MINI NOVEL: KAU DAN RINDU PART 4

KAU DAN RINDU

 PART 4


p/s:  Maaf kepada sesiapa yang menunggu sambungan cerita. Lama sangat peram T__T


IRDINI kembali ke dapur mengemas barang-barang ke tempat asalnya semula. Lysa sudah tidur. Awal anaknya tidur sebaik sahaja minum susu sebotol. Dia mencapai plastik hitam berisikan bahan-bahan telah dibuang. Kunci rumah yang sangkut pada paku, dicapainya. Pintu dibuka, Irdini terkejut apabila melihat sekujur tubuh dikenali  sedang bersandar pada pintu grill rumahnya. Irdini berasa simpati kepada lelaki itu. Ya! Itu suaminya.

Jam pada pergelangan Irdini, jarum jam sudah berganjak ke pukul 9 malam. Ini bermakna sudah empat jam lelaki itu bertapa di situ. Nak tak nak, Irdini terpaksa mengejutkan lelaki itu. Tubuh lelaki itu digoncangkan serta merta Haikal terjaga. Matanya dipisat-pisat akibat dia tertidur disitu. Irdini memasukkan kunci pada lubang mangga solex. Pantas Haikal berdiri.

"Kenapa you tak balik lagi? You tak patut duduk dekat sini. Apa jiran-jiran I cakap kalau diaorang nampak you."

"Abang takkan balik, selagi Dini tak explain dekat abang." Irdini melangkah kaki ke tong sampah kemudian plastik hitam itu dimasukkan ke dalam perut tong sampah. Lelaki  itu masih lagi setia berdiri di situ.

"Masuklah dulu. Dah malam ni."

Saat Haikal melangkah kaki masuk, terpampang kanvas potret Irdini dan Lysa. Suasana dalam gambar seperti berada di luar negara. Maknanya selama ni, Irdini sembunyikan diri di luar negara. Nafas dihembus agak kasar.

Tanpa dijemput, Haikal melabuhkan punggungnya pada sofa. Irdini melangkah keluar daripada biliknya dan meluru ke ruang tamu. Di tangannya ada sehelai kain tuala, sehelai kain pelikat dan sehelai T-shirt.

"Nah! Ni je yang ada. Pergilah salin baju tu dulu." Irdini menghulur kepada Haikal. Lelaki itu mengambil huluran tersebut. "Sorry, I amek kain tu tak bagitahu you. Sorry."

T-shirt itu sepatutnya menjadi hadiah ulang tahun kelahiran Haikal pada lima tahun lalu, semuanya berubah. Saat itu, hanya DIA sahaja yang tahu tentang perasaannya.

"You pergilah mandi dulu. I nak panaskan makanan."

Haikal berlalu ke bilik air. Irdini bingkas bergerak ke dapur untuk memanaskan semula pasta dimasaknya tadi. Kemudian dia masukkan ke dalam microwave.


"SELAMA ini Dini tinggal mana? Puas abang cari Dini. Siap upah orang lagi tau.” Pasta disuapkan ke dalam mulut. Irdini tunduk sambil mengacau air nescafe dibuatnya. Haikal menanti jawapan wanita itu bersuara.

            “Sedap pasta ni! Abang rindu masakan Dini. Tak sangka dapat juga rasa hari ni.” Sambung Haikal. Irdini mengangkat sedikit kepala memandang ke arah lelaki dihadapannya itu.
           
“Apa tujuan you datang cari I semula?” Sekali nafas Irdini tarik untuk bersuara setelah dia membisukan diri. Irdini menyandar tubuhnya kasar pada kerusi dan tangannya menyilang dada.

            “Abang betul-betul rindukan Dini. Abang tahu, abang banyak buat salah dekat Dini. Lima tahun abang dah cukup menderita. Kita mulakan hidup yang baru dengan anak kita, sayang.”

            Irdini senyum sinis.

            “Sayang??  Betullah orang cakap before kita kahwin. You ni memang kasanova. Pandai menyayat habis. You jangan senang-senang nak pujuk I dengan cara macam tu. Sakit hati I belum lagi berubat. You kena faham tu.” Hambur Irdini untuk kali itu. Haikal hanya diam. Dia tahu, dia banyak buat salah dalam perkahwinannya.

