jum gelak-gelak

hello! lama aku tak updated entri.tak tau citer per nak tuliskan.sekarang tengah tunggu keputusan tawaran dari kolej.tah r kolej pe yang dapat.hari tu aku da minta UNIKL.course dia pon kat KL.tengok tengok aku tawaran masuk kolej tu.hope mak kasi masuk kolej tu,dekat sikit aku dengan famili aku dekat KL.memandangkan unikl nie swasta mak dengan abah terpaksa la pilihan yang betula dan tepat.ape-ape hal aku boleh minta tolong dekat diaorang.takut la jugak nak tinggal tempat orang.oke tak mau citer panjang panjang hari ni aku nk buad entri citer lawak sikit.da dua citer.korang kena baca tau.hope korang enjoy dengan citer lawak dari aku.sebenarnye citer-citer nie,aku korek dari majalah sekolah aku dulu.so aku nk share la dengan korang.

1.kisah tijah
tijah sudah tidak tahan lagi dengan teman lelakinya yang curang dengan perempuan Mat Saleh.disebabkan itu,tijah mengambila keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.dia saja menulis surat dalam Bahasa Inggeris untuk menunjukkan bahawa dia juga tidak kurang hebatnya.isi suratnya:

hello..what news? i write this letter to cut relation us.i have think about this cook-cook.i don't want to couple with you anymore.my liver is so sick when my friend say that you hold the Mat Saleh.first-first i don't believe her.but one day,i see you with the Mat Saleh at restaurant and sit near-near with my eyes myself.now i know you really play wood three with me.i'm tried to cry everyday until no more water eye.so, i make decision.i know what i do is correct because i don't want banana to fruit two times.i very sad to know that you love the Mat Saleh very more than me.so, go lah you away from my body.you already make my liver very sick.i will not sorry you and i don't want to see face you.you really a crocodile land.i decude to pull my body from this love triangle.safe walk!!

itula surat yang ditulis oleh tijah untuk teman lelakinya.rasa-rasa apalah respond teman lelakinya tu??????????

2.hari yang malang
pada suatu hari yang aman dan damai kelihatan kelibatan seorang nenek tua sedang menunggang basikal buruknya untuk ke kedai runcit.nenek tua itu mengayuh basikal sambil menyanyikan lagu Pop Ye Ye dalam versi dangdut.dalam keasyikkan nenek tua itu menunggang basikal sambil menyanyi dia tidak menyedari bahawa ada sesuatu lembaga sedang mengekorinya dari belakang.

apabila sudah lama berkayuh,nenek tua itu baru menyedari bahawa dirinya telah diekori.tanpa membuang masa,nenek tua itu terus mengayuh basikal buruknya itu dengan sekuat hati.kelajuannya ini telah mencecah sehingga 180 kilometer sejam dan aksinya tidak kurang hebat seperti Velentino Rossi.nenek tua itu cuba untuk menoleh ke belakang untuk melihat lembaga itu kerana basikal tidak dilengkapi dengan :side mirror".

walaupun kelajuan basikal yang ditunggang nenek tua itu sudah mencapai kelajuan maksimum.namun lembaga itu masih dapat mengekorinya.disebabkan terlau takut untuk melihat ke arah belakang,akhirnya nenek tua itu menoleh ke belakang dalam keadaan mata tertutup.dengan perbuatannya itu,nenek tua itu tidak lagi nampak arah hadapan mahupun belakang.

kemudian dengan perasaan berani mati,nenek tua itu membuka matanya sedikit demi sedikit.apabila matanya sudah terbuka luas, dia berasa amat terkejut dengan apa yang dilihatnya.nenek tua itu pantas menoleh ke arah hadapan untuk mengawal basikal nya.namun semua itu sia-sia sahaja kerana basikalnya sudah hampir berlanggar dengan sebatang pokok.lantas nenek tua itu bertindak pantas dengan menekan brek tangan,tiba-tiba baru dia teringat bahawa basikalnya tidak mempunyai brek.

akhirnya,satu pelanggaran yang dahsyat telah berlahu antara nenek tua,basikal dan pokok.nenek tua itu terpelanting sejauh 2 meter dari tempat kejadian.nenek tua itu mengerang kesakitan dan masih sempat berasa sedih dan kesal kerana lembaga yang menejarnya hanyalah seorang budak kecil berusia dalam lingkungan enam tahun yang hanya menaiki basikal roda tiga.
kerana terlau sedih,akhirnya nenek tua itu meninggal di tempat kejadian.budak kecil yang melihat peristiwa itu dengan spontan mengeluar telefon bimbit jenis Nokia N90 lalu menelefon balai bomba.setelah dimarahi oleh operator bomba kerana tersalah telefon,budak kecil itu mengambil keputusan untuk menelefon polis pula.dalam beberapa minit kemudian,polis tiba ditempat kejadian.nenek tua itu dibawa ke hospital untuk dibedah siasat manakala budak kecil itu ditangkap atas tuduhan membunuh dan menunggang tanopa lesen.budak kecil dijatuhkan hukuman sebat mandatori.

peristiwa itu telah tersebar seluruh kampung,akhirnya semua kanak-kanak di kampung itu takut untuk menunggang basikal roda tiga.begitu la kisah teladan yang patut di ambil iktibar.jangan sekali-kali kita menunggang kenderaan tanpa lesen.


kahkahkahkah!! lawak tak?? kalau tak lawak pun gelak je la.tu... kan dah senyum meleret! kantoi! kesemua lawak dekat atas ni tiada kaitan dengan mana-mana pihak! semuanya sekadar untuk menggelikan hati je.bak kata aya,ketawa tu awet muda.kalau tengah-tengah bengang tu,bawak-bawakla baca entri ni.gerenti cool balik lepas tu..okeh.semoga terhibur!
papai

No comments:

Post a Comment

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)