NOTA KAKI: Jom baca sambungannya. Harap semua suka... :)
TERLALU MENCINTAIMU – PART 2
DHUHA
menanggalkan apron berwarna putih lalu di campak di atas kerusi. Dhuha menatang
kek itu ke bahagian depan dengan penuh berhati-hati. Kek coklat yang ditempah
untuk majlis hari jadi oleh kawan karibnya semasa menuntut belajar di kolej
dahulu. Tersenyum simpul Dhuha, dapat jugak dia menyiapkan kek tersebut tanpa
sebarang gangguan.
Kehadiran pelanggang meriuhkan suasana
ruang kedai kek kecil milik Dhuha. Tersenyum puas melihat pelanggang, makin
hari makin ramai. Dan makin banyak kerja harus dilakukannya. Kedai itu
menyediakan ruang untuk makan di kedai itu atau pun dibungkus untuk dibawa
pulang.
Dhuha menunduk mengambil kertas bercorak
dalam meja dan segulung ribe berwarna merah jambu. Dia kembali berdiri daripada
menunduk. Tersentak dan Dhuha hampir menepis kek berbentuk bulat itu. Kus
semangatnya, hampir sahaja kek itu ingin melekat ke muka lelaki berkaca mata
hitam di hadapan.
Datang tak diundang, salam tidak diberi.
Tiba-tiba boleh terpacak di hadapan kaunter tersebut. Nasib dia tidak mempunyai
penyakit kritikal yang boleh bawa maut. Tidak pasti dia akan ‘jalan’ di kedai
itu juga. Dhuha tidak mempedulikan lelaki itu. Dia membentuk kertas itu menjadi
kotak untuk dimuatkan kek tersebut. Sebelum kawannya datang ambil lebih kurang
setengah jam lagi.
“Macam mana boleh Encik Naufal tahu saya
dekat sini,” tanya Dhuha, serius. Naufal menanggalkan kaca mata hitam
tergantung di telinganya. Dhuha hanya tunduk memandang kek itu.
“Mana saya tahu tu tak penting. Paling penting
saya nak tahu sangat kenapa awak pulak yang bayar ganti rugi tu. Sepatutnya
saya yang tanggungjawab,” Naufal mula bersuara. Dhuha melepaskan keluhannya.
“Saya tak minta pun Encik Naufal tolong
ganti rugi kan katak saya tu. Saya boleh bayar sendiri,” jawab Dhuha masih
tekun membuat kerjanya. Sebenarnya, dia tidak pun meminta ganti rugi apa-apa pun
daripada lelaki itu. Biarlah dia tanggung sendiri.
“Saya pelik dengan awak ni, kalau orang
lain. Bukan main beriya-iya minta ganti rugi tapi awak ni tak. Sombong tak
bertempat,” Naufal mula mengapi-ngapi Dhuha.
Nafas Dhuha mula turun naik. Geram dengan
ucapan lelaki itu. “Kalau saya nak sombong pun. Itu hak saya. Bukan hak Encik
Naufal,”
Naufal tersenyum sinis melihat Dhuha
sudah berasap. Dia benar-benar merindui gadis itu. Mahu sahaja dipeluk dan
dicium pipi gadis dihadapannya, tapi dia masih waras akal fikiran untuk
lakaukan semua itu.
“Apa-apa pun, awak pernah jadi hak saya,”
selamba Naufal berkata. Dhuha melipat pandangan ke arah lelaki itu. Renungan
tajam dihadiahkan untuk lelaki itu.
“Itu dulu, but not now!” kata Dhuha
separuh bisik.
“Kenapa awak cakap slow sangat. Takut
orang lain tahu yang awak tu pegang title...”
Dhuha menuding jari ke batang hidung
lelaki itu. “ Encik Naufal jangan nak buat kecoh dengan kedai saya okay. Saya
benci Encik Naufal sangat-sangat dan tersangat-sangat,”
“Scha, tolong uruskan kek ni,” arah Dhuha
kepada salah seorang pekerjaannya di kedai itu. Gadis bertudung itu khusyuk
mencuci cermin pameran kek. Terkedek-kedek Scha ke kaunter tersebut untuk
mengambil alih tugas majikan itu.
Dhuha mengatur langkah kakinya ke
bahagian dapur itu. Tanpa rasa segan silu, Naufal tutur mengikut gadis itu ke
ruangan tersebut. Dhuha memberhentikan kaki secara mengejut dan Naufal terpaksa membuat berhenti terkejut. Dhuha
memaling ke arah Naufal.
