KAU AKU PUNYA VERSI 2
PART 4
SERA HUMAIRA
menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Nikmat. Hilang seketika penat dan rasa
sengel-sengel pada tubuh badannya setelah seharian bekerja. Dia cuba untuk
memejamkan matanya seketika itu.
Tiba-tiba, dia teringat sesuatu. Dia
mencapai kad yang masih bersampul di atas meja di sudut katilnya. Dia menyandar
perlahan tubuhnya pada kepala katil. Dia mengeluh panjang apabila mengenangkan
majlis tersebut akan berlangsung dalam waktu terdekat ini.
Jika dia pergi, apakah akan berlaku?
Bergumpal perasaan serba salah bersarang dalam tangkal hatinya sekiranya tidak
menghadiri majlis tersebut. Bukan mudah untuk meluangkan masa seketika untuk
hadir dan mampu mengimbas nostalgia pada zaman persekolahan dulu.
Zaman persekolahan telah
meninggalkan seribu satu memori yang indah mahapun berduka. Pada waktu itu,
sahabat segalanya. Merekalah tempat mengadu nasib, tempat bercerita di kala
senang. Tapi kini, semuanya lenyap selepas tamat persekolahan.
Senyuman terlakar tatkala teringat
dua sahabat karibnya iaitu Akma dan Dini. Semenjak masuk ke sekolah tersebut,
mereka menjadi akrab sehingga guru-guru di sekolah mengelarkan mereka triple twins.
Dini, seorang gadis periang dan
selalu membuatkan kawan-kawannya yang lain tersenyum dengan telatah seperti
kebudak-budakan. Tapi semuanya hilang apabila satu-satunya penjaga yang telah
menjaga sejak kecil sehinggalah dia meningkat dewasa telah pergi menghadap
Illahi. Lebih kurang sebulan kehidupan Dini tidak terurus dan menyebabkan Dini
dipaksa berkahwin dengan lelaki tidak dikenali oleh mak saudaranya. Perkahwinan
Dini tidak panjang apabila, gadis itu telah pun bercerai dan meninggalkan
Malaysia bersama anak perempuanya ke Jerman.
Rindu Sera Humaira pada rakan-rakan
sekelasnya. Dia menarik nafas panjang apabila fikirannya mengimbas zaman
kenakalannya. Tiba-tiba pintu bilik berkuak. Muncul Puan Hasnah di muka pintu.
Kakinya melangkah ke dalam bilik dan mendekatinya anak gadisnya.
“Mama ingat anak mama dah tidur.
Senyap je,”
Sera Humaira sekadar senyum sebelum
membalas. “Tak lagi, nak rehat-rehatkan badan aje,”
Puan Hasnah terpandang sekeping kad
yang berada di atas katil lantas dicapainya. Perlakuan mamanya dibiarkan
sahaja.
Setelah puas Puan Hasnah membelek
kad tersebut, wanita itu berkata. “Mama ingat sapalah yang kahwin tadi. Bila
tengok kad bukan meriah lagi,”
Benar cakap mama, kad tu mengalah
majlis undangan perkahwinan lagi. Saja lah tu nak kasi gempak.
“Kalau ikutkan tarikh ni, hujung
minggu depan kan,” Puan Hasnah meminta kepastian sekali gus Sera Humaira
menganguk tanda mengiyakan pertanyaan tersebut.
“Mama, patut ke Maira pergi,” soal
Sera Humaira dengan nada mendatar.
Puan Hasnah mencari sinar di anak
mata Sera Humaira, wanita itu tidak mengerti mengapa anaknya tidak mahu menghadiri
majlis itu.
“Kenapa? Maira tak nak pergi ke
sayang,” soal Puan Hasnah lembut. Sera Humaira cuba menarik nafas panjang
sebelum dia berkata sesuatu.
“Maira dua hati. Kalau tak pergi,
bila lagi Maira nak jumpa kawan-kawan Maira tapi kalau Maira pergi, risau hati
Maira diduga lagi,” tuturnya jujur, dia tidak mampu lagi untuk menyembunyikan
diri.
