KAU AKU PUNYA VERSI 2- PART 6



P/s: Maaf buat semua pembaca tertunggu sambungan. Lama sangat peram T__T


KAU AKU PUNYA VERSI 2
PART 6

“TUNANG!!”
            Bergema suara milik Sera Humaira. Timbul segala urat saraf pada tubuh gadis itu. Bait-bait ayat yang dilontarkan oleh Puan Hasnah masih lagi terngiang-ngiang. Daripada duduk kemudian dia berdiri lalu mundar mandir.
            Dadanya berombak deras. Dia memandang seraut wajah Encik Ahmad Luqman, kakinya dihayun mendekati abahnya yang berada sisi Puan Hasnah. Dia segera meluntut pada lelaki yang meningkat usia itu.
            “Abah cakaplah dekat Maira. Apa mama cakap semua tu lawak je kan.” Rintih anak gadis itu. Encik Ahmad Luqman tersentuh dengan rintihan anak bongsunya.
            Nafas ditarik perlahan. Lelaki itu meletakkan dua-dua telapak tangan pada bahu Sera Humaira.
            “Apa yang mama cakap tu semua benar, Maira. Kami tidak niat nak main-main pun dengan Maira.”           
            Hampir luruh jantungnya. Biar benar-benar tak mampu untuk terima kenyataan apa yang telah berlaku. Dia mengharap itu semuanya mainan tidurnya tatkala keletihan pulang bekerja.
            Puan Hasnah memandang wajah anaknya sayu itu. “Mama minta maaf, nak.”
            Daripada Encik Ahmad Luqman, Sera Humaira bergerak perlahan kepada mamanya.
            “Mama, kenapa sekarang mama tak bagitahu? Dah dua puluh tahun benda tu jadi baru mama nak bagitahu sekarang. Tolong jangan seksa Maira.”
            Keputusan Puan Hasnah dan Encik Ahmad Luqman untuk memberitahu tentang pertunangan Sera Humaira semasa kecil telah pun terlerai. Hampir dua puluh tahun pasang suami isteri itu menyimpan rahsia daripada pengetahuan anak bongsunya.
            “Mama, minta maaf. Mama harap kamu dapat terima dengan seikhlas mungkin.”

APA SEMUA NI, IS! You ckap, you sayangkan I selama ni.” Menggeledak amarah El. Merah padam mukanya saat itu.
            Datin Maznah sekadar memerhati gelagat gadis tersebut. Syafiq Iskandar mula mengelabah apabila El sudah meluap amarahnya. Dia menjadi dilemma antara mummy atau El.
            “El, nak balik Singapore semula.” Badannya mula berapi saat itu. Dia geram dengan sikap Syafiq Iskandar. Dia segera mendaki anak tangga dan menuju bilik dihuninya.
            “El! Bagi Is terangkan dulu.”
            “Syafiq Iskandar! Biarkan dia.” Langkah Syafiq Iskandar terhenti bagaikan ada  butang pause apabila namanya mula dipetik. Sekali gus, Datin Maznah mengeluarkan kuasa veto terhadap anak sulungnya.
            Shima yang berada di tengah-tengah antara mereka sekadar mendiamkan diri. Jarang sekali dia melihat mummy seperti singa sedang kelaparan. Beberapa minit kemudian, El membawa turun bersama bagasi miliknya.
            “Biar Is, hantarkan.” Ujar Syafiq Iskandar dihatinya mula bersarang perasaan serba salah terhadap gadis itu. Belum sempat dia menjelaskan apa-apa. Gadis itu ingin pergi.
            “Tak payah Is. Biar dia balik sendiri. Pandai dia datang, pandailah dia balik sendiri.” Datin Maznah berkata kepada Syafiq Iskandar. Di hati El, dia benar-benar sebak perkara ini berlaku. Tak sangka pula, mummy lelaki dicintainya tidak menyukainya dalam diam. Dia terpaksa terima.
            “Takpa Is. I boleh balik sendiri. Terima kasih Datin bagi saya peluang tinggal sini. Untuk you, Is. Selamat bertunang. I doakan you bahagia.”
            Syafiq Iskandar tidak berpuas hati dengan sikap mummynya melayan El sebegitu rupa. Serabut fikirannya dengan keadaan itu. Perasaan serba salah masih lagi berkurung dalam di segenap ruang hatinya.
            “Kenapa mummy buat macam tu dekat El? Apa salah dia mummy? Kalau mummy tak suka sekali pun dia, mummy tak perlulah reka cerita semua ni.”
            Bertalu-talu soalan dilemparkan kepada Datin Maznah. Lelaki itu mengekori Datin Maznah ke ruang villa mewah itu di sebuah kolam renang. Datin Maznah membuang pandangan pada kejernihaan air kolam itu.
            “Sapa cakap mummy reka cerita? Apa yang mummy cakap semua tu betul.” Datin Maznah cuba menegakkan kebenaran.
            Sembilan puluh darjah Syafiq Iskandar melipat pangkal lehernya menghadap Datin Maznah. “It’s true,mummy.”
            Anak sulung Datin Maznah meminta kepastian. Dua kali wanita itu mengangguk.
            Sambung Syafiq Iskandar. “Sapa mummy?”
            “Sera Humaira binti Ahmad Luqman.”