“Hanya pekerjaan kedai ni sahaja boleh
masuk ke sini,” tegas Dhuha. Naufal buat muka. “Encik Naufal dengar tak,”
“Dengar. Okay kalau macam tu. Saya kerja
dekat sini boleh,” Dhuha makin kerut seribu dengan telatah Naufal umpama
kanak-kanak ribena. Tak ada angin, tak ada ribut, tetiba cakap nak kerja dekat
sini. Dhuha merengus kasar.
“Encik Naufal jangan main-main boleh
tak. Ni bukannya taska, ni kedai kek lah. Bukan tempat mainan. Encik Naufal nak
bagi kedai saya bankrupt ke apa!” marah Dhuha.
Wajahnya yang putih menjadi
kemerah-merahan apabila dia mula bersuara tinggi. Beberapa pekerja yang berada
di dapur itu hanya menjadi penonton kepada drama sebabak tak berbayar itu.
“Tolong jangan panggil saya, Encik
Naufal. Terlampau formal sangat. Kita tak duduk dalam pejabat pun,”
Dhuha merenung tajam anak mata lelaki
itu. “Habis tu nak panggil apa,”
“Abang,”
“TERIMA KASIH, NUR,”
Ucap Dhuha kepada Nur yang menghantar
dua gelas jus epal kepada majikannya dan tetamu yang berkunjung ke kedai
tersebut. Nur mengukir senyuman apabila mendengar ucapan tersebut sebelum
mengalihkan gelas tinggi tu ke meja kecil dan dua piring kecil berisikan
sepotong kek berperisa coklat dan pandan.
Nur berlalu dan kembali melakukan
tugasnya seperti biasa. Dhuha sememangnya rasa malu dan bertambah malu apabila
Naufal memandang terus-menerus tanpa berhenti.
“Dah berapa tahun kedai ni buka,” Naufal
memulakan perbualan.
“Lebih kurang satu setengah tahun jugalah,”
Naufal menyuapkan kek tersebut ke dalam
mulutnya. Dhuha tersenyum. Melihat lelaki tak ubah seperti dulu. Makin kemas
dan tegap.
“Sedap,” puji Naufal. “Sebelum ni, awak
kerja apa. Means, sebelum ada kedai ni,”
“Buat kek lah. Buat secara kecil-kecilan.
Throught internet, tak sangka dapat sambutan. Alhamdulilah, ni hasil berkat dan
kata-kata semangat daripada arwah mama. Kalau mama tak ada, entahlah. Mungkin
hidup saya masih terkontang-kanting,”
Naufal tersentak seketika apabila Dhuha
menyebut arwah mama. Nafasnya bagai terhenti untuk beberapa saat. Dhuha
menampakkan perubahan pada wajah lelaki itu.
“Arwah mama..” separuh ayat itu terluah
di mulut Naufal. Dhuha mengangguk tanda mengiyakan.
“Dah dua tahun mama pergi. Sedih hati
Dhuha, bila pergi tinggalkan untuk selama-lamanya. Dua orang insan yang
bergelar ibu kepada Dhuha. Pergi menghadap Illahi. Apa-apa pun, Dhuha terkilan
sangat sebab mama tak dapat tengok kedai ni,”
“Innalillah..” ucap Naufal sambil
memejamkan matanya. “Habis sekarang awak tinggal dengan sapa. Kenapa tak
bagitahu saya langsung pasal ni,”
Dhuha dipagut rasa bersalah dalam
hatinya. Bukan tak nak bagitahu, malah dia sendiri pun tidak tahu dimana Naufal
tinggal. Sejak mereka berdua bercerai, Dhuha bangun kembali untuk meneruskan
kehidupan seperti biasa. Dia terpaksa menukar nombor telefon yang baru.
“Saya tinggal dengan kawan saya. Awak
tak perlulah risau tentang keadaan saya. Saya okay,” ujar Dhuha dengan tenang.
Panggilan mereka berdua sudah bertukar ‘awak’ dan ‘saya’. Bukan lagi seperti
mula-mula berjumpa dengan lelaki itu. Cukuplah setakat panggilan biasa. Tidak
seperti yang dipinta oleh Naufal iaitu panggilan ‘abang’ dan seangkatan dengan
nya.
