Kekasih Kontrak Bab 12

NOTA KAKI: Maaflah, agak lama updated cerita KK. Semoga bab terbaru menghiburkan readers. Jangan lupa tinggalkan komen.

BAB 12
BETULLAH! Dia siap ejek aku lagi,”
        Munirah menarik bulu-bulu Elmo penuh perasaan geram. Tangan yang lagi satu menekap Sony Ericson ke telinga.
        Ella pecah ketawa di hujung talian.
        “Serius, aku tak percaya Shah macam tu,”
        “Yela, teruklah cousin kau tu. Dahlah panggil aku, katik. Mentang-mentanglah dia tu  tinggi macam pokok kelapa. Suka hati aje nak ejek aku,” adu Munirah dengan nada tidak puas hati. Dia bergolek di atas katil lalu menghadap bedside lamp.
        “Lepas tu apa jadi, ada adegan action thriller  rated 18SG tak waktu aku pergi ladies tadi? Soal Ella lagi, tidak berputus asa.
        “Kau ni, kau nampakkan dia sihat walafiat aje kan,”
        Kedengaran suara Ella tergelak. “Manalah tau ada slot baling-baling pisau atau garpu macam slot Kassim Selamat or maybe acara simbah-simbah air ke,” sambung Ella.
        Ketawa Munirah pecah. “Gila. Kalau aku tak contral baran aku maybe ada kut slot Shah Selamat bukan Kassim Selamat. I still love my current life outside of prison very much. So no, thank you,”
       “Right. Mungkin aku kena buat lawatan khas ke lokap tuk jumpa kau,”
       “Aku tak simbah air dekat dia, but aku pijak kaki mamat tu. Geram aku,”
        Ella ternganga dengan cepat-cepat dia menutup mutlutnya.
        “Kau ni biar betik, Ecah. Berani gila kau buat macam tu,”
        “Betiklah,” balas Munirah lemah. “Tak percaya pulak,”
        Munirah menukar telefonnya dari telinga kanan ke kiri.
        “Then, apa jadi,” Ella masih tak putus asa.
         Diam seketika. “Dia minta aku cucikan kasut dia, tapi aku cakap tak nak. Titik!”
         “Terbaiklah kau ni. For your information, Shah tu baran sikit. Selalu dia akan mengamuk kalau sapa pijak kasut dia. Kasut kesayanganlah katakan,”
         Munirah mula bangun daripada pembaringan lalu tubuhnya di sandar pada kepala katil. Elmo di dakap rapat.
        “Yaka panas baran. Tak nampak pun gaya macam orang panas baran. Satu lagi, sapa suruh dia cari pasal dengan aku, dapatlah habuan dia,”
        “Padan muka dia, kan,” Ella menyokong Munirah. “Kalau kau nak tahu, Shah tu tak ada girlfriend tau tak,”
       “So..”
       “Manalah nak tau korang boleh jadi loving couple ke...” saran Ella sudah tersengih-sengih di hujung talian.
       “Dey minachi, kau jangan nak buat pasal pulak. Dah mulut kau tu masin. Tak naklah kat aku mamat otak tak center tu,” Munirah teringat kejadian sewaktu belajar dulu, apabila salah seorang pelajar lelaki dan seorang perempuan kuliah mereka. Asyik bergaduh kalau berjumpa, macam anjing dengan kucing. Lepas aje habis belajar, kecoh tentang hubungan budak dua orang tu, kata mereka dah bertunang dan sekarang dah berkeluarga. Semuanya bahana mulut Ella. Cukup-cukup masin mulut dia.   
        “Jangan benci sangat kak oit, nanti suka,” pesan Ella.
        “No way, aku tak nak. Okaylah, good night, hunn. Have a nice dream,”
         Talian dimatikan segera. Tak sanggup mendengar ayat-ayat yang lahir daripada gadis tu. Dia menghela nafas. Kenapalah aku jumpa mamat tu lagi? Jangan cakap aku itu jodoh. Aku tak nak dengar. Tapi ada satu perasan aneh dalam hati ni. Apalah ye. Entahlah aku pun tak lagi nak urai tu semua.        
          
