cakap sikit ni, aku ada tangkap cintanlah dekat sorang mamat ni. Boleh kau
tolong kirimkan salam untuk dia.” Gugup Yasmin tika itu. Memang benar dia ada menyimpan
hati dengan seseorang. Lelaki itu Dani kenali dan agak rapat jugak iaitu
sepupunya, Asyraf.
“Sapa?”
Kasar disoal oleh Dani. Hatinya meluap-luap perasaan marah.
“Asyraf…”
Mendengar
sahaja nama Asyraf. Bola jingga itu dibaling kasar oleh Dani. Terkejut Yasmin
dengan tindakkan Dani. Terpingga-pingga gadis itu. Dentuman bola tersebut
mengenai papan penghadang gol bola keranjang itu. Serta merta Dani meninggalkan
Yasmin itu situ.
Deringan
telefon mengejutkan lamunan Dani. Dia kini kembali ke alam nyata. Panggilan
dari Kirana tidak menarik perhatiannya untuk diangkat. Dani meruap wajah dengan
kasar lalu Dani bangun dan dicapai t-shirt berkolar pada kerusi meja studinya.
Seraya itu, kunci kereta dan dompetnya dicapai kasar lantas meninggalkan bilik tersebut.
DERUMAN sebuah enjin kereta mengejutkan mereka yang berada di
pangkin kayu di bawah rimbunan pohon mempelam. Semua mata tertumpu pada sebuah
kereta Pronton Saga FLX berwarna elengence
brown memasuki ke halaman rumah tersebut.
Dahi Yasmin
berkerut seraya itu pandangan mata dikecil. Ahli keluarga Yasmin semua turut memandang
aneh kepada tetamu yang datang tidak diundang pada pemilik kereta itu. Macam kenai aje kereta ni dan rasa macam
pernah naik aje. Monolog Yasmin sendirian.
Baru Yasmin
sedar bahawa kereta yang telah memasuki rumahnya itu adalah milik Dani. Eh!
Macam mana mamat ni boleh tau aku dekat sini pulak dah. Gerutu hatinya. Buah
mempelam di tangannya lalu dimasukkan ke dalam mulut.
Kakinya di
atur menuju ke kereta itu. Dani keluar daripada perut keretanya lalu dipandang
seraut wajah gadis itu. Di taman hati milik Yasmin sudah berdebar-debar. Yasmin
berdiri dihadapan lelaki yang memakai t-shirt berkolar berwarna hitam.
Masing-masing bibir terkunci.
“Macam mana
boleh tahu aku dekat sini.”
Jari
telunjuk milik Dani melekat pada bibir Yasmin. Terkejut Yasmin tindakkan Dani.
“Mana aku
tahu tu tak penting. Perkara paling sekarang aku nak kau cancelkan majlis pertunangan tu nanti. Aku tak sanggup kau dengan
orang lain, Min.”
Dahi Yasmin
berkerut mendengar rintihan Dani. Yasmin tidak memahami butir-butir ayat
dilontar.
“Tunang?”
“Ye.” Dani
angguk.
“Bukan Yasmin
yang bertunang. Tapi aku.” Tiba-tiba suara Kak Ngah mencelah perbualan antara
mereka. Kak Ngah yang membawa dulang berisi air dan goreng pisang baru selesai
digorengkan.
Yasmin
tersenyum mendengar suara Kak Ngahnya. Manakala Dani sudah melopong, tapi ini
bermakna dia masih berpeluang untuk mendapatkan semula Yasmin adalah cerah.
“Macam mana
boleh jadi macam tu.” Soal Dani.
“Macam mana
boleh kau tahu.” Soal pulak Yasmin sudah bercekak pinggang.
Dani sudah
tersengih. “Huda.”
Yasmin
melepaskan keluh. Ceh! Tak guna punya kawan. Bukan nak simpan rahsia. “Orang
yang hantar rombongan tu nak pinang Kak Ngah. Tapi mak ingat orang. Kira macam
salah calonlah ni.”
Kebetulan
nama Kak Ngah ialah Yasminina. Tapi boyfriend
Si Kak Ngah tu panggil Yasmin, kalau di rumah ahli keluarga akan panggil dia
Kak Ngah ataupun Nina. Jadi Che Som pun ingatlah rombongan itu untuk Yasmin,
anak bongsunya.
Dani
mengangguk mendengar cerita daripada gadis itu.
