Cerpen : Terlalu Mencintamui - Final Part

NOTA KAKI: Harap semua puas hati. Kalau ada part yang tercicir. Minta maaf lah noh.



TERLALU MENCINTAIMU- PART FINAL
HULURAN cawan kaca disambutnya dengan tertib daripada Suri. Suri mengambil tempat di sebelah Dhuha. Mata Dhuha tertumpu pada Berita Utama di TV3. Suri meletakkan cawan dipegang di atas meja bertentang dengannya.
       Suri mengambil beg plastik berisikan contoh-contoh kad undangan perkahwinan. Dhuha menjeling perbuatan Suri. Suri memaling ke arah Dhuha.
       “Mana lagi cantik,” Suri bertanya seraya menayangkan kad undang perkahwinan pelbagai warna dan corak yang menarik. Hampir lima jenis kad ditangan Suri, di pandang sepi oleh Dhuha.
        “Laa.. kenapa tanya aku pulak. Kau yang nak kahwin kan. Bukan aku,”
        “Aku saja nak minta pendapat kau. Itu pun tak boleh ke,” jauh hati bunyinya.
        Dhuha berasa serba salah memandangkan Suri sudah mula memasamkan mukanya.
        “Okay. Tak naklah merajuk macam tu. Aku bukannya Malik. Nak pujuk-pujuk bagai. Aku pilih yang ni,” Dhuha menarik  salah satu contoh kad undangan berwarna hitam putih tersebut. Kad undangan tersebut nampak classic.
        Suri kembali mengukirkan senyumannya. “Aku pun pilih yang tu jugak, tapi kan Malik pilih warna ungu ni,” Suri menunjukkan contoh kad undang berwarna ungu dimaksudkan oleh Suri tadi.
        Dhuha angguk kecil. “Ni kes tak sependapatlah kan,” Dhuha memandang Suri. Dia hanya diam. “Apa salahnya, sebelah kau ambillah kad hitam putih ni. Untuk sebelah Malik pulak, ambillah warna ungu tu. Tak salah pun kan,”
         “Tapi, nanti mesti dia kira harga lain-lain. Yelah, maksud aku penggunaan warna untuk kad ni,” usul Suri.
        “Betul juga kan. Dahlah pandai-pandailah korang pilih sendiri,” Dhuha kembali menghadap televisyen. Suri menyimpan kembali kad- kad tersebut ke tempatnya semula.
        “Kau ada dengar tak pasal model terkenal tu. Apa nama dia Lara..”
         Dhuha memotong. “Lara Kirana,”
        “Kau tahu, aku ingat kau tak kenal model tu. Yelah bab artis-artis ni kau tak masuk campur,”
        Sememang Dhuha jarang ambil tahu tentang dunia hiburan. Sekadar dengar-dengar sebegitu saja. Kalau nak tahu pasal cerita-cerita artis, pergi sahaja dekat Scha pasti segala cerita kita tak tahu, dia tahu dulu. Salah seorang pekerja di kedainya.
        “Yelah, kenapa dengan model tu,” Dhuha basa basi.
        “Dia pun akan dah nak kahwin tak lama lagi. Kau tak rasa dia tu muda lagi ke,”
        “Biarlah. Jodoh dah sampai kut,”
        Suri memandang Dhuha hampir juling biji matanya.
        “Apasal muka kau ketat sangat ni. Kau jealous ye,”
        Cepat-cepat Dhuha buat-buat berlagak seperti biasa.
        “Tak kuasa aku nak jealous,” nafi Dhuha.
        “Tak silap aku kan. Kirana tu nak kahwin dengan anak Datuk Norman, Naufal. Kalau tak silap aku lah,”
         Tersembur air di hirup oleh Dhuha, sebaik sahaja Suri menyebut nama bekas suaminya. Pantas Suri menggosok-gosok belakang tubuh Dhuha.
         “Tulah, lain kali baca bismillah dulu sebelum minum. Ni minum aje, mana tak tersedak. Kau ni lah,” Suri mula berleter. “Ke kau tersedak sebab aku sebut nama bakal suami Si Kirana tu,”
        Kata-kata Suri menjerat Dhuha saat itu. Apa masih awal lagi, aku memberitahu hubungan aku dan Naufal sebelum ni? Apa rahsia kan sahaja, sampai bila-bila? Dhuha diburu dengan pelbagai soalan.
        “Aku ada perkara nak bagitahu dengan kau,”
        Suri menoleh ke arah Dhuha. Tiada secalit senyuman di wajahnya. Matanya kelihatan agak sembam sedikit.
        “Apa dia..”