“Awak tak tinggal dengan Irham ke,” soal
Naufal sebelum menghirupkan air jus epal tersebut.
Dhuha menggeleng. “Tak, segan nak tinggal
dengan dia. Lagipun dia ada punya wife dengan anak-anak dia,”
Diam seketika.
“Awak masih sayangkan saya lagi,” soal
Naufal tanpa rasa segan. Kalau diberi peluang sekali lagi. Pasti dia akan jaga
Dhuha sebaik mungkin.
Dulu, ego selalu menguasai diri ini.
Selepas beberapa hari menceraikan Dhuha, Dhuha selalu muncul dalam
mimpi-mimpinya. Hari-hari mummynya pasti akan berleter tentang penceraian tersebut.
Tambahan pulak, Dhuha seorang menantu yang baik hati. Tapi sekarang, gadis itu
sudah jauh beza daripada lima tahun lepas.
Dhuha tersentak soalan diluahkan daripada
lelaki itu. Dia hanya diam, dadanya dihambat rasa sebak dalam hatinya. Mahu
sahaja, dia mengaku bahawa sesungguhnya dia masih mencintai lelaki itu. Tapi
ego dan kenangan lalu membuatkan Dhuha
rasa kecewa dihatinya. Masih segar diingatan saat lafaz cerai dilakukan oleh
lelaki yang pernah bergelar suaminya ketika dahulu. Melafaz cerai semudah
menyebut ABC.
Dalam tempoh lima tahun, pelbagai
perasaan ditempuhinya. Cemburu, sakit hati, disindir-sindir oleh sedara mara
dan bercampur baur lagi dengan perasaan lain. Cemburu tatkala melihat Abang
Irham yang sedang berinjak bahagia dengan isteri tercinta serta anak-anaknya.
Hatinya tercarik-carik melihat pasangan
lain yang sudah berkahwin. Bahagia di samping orang disayanginya. Tapi aku..
masih tidak pasti siapakah akan sampai jodoh dirinya.
“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat
sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita
fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala
sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti
Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun
laknatullah,” Puan Faridah berkata.
“Apa hikmahnya kes yang berlaku
sekali-sekala tu?”
“Eh, mama bukan pakar hikmah! Tetapi
mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap
yang lebih tinggi,”
“Hikmah untuk kita?” Dhuha masih
kebinggungan akibat kepalanya mulai pening disebabkan oleh terlalu banyak
menangisi perkara telah berlaku.
“Jika takdirnya pahit untuk kita,
terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik
dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika
takdirnya pasangan kita bermasalah…
bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah
untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi
Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah,”
Teringat perbualan kecil antara Dhuha dan
Puan Faridah suatu masa dahulu. Dhuha mengacau-gacau jus epal dengan menggunakan
straw digelas tersebut.
“Saya tak paksa awak bagi jawapan
sekarang ni. Saya bagi awak ruang untuk jawapan soalan tu. Apa-apa pun, saya
masih sayangkan awak. Cinta saya tak pernah berubah, cuma keadaan yang memaksa
saya berbuat begitu. Saya minta diri dulu,”
Naufal sudah bergerak keluar daripada
kedai tersebut. Dhuha masih lagi terpinga-pinga di meja kecil itu. Keadaan di
kedai itu sedikit berkurangan berbanding sebelumnya. Dhuha mengeluh kecil. Semoga
pemilik tulang rusuk kiri, akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat
nanti.
NAUFAL
menanggalkan kasut kulitnya di hadapan pintu. Dari luar Naufal melihat mummynya
sedang menonton televisyen. Kebiasaanya, Naufal akan menghabiskan masa hujung
minggunya dengan keluarga tercintanya. Langkah kaki mendekati Datin Nadiah dan
menyalam wanita tersebut.
“Tak pernah sampai rumah mummy
petang-petang macam ni. Selagi tak malam, selagi tu tak nampak batang hidung,”
ujar Datin Nadiah mengalih pandangan kepada Naufal.
“Alah mummy ni, Naufal sampai awal pun
mummy bising. Kang Naufal tak balik langsung, menangis pulak mummy tu,” sakat
Naufal sudah tersenyum-senyum.
“Kau jangan bagi mummy heart attack
okay,” tegas Datin Nadiah.
Naufal
hanya diam mendengar kata-kata mummynya.