            Irdini bingkas bangun dari kerusi, membuatkan kerusi itu terdorong ke belakang. Langkahnya menuju ke kamarnya. Tombol pintu dipulas lalu ditolak kasar. Kakinya melangkah menuju almari pakaiannya lantas ditarik keluar tilam toto dan bantal yang disimpannya. Kemudian Irdini menutup semula pintu almari dan ingin keluar semula ke ruang tamu ingin diserahkan kepada Haikal. Haikal sudah pun tercegat di pintu bilik Irdini.

"Nak bawak pergi mana?" soal Haikal.

"Luar. You tidur luar. Ni buat lapik badan you." Irdini hulurkan kepada suaminya. Tetapi Haikal tidak menyambut huluran tersebut. Irdini mendengus langkah hendak diatur, tapi dihalang oleh Haikal.

"Izinkan abang tidur sebilik dengan Dini. Malam ni aje. Bukan atas katil pun tak apa. Asalkan dekat dengan Dini."

Irdini keluh panjang. Nak tak nak Irdini tunaikan permintaan Haikal. Lelaki itu ukir senyum. Baginya, Irdini banyak berubah. Dulu, tidaklah sekeras kepala begitu. Irdini masuk semula ke biliknya lalu dia membentang tilam toto dan menyediakannya sebiji bantal.
Sejurus itu, Irdini panjat naik ke katil atas dan terus baring. Badannya menggiring ke arah tingkap. Dia tidak mahu bertentangan dengan suaminya. Hatinya dihambat rasa luka, ada air mata mengalir ke pipi.

"Dini dah tidur ke?" soal Haikal ketika itu dia sudah terbaring sambil memandang syiling kosong.

Diam.

Sunyi.

"Isteri you tak bising ke you tak balik malam ni." Tidak lama kemudian, Irdini memecah kesunyiaan antara mereka. Mata Haikal yang terpejam, kini dicelik apabila Irdini membuat pertanyaan.

"Dini lah isteri abang..."

Irdini yang saat itu sudah baring, segera dia bingkas. Dia bersila di atas katil.

"You jangan nak tipu I lagi boleh tak!"  bentak Irdini secara drastik. Haikal terkejut dengan tindakkan isterinya membentak. "Mana pergi Julia yang you sanjung dulu. Mana pergi dia. Dia kan isteri kesayangan you."

Haikal telan air liur kesat.

"Kenapa diam? Dia dah tinggalkan you ke? Atau dia lari masa you nak akad nikah dia?" bertubi-tubi soalan dilemparkan oleh Irdini. Nafasnya turun naik kerana geram tersangat. Sambil menarik nafas dalam matanya dipejam meminjam kudrat yang ada apabila nama Julia menari-nari di ruang nafasnya.

Hatinya masih lagi bengkak apabila mengingati peristiwa itu. Ia meninggalkan kesan mendalam perkahwinan dibinanya. Muka Irdini disembam ke kedua lutut sambil tangannya memeluk kaki. Perlahan-lahan Haikal bangun berdiri lalu mendekati tubuh isterinya di atas katil. Sayup-sayup dia mendengar tangisan Irdini. Lemah lututnya, apabila mendengar wanita itu menangis kerana kepentingan dirinya.

Punggung segera dilabuhkan bertentangan Irdini. Wanita itu masih begitu. Kedua-kedua tangan Haikal memegang bahu Irdini, tidak sempat mendarat segera Irdini tempias. Lantas mengejutkan Haikal.

“Don’t touch me!” Teriak Irdini kepada Haikal.

“Kalau Dini nak marah, marah jela. Memang semua salah abang. Tapi Dini kena bagi peluang abang explain semuanya dulu.”

Irdini senyum sinis. “Explain?! Masa you nak kahwin dengan perempuan tu, you ada tak bincang dengan I. Perempuan yang you nak kahwin, kawan yang I sangka dia baik sampai nak jadi madu I. You fikir ke tak semua tu?”

Irdini kembali duduk sambil memeluk lututnya.

Haikal menghembus nafas.

