MINI NOVEL: KAU DAN RINDU PART 2


KAU DAN RINDU 
PART 2

KETAM masak lemak cili padi, asam pedas keladi, ikan pari bakar dan ulam serta jering antara menu yang terhidang di atas meja dihadapan Irdini. Kecur air liur Irdini melihat hidangan enak itu.

"Jemput makan Dini..." pelawa Mak cik Norsiah. Meliar sahaja wanita itu mencari sesuatu.

"Mak cik cari sapa?"

"Mana Lysa?"

Irdini menarik kerusi bertentangan dengan Mak cik Norsiah. Seraya itu, pinggan itu diserahkan kepada Irdini.

"Lysa tidur, penat sangat agaknya."  Tangan Irdini menyudu lauk asam pedas keladi ke pinggan. Tak sabar untuk di menikmati masakkan air tangan Mak cik Norsiah yang sentiasa dirindui.

"Tak apalah kalau macam tu. Makanlah."  Pak cik Luqman keluar daripada ruang dapur kemudian meletakkan piring berisi sambal belacan di atas meja sebelum menarik kerusi di samping Mak cik Norsiah.

"Bubuh nasi lebih sikit, Nor. Kecur air liur saya tengok lauk-lauk ni." pinta Pak cik Luqman kepada isterinya. Irdini senyum melihat pasangan suami isteri itu. Walaupun mereka telah berusia, mereka tidak kekok untuk bermesra.

Alangkah bahagianya!

Mak cik Norsiah akur kehendak suaminya. Irdini meneguk air anggur sehingga separuh gelas kerana kepedasan asam pedas itu. Terkejut lidah setelah sekian lama tidak merasa masakkan melayu.

"Pak cik macam mana dengan apartment tu, dah dapat?"  soal Idrini sebelum menyuapkan nasi ke dalam mulut.

"Dapat dah. Tingkat 3."  balas Pak cik Luqman. "Kereta kamu pak cik dah servis hari tu. Nak bawa sekali ke?"

"Okay juga tu. Senang sikit nak cari kerja nanti."

"Kalau macam tu tak apa nanti pak cik minta Syam hantarkan."

Irdini teringat Syam yang disebut oleh Pak cik. "Syam apa khabar?"

"Budak tu sibuk sekarang, sejak dah bergelar ayah ni." Sampuk Mak cik Norsiah. Irdini cuba untuk senyum biarpun pahit. Cemburu melihat kebahagian orang lain. Hatinya seperti tercarik-carik.

"Kalau mak cik dengan pak cik nak balik kampung, cakaplah dekat Dini, ye. Apa-apa pun, Dini nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab jaga rumah ni sebaik mungkin. Dini dah anggap mak cik dengan pak cik macam ibu ayah Dini sendiri."

Suasana menjadi sayu secara tiba-tiba. 

"Kami pun dah anggap, Dini dah macam anak kami sendiri." 

Senyum Irdini makin mekar.


Tersentuh hatiku bila terfikirkan kamu
Kau sering bersandar padaku
Di saat kau lelah

Ingatkah dirimu pada waktu-waktu dulu
Aku sering menyambutmu
Di saat kau jatuh

Akulah aku...
Yang slalu membuat kau tersenyum
Walaupun sering ku terluka
Tapi tak mengapa

Akulah aku...
Kan slalu hadir untukmu

Moga nanti suatu hari
Kau akan sedari...

BAIT-BAIT lirik lagu yang terpasang di corong radio dihayati Irdini sebaik mungkin. Selepas sahaja solat Subuh, Irdini sengaja berkurung di bilik bacaan milik abang angkat, Hairi.

Lagu itu telah menyentuh tangkai hatinya. Ada air mata menitis pada lekuk pipi. Rindu pada lelaki yang selalu membuat dia tersenyum, bukanlah suatu perkara mudah baginya, untuk melupakan begitu sahaja. Biarpun antara kami tahu batas dan sempadannya.

"Untuk sementara waktu ni, you bolehlah tinggal dengan kakak i. Nama dia Suzana, tapi dia muslim." kata Jay sewaktu berjalan beriringan menuju ke lif sebuah apartment. Bagasi milik Irdini diheretkan oleh Jay.

"Maksudnya, dia peluk agama Islam?" Irdini seolah tidak percaya.

Jay mengangguk kepala. "Dia berkahwin dengan lelaki Arab. Lagipun, family I tak halang kami untuk pilih agama sendiri. Since kami umur 21 tahun lagi."

"Boleh ke I tinggal dengan dia? Suami dia macam mana. I malulah. Better I tidur dekat hotel jelah."

"Itu you tak perlulah risau. Suami dia ke Dudai dalam sebulan macam tu. Kerja. Dalam sehari dua lagi, I akan cari rumah lain untuk you. Tapi buat sementara ni, you tinggal sini dulu. Doktor dah cakap, you tu selalu morning sickness."

Irdini menundukkan wajahnya. Tak pernah sangka dia akan jumpa lelaki seperti, Jay seorang lelaki baik baginya. Sanggup temankan dia sepanjang berada di wad. Segala kos perubatan ditanggung oleh Jay.

"Thanks, Jay. You banyak tolong I sejak hari pertama I dekat sini."

Jay membalas dengan senyuman.

Belon imbasan antara Jay dan Irdini terpadam apabila ketukan daripada seseorang. Irdini memberi arahan masuk. Sebelum itu, air mata dikesat terdahulu.

"Dini. Anak kamu menangis-menangis tu." ucap Mak cik Norsiah. Irdini terus melompat dari kerusi menuju keluar dari bilik bacaan dan kaki diatur laju ke biliknya.

