BAB
8
SHAHZRUL NAZRIN
tersenyum-senyum memandang dada langit yang cerah. Membuatkan Suraya Izani geli
hati melihatnya yang tersengih-sengih sorang-sorang.
‘Dah buang tabiat ke Along ni. Sengih
sorang-sorang,’ omel Suraya yang duduk di meja halaman rumah. Suraya yang baru
pulang daripada bandar bersama-sama temannya tadi.
Encik Kamal menerjah keluar ke halaman
rumah selepas menyarungkan selipar. Pelik melihat gelagat anak gadis terpandang-pandang
anak sulungnya.
“Kenapa Su,” tegur Encik Kamal. Tubuh
badan Suraya melompat sedikit apabila tangan Encik Kamal mendarat di bahu
Suraya. Suraya mengurut dada.
“Ni hah abah tengok Along ni.
Tersengih-sengih, macam dengan kerang busuk lagi. Su rasa dia tengah temenung
ingat dekat bakal menantu ummi dengan abah kut,”
“Elok lah tu, abah pun dah penat dengan
ummi tu. Asyik nak menantu aje,”
Suraya sudah tersengih-sengih. Suraya
melangkah dekat dengan Nazrin.
“Along!!” jerit Suraya. Terkejut beruk
Nazrin masa itu. Encik Kamal sudah mengeleng-geleng.
“Errr.. Su apa ni. Main jerit-jerit. Kang
along pekak sapa nak khawin dengan along. Bukan tadi Su pergi bandar ke,” soal
Nazrin hairan melihat tubuh genit milik Suraya berada sebelahnya. Memang sahlah
along tengah berangan.
Nazrin memandang ke kiri sebelahnya, Encik
Kamal sudah berada di kerusi halaman tersebut sambil meneguk air kopi di hidang
oleh isterinya.
“Itu lah, berangan punya pasalkan. Sampai
kereta masuk dekat halaman rumah pun tak dengarkan,” kata Suraya sedang
melihatkan beg sandangnya di atas meja kecil itu.
“Sejak bila along berangan ni. Tak pernah
Su tengok along berangan sebelum ni,” kata Suraya lagi.
“Tak ada apa-apa. Sibuk aje nak ambil tahu
kan,” jawab Nazrin separuh malu. Teruknya kau, Reen. Macam mana pula boleh
berangan.
“Abah, ada benda nak cakap dengan kau ni,
Reen,” ujar Encik Kamal ingin memulakan bicara.
Suraya menghulurkan cawan berisikan air
kopi ke arah alongnya. Nazrin menyambut sambil mengukir senyuman sebagai tanda
berterima kasih.
“Abah nak cakap pasal apa,” soal Nazrin
kembali.
“Reen ingat tak lagi Uncle Harun dengan
Auntie Alissa,” soal Encik Kamal kembali. Suraya hanya diam ingin mendengar
perbualan antara along dan abahnya. Nazrin sekadar mengangguk tanda masih
mengingati mereka yang disebutkan oleh abahnya.
“Intan dah balik Malaysia,” sepatah lagi
atur oleh Encik Kamal. Nazrin sudah tercengang.
‘Intan dah balik. Apahal dia balik. Duduk
aje lah dekat UK sampai ke tua. Aaarrgghh! Serabut perut lah kalau minah tu ada
dekat sini,’
Suraya hanya memandang wajah alongnya sudah
kerut seribu. Nampak sangat macam tak suka Intan balik sini.
“Satu lagi abah nak pesan dengan kau, Reen.
Reen tak payah lah pergi club macam
tu. Buang tabiat lama tu. Dah berbuih mulut ummi bising bila kau pergi club. Kau pun tahu tempat macam tu tak
elok. Buatnya kau kena tangkap dengan polis tak ke susah. Reen kena ingat,
syarikat itu kena jaga nama jugak,” Encik Kamal sudah berucap panjang. Nazrin
mengaru-garu kepalanya tidak gatal. Ligat otaknya berputar. Intan, syarikat,
syarikat, Intan. Aaarrgghh! Sengal lah budak gedik tu dah balik.
