PART 3
SUIS lampu bilik tidur anaknya di matikan. Lysa baru sahaja dapat melelapkan
mata. Suhu badannya sedikit panas, risau Irdini kalau-kalau anaknya dikhuwatiri
demam. Kaki dihayun ke biliknya dan terus menuju ke meja solek. Bangku kecil
itu dilabuhkan punggungnya. Lama dia tenung wajahnya pada pantulan cermin.
Dia
melepaskan ikatan rambutnya lantas sikat diambil lalu disisir. Sudah beberapa
hari, dia asyik termenung. Terlampau banyak perkara difikirkannya. Sikat rambut
itu diletakkan semula. Perlahan-lahan Irdini menarik sebuah laci meja solek.
Menarik sebuah buku peribadinya keluar dari situ.
Buku itu
dibuka dan tangannya mula mencapai sekeping foto Irdini bersama Jay. Foto itu
ditatapnya lama. Senyuman Jay dapat memukau mata-mata yang memandang.
Suasana
petang di Esplanade Park redup saja. Jari jemari Irdini masih ligat menulis di
dalam buku peribadinya. Sejak akhir-akhir ini, dia kurang selesa dengan keadaan
diri yang sedang berbadan dua tambahan pula usia kandungan sudah berganjak
tujuh bulan.
Tiupan angin
sepoi membuatkan hati Irdini tenang. Bekas berisi air coklat panas dihirup
perlahan. Sesekali matanya melingas ke sana ke sini. Hatinya sedikit tenang
apabila berada di situ, melihat kehijauan alam semester.
"Dini!" Jeritan seseorang menyentakkan Irdini yang
berada di bawah pohon rendang itu. "Kenapa I call you tak jawab?"
Irdini
cepat-cepat menyelongkar beg tangannya. Telefon bimbitnya dicapai. Terdapat 15
panggilan tidak dijawab. Irdini berasa salah sangat. Lelaki itu mengambil
tempat bertentangan dengannya.
"Sorry
Jay. Tak dengar tadi." Suara milik
Irdini mendatar.
"Jangan
buat macam tu lagi. Risau tahu. Nasib ada Stacy tadi, dia cakap you ada di
sini." Hampir terbalik dunia, apabila Irdini hilang begitu sahaja di
tambah panggilan tidak di angkat menyebabkan Jay menjadi kelam kabut.
Buku
peribadi Irdini ditutup lalu disumbat ke dalam beg tangannya. Irdini pandang
wajah lelaki itu, dia tahu lelaki risau tentang keadaan dirinya.
"I
minta maaf sekali lagi. Sebab bagi you risau."
"Jangan
buat macam tu lagi. I sayang dekat you sangat, I tak sanggup kalau you hilang
macam tu saja." ucap Jay separuh
nada pengharapan.
Kata-kata
Jay dicerna dalam oleh Irdini. Hampir tujuh bulan dia mengenali lelaki. Muntah,
pening, sakit semuanya bersama lelaki itu. Tidak pernah sekali pun lelaki itu
merunggut.
"Kita
kahwin sayang."
Irdini diam.
Bukan sekali Jay buat permintaan itu, sudah acap kali.
"Agama
kita lain, Jay. You kena ingat tu."
"I akan
peluk islam macam Suzana. Tapi you kena bimbing I. I want to spend my whole life with you ... only with you."
Irdini
menundukkan wajah ke tanah. " I isteri orang Jay."
"You
boleh tuntut cerai dari dia. Antara you nak dengan tak nak saja."
Aku masih
lagi isteri orang. Aku minta maaf Jay.
ANAK mata Irdini tertancap pada skrin telefon bimbitnya, dari tadi dia
scroll nombor telefon untuk dia
hubungi. Di tangan kanannya memegang kunci kereta. Picit butang unlock, untuk
buka pintu kereta.
Dia baru
selesai mendaftar taska untuk Lysa. Kemudian dia ada temuduga untuk kerja
kerani di syarikat swasta. Irdini lengkap berbaju kurung berwarna kuning,
memang sesuai dengan Irdini yang memiliki kulit putih.
Belum
sempat, Irdini menutup pintu kereta. Ada seseorang menahan terlebih dahulu.
Sembilan puluh darjah kepala Irdini melipat ke kanan. Irdini naik renyah
apabila lelaki itu.
"Haikal!
Tolong jangan ganggu hidup I boleh tak. I rimas tahu tak?" Irdini tidak
perduli, yang tahu hatinya masih sakit.
"Sampai
hati Dini buat abang macam tu. Salah sangat ke abang nak jumpa isteri abang
sendiri."
"Isteri?
Isteri you dah lama mati." Irdini geram.
Haikal
pandang rumah teres setingkat yang dijadikan sebagai pusat taska. Haikal hairan
apa yang Irdini buat di sini.
"Dini
buat apa dekat sini."