“Irah! Tolong buat air dekat Naufal. Dia
dah sampai,” laung Datin Nadiah daripada arah ruang tamu. Terangguk-angguk Irah
selaku sebagai pembantu rumah mewah tersebut.
Naufal memejam matanya seketika. Mindanya
dipenuhi dengan bayang-bayang bekas isterinya. Rindu senyuman menawan, gelak
tawa, merajuk dan telatah bersahaja milik Nur Dhuha.
“Anak mummy seorang, dah kena sampuk
dengan sapa. Asyik tersenyum aje,” teguran Datin Nadiah, menyedarkan Naufal
kembali ke alam nyata. Irah membawa segelas air jus oren diletakkan di atas
meja sebelum meninggalkan majikannya itu.
“Tak ada apa-apa lah mummy,” Naufal mencapai
gelas kaca itu. Lalu diteguknya perlahan. “Mummy teka sapa Naufal jumpa
semalam,”
Datin Nadiah memandang tepat ke arah wajah
Naufal, seiras seperti suaminya, Datuk Norman.
“Karina?” Datin Nadiah cuba berteka teki
dengan Naufal.
Naufal mencebik sambil menggeleng kepalanya.
Karina, seorang model terkenal. Teringat pada gadis yang memiliki lesung pipit
pada kedua-dua belah pipinya. Itulah aset kecantikkan terletak kepada Karina.
Nama gadis itu cukup sinonim dalam dunia
pemodelan. Kriteria yang ada pada gadis itu, cukup membuatkan ramai kaum Adam
terjerat dengan rupa paras. Sejujurnya, gadis itu telah menambat hatinya seawal
usia perkenalan mereka.
“Nur
Dhuha,” sepatah disebut oleh Naufal.
Riak wajah Datin Nadiah agak berubah dan dia
kembali mengukir senyuman.
“Macam mana Naufal boleh jumpa dia. Mummy
rindu sangat dekat dia,”
“Naufal
terlanggar kereta dia,” ucap Naufal dengan selamba.
Terbuntang
mata Datin Nadiah mendengar. “Astaga.. apa kau buat ni Naufal. Sekarang dia
macam, sihat ke tidak. Kamu ni, jalan raya tu bukan tempat nak berlumbalah.
Mummy selalu pesan, jangan pandu kereta tu laju-laju. Masih tak serik-serik
lagi,”
Nada
kerisauan jelas terpancar disanubari wanita tersebut. Naufal tersenyum-senyum
melihat mummynya sudah cacing kepanasan.
“Dia
okaylah mummy. Cuma kereta dia kemek sikit. Sebenarnya dah lama jadi, tapi tak
ada kesempatan nak bagitahu mummy tu aje,”
“Syukur alhamdulilah.. risau mummy tahu tak.
Nasib tak apa-apa, kalau jadi apa- dekat dia menyesal kamu seumur hidup,”
“Mummy, tak teringin ke nak jumpa dia,”
tanya Naufal.
Datin Nadiah mengalih pandangnya ke arah
Naufal. “Boleh juga, lama mummy tak jumpa dia. Suami dia tak marah ke,”
“Dia bujang lagi. Tak kahwin dengan sapa-sapa
pun,” jawab Naufal acuh tak acuh.
“Mummy ingat dia dah kahwin, ke Dhuha masih
tunggu kamu, Naufal,” duga Datin Nadiah.
“Entahlah mummy. Dia dah banyak berubahlah
sekarang ni. Tak macam dulu lagi dah. Dulu, lemah lembut, dengar cakap. Sekarang
Naufal tengok dia dah macam keras hati aje. Risau tak boleh tackle dia balik,”
Naufal sedikit mengeluh.
“Naufal, masih sayang dekat dia lagi ek,”
Naufal
sekadar mengangguk tanda mengiyakan sahaja.
“Habis,
Karina tu kamu nak campak mana,” Datin Nadiah tiba-tiba mengajukan pertanyaan
sebegitu.
Naufal merengus. “Mummy... Karina dengan
Naufal tak ada apa-apa pun. Kitaorang cuma kawan okay mummy,”
“Alah.. mummy tak percayalah. Ke sana ke sini,
melekat aje berdua. Tak ada apa-apa lagi,”
Datin Nadiah bangun daripada duduk.
“Mummy tak kesah pun sapa bakal menantu
mummy. Dhuha mahu pun Karina. Mummy okay aje,”
Naufal membisu. Dia tersengih nakal. “Kalau
macam tu, Naufal kahwin dua ajelah,”
Naufal tergelak nakal. Bantal kecil di
kerusi itu, dicampak mengenai anak lelakinya itu.