“Syarikat itu, bukan kita punya. Pak Long
kau punya. Dia minta sangat kau uruskan syarikat dengan baik. Itu amanah yang
Reen kena pikul,” ucap lagi Encik kamal.
Shahzrul Nazrin, Pengurus Projek Far East
Holding. Syarikat milik keluarga Pak Ngah, Dato’ Faiz. Sepatutnya, anak
perempuan sulung yang menguruskan syarikat tu. Tapi anaknya telah membuka
firmanya sendiri. Beberapa kali juga, Pak Ngah mengusul perkara itu. Akhirnya
dia terima dengan lapang dada.
JAM di
dinding sudah bergerak ke angka 10.30 malam. Matanya masih segar lagi. Tanpa di
sedar Munirah melebarkan senyumannya memandang budak kecil di atas katil
bersaiz King.
Mungkin Asyifa terlalu penat bermain dan di
bawanya berjalan ke bandar. Senang hati Munirah anak itu tersenyum ceria.
Munirah kakinya ke meja studinya. Lalu melabuh di atas kerusi roda berwarna
biru itu.
Munirah memandang bingkai gambar itu di
capainya. Gambar raya setahun lalu. Aku, Irfan dan Asyifa memakai baju berwarna
sedondon. Tema warna tahu itu Hijau Lembut, pilihan Asyifa.
Nurul Asyifa binti Saiful Irfan. Bukanlah
pengikat kasih sayang antara Munirah dan Irfan. Munirah hanya lah ibu angkat
kepada anak kecil itu. Asyifa kehilangan ibu, ketika dia lahir di dunia ini.
Perkenalan singkat antara aku dan Irfan di kedai buku mama.
Tangisan bunyi bayi menjerit kedengaran.
Munirah menghempas buku novelnya di atas kaunter pembayaran. Konsentrasinya
telah hilang. Bait-baitnya yang tulis pada buku itu langsung tidak masuk ke
dalam otaknya. Tangisan bayi itu menjadi background lagunya ketika membaca
novel.
‘Sapa pulak bawa anak datang kerja dekat
kedai ni,’
Pekerja-pekerja di kedai buku itu hanya diam.
Saling memandang sesama sendiri.
“Ada sesiapa bawa anak datang kerja ke,”
tanya Munirah kepada pekerja-pekerja kedai buku. Perkej keda buku itu tidak
ramai hanya lima orang termasuk dengan Munirah.
Kesemua mereka mengeleng kepala. Munirah
mengatur langkahnya keluar daripada kedai itu. Matanya tertancap seorang lelaki
yang sedang mendukung seseorang. Nyaring tangisan itu semakin kuat. Munirah
mendekati lelaki itu.
Munirah memandang lelaki itu dengan tidak
puas hati. Munirah melihat bayi yang baru lahir di baluti dengan kain batik.
“Encik nak buat apa dengan baby ni. Nak
buang ke,” tanya Munirah yang sudah tidak berpuas hati. Lelaki itu hanya diam.
“Orang lain cukup susah nak ada anak. Encik ni nak buang
pulak. Tak kesian ke dekat baby ni,” tegas Munirah. Harap aje muka handsome,
tapi perangai pigidahh!
“Cik, dah salah faham. Biar saya cakap
dulu. Takkan saya nak buang anak saya sendiri,” Kali ini lelaki itu bersuara.
Perempuan ni mulut dia macam peluru berpandu.
“Habis tu, encik buat dengan sini. Kalau buang
nak buang baby tu,”
“Sebenarnya saya nak pinjam tandas.
Pampers anak saya dah penuh,”
Tutur lelaki itu dengan perlahan. Ternganga
Munirah ketika itu. Munirah menggaru-garu kepalanya. Salah faham lah pulak.
Tulah kau Moon, main serbu lagi. Padan
muka!
“Mari lah ikut saya,” kata Munirah ketika
itu. Pekerja-pekerja yang berada di kedai itu hanya memerhati Munirah sudah
memasuki dalam kedai itu. Munirah menunjukan tandas ke lelaki itu.
Munirah meminta Mastura menjaga kaunter
pembayaran. Munirah melihat lelaki itu terkial-kial menukar lampin pakai buang.