SERA HUMAIRA membungkamkan dirinya di atas katil miliknya. Sesekali nafas dihembus kasar. Peristiwa tadi masih lagi segar diingatan adakala menari-nari difikirannya.
            Tidak pernah terlintas dalam ruangan fikirannya dia telah bertunang dengan lelaki bernama Syafiq Iskandar. Dia difahamkan oleh Puan Hasnah mereka berdua ditunangkan pada waktu kecil lagi sewaktu umurnya enam tahun. Masih mentah lagi jikalau dia ingin tahu tentang pertunangan tersebut.
            Pada genggamannya ada sebentuk cincin emas. Kecil sahaja cincin. Sera Humaira tersenyum tatkala menatap cincin itu. Puan Hasnah memberitahu cincin itu adalah cincin tunang miliknya.
            “Betul ke apa yang jadi semua ni. Macam mana pelik aje rasanya.”
            Tiada riak kegembiraan pada wajah mulus gadis itu. Apa diharapkan adalah dia terjaga daripada sebuah mimpi ini. Mimpi buruk yang berlaku. Dia helah nafas lagi.
            “Patutkah aku gembira?”
            Keringat dia pada lelaki yang dikatakan tunangnya itu, yang telah bertemu di sebuah Majlis Perjumpaan bekas-bekas pelajar Kolej Pulau Jagus. Tatkala itu jugak, dia teringat gadis yang bersama dengan lelaki itu. Ah! Pasti teman wanitanya!
            Fikirannya mula ligat merencana sesuatu. Dia perlu bersemuka dengan lelaki itu. Pasti lelaki itu akan membuat keputusan yang sama sepertinya. Gadis itu mula tersenyum sinis. Diharap semua berjalan dengan lancar.
            Sementara itu, Sera Humaira menanggalkan rantai leher emas pada lengkuknya lalu dimasukkan cincin emas itu ke alur rantai itu. Lantas digantungkan semula pada panggal lehernya.

