Kekasih Kontrak Bab 14



BAB 14

DI cermin bersaiz besar terpantul diri Munirah Aishah yang serba cantik berbaju kurung Riau berwarna merah jambu serta bertudung bawal serona serta dipandankan dengan sepasang kasut tumit tinggi 3 inci. Gadis itu membetulkan tudungnya kelihatan senget-senget ditiup angin kipas terpasang.

     Jika bukan sebab Puan Aida, mungkin dia masih kuak lentang di tempat beradunya. Awal-awal pagi lagi, Puan Aida kejutnya agar tidak terlupa untuk menghadiri permohonan temuduga sebagai setiausaha. Puas, dia mendengar bebelan Puan Aida untuk dua tiga hari ini supaya pergi ke temuduga tersebut.

     Munirah mengesan susuk tubuh seorang lelaki amat dikenalinya terlihat di cermin tersebut, membuatkan Munirah toleh serta merta ke arah lelaki itu. Lelaki berdiri tegak dengan menyeluk poket seluar slack berwarna hitam dengan memandang wajah Munirah. Sepenggal senyuman ikhlas diutuskan daripada Munirah, perlahan-lahan lelaki itu membalas senyuman.

     Lelaki itu mengatur langkah ke arah Munirah seraya dia bersuara. “Good Luck, buat yang terbaik,”

     “Terima kasih. Macam mana abang boleh tahu yang Moon ada interview hari ni,”

     Senyuman dibibir Munirah tidak lekang.

     “Oh, mama bagitahu dekat abang semalam. Tu yang abang terus terbang ke sini, jumpa Moon,”

     Irfan tersengih kecil. Munirah mengangkat wajahnya sedikit.

     “Terbang? Daripada mana?”

     Munirah kebinggungan.

     “Kota Singa,” jawab Irfan sepatah.

     Munirah berasa berserba salah terhadap Irfan kerana dia, lelaki itu balik ke sini semula. Munirah mengeluh kecil.

     “Hei, janganlah monyok macam tu. Lagipun, abang dah lama tak jumpa Moon. Tak salah kan. Tak mau masam macam tu,” pujuk Irfan, Munirah diam tidak berkutik. “Moon cantik sangat hari ini,”

     Munirah menjeling tajam setelah mendapat pujian daripada Irfan. Sudah sekian lama dia tidak bergurau dengan Irfan. Irfan sibuk memanjang sejak akhir-akhir ni.

     “Abang tak perlulah buat sampai macam tu. Abang kan tengah kerja sekarang. Ifa sapa jaga?”

     “Mak abang yang jaga dia untuk sementara ni,”

     Munirah mengangguk tanda mengerti. Menjadi kebiasaan Irfan apabila dia terpaksa kerja luar negeri. Pasti akan dihantar ke rumah maknya atau mak kepada arwah isterinya. Irfan memandang wajah milik Munirah dihadapannya, lantas memberi senyuman.

    “Abang, ada perkara nak bagitahu dekat Moon,”

    “Perkara apa?” Munirah memandang Irfan terkebil-kebil.

     “Abang sebenarnya...” Tersekat-sekat ayat yang ingin diluahkan. Munirah semakin bingung dengan sikap Irfan.

     “Moon! Dah dekat pukul 8 lebih dah ni. Nanti lewat pulak,” jeritan Puan Aida daripada bahagian luar kedai buku kedai itu. Mereka berdua sedikit tersentak dengan panggilan Puan Aida tersebut.

     “Kejap ma!” Munirah membalas laungan itu. Munirah mengeluh seraya memandang wajah Irfan. “Abang nak cakap pasal apa tadi,”

      Irfan terdiam. “Hurm.. tak apalah. Nanti abang bagitahu lain kali,”

      Munirah memandang wajah Irfan serba tak kena. Seperti kucing hilang anak. Lama wajah lelaki itu di renung.

      “Sure ni. Kalau macam tu, Moon berangkat dulu nanti mama bising pulak,” kata Munirah mencapai tas tangan di atas meja kecil itu. Irfan sekadar memerhati tingkah laku Munirah. Munirah memberikan senyuman sebelum meninggalkan ruang kecil untuk pekerjaan kedai buku milik Puan Aida sebagai tempat beristirehat.

