MRS. ALWAYS RIGHT 5


BAB 5

“ARGHHHHH!!”
Aimi bangun daripada pembaringan serta-merta. Peluh membasahi baju t-shirt lengan pendek itu. Jeritan tersebut juga telah memeranjatkan dua orang mahkluk Allah yang berada di situ.
Turun naik nafas Aimi.
“Kak Long ni kenapa jerit-jerit. Bangun tidur terus mengamuk,” tegur gadis perempuan bernama Adira memusingkan badannya menoleh kepada Aimi. Adira memandang adik lelaki bongsu di hadapannya dan menjongket bahu.Sedang leka bermain buah catur sekali gus memeranjatkan dua adik beradik itu.
“Tahhh! Kak Long ni. Itulah mama kan selalu pesan jangan tidur lepas Asar. Degil, tidur jugak,” bebel adik lelaki itu, Adi yang sedang mengubahkan dudukan buah catur.
“Kak Long mimpi tadi,” suaranya sedikit mendatar. Aimi meraup wajahnya dengan kedua-dua tangannya.  Adira dan Adi saling berpandangan.
“Kak Long mimpi apa?” Adira ingin tahu apa yang di mimpikan oleh kakak sulungnya. Aimi membetulkan posisinya.
“Kak Long mimpi Alfi hantar rombong meminang. Untung saja tu semua mimpi aje. Macam mana pulak mimpi dia,” ujar Aimi. Riak dua beradik itu sedikit terkejut.
“Itu bukan mimpi Kak Long. Tapi betul-betul!” Bulat mata Adira menjengil kepada Adi yang terlepas cakap. Cepat-cepat ditekup mulutnya. Terlanjur perahu boleh perahu diundur, tapi terlanjur kata…. Faham-faham sendirilah.
“What! Betul ke Adi!” pekik Aimi secara mendadak. Adira menggeleng sementara Adi mengangguk. Eh! Aimi jadi pening. “Mana satu ni,”
“Lebih baik Kak Long tanya abah sendiri. Mesti abah boleh bagi jawapan untuk soalan Kak Long tu,” cadang Adira sedang mengubah kedudukan buah catur iaitu Queen.
Aimi angkat punggung dan meninggalkan dua beradik itu bermain semula.
“Checkmate!” kata si Adi. Adira buat muka ketat. Dia terpaksa menyerah kalah dan menjatuh King.
“Kak Angah rasa, abah marah kita tak,”
“Kenapa pulak?” soal Adira kembali. Adira berusia dua puluh tahun dan masih belajar di tahun akhir. Pada hujung minggu, dia akan pulang ke villa. Dia bosan duduk di asramanya.
“Yelah kita dah bongkarkan rahsia,” Kata Si Adi yang kini berada di Tingkatan 6. Adira mengangkat bahu tidak tahu apa yang ingin dijawabkan.
*****
Aimi menghempas badan ke katil empuk. Dirinya terasa panas biarpun penghawa dingin sudah di pasang. Tapi tidak mampu meredakan rasa kepanasan itu. Dalam fikirannya lelaki bernama Alfi! Alfi! Alfi!
“Kita kahwin Risya!” aju Alfi! Gadis itu menoleh ke kiri. Berkerut dahinya, kalau ikutkan hati mahu dia lari daripada situ.
“Jangan nak mengarut boleh tak!” bentak Aimi. Geram sikap Alfi yang suka memaksanya membuat keputusan. Alfi bermain-main dengan daun bergugur.
“Alfi tak mengarutlah Risya. Please, kita kahwin. Alfi akan bahagiakan Risya. Percayalah!” Alfi separuh merayu.
“Kau ingat kahwin tu macam main pondok-pondok ke! Aku tak nak! Aku datang sini nak belajar bukan kahwin bagai faham tak! Lagipun aku tak pernah ada perasaan dekat kaulah!” terhambur Aimi segalanya. Alfi menghampiri Aimi secara dekat.
Alfi tidak menghiraukan pelajar-pelajar kampus lalu lalang di kawasan. Tambah lagi bukan di Malaysia itu lagi membuatkan lelaki itu tidak endah dengan kawasan sekeliling.
Alfi merentap tangan kanan milik Aimi. “Kau dengar sini Risya. Walau apa pun terjadi. Kau akan tetapi jadi milik aku faham! Tak ada sapa pun boleh halang aku!”