“Kira aku
ada lagilah peluang untuk masuk jarum kan.” Ujar Dani tanpa segan silu. Dia
tidak mampu lagi simpan perasaannya. Jika dulu di melepaskan sesuatu berharga,
tetapi saat itu dia nekad tidak akan melepaskan peluang itu untuk kali kedua.
Anak mata
Yasmin dibulatkan dengan usikkan Dani.
“Aku minta
maaf sebab aku abaikan kau sebelum ni. Tapi kali aku janji aku takkan tinggal
kau lagi. Aku harap kau maafkan aku. Aku sayang kau lebih dari seorang kawan.”
Saat itu
air mata di tubir Yasmin sudah berlinangan sewaktu lelaki itu berkata-kata itu.
Dalam tangisan itu ada senyum di bibir lakar. Ingatnya teringat pada Kirina.
“Kirana
macam mana.” Suara milik Yasmin bergetar saat mata bertentangan dengan lelaki
itu.
“Aku tak
ada apa-apa dengan dia. Aku cuma kawan, tapi dia salah faham. Dah dah aku tak
nak kau, menangis macam ni. Buruk sangat rupanya.” Dani mengesatkan air mata
pada pipi Yasmin. Gadis itu tidak menepiskan, dibiarkan sahaja.
“Ehem!!
Ehem!!”
Deheman
kuat mengejutkan pasangan tersebut. Masing-masing ke arah pangkin kayu itu.
“Dani! Kau
jangan nak lebih-lebih dengan anak dara aku tu. Kang tak laku pulak. Susah aku
karang. Kalau dah suka,suruh mak kau masuk meminang. Nanti dah kahwin nak
lebih-lebih pun aku tak hinggaq dah.”
Selamba Che Som, mak kepada Yasmin bersuara.
“Esok jugak
saya hantar rombongan tuk anak kesayangan Che Som ni.” Ceria suara Dani saat
itu, manakala Yasmin sudah tersipu-sipu malu.
“Awak!!”
Suara Yasmin ditekan. Automatik panggilan kau aku berubah. Biarlah.
“Betullah.
Tak tipu.” Dani menganggkat ‘peace’ seperti gaya Yasmin.
Saat itu
bahagia mula menjelma.
SETELAH lima tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan suami isteri
ini dikurniakan sepasang kembar lelaki iaitu Darwisy dan adiknya, Da’im.
Masing-masing sedang melonjak ke umur empat tahun.
“Abang!”
Jeritan
Yasmin sekuat hati. Terkejut Dani mendengar suara isterinya menjerit di dapur.
Segera Dani melipat NST lalu dicampakkan atas meja.
“Kenapa,Min??”
Nada kerisauan terbit dihati Dani. Mana dia tidak risau, Yasmin adalah
pengarang buah hatinya.
Yasmin
sudah bercekak pinggang dengan sudip di tangannya. Matanya tajam mencerlung ke
arah suaminya. “Abang buat apa?? Min minta abang tolong jaga budak dua orang
ni. Tengok diaorang dah main dekat dapur.”
Bebelan
Yasmin membawa pandangnya ke arah dua orang anak terunanya sedang menyusun
segala jenis mainan di bawah meja makan. Dani tarik sengih. Bersepah lantai
dapur itu dengan mainan milik anaknya. Dani mendekati isterinya walaupun dia
tahu isterinya sedang tidak berpuas hati.
“Min, tak
payahlah masak hari ni. Hari ini kita beli aje lauk. Kesian abang tengok bini
abang ni.” Dani cuba untuk memujuk Yasmin.
Kening
Yasmin terangkat. Semenjak berkahwin, Dani sudah kurang makan membeli makan
atau lauk di kedai tapi hari itu lain. Yasmin hairan dengan sikap suaminya.
“Ewah ewah!
Min dah macam tukang kayu dekat dapur ni suruh tak payah masak pulak. Dah abang
tak payah mengada-ngada, nanti beli lauk lepas tu complain itu ini. Tak payah
biar Min masak aje. Cuma abang bawa budak-budak ni keluar dari dapur aje.”
Sempat lagi
Dani mencuit batang hidung Yasmin. Dia akur dengan permintaan Yasmin untuk
masak makan tengah hari.
“Sapa nak
ikut papa pergi kedai?” Kata Dani sedang memancing dua orang anak terunanya
tersebut. Darwish dan Da’im saling
berpandang lalu mereka berdua berlari mendapatkan mendapat Dani. Yasmin sekadar
senyuman melihat anak kembarnya.