       Irfan masih terdiri tegak di situ seraya melepaskan keluhan. Bayangan Munirah sudah berlalu pergi. Perlahan- lahan Irfan menarik kerusi plastik berwarna putih itu lantas dia duduk. Tangannya melurut dengan kasar sesekali dia melepas keluhan panjang.

       Dia menyeluk poket seluar slacknya berwarna hitam. Irfan mengeluarkan kotak kecil berbentuk hati. Lama dia tenung kotak bersebut bayangan gadis dicintainya mula muncul di celahan bebola matanya. Irfan cuba memejam matanya untuk menghilangkan rasa kekusutan membadai dijiwanya tetapi tidak berjaya. Dia terus berdiri dan menuju pintu keluar daripada ruang kecil itu.



LALU LINTAS pada pagi itu agak sibuk apabila ribuan manusia bergerak ke tempat kerja masing- masing. Itulah rutin harian mereka, banyak dihabiskan di atas jalan raya tersebut. Kereta dipandu Munirah bergerak perlahan mengikut kereta dihadapannya. Kedengaran suara Munirah mula mengeluh. Lagu berkumandang di corong radio tidak membantunya untuk agar tenang dan bersabar.

Munirah memandang dada langit kebiruaan lantas dia mengukir senyuman apabila sekawan burung berterbangan di angkasa raya. Kenangan zaman persekolahan mengusik jiwanya ketika itu. fikirannya mula melayang-layang pada lapan tahun lepas.

Shahzrul Nazrin memerhati seseorang daripada kadar jarak yang jauh. Munirah berjalan keseorangan ke arah pintu pagar utama sekolah. Sepanjang jalan dia hanya tundukkan wajah ke bawah tanpa menghiraukan pelajar-pelajar yang lain.

Telapak tangan Amirul mendarat di bahu Shahzrul Nazrin membuatkan dia terkejut sedikit.

“Kau pandangan Moon, macam kau nak telan dia apahal,” tegur Amirul. Cepat-cepat Nazrin melarikan pandangan ke arah lain. Komik di atas beg di capai kasar. Pertanyaan Amirul dibiarkan sahaja.

Amirul berkata lagi. “Comel pulak aku tengok Si Moon tu,”

Nazrin pandang Amirul di hadapan tidak puas hati. “Dalam banyak awek dalam sekolah ni, yang kau pergi usha Moon tu kenapa?”

“Sebab dia comel walaupun agak kasar sikit,” selamba Amirul membalas soalan Nazrin. Dia sengaja menjemput amarahan Nazrin. Nazrin merengus kasar seraya menbetulkan tali lehernya. Hari merupakan Hari Graduasi untuk pelajar Tingkatan 5. Nazrin melompat turun daripada astaka sebelum mencapai beg galasnya.

Amirul sudah terpinga-pinga di situ.

“Reen, rileks lah. Aku bukan nak usha awek kau pun!”     

Lauangan Amirul tidak diendahkan. Nazrin meneruskan langkah ke arah kantin sekolah lalu bertembung dengan Munirah yang kebetulan berada di situ. Nazrin menghentikan langkahnya di hadapan Munirah. Terkejut Munirah apabila Nazrin datang meluru ke arahnya.

“Apa yang pelik sangat kau hari ni,” soal Nazrin, hairan.

Munirah terdiam seketika. ‘Dia kata aku pelik, suka hati abah kau aje kata aku pelikkan. Kau ni memang nak kena rasa dengan aku,”

“Apa yang peliknya! Bukannya aku maskot arnab pun!”

Munirah mula hangin satu badan. Pepagi lagi sudah cari gaduh dengannya. Nazrin silang tangannya di dada. Mulut lelaki itu terherot-herot. Munirah makin tidak selesa dengan pandangan Nazrin. Kau tak payah nak baget hensem depan aku boleh tak! Jerit hati Munirah.

“Memanglah pelik. Orang lain pakai baju kurung dengan kasut sandal or kasut tumit. Tapi kau ni terlepas dari planet mana entah. Boleh pakai baju kurung dengan kasut Converse pulak tu!”

