BAB
8
Di Malaysia,
Hari Guru disambut pada 16 Mei. Walaupun tidak diisytiharkan sebagai cuti umum,
sambutan Hari Guru tetap meriah dan istimewa sebagai satu hari untuk
menunjukkan penghargaan kepada guru kita. Kain rentang tergantung di pagar
sekolah. Kebanyakkan pelajar membawa hadiah tuk di berikan kepada guru tercinta
masing-masing. Kesemua guru tersenyum mesra pada hari berbahagia begini.
Humaira menapakkan langkah ke arah Diana dan Amira rancak berbual di kolam
ikan.
“Hye
guys,” teguran Humaira membuat Diana dan Amira memandang Humaira.
“Amacam dah ready belum,” tanya Diana sambil mengangkat kening dah gaya Ziana
Zain.
“Show
aku tengah hari nanti lah bukan sekarang lah,” ucap Humaira sambil duduk di tepi
tebing kolam ikan sedang membetulkan tali di galas pada bahunya beg Nikon Dslr.
Berat lah.
“Oit, Maira,”
Humaira, Diana dan Amira mengalih pandangan
kepada pemilik suara yang memanggil nama Humaira. Normah dan Razlan mendapat
tiga gadis yang comel-comel belaka. Norman sudah berdiri di tepi Diana.
“Diana dah breakfast,” tanya Normah, mamat
kasavona. Nak mengayat lah tu. Humaira mencebik masak sangat dengan perangai
Norman tu. Diana buat tak reti. Karang di layan menjadi-jadi pulak.
“Kau buat derk je Diana. Buaya tembaga,”
bidas Humaira yang getap bibirnya.
“Jealous
ke,”
“Tak kuasa nak jealous. Aku bukan jenis macam tu okay,”
“Dah. Korang payah nak bertekak okay. Maira
nanti pulak 11.00 mesti ada dah dekat dewan okay. Jangan lupa pulak,” pesan
Razlan dengan jelas. Razlan menarik tangan Norman tuk gerak dari situ. “Jom
Man, kau ni bukan boleh duduk dengan awek-awek lama. Nanti melekat,”
Norman masih mengeras di situ. Tidak
berganjak setapak. Walau macam mana pun, Norman terpaksa angkur. Norman
melambai-lambai Diana. Diana hanya tersenyum. Uihh... macam bukan kecil.
“Perhatian. Minta kerjasama semua pelajar
untuk memberi laluan Majlis Sambutan Hari Guru akan berlangsung sebentar lagi.
Terima kasih,” Pengumuman ringkas kedengaran melalui pembesar suara. Kesemua
pelajar sudah memasuki barisan dan mengikut kelas masing-masing. Terpancar
keceriaan wajah guru-guru yang duduk di atas pentas.
Majlis sambutan Hari Guru di mulai dengan
dua rangkap pantun oleh pengerusi majlis iaitu Penolong Ketua Pengawas Sekolah,
Kak Munirah. Seterusnya kata-kata alu dan sebagai majlis pembuka tirai pada
majlis Hari Guru. Para guru dan pelajar di minta bersama-sama menyanyikan lagu
kebanggsaan, lagu Negaraku. Selepas ucapan Pengetua, guru-guru untuk bacaan
ikrar yang di ketuai oleh Encik Yahya B. Morni.
Dan selepas itu, guru-guru persembahan koir
dengan nyanyian ‘Kami Guru Malaysia’. Selesai saja persembahan tersebut, acara
seterusnya ialah acara pemotongan kek oleh Tuan Pengetua, dan Penolong-penolong
Kanan, mohon para guru bersam-sama bagi mengiringi Pengetua untuk acara
pemotongan kek.
“Maira, dapat gambar,” tegur Amira kepada
Humaira yang leka mengambil gambar sebagai kenangan. Bukan main susah lagi nak
pujuk Alongnya untuk pinjam ‘girlfriend’ dia. Sayang lah kata kan. Alih-alih
tengok pagi beg camera tu sudah ada di atas meja biliknya.
“Dapat lah, kalau aku yang snap,” bangga
sekejap Humaira. Amira sudah menjuir bibirnya. Kedengaran seorang guru amat di
segani di sekolah itu ialah Cikgu Sabri mendeklamasikan sebuah sajak bertajuk ‘Sekapur Sireh Buatmu
Guru.’