Bayi itu di baringkan di tas sebuah meja beralas bantal kecilnya.
“Encik ni reti ke tak nak pakai pampers tu,”
soal Munirah dengan tangan bersilang di dada. Lelaki itu memaling ke arahnya.
Lelaki itu tarik sengih.
“Boleh lah sikit. Sebelum ni mak saya yang
jaga. Tapi dia terpaksa balik Johor,” ramah lelaki itu bercakap.
“Tepi lah, biar saya yang buat. Kesian dekat
anak awak ni,”
Lelaki itu sudah memberi laluan tuk Munirah
memakaikan lampin pada bayi itu. Comel sangat. Seorang anak perempuan.
Otakku ligat memikirkan ke mana mak ke kepada
budak ni. “Okay dah siap,”
Munirah mendukung bayi itu. Geram sangat dia
pada budak kecil macam tu. Tembam pulak itu. Lelaki itu hanya tersenyum.
“Pandai awak urus anak saya,” puji lelaki
itu. “Awak dah khawin ke?”
“Muka saya nampak sangat macam mak orang
ker,” Munirah masih ralit main-main dengan bayi itu. “Saya dah biasa uruskan
budak-budak. Anak awak ni berapa bulan dan mak dia nampak,”
“Dah 4 bulan. Isteri saya dah tak ada.
Selepas lahirkan dia,” lembut tuturnya. Langkah Munirah terhenti.
“I’m
sorry,” ucap Munirah. Mesti hidup bayi ni terkontang-kanting bila emak dia
dah ada.
“Tak apa. Lagipun awak pun tak tahu. Saya
Saiful Irfan, panggil Irfan aje,” Lelaki itu memperkenalkan dirinya setelah
lama berada di situ.
Munirah melebarkan senyumannya. “Munirah
Aishah. Encik Irfan boleh panggil saya Moon,”
“Tak payah lah berencik-encik. Macam formal
sangat aje. Panggil Irfan sudah lah,”
“Asyik perkenalkan diri encik aje. Anak
encik ni tak nak perkenalkan dengan saya ke,”
“Nama anak saya Nurul Asyifa binti Saiful
Irfan,”
Munirah mengangguk kecil. “Cantik nama tu.
Pandai pilih,”
“Umur awak berapa,” soal Irfan.
“21 tahun. Awak?”
“Dah masuk 27 tahun. Maknanya awak bolehlah
panggil saya ‘abang’ kan,”
Munirah mengerut dahinya. ‘Mamat ni dah
kenapa. Baru kenal beberapa minit suruh aku panggil dia abang pulak.
Lebih-lebih lah laki ni,’
“Bukan apa, sebagai tanda hormat,” lelaki tu
bersuara lagi.
Begitulah perkenalan antara Munirah dan
Irfan. Semasa Munirah bawak balik ke rumah. Puan Aida dah pengsan, terkejut
punya pasal lah. Dia ingat aku khawin tak bagitahu dia. Nasib masa itu, Kak
Maya dengan dengan Abang Khairil ada dekat rumah tidak tahu lah aku macam.
CERITA
ini pada pertengahan bulan puasa. Waktu itu Asyifa sudah berusia 3 tahun. Makin
besar dan makin comel dia. Kami bertiga berjalan-jalan mencari persiapan raya
yang bakal tiba tidak lama lagi.
Asyifa dah jadi angkat kepada Munirah
Aishah. Kalau kitaorang bertiga berjalan sekali mesti orang akan cakap aku
isteri dan emak kepada budak kecil ni.
“Moon, rehat sekejap boleh tak,” ujar Irfan
yang sudah termegah-megah. Munirah yang sedang mendukung Asyifa. Asyifa suka
sangat bab berjalan-jalan ni.
“Baru jalan sikit pun dah penat ke,”
Munirah menurunkan Asyifa, terkedek-kedeh
anak kecil itu berjalan ke arah ayahnya.
“Anak papa ni tak penat ke,”
Asyifa mengucup lembut pipi ayahnya.