DHUHA menghempaskan tubuhnya. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat isyak. Waktu tu, baru dia sempat memanjakan dirinya untuk beristirehat. Untuk bulan itu, tempahan kek semakin meningkat. Di tambahkan pulak, musim cuti sekolah semakin dekat. Dia terpaksa bekerja keras untuk menyiapkan tempahan tersebut mengikut masa. Dhuha cuba memejamkan matanya. Terimbau peristiwa sebulan lalu, tentang status dirinya kepada Suri.
        “Kau pernah jadi isteri Naufal!” terjerit Suri tatkala mendengar ayat diluahkan oleh Dhuha.
        Dhuha menggangguk dua kali.
        “Kenapa kau tak pernah bagitahu dekat aku selama ni? Tak salahkan kita berkongsi masalah. Kita lama kenal, bukan sehari dua,” Suri tidak dapat menerima kenyataan itu.
        “Aku takut,Suri. Lima tahun dah, aku hidup macam ni. Tapi aku tak pernah sekali pun, aku anggap diri aku ni janda or whatever title yang lain-lain. Aku bahagia hidup macam ni,” kata Dhuha.
        Suri mengetip bibirnya. “Maknanya, yang langgar kau hari tu, bekas suami kau lah kan,”
       Dhuha tunduk sambil menggangguk. Suri mendekati dan memeluk tubuh gadis itu.
       “Aku faham perasaan kau macam sekarang. Orang yang sayang akan bernikah dengan orang lain,” kedengaran Dhuha sudah tersedan sendu. Suri menggosok bahu Dhuha supaya tenang.
       “Aku masih sayang dia lagi, Suri. Sakit hati aku bila aku tahu dia ada orang lain. Aku nak dia sorang aje, Suri. Tolong aku. Aku rindu dia setengah mati tahu tak. Dulu masa dia lumpuh, macam-macam aku korbankan untuk dia. Masa seronok aku, masa belajar aku. Semata-mata untuk lelaki yang bergelar suami aku. Tapi apa yang dapat, kesakitan yang berpanjang yang aku terima,” ucap Dhuha dalam sebak.
        “Paling aku sedih sekali, dia tak datang masa dekat court. Cuma lawyer dia aje yang datang. Masa itu aku tak tahu nak cakap apa lagi dah. Aku fikir dia dah benci aku. Mungkin aku tak layak untuk jadi isteri dia kut,”
       Suri hanya menjadi pendengar yang setia saat itu. Suri cuba menahan air mata yang mengalir.
       “Tapi dia muncul semula, di saat aku cuba melupakan segala kenangan aku dan dia. Aku gembira dapat borak dengan dia balik. Hmm..mungkin aku dengan dia memang dah tak ada jodoh kut. Alih-alih dia dengan model terkenal tu,” Dhuha masih bersuara.
      “Sabarlah Dhuha. Kalau ada jodoh tu tak ke mana pun. Bawakan besar okay,”
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…