Irdini telan
air liur. Dia jadi serba salah. Lelaki itu tidak pernah tahu tentang kewujudan
Lysa di dunia. Tapi sampai bila rahsia perlu disimpan. Lama-lama rahsia itu
akan terbongkar juga.
"Saja.
Ingat nak kerja dekat situ tapi tak pula yang kosong. Lagipun tengah cari kerja
sekarang."
"Bagus
jugak itu, Dini kerja dengan abang aje. Jadi secretary abang, Suhana dia kasi
notis berhenti kerja." cadang Haikal dengan beria-ria.
"Kerja?
Jadi secreatary you? No way. Tak berminat. Terima kasih Encik Muhammad Haikal
kerana buat offer tu. Kalau macam tu, I nak pergi dulu."
Irdini
segera masuk ke dalam perut kereta. Haikal masih lagi setia di situ. Haikal
melurut rambutnya kasar. Ya salah aku semua ni.
BUNYI loceng pintu dari luar mengejutkan Irdini yang baru sahaja hendak
meletakkan kek coklat ke dalam tempat pembakar. Loceng itu masih lagi berbunyi,
apalagi Irdini cepat-cepat masukkan loyang tersebut. Tuala good morning dicapai
dan mengelap tangannya. Apron yang masih tergantung pada pangakal lehernya,
segera ditanggal. Sebelum dia langkah ke pintu, Irdini menjengah kepalanya
melihat Lysa sedang bermain-main dengan anak patung.
Irdini
memulas tombol pintu. Pnitu itu terbuka, terbuntang mata Irdini apabila melihat
sekujur tubuh berdiri yang memakai baju T-shirt berkolar dan pada batang
hidungnya tersangkut kaca mata hitam. Lelaki itu menggariskan senyuman manis.
Irdini hanya sekadar menimbulkan kepalanya dibalik pintu. Dia risau kalau-kalau
Haikal tahu tentang Lysa.
"Apa
yang you buat dekat sini?"
Irdini
berkata dengan nada geram. Hujung bibirnya digigit risau.
"Nak
ajak Dini keluar jalan-jalan. Lama kita tak dating berdua. Boleh lepas
rindu." Selamba sahaja Haikal berkata.Lantaklah kalau Dini nak mengamuk
sekali pun.
"I tak
rindu dekat you pun lah. You pergilah balik. I sibuklah!"
"Bu!
Bu!"
Teriak
daripada Lysa membuatkan Irdini telan air liur seperti telan butiran pasir.
Kesat!
Dahi Haikal
berkerut. 'ibu?'
Lysa
mendekati Irdini berada di pintu. Baju Irdini ditarik-tarik oleh Lysa.
"Bu!
Lysa nak susu."
Dahi Irdini
berasa berangin dan seakan-akan peluh mencurah-curah ke pinggir dahi.
"Sapa
tu Dini?" Menggeletar suara milik Haikal. Dia tahu Irdini sedang
menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan. Irdini diam. "Dini...abang
tanya sapa tu."
Irdini tarik
nafas dalam. Lysa berada di sisinya lalu diangkat kemudian dikendong tanpa
dipinta. Hati Irdini benar-benar berdebar. Dia sudah tidak perduli apa yang
bakal terjadi kemudian.
Kelihatan
jelas terkejut wajah Haikal tika itu. Melihat sahaja kanak-kanak perempuan itu
persis wajah seperti Irdini. Antara mereka hanya terpisah dengan pintu grill
itu menyebabkan Haikal tidak mampu untuk mendekati mereka.
Untuk sekian
kalinya, Irdini menarik nafas panjang untuk mengumpul segala kekuatan yang ada.
"Kenalkan
ini, Nur Alysa Binti Muhammad Haikal. Umur, 5 tahun." Hanya sekali nafas
terlerailah semua kekusutan membelenggu fikirannya di samping itu, terlepas
bebanan Irdini menyembunyikan tentang kewujudan Lysa.
Lidah Haikal
kelu. Terpaku. Tidak tahu apa harus dia katakan. Semuanya sangat mengejutkan.
Tanpa menunggu Haikal membalas, Irdini terus menutup pintu rumahnya. Dia
membiarkan lelaki itu diluar rumahnya.
Hatinya
terlampau mengeluarkan air mata biarpun ditahan beberapa kali. Lima tahun dia
terpaksa menanggung semua ini.
Haikal masih
lagi berdiri di pintu grill rumah Irdini. Bayangan wajah kanak-kanak itu
bertamu di ruang mindanya. Tidak pernah di tahu tentang anak itu. "Nur
Alysa' Haikal menyebut sebaris mata itu. Haikal mengalih badannya tersandar
pada pintu gril lalu diduduk ke atas lantai simen. Matanya dipejam rapat. Hari
ini dia dapat tahu, dia mempunyai anak perempuan sudah besar. Teringat Haikal
hal pertemuannya dengan Irdini dua minggu lepas di sebuah taska. Langsung dia
tidak dapat mengagak tentang hal itu.
'Sampai hati
Dini sembunyikan semuanya ni.'
Bersambung...