BAB
7
“BETUL, Aira. Aku nampak semalam. Bukan
main mesra lagi diaorang,” ujar Laila
yang baru menapak langkah keluar dari makmal Fizik. Terhenti langkah Aira yang
berjalan beriringan pulang ke kelas. Mereka bertiga orang terakhir keluar dari
makmal Fizik. Selepas habis waktu Fizik terus rehat.
“Kau pergi mana semalam?” soal Jun setelah
memandang wajah Aira menjadi benggang.
“Oh, semalam aku keluar dengan cousin aku.
Tengok movie. Cerita Seru,” balas Laila sedang membuka pembalut gula-gula.
Laila memandang Aira sudah menahan geram. Laila mencebik melihat muka Aira.
“Diaorang perasaan kau tak,” tanya Aira
setelah lama mendiamkan diri.
“Tak kut. Sebab diaorang duduk tengah lepas
tu atas. Itu pun aku nampak time nak cerita dah habis. Sumpah sweet giler. Siap
Maira tidur dekat bahu Is lagi. Tapi diaorang tak dua orang aje. Ada seorang
lagi. Lelaki,” terang Laila sengaja membatu api kan Aira. Pantang dengar
Iskandar dengan orang lain. Mula lah naik hantu.
“Alah, kau rileks macam kau ada Is tu
seorang aje. Malik ada, Haikal, Asyraf, Adi..” sempat Jun menyeranaikan teman
lelaki Aira. Nur Aira Binti Dhani, playgirl malaya. Semua laki kau punya.
“Stop. Semua tu spare part aku je lah. Tapi
Is tu lain ok,” Aira sudah mengangkat tangan kanannya. Tangan kirinya bersusun
buku-buku Fizik terpaksa dikendong.
“Eh, sekejap..” Laila memegang tangan Aira.
Laila menyentuh cincin silver di jari manis. Tak nampak pun tadi.
“Sapa bagi dekat kau ni, Aira,” soal Jun yang
turut melihat cincin di jari Aira. Tersenyum-senyum Aira bila dua sabahat
menanya.
“Teka lah,”
Jun dan Laila saling berpandangan dan
serentak jongket bahu.
“Adlan bagi petang semalam. Cantik kan,” Aira
menayang-nayangkan cincin tersemat di jari manisnya.
“Adlan mana ni,” Jun sudah menggaru
kepalanya. Laila juga membuat muka blur.
“Oh, aku tak cerita ek dekat korang dua.
Adlan tu cousin aku, dia baru balik dari Dudai. Petang semalam dia datang rumah
ambil aku,”
Jun dan Laila menghela nafas. Macam lah kalau
Iskandar tahu pasal spare part Si Aira ni, comfrim tolak mentah. Desis di hati
Laila.
“Habis tu yang terhegeh-hegeh sangat nak
dekat Iskandar apahal,” bidas dari Laila pedih terperanjat Aira ayat yang
meluncur di bibir Laila.
“Sebab Iskandar tu loaded,caring,sweet,
handsome, comel sangat kalau dia senyum,” kata Aira dengan di lempar senyuman
bangga. Jun menjuir bibirnya melihat
Aira semakin hari semakin mengada-ngada.
Langkah saja kaki mereka bertiga di dalam
kelas. Tiada sesiap melainkan Iskandar tempatnya. Iskandar mengetahui kehadiran
mereka bertiga tidak mempeduli. Tambah lagi Aira turut ada di situ.
“Korang pergi dulu, kang aku follow,” ujar
Aira sambil menyusun buku-buku fizik lalu di masuk ke dalam beg galas. Jun dan
Laila sudah menghayun kaki keluar dari kelas ke kantin.
Aira mengemaskan rambutnya supaya bagi kemas.
Langkahnya satu demi satu menapak ke tempat Iskandar. Atur langkahnya persis
model. Tanpa di pinta, punggungnya melabuhkan di atas kerusi kayu.
“Ada apa,” soal Iskandar.
“Aira nak tanya sikit,”
“Hmm...” Iskandar acuh tak acuh melayan
kehadiran gadis ekor kuda tu. Hilang fokus dia membaca komik.
“Semalam Is keluar Maira ke,” sehabis lembut
suara Aira tutur.
“Itu bukan hak kau, nak ambil pasal tu. Aku
nak keluar dengan sapa-sapa bukan hak kau. okay,” kata Iskandar bingkas bangun
dari kerusi. Aira merengus kasar. Geram tidak dapat di kawal. Boleh kau tinggal
aku macam aje, Iskandar!