“Perasaan kau ni. Maira kau tak perasaan ke
ada orang asyik tengok kau je,”
“Yeka, entah. Igore it. Malas nak ambil tahu,” Itulah Humaira. Tak suka ambil
tahu. Tapi memang ada yang perhatikan Humaira. Seram pulak tengok cara dia
pandang.
Tamatlah sudah majlis kita pada pagi ini.
Pelajar-pelajar boleh bersurai dari dataran sekolah.
“Sera Humaira kan,” nama penuh Humaira di
sebut. Kaget. Sebatang tubuh berdiri di hadapan melindungi Humaira melangkah
kaki.
“Ye saya. Ada apa,” jawab Humaira dengan
acuh tak acuh. Diana dan Amira saling berpandangan.
“Sudi tak berkawan dengan...” kata-kata yang
meniti bibir dari pelajar lelaki tu terhenti. Bila Iskandar sudah tercegat di
tepi Humaira.
“Jom Maira, tadi cakap jumpa Sir Lim kan,”
bohong Iskandar sudah menarik beg DSLR yang tergantung di bahunya. Humaira
terpinga-pinga meninggalkan lelaki itu sendirian.
“Sapa laki tu,” tanya Iskandar, serius.
“Entah. Mana lah aku nak kenal,” Humaira tahu
nada suara Iskandar jelas serius. Dah macam boyfriend aje mamat ni. “Eh, nak
pergi mana ni,”
Diana dan Amira membantuti Humaira dan
Iskandar dari belakang.
“Jumpa Sir Lim lah,”
“Lar, ingatkan kau tipu-tipu je ni,” Sir Lim
merupa seorang guru yang murah dengan senyuman. Kalau dia marah pun tak nampak
cara dia macam marah. Tapi bila dia sedang mengajar tapi student buat tak
kaseh. Memang dia mengamuk punya. Sir Lim mengajar kami subjek Fizik, dia
target kitaorang satu kelas bagi lulus. Aiya manyak susah la ini macam..
Jam
menunjukkan pukul 8.30 pagi waktu tempatan acara bola jaring antara guru wanita diadakan di gelanggang serbaguna. Manakala
di dewan pula diadakan aktiviti perlawanan ping pong antara guru-guru secara
beregu. Mengikut atur cara yang diedarkan semalam di setiap kelas. Sebaik kitaorang sampai di makmal Fizik,
kosong. Sir Lim selalu duduk di sini.
“Tak ada pun,”
kata Humaira sedang anak matanya meliar setiap sudut makmal Fizik. Diana dan
Amira merakam gambar mereka.
“Kat kantin
kot,”
“Korang dua,
stop. Stay kat situ. Aku nak snap,” arah Diana yang merakam gambar Humaira dan
Iskandar. Memberikan senyuman paling manis. Peace!
“Okay done. Sweet lah gambar korang,” sambung Diana lagi yang membelek gambar
yang diambil olehnya sendiri.
“Tak payah nak
sweet sangat okay,” Sebenarnya Humaira malu bila Diana cakap macam gitu
terhadap gambar di rakam kan tadi.
Mereka berempat menghayun kaki melangkah ke
padang sekolah. Cuaca hari ni baik-baik saja. Tiada tanda-tanda hujan bakal
turun. Di padang sekolah terdapat acara sukaneka. Acara tersebut diambil
bahagian oleh guru dan anak-anak murid iaitu mengambil kacang dengan penyepit
dan membawa bola ping pong dengan bersarong. Mereka berempat mendekati kawasan
padang. Lucu melihat gelagat guru-guru mengambil bahagian dalam acara sukaneka.
Puas Humaira merakam gambar-gambar guru-guru
kesayangannya. Tambah pula tahun ni, tahun terakhirnya Humaira dan rakan-rakan
akan meninggalkan zaman persekolahannya. Sedih rasanya bakal menamatkan
tingkatan 5 pada hujung tahun ni. Seraut wajah Iskandar, Humaira merenung.
Iskandar khusyuk menonton acara sukaneka. Iskandar memang handsome, tapi kenapa sampai sekarang dia tak pernah couple
ek?
**********
Tepat pukul 11 pagi semua guru termasuk dengan pelajar-pelajar
dijemput ke dewan untuk menyertai majlis Sambutan Hari Guru yang telah
diaturkan dengan aturcara yang menarik. Majlis Sambutan Hari Guru di dewan di
buka tirai oleh nyanyian solo murid lelaki dan perempuan dari tingkatan 3.