“Ada hati nak kahwin sampai dua. Dulu sorang
pun tak mampu nak urus, ni pulak dua orang. Anak mummy jangan nak buat haru
okay!”
Gelak
tawa Naufal terhenti apabila Datin Nadiah sudah mengeluarkan kuasa vetonya.
“Alah mummy ni.. Naufal gurau ajelah,”
Naufal mendekati Datin Nadiah sambil memeluk batang leher Datin Nadiah.
“Yela tu, mummy nak anak mummy ada seorang
aje isteri. Mula-mula kahwin seronaklah ada dua isteri yang saling menyayangi.
Bila dah lama-lama nanti, macam-macam hal pulak timbul. Kalau teringin juga,
mummy tak nak tanggung. Pandai-pandailah kamu uruskan,”
Naufal mencebik. “Alah macam lah Naufal
nak buat sungguh-sungguh,”
“Dah. Pergi mandi. Dah naik masam bau,”
“MUMMY!” jeritan kecil milik Karina
membuatkan Datin Nadiah toleh kebelakang.
Datin
Nadiah tersenyum melihat tetamunya sudah berada dihalaman rumah. Karina mengatur
langkah ke arah Datin Nadiah. Secara automatik Karina mencium tangan dan pipi
milik wanita tersebut.
Mereka
jalan beriringan ke halaman rumah, tersedia meja bulat bersama kerusi. Taman kecil
itu dihiasi kolam ikan hidup peliharaan Datuk Norman. Karina melabuhkan
punggungnya, turut diikuti oleh Datin Nadiah.
“Mummy sihat?” ramah Karina bertanya.
“Sihat
aje, Karina tak kerja hari ini,” soal Datin Nadiah.
“Kirana
off hari ni. Rindukan anak mummy tu. Lama tak jumpa dia,”
“Rindu
anak mummy aje. Mummy ni tak rindu,” seloroh Datin Nadiah. Dia senang kehadiran
Kirana di kediamannya.
Mata milik Kirana meliar setiap sudut kawasan
banglo mewah tersebut. Tertancap Mercedes Benz tersadai di garaj. Gadis itu
tersenyum ceria.
“Mummy, Naufal ada kan dekat dalam,”
“Ada. Kejap mummy panggil dia,” bingkas
Datin Nadiah bangun.
“NAUFAL, Kirana’s here!” laung Datin
Nadiah dari tingkat bawah.
Naufal menjulingkan mata. “Yes, mummy.
Be right out!”
Naufal menapak keluar dari biliknya. Ruang
tamu kosong. Naufal menjungkit kening.
“We’re in the garden!” laung Mummy lagi.
Menghela nafas, Naufal mula bergerak ke
laman kesayangan Mummy. Mata Naufal melilau mencari kelibat Mummy.
“Nanti kalau Kirana tak sibuk. Rajin-rajinlah
datang rumah mummy. Mummy bosanlah duduk sorang macam ni. Nak harap budak
bertuah selalu melekat dekat banglo. Tak adanya,” kedengaran suara mummy di
dalam mode mesra alamnya.
Naufal mendekati dua insan tu. Pantas tangannya
menarik kerusi yang tersorong di bawah meja itu. Kirana memandang lelaki itu.
“You
sampai sini bila,” soal Naufal sebaik sahaja menghenyak punggungnya di kerusi
tersebut.
“Pagi tadi,” balas Kirana. Sebenarnya,
Kirana baru sahaja pulang daripada Bangkok atas urusan kerja.
Naufal sekadar angguk kepalanya.
“Duduk dulu ya. Auntie nak tengok pie
auntie dalam oven kejap,” ujar Datin Nadiah ramah. Dengan itu, Datin Nadiah
berlalu.
“Dua minggu lagi, I nak pergi New York. You
nak follow I tak,” tutur lembut Kirana.
“Tak kut. I busy sikitlah sekarang ni,”
Kirana mengangguk-angguk perlahan.
“You pergi New York buat apa,” tanya
Naufal meminta kepastian.
“Ada orang sponsor I pergi sana. Best
tau,” ujar gadis memakai dress paras lutut warna ungu itu. Melihat daripada
raut wajah, gadis itu ternyata seronok bakal melancong luar negara untuk kali
ketiga.
