BAB
9
TANGANNYA
ligat bermain pen di celah jari jemarinya, lantas di dengan letak kasar di atas meja. Nazrin melurut kasar
rambutnya. Kertas kerja di atas mejanya berselerakkan. Apa yang di lakukannya
ketika itu tidak langsung dapat di tafsir dalam fikirannya.
Dia menyambarkan badannya pada kerusi kulit
itu. Fikirannya mulai merewang-rewang. Bercampur aduk perkara dengan masalah di
alaminya. Tetiba pintu ruang pejabatnya dikuak luas tanpa di ketuk terlebih
dahulu. Nazrin memandang ke arah pintu dan melihat yang ingin masuk ke ruangan
pejabatnya.
Nazrin membetulkan posisi kedudukan pada
kerusi sambil membenarkan Badrul untuk masuk ke dalam. Badrul mengatur langkah
ke arah Nazrin yang berada di belakang meja kerjanya. Tanpa di pinta, Badrul
melabuhkan punggung perlahan-lahan di atas kerusi kulit di hadapan meja
kawannya.
“Apasal tetiba aje datang. Kau tak kerja
ke hari ini,” soal Nazrin.
“Saja aku datang. Aku off hari ini,”
Nazrin hanya diam.
“Kau kenapa macam ada masalah aje,”
“Intan,”
Sebaris nama pendek itu luncur di bibir
lelaki itu. Badrul mengangkat kening.
“Kenapa dengan dia,” soal Badrul kembali kepada
Nazrin. Intan, kenal sangat dengan gadis tu. Terhegeh-hegeh dekat Nazrin. Tapi
sayang, Nazrin langsung tak layan dia.
“Dia dah balik,” Nazrin memandang Badrul
masih setia mendengar.
“So, kau dah ready ke nak layan kemanjaan dia tu,” Badrul sengaja
melambat-lambat perkataan kemanjaan itu. Nazrin mengeleng lemah. Nazrin meraup
wajahnya.
“Asal kau tak suka sangat dengan Intan
tu. Cun kut Intan tu,” kata Badrul.
“Kau
nak minah tu ambil ajelah. Aku tak nak dekat minah tu,” ujar Nazrin sambil
mendongakkan kepalanya ke syiling ruangan pejabatnya.
“Ish kau ni. Apalah yang kau anti sangat
dengan minah tu. Kesian dekat Intan tu. Dia tangkap lentok dengan kau, boleh
pulak kau buat tak reti dekat dia. Nasib kau, Intan oit,”
‘Kau ni dah kenapa Bad, bela pulak SMG,’
guman Nazrin sambil memandang lelaki itu di hadapanya.
SMG, singkatan kepada Si Minah Gedik. Singkatan
itu di cipta oleh pengurus projek iaitu Encik Shahzrul Nazrin.
“Kau suka dekat Intan ek,” dagu Nazrin
sambil sengih kambing ke arah Badrul.
Bulat mata Badrul mendengar setiap ayat
yang di sebutkan. Badrul meletakkan jari telunjuknya di mulutnya. “Ish kau ni. Slowlah sikit perkataan suka tu. Kang
Nincy terjah datang ofis kau baru tahu. Mati aku kena dengan dia,”
Nazrin sudah tersengih-sengih. Badrul mula
menikus. Takut sangat dengan amoi tu.
“Aku peliklah dengan kau ni. Sampai bila
kau nak dekat Nincy tu. Nincy tu lah amoi. Kaki clubing. Kalau Mak Aji tahu lah
perangai anak dia macam ni. Heart attack
Mak Aji tu nanti,” Nazrin berkata
sejurus menyentuh nama perempuan cina bernama Nincy.
“Alah, kau seorang aje tahu kan. Kalau mak
aku tahu, maknanya tak ada orang lain lah bagitahu,” Badrul sudah menggaru-garu
kepala apabila Nazrin menyebut tentang maknya. Mak Badrul di kampung, di panggil
Mak Aji. Depan Mak Aji bukan main sopan, boleh bagi gred A+++.