Aimi merengek kesakitan akibat cengkaman tersebut. Aimi mengasakan dirinya supaya tangannya dilepaskan. Betapa peritnya rasa akibat dicengkam kuat.
“Aku sayang kau tahu tak, Risya. Sampai mati pun, nama kau aje dalam hati aku,” bisik Alfi di telinga Aimi.
Gadis itu mengigil ketakutan. Sebelum Alfi meninggalkan gadis itu sebuah ciuman menghinggap di pipi gadis itu.Menjadikan gadis itu kaget. Pipinya di usap beberapa kali dan mutiara jernih meniti ke lekuk pipi. Berembas air mata itu sehingga dia pulang ke apartmentnya.
‘Mama, abah maafkan Aimi. Dia dah cium Aimi. Aimi rasa bersalah sangat,’ rintih Aimi.
Bunyi mesej  daripada telefon bimbitnya mematikan lamunan. Aimi mengesat air mata yang menuruni ke luhur pipi. Semenjak kejadian itu, dia melarikan diri apabila bertembung dengan lelaki itu. Sesudah kelas habis, pasti dia akan pulang ke apartment terburu-buru. Risua kalau terserempak dengan lelaki itu.
Dan paling tak sangka, lelaki itu akan menghantar rombong minggu hadapan. Tak mungkin dia akan menerima lelaki itu dengan semudahnya. Tangannya mencapai telefon bimbitnya di atas meja di birai katil.
Satu mesej diterima olehnya daripada Hazim.
Kau dah bagitahu belum tentang perkara tu
Ligat jari jemari Aimi membalas mesej tersebut.
Belum. Nanti aku bgthulah
Send.
Telefon itu dilepaskan atas katil. Fikirannya mula runsing tentang dua lelaki itu. Datang tak undang. Seorang lelaki entah muncul daripada planet mana tiba-tiba ajak kahwin. Main paksa lagi. Seorang lagi boleh pulak nak hantar rombong tiba-tiba.
Hazim dan Alfi. Alfi, tidak dinafikan lelaki itu seorang kacak. Jejaka paling terhangat sesekali di kampus dulu. Dia paling terkenal sekali dengan kepandaiannya. Dan selalu mendapat Anugerah Dekan. Tapi sikap lelaki itu suka memaksanya membuatkan dia menjadi tidak selesa.
Apabila dia mengenangkan lelaki bernama Hazim. Dia mengeluh berat. Tentang lelaki itu satu apa pun dia tidak tahu. Bukan setakat umur, nama pun tak tahu. Alahai, susahnya macam ni. Tapi aku pastikan aku tidak akan berkahwin dengan Alfi walaupun dia lelaki terakhir di dunia ni. Makna kata lain, aku terpaksalah setuju dengan cadangan Hazim. Omel Aimi sendirian.
****
Malam itu, Aimi tak senang duduk apabila dia mendapat panggilan daripada Alfi. Langsung tak di duga. Pada mula dia tidak mengenali numbor yang tertera. Tapi hatinya mengasak agar dia mengangkat panggilan tersebut.
Alfi. Lelaki itu benar-benar ingin menikahinya. Tapi hatinya benar-benar tidak rela perkara itu akan berlaku. Pantas langkahnya dihayun keluar daripada kamar beradu. Dia perlu diskusi dengan mama dengan abahnya secepat mungkin.
Aimi menuju ke ruang tamu, melihat daripada jauh mereka sekeluarga berkumpul. Termasuklah Adira dan Adi sedang menonton televisyen. Aimi melabukan punggung di sofa berhadapan dengan mama dan abah.
Datin Ain dan Datuk Farid pandang silih ganti. Dipandang mulus kepada anak gadisnya yang kian membesar. Aimi bermain di hujung baju hatinya berdebar-debar. Adira mengalih pandang kepada kakak sulungnya.
“Kak Long nak kahwin,” kata Aimi mementar.
Datin Ain senyum lebar. Kali pertama anak gadis itu bersuara soal perkahwinan. Tak sabar melihat Aimi naik ke jinjang pelamin.
“Baguslah tu. Nanti Alfi hantar rombong minggu depan,” Datuk Farid bersuara. Aimi mengangkat kepalanya dan memandang ke raut wajah abahnya.
