CERPEN:
TERLALU MENCINTAIMU
KOTAK
berwarna merah hati berbentuk hati di atas meja di pandang sepi. Dhuha
memandang lelaki masih berada dihadapannya. Lelaki itu segak berpakaian
pejabat, sekali pandang lelaki itu seperti mengharap sesuatu.Tangan kanan Dhuha
mencapai kotak tersebut. Lantas kotak kecil itu dibuka.
Sebentuk cincin bertahtakan berlian
berada dalam kotak tersebut. Sememangnya cantik. Dia kembali menutup kotak
cincin itu di tutup kembali. Lalu kotak itu ditolak perlahan ke arah pemilik
asal cincin tersebut. Riak jauh laki itu sedikit berubah.
“Tak cukup cantik ke cincin tu,” Lelaki
dihadapan Dhuha mula bersuara.
Sepi.
Dhuha tidak menyangka pertemuannya dengan
sepupunya, ingin menyampaikan hajat lelaki itu memperisterikan dirinya. Perkara
paling tidak disangka olehnya. Hampir luruhnya jantungnya apabila sepupunya,
Johari melamarnya sebentar tadi.
Dhuha menarik nafas dalam. “Bukan macam tu
abang. Dhuha masih belum bersedia untuk pikul tanggungjawab tu lagi. Abang
carilah perempuan lebih sesuai dengan abang,”
“Tapi sampai bila Dhuha nak hidup macam
ni. Abang tak kesah sapa diri Dhuha. Abang sanggup terima apa sahaja, asalkan
Dhuha boleh terima abang sebagai seorang suami yang sah di sisi Dhuha,”
Kata-kata Johari membuatkan Dhuha mengeluh
kecil. Setelah sekian lama dia menunggu Dhuha menyambut salam cinta dan kasih
sayangnya sejak dia pulang ke Malaysia tiga tahun lepas. Pertemuan di kenduri
kesyukuran menjadi perkenalan mereka berdua.
“Dhuha minta maaf, Dhuha tak pernah pun
anggap abang lebih daripada seorang sepupu. Dhuha anggap abang, macam abang Dhuha. Abang selalu jadi pendengar setia bila Dhuha ada masalah. Abang
selalu jadi penguat semangat bila Dhuha tengah sedih. Tapi untuk menerima abang
sebagai seorang suami masih belum terlintas di fikiran. Dhuha lebih selesa
hidup begini,”
Johari menyandar lemah di kerusi itu. Sesekali
dia memandang pengunjung di restoren itu. Pengunjung makin berkurang apabila
waktu rehat hampir berpenghujung.
“Bagilah peluang untuk abang sekali ni saja.
Abang janji, abang akan jaga Dhuha sebaik mungkin,” separuh merayu Johari
dengan meraih jari jemari Dhuha.
Dhuha menarik jari jemarinya perlahan-lahan.
“Abang, Dhuha minta maaf. Hanya satu nama saja tersemat dalam hati Dhuha. Dhuha
masih sayangkan dia. Dhuha minta diri dulu. Assalamualaikum,”
Bingkas Dhuha bangun daripada kerusi
kayu itu. Hatinya mula memberontak apabila Johari masih tidak mengerti
keadaannya untuk ketika itu. Dia tidak semudahnya menerima pengganti kepada
sang pencinta. Dia benar-benar tidak sanggup. Johari masih di meja makan itu,
dipandang kotak cincin bersalut baldu di tarik ke dalam genggamannya. Keluh
berat lahir daripada bibirnya. Melurut rambutnya dengan kasar.
‘Keras betul hati kau, Dhuha. Benarkah
tiada langsung ruang di hati Dhuha untuk abang,’
KESESAKAN
lalu lintas menyebabkan Dhuha terkandas dalam kesesakan. Dia mengetuk-getuk
stereng sambil mengikut rentak alunan lagu di corong radio. Pemilik kedai kek
hanya melayan perasaan. Lebih setahun dia memulakan perniagaan perusahaan iaitu
kedai keknya. Hampir tiga minggu, lamaran itu daripada Johari berlalu.
Sekonyong-konyong terasa kereta
dipandunya di langgar oleh sebuah kereta daripada arah belakang. Dhuha merengus
kasar. Sapa pulak berani cium ‘katak’ aku ni. Bentak dihati Dhuha. Dhuha meluru
keluar daripada perut kereta ‘katak’ kesayangannya, iaitu Myvi SE.
“Ya Allah, katak aku!” kata Dhuha
setelah melihat bumper kereta itu sudah kemek. Lampu isyarat yang tadi merah,
kini sudah bertukar warna menjadi hijau. Keadaan lalu lintas bertambah sesak
apabila dua buah kereta berhenti di tengah jalan raya itu. Dhuha sudah panas
hati.