SHAHZRUL NAZRIN menyandarkan badannya ke kerusi empuk di dalam pejabatnya. Badannya terasa penat apabila melawat tapak projek dengan panas terik.
        Tetiba sahaja Eifa tersembul di muka pintu bilik pejabatnya. Terkejut Nazrin kehadiran Eifa agak mengejut ke pejabatnya. Eifa merangkap anak sulung Dato’ Faiz dan dia membangunkan firma itu atas titik peluhnya sendiri. Jarang Eifa akan datang ke pejabatnya secara mengejut begini. Kebiasaanya dia akan, menghubungi Nazrin terlebih dahulu.
        Eifa mengatur langkah ke meja kerja milik Nazrin. “Tetiba aje bos terjah ke sini. Ada apa-apa boleh saya tolong,”
       Tanpa bercakap panjang, Eifa melabuhkan punggungnya berhadapan meja kerja Nazrin. Nazrin sedang memerhati tingkah laku daripada sepupunya itu. Dia memandang tepat ke arah Eifa.
      “Mana secretary, kau. Aku tak nampak pun,”
       Nazrin sudah menayang sengihnya yang agak lebar. Eifa menggeleng kepalanya, dah faham sangat dengan maksud sengih kambing milik Nazrin.
       “Kali ni secretary kau kena pecat ataupun dia letak jawatan,” Eifa mula mengorek rahsia. Dah masak sangat dengan sepupu dia ni seorang. Entahlah dah berapa puluh kali tukar setiausaha.
       “Bos rasa,” Nazrin sudah bosan dengan soalan tu.
       “Mengikut firasat aku kan, secretary kau cabut lari, betul tak Encik Shahzrul Nazrin,” ujar Eifa dengan selamba. Yelah, setiausaha mana tahan dengan perangai lelaki macam singa. Kerja nak maki hamun aje, pantang buat salah sikit. Mulalah berangin aje badan tu. Nazrin, lelaki yang tinggi lampai dan rupa paras dan cukup menarik.
      “Yeah, you right. Lydia cabut lari,” Nazrin membuat pengakuan berani mati. Eifa sengih sumbing mendengar jawapan daripada lelaki itu. Sapalah tahan bersuamikan kau, wahai Shahzrul Nazrin.
       “Aku dah penat dengan kau, Shah. Selalu sangat tukar secretary. Cubalah contral sikit kau punya baran tu. Minggu lepas, papa baru jumpa kau kan. Dia cakap dengan aku, perkembangan syarikat ni makin maju. So aku nak kau jaga syarikat ni betul-betul,” Eifa sudah membuka mulutnya. Nazrin senyum kecil.
      “Aku harap lepas ni, secretary kau tu mampu nak bertahan dengan perangai gila kau tu. Aku nak kau iklan tuk dapat setiausaha baru kau secepat yang mungkin. Next week, mulanya temudaga. Nanti kau terkontang-kanting pulak buat kerja. Shah.. shah.. papa aku tu sayang sangat dekat kau tahu tak. Kalau bukan sebab papa aku dahlah aku berhentikan kau tahu tak,”  keluh Eifa.
          “Alah, diaorang yang cabut lari bukan salah aku pun. Yelah aku tegur sikit, mulalah buat drama depan aku. Menyampah betul aku,” Nazrin cuba untuk mempertahankan dirinya.
          Eifa mencebik. “Apa-apa pun aku harap, setiausaha kali ni yang terakhir. Aku tak nak dengar dah, kau tukar-tukar setiausaha macam tukar baju,”
         Nazrin menyusap-usap dagunya. “Apa kata bos, tukarkan Ella ke sini. Bos carilah secretary lain,”
         “No way, kau tak boleh sesuka hati nak ambil secretary aku. Ella tu bekerja dengan syarikat aku bukan dengan kau,”
          Ella merupakan setiausaha Eifa. Eifa sengaja memilih adik bongsunya sebagai setiausaha di pejabat. Ella seorang yang cekap melakukan kerja di berikan oleh Eifa, jarang mendengar adik bongsunya merengut atau apa-apa pun sepanjang menjadi setiausaha kepada kakaknya.
         “Ala, bolehlah bos,” rayu Nazrin ke arah Eifa masih setia di hadapannya.
         “Tak boleh, kau cari setiausaha kau sendiri,” kata Eifa tanpa berfikir banyak, masaklah kalau Ella ke sini. Tambah pula, tak jumpa setiausaha seperti adiknya.
         “Ala bolehlah...”
         Eifa memintas kata-kata Nazrin. “Tak ada bangkangan, Ella cuma boleh kerja dengan aku sahaja. Make sure, cari setiausaha tu cepat sikit. Maksudnya lagi  dua minggu, pasti kan setiausaha kau tu dah ada dekat office okay. Nanti tunggang langgang kau punya kerja pula,” nada tegas dilemparkan oleh Eifa. Dia menuju ke muka pintu.
        “Tapi bos...”
         “Ella hanya boleh bekerja dengan kakak dia sahaja. Nanti kau, buli adik aku. Tak boleh!” Garang. Tiada sebaris senyuman secalit di bibir Eifa.
         “Jangan lupa apa aku pesan tadi,” sambung lagi Eifa.
          Nazrin merengus kasar. Keputusan Lydia cabut lari daripada jawatan setiausaha dipegang oleh gadis itu membuatkan Nazrin menjadi serabut. Teruk sangat ke aku ni? Dia melurut rambutnya dengan kasar selang dengan sebuah keluhan.
                             