“Tapi Aimi tak nak kahwin dengan Alfi,” Aimi cuba membantah. Adira dan Adi merenung tepat pada wajah kakak sulungnya. Suami isteri itu turut terpingga.
“Kalau bukan dengan Alfi. Sapa Aimi?” soal Datin Ain masih kehairanan.
“Hazim!”
****
Anak mata Aimi memerhati segenap kawasan perumahan mewah. Tatkala itu hatinya tertanya-tanya, mengapa Hazim membawanya ke situ. Melihat Hazim membisu seribu bahasa, Aimi seolah-olah pantung cedana di sisinya.
“Kita nak pergi mana ni,” soal Aimi menjentik kesunyian tersebut.
Hazim mengalih pandangnya ke arah gadis itu.
“Ikut ajelah,”
Aimi memuncungkan bibirnya geram dengan sikap lelaki itu suka memaksa. Aimi mengeluh berat. Teringat kejadian tentang niatnya ingin berkahwin. Bertubi-tubi soalan dilemparkan oleh kedua-dua ibu bapanya.
Sedangkan dia sendiri tidak mengenali sepenuhnya tentang Hazim. Ada kala, bahagia itu bertemu di ruang hatinya. Ada kala, dia geram dengan perangai Hazim suka menyindirnya dan membuatkan dia sebal.
“Jom turun dah sampai,”
Teguran Hazim menjentikkan lamunannya. Aimi memandang sekeliling, keningnya terjongket. Macam pernah datang sini lah!
Aimi keluar daripada kereta dan mengekori Hazim berjalan ke pintu rumah bangle tersebut. Seorang wanita 50an berdiri di hadapan pintu. Eh tu Datin Kalsom kan?
‘Takkan dia mak Hazim pulak?’
****
“Mama ingat kamu tak kenal dengan Aimi?” aju Datin Kalsom setelah duduk bertentangan dengan anak lelakinya itu. Sepanjang setahun lebih ni, dia tidak lagi berkesempatan dengan bertemu dengan Hazim.
Hazim mencapai mug hitam yang berada di atas meja. Lelaki itu memandang sekilas wajah mamanya dan menoleh kea rah Aimi yang berada sisinya.
“Takkan lah Hazim tak kenal Aimi. Dia kan kawan dengan Hakimi, mestilah Hazim kenal,” bohong Hazim, walhal dia langsung tidak mengenali gadis itu sebetulnya. Aimi menarik muka apabila Hazim sudah mencipta pembohongan di situ. Mamat ni memang terlebih sengel betullah!
“Oh kalau macam tu mama takada lah risau sangat. Takut nanti berebut pulak,” kata-kata Datin Kalsom membuatkan tekak Hazim terasa kelat. Apa maksud mama ni? Hati kecil Hazim mula berbisik.
“Apa maksud mama?” berkerut dahi Hazim memikirkan, manakala Aimi pulak sekadar mendengar dan membatukan diri.
“Maksud mama, Aimi ni buah hati Hakimi. Tak ke nanti berebut pulak,”
Hazim menoleh kepalanya 360 darjah ke arah Aimi. Wajah Aimi yang sebenar tadi biasa tiba-tiba berubah mendengar kenyataan daripada Datin Kalsom.
“Aimi dengan Hakimi Cuma kawan aje lah. Kitaorang mana ada apa-apa,” kecut perut gadis itu ingin menerangkan kedudukan sebenar. Memang benar Aimi dan Hakimi sekadar kawan, tambahan lagi Hakimi sudah pun mempunyai kekasih hati.
Hazim mengangguk dua kali. “Kalau macam tu, minggu depan mama masuk meninang Aimi. Kalau boleh, lagi cepat lagi bagus,”
Rahang Aimi bagaikan hendak jatuh sampai ke tanah sampai terkejut dengan bait-bait ayat luncur daripada lelaki itu. Lelaki itu benar benar serius pasal perkahwinan. Kata makna lain, dia tidak lama lagi akan  menamatkan zaman bujangnya secara drastik dengan lelaki itu.
“Wah banyaknya kahwin. Cun-cun pulak tu!” nada ceria milik Adira kedengaran apabila gadis itu melewati ruang tamu. Aimi Batriysa menjeling sekilas kearah Adira yang ceria macam nampak gula-gula bersepah.
Adira menghempaskan tubuh di sofa empuk. Aimi sedang menyusun-nyusun kad undangan perkahwinannya dengan Hazim dan dibahagikan kepada dua.