Sorakan pelajar-pelajar menjadikan suasana sangat meriah.
Razlan
melihat telatah Humaira seperti cacing kepanasan.
“Adik kenapa?”
cuak Razlan tengok perangai Humaira tak reti duduk diam.
“Takut lah,
buatnya nanti tak sedap suara Maira ni macam mana. Comfrim kena gelakkan,” resah Humaira seketika.
“Nah, rileks.
Jangan buat abang gabra sama,” ucap Razlan lantas menghulurkan air mineral
kepada Humaira. Humaira menyambut dari tangan Razlan.
“Thanks,” Air
mineral tu di teguk. Dahaganya tidak dapat ditahan lagi. Persembahan tarian
kuda kepang oleh Kelab Giat Budaya dan sketsa dari guru dan anak murid. Ledakan
tawa bergema ruang dewan.
“Persembahan
di teruskan lagi dengan persembahan dari pelajar Tingkatan 6 Atas dan Tingkatan
5. Di persilakan,” ucap si pengacara majlis. Jantung Humaira berdegup kencang.
Ribuan pelajar di bawah pentas bakal menyaksikan persembahannya. Razlan dan
Humaira duduk di bangku tinggi.
“Assalamualaikum semua. Saya merupakan pelajar Tingkatan 5 Sains 1 dan
pelajar lelaki di sebelah saya ketua pengawas, pasti korang mengenalinya. Saya
mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu di
sekolah ini. Lagu saya akan dendangkan ini adalah lagu berbahasa melayu
bertajuk Carta Hati yang popularkan oleh Najwa latif. Harap korang semua
terhibur dengan persembahan kami,” ucap Humaira dengan penuh sopan santun.
Razlan mula
memetik gitar. Intro lagu Carta Hati mula kedengaran. Satu tepukan gemuruh
dihadiah kepada Razlan dan Humaira. Humaira kian berani melontar suaranya. Satu
lagi tepukan sebaik sahaja suara Humaira yang semakin memukau segenap dewan
tersebut. Kesemua mata tertancap ke arah pentas dewan dengan vokal Humaira yang
hebat.
Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku
Aku mulai resah
Hati ku jadi kebah
Melihat diri mu aku rebah
Tapi hati ini kuat
menyatakan
Kau terkini duduk di carta
hati
Lagu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia
Sehidup semati kita
Menjanji kan bahagia
Untuk kita berdua selamanya
Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggal ku sendiri
Jangan tinggal kan carta
hati
Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta
hati kita
Tepukan
gemuruh yang hebat diberikan kepada Humaira sebaik sahaja selesai menyanyi.
Diana dan Amira yang berada di bawah pentas sempat memberi isyarat bagus kepada
Humaira dan Razlan sebelum Humaira mengosongkan pentas. Humaira melepaskan
nafas lega.
“Itu dia.
Siapa sangka tubuh kecil molek tu dapat memukau kita dengan suaranya. Berikan
tepukan sekali lagi kepada mereka,” Si pengacara mula bersuara sebaik sahaja
Humaira dan Razlan meninggalkan pentas sebentar tadi.
Humaira
menuruni anak tangga kecil dari belakang pentas. Mengeleter tangannya belum
lagi reda. Sampai di pintu kecil menyambung ke dewan. Humaira perhatikan huluran
sekuntum bunga Ros merah pada balik pintu hanya nampkakan pergelangan tangan
sahaja. Membuat Humaira mengukir senyuman. Hilang sebentar rasa debar. Humaira
mengambil bunga ros daripada tangan tu.
“Iskandar!”
kata Humaira semasa melangkah kaki keluar.
“Kau tahu aku
ek,”
“Mesti lah
aku tahu. Sapa lagi pakai jam POLO dekat tangan kanan. Kau je Is,” Humaira
membau bunga Ros yang diberikan oleh Iskandar. Alahai.. romantiknya mamat ni.
Kang layu aku juga dekat sini.
“Merdu suara
kau bila nyanyi. Lepas ni kau boleh nyanyi dekat aku sorang je,” ujar Iskandar
yang menyandarkan badan pada dinding.
“Tak nak buat
apa,”
“Saja nak
dengar suara kau ni. Lepas ni gulung tikar lah penyanyi dekat Malaysia ni,”
Iskandar tersengih.
“Apasal
pulak,” tanya Humaira. Pelik.
