KAU DAN RINDU
PART 1
HAMPIR setengah jam Irdini menunggu di ruang legar ketibaan KLIA. Sesekali
matanya meliar mencari kelibat orang yang ditunggu tetapi tidak juga kelihatan.
Pandangan dialihkan ke arah seorang kanak-kanak perempuan memakai gaun berwarna
merah jambu bertocang satu sedang memeluk anak patung putih miliknya.
Kanak-kanak
perempuan berusia lima tahun itu mendekatinya. Irdini senyum melihat raut wajah
kanak-kanak itu.
"Ibu!
Lysa penat."
Irdini
mengangkat anak perempuan ke atas pangkuannya. Dia tahu anaknya sudah
kepenatan. Anaknya belum pernah lagi, berjalan jauh seperti ini. Dari Perth ke
Malaysia yang memakan masa dalam 5 jam sahaja, manakala pula waktu Malaysia
dengan Perth adalah sama cuma apabila musim luruh siangnya agak singkat.
Sudah lima
tahun, Irdini berada di bumi Kangaroo. Bukan permintaannya ke sana tetapi
keadaan memaksanya berbuat demikian. Pelbagai cabaran dilalui di bumi asing
itu. Tiada siapa di sana. Hanya Irdini sendirian.
"Assalamualaikum." Suara garau itu mematikan khayalan Irdini,
segera Irdini berpaling kepada empunya suara.
"Waalaikummussalam,
pak cik Luqman kan?"
Lelaki
berusia itu mengangguk tanda ya. "Pak cik minta maaf sebab lambat. Kereta
banyak sangat."
"Tak
apa, pak cik. Pak cik ini anak saya, Lysa."
Pak Cik
Luqman perhatikan kanak-kanak itu. Persis wajah seperti ibunya.
"Lysa,
salam Atuk, sayang." Kata Irdini
kepada anaknya. Seraya itu anak perempuan Irdini menyalami tangan tua milik Pak Cik
Luqman.
"Mak
cik sihat?" tanya Irdini bingkas bangun lalu mengekori Pak cik Luqman yang
telah bersedia menolak troli yang tersusun dua buah beg bagasi bersaiz besar dan dua buah kotak
miliknya.
"Alhamduillah,
sihat. Dia tak sabar nak jumpa kamu."
Jawab Pak Cik Luqman. Mereka bertiga jalan beriringan menuju ke lif.
"Tak
sabar Dini nak jumpa mak cik. Rindu masakkan dia." Terbayang raut wajah Mak cik Norsiah.
Rindu
Malaysia yang telah lama dia tinggalkan. Kini dia kembali ke sini dengan harapan dapat memulakan hidup baru yang lebih baik daripada semalam. Sampai dihadapan
lif, Irdini menekan butang turun ke
tingkat dua. Pak cik Luqman segera menolak troli masuk ke perut lif sebaik
pintu terbuka.
SESAMPAI di rumah banglo dua tingkat, Irdini dan Lysa di sambut oleh
seorang wanita dirinduinya. Irdini terus mendekati wanita itu, menyalami tanda
hormat lantas dipeluk tubuh sudah berusia itu. Menitis air mata Irdini pantas
dikesat hujung jari.
“Ya Allah!
Comel betul anak kamu, Dini.” Ucap Mak cik Norsiah. Tanpa disuruh, Lysa
menyalami Mak cik Norsiah.
Irdini
senyum mendapat pujian. Sementara itu, Pak cik Luqman sedang memunggah
barang-barang milik Irdini. Idrini memerhati sekitar rumah banglo dua tingkat
itu, tiada sebarang perubahan melainkan pokok-pokok bunga semakin bertambah
telah menyerikan sudut lanskap tersebut.
"Marilah
masuk." Pelawa Mak cik Norsiah. Mereka melangkah masuk ke ruang tamu.
Irdini terpandang potret keluar milik keluarga Irdini. Sayu hatinya.
Hampir 15
tahun ibubapanya kembali ke rahmatullah. Lihat sahaja gambarnya yang baru usia
13 tahun, di samping berdiri seorang jejaka tampan merupakan abang angkat yang
di ambil sebelum Irdini dilahirkan ke dunia.
Tidak pernah
terniat untuk Irdini menurunkan potret tersebut. Itu hanyalah satu-satu peninggalan yang paling bahagia dimiliki oleh Irdini selain rumah banglo dua tingkat itu. Irdini duduk di set
sofa, dari tadi Lysa asyik memeluk anak patungnya. Mungkin Lysa masih lagi
kekok dengan keadaan sekeliling. Tempat baru ini belum lagi Lysa dapat sesuaikan.
"Macam
mana duduk sana? Okay?" soal Mak cik Norsiah.
Irdini
angguk. "Cuma Lysa, Dini tak tempatkan mana-mana sekolah lagi. Kalau boleh
Dini nak masukkan Lysa tadika dekat sini."
"Elok
sangatlah tu. Budaya sini dekat sana berbeza. Tak sesuai dengan Lysa. Mak cik
ada masak macam-macam. Kalau kamu nak berehat dulu, pergilah. Mak cik dah kemas
bilik kamu."