“Encik ni tak pandai bawa kereta ke
apa!” jerit Dhuha di tengah-tengah jalan raya itu. Kelihatan pemilik Mercedes
Benz berwarna silver itu keluar
daripada kenderaannya. Lelaki itu yang
memakai kaca mata hitam, ditanggalkan serta merta. Dhuha mengalih pandangannya
ke arah lelaki itu. Ketara wajahnya Dhuha berubah.
‘Tak mungkin...’
“AKU
ceraikan kau dengan talak satu, Nur Dhuha,” tenang nada lelaki itu mengucap.
Dhuha benar-benar terkesima, terkejut mendengar kata-kata daripada suaminya.
Dadanya mula berombak laju. Ucapan itu bersaksikan seluruh ahli keluarga Dato’
Norman .
Kesemua yang berada di meja makan itu
hanya terkejut belum lagi reda. Dhuha ingin menahan air manik jernih tu tumpuh
ke pipi, langsung tidak berdaya. Lencun air mata itu membasahi pipi. Pantas
Dhuha bangun daripada kerusi kayu itu. Ke arah Naufal yang berada duduk kerusi
roda. Lututnya terlalu lemah, sehingga dia terduduk di lantai.
“Apa abang merepek ni, abang dah tak
sayang Dhuha ke?” soal Dhuha dalam sebak. Datin
Nadiah meluru ke arah menantunya. Datin Nadiah turut sedih dengan
kelakuan anak lelakinya. Mukanya di sembam ke bahu mak mentuanya. Tangisannya
makin menjadi-jadi.
“Kau dah kenapa,Naufal. Kau tak sayang
ke dekat bini kau ni,” ucap Datin Nadiah sambil memeluk tubuh kecik milik Dhuh
supaya diminta bertenang. Tiga tahun mendirikan rumah tangga pada usia muda.
Bukan atas pilihan keluarga malah pilihan hati masing-masing.
“Sebab Naufal sayang dia, Naufal
lepaskan dia,” balas lelaki tu dengan senada. “Pak Din, tolong hantar saya ke
bilik,” arah Naufal disamping tidak mempedulikan Dhuha di situ. Terkulat-kulat
Pak Din menolak kerusi roda itu. Pak Din
yang berkhidmat sebagai pemandu peribadi keluar Dato’ Yusri.
Dhuha masih terleku di lantai.
Tersendan sedunya, tidak sangka usianya baru memasuki 23 tahun sudah bergelar
janda pada usia mentah itu. Perkahwinan atas dasar suka sama suka berakhir
peceraian.
“Mummy kenapa abang buat Dhuha macam ni.
Apa salah Dhuha dekat dia,” adu Dhuha
yang masih tidak dapat menerima kenyataan itu. Datin Nadiah sangat
menyanyangi menantunya itu. Pantas di seka air mata Dhuha.
“Sabar ye, Dhuha. Nanti mummy pujuk Naufal,”
pujuk demi pujuk diluahkan kepada Dhuha. Dhuha masih menanggis di sisi Datin
Nadiah. Tidak disangka, makan malam itu telah bertukar menjadi suatu suasana
suram. Ardini binggung ketika Naufal iaitu adiknya melafaz cerai kepada Dhuha.
Setahunya, Dhuha jarang buat masalah dalam keluarga ini. Mungkin ada hikmah di
sebalik semua ini.
Hampir beberapa bulan perkara itu
berlalu. Masih jelas suara Naufal melafazkan talak pada sewaktu makan malam.
Mukanya di renung ke cermin solek. Surum. Tak bermaya. Mana tidaknya saban
malam pasti dia menanggis kerinduan kepada Naufal. Lelaki pertama yang membuka
hatinya dan mengenali arti sebuah cinta yang sebenar. Apa salah aku? Kenapa
Naufal buat Dhuha macam ni?
“Dhuha sayang abang tak,” soal lelaki
itu. Dhuha hanya mengukir senyuman. Sengaja soalan itu dibiar seraya itu Dhuha
mengucup pipi suami tercintanya. Begitulah rutin hariannya Dhuha setelah
suaminya mengalami kemalangan jalan raya ketika hendak pulang ke rumah setahun
lalu. Kemalangan itu telah melumpuhkan kedua-dua belah kakinya malah meragut
kebahagian dan kegembiraan keluarga Dhuha.