“Abang dengan Julia tak pernah kahwin pun. Niat dia hanya nak porak perandakan rumah tangga kita ja. Lagipun dia masih dendam dengan Dini. Abang sebagai alat dia untuk jayakan misi dia. Ya, abang silap. Abang terlampau nakkan pewaris dalam keluarga kita. Janji Julia sanggup kahwin dengan abang untuk dapatkan zuriat. Tiga tahun kita berkahwin, rezeki untuk dapatkan anak tak tercapai. Abang terlampau terburu-buru. Abang mengaku salah abang minta maaf.”

Haikal keluh panjang. Mata dijeling di sisi. Wajah suram milik Irdini, mencerita seribu satu kedukaan dalam hatinya.

“Senangkan, datang sini terus minta maaf. Habis hati ini sapa nak ubat. Dini dah penat sangat-sangat. Lima tahun, bukan satu masa yang singkat. Lima tahun, belajar berdikari sendiri. Dalam tempoh sembilan mengandungkan Lysa, tanpa suami sangat seksa.” Luah Irdini, terbayang ketika berada di Perth bersama Jay dan keluarga serta kawan disana. Banyak pengalaman ditimba tanpa disedari.

Haikal menguak rambutnya. Mendengar cerita Irdini, tertumpah rasa kasihan kepada isterinya.

“Sekali lagi, abang minta jutaan kemaafan dekat Dini.” Jari jerami Irdini diusap perlahan oleh Haikal. Kali itu, tiada bantahan daripada Irdini malah dibiarkan sahaja. “Abang janji sayang dan setia abang untuk Dini seorang. Abang tak kuat kalau Dini tinggalkan abang lagi. Cukup sebelum ini, perasaan abang sangat sangat terseksa.”

DILETAKKAN beg tangannya di atas meja kerja. Kerusi di tarik perlahan sebelum dihenyak. Sudah sebulan dia menjawat jawatan sebagai setiausaha di syarikat itu. Dan hampir sebulan juga hubungannya dengan Haikal pasang surut. Lysa semakin gembira apabila dia mengetahui dia mempunyai bapa.

            Ketukkan pada cermin kaca lut sinar mengejutkan Irdini sedang mengelamun. Seraya itu, pandangannya beralih pada cermin itu seorang lelaki berdiri tegap memakai lengkap pakaian pejabat. Tapi caranya sempoi, lengan kemaja itu sengaja dilipat sehingga ke siku. Lelaki itu lebih selesa begitu. Irdini mengerling jarum jam pada pergelangan kirinya. Masih awal lagi. Kebiasaanya majikannya akan muncul dalam pukul 8.30.
           
            “Lambat you sampai hari ini?” soal lelaki itu.
           
            Irdini tarik sengih. “Anak I tu, biasalah pagi-pagi. Semalam tidur lambat mengamuklah dia kalau dikejut. Nanti I susun appointment untuk hari ya, En Syamil.”

            Syamil angguk sambil memandang Irdini. Baginya Irdini seorang perempuan istimewa. Cantik, rajin dan sangat tabah. Biarpun baru sebulan berkhidmat sebagai pembantu peribadinya, dia sangat berpuas hati dengan prestasi Irdini.
           
“You dah breakfast?” Tanya Syamil.
           
Perlahan Irdini geleng. Dia tahu lelaki itu bakal memarahinya.

            “Sebelum I membebel dekat you, jom teman I breakfast. Lepas tu, baru boleh mula bekerja.” Berat hati Irdini untuk keluar berduaan dengan majikan. Lagipun sudah ada baur-baur tentang mereka dalam syarikat itu. Tambahan pula, dia masih tinggal berasingan dengan Haikal.

            Sudah seminggu Haikal tidak muncul di ruang matanya. Dan berjuta kali juga dia perlu menjawab setiap pertanyaan Lysa ke mana hilang abahnya. Naik renyah Irdini menjawab soalan daripada anak kecil itu.

            Tanpa berfikir panjang, dia bersetuju sahaja.
            Gerai berhampiran dengan syarikat Irdini menjadi pilihan mereka untuk mengalas perut. Rata-rata mereka sedang menikmati sarapan pagi digerai itu. Pada pagi itu, Irdini memilih untuk makan roti bakar sahaja sekadar untuk alas perut bersama Teh O suam. Manakala Syamil menikmati bihun goreng dengan teh Tarik.
           