“Ikutlah gerak hati kamu, Maira.
Perkara sudah lepas tak perlu dikenangkan lagi. Setiap orang buat silap dia,”
LEMBARAN KERTAS KERJA
berteraburan di atas meja. Syafiq Iskandar khusyuk menyiapkan kertas kerja
tersebut. Lelaki itu tidak menghiraukan gadis bernama El yang berada di sofa.
Fikirannya mula tertumpu pada kerjanya.
Lagipun Syafiq Iskandar langsung
tidak mengajak El ke pejabat tapi gadis tersebut beria-ria ingin ke pejabatnya.
El melempar majalah yang berada di tangannya ke meja kopi tersebut. Majalah
tersebut langsung tidak dapat menarik perhatian tatkala itu.
El mengatur langkah ke meja Syafiq
Iskandar, sejujurnya gadis itu kebosanan tahap kuasa sepuluh. Semenjak tadi,
lelaki itu lebih banyak mengadap kerjanya daripada melihatnya dalam kebosanan.
Gadis itu menarik kerusi di hadapan
meja Syafiq Iskandar. Geram El dengan sikap lelaki itu langsung tidak mahu
ambil tahu tentang dirinya.
“Is….” Lelaki itu memaling seketika
apabila nama disebut oleh gadis. “I bosanlah,”
Syafiq Iskandar memberhentikan untuk
beberpa minit dan memberikan ruang untuk El berborak. Melihat riak wajah El,
memang ternyata gadis itu benar-benar kebosanan tahap maksimum. Bukan dia yang
memaksa gadis itu ke situ tetapi gadis yang merelakan dirinya untuk datang ke
pejabatnya.
“Kan I dah bagitahu dengan you yang
I sibuk hari ni,”
“Ala… You tangguhlah kerja tu esok
ke lusa. Teman I shopping please. I bosan sangat ni,” El separuh merayu.
“No no no. Tak boleh I kena siapkan
kerja ni sebelum esok. I risau benda ni tak siap aje,”
El menarik muka masam serta berpeluk
tubuh sebagai tanda protes. Syafiq Iskandar kembali meneruskan kerjanya yang
masih tertunggak. Lelaki itu membiarkan El disitu tanpa dipujuk terlebih
dahulu.
‘Mamat ni buat taktahu je kat aku,
hampeh betul!’ merunggus El sendirian. Anak matanya melilau di sekitar meja
milik Syafiq Iskandar. Pergerakan anak matanya terhenti di sampul berwarna putih.
El memanjangkan tangannya untuk menggapai sampul tersebut. Telatah El dibiarkan
oleh Syafiq Iskandar, malas dia hendak membantah sikap El.
Sepatah demi sepatah dibaca oleh El
dengan penuh teliti pada kad itu. Senyuman dibibir terukir penuh makna. Dia kembali
memasukkan kad tersebut ke dalam sampul itu.
“You pergi tak majlis ni nanti,”
soal El dengan ceria. Syafiq Iskandar mengangkat kepalanya sedikit untuk
memandang ke arah gadis itu. Syafiq Iskandar memang sampul berwarna putih di
tangan runcing milik El.
“Hmmm… tak pasti lagi,” lama lelaki
itu berfikir.
“Alah, kita pergi lah you. I dah
lama tak pergi function macam ni. Pergi ye,” tutur gadis itu separuh merayu.
Lama Syafiq Iskandar memandang raut wajah El. Apabila memikirkan tentang majlis
itu, satu nama muncul ruang mindanya. Sera Humaira, pasti gadis itu turut
serta.
“I tak janji lagi. Kalau hati I rasa
nak pergi. I pergi jelah,” Itu sahaja yang mampu Syafiq Iskandar. Dia khuawtir
kehadiran, dia situ membuatkan ada hati tersakiti.
“Alah, you ni tak sporting langsung.
Kita pergi ye,” El menayang muka yang paling tercomel sekali untuk Syafiq
Iskandar. Akhirnya, keluhan daripada Syafiq Iskandar terlafaz.