Aira terpandang sesuatu. Membuatkan dia tekad
menghancurkan musuh ketatnya. Senyuman sinis terukir.
**********
“ASSALAMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERAAN,” bergema
kelas tingkatan 5 Sains 1 apabila kesemua pelajar memberi salam hormat kepada
guru matapelajaran Bahasa Melayu iaitu Cikgu Balqis.
“Waalaikumussalam,
kamu semua boleh duduk,” kata Cikgu Balqis yang memakai baju kurung cotton
berwarna merah jambu dan tudung di pakainya senada. Kesemua pelajar mulai
duduk. “Sila hantar buku karangan yang cikgu beri semalam.
Humaira mecapai buku dari laci meja. Kesemua
buku-bukunya di bawak keluar. Tidak. Tadi ada aje. Apasal pulak tak ada ni.
Humair mencapai beg galasnya tergantung di kerusi kayunya. Diana yang di
sebelah pelik tengok Humaira menggeledah beg galas dan laci meja nya.
“Kau cari apa, wei,”
“Buku karangan aku lah,” kata Humaira tanpa menoleh. Humaira masih
pulun mencari bukunya.
“Aik, tadi kan ada je. Siap aku check
spelling kau lagi tau tak,” Diana cuba membantu Humaira.
“Tak ada juga lah. Kau pergi lah hantar buku
kau dulu,” ucap Humaira. Humaira betul tak puas hati. Sapa sabotaj aku ni.
“Aku dah suruh Amira tolong hantarkan. Macam
ni, kang comfirm cikgu balqis tuk check nama kau tak ada,” nada risau di hati
Diana.
“Apasal Diana,” tanya Tarmizi yang duduk di
belakang mereka. Tarmizi pelik melihat dua gadis di hadapan kalut semacam.
“Buku karangan dia tak ada. Ada orang ambil
tak nak pulang balik kut,”
“Sapa tak hantar buku, boleh bangun segera,”
tegas suara Cikgu Balqis. Wajah tegang oleh cikgu Balqis, Humaira dapat
rasakan. Hampir 6 orang pelajar tidak menghantar buku karangan. Humaira hanya
menundukkan mukanya ke meja kosong.
“Kamu berenam ni nak jadi apa. Cikgu pelik
banyak sangat ke homework sampai tak hantar homework cikgu bagi,” garang suara
saja suar Cikgu Balqis memecah kesunyian suasana kelas tu.
“Humaira! Ini kali pertama. Kamu tak hantar
buku. Selalu kamu tak pernah buat macam ni,” Kali ini suara Cikgu Balqis
berubah nyaring dan panjang. Nama Humaira di sebut. Sepi. Tiada sebarang
jawapan.
“Tadi saya
bawa cikgu, tapi sekarang...” terketar-ketar suara Humaira memberikan jawapan
dan dipintas oleh Cikgu Balqis.
“Hilang. Jadi macam chipmore pula buku kamu
tu. Buku kamu tu ada kaki ke?” jerkah Cikgu Balqis menyentakkan Humaira. Sifat
garang dari Cikgu Balqis tidak dapat dibendung. Suaranya saja seperti guruh
kalau menjerit.
“Yang lain cikgu tak nak sebarang alasan.
Semua muka-muka yang sama. Semua keluar. Buat jalan itik sebanyak 3 pusingan.
Lemah badan Humaira bila mendapat habuan.
Jalan itik. Giler lah. Humaira memaksa kakinya mengatur langkah. Belum sempat
dia jalan, tangan kiri Humaira di tarik.
“Cikgu! Humaira bercakap benar. Cikgu
percaya lah dia. Selama ni pun dia selalu hantar homework. Tadi pun saya tengok
buku dia ada,” bela Diana yang sudah berdiri di sisi meja. Rakan-rakan
sekelasnya sudah memandang Diana.
“Diana, kamu tak perlu membela dia. Apa
yang kamu dapat bela kawan baik kamu tu,”
balas guru tu dengan nada angkuh. Geram tingkah Cikgu Balqis ketika tu.
“It’s okay, Diana. Satu hari sapa salah,
sapa betul,” ucap Humaira sebelum menghayunkan langkah keluar kelas.
****
CIKGU BALQIS
saja berjalan sambil memerhati anak-anak muridnya membuat kerja. Kata-kata dari
Humaira menyentapkan dadanya.