“Kalau aku TERbagitahu dekat Mak Aji. Aku
minta maaf lah ye,” kata Nazrin sedang tersengih-sengih. Nazrin sengaja
menekankan perkataan ter.
“Kau jangan nak buat hal. Mati kang aku kena
kerja dengan mak aku. Mak tu, dia membebel macam bertih jagung. Langsung tak
mau berhenti. Cair taik telinga aku bila dengar dia membebel. Tolonglah jangan
bocorkan rahsia ni,” separuh merayu Badrul tatkala itu.
“Yela. Aku tak bagitahu pun. Kalau Mak Aji
tahu sendiri. Pandailah kau backup
diri kau sendiri. Aku tak nak masuk campur,” Nazrin membalas sambil mengangkat
tangan kedua-dua belahnya menandakan dia tidak mahu ikut campur dalam urus
Badrul.
NAZRIN
membimbit briefcase dan memulas
tombol pintu ruangan pejabatnya. Terlihat setiausahanya menyusun fail-fail di
atas meja. Nazrin memberhentikan langkahnya di meja setiausahanya, Lydia.
Seraya itu, Lydia memandang wajah tampan milik majikannya. Gadis itu menunduk
sikit kan kepalanya ke meja itu.
“Lydia, saya nak balik dah. Saya ada hal
sikit,” kata Nazrin, serius.
“Baiklah, Encik Shah,” tutur lembut
gadis itu.
Tubuh badan Nazrin sudah hilang daripada
pandangan Lydia. Lydia menarik nafas lega. Nasib bapak singa tu dah balik.
Senang sikit aku nk kerja ni. Monolog Lydia sendirian.
“Bapak singa tu mana,” tiba-tiba salah
seorang staf syarikat tersebut. Lydia mendongkat kepalanya ke arah gerangan
bersuara itu.
“Balik dah kak,” Lydia kembali mengadap
skrin komputer di mejanya.
“Kak tak dengar pun hari Encik Shah tu
mengamuk-amuk,” soal Kak Lin yang masih setia di meja setiausaha Encik Shahzrul
Nazrin.
“Alhamdulilah kak, tak dengar dia
mengamuk hari ini. Kalau tidak Lydia rasa macam duduk dengan kandang singa.
Kerja dia nak marah aje. Entah Lydia ni pun tak tahu tahan lama mana dengan Encik
Shah tu,”
Kak Lin sekadar mengangguk memdengar
luahan isi merangkap setiausaha kepada Shahzrul Nazrin. Langkah kaki Nazrin
terhenti seketika, matanya di kecil ingin melihat gerangan yang memakai baju
berwarna merah hati tanpa lengan itu.
‘Intan! Mati aku. Macam mana pulak dia
boleh datang sini,’ Nazrin mula cuak, melihat langkah gadis itu makin laju.
Pantas Nazrin terpandang papan tanda
EXITS atau KELUAR tergantung di dinding itu. Tanpa membuang masa, Nazrin
mengambil tindakkan kecemasan menggunakan tangga turun ke lobi.
Dengan kelam kabut dia cepat-cepat menolak
pintu. Nafasnya turun naik. Dia melepaskan nafas tanda lega
‘Hari ini bolehlah aku sorok-sorok macam
ni. Lama-lama nanti mesti dia jumpa aku jugak,’ kata hati Nazrin. Nazrin
melangkahnya duduk di tepi tangga kecemasan itu.Tali lehernya di longkarkan
sedikit.
‘Apalah nasib aku ni. Kenal perempuan,
semuanya buat aku tekanan jiwa,’
Intan
memasuki kawasan ruang pejabat itu. Dengan atur langkah persis model, matanya
meliar mencari bilik pejabat Shahzrul Nazrin. Rindu dia pada lelaki itu.
Lydia
memerhati seorang gadis muda berpakaian dress paras lutut berwarna merah hati
yang mendekati mejanya. Kak Lin masih di meja itu manakala Lydia sudah berdiri
menyambut tetamu yang hadir.
“Maaf,
cik cari siapa?” ramah Lydia bertanya kepada gadis itu. Intan melemparkan
senyuman plastik ke arah setiausaha Nazrin.
