Kau, Aku Punya Bab 10


BAB 10
“Jadi tak rancangan kita tu,” tanya Iskandar. Ada senyuman nakal meniti di bibirnya.
“Perfect. Tunggu serang balik saja,” balas Darus sambil memberi isyarat bagus.
Sehari sebelumnya...
 “Katak?” Iskandar menyuap-suap dagunya. Seperti memikirkan sesuatu.
  “Kenapa tak lipas je,” setelah lama memikirkan akhirnya Iskandar bersuara kembali.
  “Perempuan dan katak. Musuh number satu teratas. Perempuan ni geli dengan binatang macam tu,” kata Darus sebagai ketua dalang menyakat orang. Tarmizi hanya mampu mengeleng dengan perangai mereka berdua.
   “Betul juga kan,” sokong kata-kata Darus oleh Iskandar.
   “Korang nak buat apa sebenarnya ni. Dengan katak lah,” Tarmizi menyoal Darus dan Iskandar.
   “Nak kasi hadiah hari jadi,” ucap Darus sambil ketawa jahat.
   “Korang nak menyakat sapa ni,” tanya Tarmizi lagi. Iskandar menyambung membaca komiknya. Dalam otak Iskandar hanya komik sahaja tidak di lupakan juga Humaira.
  Cerita pasal Humaira. Humaira mogok tak bercakap dengan Iskandar. Dia cakap takut ada orang cemburu. Sapa nak cemburu? Aira. Itu memang akan cemburu. Bila di siasat rupa-rupanya. Humaira mogok pasal Emily. Emily. Umurnya sekitar 24 tahun dan sudah bertunang. Dan bakal menamatkan bujangnya.
    “Besday Aira lah. Aku nak ajar sikit perempuan. Tak tau malu langsung perempuan tu,”
  “Mana kau nak cari binatang ni,” tanya Iskandar yang terhalang oleh komiknya.
  “Yang tu, kau tak payah nak risau okay. bab tu biar aku settle sendiri. Alright,” kata-kata Darus di sambut ketawa oleh Iskandar.
  “Dasar otak gila!”
                                                       *********
 “Happy birthday, Aira,” ucap Humaira dengan melebarkan senyuman. Aira hanya tersenyum berlagak. Bajet famous lah tu. Diana dan Amira entah hilang ke mana. Jadi Humaira hanya jalan bersendirian. Humaira melintas jalan di hadapan Darus dan Iskandar.
 ‘Apahal budak dua ni. Tersengij-sengih dah macam nak tercabut gusi ni,’ detik Humaira di dalam hatinya. Susuk tubuh Darus menghalang Humaira berjalan.
  “Aku tak duit nak bayar tol kau,” ucap Humaira sambil ketawa kecil.
  “Kau nak pergi mana ni,” soal Darus masih terpacak berdiri di hadapan Humaira . Wei aku tahu aku ni kecik je.
  “Masuk kelas lah sayang oit,” jawab Humaira dengan selamba. “Tepi lah, Darus,”
  “Kau tak takut ke,” suara Darus seperti ingin menyakat Humaira. Humaira menelan air liur. Humaira menoleh ke arah Iskandar. Iskandar sekadar menguntum senyuman. Humaira sudah mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kelasnya mula riuh rendah tambah pula hari ni merupakan ulang tahun Aira ke 17 tahun. Sweet Seventeen  lah kononya.
  “Aira, ada present lah. Buka lah,” salah seorang pelajar perempuan telah bersuara. Bungkusan sederhana besar terletak di atas meja.
  “Tak lah, buka dekat rumah nanti lah,” ucap Aira. Tapi tiada siapa pengirimannya. Mungkin secret admire Aira.
  “Alah satu ni kau buka dekat sini. Yang kau bawa lah balik rumah,” Aira mendapat banyak hadiah. Bertimbun-timbun di tepi kerusi. Dari kecil sehingga lah yang besar.
  “Okay. aku buka okay,” akhirnya Aira mengalah dengan rakan sekelasnya tu. Budak-budak perempuan lain sudah berkumpul di meja.
  Darus dan Iskandar menjengukkan kepala mereka di tepi pintu. Pelik Humaira di buatnya.
 “Okay. kita kira.” Ujar Darus. Iskandar hanya mengiyakan saja. “1.. 2.. 3.. 4.. 5,”
AAAAARRRRGGGHHHHH!!
 Terdekah-dekah Iskandar dan Darus gelak di luar kelas. Darus dan Iskandar tidak ketinggalan bersorak keriangan siap ber "santikey" dan saling memberi "Give me Five". Bertempiran budak-budak perempuan yang mendekati Aira apabila kelima-lima ekor katak melompat keluar dari kotak hadiah. Humaira kaku di tepi tembok tu Mengeletar tubuh badan Aira bila salah seekor itu mendarat di atas kepalanya. Makin kuat Darus dan Iskandar. Beberapa saat kemudia tubuh Aira terasa ringan dan terjatuh ke lantai.
  Humaira jadi cemas. Laju Humaira melangkah masuk ke dalam kelas. Beg galasnya di lempar ke atas meja.
  “Weyh, apa korang buat ni!” jerit Humaira kepada Darus dan Iskandar. Ketawa mereka terlerai dengan jeritan Humaira. Humaira mendekati Aira. Mungkin Aira terkejut dengan ‘hadiah’ tu rasanya. Humaira mendongakkan kepala Aira sedikit. Iskandar dan Darus sudah di tepi Humaira.