SURAYA menghempaskan tubuh di atas sofa yang sudah memanggil-manggil mintanya untuk diduduk. Terasa lega tubuh badannya sudah bertemu dengan sofa empuk itu, setelah seharian berada kampus dan terpaksa menyiapkan tugasan diberikan oleh pensyarah. Suraya memejamkan mata.
       “Get up, lazy bum,”
        Mata dicelikkan sebelah. Kelihatan Nazrin berdiri disisinya yang memegang dua raket badmintoon di dalam tangannya. Satu dihulurkan kepada Suraya.
        “Along, kan Su baru aje sampai tu,” tegur Puan Nora yang sedang membaca majalah di ruang tamu itu.
        Suraya tersengih. ‘Yes! Ummi backing aku,’
        Walaupun dia tak adalah kesah sangat kena melayan abangnya seorang ni. Dia tahu itulah satu cara mengekspresikan rindunya terhadapa adik kesayanganya ni tanpa menjatuhnya imej machonya.
        “Baru balik dari kampus ke, dari perang ke. Dia ni kena training. Stamina tu kena keep up,” Nazrin mula merapu.
       “Ala, bukannya Su nak main bola 90 minit dekat padang pun. Apalah Along ni...” Sengaja Suraya mencipta alasan untuk Alongnya.
       “Along tahulah, tak main bola pun, kang penat tak sudah nanti. Su tu Along tengok dah makin melebar, meninggi pun tak. Rendang aje,” Nazrin mengapi-api sambil mengangkat kening dua kali.
       Kini kedua-dua mata terbuka luas.Suraya pantas merampas raket yang dihulurkan oleh Nazrin. “Nak fight, jom aaa,”
       Semangat Suraya sudah berkobar-kobar. Gadis itu cukup pantang kalau dicabar oleh Alongnya. Di halaman rumah, Suraya masih berseluar jeans dan berkemaja dipakai semasa ke kampus. Suraya memberikan smash kepada Nazrin. Pemainan mereka berdua di tahap norma tanpa smash kencang daripada sesiapa. Saja melayan Alongnya sambil mengeluhkan peluh.
          “Betul ke, setiausaha Along cabut lari lagi,” soal Suraya sambil membalas pukulan dari Nazrin.
         “Mana Su tahu,”
          “Ummilah bagitahu dekat Su pagi tadi. Teruklah, Along ni. Asyik tukar setiausaha aje,” Suraya memberi servis rendah.
         “Alah, diaorang yang cabut lari. Bukan salah Along pun. Kenapa Su sudi ke nak jadi setiauasaha along?”
         “Tak naklah, pergi office jumpa Along, balik pun jumpa Along lagi. Bosanlah,” Suraya mengacah servis separuh kencang.
         “Takkan bosan kut tengok muka Along yang punya handsome ni,” Nazrin cuba bercanda. Mulut Suraya herot mendengar ayat dilontarkan oleh Nazrin. Perasanlah tu. Gumam dihati Suraya.
         “Along, jom dating malam ni. Ada movie barulah,”
         “Sorry, ada orang dah booking Along. Malam ni nak pergi main futsal dengan Badrul,”
         Suraya memandang lemah, ternyata dia agak penat sikit. Dibiarkan sahaja bulu tangkis itu jatuh tanpa di kejar.
        Suraya juih bibir. “Sikit-sikit dengan bola. Tak bosan ke,”
        “Bola tu girlfriend Along. Tak ada erti bosanlah,” Nazrin tersengih. “Bila buah hati Su nak hantar rombongan,”
        Bulu tangkis gugur di atas rumput. Terkejut alang kepalang. “Sengal betullah Along ni. Su baru 23 tahun bukan 33 tahun. Sepatutnya, Su yang tanya soalan tu dekat Along,”
        Nazrin memuncungkan mulut dengan wajah comel. “Su, kahwin aje dulu. Along tak kesah pun,”
       “Su tak nak langkah bendullah. Hari tu, Ummi siap carikan calon untuk Along lagi. Merengek-rengek pujuk Ummi cakap tak nak,” Suraya teringat peristiwa semasa Along memujuk Umminya membatalkan niat suci murni menghantar rombongan untuk Zurin.
       “Zurin tu baik sangatlah. Tak layaklah tuk Along ni,”
       “Atau Along ada calon lain untuk Ummi,”
       Pergerakkan Nazrin terhenti apabila muncul bayangan seorang gadis di temuinya seminggu lalu. Tanpa sedari, sebuah senyum meniti di bibirnya.
       “Along!” teriakkan Suraya telah mengetukkan lamunan Nazrin.
       “Nanti kalau ada calon, along bawalah balik...”

