Kekasih Kontrak Bab 13





BAB 13
NAMA dia apa, kak?” soal Haida untuk sekian kalinya. Telefon bimbitnya sentiasa melekat di tangan gadis itu.
        “Shah,” Dengan malas Munirah menjawab pertanyaan Haida. Munirah tekun menyusun atur novel-novel di rak itu. Haida sudah terangguk-angguk macam burung belatuk.
        “Kak Ella panggil akak Ecah kan,” tanya lagi Haida menginginkan kepastian.
        “Ye, betul lah tu, kenapa?” jawab Munirah, hairan. Munirah memandang seraut wajah anak buahnya
        Haida tersengih. “Ecah, Shah. Kalau digabungkan mesti jadi Aishah kan. Wah bunyi macam sweet aje,”
       PAPP!
       Penampar Jepun menghinggap di bahu Haida. Berkerut dahi Haida apabila telapak tangan milik Munirah melekat dibahunya. Perih!
      “Aduhh! Sakitlah akak. Ganas betul akak ni,” kata Haida dengan memegang bahunya. “Betul apa, Haida cakap sweet. Manalah tau kan, akak dengan mamat tu ada jodoh ke,”
       Terasa nak pecah jantung Munirah ketika itu. Haida ni sama aje macam Ella. Sebal betul. Jodohlah aku dengan orang lain, janji bukan dengan mamat tak otak center tu aje.
      “Haida boleh tak jangan nak pandai-pandai jodoh akak dengan budak tu. Akak tak sukalah. Berlagak bagus, dia ingat dia handsome ke apa. Pigidaaaa!” selamba Munirah berkata.
       Haida mencebik. “Sekarang tak suka, bila dah kerap jumpa nanti. Mulalah ulat bulu naik daun,”
       Munirah buat dunno dengan Haida. “Puh-lease lah. Dia tu dahlah sepupu dengan Si Ella tu,”
       Haida memetik jarinya. Terkebil-kebil mata Munirah terkejut. “Nampak tu, itu penandanya jodoh akak dengan dia makin dekat,”
      “Dekat apa pulak dahnya,”
      “Dia kan sepupu kepada Kak Ella. Lagi senanglah dia nak jumpa akak nanti,”
       Munirah mengeluh kecil. Mengingatkan kepada lelaki kepada sepupu Ella itu. Kenapa bayangan lelaki itu selalu muncul dalam mindaku?
       “Jangan nak mengarut boleh tak. Kalau dia bersepupu dengan Ella pun, tak ada maknanya, dia nak datang jumpa akak selalunya,”
       “Well. Kita tengok sapa betul, sapa salah. Wait and see,” kata Haida sambil berpeluk tubuhnya. Munirah mencebik. Geram betul dengan perangai Haida yang susah untuk mengalah.
       Bruno Mars tiba-tiba berlagu. Diseluknya ke dalam poket seluatnya. Munirah mengangkat kening. Munirah meletakkan jari telujuk di bibirnya kepada Haida.Butang hijau di tekan pada Sony Ericson ditekan.
       “Assalamualaikum, abang Irfan,”
       “Waalaikumsalam warahmatullah. Moon dekat mana?”
       “Moon dekat kedai lah. Kenapa abang, bunyi macam penting aje,” nada kerisauan mula menjalar ke hatinya.
       “Abang nak minta tolong Moon ambilkan Ifa dekat taska. Maybe hari abang balik lambat sikit kut,”
      Munirah menarik nafas lega. “Boleh aje. Nanti Moon ambil Ifa. Lepas tu, Ifa bawa dia balik rumah Moon lah tau,”
      “Ok,” balas Irfan pendek. “Terima kasih, Moon,”
      Setelah panggilan berakhir, Munirah menggaru kepala biarpun beralas dengan tudungnya.
      “Kenapa akak, macam serius aje,” soal Haida masih setia berada di sisi Munirah.
      “Tak ada apa-apa pun. Irfan minat akak pergi ambilkan Ifa dengan taska tu aje,” balas Munirah dengan lemah. Setelah beberapa minggu tidak bercakap dengan lelaki itu, hari ini dia dapat juga bercakap dengan encik arkitek itu.
      “Laa.. tu aje ke dia nak cakap. Ingat apalah tadi. Dia tak cakap ke rindu ke sayang ke,” Haida sudah sengih-sengih kambing. Munirah sekadar diam, kerja diteruskan seperti biasa.  TELEFON bimbit berjenama iPhone dikeluarkan dari poket seluar slacknya. Kosong. Tiada sebarang panggilan atau mesej diterima untuknya. Nazrin memasukkan kembali telefonnya di dalam poket. Sekilas dipandang daripada jauh. Seperti ternampak sesuatu lantas matanya dikecil sedikit.