  “Apa yang korang buat ni. Kan dah pengsan besday girl kita ni,” ucap Humaira seolah-olah berbisik. “Dah korang tolong angkat minah ni. Bagi dia duduk atas kerusi,”
Arah dari Humaira. Iskandar dan Darus di mematuhi arahan daripada Humaira. Mereka berdua mengangkatkan Aira perlahan-lahan.
  “Bagi dia oksigen.” Kata Darus setelah memapahkan Aira duduk di atas kerusi.
   “Apahal ni wei,” Tiba-tiba Diana menyapa mereka yang berkumpul dia situ.
  “Kau tanya lah ketua dalang ni,” kata Humaira menuding jari muka handsome Darus. Darus menayang sebaris gigi putih tersusun cantik. Iskandar menampar lembut pipi Aira, untuk memberi Aira sedar semula.
  “Apa kata kau jirus je dengan air,” celah Amira sedang melabuhkan duduk di kerusi kayu.
  “Tak baik orang macam tu, minah bajet ni tengah pengsan,” bela Humaira tiba-tiba. Darus, Iskandar, Amira dan Diana saling menoleh ke seraut wajah gadis kacukan tu.
  “Betul apa aku cakap,” Humaira bersuara lagi. Tubuh Aira sudah bergerak sedikit demi sedikit. Mata Aira membuka kecil. Kelihatan samar-samar. Susuk tubuh Iskandar dihadapan Aira mengukir senyuman. Aira terkejut terus memeluk lelaki itu. Tersentak Iskandar. Kaku. Terkedu Humaira di situ. Darus dan Humaira saling memandang
  “Is, Aira takut. Tadi ada katak,” ucap Aira tersenda-sendu. Iskandar merengang sikit tubuh badan Aira daripada badannya.
  “Mana ada dah. Darus dah tangkap katak-katak. Okay,” pujuk Iskandar kepada Aira. Tersenyum simpul Aira bila Iskandar melayannya dengan baik. Semua kembali tenang bila Aira dah sedarkan diri.
                                                           *****
  “Perhatian kepada semua pelajar Tingkatan 5. Anda dijemput ke dewan dengan segara. Sekian terima kasih.” Ucapan dari corong pembesar suara jelas kedengaran. Pelajar-pelajar sudah bergerak ke dewan di maksudkan. Humaira, Diana dan Amira bergerak beriringan ke dewan. Duduk di atas lantai. Humaira menolak Diana dan Amira ke belakang sikit. Risau kalau duduk depan-depan ni. Humaira duduk di tepi dinding. Selamat.
   “Assalamulaikum semua. Hari kamu semua ada program sikit iaitu Program Kemahiran Komunikasi. Sebelum kita mulakan program ini, di minta Mohd Aliff membacakan doa,” kata Cikgu Mawar selaku pengacara majlis sebelum menyerahkan microphone kepada Mohd Aliff. Selepas beberapa minit, mengaminkan doakan. Mohd Aliff menyerahkan kembali microphone kepada Cikgu Mawar, Penyelia Tingkatan 5.
   “Amin Amin Ya Rabbal `Alamin,” ucap Cikgu Mawar. “Tanpa melengahkan masa, saya menjemput selaku penceramah kita daripada UiTM iaitu Puan Hajah Sharifah Binti Syed Saad. Majlis dengan segala hormatnya. Mempersilakan,”
 “Assalamulaikum dan selamat sejahteraan. Yang berbahagian Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, guru-guru dan anak-anak murid dikasihi. Sebelum saya meneruskan program ni, terdahulu saya memperkenalkan diri saya dahulu. Nama saya Hajah Sharifah Binti Syed Saad. Saya jugak salah seorang pensyarah di UiTM yang mengambil bidang undang-undang. Kamu semua tahu tak apakah objektif majlis ini diadakan,” tanya Puan Hajah Sharifah kepada pelajar-pelajar yang duduk di hadapan. Masing-masing pelajar mendiamkan diri. Ada yang mengeleng-gelang dan tidak endahkan.
  “Objektif yang terdapat dalam program ni adalah memahami teknik-teknik yang berkesan dalam menyampaikan ceramah,khutbah dan ucapan, memahami prinsip-prinsip, ciri-ciri dan kepentingan pengucapan awam berkesan dalam berdakwah dan mengamalkan teknik mengawal gugup yang berkesan ketika berucap,” kata si penceramah tu lagi.
   “Program ini akan memberikan kemahiran secukupnya kepada para pelajar untuk meningkatkan keupayaan dan keyakinan di dalam memberikan ucapan kepada publik. Apatah lagi kursus ini dibimbing oleh seorang yang dianggap sebagai sifu di dalam pengucapan awam. Program ini amat sesuai untuk pelajar seperti kamu. kamu semua ini akan melanjutkan pelajar. Misalnya, apabila kamu diberikan tugasan. Pasti akan ada presentation kepada kamu,”