“Cikgu, saya nak ke toilet sekejap,” ujar
Aira semasa guru itu melintas meja Aira. Cikgu Balqis hanya mengangguk. Jun
membantuti Aira yang sudah laju meninggalkan kelas.
Mata Cikgu Balqis ternampak sesuatu yang
pelik dari laci meja Aira.
‘Sapa tak hantar buku karangan ni,’ monolog
guru itu sendirian. Kesemua buku-buku latihan Bahasa Melayu mesti di tanda
dengan sticker berwarna berbeza. Cikgu tu membelek pemilik buku ni.
‘Sera Humaira Binti Ahmad Luqman,’ sebaris
nama itu mengeletar perasaannya. Pantas dia berjalan ke mejanya. Lalu di
bergerak menuju ke meja ketua kelas.
“Daniel, nanti bagitahu Humaira saya, nak
jumpa dia. Waktu balik di bilik guru,” ucap Cikgu Balqis seraya Daniel selaku
ketua kelas mengangguk dan memahami butir-butir ayat tu.
********
JAM di
pergelangan sudah bergerak pukul 2.15 petang. Kelas Bahasa Melayu sudah lima
belas minit lalu. Kakinya terasa sengal dan lenguh. Humaira tersadai di tepi
dinding koridor. Humaira menyandar badannya pada dinding. Letihnya belum lagi
hilang.
Sekujur tubuh berdiri tegak di hadapan
Humaira. Humaira mendongak kepalanya.
“Bangun lah tak elok duduk tepi koridor macam
ni,” ucapan lembut dari Iskandar kepada Humaira.
“Biar aje lah,”
“Cikgu Balqis, nak jumpa kau. dia tunggu kau
dekat bilik guru,” sambung Iskandar lagi. Tangan Iskandar dihulur ke arah
Humaira. Wajah Humaira sikit terkejut bila Iskandar menyebut nama guru yang
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu.
“Tak payah nak hulur tangan macam tu. Aku
bukan cinderella pun,” kata Humaira sedang menolak tubuhnya tuk bangun.
“Tak salah pun, kalau kau jadi cinderalla dalam
hidup aku,” ujar Iskandar separuh berbisik. Tersenyum simpul Iskandar di
perhati oleh Diana, Darus, Tarmizi dan Amira.
“Apa lah kau merapu ni. Dah lah aku nak
pergi jumpa cikgu kejap,” pantas Humaira meninggalkan Iskandar. Bayangan
Humaira entah hilang ke mana.
“Sabar lah bro. Dia tak paham lagi tu,”
Iskandar hanya mampu menghela nafas. Benar apa yang cakapkan oleh Tarmizi.
Humaira bukan jenis yang pandai bermain dengan bahasa cinta.
*********
TERCUNGAP-CUNGAP
Humaira berlari mendapat bilik guru. Akhirnya sampai pun. Kebanyakkan guru
masih memenuhi ruang bilik ruang. Dia melangkah masuk ke bilik guru yang mempunyai pendingin hawa. Nyamannya.
Humaira menerjah tempat Cikgu Balqis. Di
penjuru sebelah kanan. Cikgu Balqis sedang leka menulis laporan.
“Assalamulaikum, Cikgu,” ucap Humaira dengan
penuh ceria.
“Waalaikumussalam, Humaira. Kamu datang pun.
Duduk lah. Tarik kerusi tu,”
Segera
Humaira menarik kerusi kosong bersebelahan dengan meja yang memuatkan buku-buku
latihan pelajar. Sebuah buku dihulurkan kepada Humaira.
“Ini buku saya. Macam boleh ada dekat
cikgu,” soal Humaira. Riak terkejut masih tidak dihapuskan.
“Kamu kena sabotaj ke, Maira,” soal Cikgu
Balqis tanda menjawab soalan dari Humaira. Humaira hanya diam dan tunduk. Dia
tak tahu apa dah jadi sebenarnya.
“First sekali cikgu nak minta maaf dekat
kamu sebab cikgu tak dapat alasan kamu tadi,” pinta maaf harap dihulur dari
Humaira.
“Tak ada apa lah, cikgu. Humaira careless
sikit,” tenang perucapan meniti tubir bibirnya. Humaira menghadiahkan senyuman
paling manis tuk cikgu itu. Lama cikgu dan anak murid itu bercelotoh. Sehingga
mereka tidak sedar ruang bilik guru kian kosong.