Dhuha terpaksa menanggung pelajarannya
buat masa ini. Dia memberikan sepenuh tumpuan kepada Naufal. Sejak kemalangan
itu, Naufal selalu beremosi. Perasaannya selalu tidak tenteram. Dhuha hanya
diam dan bertahan dengan kerenah Naufal yang sering memberontak.
“Nur Dhuha sayang Mohd Naufal sampai
hujung nyawa Nur Dhuha,” tulus ucapan dari wanita bergelar isteri sambil senyum
dan merenung wajah suaminya. Setiap hari, Dhuha menguruskan Naufal tanpa
mengeluh. Diuruskan suaminya dengan penuh ikhlasan dan kasih sayang.
Tok! Tok!
Ketukan pada pintu kayu itu menjentik
lamunannya. Tubuh seorang wanita bergelar seorang ibu angkatnya menjenguk ke
kamar Dhuha kian suram. Dhuha paling mukanya ke arah Puan Faridah. Puan Faridah
sedang menatang dulung berisikan nasi bersalam segelas air putih. Di letakkan
di atas meja solek. Dhuha banggun dari kerusi itu, dia mengatur langkah ke
jendela. Redup sangat suasana ketika itu, seperti dirinya sendiri. Seolah-olah
cuaca itu memahaminya di kala itu.
“Mama, benci sangat ke Naufal dekat
Dhuha,” soal Qayyum tanpa memandang wajah Puan Faridah. Sudah penat dia untuk
menanggis, benar cakap abang sulungnya, Irham tak guna kalau menanggis air mata
darah sekali pun. Perkara dah berlaku. Mampukah aku bangun semula tanpa Naufal
di sisi.
“Jangan cakap macam tu, nak,” suara
Puan Faridah mengendur saja. Puan Faridah mendekati anak angkatnya yang di ajak
sekecil lagi. Puan Faridah yang tinggalkan pesan oleh ibu kandung kepada Dhuha
dan Irham sebelum beberapa minggu dia kembali menghadap illahi. Biarpun mereka
hanya anak-anak angkat tidak pernah terlintas menganggap mereka orang asing
baginya, malah ditantang dengan minyak penuh.
Betapa sakitnya hati ketika itu. Diceraikan
oleh suami tanpa sebab. Fikirannya benar buntu. Di saat suaminya mengucapkan
kata itu bagaikan jatuhnya rasa langit. Aku hanya mampu menitiskan air mata. Apa salah dia, sehingga
dihukum sebegitu.
“DHUHA!
Apa yang bau hangit tu!”
Bergegar suara milik Suri menjerit
apabila dia mencium sesuatu yang hangit. Suara itu juga mengejutkan Dhuha enak
mengelamun. Suri menerjah ke bahagian dapur sambil bercekak pingangnya. Kelam
kabut Dhuha ke dapur gas yang sudah berasap. Suri mengeleng-geleng kepalanya
manakala Dhuha mengeluh melihat ikan kembungnya dua ekor itu telah rentung.
Dhuha mengangkat ikan tersebut daripada
kuali ke piring kecil. Suri menarik salah satu kerusi di meja makan itu. Piring
di tangan Dhuha diletakkan kasar di atas meja. Suri memerhati ikan digoreng
Dhuha. Ikan itu bukan setakat digoreng tetapi hampir terbakar. Dhuha duduk
kembali di kerusi itu.
“Kaun ni ada masalah ke? Kedai kau biar
macam tu aje. Dah seminggu kau tak pergi kerja tau tak. Aku ni bukan apa, anak
buah kau tu. Asyik tanya aje, mana kau pergi. Dahlah, kau tak bagitahu dekat
budak-budak tu. Apa masalah kau ni,”
Dhuha hanya diam mendengar kata-kata
daripada rakan serumahnya. Memang benar hampir seminggu dia tidak pergi ke
kedainya. Satu keretanya sudah tersadai di hospital. Masih dalam rawat. Kedua,
apa saja dia lakukan semuanya tak kena. Pegang buku, boleh jatuh. Goreng ikan
sampai rentung. Alahai kesian ikan tu, aku yang termenung. Kau yang kena.
Ketiga, aku tak habis-habis mengelamun. Fikir sana. Fikir sani. Boleh putus
fius jugak aku ni.
“Dhuha! Aku cakap dengan kau ni. Boleh
pulak kau berkhayal. Ish budak ni,” marah Suri. Dhuha masih diam. Berat mulutnya
ingin bercakap seperti ada batu emas dalam mulutnya. “Ni hah satu lagi, phone
kau dekat atas tu, asyik memekaknya. Asal kau tak angkat. Bingitlah. Tadi aku
geram sangat, phone kau asyik terpekik terlolong sorang dia, aku angkatlah.