Melihat anaknya sudah menangis teresak-esak dan anak patung itu sentiasa didakapannya. Tubuh Lysa ditarik ke dalam pelukkan Irdini.

"Shhh. Kenapa ni menangis sampai macam ni? Ibu kan ada dekat sini sayang."

Mak cik Norsiah sekadar memerhati dua beranak itu.

"Lysa rindu Uncle Jay."  Dalam teresak anaknya cuba untuk bersuara. Irdini tidak terkejut dengan jawapan dari Lysa. Saban malam, sebelum Lysa melelapkan mata. Pasti ayat itu meluncur pada bibir kecil itu. Irdini pandang Mak cik Norsiah, wanita itu tidak mengerti apa-apa. Lagipun tidak mahu menerangkan apa-apa. Biarlah ianya menjadi kenangan buat kami berdua.

IRDINI menjinjing beg-beg plastik menuju ke apartment. Banyak barang dibeli di pasaraya kebanyakkannya adalah barang keperluan dan barangan basah. Sudah seminggu, Lysa dan Irdini tinggal di apartment kos rendah itu. Sementara Irdini ke pasaraya, Lysa ditinggalkan di sebelah rumah jirannya. Kebetulan dia seorang pengasuh.

Segugus kunci dikeluarkan daripada beg tangannya. Setelah memilih, anak kunci yang terpilih di masukkan ke dalam lubang mangga solex pada pintu grill. Kemudian pintu utama dibuka kuncinya. Segera Irdini mengangkut barang-barang tersebut masuk.

Dua jam, Irdini berada di pasaraya. Belum termasuk, dia tersesat jalan lagi. Betul kata, Syam. Kawasan bandar ini telah banyak berubah. Pintu kayu itu ditutup rapat. Baru sahaja kakinya melangkah ke ruang tamu. Bunyi loceng kedengaran. Dahi Irdini berkerut. Siapalah pula yang datang ni? Baru nak berehat.

Langkah longlai di atur menuju ke arah pintu. Irdini bertambah geram apabila bunyi loceng bertalu-talu. Sebaik sahaja, pintu rumah dibuka. Irdini sunggh terkejut dengan kehadiran tetamu tidak diduga itu.

'Aduh macam boleh lupa kunci grill.'

Tanpa berkata apa-apa, dengan cepat Irdini menutup pintu semula tetapi tidak berjaya apabila di tahan oleh lelaki itu. Kekuatan lelaki itu tiada tolak banding dengan Irdini. Lelaki itu sudah masuk ke dalam rumahnya.

"Dini!!"

Bergema suara lelaki itu telah memenuhi ruang rumah itu. Irdini terkejut apabila suara lelaki itu meninggi. Hati Irdini makin panas hati dengan tindakkan lelaki itu sesuka hati sahaja.

"I'm sorry. Tak ada niat nak marah Dini. Dini buat abang ni macam orang asing."

Irdini memeluk tubuh. "You nak apa datang sini. Macam mana boleh tahu ni rumah I."

"Abang cakap jujur, abang nampak Dini dekat pasaraya tadi. Abang follow Dini. Abang nak sangat jumpa Dini."

"You nak apa sebenarnya. Kalau tak ada apa-apa yang penting, you boleh pergi sekarang."

"Abang sayang Dini. Abang nak Dini."

Irdini seakan tidak percaya. Irdini picit batang hidungnya. "Enough, Haikal. I dah tak nak dengar semua tu lagi. You dah sakitkan hati I. Senang-senang aje you nak kutip macam tu. Cukuplah sekali tu. Hati I betul-betul terluka dengan perangai you!”
             
Muka Irdini yang putih menjadi merah seperti udang kena bakar, kerana amarahnya mula memuncak. Haikal terdiam mendengar kata-kata Irdini. Untuk kali pertama, Irdini meninggikan suara dengannya. Seumur hidup, dia mengenali Irdini tidak pernah lagi wanita itu marah seperti itu.

"Sorry, Haikal. I minta cara baik dengan you. Tolong tinggalkan rumah I. Nanti apa kata jiran-jiran I cakap."  Irdini sudah tersandar pada dinding. Haikal mengatur langkah keluar daripada rumah itu biarpun berat dia tetap berbuat demikian. Pintu rumah itu kembali tutup. Empangan air mata itu pecah lagi. Hatinya benar-benar robek. Semudah itu, kau kutip aku balik. Aku bukan barang, Haikal. Aku manusia yang punya hati dan perasaan.



BERSAMBUNG...

4 comments:

  1. curious... curious... curious...

    next pleaseeee ;)

    ps: starting baca dalam kepala otak tiba2 teringat novel Mama Mia Shaza... but i know sis ayadayana will write a different story... keep up the good work ;)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum!

    Nak duit tapi malas nak keluar daripada rumah? Haaa sini sini. Melalui RM20Segera ni korang tak payah keluar rumah pun takpe, asal korang ada internet & rajin berusaha. Modal business ni RM 20. Haa percaya tak? Modal dia ciput je. Tapi income nanti haaa berlipat-lipat.

    Raya dah nak dekat, kalau korang join RM20segera ni, korang dapatlah jugak tambah duit untuk berbelanja raya nanti. Apa nak tunggu lagi? Cepat-cepatlah join ye :D Confirm tak rugi punya!

    Kalau rasa hati tu melompat-lompat nak join, klik sini; http://www.rm20segera.com/?r=thegeek

    Scroll bawah bawah sikit, ada 'daftar sekarang'. Semoga berjaya! :)

    ReplyDelete

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)