SURI menolak pintu kayu di bilik Dhuha. Sunyi. Kebiasaanya, pada hujung minggu mereka akan bersantai di ruang tamu bersama-sama. Dhuha banyak berubah daripada seorang gadis yang cekal dan banyakkan bersabar bertukar menjadi kepada seorang gadis yang suka termenung sana sini. Dia lebih banyak mendiamkan diri.
        Suri merapati katil milik Dhuha. Dhuha sudah pun tidur bersama anak patung kesayangan. Walaupun usianya semakin meningkat, anak patung kesayangan masih melekat bersama di sisinya.
       Suri terpandang sekeping kad di atas meja kecil milik Dhuha. Suri memandang Dhuha sedang diulit mimpi. Suri mencapai kad tersebut. Alangkah terkejutnya, apabila memandang kad undangan majlis perkahwinan Lara Kirana dan Naufal, bekas suami Dhuha.
        “Patutlah Dhuha tak lalu makan,” kata Suri sendirian. Suri meletakkan kembali kad tersebut ke tempat asalnya. “Aku harap kau belajarlah, bersabar Dhuha. Mungkin ni yang ditentukan oleh Allah,”

EH, kau nak pergi mana ni,”
      Suri membuat terjahan secara mendadak ke bilik Dhuha. Seharian gadis itu, tidak keluar daripada biliknya. Suri terpinga-pinga melihat Dhuha memungah pakaian di masukan ke dalam luggange bersaiz besar.
      “Italy,” sepotong jawapan diberikan oleh Dhuha.
       Langkah Suri laju mendekati rakan serumahnya. Dhuha bagai dirasukkan memasukkan kesemua bajunya di dalam beg tersebut.
        “Apa kau ni dah gila ke, Dhuha. Dua minggu lagi, aku dah nak nikah okay. Dan hari ni, majlis Naufal. Kau tak pergi ke,” Dhuha mengeluh.
       “Aku tahu pasal tu. Aku minta maaaf. Orang sewel aje pergi majlis akad nikah orang yang dia sayang. Kau nak aku pengsan ke, Suri. Tengok dua insan tu bersanding dekat atas pelamin. Kau tak tahu perasaan aku macam mana, Suri. Sakit hati aku dah tak tertanggung. Izinkanlah aku pergi untuk seketika. Aku perlukan ketenangan ni semua. Aku tak kuat, Suri. Untuk tempuhi ni lagi. Dia insan pertama dan terakhir aku cintai. Dia yang banyak ajar tentang arti sebuah cinta. Dia lelaki pertama yang hadir bawakan sebuah perasaan cinta dan sayang untuk aku. Aku tak sanggup lagi,” rintih hati Dhuha sehingga terjelepuk ke lantai. Suri pantas pergi mendekati gadis itu. Lalu tubuh genit itu di peluk kuat.
       “Aku izinkan kau pergi. Tapi jangan lama sangat. Kalau kau pergi untuk menenangkan jiwa kau. Aku terima aje,” Dhuha dan Suri berpelukan antara satu sama lain.

MALIK, kau tolong berhenti sekejap depan Hotel Grand,” pinta Dhuha. Malik dan Suri saling berpandangan. Malik hanya menuruti kehendak daripada Dhuha.
         “Kau okay, Dhuha,” Suri bertanya.
         “Aku okay,”
        Setiba di hadapan Hotel Grand, Dhuha hanya memandang puluhan manusia yang menghadiri majlis resepsi kepada pasangan tersebut. Tanpa disedari, lelehan air mata jatuh ke pipi. Pantas diseka secepat mungkin. Kelihatan daripada luar hotel tersebut, seperti meriah meraikan kedua mempelai tersebut.
       Dhuha menarik nafas dalam-dalam. Dhuha membuka pintu kereta dan melangkah ke pintu masuk ke Hotel Grand sambil diperhatikan daripada jauh, Suri dan Malik.
       Dhuha memberhentikan langkahnya, di hadapan salah seorang penyambut tetamu yang berada disitu. Dhuha menghulurkan sebuah bungkusan kepada penyambut tetamu tersebut dan menyuruhnya memberikan kepda pengatin.
     “Cik tak nak makan dulu ke,” pelawa penyambut tetamu berserta sebuah senyuman.
       Dhuha hanya menggelengkn keplanya kerana tidak dapat menahan sebak didadanya membayangkan pasangan mempelai sedang bersanding. Dhuha meninggalkan penyambut tetamu itu sambil menitiskn air mata.
      “Jom, gerak. Nanti flight aku terlepas pulak,”
       Perlahan-lahan kereta itu bergerak, sebelum melunjur ke arah lebuh raya. Selamat tinggal Malaysia dan selamat tinggalkan juga kepada kenangan dan memori yang tersemat di dalam hati ini.