   Puan Hajah Sharifah mula mengatur lorong antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
“Saya kamu semua mula mengantuk,” ucap Puan Hajah Sharifah sambil melebarkan senyuman. Penceramah tu mengatur langkahnya kembali kehadapan. Dia meletakkan microphone di atas meja.
 “Matilah kita macam ni, dia dah start panggil sorang-sorang,” bisik Diana yang duduk di antara Amira dan Humaira. Humaira memandang ke hadapan. Betul. Hampir lima enam orang pelajar sudah berdiri di hadapan.
  “Rileks wei, jangan gelabah macam tu,” balas Humaira yang memandang sikit cuak.
  “Kamu hujung sana, ke hadapan,” kata Puan Hajah Sharifah kepada Humaira.
  ‘Hah, aku ke. Alamak,’ desis di hati Humaira.
  “Rileks wei, jangan gelabah macam tu,” perli Amira yang sudah tersengih-sengih. Asal aku yang kena. Nampak sangat muka wanted. Lemah longlai Humaira menapakkan ke hadapan. Humaira berdiri di sebelah gadis berketurunan cina dan sebelah Humaira adalah Syafiq Iskandar.
  ‘What! Syafiq Iskandar pun terkena juga ke,’ bentak Humaira di dalam hati. Iskandar menguntum senyuman cukup indah. Tak perlulah senyum macam tu dah nak terkeluar jantung aku ni.
   “Kita ni memang muka wanted ke?” tanya Humaira ke arah Iskandar.
    “Maybe kut,” terdengar nada mengeluh pada Iskandar. Melihat dari ketinggian Humaira dan Iskandar. Memang lah Humaira agak kemetot sikit. Tinggi Humaira hanya sampai di bahu Iskandar. Nampak sangat dah tu.
  “Okay. saya kamu semua perkenalkan diri anda masing-masing iaitu nama penuh, nama panggilan, tempat lahir, anak yang berapa, kenangan pahit, kenangan manis, hobi kamu masa free, cita-cita kamu. Bermula dari hujung kanan saya,” kata Puan Hajah Sharifah sebaik sahaja menyerahkan microphone kedua. Tergagap-gagap apabila salah seorang antara mereka cuba untuk bercakap di hadapan khalayak ramai. Humaira semakin pecah peluh. Iskandar buat selamba derk je.
 ‘Alamak main-main perkenalkan diri pulak tu. Tak sukanya. Aihhh. Mic tu dah makin rapat dengan aku ni,’ desis Humaira di hati kecilnya. Akhirnya sampai juga mic tu dekat Humaira. Humaira menarik nafas dalam-dalam. Humaira boleh!
  “Assalamulaikum dan selamat sejahtera. Nama penuh Sera Humaira Binti Ahmad Luqman. Nama panggilan ialah Maira. Aa.. tempat lahir di Kuantan, Pahang. Di sini saya di lahir dan di sini juga di besarkan.Saya jugak merupakan anak bongsu. Kenangan pahit saya, adalah saya pernah didenda cuci toilet, kemaskan dewan makan dan lain-lain. Kenangan manis pula bersama dengan keluarga tercinta dan rakan-rakan. Hobi saya simple aje, baca novel yang terakhir cita-cita saya adalah businesswomen yang berjay macam ibu saya. Sekian terima kasih,” ada ketawa kecil apabila memberitahu tentang kenangan pahitnya. Humaira menyerahkan micphone ke arah Iskandar. Mengeletar tangannya menyerahkan micphone kepada Iskandar. Microphone tu bertukar tangan
   “Assalamulaikum dan selamat sejahtera. Nama penuh saya Mohd Syafiq Iskandar B. Datuk Abd Rahman, boleh panggil Iskandar. Saya berasal daripada Selangor. Saya merupakan anak sulung dalam keluarga saya dan mempunyai adik perempuan. Kenangan pahit saya sama seperti Humaira iaitu didenda cuci toilet bersama Humaira. Kenangan manis saya bila melancong bersama keluarga di Kota Singa. Hobi saya adalah membaca komik. Cita-cita atau impian saya adalah ingin menjadi peguam. Itu saja. Terima kasih,” ucap Iskandar dengan tenang. ‘
         Belum sempat budak perempuan yang berdiri di tepi Iskandar.
Puan Hajah Sharifah menyuara “kamu berdua ni ada apa-apa ke, boleh pulak kena denda sekali dan satu lagi kamu anak datuk,”
  Iskandar hanya mengukir senyuman bila mendapat soalan dari Puan Hajah Sharifah.
  “Yes, saya memang anak kepada Datuk Abd Rahman. Tapi di sekolah saya hanya seorang pelajar biasa,” kata-kata Iskandar membuat Humaira berasa bangga sekejap. Iskandar yang low profile. Puan Hajah Sharifah sekadar mengangguk tanda faham butir-butir yang dilemparkan. Program itu berlangsung pukul 11 pagi sehingga ke pukul 2 petang. program yang terdapat dalam ini seperti ceramah tentang Halangan Berkomunikasi dan latihan berkumpulan serta di beri penbedahan tentang cara berkomunikasi berkesan.