       ‘Ecah!’ Otaknya mula bergema nama kecil itu. Sekecil tuan empunya nama. Hatinya sudah mula tertanya-tanya dan memberontak ingin mengetahuai. Siapa anak kecil bersama dengan Ecah. Satu perasaan aneh mula menebar didalam hatinya.
       Suraya menghampiri Alongnya lantas dipaut lengannya. Terkejut Nazrin ketika itu. Tetiba sahaja, ada seseorang memaut lengannya. Suraya hairan dengan kelakuan Alongnya.
      “Along tengok apa, sampai khusyuk macam tu,” soal Suraya.
      “Tak ada apa-apa pun lah,”
       Suraya sudah tarik sengih panjang. “Tipu! Ni mesti usha awek kan,”
       “Tak kuasa Along nak usha-usha lah. Kalau Along suka, Along pergi aje jumpa dia cakap nak berkenalan dengan dia,”
        Suraya mencebik. Nazrin berpaling semula ke satu sudut dipandangnya tadi. Bayangan gadis itu sudah tidak lagi kelihatan. Matanya meliar kiri ke kanan. Kanan ke kiri. Makin pelik Suraya dibuatnya.
        ‘Along ni kenapa. Dah kena sampuk ke apa,’ desis di hati Suraya.
        Suraya menarik lengan baju Alongnya. Geram. Nazrin terkejut dengan tindakkan adiknya.
        “Along kenapa. Takkan dah kena sawan pulak. Ish!”
        Nazrin buat dunno dengan Suraya sisinya. Fikirannya, masih terlekat nama Ecah. Kiri kanan nama gadis itu. Dia seolah-olah tidak boleh berhenti memikirkan tentang gadis itu. Suraya mengheretnya ke pusat membeli belah untuk mencari hadiah sempena sambutan hari ulang tahun untuk sahabat Suraya hujung minggu itu.
        Mereka berdua jalan beriringan seperti pasangan tengah bahagia dilanda percintaan. Tambah pula antara dia dan Suraya tidaklah jauh beza mana pun. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain.
        Di Kentucky Fried Chicken, Munirah meliar sekeliling ruang restoran itu. Hanya Munirah dan anak angkat kesayangannya di meja kecil itu. Tersenyum Munirah melihat Asyifa kian membesar. Kasih sayang pada Asyifa memang tidak berbelah bahagi.
       “Sedap tak,” tanya Munirah sambil menyusap-usap kepala Asyifa.
       Asyifa tayang muka comel. Dia angguk kepala. Telefon bimbit milik Munirah berdering. Pantas Munirah menyelongkar beg tangannya. Tertera di skrin nama mamanya.Butang hijuau di tekannya.
       “Assalamualaikum, ma,”
       “Waalaikumsalam, Moon dekat mana ni,”
       “Moon dengan Ifa. Bawa Ifa makan KFC sekejap. Nanti Moon balik lah,”
       “Yaka dengan Ifa. Mama dekat kedai buku ni,”
       “Ma, buat apa dekat kedai,” soal Munirah nada hairan.
       “Mama nak jenguk kedai mama pun dah tak boleh. Nanti balik cepat sikit. Dahlah kau bawa tu anak orang,”
       Munirah buat muka bosan. “Bukan anak orang lain pun. Anak Moon jugak,”
        “Banyaklah anak kau kan. Selagi kau tak kahwin dengan bapak budak. Itu bukan anak kau lagi. Dah balik cepat sikit,”
         Munirah mematikan panggilan daripada Puan Aida. Perkataan kahwin berlegar-legar di minda. Kahwin dengan Irfan, tak mungkinlah. Munirah menongkatkan dagunya.
         “Nenek marah mama ek,” soal anak kecil dihapadannya.
         Munirah tersenyum melihat Asyifa menyuapkan kentang goreng ke mulutnya.
         “Ish, taklah. Nenek baik, mana tahu marah...” terputus-putus Munirah berkata. Matanya tertancap sesuatu yang menarik.
         ‘Bukan ke tu sepupu Ella. Ella cakap mamat tak otak center tu tak ada awek. Tu bukan awek dia ke,’ desis dihatiknya. Bertubi-tubi soalan dilahirkan di sanubarinya. Dari jauh kelihatan lelaki itu bersama seorang gadis yang agak cantik. Langkah hayuanan mereka beriringan. Terbit rasa cemburu melihat pasangan itu.
         ‘Kau ni dah kenapa Moon, tetiba nak cemburu bagai dekat mamat tu,’ ada satu suara berbisik di tepi telinganya.