“Okay. Kita pergi, tapi you kena
janji dengan I jangan buat hal pulak dekat situ,” Syafiq Iskandar sudah
tertewas dengan pujuk daripada El. Dia agak susah apabila dipujuk berulang
kali.
“Okay dear. I love you so much. I
janji I tak nakal-nakal dekat sana nanti,” Berubah wajah El daripada moody
terus ke mood yang lebih ceria. “Esok kita pergi shopping tau. I dah lama tak
pergi event tau!”
Syafiq
Iskandar sudah menggeleng kepala dengan sikap El yang tidak pernah berubah.
Masih sama seperti dulu. El sudah pasang angan-angan akan beli gaun untuk
majlis itu nanti.
‘Wah! Tak sabarnya!’
DATIN MAZNAH
menyusun langkah ke ruang tamu. Wanita itu memerhati susuk tubuh yang berbaring
di atas sofa. Datin Maznah mencapai bantal segi empat tepat lalu menampar paha
anak gadis yang sedang menonton televisyen.
“Mummy ni, jealous sangat Ima tengah
berehatkan,” rungut Shima yang sudah duduk bersila di atas sofa. Datin Maznah
mengambil tempat di sebelah anak gadisnya itu.
“Awal kamu balik hari ni. Ponteng
kelas ke?” duga Datin Maznah.
“Kelas Ima cancellah. Tak baik tau
tuduh Ima macam tu. Kecik hati ni,” Shima mencipta ayat pasrah.
“Tak payah nak buat muka seposen
macam tu. Zaf tak balik lagi ke?” soal Datin
Maznah lagi.
Shima mengangkat bahu tidak tahu.
Matanya tertumpu pada drama pada waktu petang.
“Mummy, girlfriend along tu lama ke
tinggal dengan rumah kita,” Shima bertanya tanpa memandang wajah Datin Maznah.
“Betul ke tu girlfriend along, Ima,”
Datin Maznah menarik tangan anaknya untuk meminta kepastian daripada anaknya.
“Entah, Ima teka jelah. Kalau bukan
girlfriend sapa lagi. Takkan wife dia pulak,”
“Mulut tu jaga sikit Ima. Mummy tak
naklah menantu macam tu tak ada adab langsung,” luah Datin Maznah dengan tidak
puas hati.
“Kalau mummy tak suka tapi kalau
along suka macam mana. Lama-lama nanti mummy kena terima jugak,”
“Mummy tak kira. Mummy tetap dengan
pendirian mummy okay,”
Shima sudah mengeleng dengan sikap
mummy yang tidak mahu di bantah. Bukan dia tidak tahu mummynya seperti itu.
Apabila Datin Maznah inginkan putih, maka putih itulah pilihannya.
Irah datang mendekati Shima dan Puan
Maznah. Irah merupakan pembantu rumah itu.
“Ibu, ada orang panggilan untuk
ibu,” tutur Irah kepada Datin Maznah. Datin Maznah segera bangun ke meja yang
mempunyai sebuah talian telefon. Dia mengangkat gagang tersebut.
“Assalamualaikum,”
Datin Maznah bersuara.
“Waalaikumussalam,” si pemanggil
menjawab. “Ni Hasnah, mama Maira,”
“Mama Maira, ingat siapa tadi,”
“Datin sihat ke? Dah lama kita tak
berjumpa kan,”
“Alhamdulilah sihat aje. Betul tu,
dah lama tak jumpa,”
“Saya ni menganggu Datin ke,”
“Taklah, saya tak buat apa-apa pun.
Cuma berehat dengan Ima,”
“Is dah balik ke Malaysia ke?” soal
Puan Hasnah.
Datin Maznah melabuhkan kerusi kecil
yang disediakan tempat letak telefon tersebut. “Is dah lama balik sini.
Sekarang dia sibuk dekat pejabat,”
“Oh macam tu, sebenarnya saya ni
risau sikit pasal Maira. Yelah anak perempuan saya tu makin membesar.
Takut-takut kalau ada orang masuk meminang dia je,” Puan Hasnah membuka cerita.