‘Selekehnya perempuan ni,’ kutuk di hati
Intan.
Lydia hanya mengena baju kurung kapas dan
rambutnya yang panjang di lepaskan.
“I cari Nazrin. Dia ada tak,” tanya Intan basa
basi.
“Maaflah
cik. Encik Shah, baru aje keluar. Cik tak perasan dia ke, masa datang ke sini?” Lydia membalas dengan nada
yang sopan.
“Oh yaka. Tak ada pun. Tak apa kalau macam
tu,” kata Intan sambil mengeluar sunglasses
daripada beg Chanelnya lantas dia meninggalkan ruang itu tanpa sebarang
pamitan.
Terpinga-pinga Lydia ketika itu. Dia kembali
duduk di kerusi itu perlahan-lahan. Lydia kembali menyambung tugasnya.
“Sapa
tadi tu Lydia,” soal Kak Lin setelah bayang-bayang gadis muda itu tiada
daripada pandangan.
Lydia mengangkat bahu. “Manalah saya kenal akak
ni,”
“Engkau kan setiausaha dia. Mesti kalau
kenal dengan minah kerek tu,”
“Kak Lin, saya ni setiausah sahaja. Bukan wife dia. Lydia rasa tu girlfriend dia kut,” teka Lydia masih
leka mengadap skrin komputer itu.
‘Bapak singa tu ada girlfriend. Boleh ke
tahan dengan piuting beliung bapak singa tu,’ bisik di hati Lydia.
“Bapak singa tu ada girlfriend. Ada jugak
manusia nak dekat dia tu,” becok mulut Kak Lin berkata. See. Kak Lin sendiri pun tak percaya. Malaslah nak ambil tau nanti satu
kerja pun tak siap, kalau fikir pasal bapak singa tua bangka tu.
Kak Lin masih di hadapannya Lydia tidak layan perangai manusia suka bersembang.
Terang tang tang, Lydia tengah selesaikan kerjanya. Mulutnya pot pet pot pet
tak henti bercakap.
KERETA Viva
kesayangan Munirah di matikan enjinya terlebih dahulu. Dia keluar daripada
perut kereta tersebut sebelum mencapai beg sandangnya di tempat duduk pemandu.
Munirah memandang kereta Honda City milik mamanya yang terletak cantik di
halaman rumah itu.
Munirah
berjalan ke arah pintu utama rumah tersebut lalu dia menanggalkan kasut
Converse kepunyaannya dan meletakkan kasut itu dengan kemas di atas rak di
sediakan. Baru sahaja, Munirah ingin memulas tombol pintu, pintu itu terbuka
terlebih dahulu.
“Mak
Su!” jerit Wifiy melihat mak saudara sudah pulang daripada kerja. Munirah
merasa hairan dengan kehadiran anak buahnya itu.
Munirah
berpaling kembali ke belakang tuk mencari kereta milik kakak iparnya, setahunya
dia cuma melihat kereta mamanya sahaja. Di sebelah Wifiy, berdirinya adik
Wifiy bernama Auzaie yang
tersengih-sengih memandang Munirah sambil memakan bebola ayam.
Dia berasa geram melihat gelagat anak
sedara yang sedang makan, lantas di dukungnya. Auzaie tersenyum-senyum apabila
di dukung oleh Munirah ketika itu. Munirah mencium pipi gebu milik Auzaie. Dia
terbau sesuatu aroma yang menusuk-nusuk lubang hidungnya, sehinggakan dia
berasa loya.
Auzaie yang di dukungnya tadi, Munirah
meletakannya kembali di atas sofa dia ruang tamu lalu dia menuju ke arah bauan
tersebut untuk di kenalpasti. Munirah menerjah ke bahagian ruang dapur dan
segenap ruang rumah itu terbau aroma meloyakan tekak Munirah.
“Moon dah balik. Akak tak dengar bunyi
kereta pun,” sapa Kak Maya yang sudah
bersila di lantai marmar sambil memakan buah durian. Patutlah Munirah
berasa mual apabila buah durian mengeluarkan bau aroma yang agak kuat.