Tersenyum Munirah di situ. Andaikata, Asyifa tahu aku bukan lah ibu kandungnya.
Apalah reaksinya ketika itu.
“Jom!”
Munirah tersentap daripada lamunannya,
melihat Asyifa sudah di kendong oleh Irfan.
“Moon, apa kata cari baju warna biru.
Cantik jugak,” candang Irfan sambil bermain-main tangan dengan Asyifa.
“Biru? Alah abang ni, raya tahun sudah Moon
dah ada lah,” bantah Munirah dengan nada lembut.
Irfan meletakkan jari telunjuknya di dagu
dan berpura-pura berpikir.
“Okay kalau macam tu. Kita pilih warna
hijau lembut nak tak,”
Aku
mengangguk tanda bersetuju. Hampir pukul 5 petang kami mencari baju tuk raya
nanti. Akhirnya jumpa juga, tuk aku dan Irfan senang lah mencari tapi untuk Si
Kecik ini yang sukar. Terpaksa lah mencari tukang jahit tuk buat baju kurung
tuk Asyifa.
Jalan
raya agak sesak di kawasan itu apabila tapak bazar ramadhan di buka di kawasan
itu. Lenguh kakinya dan badan apabila berjalan seharian. Munirah menoleh ke
belakang kereta. Comel melihat Asyifa sedang tidur nyeyak sambil memeluk anak
patung kesayangannya.
“Raya pertama tahun ni, abang raya sini tau,”
kata Irfan sambil memandang ke arah jalan raya. Munirah memalingkan mukanya ke
arah Irfan.
“Kan tahun lepas abang dah raya rumah Moon. Tahun ini abang dengan Ifa raya lah
rumah emak abang. Mesti diaorang rindukan Ifa,”
“Habis Moon macam mana,” Irfan memandang
seraut wajah Munirah. Tenang aje gadis itu.
“Abang, Moon tak ada kena-mengena langsung
antara abang dengan Ifa..”
“Tapi Moon ibu angkat Ifa. Kasih sayang
Moon dekat Ifa tak berbelah bahagi. Moon buat Ifa tu macam anak Moon sendiri,”
pintas Irfan bersuara. Munirah mengeluh panjang, susah kalau nak berdebat
dengan Encik Arkitek ni dah serupa macam dengan lawyer.
“Yelah. Kalau mak abang bising. Moon tak
nak ambil port,” Munirah berkata sambil memandang permandangan di luar tingkap.
Irfan sudah tertawa kecil apabila Munirah sudah mengalih.
Sewaktu hari raya menjelma, Irfan
mengheretku pulang ke rumah orang tuanya. Mulai aku berkeras tidak mahu ke
sana. Biasalah bila dah sambil rumah orang. Tentang diriku jadi buah mulut,
semua orang kampung ingat aku ni adalah isteri Irfan. Disebabkan oleh Asyifa
memanggil Munirh dengan panggilan mama dan Munirah membahasakan diri Irfan
adalah abang. Memang jauh perbezaan umur Munirah dan Irfan.
Sampai bila aku harus begini? Sejujurnya
aku bahagia di samping lelaki itu.
BERSAMBUNG..
alala..
ReplyDeletecepat lah sambung...
sweet lah..
@insyirah hehe. nanti aya sambung okeh. Sapa sweet? Irfan dan Moon ke
ReplyDeleteaya hero cerita nie reen kan? tapi macam suka pulak moon dengan irfan... huhu... ada asyifa lagi. Macam sweet happy family ja kalau diorang together-gether... hehe..
ReplyDeletePsst.. erm, nak tegur takut aya marah pulak. Tapikan perkataan 'lah' kena dekatkan dengan perkataan sebelumnya.
contonhnya : Eloklah. Baiklah
tapi kalau 'la' baru kena jarakkan.
contohnya : Elok la. Ok la.
Apa2 pun keep updated.. cerita nie menarik.. hehe.. ;)
@anis farzana terima kasih sebab tegur. tak sure rapat atau dekat. ya. cerita ni reen and reen. oh pasal irfan tu part of scene. moon dgn reen tak berjumpa lagi after diaorang terpisah. coming soon!
ReplyDelete