Irdini
meminta diri dan bingkas bangun lantas Lysa dipimpin ibunya naik ke tingkat atas.
Irdini menuju ke biliknya, tombol pintu dipulas. Terasa penghawa dingin telah dipasang. Irdini duduk dibirai katil. Irdini perhatikan anak perempuan seperti
kehairanan. Irdini mengukir senyuman. Dia tahu tempat itu asing baginya.
"Sini
sayang." Lysa bergerak ibunya. Lysa memanjat katil Irdini.
"Bu,
Lysa rindu Uncle Jay." suara Lysa
mendatar sahaja, Irdini memeluk tubuh genit itu. Tidak hairanlah kalau
sepanjang jalan itu, anaknya asyik peluk anak patung itu.
"Ibu
pun rindukan Uncle Jay. Tapi dia dah tak ada sayang."
Mendiang
William Jay. Pembakar semangat, pemberi dorongan dan dia segala-galanya buat
kami. Pertemuan pertama Irdini dengan Jay setiba sampai di Perth International
Airport lima tahun sudah.
Irdini
melangkah longlai keluar dari Perth International Airport. Dia mengheret
bagasinya tanpa arah tujuan. Rasa mual semakin menjadi-jadi. Perut Irdini
kembali bergolak. Beberapa minit kemudian, Irdini memuntahkan segala isi makanan
dijamah.
Seorang
lelaki berkulit sawa matang, sedang memerhati seorang wanita sedang muntah di
pinggir jalan. Dengan teragak-agak lelaki itu mendekati wanita itu.
"Excuse me, are okay miss?" soal lelaki itu. Irdini segera memandang
kepada empunya suara tersebut. Irdini terleka seketika apabila bertentangan dengan lelaki itu.
Tiba-tiba kepala rasa berpinar, batang tubuh Irdini redah dan sempat di sambut
oleh lelaki itu.
"Oh my!" ucap lelaki itu. Jay segera
membuat panggilan kecemasan. Tidak lama itu, ambulans membawa mereka dari situ sekali gus meninggalkan kawasan airport itu.
"The patient is okay. But i have good news
for you, your girlfriend is pregnant right now." Kata seorang doktor
perempuan bernama Anabella. Jay tercenggang seketika. Girlfriend?
Jay
melangkah masuk ke wad yang telah ditempatkan oleh Idrini. Daripada jauh Jay melihat
batang tubuh Irdini sedang terbaring lesu dengan wajah pucat. Lelaki itu mendekati wanita tidak
dikenali tersebut. Jay duduk di atas sebuah kerusi. Dia pandang sebuah beg
tangan milik wanita itu, lantas dicapai oleh Jay. Cepat-cepat Jay menyelongkar
beg itu tanpa kebenaran terlebih dahulu. Passport milik wanita itu dibelek oleh
Jay.
"Malaysia?"
Jay terkejut
apabila terdengar wanita melalut dengan matanya yang masih terpejam. Tiba-tiba
wanita itu terjaga dan terus bangun daripada pembaringan. Irdini memerhati keadaan sekeliling dia agak kebinggungan. Dialih pandangannya ke sisi, lelaki yang
mempunyai mata redup dan berkumis. Irdini terpakau dengan ketampanan lelaki
itu.
"Are you okay, miss?"
Pertanyaan lelaki
itu mengejutkan Irdini yang asyik leka memerhatikan lelaki itu.
"You from Malaysia?"
Irdini
angguk. "Yes! Malaysia."
"Oh!
Tadi doktor bagitahu I yang you pregnant.
It is right?" tanya Jay menginginkan kepastian.
Mat salleh
cakap melayu? Biar betul. Aku mimpi agaknya ni. Bisik aku dalam hati. Dahi
Irdini makin berkerut.
"You
boleh cakap melayu?" Irdini masih
tidak percaya.
"Yes, I
am. I pernah duduk di sana dan kerja dekat sana dalam tujuh tahun macam tu. I'm
Jay, you?"
"Irdini, for short Dini." Irdini
diam.
Tiba-tiba
Irdini teringat perkataan 'pregnant'
disebut oleh lelaki itu. Mutiara manik jernih menitis ke luhur pipi. Hatinya
masih lagi pedih, perih. Tidak pernah terlintas hidupnya berubah 360 darjah.
Apakah nasib anak yang dikandungkan olehnya? Jay bertambah hairan apabila
Irdini tiba-tiba sahaja menangis. Tergaru-garu kepala Jay biarpun tidak gatal.
Jay mula
risau. "You okay tak? Kalau sakit I panggilkan doktor untuk you."
Irdini
geleng. "Okay, but leave me alone. I
wanna take a rest." kata Irdini
seraya berpaling menentang wajah Jay.
Lantas
lelaki itu menapak pergi. Irdini memerhati gerak tubuh lelaki itu sehingga dia
hilang daripada balik pintu. Irdini menghela nafas.
Best 3x.
ReplyDeletehehe :D
DeleteTerima kasih , jemput datang lagi
nice keep it on i'll came back :)
ReplyDeleteBest
ReplyDeletesmbung kt blog ke buku.
ReplyDeleteInsyaAllah dekat blog. short story. tak sempat nak updated lagi sekarang
Delete