KAKI SERA HUMAIRA melangkah keluar daripada ruangan pejabat Datuk Sabri. Majikannya itu memanggilnya dan beberapa staff lain untuk mesyuarat kecil di biliknya.
            Perkara dibincangkan adalah kemasukkan pelajar praktikal yang bakal diuruskan oleh mereka. Buat pertama kali, Sera Humaira akan mengendalikan pelajar pratikal. Bukan mudah untuknya mengajar pelajar ini nanti.
            Gadis itu perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. Dia perlukan kesabaran yang banyak. Tambahan lagi, pelajar ini masih lagi mentah dalam dunia pekerjaan. Kakinya dihanyun ke ruangnya. Dia melintasi meja setiausahanya sebelum ke pejabatnya.
            “Cik Maira, ada seseorang tunggu Cik Maira dekat dalam.” Kata Sofea tergesa-gesa kepada Sera Humaira.
            “Dah lama ke dia tunggu.” Soal Sera Humaira. Hatinya mengerutu siapa ingin berjumpa dengannya.
            “Dalam setengah jam macam tu. Saya dah cakap Cik Maira tengah meeting, tapi dia degil nak tunggu jugak.” Sofea berterus terang. Sera Humaira mengangguk sebelum meninggalkan setiausahanya.
            Tombol pintu dipulas. Tubuhnya memasuki ruangan pejabatnya. Dia terpandang sekujur tubuh lelaki sedang membuang pandanganya pada jendela pejabat. Hatinya berdebar.
            ‘Is…’ hatinya berbisik.
            “Minta maaf. Buat tertunggu.” Kata Sera Humaira bersuara. Sepantas kilat lelaki itu menoleh menghadap empunya suara.
            Pemuda itu mengukir senyuman. Terkejut alang kepalang Sera Humaira. Kini debarannya terlerai. Dia membalas senyuman lelaki itu. Pemuda itu mengatur langkah kepadanya.
            “Mesti awak masih tak percayakan.” Kata pemuda itu.
            Sera Humaira mengeleng kepala beberapa kali. “Macam mana awak boleh sampai ke sini.”
            Pemuda itu menunjukkan business card milik Sera Humaira. “Ini.”
            Sera Humaira menepuk dahinya. “Baru teringat. Jemputlah duduk, Encik Aiman. Lupa pulak.”
            Gadis itu membawa Aiman ke ruang yang menyediakan sofa. Sera Humaira bergerak ke meja kerja lalu butang intercom ditekan. “Sofea, tolong buatkan air untuk tetamu saya.”
            Langkah kakinya diatur ke Aiman. Mata lelaki itu meliar keseluruhan ruang pejabat itu. Perasaan malu dan segan pada diri Sera Humaira mula menebar. Buat perkali dia berjumpa lelaki selepas lelaki itu membaiki kereta semasa di kampung.
            “Cantik office awak.” Jujur Aiman berkata.
            “Biasa aje. Staff bawahan aje.” Sera Humaira merendahkan diri.
            Pintu pejabatnya diketuk sebelum ditolak oleh Sofea. Setiausahanya menatang dulang berisikan air Nescafe buat majikan dan tetamu. Sofea menghilangkan diri setelah menghidangkan air buat mereka.
            “Jemputlah minum. Air bujang aje.” Pelawa Sera Humaira. Terasa kekok pulak melayang lelaki itu. Entah apalah tujuannya datang pejabatnya.
            “Kalau awak, tak busy. Saya nak ajak awak pergi lunch.” Itulah tujuan sebenar Aiman datang ke pejabat Sera Humaira. Beberapa kali jugak hayatnya terbatal untuk berjumpa gadis itu.
            Bingo! Seperti apa diteka dalam fikirannya. Gadis itu berat hati menolak permintaan lelaki itu. Kalau dia menolak, pasti lelaki akan mengata menyombong pulak. Tak apalah kali ini sahaja.

