BAB 9
Hampir dua
minggu sudah majlis Hari Guru menutup tirai. Masih segar di ingatan tentang
perangai Iskandar dan bunga Ros tu. Bunga Ros antara seribu tanda tanya tentang
perasaan lelaki tu. Humaira meletakkan bunga Ros dalam balang kaca. Di tenung selalu.
Aktiviti terbaru Humaira mengucap selamat pagi pada bunga itu.
Humaira termangku seketika. Kerana sekumtum
bunga Ros. Humaira bergaduh dengan Aira. Aira tu ada masalah otak ke, asyik nak
cari pasal dengan aku je.
Humaira mencapai bingkai gambar di atas meja
studinya. Garis senyuman terbit di bibirnya. Gambar Humaira dan Iskandar masa
Hari Guru dua minggu lepas. Mesra. Itu dapat di nilai pada gambar tu. Iskandar, siapa kau sebenarnya? Kenapa kau
selalu ada dekat dengan aku? Akukah yang bakal melengkapkan tulang kirimu?
Dua minggu lepas...
Waktu
rehat bermula Humaira, Diana dan Amira menghayun kaki dengan cepat. Risau
tempat kosong tiada. Menu hari Mee Kari dan Nasi ayam. Perut Humaira dah start karaoke. Seperti kebiasaan, sebelum ke sekolah Humaira
akan sarapan dulu sebelum ke sekolah tapi tadi tak sempat. Diana pergi menjaga
tempat dan kerusi. Humaira dan Amira ke tempat jualan makanan. Rimas. Semuanya
dah besar tadi perangai macam budak kecik. Tak nak langsung beratur dengan
tertib. Merengus Humaira sorang-sorang.
“Hoi! Kau apahal!!” nyaring suara Humaira
menyinga. “Nak kata buta, contact lens
dah pakai bukan main besar lagi,”
Bergema suara Humaira telah menarik kan
perhatian pelajar di kantin sekolah tersebut. Baju sekolahnya berwarna putih
lencun dengan kuah Mee Kari.
“Ops.. tak sengaja,” ucap Aiara dengan
menutup mulutnya dengan tangan. Senyuman
sinis.
“Apa dia. Kau caka tak sengaja. Sengaja ke
tak sengaja Aira oit. Aku kenal kau tu!,” jerit Humaira. Humaira mula naik
berang. Dia tak peduli dengan makhluk-makhluk di situ.
“Bila aku cakap. Aku tak sengaja tu tak
boleh paham ke,” Suara Aira mula meninggi. “Kau tu yang buta. Jalan guna mata
bukan kepala lutut,”
“Sapa yang buta sekarang ni, kau ke aku.
Meja makan sebelah sana. Bukan dekat sini!” panas hatinya belum reda. Humaira
sudah mensinsing lengan bangun sekolahnya.
“Aku nak tukar baju kau dengan aku sekarang.
aku tak peduli,”
“Apa kau ni dah giler ke, tak kuasa aku nak pakai
baju kau dengan kuah Mee Kari tu,” jerit Aira yang meminta di gantikan dengan
bajunya. Amira sudah menepuk-nepuk bahu
“Kau tu yang giler sebenarnya. Aku tak kira.
Aku nak baju kau tu jugak,” ujar Humaira merenung tajam minah kerek. Berlagak.
“Apahal ni. Maira,” entah dari mana Iskandar
muncul tadi situ. Melihat baju Humaira sudah lencun dengan kuah Mee kari.
“Perempuan sial ni lah! Aku tak kira aku nak
baju kau sekarang jugak,” pekik Humaira badannya sudah terasa melekit dengan
kauh tu. “Atau aku nak aku bogel dekat sini jugak!”
Terdeku Aira di situ dengan muka tak salah
bersalah langsung. “No way! Aku tak
nak!”
“Aku tak peduli. Aku nak jugak,” bahu Aira
di tolak kasar sehingga Aira terdorong ke belakang membuatkan gadis tu tidak
mendapatkan mengimbangkan dirinya. Tak lama lepas tu pergaduhan berlaku di
kantin. Sepak teranjang, tarik rambut, tolak-menolak antara Humaira dan Aira.
Kantin sekolah bagaikan gegelangan sepak teranjang mereka.
