NOVEL: Hanya Dia

Sera Humaira , Syafiq Iskandar!” Tersentap Humaira lalu plastik berisi tepung terlepas dari tangannya. Mana tidaknya suara Cikgu Hisham terjah di cuping telinga. Tambahan pula Cikgu Hisham merupakan ketua dislipin. Humaira kecur perut. Argh sekali lagi aku kena. Aku merengus memandang Iskandar , budak ni macam tak ada rasa langsung la. Aku memasamkan muka ,ini bukan kali pertama dia dijemput ke bilik disiplin. Hampir setiap bulan buat hal. Nama aku pun sudah dia dalam memori. Humaira dan Iskandar hanya mengekori guru tersebut ke ruang pejabatnya. Tersedia sebuah meja yang sarat dengan buku-buku anak muridnya . walaupun beliau seorang guru disiplin tetapi pada yang sama beliau mengajar subjek Bahasa Melayu untuk tingkatan menengah rendah. Guru tersebut melabuhkan punggung di kerusinya berwarna biru. Secara spontan aku dan Iskandar berebut ingin duduk di kerusi kosong yang di sediakan oleh Cikgu Hisham. Iskandar menang lagi . Tension betul aku macam ni.

“Sapa suruh kamu duduk, berdiri! “ tegas dan bernada suara tinggi melenting Iskandar duduk di kerusi itu. Iskandar tergopoh-gopoh berdiri kembali. Apa lagi aku gelak sakan dalam hati sambil mengangkat ibu jari kepadanya. Padan muka .

“ kamu berdua ni kan , tiap-tiap minggu asyik mengadap muka kamu berdua. Apa nak jadi kamu berdua ni hah , cikgu pelik kadang-kadang ada sahaja adegen kamu , cikgu rasa bilik ni pun dah kenal kamu berdua tahu tak .” Kecut perut Humaira apabila setiap patah perkataan yang lucur dari mulut Cikgu Hisham. Wajah Humaira memandang guru hampir separuh abad tu. Bengis tiada kata lain. Humaira kembali tunduk wajahnya ke lantai hampir menembusi lantai tu. Iskandar di sebelahnya hanya memekakkan telinganya. Iskandar selalu macam tu, kalau kena berleter dengan Cikgu Hisham. “Cikgu nak kamu bersihkan balik kelas tu. Cikgu tak nak lagi kesan-kesan tepung . Faham!” bergema ruang pejabatnya.

“ Faham , Cikgu !” serentak Humaira dan Iskandar. Terkejut dengar suara Cikgu Hisham hampir menjerit. Hooorraaaayy! Hampir melonjat kegembiraan apabila Humaira tidak dengar perkataan D.E.N.D.A. Fuh rasa lega tiada denda dikenakan. Senyumannya sampai ketelinga.

“ Kamu berdua jangan nak suka sangat ye, macam biasa bila dah buat salah mesti ada denda nya.” Senyum kelat memandang muridnya. “ bersihkan dewan makan asrama selama seminggu selepas habis masa sekolah.” Terlopong Humaira. Iskandar apatah lagi. Argghhhh tidakkkk!

Al-kisahnya bermula Iskandar mengeluarkan tepung dari begnya . lalu Iskandar tuang di atas meja Humaira. Masa tu , waktu rehat untuk pelajar tingkatan menengah tinggi. Tingkatan 4,5 dan 6. Kebanyakkan pelajar sedang menjamu selera. Iskandar jarang makan di kanti sekolah, macam dia complain. Katanya tak sedap lah. Dia ingat makan dekat hotel 5 bintang agaknya nak makan sedap-sedap.

“Banyaknya kau bawa tepung, kan aku suruh kau bawa sebungkus je.” Ujar Tarmizi merangkap teman baiknya dari Tingkatan 1 lagi. Iskandar senyum nakal. “Macam mana kau seludup tepung ni.” Yelah mana tidaknya setiap pagi pasti ada perhimpunan sebelum masuk ke kelas masing-masing dan selepas perhimpunan mesti ada spot check tambahan pula hari tu hari Isnin.

“Aku bagi kat Kak Eton suruh pegang sekejap.” Balas Iskandar. Kak Eton pekerja kantin sekolah , Iskandar rapat dengan Kak Eton . Dia mintalah tolong Kak Eton pegangkan tepung-tepung seludup dari kedai Mak Jah. Sebenarnya Iskandar nak baling tepung kat kawan kelas sebelahnya sebab birthday budak tu hari tu. Iskandar nak balas dendam balik kat kawan dia yang sambut hari jadi. Masa hari jadi Iskandar, dia pun kena baling tepung beramai-ramai masa luar sekolah. So , Iskandar mahu balas dendam.

“hoi, kau buat pa kat meja aku ni!” lantang suara Sera Humaira. Humaira merengus kasar. Kurang ajar kau, Iskandar! Nafasnya turun naik. Asap seperti keluar dari telinganya. Tarmizi, Amira, Diana sudah terpinga-pinga. Pasti mereka gaduh lagi.

“korang ni , sudah-sudah la tu. Asyik gaduh je. Tak penat ke.” Manja suara diana meniti di telinga Humaira. Mana asyik tak gaduh, hari-hari cari pasal dengannya. “korang berdamai la, okey.” Humaira senyum nakal, aku dah dapat idea. Oh berdamai ek. Iskandar lagak selambanya. Humaira mendekati Iskandar seperti nak menggoda Iskandar.

“Nak berdamai ye sayang” bisikkan dari Humaira membuat Iskandar tak keruan seketika. Iskandar hanya tersenyum. Tarmizi menelan air liur. Biar betik perempuan ni. Amira di sisinya sempat mencubit Tarmizi. Hampir terjerit dibuatnya. Tarmizi menggosak lengannya. Adegan tak patut di lakukan. Tangan Humaira tiba-tiba mendarat ke atas tangan Iskandar. Gulp! Bagaikan kejutan elektrik menyambar tuduhnya. Tersentap apabila Humaira merampas plastik terisi tepung di tangan Iskandar.

“Oh, nak berdamai ye. Ni tanda berdamai.” Terkejut Iskandar apabila Humaira mencuruhkan tepung ke seluruh badanya. Perempuan ni dah main kasar nampaknya. Terpolong Diana tindakan Humaira. Amira tak boleh cakap apa-apa dah. Hanya boleh jadi penonton kepada drama Humaira dan Iskandar. Kelasnya penuh dengan penuh. Tergelak besar Humaira bila Iskandar tergelincir, tepung membuatkan lantai licin. Mahu tak jatuh apabila Iskandar kejarnya. Dan sehingga la di jemput oleh guru disiplin.



amacam best tak cerita nie. baru separuh ja.ti da sambungan lagi ok. bagila pendapat korang cerita ni ok. jangan malu-malu tau.