MUNIRAH tidak berhenti-henti menekan remote contraller di dalam tangan. Satu per satu disiar pada televisyen itu tidak menarik minatnya. Dia menjeling jam tergantung didinding itu. Sembilan empat puluh lima minit malam. Asyifa, awal petang lagi sudah balik ikut ayahnya. Puan Aida datang daripada arah dapur. Dia melabuhkan panggung pada salah satu sofa di ruang tamu itu.
         Puan Aida mencapai surat khabar daripada bawah meja kaca itu, lantas dihulurkan kepada Munirah yang sudah melekat di Cartoon Network. Munirah memandang wajah mamanya agak serius itu. Dicapainya huluran surat khabar tersebut dengan dibuatnya muka blur.
          “Kenapa dengan surat khabar ni. Mama nak ajar Moon buat origami ke,” soal Munirah dengan selamba. Munirah sudah tersenyum-senyum.
          “Banyaklah kau punya origami. Bacalah keratan iklan tu,”
          Munirah mematikan senyuman. Bila mama menjawab begitu, dia tahu mama memang serius. Munirah mengangkat surat khabar tu, lantas dibaca iklan disebutkan oleh mamanya. Terkebil-kebil Munirah membaca iklan tersebut. Sekali lagi. Tolonglah aku dah sanggup lagi dah.
          Surat khabar itu diletakkan kembali di atas meja kaca tersebut. Iklan pencarian setiausaha baru di sebuah syarikat swasta. Sebelum ini, macam-macam cara Munirah guna untuk minta kerja. Ada apply kerja melalui online kat Job Malaysia, Jobless, Jobstreet, Jobcentral dan lihat tawaran kerja kosong kat surat khabar. Selain tu, Munirah ada juga hantar random ke mana-mana alamat syarikat yang Munirah rasa sesuai.
        “Moon pergi ye, temudaga tu,” lembut suara Puan Aida berkata-kata. Mata Munirah sudah melekat cartoon Tom and Jerry.
       “Tengoklah nanti macam mana,” jawab Munirah malas.
       “Pergilah. Sampai bila Moon nak kerja dengan mama. Lagipun membazir aje belajar sampai ijazah. Last-last kerja dengan mama,”
       “Mama tahu tak dah berapa kali, Moon pergi interview dah masuk...”
       “Lima puluh kali,” pintas Puan Aida. Munirah mengeluh. Bukan dia tak nak bekerja. Berbekalan dengan Ijazah Sains Pentadbiran boleh membawa dia kepada satu pekerjaan agak lebih bagus, tapi nasib jarang menyebelahinya.
      “Nantilah Moon fikirkan dulu. Nak kumpul power dulu. Risau kena reject untuk kali kelima puluh satu,” Munirah kembali menghadap Tom and Jerry. Puan Aida menggeleng kepala.
      “Ish dah besar-besar pun masih tengok kartun macam tu. Malu dekat Asyifa aje,”
      Munirah tersengih-sengih kambing. Itu hobinya mengisi masa lapang, tengok kartun kegemarannya. Puan Aida sudah bangun dan mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas. Dibiarkan anak bongsunya bersendirian di ruang tamu.
      Setelah puas menonton kartun di televisyen, Munirah menolak dedaun pintu dibiliknya. Dia menghempaskan badanya pada tilam itu. Matanya memandang siling. Kosong. Hampir tertembus siling dipandangnya. Keretan iklan dikoyakkan oleh Munirah. Mengeluh panjang Munirah melihat keretan iklan tersebut.
         “Interview. Interview. Interview. Bosannya, tak ada benda lain ke,” kata Munirah kepada diri sendiri. Munirah mencapai patung berwarna merah kesayangannya.
         “Elmo, perlu aku pergi interview yang aku sendiri tak pasti atau dapat ke tidak,” soal Munirah agak banggang kepada anak patungnya. Munirah mencampak kembali Elmo itu ke pinggir katilnya.
          “Apalah yang kau banggang sangat, pergi tanya Elmo tu buat apa. Dia bukan tahu apa-apa pun. Better kau tidur awallah,”
        Munirah menekan suis bedside lamp. Gelap bilik tersebut.
       ‘Goodnight,’ bisik hati Munirah.