NASI CAMPUR berlauk sambal udang kegemaraannya dijamah sedikit demi sedikit. Tekaknya tersa pahit. Bagaikan dia menelan butiran pasir. Restoren yang berada di tengah ibu kota menjadi tumpuan pada mereka bekerja dan pelajar serta pekerja kolej berdekatan.
            Sera Humaira menolak pinggannya masih bersisa. Kemudian dicapai tisu dalam kotak lalu dilapkan mulutnya.
Aiman memandang gadis dihadapanya itu. “Kenapa tak makan? Tak sedap ke?”
“Taklah. Cuma tak sedap tekak sikit.” Kata Sera Humaira jujur.
“Awak demam ke? Jomlah saya bawak pergi klinik. Tak elok biarkan demam nanti makin teruk.” Aiman mula mengelabah apabila mengakhbar gadis itu tidak sihat.
Sera Humaira sekadar senyum. Kenapa laki ni concern sangat? Ada kata hati berbisik di hatinya
Aiman menolak pinggan telah kosong hanya ada sisa makanan saja. Dia menyedut air jus tembikai itu. Aiman menarik nafas.
Sure tak nak pergi klinik?” Lelaki itu meminta kepastian.
Sera Humaira melebarkan senyuman sebelum dia mengiyakan pertanyaan Aiman.
“Baguslah. Okay, mungkin apa yang saya lakukan ni tak sesuai saat ni. Tapi saya perlu lakukan jugak.”
Sera Humaira kebinggungan dengan kata-kata pemuda itu. Aiman mengeluarkan sesuatu daripada kocek seluarnya. Gadis itu sekadar memerhati perilaku pemuda yang bertentangan dihadapannya.
Sebuah kotak kecil baldu biru yang memboleh Sera Humaira meneka isi dalamnya dengan mudah. Kotak kecil itu ditolak menghadap ke kepada gadis itu. Dalam hati Aiman, dia mengharapkan sebuah jawapan membuatkan dia tersenyum gembira.
Dipandang kiri kanan oleh Sera Humaira melihatkan keadaan sekeliling hinggar binggar apabila semua manusia berpusu-pusu mengisi perut di restoren tersebut. Tetepi tidak langsung menghalang ke lelaki dihadapannya itu untuk meneruskan niat sucinya.
“Saya tahu awak masih terkejut. Tapi saya tak mampu pendam perasaan ni lama-lama. Pertama kali saya jumpa awak, hati saya berkata awak adalah gadis sempurna dimata saya. Awak yang saya cari lepas arwah isteri saya meninggal.”
Sera Humaira memasang telinga untuk mendengar kata-kata lelaki itu. Tangannya tidak menyentuh kotak tetapi sekadar memandang sepi. Teringat akan kata neneknya bahawa lelaki itu sudah kematian isterinya.
“Kalau awak sudi terima kehadiran saya. Saya akan menghantar rombongan meminang ke rumah secepat mungkin. Saya tak mahu kehilangan pertama berharga.” Sambung Aiman lagi.
Gadis itu mula resah dengan permintaan lelaki itu. Apa yang harus dilakukan ni. Aku perlu berterus terang bahawa aku adalah tunangan orang dan bakal menjadi isteri orang.
Sera Humaira menarik nafas dalam. Kotak baldu itu ditolak perlahan kepada Aiman. “Sebenarnya….”
“Dekat sini rupanya, Maira. Puas abang cari tadi.” Kata-kata Sera Humaira terputus apabila satu suara garau mencecah tembok gegendang telinga. Terkejut Sera Humaira dengan kehadiran Syafiq Iskandar yang mula secara tiba-tiba.
Aiman memerhati situasi itu dengan tenang. Hatinya mula gusar dengan kehadiran lelaki tersebut. Syafiq Iskandar mengambil tempat bersebelahan dengan Sera Humaira. Gadis itu berasa kekok dengan keadaan itu.
“Kenalkan ni Aiman.” Sera Humaira sedikit gugup memperkenalkan lelaki itu kepada Syafiq Iskandar. Syafiq Iskandar menghulurkan dan disambut oleh lelaki bernama Aiman.
“Iskandar, tunang Maira.” Syafiq Iskandar sengaja menekan perkataan tunang kepada Aiman. Lelaki itu seolah tidak percaya bahawa gadis yang dilamarnya adalah tunang orang. Jantungnya bagai hendak pecah, apa yang dirancang semuanya musnah.
Mata Syafiq Iskandar jatuh pada kotak baldu biru di hadapan Sera Humaira. Hatinya berdegup laju. Mamat ni melamar Maira ke apa? Hatinya tertanya. Aiman sedar sepasang mata lelaki asing itu memerhati kotak cincin di meja tersebut. Lekas Aiman mencapainya semula lalu diletakkan ke dalam kocek.
Syafiq Iskandar berkata sambil memandang ke arah gadis itu. “Tadi abang pergi office Maira. Nak ajak lunch sekali. Secretary Maira, Maira dah keluar.”
Sera Humaira terkedu. Abang? Dia sekadar memaniskan mukanya dihadapan Aiman. Dia terpaksa menyembunyi perasaan dan buat lagak biasa. Hatinya bersarang dengan perasaan serba salah dalam dada apabila mengingati lamaran daripada Aiman.
Andaikata, dia bukanlah tunangan sesiapa. Mahu dia mengangguk dan mengiyakan semua dikatakan oleh Aiman. Tapi apakan daya semua telah berlaku. Maafkan Maira.