Mamat yang langgar kau hari tu, dia cakap kereta kau dah nak siap. Nanti
bolehlah kau ambil ‘katak’ kau tu,”
Dhuha
mengangguk. Mamat yang di maksudkan oleh Suri tu, tak lain tak bukan. Bekas
suaminya dulu. Tak sangka pulak dia boleh jumpa kembali dengan bekas suaminya
dalam keadaan mengejut. Hampir pengsan aku masa tengah jalan tu. Paling aku tak
sangka, kaki dia yang lumpuh tu dah pulih balik. Alhamdulilah. Aku syukur dia
dah pulih seperti biasa. sejujurnya, aku terlampau merinduikannya sehingga ke
hari ini.
“Dia ada cakap apa-apa tak dekat kau,” soal
Dhuha kepada Suri.
“Tak adalah pulak. Tu ajelah. Kau tahu
tak kau telah terima 101 panggilan tidak dijawab dan beberapa kerat mesej kau
terima,” sengaja Suri menyusun ayat ala-ala jawapan dalam skema peperiksaan.
Dhuha mengeluh. Sejak pertemuannya dengan bekas suaminya itu, pasti ada saja
panggilan ataupun mesej di terima olehnya. Menyesal pun ada bagi nombor
telefonnya kepada lelaki itu.
“Kau ada affair dengan mamat tu ek,”
sakat Suri sudah tersengih-sengih kerang busuk. Ketat wajah Dhuha mendengar
kata rakan serumahnya. Tak sangka, Suri boleh buat penilaian sampai begitu
sekali.
“Agak-agaklah nak affair pun. Aku pun
kenal gitu-gitu aje dengan dia,” dalih Dhuha, sebenarnya ramai tidak mengetahui
hal yang sebenar tentang statusnya dipegangnya kecuali kaum kerabatnya yang
terdekat.
Suri merenung tajam wajah Dhuha.
“Betul ke, kenal gitu-gitu aje. Mesti dia dah tangkap cintan dengan kau kan,”
Dhuha menggeleng. Mengeluh lagi Dhuha.
‘Minah ni suka betul serkap jarang,’
Suri sudah bangun daripada kerusinya.
“Okaylah aku dah malas nak sembang panjang dengan kau. Karang Malik datang nak
jemput aku pergi shopping,”
Suri sudah bergerak keluar daripada
dapur itu. Malik, merupakan tunangan kepada Suri. Tinggal beberapa bulan lagi,
mereka bakal menamatkan zaman bujang. Aku harap korang bahagia sampai ke anak
cucu. Dhuha bingkas bangun ke menuju ke singki lalu menjirus tangannya dengan lelehan air paip di singki.
BERSAMBUNG..
NOTA KAKI: Kalau ada sambutan, insyaallah akan di sambung. Semoga terhibur..
sambung lagi..best...hehehe
ReplyDelete@o-ReN insyaallah ada lagi. terima kasih.
ReplyDeletebest! sambung tau...
ReplyDelete@zahra leyna hehe. alhamdulilah. ada sambutan. terima kasih sudi komen dan baca
ReplyDeleteJujurnya, jalan cerita best dah..
ReplyDeletetp dicacatkan dengan beberapa kesalahan tatabahasa and ejaan..
Overall, thumbs up writer..
smbung cepat2 taw! ^___^
Menarikkkkk! Sambung lagi tau! Nak Dhuha bersama kembali dengan ex-husband diaaa. hehehe
ReplyDelete@adilahterima kasih adilah. hehe. selalu sangat dah salah tatabahasa dgn ejaan. tak dpat nak di selamatkan dah. btw tengs so much
ReplyDelete@Anonymous insyaallah diaorg pasti akan bersama kembali.
ReplyDeleteaya... sedihlah masa Dhuha kena ceraikan... huhu. tapi naufal ceraikan dhuha mesti sebab dia rasa mcm diri dia tu useless... pastu tak nak menyusahkan dhuha kan... :( tapi! naufal sebenarnya sayang lagi dekat Dhuha kan? please say yes... :)
ReplyDeletesambung lagi...
cepat2 sambung yek...x sbr nak tahu kisah dhuha n naufal..mesti dorg kawen smula kan..kan...
ReplyDelete@anis farzana hehe. sedihkan dicerai tanpa sebab. kesian dhuha. tunggu naufal cakap sendiri.
ReplyDelete@cik dah faridah insyaallah akan dismbung secepat mungkin.
ReplyDeletesmbung lgi..cter niy bez lar...
ReplyDeletesmbung lgi...cter niy bez...
ReplyDelete@lysaokay, akan disambung secepat mungkin.
ReplyDelete