SATU parkir kosong kelihatan. Keluhan lega kedengaran. Hampir dua tiga kali, dia terpaksa membuat pusingan mencari tapak parkir yang kosong. Tanpa melengahkan masa, Viva berwarna putih memasuki  parkir itu. Angin malam mula bertiup laju, seperti tanda hujan mahu membasahi bumi.
         Liar matanya mencari payung di dalam kereta itu. Alah pergi mana pulak payung ni. Redah ajelah kejap lagi kalau hujan turun. Semasa di rumah tadi, dia terasa mengidam nak makan sneak. Nak tak nak dia terpaksalah melayan mengidamnya pada malam itu.
         Enjin kereta dimatikan. Kunci dicabutnya. Pintu kereta di buka. Langkah mula di atur ke kedai serbaneka 7Eleven yang beroperasi dua empat jam. Langkah sahaja masuk ke kedai itu, dia menghayun kakinya ke arah peti ais besar yang tersusun pelbagai jenis minuman. Pintu dibuka, dicapainya Coka Cola botol besar serta sekotak susu coklat kegemarannya.
       Selepas itu, dia bergerak ke arah rak dipenuhi makanan ringan. Biskut Oreo berbalut dengan plastik berwarna biru diambilnya. Sekali lagi dia menyambar Twisties berperisa curry. Dia masih terasa tidak mencukupi, pantas dia mengambil dua bungkus Double Drecker berlainan perisa.
       Dia menuju ke kuanter pembayaran. Barang-barangan yang sarat di tangannya, diletakkan di situ. Sempat lagi dia mencapai KitKat yang tersusun di depan atas kaunter. Setelah selesai membuat pengiraan, cashier itu kembali menghadap Munirah.
       “Semuanya RM 18.20” ujar cashier tersebut bersama senyumann.
       Munirah mengeluarkan not RM10 dua keping daripada dompetnya ke arah cashier. Selesai membuat pembayaran, dia menuju ke arah pintu kaca itu dan ditolaknya perlahan. Tangannya sebelah lagi membimbit beg plastik makanan ringannya.
       Tubuhnya terasa berlanggar dengan seseorang dan menyebabkan barang-barang dari beg plastik itu berteraburan di lantai. Segara dia tunduk dan mengutip barang tersebut. Lelaki itu sedang khusyuk membelek telefon bimbit di tangannya.
       “Tulah, sebab telefon tu, habis kau langgar aku yang kecik molek ni,” Bunga-bunga untuk membebel mula kedengaran.
        “Sorry,” sepatah lelaki itu berkata. Munirah melangutkan kepalanya memandang lelaki bersweater berwarna kelabu itu tekun bermain dengan telefon bimbitnya. Dia merengus kasar. Mamat ni, tahu cakap sorry aje. Tapi nak tolong kutip barang-barang aku ni punyalah pemalas. Hamppeehhh betul!
        Lelaki itu terus meninggalkan Munirah dan segera tubuhnya memasuki ke dalam kedai serbaneka itu. Munirah masih berada di kaki lima itu dan mengutip barang tersebut disumbat ke dalam beg plastik itu kembali. Munirah menuju ke keretanya dan memasuki perut kereta tersebut serta menghidupkan enjin dengan segera.
        Ternyata kejadian beberapa minit lepas mengusik mindanya. Lama dia memikirkan lelaki itu tadi sambil ketuk-ketuk stereng kereta.Macam pernah tengok aje muka budak key-padlock tu. Tapi dekat mana ek. Lantaklah sapa pun. Ada aku kesah. Gumam dihati Munirah. Kereta diundur dan meluncur ke arah jalan raya.
       Fikirannya mula teringat akan wajah seseorang.
      
BERSAMBUNG... 

3 comments:

  1. mesti org yg langgar moon tu reen. betul tak? hehe

    ReplyDelete
  2. @ArifahLeehehe. tengok tak sebut pun tau sapa dia.

    ReplyDelete
  3. Best ! Next n3 please :D

    ReplyDelete

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)