“Saya pun ada fikirkan sebelum ni,
takut jugak kan. Takpalah nanti apa-apa hal saya bincang dengan suami dulu.
Rasa tak best pulak kalau tak bincang dengan dia nanti,”
Shima memadah telinganya mendengar
perbualan mummy. Keningnya makin berkerut apabila mendengar perbualan itu
seperti ada sesuatu yang dia tidak tahu.
“Mummy ada projek besar ke nak
buat,” Ayat itu meniti dibibir gadis tersebut.
SERA HUMAIRA
mengeluarkan kunci pintu rumah lalu berkuak. Penat seharian terpaksa
menyelesaikan beberapa perkara di pejabat tadi.
“Maira, dah balik,” luangan suara
Puan Hasnah daripada dapur kedengaran.
“No
mom. It's a burglar who just happens to have keys to the front door,” kata
Sera Humaira sebaik sahaja meletakkan kasut di dalam rak kasut. Dia melangkah
masuk ke dapur.
Sera Humaira menarik kerusi pada
meja makan lalu dilabuhkan, beg tangannya di letakkan di atas kerusi sebelahan
dengannya.
“Mama masak apa tu,”
“Pengat pisang, kegemaran Maira,”
ucap Puan Hasnah. Gadis itu mendekati Puan Hasnah lalu dicium pipi penuh kasih.
“Thanks mama,” Sera Humaira mencapai
pisang yang telah digoreng yang berada di dalam pinggan. “Ma, Maira pergi
majlis tu nanti. Nak jumpa Akma. Rindu sangat dekat dia,”
Puan Hasnah mengukir senyuman
apabila Sera Humaira telah membuat keputusan untuk pergi.
“Baguslah tu. Bukan selalu nak jumpa
Akma. Tambah pulak Akma tu jauh dengan kamu sekarang,” Sera Humaira membalas
senyuman mamanya. Memang betul Akma bukan lagi tinggal di Semanjung semenjak
mengikut suaminya ke Sarwak atas alasan bekerja.
“Nanti Akma tinggal dekat mana bila,
dia datang sini,” soal Puan Hasnah.
“Hotel katanya,” jawabnya ringkas.
“Kenapa tak ajak dia tidur kat rumah
kita aje?” usul Puan Hasnah, wanita itu telah menganggap Akma seperti anaknya
sendiri.
“Maira dah cakap, tapi dia taknak.
Katanya malulah,lagipun dia kan dah bersuami. Takkan nak tinggal suami dia
macam tu je,”
“Kawan baik kamu dua orang dah
kahwin, kamu bila lagi Maira,”
Sera Humaira mula tayang muka bosan
apabila menyentuh tentang soal perkahwinan. Bukan tak nak sekarang ni tapi
calon tu yang takada. Macam mana nak kahwin gitu.
“Bila mama cakap pasal kahwin je,
diam seribu bahasa. Bila cakap pasal kahwin, muka tu macam muka. Masam aje,”
Sera Humaira sekadar mendengar apa yang disampaikan oleh mamanya malas dia nak
membantah.
“Sebelum mama terlupa, nanti Datin
Maznah nak jumpa kamu,” kata Puan Hasnah yang baru teringat permintaan ibu
kepada Syafiq Iskandar ingin berjumpa dengan anak perempuannya.
“Datin Maznah?” melantun-lantun
sebaris nama itu dalam fikirannya. Dia tidak pasti siapa yang ingin berjumpanya
itu.
“Sapa Datin Maznah tu, bunyi macam
penting sangat je,”
“Aik tak lupa dah. Itu ibu Iskandar.
Dah lupa ke?”
Hati Sera Humaira mula gundah gulana
apa nama lelaki yang hampir luput dalam ingatan kembali menerjah kotak
fikirannya. Lidahnya terkelu, tiada jawapan diutuskan. Cuma riak muka sebagai
penghantar isyarat tatkala itu.
“Takpalah mama, Maira naik atas
dulu. Nak mandi,” bergesa-gesa Sera Humaira naik ke tingkat atas. Puan Hasnah
menarik nafas panjang, risau memikirkan anak perempuannya itu.