SUDAH LAMA Yasmin tidak menapakkan dirinya ke situ. Banyak telah
berubah di situ. Jika dulu gelanggang bola keranjang itu hanya memagari dengan
jaring tetapi kini telah dinaik taraf di gantikan dengan pagar.
Bola jingga
dibaling oleh Dani mengenai Yasmin. Tersentak Yasmin apabila bola itu terkena
kakinya. Darwisy dan Da’im di ambil oleh kakak Dani. Sengaja kakaknya mengambil
si kembar tersebut. Katanya melepaskan rindu.
Dani
mendekati tubuh kepada isterinya. Senyuman Yasmin meleret. Sudah lama mereka
tidak keluar berdua semenjak kembar itu lahir.
“Hari ini
kita main game. Seorang kena kutip
lima mata. Satu shot mewakili satu
mata. Tapi kalau abang menang. Abang akan tuntut hadiah.” Dani mengenyit mata
buat isterinya.
Permainan
bermula.
Untuk kali
pertama, Yasmin dapat memboloskan diri menjaringkan gol buatnya. Yasmin sempat
menjeling ke arah suaminya. Pergerakkan lincah Dani membuatkan Yasmin sedikit
hilang focus dalam permainan itu.
Kini Dani
telah mendahului dalam permainan tersebut. Yasmin mengeluh panjang memikirkan
stamina suaminya kian bertambah. Dengan pantas Yasmin mencuri ruang untuk
menangkap bola jingga daripada suaminya. Bola tersebut telah menjadi miliknya.
Setelah
mendapat bola tersebut, Yasmin ingin membuat freeze shot untuk menjaringkan gol
buatnya.Kedua-dua tangannya mencengkam bola tersebut. Belum sempat Yasmin
melemparkan bola, tiba-tiba tubuh
badannya terdorong ke hadapan dan dia merasakan ada seseorang memeluknya.
Pergerakkan
Yasmin terhenti apabila Dani berbuat demikian. Yasmin kaku seperti patung
cendana.
“Abang
sayang Yasmin.” Ucap Dani dengan kedua-dua matanya dipejam.
Bola yang
berada di tangan Yasmin terlepas dan melantun. Serta merta Dani meleraikan
pelukan tersebut lantas bola dikejarnya kemudian Dani membuat jaringan mudah
pada mata terakhirnya.
“Yeah!
Abang menang!”
Yasmin
terkejut, dia sudah menahan geram. Dani tersengih-sengih melihat wajah Yasmin
sudah masam.
“Abang main
kotor.Mana boleh macam tu.” Yasmin sudah memeluk tubuhnya. Kejam!
Dani
menghampiri isterinya. Pipi Yasmin dikucup kemudian Yasmin menepis-nepis
sebagai tanda protes.
“Alololo
janganlah merajuk. Sebiji macam muka Da’im kalau merajuk macam tu.” Kata Dani
sekadar mengusik isterinya. Jari jemari Yasmin diraihnya. Yasmin tidak memberi
sebarang respons.
“Please, janganlah merajuk. Nanti abang
nak kawan dengan sapa. Sampai hati.” Dani reka ayat pasrah. Anak mata Yasmin melirik
ke arah suaminya. Kesianlah pulak.
“Yelah. Min
maafkan.”
Muka Dani
tadi macam mengalahkan buah jeruk kini berubah ke mood yang ceria. Misi Dani
berjaya!
“Yeah!
Abang menang! Abang akan tuntut hadiah nanti!” Dani melonjak kegembiraan,
melopong Yasmin ketika itu.
“Abang!”
Dani ketawa
bahagia. Pinggang isterinya diraih. Mereka berjalan beriringan menuju ke
kereta. Ada senyum bahagia di segaris bibir Dani. Pilihannya tidak salah lagi
bahkan tepat mengahwini Yasmin. Dia bahagia menjalan hari-hari bersama wanita
dicintainya. Terima kasih sayang! Kasihmu tidak berbelah bahagi.
#TAMAT#
best larh..nnti akak tulis larh lagi..hehehe
ReplyDeleteBest..mnnti penulisan yg akn dtng..IN SHA ALLAH
ReplyDeleteBest..mnnti penulisan yg akn dtng..IN SHA ALLAH
ReplyDelete