Darus dan Iskandar di situ berusaha
mengawal keadaan.
“Maira!!” jeritan Iskandar tidak diendahkan.
Humaira masih berdegil. Darus menarik pergerlangan tangan Aira.
“Sudah lah tu. Tak malu ke orang semua
tengok,” Darus cuba meleraikan pertenglikahan Aira dan Maira. Aira menjeling
tajam ke arah Darus. “Woi perempuan kau dengar tak,”
“Minah kerek ni yang mula dulu tau tak,” ujar
Humaira yang nafasnya turun naik di pegang oleh Diana dan Amira. “Woi
perempuan, kau pernah tak makan Mee Kari Kasut. Mesti kau teringinkan,”
“Tak. Setakat ni belum pernah lagi lah,” jawab
Aira agak lurus. Suasana kantin agak tegang.
Kaki Humaira mula bergerak menendang-nendang
kaki Aira hanya beberapa langkah.
“Tu mee kari tuk kau,”
“Maira sudah lah tu. Malu lah sikit,” bentak
Iskandar sudah tidak tahan dengan Maira dan Aira menimbulkan pergaduhan di
kantin. Pergaduhan terlerai apabila guru disiplin dan ketua pengawas iaitu
Razlan menjemput Humaira dan Aira ke bilik guru. Darus dan Iskandar terpaksa
ikut serta.
********
Nada
deringan telefon bimbit dari “Lips Of An Angel” menyentakkan Humaira
yang tertidur di meja berbantalkan lengannya. Matanya terpisat-pisat. Humaira
mencapai telefonnya. Tertera nama Iskandar.
“Woi, mana kau pergi banyak kali aku call tau tak,” ucap Iskandar tanpa
memberi salam. Humaira menoleh jam di dinding bilanya. Tepat pukul 5.30 petang.
Ingatkan dah pagi tadi. Tu lah Ibu selalu bising kalau tidur lepas asar.
“Pakcik, mana salam kau hah. Main sergah je,”
bentak Humaira.
“Assalamualaikum intan payung, intan berlian,” ucap Iskandar melalui corong
telefon bimbitnya. Sejuk hatinya dengar suara Iskandar. Mendayu-dayu suaranya.
“Waalaikumussalam. Macam tu lah sejuk perut aku dengar. Ni apahal call aku ni,”
“Malam ni, aku
dan family makan malam dengan rumah kau,” kata Iskandar dengan tenang.
“Apa dia, Is,”
tanya Humaira sekali lagi.
Gededuk!
Humaira terjatuh ke lantai. Aduh.. macam nak patah pinggangnya. Kalau buah
nangka busuk jatuh macam ni lah agaknya. Tadi Humaira nak membetulkan posisinya di atas ke kerusi roda tu.
“Kau, apahal
ni,” suara kerisauan jelas kedengaran daripada Iskandar. “Kau okay tak,”
“Aaa.. aku
okay je, tak payah nak risau,” balas Humaira bersahaja. Tapi hanya Allah saja
tahu sakitnya macam ni. “Asal kau tak
call aku cakap kau nak datang malam ni,”
“Cik Humaira
sayang, Is dah call banyak kali lah. Tapi langsung tak berangkat. Apa-apa ibu
Maira dah tahu okay,” terkedu Iskandar memanggilnya begitu. Sengal-sengalnya
tadi terasa kurangnya.
“Okay lah kalau
macam tu.
Aku nak mandi lah,”
“Nak ikut,” sengaja Iskandar membuat nakal.
Tersenyum sampai ke telinga. Bahang muka Humaira menahan malu. Untung dalam
telefon kalau dekat depan-depan tak tau lah.
“Jangan nak mengada-ngada lah,” tegas suara
Humaira. Beberapa minit kemudian, Humaira mematikan panggilan dari Iskandar.
Humaira bingkas bangun perlahan-lahan. Dia mencampakkan telefon bimbitnya di
atas katil.
Humaira mengatur langkah ingin keluar dari
kamarnya. Karang lah mandi. Desis di hatinya. Dia menuruni anak tangga satu
demi satu. Susuk tubuh ibunya kelihatan. Ibunya yang memakai blous berwarna merah di padan dengan
seluar slack potongan kembang. Ibunya memang suka bergaya. Pasti ibu baru
pulang dari butik.