SEBAIK sahaja meninggalkan Aiman di restoran itu, hati Sera Humaira rasa berat apa yang telah terjadi. Dia tidak pernah meminta untuk menjadi begini. Lamaran secara terbuka itu masih lagi berada di dalam kotak mindanya. Semuanya berlaku dengan serentak. Bagaikan telah diatur.
Langkah di aturnya menjadi lambat, dia membiarkan Syafiq Iskandar berjalan mendahuluinya. Fikirannya serabut. Dilamar ketika menjadi tunangan orang secara drastik. Mendapat tahu dia sudah bertunang kecil itu paling mengarut berlaku dalam hidup Sera Humaira.
            “Maira.” Panggil Syafiq Iskandar melihat wajah Sera Humaira tiada expresi apa-apa.
            Diam. Tetapi langkahnya tetap menapak ke hadapan. Fikiran Sera Humaira kosong.
            Bahu Sera Humaira diciut kecil oleh lelaki itu. Sepantas kilat gadis itu menoleh.
            “Kita putus tunang, boleh kan?” ujar Sera Humaira tanpa perasaan.
            Syafiq Iskandar tercenggang. Segera mengheret gadis itu ke keretenya yang kebetulan berada berdekatan di situ. Butang alarm kereta segera dipicit. Dengan agak kasar dia memaksa Sera Humaira memasuk ke dalam perut kereta.
            Lelaki itu dengan kelam kabut menghidupkan untuk mendapatkan penghawa dingin di dalam kereta berkenaan. Kata-kata putus daripada Sera Humaira hampir menjerut lehernya. Sedikit sebanyak penghawa dingin kenderaan itu meredakan rasa cemas dihatinya.
            “Maira, tolong lupakan apa yang Maira cakapkan tadi. Please!”
            “Kenapa? Kita memang patut hentikan semua ni. Semua ni mengarut je. Lagipun Is tak pernah pun ada perasaan dekat Maira. Dan Maira pun sama!” Sera Humaira cuba untuk menipu perasaanya.
            Syafiq Iskandar memandang tepat ke arah wajah gadis berada di sebelahnya.
            “Abang sayangkan Maira. Fullstop! Maira jangan minta bukan-bukan lagi.”
            Kata-kata Syafiq Iskandar sedikit tegas. Sera Humaira tarik nafas dalam.
            “Tak payah nak ber-abang-abang sangat lah! Tak perlu nak tipu diri sendiri.”
            “Tak ada masa nak tipu diri sendiri. Abang serius dengan hubungan ni. Lagi sebulan kita nikah. Kita nikah dulu. Majlis tu kemudian. Kita buat apa-apa yang penting dulu.”
            Sera Humaira menjeling tajam ke arah lelaki itu lalu memandang keluar tingkap. Kosong. Hilang perasaanya tentang lelaki itu.
            “Abang tak sanggup nak hilang Maira kali kedua. Harap Maira sudi terima abang macam dulu. Ye! Abang tidak mengaku perasaan abang dekat Maira. Abang anggap Maira macam orang lain. Kawan. Tapi bila abang dah tamat sekolah, kita masing-masing jauh. Lagi jauh bila Maira tak perdulikan abang langsung masa dekat sekolah saat-saat abang nak tamat sekolah. Mungkin ada buat salah dengan Maira tanpa abang sedar. Tapi percayalah, hari-hari abang tunggu Maira datang dalam hidup abang semula.”
           
            Bersambung…


No comments:

Post a Comment

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)