Munirah memandang dirinya sendiri. Memang benar dia pakai baju kurung berwarna merah dan mempunyai benang berwarna kuning keemasan. Menyerlah Munirah Aishah hari ni.

“Tak pelik mana punlah. Ini namanya style okay,”  kata Munirah sebelum meninggalkan Nazrin di situ bersendirian. Nazrin mengangkat bahunya sendirian.

“Apalah kau ni, takut sangat saham kau jatuh sampai kau kata kat Moon macam. Tapi sebenarnya kau nak cakap dia comel kan,”

Suara amat dikenali bersuara di telinga. Belum sempat dia nak toleh kebelakang, suara kawan baiknya menularkan ke cupingnya. Nazrin buat tak endah dengan Amirul.

“Aku rasa kan comel apa, Moon pakai macam tu. Baju kurung dengan sneaker. Memanglah nampak pelik sikit tapi masih ada comel dan nakal sikit. Kenalah tu dengan jiwa Moon,”

Tanpa di pinta, Amirul merungkaikan segalanya. Nazrin tidak dapat menafikan Si Munirah tu memang cantik. Kan lebih elok dia pakai sandal aje. Peliklah dengan Munirah tu.

Amirul sudah tersengih-sengih sambil memandang Nazrin. Meremang bulu roma Nazrin memandang Amirul sengih seperti itu.

“Malaslah aku nak layan kau. Buang masa aje,” Nazrin mengorak langkah meninggalkan Amirul di situ. Makin di layan, makin menjadi pulak. Pada masa yang sama kedengaran suara Cikgu Ash di corong pembesar suara dan meminta para pelajar tingkat lima beredar dewan dengan kadar segera.

Setelah dua jam berada di dalam dewan untuk upacara penyampaian hadiah untuk pelajar yang mendapat keputusan percubaan cemerlang dan majlis tersebut di akhiri dengan jamuan makan di kantin sekolah. Kesemua pelajar dan guru mula berunsur ke kantin sekolah untuk menjamu selera.

Munirah berdiri di hadapan tangga menaiki ke pejabat. Salma dan Aryana sudah entah hilang ke mana. Selalu sangat ditinggalkan bersendirian. Nasib badanlah Moon.

“Assalamualaikum,” Seseorang memberikan salam kepada Munirah. Pantas Munirah menoleh kebelakang. Munirah tayang muka bosan.

“Waalaikumussalam,” tutur Munirah dengan lembut. Sapa lagi kalau bukan Si Reen tu. Dekat mana aku ada mesti dia ada jugak. Tak suka betul aku.

“Kenapa tak pergi makan,” soal Nazrin sedang berdiri sebelah Munirah.

“Kenyang,”

Nazrin mengangguk tanda mengerti. Dia sendiri tidak tahu apa ingin dibualkan dengan Munirah.

“Pergilah makan. Nanti sakit perut pulak. By the way, congrats! Dapat result bagus untuk percubaan ni,” ucap Munirah sebelum dia terlupa.

Kekadang Munirah hairan dengan jadual harian Si Nazrin, dekat kelas selalu baca komik bukannya buku pelajaran. Itu jauh sekali. Pada sebelah petang, selalu sangat duduk dengan bola hitam putih. Ditendang disepak tanpa jemu. Alih-alih keputusan percubaan agak memberansangkan.

“Itu aje ke. Terima kasih Moon,”

Munirah kebinggungan sekejap. “Yelah tu ajelah. Nak apa lagi,”

Nazrin sudah sengih macam kerang busuk. “Maggi goreng selama seminggu,”

Terbuntang mata Munirah sebulat-bulatnya.

“Apa kes pulak aku kena masak dengan kau,” bentak Munirah serta merta. Nazrin hanya tersengih-sengih.

“Mesti kau dah lupakan, kau kan pernah bet dengan aku. Sapa di antara kita dapat result the best punya, akan dapat hadiahkan. Sekarang ni, akulah dapat result terbaiknya. Hadiah yang aku nak daripada kau adalah Maggi goreng selama seminggu. Itu saja,”

Kata-kata Nazrin, pantas dicerna oleh Munirah. Panas hati dengan perangai Nazrin, suka sangat memerintah. Gila kuasa punya lelaki, suka hati kau aje kan. Nak suruh aku buat itu ini. Kau ingat aku ni bibik kau ke! Bentak hati kecil Munirah Aishah.

         Bunyian hon telah menyentuh lamunan Munirah Aishah. Nyaris-nyaris dia ingin menghempas kereta di hadapan keretanya. Pantas dia mengurut dada kerana ingin menghapuskan kejutannya sebentar tadi. Perlahan-lahan dia menekan pedal meneruskan perjalanan seperti sedia kala.

         “Kenapa pulak aku boleh dengan mamat tu? Takkan aku rindu dengan dia kut,” kata Munirah Aishah sendirian. “Tak mungkinlah. Tapi sekarang dia dekat mana ek. Rasa rindu pulak dengan diaorang semua,”



DIA melangkah masuk ke syarikat yang gah berdiri teguh iaitu Far East Holding, salah satu syarikat swasta. Munirah Aishah menarik nafas panjang sebelum meneruskan langkahnya. Dia memerhati kiri kanan, terdapat mata mata yang memerhatinya di waktu itu. Munirah Aishah cuba menghakis perasaan gementar dalam dirinya.

         Ini bukanlah kali pertamanya untuk temuduga pekerjaan tapi sudah berpuluh-puluh kali. mungkin nasib tidak menyebelahinya pada waktu itu.

         “Boleh ke aku dapat temuduga kali ni,” monolog Munirah Aishah sendirian. “Kalau tak dapat macam mana? Alamaknya aku kena kahwinlah,”

         Munirah Aishah teringat kata-kata Puan Aida tempoh hari.

         “Kalau Moon tak dapat juga kerja tuk kali ni. Baik Moon kahwin je,”

         Buntang mata Munirah Aishah dengan memandang Puan Aida tidak puas hati. Hatinya mula tidak keruan. Mama ni! Suka buat keputusan drastiklah.

         “Tak naklah mama. Awal lagilah bab nak kahwin-kahwin ni,” Muncung mulut Munirah Aishah ketika itu.

         Puan Aida memerhati gelagat anak bongsunya, sudah menunjukkan bunga-bunga protes. “Mama tak kira, kalau Moon tak dapat temuduga esok. Minggu depan mama mulakan cari calon suami tuk Moon. Susah sangat nak dapat kerja, mama pun naik pelik,”

         Berkerut dahi Munirah Aishah mendengar bait-bait ayat dilontarkan kepadanya.

         “Mama ni, dah ada calon ke?” soal Munirah Aishah.

         Puan Aida hanya mengangguk. Munirah Aishah sudah gelisah tak menentu.

         “Sapa mama?” soal Munirah Aishah lagi.

         “Anak Cik Pah, nama budak tu Rizal. Dia baik sangat mama suka budak tu. Mama dengar dia tengah cari calon isteri. Tak salahkan, kalau anak perempuan mama ni cuba kenal dengan dia,”

         Bagaikan ribut petir melanda untuk Munirah Aishah. Kata-kata mama, tidak lagi dapat dibayangkan. Rizal, seorang peguam yang bagus. Dia tu memanglah baik, tapi hati aku ni nak ke dekat dia. Argh! Mama ni suka buat aku macam ni. Bentak Munirah Aishah.

         “Kalau Moon tak dapat temuduga tu, biar Moon carikan sendiri calon boleh tak, mama?”

         Puan Aida merenung wajah putih milik anak perempuannya. “Anak mama dah ada calon ke?”

         Terserlah senyuman manis Puan Aida setelah menyoal kepada Munirah Aishah. Pantas Munirah Aishah menggeleng kepala.

         “Mama ingatkan ada tadi. Tak apalah, biar aje mama cari okay, Moon jangan risau mama akan cari calon suami yang terbaik tuk Moon,”

Otak Munirah Aishah semakin buntu apabila temuduga tersebut menjadi taruhan untuk menamatkan zaman bujang senangnya. Antara sebab mama, mencarikan calon suami untuk aku sebabnya, aku kurangnya kawan lelaki. Kalau ada pun hak milik orang, lagipun sepanjang aku membesarkan. Tak pernah lagi aku bawak kawan laki datang rumah kecuali Abang Irfan.

Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya dia bersuara. “Ikut mama lah, Moon ikut aje kalau itu yang terbaik tuk Moon,”

Kata-kata Munirah Aishah disambut dengan segaris senyuman daripada Puan Aida.”

“Terima kasih,”


“MUNIRAH AISHAH,”

   Munirah Aishah menangkatkan kepalanya ke arah satu suara yang memanggil namanya. Dia    memerhati gadis berusia 20-an itu bersut kerja lengkap. Tertera sebaris nama gadis itu bernama Aulia. Muniraha Aishah masih terpinga-pinga ketika itu.

“Mari ikut saya!” kata Aulia kepada Munirah Aishah.

Munirah Aishah segera bingkas bangun daripada kerusi tersebut. Hampir setengah jam dia menunggu giliran untuk ditemuduga di syarikt swasta tersebut. Far East Holding. Perasaan gementar mula menular ke dalam dirinya.

Sebelum mengorak langkahnya, dia memasukkan telefoon bimbitnya kelas beg tangan miliknya lalu di pelukkan fail berwarna biru ke dadanya. Berulang kali dia menarik nafas untuk mencegah perasaan yang bercampur aduk itu.

Munirah Aishah mengekori langkah gadis di hadapannya itu. Pejabat itu agak sunyi hanya kedengaran jari jemari lincah menekan papan kekunci. Langkah Aulia merupakan salah satu staf syarikat tersebut terhenti.

“Cik Munirah ni, merupakan pemohon yang terakhir datang untuk ditemuduga. Semoga berjaya,”  Aulia berkata. Munirah Aishah semakin gementar dan terasa mual di tekaknya. “Ini biliknya, silakan,”

Aulia menunjukkan bilik pejabat di maksudkan. Munirah Aishah mengangguk tanda mengerti. Aulia mengetuk pintu bilik pejabat itu terlebih dahulu.

“Masuk!”

Suara lelaki mengarah masuk ke dalam ruang tersebut. Lalu pintu diperbuat daripada itu dikuak. Terjojol kepala Aulia ketika itu.

“Encik, ada seorang lagi untuk ditemuduga. Dia yang terakhir,” ujar Aulia lemah lembut.

Lelaki itu mengangguk. “Suruh dia masuk, terima  kasih Aulia,”

Aulia memandang Munirah Aishah tersenyum-senyum. Dia pasti gementar. Itulah penilaian di buat oleh Aulia.

“Jangan takut, dia tak pernha makan orang lagi. Di jemput masuk,” usik Aulia sambil tersenyum- senyum melihat raut wajah gadis itu berubah serta merta. Munirah Aishah tidak mampu berkata apa-apa selain daripada mengangguk.

“Saya minta diri dulu,” kata lagi Aulia.

Pintu itu terbuka luas. Kaki kanannya melangkah perlahan ke dalam ruang pejabat itu. Dari satu jarak jauh, sepasang mata milik Munirah Aishah memandang susuk tubuh lelaki berada di hadapan kerusi kulit. Lelaki itu sedang leka mencatat sesuatu di atas kertas. Dada Munirah Aishah makin sesak ketika itu.

Munirah meneruskan langkahnya, ke arah meja milik lelaki berkemaja berwarna ungu gelap berjalur. Dia berdiri tegak mengalah orang sedang berkawat. Aih! Dia ni tak nampak aku ke apa. Munirah Aishah mula merungut.

“Assalamulaikum!” Munirah Aishah memberikan salam.

“Waalaikumussalam,” jawab lelaki itu sambil mengangkatkan kepalanya, sedikit demi sedikit.

Daripada mata Munirah Aishah kecil tiba-tiba menjadi besar bagaikan memakai kanta sentuh. Lelaki dihadapan terdiam seketika. Kaku. Stastik. Memandang gadis di hadapanya tidak berkelip. Cantik. Desis dihati lelaki itu.

‘What! Mamat ni!’



5 comments:

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)