KERETA dipandunya, tiada tahu tuju perjalanannya. Akhirnya, destinasi yang tidak pasti membawanya ke kawasan pantai. Persekitaran kawasan pantai itu tidak kurang dengan pengujung walaupun malam sudah beranjak pukul dua belas setengah malam. 
        Nazrin duduk di atas itimbunan batu-batu besar sekitar kawasan pantai itu. Bunyian ombak mendamaikan hatinya agak tidak tenteram. Cahaya bulan terang menerangi kawasan pantai tersebut.
       Nazrin merebahkan badannya seketika di atas batu tersebut. Lantas di pejamkan matanya. Meliar-liar bayangan seorang gadis di sekitar mindanya. Gadis kecil molek yang memberikan senyuman indah untuknya.
      Matanya tercelik luas. Dia kembali bangun daripada pembaringannya. Melurut rambutnya perlahan.
        “Kenapa dengan aku ni. Ada masalah otak ke. Asyik fikir pasal Ecah aje,” tanya Nazrin kepada dirinya. Ish tak boleh jadi kalau macam tu. Boleh gila nanti aku kalau ingat dia terus-terus macam tu. Tambah pula, dia dah kahwin. Kalau bujang tak apalah jugak. Gumam Nazrin seketika.
        Tak sangka bagi diri Nazrin, gadis itu sudah berkahwin dan mempunyai anak perempuan. Mahu sahaja, dia ingin menjerit di kawasan pantai tersebut. Kalau dijerit karang, pasti orang akan cop dia sebagai orang gila yang sudah terlepas dari wad sakit mental.   Nazrin melompat turun daripada timbunan batu tersebut. Dia memulakan langkahnya perlahan, berjalan di persisir pantai di temani cahaya bulan.

        BERSAMBUNG... 

5 comments:

  1. Moon jeles tgk Reen berjln dgn Reen. Haha

    ReplyDelete
  2. @ArifahLee hehe. Moon . Moon. apa la minah tu.

    ReplyDelete
  3. Moon jeles . Reen salah paham . Bgs sgt lettew . Huhuhu .

    ReplyDelete
  4. bab 14 tak de lagi ke??? tak saba-saba nak bace bab seterusnya..hehe
    citer ni mmg best walaupun baru bace sampai bab 13

    ReplyDelete

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)