Tambah pula, sebelum pulang ke rumah tadi
di singgah ke gerai burger milik abang Mastura, Abang Afi dan abangnya
membelanja Munirah satu burger benjo.
“Moon tak nak ke,” tanya Kak Maya yang
berselera mnjamah beberapa ulas buah durian. Pantas Munirah mengeleng
kepalanya.
Pintu bilik air di bahagian dapur
berkeriut, segera Munirah menoleh ke arah pintu tandas tersebut. Sebatang tubuh
di kenalinya, melihat daripadanya kelihatan Abang Khairul dalam keadaan lesu
dan tidak bermaya.
Ini mesti kes pembawaan anak. Yelah
sekarang ni, Kak Maya tengah mengandung. Dia berasa pelik apabila Abang Khairul
pulak yang muntah-muntah teruk.
“Abang tak okay lagi ke,” soal isteri
kesayangan Abang Khairul yang bersemangat membelah buah durian seterusnya.
Belum sempat Abang Khairul ingin bersuara, dia kembali masuk ke dalam bilik
air.
“Macam makin aje abang tu, kak,” kata
Munirah sedang duduk bersila di tepi Kak Maya.
“Dah nak buat macam mana,” balas Kak Maya
masih pulun mengabiskan seulas buah durian tersebut.
“Kereta kak mana,” Munirah baru sahaja
keringat tentang kehadiran Kak Maya tanpa kereta di halaman rumah.
“Kereta akak dekat rumah. Tadi mama datang
ambilkan, abang tak kasi akak drive. Dia risau kalau akak drive laju-laju.
Dengan abang tengah alah macam tu. Satu kerja pun tak jadi,” Kak Maya
berkata-kata.
Munirah hanya diam.
Timbul perasaan pelik terhadap laki bini
ni. Maksudnya Abang Khairul dengan Kak Maya. Si laki bau saja makanan pelik
terusnya muntah dan si bini pulak makanan yang di tidak suka tulah, jadi
makanan kegemarannya masa waktu mengandung. Pelik. Pelik.
Munirah berdiri daripada bersila.
“Tak apalah akak. Moon naik atas dulu.
Penat lah,” tutur lembut Munirah sambil lemparkan senyuman.
“Yelah. Pergilah rehat,”
Munirah sudah meninggalkan ruang dapur
Kak Maya bersendirian. Melihat suaminya, keluar daripada bilik air tersebut.
Maya memandang ke arah pintu bilik air yang sudah terbuka.
“Abang nak makan tak,” soal Maya kepada
suaminya sudah penat mengeluarkan segala isi perut yang dimakannya hari ini.
“Tak naklah. Abang nak rehat, abang naik
atas dulu,” pamit Khairul yang sudah berlalu keluar daripada dapur tersebut.
‘Kalau tak nak, biar aku aje yang
habiskan,’ desis di hati Maya ketika itu.
SELESAI
makan malam bersama anak, menantu dan cucunya. Puan Aida kembali kamar
utamanya. Dia berdiri dihadapan almari lama kepunyaan suaminya. Puan Aida dan
suami tidak pernah bercerai ataupun kedua-dua pihak tidak pernah memfailkan
permohonan untuk bercerai.
Hampir dua puluh tiga tahun lamanya,
suaminya membuatkan Puan Aida bergantung tidak bertali. Dia sendiri, tidak tahu
di mana keberaadaan suaminya kini. Tetapi setiap bulan, pasti nafskah di
berikan melalui akaun banknya.
Puan Aida membuka almari tersebut.
Ternampak satu saiz kotak besar berada di dalam almari itu lalu di keluarkan.
Puan Aida menepis debu-debu yang melekat pada kotak itu.
Puan Aida menyusun langkah ke katil bersaiz
King itu. Dia mengeluh sendirian. Lantas kotak itu di buka. Terdapat beberapa
manuskrip dan keping-kepingan gambar berteraburan di dalam kotak itu.