“Macam tak percayakan Aimi Batrisya, kakak kesayangan Adira bakal menamatkan zaman bujang dia. Lepas ni boleh Adira dapat anak buah. Tak sabarnya!” Adira bersorak kegembiraan.
Sudah sebulan Aimi bertunang dengan Hazim secara tiba-tiba, datang aje rombongan sebulan lepas terus bertunang. Tengok gaya dah macam tunang koboi aje. Dan tak lama lagi, Aimi akan mendirikan rumah tangga dengan lelaki separuh dingin tu.
“Banyak lah kau anak sedara kan. Nikah pun belum, gedik nak minta anak sedara kan,” Aimi bersuara setelah lama mendiamkan diri. Adira menarik muka masam.
“Alah, bergurau aje pun. Itu pun boleh ke?”
“Tak!” nada keras milik Aimi diluahkan.
“Kak Long tak rindu ke dekat abang Hazim?” tanya Adira lagi. Selepas Hazim menjadi tunangan rasmi Aimi. Adira membahasa diri Hazim sebagai abang.
Pergerakan tangan Aimi terhenti apabila diusul tentang rindu kepada lelaki itu. Lelaki yang baru dikenali selama 3 bulan dan bakal menjadi suaminya. Macam tak percayakan. Ada kala rindu itu datang bertamu apabila dia bersendirian, walaupun layanan lelaki itu agak berlainan seperti lelaki lain. Contohnya, caring, loving and bla bla bla.
Ternyata laki tu macam tu, tersasar jauh sangat.Tapi dah seminggu lebih dia tidak berjumpa dengan Hazim. Tak tahu dia ke mana telofon pun tidak ini hantar mesej. Jauh sekali. Kadang-kadang, dia rindu akan lelaki itu dengan sikap suka membebel.
Jari Adira dipetik lantas mengejutkan lamunan Aimi. Gadis itu kembali ke alam nyata. “Hello, dengar tak apa Adira tanya tadi,”
“Hurm tak pun!” sepatah dijawab kasar. Aimi memasukkan sebahagian kad undangan perkahwinannya ke dalam beg plastik hitam untuk diasingkan.
Adira menjuih bibir. Eleh tak nak mengaku lah tu. Bisik hati Adira.
“Yaka, Kak Long tak rindukan dia,” tanya lagi si gadis mulut becok, Adira.
Aimi mengganguk dua kali mengiyakan pertanyaan adiknya.
“Kalau betul, Kak Long tak rindukan dia. Kenapa gambar Abang Hazim boleh ada dekat phone ni?”
Sepantas kilat Aimi memandang kearah Adira sedang memegang telefon bimbitnya dan menayangkan gambar milik Hazim yang berada di skrin.  Adira sudah tersengih-sengih apabila riak wajah kakaknya yang bercampur baur geram dan marah. Dia tahu pasti kakaknya akan menyinga tidak lama lagi.
“Don’t touch my stuff!” teriak Aimi dengan berang,  melihat Adira sudah tersengih-sengih. Adira melepaskan telefon bimbit milik Aimi di atas sofa itu semula dan dia melarikan diri menuju ke tingkat atas.
“Tak salah pun kalau mengaku dari awal. Dia bukan orang lain, dia kan bakal suami Kak Long jugak!” laung Adira dari tingkat atas dengan senyum penuh makna.
Manakala Aimi sekadar tidak ambil peduli dengan kata-kata Adira. Sejujurnya, dia ada membelek gambar milik Hazim. Tapi entah macam mana dia boleh lupa untuk keluar semula daripada gelari pada telefon bimbit. Akhirnya dia sudah terkantoi dengan adiknya sendiri.

BERSAMBUNG...

P/s: Maaflah dekat sebulan lebih tinggalkan blog gitu je. Sibuk sikit dan tak sempat nak menaip hehe . Esok aya bertolak ke Kedah. Doakan perjalanan Aya! Semoga terhibur :)




3 comments:

  1. best. xsabar nk tunggu next entry. cpt2 laa smbung. can't wait anymore

    ReplyDelete
  2. biler nak smbung , dah lama tunggu dah nie..

    ReplyDelete

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)