“Boyfriend baru you ke, yang sponsor trip
you dekat sana,” Naufal mencapai mini sandwich dipiring kecil itu.
Kirana
menggeleng sambil tersengih-sengih. “Apalah you ni, I mana ada boyfriend. You aje
boyfriend I. You tahukan I sayangkan you sangat-sangat,”
Naufal memuncung sedepa setelah
mendengar luahan hati Kirana. Kirana menarik nafas panjang. Dia membetulkan kedudukannya.
Sesungguhnya taman Datin Nadiah ni memang lawa. Dia cuba menenangkan diri.
“I seriuslah you. I tak main-main tahu
tak. Jom kita kahwin, sayang,”
Naufal terpaku. Kata-kata Kirana segera
diproses di mindanya. Macam tak percaya gadis itu yang mengajak dia kahwin. Dah
terbalik dunia ni.
“Whoa. I tak sangka model terkenal, boleh
lamar I. Macam funny aje,” Naufal ketawa kecil. “Kalau I call reporter, I
confrim esok paper dekat kedai itu jadi macam pisang goreng panas. Berita sensasi,
tajuk besar di muka hadapan. Lara Kirana melamar anak Datuk Norman,”
Kirana merengus kasar sambil memeluk
tubuh dengan wajah masam. Geram dengan Naufal.
‘Ish,
aku serius dia boleh main-main pulak,’ bentak di hati Kirana.
Naufal melihat perubahan ketara daripada
gadis itu.
“Sorry,
I main-main aje. You janganlah take serious macam tu,” pujuk Naufal. Kirana
masih tidak memandang wajah lelaki itu. “Okay-okay. I tahu, I yang salah. Okay
bila kita boleh kahwin,”
Pantas Kirana memaling kembali ke pandangan
Naufal. Dia mengukir senyuman lebar sehingga ke telinga. Mahu sahaj
melompat-lompat keriangan.
“Ni yang sayang you sangat-sangat. Okay kalau
macam tu. Esok you ikut I okay,”
“Pergi
mana,” Naufal masih kebinggungan.
“Butik pengantin,”
Mini sandwich dicapai Naufal terjatuh ke
tanah. Leher Naufal melipat lagi. Matanya mencerun. Dia menelan air liur. Kelat
wajahnya ketika itu.
TERKEBIL-KEBIL
Naufal memandang Kirana memakai gaun berwarna ungu gelap hasil sentuhan
daripada Mix&Match Collection. Kirana tersenyum girang apabila gaun itu
muat dengan potongan badannya.
“Wow, you look gorgeous, Kirana,” puji
pemilik butik tersebut. Kembang
semangkuk mendapat pujian daripada lelaki bernama Max itu.
“Thanks Max. I love this dress. Tapi kan,
I rasa longgar sikit lah,” komen Kirana seraya memandang Naufal yang tekun
menghadap PDA miliknya. Kirana muncung mulut.
Kirana mendekati lelaki itu. Naufal
mendongakkan kepalanya, memandang seraut wajah putih gadis itu.
“You
ni kan. Asyik busy dengan PDA you aje. Bosanlah I kalau macam tu,” rungut
Kirana.
“Apa pulak yang you bosannya. Sepatutnya I
yang bosan tahu tak. Tunggu you cuba-cuba dress itu ini,” Naufal meletakkan PDA
itu di atas sofa tersebut.
“You, tak nak try ke,” tanya Kirana.
Naufal menjungkit kening. “Boleh juga,”
NAFASNYA turun
naik. Sedaya upaya dia meminta dirinya bertenang. Dia cuba untuk menarik nafas
panjang. Peristiwa tempoh hari menyinggah ke mindanya. Dhuha terserempak dengan
Naufal bersama seorang gadis agak terkenal dalam pemodelan.
Kelihatan mereka seperti pasangan
dilamun percintaan. Tak sangka untuk menyaksikan dua orang insan tersebut. Tambahan
pulak, Dhuha menampak mereka kelihatan memasuki sebuah butik iaitu Mix&Match
Collection. Salah satu butik pengantin agak terkenal.
‘Kenapa kau tipu aku, Naufal. Kau kata
masih sayang dekat aku lagi. Sedangkan kau dah ada insan baru. Tak perlulah
buat aku macam ni,’ rintih dihatinya.