Dia mencapai sekeping gambar suaminya dan
anak sulungnya, Lufti Khairul. Mesra, rindunya mula menebar luas terhadap
kemesraan dua beranak itu. Ternyata itu semua sudah berlalu. Segala canda tawa
Khairul dan suaminya hanya dalam lipatan kenangan.
‘Abang.. sesungguhnya Aida di sini sentias
menunggu kepulangan abang ke mahligai ini kembali. Aida sangat merindui,
masa-masa kita bersama. Bersama anak-anak berjalan ke sana ke sini. Mungkin
abang pergi mengejarkan cita-cita abang yang abang idamkan itu. Menjadi seorang
wartawan dan mengembara ke seluruh pelusuk dunia.
Abang nak tahu anak bongsu kita, dah makin
besar sekarang ni. Tiadakah rasa keinginan abang bertemu dengannya. Sesungguh
hari-hari yang lalui oleh Munirah sukar, dibesarkan tanpa seorang bergelar
bapa. Aida pernah marahkan dia, bila Munirah simpan cita-cita nak jadi journalist macam abang. Aida tak pernah
bagi dia peluang tu. Aida takut, dia tinggalkan Aida macam mana abang tinggalkan Aida. Tanpa sebarang
perbincangan ataupun surat, abang pergi begitu saja. Luluh hati Aida ketika
itu,’ Puan Aida bermonolog panjang.
Air mata jernih itu jujur ke pipinya,
cepat-cepat di seka. Dia perlu redha tentang nasib perkahwinannya ni. Jika
suatu hari, suaminya melepaskannya, dia sudah bersedia menghadapi dugaan itu.
Dia masih punyai anak-anaknya yang menjadi pembakar semangatnya
Ketukan pintu bilik itu mengejutkan dan
menepis lamunannya. Pantas dia menutupkan kembali kotak itu dan di sorong ke
bawah katil.
“Masuk. Pintu tak kunci pun,” kata Puan
Aida dari dalam bilik itu.
Tombol pintu itu di pulas, Munirah
memberikan senyuman manis untuk mamanya yang telah bersusah payah menjaga dan
membesarkan tanpa seorang bapa. Munirah mengatur langkah ke arah mamanya sudah
tersenyum simpul.
“Mari duduk sini,” pelawa Puan Aida sedang
menepuk-nepuk lembut katil tersebut.
“Moon ganggu mama ke?” soal Munirah.
“Tak pun. Moon tak pernah pun ganggu
mama,”
“Mama, abang tu makin teruklah alahan dia.
Menakutkan Moon, Kak Maya mengandung dia pulak lebih-lebih yang muntah,” adu
Munirah kepada Puan Aida. Puan Aida hanya tersenyum melihat anak bongsunya
mengadu.
“Dah nak buat macam mana. Dia dah alah kenalah
terima,” Munirah mengangguk, tanda sedang mendengar. “Macam mana kedai mama
hari ini, okay ke tak,”
“Alah mama tak perlu risau. Gerenti okay
punya. Moon sayang kedai tu,”
Puan Aida tersenyum. Senang hatinya
melihat anak gadisnya, sudah matang dan dapat menguruskan kedai buku tersebut.
“Moon dengan Irfan macam mana,”
Pertanyaan Puan Aida menjerut nafas.
Terasa sukar untuk bernafas. Kenapa pula nama Encik Arkitek tu muncul pulak?
“Moon dengan dia okay aje. Kenapa ma..”
“Yelah okay macam mana? Bila korang nak together. Itu maksud mama,”
Sekali lagi mambuatkan dahi Munirah kerut
seribu. Together dengan Irfan tak nak
lah. Aku nak anak dia ajelah.
“Apa mama merepek ni. Moon dengan dia tak
ada apa-apalah. Ifa kan anak angkat Moon. Moon tak pernah bercinta dengan Irfan
pun,”
Puan Aida tarik sengih.
“Memanglah korang berdua tak pernah
bercinta. Tapi boleh pupukkan rasa sayang dan perasaan cinta tu. Mama tengok
dia macam suka aje dekat anak perempuan mama ni?”