Humaira bergerak ke ruang tamu lalu dihempas
tubuhnya di atas sofa empuk. Humaira memejamkan matanya. Tersenyum Puan Hasnah
melihat anak bongsunya. Puan Hasnah mendekati meja kopi di hadapan Humaira
menyusun majalah-majalah kepunyaan ibunya.
“Anak ibu kenapa?” soal Puan Hasnah seraya
menyusun majalah supaya kemas dan teratur.
“Maira okay je bu,” ujar Maira tanpa menoleh
ke arah ibu. “Ibu, ajak family Is datang sini ke,”
Keluarganya dan keluarga Iskandar memang
rapat. Mama Iskandar dan ibu merupakan rakan niaga mereka, kebetulan papa
Iskandar dan ayahnya kawan pada zaman persekolahan lagi. Cuma membezakan
mereka. Keluarga Iskandar mempunyai syarikat dan empayar sendiri hasil titik
papa Iskandar.
Puan Hasnah mendongakkan muka ke arah Humaira
yang terbaring di atas sofa.
“Tak pun lah. Diaorang tu dah lama sangat
dah nak datang cuma masa tak mengizinkan,”
“Ibu, can ask you something,” Humaira bangun
dari pembaringan. Badannya di sandar pada sofa.
“Yes, sure,”
“Apakah hubungan kita dengan family Iskandar,”
Ada segaris senyuman di bibir ibu. Hatinya Puan
Hasnah seribu resah tertanggung dalam hatinya. Sorry sayang, ibu akan bagitahu
kelak nanti. Detik di hati Puan Hasnah.
“Tak de apa-apa. Just family Iskandar tu kan
kawan ayah dengan ibu. Iskandar tu kan kawan Maira juga kan,” sedaya-upaya Puan
Hasnah memberi jawapan munasabah. Risau jika rahsianya terbongkar sebelum tiba
masanya lagi.
Wanita itu bersuara lagi “Dah pergi mandi.
Busuk lah,” Humaira mencebik mulutnya. Deruman enjin kereta kedengaran dari
halaman rumah. Humaira menoleh jam dinding terdapat di ruang tamu. Baru pukul 6
petang, takkan diaorang dah sampai. Humaira membatu di sofa. Susuk tubuh
alongnya kelihatan. Shahrul membuka kasut dan stoking di letak di atas rak
kasut.
“Along pergi mana ni,” tanya Humaira sebaik
sahaja Shahrul menapakkan kaki ke dalam rumah kembar dua tingkat tu.
Shahrul melabuhkan punggungnya di atas
bersebelahan dengan Humaira. “Keluar lah. Jalan-jalan,”
“Along ni kan. Langsung tak ajak adik kan. Nyampah
lah,” kata Humaira dengan nada kecil hati. Humaira bingkas bangun dari sofa.
Shahrul ketawa kecil tengok perangai adiknya. Humaira sudah mendaki anak tangga
***********
Riuh
rendah rumah kembar dua tingkat tu. Humaira masih di bilik. Segera dia
menyiapkan diri sebelum ke tingkat bawah. Apa hal tu bising macam orang hantar
rombang lagi. Humaira mengikat rambut dengan kemas. Humaira hanya berjersi
berwarna kuning. Humaira meninggalkan biliknya. Kemas dipegang telefon
kesayangannya. Aih! Kenapa berdebar semacam je. Jantungnya berdegup kencang. Apahal
dengan jantung aku. Selalu sangat buat hal.
Satu tapak terakhir menuruni tangga. Kaum kerabat
Iskandar menoleh ke arah Humaira. Darah menyerbu muka Humaira. Humaira
melangkah kaki ke arah ibu yang duduk atas sofa bersama keluarga Iskandar. Tapi
Iskandar tiada di situ.
Humaira menyalam Auntie Mahani dengan anak
perempuannya dan seorang wanita sebaya dengan ibu dan auntie Mahani serta
seorang lagi anak dara.