SETELAH selesai majlis respesi tersebut, Naufal menerima sebuah bungkusan  daripada Kirana. Naufal berasa hairan dengan bungkusan yang di terima lalu dia cuba mengenal pasti pengirim sebenar bungkusan tersebut.
       Terselit sekeping kad kecil pada bungkusan itu. Naufal tersentak apabila membaca nama pengirim bungkusan itu adalah gadis pernah dicintai, Nur Dhuha.
       Pandangan di arah lesu pada barangan yang sengaja dilonggokkan di atas katil. Tentu sekali barangan telah dipulangkan oleh Dhuha. Selendang, sepasang kain sutera belum berjahit serta kerongsang yang masih belum digunakan dan masih dalam keadaan asal.
       Kesemua barangan  dipulangkan ini, diberikan semasa awal pertemuan selepas lima tahun tidak bertemu. Tiba-tiba dia terpandang sebuah kotak kecil berbalut cantik di tindih-tindih barangan lain. Dia yakin kotak kecil itu bukan salah satu daripada pemberiannya kepada Dhuha.
     Seketika, Naufal teringat perbualan terakhir dengan Dhuha sehari sebelum kemalangan itu berlaku. Dia pasti, kotak itulah hadiah diminta olehnya. Dengan semana-mana, hatinya mula menjadi sebak mengingati kenangan itu.
    Tanpa membuang masa, dia mencapai kotak kecil itu lalu terus beredar daripada bilik dan mencapai kunci keretannya tanpa menghiraukan tetamu yang masih ramai di ruang tamu rumah tersebut.

KOTAK KECIL itu digenggamnya. Remuk hatinya mengenang gadis itu sudah pergi jauh daripada sini. Naufal mencapai seutas jam tangan yang dimuatkan bersama-sama dalam kotak itu. Permintaan terakhirnya, sebelum berlakunya kemalangan tersebut. Dia mencapai kertas bertulisan tangan milik Dhuha.
       Kehadapan lelaki, Dhuha kasahi..
       Mungkin disaat Naufal menatap warkah ini, Dhuha sudah pun meninggalkan bumi Malaysia untuk seketika. Sejujurnya, cinta Dhuha kepada Naufal tidak pernah berubah sama sekali. Dhuha tahu siapa diri Dhuha yang tidak seberapa ni. Dhuha tak nak tulis panjang, Dhuha hanya ingin mengucapkan Selamat Pengatin Baru, Naufal dan Kirana.
      Maafkan Dhuha, sebab Dhuha tidak menghadiri majlis respesi Nuafal dan dia. Dhuha tak kuat, Dhuha lemah sangat-sangat. Harap Naufal faham. Bersama dengan surat ni, Dhuha titipkan seutas jam tangan yang pernah Naufal minta semasa perkahwinan kita dahulu. Tiada masa dan ruang untuk Dhuha berikan daripada dulu.
     Ingatlah Naufal, betapa nilainya masa. Begitu jugalah betapa tingginya nilai cinta Dhuha kepada Naufal. Percayalah Dhuha tidak akan pernah berhenti menyintai Naufal. Seperti mana, jarum jam ini yang tidak pernah berhenti memburu masa.
     Akhir kata, semoga Naufal menemui kebahagia disamping isteri tercinta.
     Salam sayang dan rindu,
     Dhuha.

MANA Dhuha, aku nak jumpa dia,” Naufal meninjau-ninjau rumah sewa milik Suri dan Dhuha. Suri makin pelik dengan kehairanan lelaki itu. Datang tak di jemput, tiba-tiba boleh berpacak depan rumah tu.
      “Dia tak ada dekat rumah ni. Dia dah pergi,” jawab Suri dengan nada agak tegas. Suri memandang lelaki itu masih berpakaian baju melayu berwarna krim. Kelihatan lelaki itu agak kusut sedikit.
      “Dhuha pergi mana,” tutur Naufal agak lemah sedikit.
      “Italy. Kenapa kau buat dia macam tu. Merana hidup dia tahu tak. Kesian aku tengok dia,”
      Naufal membiarkan soalan itu tak berjawab. Otaknya seakan-akan tidak berfungsi untuk beberapa ketika.
     “Lama ke dia pergi sana,” Naufal bertanya lagi.
     “Entahlah aku pun tak pasti. Kau bersabarlah banyak,”
      Naufal melurutkan rambutnya dengan kasar. Hatinya benar-benar diburu salah seribu satu kesalahan pada gadis tersebut.
     Maafkan abang, Dhuha!

SURI memandang ke kiri dan kanan. Ruang legar KLIA sarat dengan manusia pelbagai ragam. Ada yang sedang bersama keluarga di balai menanti malah ada yang berjalan menuju pintu keluar sambil menolak troli.
       Penantiaan Suri sudah hampir 15 minit di balai ketibaan. Kelibat rakan dikenalinya sewaktu menyewa rumah teras dulu.
       “Hai, dah lama tunggu,”
       Suri menoleh apabila mendengar teguran itu. Dia mengukir senyuman. Seorang wanita cantik bertudung sedang berdiri dihadapannya. Mereka bersalaman dan berpelukan. Ternyata banyak perubahan yang berlaku kepada gadis bernama Nur Dhuha.
        “Anak kau mana,” tanya Dhuha apabila melihat rakan lamanya itu keseorangan.

KELIHATAN daripada jauh Malik yang sedang melayan telatah anak kecilnya. Dhuha mengumtum senyuman, melihat anak kecil milik Malik dan Suri sudah membesar. Apa-apa pun, Dhuha turut tumpang bahagia atas keluarga itu.
      “Dhuha, ke ni,” soal Malik agak kehairanan.
      Dhuha angguk kepala. “Akulah ni. Sapa lagi,”
      “Makin cantik kau pakai tudung,” Kembang hati Dhuha mendapat pujian daripada suami Suri.
      Suri menjeling ke arah Malik. Dhuha tersenyum-senyum memandang suami isteri tersebut.
     “Kau tak payah puji aku lebih, karang wife kau merajuk. Aku tak tanggung,” kata-kata Dhuha disambut ketawa.
      Dua tahun lebih bagaikan pantas masa berlalu. Terasa segala kenangan pahit itu baru berlaku semalam. Dia mengambil keputusan bumi Malaysia untuk seketika. Keringat majlis perkahwinan antara model terkenal dengan lelaki pernah menjadi sebahagiaan daripada hidupnya. Sewaktu itu, dia terpaksa bergelut  dengan perasaannya sendiri. Hatinya memberontak supaya majlis itu dibatalkan.
      Tapi apakan daya, dia sendiri tidak mampu untuk melihat lelaki itu tersenyum gembira selepas diijabkabulkan dengan wanita itu. Tapi, bahagiakah dia sekarang?
      “Mak cik, mak cik, bila nak makan. Lapar!” suara manja anak saudara Malik telah mengejutkan lamunannya seketika.
      Dhuha tersenyuman dan menoleh ke arah anak saudara Malik dibawah jagaan Suri. Anak kecil Suri dipangku oleh Malik, sedang enak tidur.
       “Tunggu sekejap. Kita tunggu kawan makcik dengan pakcik sekejap,” jawab Suri.
       “Sapa makcik,uncle Naufal ke,”
        Kedudukan Dhuha stastik. Tergamam seketika, dadanya mula berasa berdebar. Dalam masa yang sama, Suri memandang ke arah wajahnya.
      “Suri!” Serentak itu juga, telinga Dhuha mendapat menangkap suara seorang lelaki amat dikenalinya. Dhuha pantas menoleh, mereka berdua saling berpandangan antara satu sama kain. Langkah lelaki itu terhenti serta merta.