“Alah mama ni, semua orang boleh cakap
suka ma..tapi Moon tak pernah anggap dia lebih-lebih pun. Moon tahu, dia
lengkap segala-galanya. Dari segi rupa, Abang Irfan tu memang ada rupa tampan
dan manis bila dia senyum. Kalau daripada segi kewangan, dia mampu tunai aje
apa Moon nak. Cuma satu aje dia tak cukup lagi,” kata Munirah sedang
melentokkan kepalanya di bahu Puan Aida.
“Apa yang tak cukup lagi,” soal Puan Aida
lagi.
“Seorang isteri, pelengkap hidup dia dan
Ifa,”
“Kalau macam tu. Biar ajelah anak
perempuan mama jadi isteri sah kepada Irfan,”
Mulut Munirah ternganga. Cepat-cepat dia
menutupnya kembali.
“Mama ni. Moon tak naklah kahwin dengan
Abang Irfan. Moon tak pernah ada perasaan dekat dia pun,” ujar Munirah
perlahan.
“Yelah tu. Sekarang tak kahwin cakaplah tak
suka bagai. Bila dah kahwin nanti melekat macam belangkas. Kalau Moon tak nak
kahwin dengan Irfan, Moon nak dengan sapa,”
Jarang Puan Aida membangkitkan tentang
perkhawinan pada Munirah. Mungkin perlu, di sebabkan usia Munirah kian
meningkat dari tahun ke tahun.
“Entah, Moon pun tak tahu. Moon tak nak
cari cinta tu, biarlah dia hadir dengan sendiri. Moon lebih selesa berkawan
dahulu sekarang ni,”
“Alamatnya, lama lagilah mama nak dapat
cucu dari Moon,”
Munirah menarik muncungnya.
“Alah mama ni. Tu Kak Maya dengan Kak Fyra
kan tengah on the way,”
Sapa
Kak Fyra? Kak Fyra ialah isteri kepada abang Khairil. Sebenarnya, Kak Fyra tu
adalah pilihan mamanya sebab abang Khairil ni susah sangat bawa balik menantu
untuk mama. Sepanjang perkenalan Abang Khairil dan Kak Fyra, macam taktik kotor
tak kawan dengan Kak Fyra tu.
Pertama, masa perjumpaan pertama diaorang.
Abang Kharil berpakaian selekeh dah macam rupa orang minta sedekeh. Terkejut sangat Kak Fyra, nak tak nak Kak Fyra
terpaksalah melayan Si abang Khairil. Boleh masa diaorang pergi kedai makan.
Abang Khairil boleh nyanyi kuat-kuat. Sumbang suara abang Khairil. Belajar
tinggi-tinggi, nak tackle awek pun
susah.
Lama-lama perasaan sayang tu bercambah
dalam hati abang Khairil. Kalau orang lama dah tarik diri dan tidak akan
berkahwin dengan lelaki macam tu tapi tidak bagi Kak Fyra. Kak Fyra seorang
penyabar dan tidak mudah melatah.
Dalam masa kenal hati budi masing-masing,
bekas teman lelaki Kak Fyra muncul. Percintaan diaorang tak ubah macam
novel-novel cinta yang ada dekat pasaran tu. Bekas teman lelaki Kak Fyra yang
dikenali sebagai Asri, mengagih cinta Kak Fyra kembali. Kak Fyra tolak dia
mentah-mentah, Kak Fyra dah tak sanggup dengan lelaki panas baran dan suka
memaki dengan seorang perempuan.
Tak
sampai setahun diaorang bertunang, mereka diijab kabulkan. Begitu sebuah
pencintaan antara Abang Khairil dan Kak Fyra. Seratus peratus di ceritakan oleh
Kak Fyra.
“Mama tak rindukan ayah ke?” soal Munirah
setelah lama mendiamkan diri. Puan Aida diam tidak berkutik. Dia membiarkan
soalan tu tergantung. Sesungguhnya, dia amat merindui seorang yang bergelar
suami... rindunya tidak tertanggung.
BERSAMBUNG ...
Bila Reen dan Moon nak jumpa? Excited nk baca...
ReplyDelete@ArifahLee Coming soon! Jeng jeng
ReplyDelete