Perlahan-lahan Irdini mengunyah roti bakar dipintanya.
           
“I dengar you tak tinggal sebumbung dengan husband you, is it right?” pertanyaan Syamil membuatkan Irdini berhenti mengunyah. Mahu tercekik dibuatnya apabila lelaki itu bertanya seperti itu. Irdini diam. Lelaki itu menjadi serba salah kerana mengajukan soalan begitu.
           
“I’m so sorry. I tak ada niat nak busy body pasal personal life you. Dah ramai yang cerita pasal you. Walaupun you baru lagi dekat company tu.”
           
Irdini menundukkan sedikit wajahnya. Tak mampu dia bertentang mata dengan lelaki itu. Ya! Lelaki itu banyak ambil tahu tentang dirinya, semenjak menjawat jawatan di syarikat itu. Ada juga pekerja iri hati dengannya kerana terlalu rapat dengan Syamil. Niatnya hanya untuk menjalankan tugas.
           
“En. Syamil tak perlulah risaukan tentang I. Lagipun I masih isteri orang, lagipun kitaorang baik-baik. Ada sebab kitaorang duduk asing.” Balas Irdini setelah lama dia.

 Ya, dia ada sebab kenapa dia tidak pulang ke pangkuan suaminya. Biarpun sudah dipujuk oleh Haikal berulang kali, hatinya tetap menidak untuk tidak tinggal bersama suaminya. Tambahan lagi, hatinya masih lagi terluka. Kenangan semalam masih menghantui dirinya hingga ke hari ini.

“You pun tahukan kenapa I ambil berat pasal you?”

Irdini memandang Syamil bersahaja.
           
“Sebab I dah jatuh hati dekat you, Dini.”
           
Sekali lafaz ayat yang terlafaz dari bibir Syamil membuatkan Irdini terkedu. Lidahnya terkunci. Dia hilang kata-kata. Jantungnya berdetak laju. Irdini pagi itu, Syamil meluahkan perasaannya. Selama sebulan ini juga dia Nampak tingkah laku Syamil seakan sedang mengayatnya tapi dia hiraukan.
           
“Apa yang En. Syamil merepek ni.” Irdini jadi tak keruan.
           
Syamil tenang. Air teh Tarik suam-suam panas itu dihirup.
           
“I masih lagi waras, Dini. I tak boleh nak nafikan perasaan I dekat you. Yes, you wife orang. Tapi perasaan tu datang secara tiba-tiba.” Ada keluh kedengaran pada bibir Syamil. Dia yakin, perasaan sayang dan cinta itu hanya untuk Irdini. Dulu Syamil pernah dilukai oleh wanita dia sayangi. Itu kenangan enam tahun lepas yang tak perlu diimbas lagi.
            Irdini Tarik nafas dalam.
           
“En. Syamil salah mencintai orang. En. Syamil tak boleh buat macam sebab I masih isteri orang. Lagipun I sayangkan suami I.”
           
Syamil diam apabila wanita itu meluahkan rasa sayangnya terhadap suaminya. Syamil menyandar lemah di kerusi itu. Sesekali dia memandang pengunjung di gerai itu. Pengunjung makin berkurang apabila mereka semua ke tempat masing-masing.
           
“Apa yang I buat ni salah. Keluar berdua-duanan dengan En. Syamil tambah pula tanpa keizinan dari dia. I sedang menganggung dosa. I harap you carilah orang lagi layak daripada I yang boleh jadi suri hati you. Lagipun you bukannya duda, you lelaki belum berkahwin dan you perlu cari yang sesuai dengan you. I minta diri dulu. Assalamualaikum.”
           
Bingkas Irdini bangun daripada kerusi itu. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya apabila Syamil menyatakan perasaannya secara mendadak. Irdini mengeleng laju sedaya upaya dia cuba menghilangkan suara lelaki itu dicupingnya.  Sementara itu, Syamil masih lagi meja itu, hatinya bengkak apabila Irdini menolaknya bulat-bulat. Tidak lama kemudian, lelaki itu meninggalkan gerai tersebut tanpa mengambil lebihan baki.

            Bersambung…



1 comment:

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)