BERSAMBUNG...

                                                            

9 comments:

  1. awk, jalan cerita dh menarik. tp ada sesetangah mcm x lengkap.. contohnya

    "Apa yang korang ni" kan dah pengsan besday girl kita ni

    cuba awak cek blik tau..

    setakat 2 aje yg saya nmpak.. :)

    ReplyDelete
  2. jadi tak rancang kita tu ? rancangan ehh ? pastuu , arahan dari humaira . iskandar dan darus di patuhi ? maaybe awak boleh betulkan .. ape2pun jalan cerita dia macam best .. nanti kalau saya ade masa saya nak baca dari bab 1 sampai yang latest okayy :) keep it up sweety.

    ReplyDelete
  3. @ℱᗩᖙᖺᓰᒪᗩ ᕼᗩᔕᔕᗩﬡ thanks kerana menegur atas segala kesilapan . ada masa baca lah :)

    ReplyDelete
  4. Wahh ! cun dh jalan cerita ni :)

    ReplyDelete
  5. hehe . tak sabar nak tunggu bab yang seterusnya ..

    ReplyDelete
  6. @Iza Zaty jalan cerita besa je. btw thnks for luaang kan tuk baca

    ReplyDelete
  7. insyaallah kita baca k.. skang busy dengan novel baru. hehe :D

    ReplyDelete

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)