“Ni ibu saudara Iskandar, kakak papa
Iskandar,” ujar Datin Mahani kepada Humaira. Humaira hanya menggangguk tanda
mengerti. “Yang anak dara tu sepupu Iskandar. Dia baik dengan Is. Nama dia
Emily,”
Humaira memberi senyuman seikhlas mungkin kepada
gadis. Emily gadis tu cukup manis bila mengukir senyuman. Dia hanya memakai
baju putih berlengan panjang dan berseluar jeans di tambah anting-anting
berbentuk bulat pada cuping telinganya. Rambutnya yang kehitaman di lepaskan. Cemburukah
aku pada gadis tu?
Lekas-lekas Humaira menghapuskan perasaan
sebegitu. Perasaan tu boleh membunuh aku ketika. Ya Allah, hapuskan lah
perasaan ini. Aku tak sanggup.
“Humaira,” panggil Puan Hasnah. Humaira
mengalih muka ke pada ibunya.
“Boleh pulak dia temenung,” ujar Puan Hasnah
lagi. “Dah pergi panggil ayah, cakap makanan dah hidang.”
Bait-bait ayat cepat di proses ke dalam
otaknya. Humaira terus keluar dari rumah ke halaman terdapat Shahrul, Uncle
Man, ayah dan Is berborak. Entah lah topik apa yang dibual kan. Humaira
merapati mereka semua.
“Ibu cakap, makanan dah disiap hidang,” kata
Humaira sesampai di meja bulat di halaman rumah.
“Jom masuk makan dulu,” pelawa Encik Ahmad
kepada Datin Abd Rahman. Mereka semua sudah meninggalkan perkarangan halaman
rumah. Hanya Humaira dengan Iskandar.
“Maira, kau okay tak,” ucap Iskandar
memulakan perbualan antara mereka.
“Okay je,” jelas Iskandar boleh membaca
reaksi seraut di wajahnya.
Humaira mengorak langkah longai. Baru beberapa
tapak ke hadapan. Pergerlangan tangannya dicapai oleh Iskandar. Perlahan-perlahan
tangan Humaira di lepaskan.
“Hei, kenapa ni. Aku ada buat salah ke?”
“Tak. Aku okay Is. Jom masuk. Mesti diaorang
tunggu kita.”
Humaira
mendahulukan langkahnya ke dalam rumah. Di ikuti oleh Iskandar yang mengekori
daripada belakang. Ahli Humaira dan Iskandar sedang menunggu kitaorang berdua. Lantas
sampai di meja Humaira mengambil tempat di sebelah adik Iskandar dan
bertentangan dengan Iskandar. Ibubapa Humaira dan Iskandar rancak berbual
antara satu sama lain. Humaira hanya membatu sendirian.
“Humaira, tambahkan nasi tuk Iskandar,” tegur
Puan Hasnah ke Humaira. Dia tercenggang. Apasal pulak. Iskandar ni bukan laki
aku lah. Humaira angkur dengan arahan ibunya. Belum sempat tangan Humaira
mendarat di bekas berisikan nasi putih. Tangan Emily terlebih dahulu
mendapatkan bekas nasi tersebut.
Humaira hanya mengukir senyuman plastik ke
arah Emily. Di sendukkan nasi putih kepada Iskandar. Iskandar hanya diam. Bagus
lah perempuan yang buatkan. Lagipun tu kan sepupu dia. Biarlah sepupu dia yang
uruskan. Malam itu Humaira terpaksa berperang dengan perasaannya. Tak sukanya
jadi macam ni. Sapa Emily tu sebenarnya? Kenapa dalam banyak-banyak lelaki
dekat dunia ni. Iskandar tu jugak kau pilih. Humaira cuba merapatkan matanya
dan merehatkan minda dan hati supaya tenang. Akhirnya Humaira terlena di atas
katil empuk di kamarnya.
Harap
hari esok lebih baik daripada hari ini.
BERSAMBUNG..
P/S: sory tak berapa nak best.
bosan
ReplyDeleteayat selalu tertinggal,lain kali lepas tulis cek balik sbb tu org cpt bosan bila bce sbb x phm
ReplyDeletebest !
ReplyDeleteBest. Is ngan maira mmg dah pertunang an...huhuhu...instinct menebal ni...cite ok just sll typo la...tu jew. Good job
ReplyDelete*bertunang(hehe, kite pon rjin typo gak)
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete