baby cat.meow meow meow






so sute
meow meow meow

Rahsia Keperibadian Wanita Melalui Cara Berjalan

content:sallyyatiey.bs.cm

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk.
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak.
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah.
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

kenapa perempuan lawa pakai tudung


content:nasadila.bs.com

1. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia nak tutup aurat.
2. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia jaga maruah..diri..dan keluarga.
3. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab.. Sebab dia cantik.
4. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia tak hendak tunjuk kecantikan dia..kecuali pada yang berhak.
5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia seorang yang pandai..pandai jaga diri.
5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia anak solehah…
6. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia dengar cakap mak bapak dia..
7. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia hormati orang lain..
8. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab takut apabile dia tak pakai tudung orang tengok dia cantik..dan ada niat yang tak baik..
9. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab tak nak diminati ramai lelaki sangat..
10. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab tak nak menyusahkan orang lain..
11. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat pahala..
12. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat menghindari maksiat..InsyaAllah ..
13. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab supaya dapat menjadi contoh pada perempuan lain..
14. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab supaya lelaki yang beriman saja yang suka dia..
15. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab mendengar suruhan Nabi…
16. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya.. Jadi dia tak nak sewenang2nya menunjuk kepada lelaki.. Kerana jika dia menunjuk maknanya dia dah tak bernilai kerana mahkota dia telah dilhat oleh semua lelaki (kecuali keluarga).
17. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..
18. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab patuh pada suami..
19. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab paling penting.. Dia orang Islam…
20. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?.
Sebab dalam Al-Quran suruh dia pakai tudung.. Kalau orang Islam tapi tak berpegang pada Al- Quran.. Nak berpegang pada apa lagi..??
21. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasal anda memang cantik lah kalau pakai tudung.. Orang lelaki memang suka org perempuan yang pakai tudung…
22. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasal mereka tahu kalau tak pakai tudung mereka akan “syok sendiri” yang mereka tu lawa… Rugi lah kalau begitu… Pakailah tudung wahai muslimah Islam.. Serius ni…
23. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasai dia tak mahu orang lelaki suka kat dia pasal nafsu semata2… Mesti nak kat dia pasal agama dan akalnya yang baik… .
24. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab … … Banyak lagi sebab…
pastu ada seorang bertanya, perempuan yang tak bertudung tu tak cantik la ye? haa, sape nak jawab?

p/s: cantik itu subjektif…
semua org dilahirkan cantik…
apatah lagi jika mengikut syarak yang ditentukan Allah. kan?

adore u selena gomez♥




hey!
short entri.
adore u selena gomez!

Kepada yang masih single


Content: Majalah ‘Perempuan’ & raracandyfloss.com

Kepada yang masih single
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin korang kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila korang biarkan ia terbang, ia akan menghampiri di saat korang tak menduga. Cinta mampu membahagiakan tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila korang berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya. Heh heh. Ayat dia jiwang betul kan? Tapi memang betul lah. Cinta ni, kalau dikejar, memang dapat yang entah apa-apa. Cuba kalau korang tengah seronok hidup single, asyik ada je orang yang pujuk rayu =___=”

Kepada yang ragu-ragu dengan pernikahan
Cinta, bukannya mencari seseorang yang “SEMPURNA”, tapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan diri korang sempurna. Kepada playboy/playgirl, jangan cakap “Aku Cinta Padamu!” bila korang tak betul-betul peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tak betul-betul ada dalam diri. Jangan sentuh hidup seseorang bila korang hanya berniat nak main-main saja. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang korang lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta dengan korang, sedangkan korang langsung tak berniat langsung untuk menerimanya saat ia terjatuh.

Kepada yang patah hati
Sakit, luka, hancur, patah hati.. bertahan selama korang menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam korang membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya. Gagal sekali dalam sesuatu perhubungan, tak bermakna tidak boleh teruskan hidup baru.

Kepada yang belum pernah jatuh cinta
Ayyooo ada lagi ke manusia yang belum pernah jatuh cinta? T_______T Macamana kalau jatuh cinta? Nak jatuh, jatuhlah! Tapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsi tapi jangan tak adil. Cuba untuk memahami tapi bukan bermakna tak boleh meminta apa-apa. Bersedia untuk terluka dan menderita, tapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang betul-betul dialami.

Kepada yang ingin menguasai
Hati korang patah tengok orang yang korang cintai sedang berbahagia dengan orang lain, tapi akan lebih sakit lagi bila mengetahui orang yang korang cinta langsung tidak pernah bahagia dengan korang.

Kepada yang takut mengakui
Cinta menyakitkan bila korang putuskan hubungan dengan seseorang. Tapi, lebih sakit lagi bila seseorang yang memutuskan hubungan dengan uolskorang. Tapi, cinta paling menyakitkan adalah bila orang yang korang cintai langsung tidak mengetahui perasaan uols terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan mencintai seseorang yang telah pergi
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila korang bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh korang dan korang telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.