Tatkala itu, rumah teras tersebut, dia
hanya keseorangan. Sudah pun masuk hari kedua, Suri masih out-station. Dia tak
sanggup hidup terus begini. Air mata mula berkolam di kelopak matanya. Pantas dikesat
lagi.
“Tak guna pun membazir air mata untuk
lelaki itu,” kata Dhuha sendirian. Dhuha mencapai remote controller di atas
sofa tersebut. Punat ditekan-tekannya tanpa henti. Akhirnya, dia terlekat pada
satu siaran hiburan. Dhuha diam khusyuk memandang kaca televisyen.
“Ada desas desus mengatakan, Lara Kirana
seorang model terkenal bakal menamatkan zaman solo bersama seorang anak Datuk
Norman,”
“Adakah bakal suami Cik Kirana,
akan menyokong cik dalam bidang modeling ni,” soalan pertama tidak lagi berjaya
dijawab. Ditambah pula dengan soalan kedua oleh wartawan lain.
“Kalau benar tentang perkahwinan
itu. Saya akan buat satu announcement. Jangan risau, saya takkan kahwin
senyap-senyap. Untuk soalan kedua tu, my future husband tu sangat faham dengan
karier saya. Dia amat menyokong saya daripada belakang,”
Dhuha memejamkan mata sambil menekan punat
merah pada remote contorller. Tidak sanggup untuk menonton siaran tersebut.
Dhuha mengetap bibirnya. Tanpa dikawal, bantal kecil itu dicampak ke arah
televisyen yang tidak bersalah itu. Hatinya benar-benar remuk tatkala mendengar
pengakuaan daripada model tersebut.
Air mata itu menepis ke pipi tanpa di
tahan. Sakit hatinya kembali bernanah. Malam itu, tidurnya di temani oleh air
matanya.
BERSAMBUNG..
SUMBER: PAKAR CINTA..
naufal tu playboy ek???huhu...
ReplyDeletenanti mst kirana tu nak buat something bad dkt dhuha...kan3?
apa2 pun best3.. :D
@anis farzana apa-apa pun kita tunggu part final lah. baru tahu naufal tu playboy ke tak
ReplyDeleteER?? Tak nak ar Naufal dengan kirana. :'( Sedih tau Dhuha kena cerai then Naufal macam bagi harapan jek kan Dhuha.
ReplyDelete@Anonymoussaya pun sedih jugak. bila orang bagi harapan macam tu kan. macam mane pun kita tunggu part end.
ReplyDeletealahaii sedeh laa tgk Dhuha pth semangat cm 2.. x mau laa Naufaal dgn Kirana.. Naufal dn Dhuha bru mantopp :DD .. can't wait 4 the next n3..
ReplyDelete@areisya sabar ajelah. dugaan hidup . tunggu aje :D
ReplyDeleteNaufal ada kembar ke?
ReplyDeletegeram arr kat naufal tu
ReplyDeletedh la diri sndiri tu confius nk pilih dhuha or kirana
then bole plak dia bwat mcm tu
nnti akhirnya mesti dia menyesal
padan muka..biar dia rase
...hehe EMO terlebey plak saye...
tapi btol la sye tgh gram and good job untk akak sbb dpt buat saye geram...tu namenya akak mmang penulis yg bgos...haha
@ArifahLee kembar? itu kena tanya Naufal. huhu
ReplyDelete@Anonymous hehe. sabar ajelah dengan perangai Naufal tu, dia memang macam tu. apa-2 terima kasih awak.
ReplyDeletekenapa dgn Naufal tu? nak kena makan penampar apa? hee! naik angin betul dgn Naufal. playboy!! dah jdi duda pun nk jd playboy!! kta msih cintkn Dhuha tp boleh pulk pergi tny bila nk kahwin dgn model tu.
ReplyDeleteklau syg takkn bwk benda kahwin2 dgn org lain main2! Dhuha pilih je spupu awk. biar Naufal merana.
ps cik penulis : sorry emo. memang geram betullah baca cerpen ni part Naufal tu. kesian Dhuha. btw suka dgn Naufal. ;D
# suka dengan nama Naufal. hehe salah taip pulk. bukn suka dgn Naufal
ReplyDelete@AinaaAzlan ramai nye yang emo huhu. bagi aje penampar dkat Naufal tu. mengada-2 sangat. suka Naufal. nanti saya bagitahu dia huhu. :D
ReplyDeleteKenapa Karina jadi Kirana? Hahahahaha apa apa pun best!
ReplyDelete