“Sebab suara
kau dah boleh pukau orang yang tengok kau bila nyanyi,” ucap Iskandar mencuit
hidung Humaira. Terkejut Humaira dengan tindakkan Iskandar. Merah padam muka
Humaira menahan malu.
“Thanks tau
kasi bunga ni,” Sejak tadi Humaira asyik tenung bunga Ros tu.
“No problem,
dear Maira. Suka tengok muka kau bila merah padam macam tu,” Cepat-cepat
Humaira menekup kedua-dua pipinya. Iskandar ni kan. Tanpa di sedari aksi mereka
di rakam oleh sabahat karibnya, Diana dan Amira.
*********
Aira mengempaskan begnya di atas meja. Aira sengaja
melarikan diri daripada ruang dewan tu. Acara di dewan masih belum tamat. Aira
berdiri di tepi tembok koridor. Dadanya berombak menyaksikan pasangan tu
bermesra-mesraan. Renungan tajam ke arah pasangan tu.
“Sweet kan diaorang tu,” teguran seorang
lelaki memeranjatkannya. Renungan tajam dihadiahkan kepada lelaki tu.
“Kau tak payah
kacau aku boleh tak, Darus,” Darus tersenyum sinis. Berlagak.
“Sampai bila
kau nak tunggu Si Is tu. Dia dah ada Humaira lah. Lupakan je niat kau tu,”
“Aku Aira.
Takkan putus asa macam tu. Selagi aku tak dapat, selagi tu aku kejar,”
kata-kata Aira seperti perempuan jahat.
“Kau ingat
nak ke perempuan macam kau ni. Selalu keluar malam lepas tu pergi kelab malam,”
bidas Darus. Tersentap! Wajah Aira berubah menjadi resah. Darah menyerdu ke
mukanya.
“Apasal aku
tengok kau nampak cuak. Mesti kau pelikkan macam mana aku boleh tahu,” sambung
Darus lagi. “Aku pun teruk juga, Aira. Tapi seumur hidup aku. Aku tak pernah ke
tempat maksiat macam tu,”
“Macam mana
kau boleh tahu,” tergagap-gagap Aira menutur. Aira tidak memandang wajah
Darus.
“Aku kan ada spy,”
“Iskandar tau
tak pasal ni,” soal Aira. Nadanya agak lembut. Senyum Darus mendengar suara
Aira.
Darus
mengeleng. “Tak. Aku sorang je tau,”
Aira
mengeluh panjang. “Please jangan bagitau dia. Aku tak nak dia benci aku. Aku tension,
Darus. Aku tak faham kenapa aku ni langsung dalam hati dia,”
Tiba-tiba
Darus ketawa tanpa di buat lawak. Tergamam Aira.
“Dalam hati
dia. Hanya ada satu nama. Sera Humaira Bte Ahmad Luqman je. Yang tu pun tak tau
nak pikat macam ni,” ucap Darus tanpa sembunyi. Terlopong Aira. “Iskandar tu
mana reti nak jiwang karat ni. Geli-geleman dia kata,”
“Tak kan lah
kut, tapi..” kata-kata Aira terhenti bila jari telunjuk di bibirnya.
“Kau lupakan
je dia. Kau pun cantik. Masih ada ramai lagi laki nak dekat kau. Termasuk aku,”
tersengih-sengih Darus sebaik mengucap ayat tu. Tersenyum manis Aira.
“Kan lawa
senyum macam tu,” ucap iklas dari Darus. Tersipu-sipu malu Aira. Senang
Darus bersembang dengan gadis tu. Tanpa
segan silu ketawa bersama-sama. Majils
Sambutan Hari Guru berjalan lancar telah diakhiri dengan penyampaian hadiah
kepada guru-guru yang telah mendapat kemenangan dalam acara sukan yang telah
disertai.
Pihak sekolah telah mengaturkan satu jamuan makan di dewan
makan pada 2.30 petang. Makanan yang disediakan adalah buffet dan guru
diberikan hadiah disediakan oleh Lembaga Pengawas dan pihak sekolah. Malah,
guru-guru yang hadir turut mempunyai peluang mendapat cabutan bertuah yang
telah disediakan.
Sesungguhnya sambutan hari guru ini merupakan
satu acara yang perlu diteruskan setiap tahun supaya suasana mesra antara guru
dan murid dapat disemai malah dapat meningkatkan penghargaan murid kepada
pengorbanan guru-guru mereka. Terima kasih Cikgu!
BERSAMBUNG ...
No comments:
Post a Comment
Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)