DHUHA meletakkan pinggan yang baru diambilnya di atas meja. Ruang restoran kelihatan tenang. Kebanyakkan meja dan kerusi masih belum dipenuhi oleh pelanggan. Tambah pula, waktu makan tengah hari bagi pekerja-pekerja belum lagi tiba. Dhuha dan Naufal sempat berpandangan sebelum Dhuha bertindak melarikan pandangan itu.
         Malik sekeluarga berlalu ke meja hidangan lauk pauk meninggalkan Dhuha dan Naufal berdua-duaan. Dadanya mula berdebar memikirkan keadaanya bersama Naufal. Melihat daripada susuk tubuh Naufal, hati kecil Dhuha mula berdetik. Lelaki itu sedikit kurus, apa isteri dia tak sempat nak bagi makan dengan dia ke.
         “Kenapa Dhuha ke Italy?”
         Dhuha diam mendengar soalan daripada Naufal
          “Saja, tenangkan fikiran,” tanpa disedari, Dhuha menjawab pertanyaan itu.
        Wajah lelaki itu tenang. Dia membalas pandangan gadis bertudung dihadapanny.
        “Atau Dhuha tak sanggup nak tengok Naufal dengan orang lain,” kata Naufal.
        Debaran dadanya kian kemuncak. Kata-kata Naufal telah menjeratnya pada waktu itu. Ternyata dia tidak kuat untuk tempuh sekali lagi. Melihat Naufal sekarang, pasti dia bahagia sekarang.
       “Kenapa Dhuha tak datang majlis resepsi tu dulu,” Naufal memuntahkan soalan tersebut.
       Dhuha senyap. Api cemburu terus meluap-luap di dadanya. Sampai bila aku harus begini? Salahkah aku jika menyimpan satu perasaan indah untuk lelaki itu, tapi dia suami orang.
      Terasa seseorang menghampiri meja makan tersebut. Dhuha memandang segera. Seorang gadis tinggi lampai dengan mengenakan dress labuh berwarna biru pekat menambahkan keanggunan pada gadis tersebut. Senyuman dilemparkan daripada gadis itu cukup menawan.
       “Sayang, dah lama ke sampai sini,” sambut Naufal kedatangan gadis itu. Naufal menarik salah satu kerusi di meja itu.
       Hati Dhuha dirobek-robek melihat kemesraan dua insan itu. Mahu sahaja, dia ingin membuka langkah pergi dari situ.
      “Baru aje sampai,” balas gadis itu.
      “Ni Dhuha, yang I selalu cerita dekat you tu,” Naufal memperkenalkan Dhuha kepada model terkenal itu, Karina. Mereka berdua bersalaman.
     “Oh..inilah bekas isteri you dulu tu. Cantik. Patutlah you sampai sekarang sayangkan dia lagi,”
     Riak wajah Dhuha sedikit berubah apabila Karina menekan perkataan bekas isteri. Deringan telefon bimbit milik Naufal mengganggu  sedekit perbualan mereka.
     “Excuse me..” kata Naufal sebelum dia menjawab panggilan tersebut. Dhuha dan Kirana hanya memberikan sebuah senyuman. Kirana mengalih pandangan ke arah Dhuha.
     “Actually, I tak sangka dapat juga face to face dengan you. Dah lama I tunggu masa untuk berjumpa dengan you,” Karina bersuara selepas Naufal berlalu meninggalkan mereka berdua. Dhuha hanya diam. Tiada apa perlu dibahaskan.
     “I cemburu dengan you dengan Naufal. Walaupun, korang dah lama cerai. Dia still sayangkan you. I tabiklah dengan dia. Cinta dia tak pernah berubah, hari-hari dia tunggu you untuk sambut cinta dia semula. Entahlah, kalau I still teruskan perkahwinan I dengan Naufal. Mungkin setiap malam dia akan meracau sebut nama you kut,”
     Dhuha terkedu dengan ucapan di bibir Kirana.
     ‘Karina tak nikah dengan Naufal,’ desis dihati Dhuha. Kotak minda seolah-olah tidak dapat berfungsi.
     “I dengan Naufal, kitaorang tak bernikah pun. You jangan salah faham pula. Ye, I mengaku I pernah jatuh hati masih kitaorang mula-mula kenal dulu. But, bila I tahu dia dah bercerai dengan wife dia atas sebab dia lumpuh dan dia sendiri tak nak, you korbankan masa hidup you, cuma tertumpu kepada dia seorang saja sebab tu dia lepaskan you. I masih ingat lagi, dia cakap. You masih muda lagi, macam-macam boleh you buat selain jaga dia yang lumpuh tu.
       Di saat itu, air mata Dhuha sudah bertakung di juring matanya. Naufal masih menyintaiku sampai ke hari ini. Dhuha masih membisukan diri. Nasi berlauk dipandang sekali lalu. Seleranya sudah mati.
     “Percayalah cakap I, dia masih sayangkan you...”
      Dhuha mendengus. “Habis you kahwin dengan sapa, kalau bukan dengan Naufal,”
      “Dengan sepupu Naufal, Ady. I happy kahwin dengan dia. Dia faham karier I. Dia sayang I sangat-sangat. Tak pernah sekali pun, I menyesal bernikah dengan dia,” Karina memberikan senyuman.
      Ady seorang arkitek berjaya. Tak sangka, Karina akan bernikah dengan lelaki itu. Ady, wajahnya dan Naufal hampir seiras. Tapi bukanlah kembar. Dhuha menahan getaran perasaannya. Pandangan terarah Naufal masih berbual melalui telefon bimbitnya.
     “I harap you, baliklah ke pangkuan dia. Dia masih menantikan you sampai sekarang,”

“DHUHA.. aku masih sayang dan cinta kau lagi. Kalau sudi, kita memulakan semula semuanya daripada awal,” kata Naufal.
         “Naufal.. aku..”
         Tergagap-gagap Dhuha ketika itu. Kata-kata Dhuha terhenti apabila Naufal terus berdiri.
        “Naufal!” jerit Dhuha.
       Beberapa pasang mata memandang ke arah Dhuha. Suri dan Malik juga nampak terkejut apabila suara Dhuha bergema di restoran tu.
      “Naufal!” sekali lagi Dhuha melaung.
      “Naufal! Aku sayang kau!”
       Kata Dhuha tanpa menghiraukan mata-mata yang sedang memerhati. Sewaktu itu, dari jauh kelihatan Naufal sudah tersenyum simpul. Sesungguhnya, Dhuha berasa malu apabila bertindak melakukan begitu, tapi kerana ego dia menjadi begitu.

HEI, asyik termenung aje,” Dhuha tersentak teguran itu. Naufal mengukiran senyum dan Dhuha membalas senyuman itu. Jari-jemarinya terasa digenggam erat bagaikan tidak mahu dilepaskan.
        Dhuha merenung lama wajah suaminya di sisi. Dia nampak kemas biarpun hanya berpakaian T-shirt hitam bercorak bersama kain pelekat. Sudah seminggu mereka berdua bergelar suami isteri dan mereka berasa amat bahagia dengan apa mereka telah di lalui oleh mereka.
       “Abang bahagia sangat, Dhuha sudah kembali ke sisi abang. Abang janji, abang tak akan sia-siakan Dhuha lagi,” Dhuha memaut pinggang suaminya. Dhuha tersenyum mendengar ucapan daripada Naufal.
        Kenangan lama antara kami berdua sudah lama berkubur, maka bermulalah episod baru antar Naufal dan Dhuha. Satu ciuman singgah didahinya. Lama kami diam sebelum Naufal kembali bersuara. “Kita tak pernah pun bincang pasal anak lepas kita kahwin,” Naufal senyum nakal. “Kalau boleh, abang nak anak ramai. Cukup satu team bola jadi lah,”
       Dhuha pantas mencubit lengan Si suami.
       “Aduh.. sejak bila sayang abang ni pandai jadi ketam,”
       “Sapa suruh usik Dhuha macam tu,”
        “Betul apa abang cakap tadi, kita dah miss beberapa tahun tahu tak. Harap-harap, tahun ni boleh double,” Naufal tergelak nakal. Dhuha menampar lembut bahu Naufal.
        “Abang! Abang tak pernah pun cerita pasal Kirana dengan Ady,” Kotak fikiran Dhuha terlintas Kirana dan Ady, mereka pasangan secocok. Tersenyum bahagia tatkala mereka hidup bahagia.
        Naufal memandang wajah isterinya. “Oh pasal tu ke, diaorang dah lama lah kenal. Tak sangka pulak, Si Ady tu suka dengan Kirana. Ady sendiri datang jumpa abang dekat rumah. Cakap dia sukakan Kirana lebih seorang kawan. Mula-mula abang tak yakinlah jugak, dia sendiri melamar Kirana depan abang. Kirana tu pun suka juga dekat Ady tu. Tak sangka kan, jadi macam tu,”
      “Habis tu macam mana dengan kad undangan dah hantar,” soal Dhuha lagi.
      Naufal tersengih. “Dhuha, orang pertama dapat dapat kad tu. Sebelum cetak kad undangan yang baru,”
     “Abang kejam!” Dhuha menghentak kaki sambil memasam mukanya. Naufal tergelak melihat isterinya.
       Dhuha meninggalkan Naufal di bolkani dan masuk mereka semula. Makin dilayan, makin mengada. Naufal mengejar langkah isterinya dan terus cempung tubuh Dhuha. Dhuha terjerit kecil, dia berusaha untuk melepaskan dirinya.
       “I love you,” lafaz Naufal di cuping telinga Dhuha.
       Dhuha tersenyum bahagia.
       “I love you too,” balas Dhuha.
       Kini, kebahagiaan itu sudah menjadi milik mereka berdua. Semoga Naufal dan Dhuha bersatu sehingga ke akhir hayat.
#TAMAT#



10 comments:

  1. best sgt2...jln cerita yg sukar d jgka..

    ReplyDelete
  2. @princess ryanna hehe. yaka, sukar dijangka ? terima kasih baca :)

    ReplyDelete
  3. best tp geram la jgak ngn dhuha..mudah je trima bekas suami dia smula..kalau ada konflik kt situ kn best..

    ReplyDelete
  4. salam gan ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya gan !

    ReplyDelete
  5. Best sangat! Baca dari part 1 sampai last ni. Menitis air mata bagaikan ombak. eh. hahaha

    ReplyDelete
  6. best sgat2 :D
    Hye . Jemput singgah baca cerpen saya :D

    http://shapurplegirl.blogspot.com/2013/11/encik-pencuri-payung-aka-encik-pencuri.html

    http://shapurplegirl.blogspot.com/2013/11/mr-montel-kesayanganku-cerpen-ke-2.html

    ReplyDelete
  7. Kenapa Naufal panggil Kirana Sayang time kat restaurant tu? Saja je ish!

    ReplyDelete
  8. Tahniah..... pandai olah cerita... best sgt2

    ReplyDelete

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)