***********
“HUMAIRA, apa yang ternemung tu,” tersentak
Humaira bila nama di panggil oleh ibu. Ibu yang duduk bertentangan Humaira
melangkutkan kepalaku sikit. Nasi berlaukkan ayam goreng tidak di luak. Humaira
kuis ke sana ke sini. Shahrul yang di sebelah berselera makan masakan hari ini.
“Humaira,” sekali lagi nama aku di panggil.
Humaira menoleh ke arah wajah ayahnya.
“Makan sayur tu,” sambung En. Ahmad Luqman
lagi. Humaira hanya mengeleng.
“Tak nak. Tak sedap lah,” dari ke kecil
sehingga ke besar. Sebarang sayur tidak pernah Humaira jamah. Kalau ada pasti
di kius-kius menghiasi pinggannya.
“Ibu, ayah. Maira dah kenyang,” bingkas
Humaira bangun dari kerusi laju kakinya ke dapur membasuh tadi.
“Eh, Maira dah sudah makan. Cepatnya,” ramah
Mak Tun yang duduk di atas kerusi meja kecil.
“Dah kenyang,” balas Humaira sambil lap
tangan pada kain tuala kecil tergantung di dinding.
Langkah kakinya menuju ke biliknya.
Terpinga-pinga Puan Hasnah dan Encik Ahmad Luqman perangai anak gadis.
“Abang, anak awak tu kenapa?” tanya Puan
Hasnah menamapr halus di lengan suaminya.
“Mana
lah saya tahu, awak ni,” Encik Ahmad Luqman mengabiskan sisa nasi di atas
pinggannya. Puan Hasnah dan Shahrul sudah bingkas ke dapur.
“Along ada usik adik ke,” soal ibu kepada
anak teruna sedang beriringan ke dapur bersamanya.
“Tak lah, ibu kan tau. Along baru je balik
dari jumpa kawan,”
*********
FIKIRANNYA
kusut. Serabut. Humaira menghempaskan tubuhnya di atas katil empuk. Lengannya
di letakkan atas dahi. Humaira cuba memejamkan matanya cuba menghilangkan ke
rungsingan di fikirannya.
‘Tak salah pun, kalau kau jadi cinderalla
dalam hidup aku,’
Ayat
yang dilontarkan oleh Iskandar benar-benar menganggu fikirannya. Lelaki, bila
menyebut tentang perasaan cinta, sayang semudah menyebut ABC tak pun 123.
Susahnya nak percaya tentang cinta. Aku harap Iskandar hanya tuk
menyedapkan hati aku ketika tu.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan pintu mengejutkannya. Matanya di
pejam di buka perlahan. Dari jauh memandang pintu itu.
“Boleh, ayah masuk,” kedengaran suara ayahnya
dari luar pintu.
“Masuk je, pintu tak kunci pun,” ucap Humaira
seraya duduk bersila di katilnya. Di tarik teddy bearnya ke dalam peluknya. En
Ahmad Luqman mengutuskan senyuman kepada Humaira. En Ahmad Luqman segera
melangkahnya ke arah meja studi anaknya. Lantas di tarik kerusi yang disorong
ke dalam meja. Bingkas ayah Humaira duduk atas kerusi beroda tu.
“Kenapa malam ni makan sikit sangat?” soalan
ayah menjerat minda tuk memberi jawapan. Takkan lah Humaira nak bagitahu yang
dia tak selera maka sebab lelaki lesung pipit tiruan tu. Humaira
tersengih-sengih melihat ayahnya menanti jawapan dari Humaira.
“Maira dah kenyang lah, ayah,” nafi Maira
sebenarnya dia lapar. Tapi otaknya agak serabut.
“Kalau ayah dengar nanti Maira lapar. Siap
lah,” sengaja En Ahmad Luqman mengacah anaknya. Humaira sememang jenis anak
manja. Humaira melemparkan teddy bearnya di atas katil segera dia bangun
mendekati ayah. Humaira memaut leher ayah dari belakang.
“Kalau Maira lapar, ayah kena lah belanja
makan dekat luar,”
“Tak boleh macam tu, tadi Maira tak makan
sapa suruh. Kesian ibu dengan Mak Tun masak tau. Selepas ni, ayah nak Maira
makan okay. satu lagi, makan lah sikit sayur,” leteran ayah mengerutkan dahi
Humaira. Tahu lah ayah ni doktor.
“Ayah ni, Maira tau ayah ni doktor. Maira
sihat je. Okay ayah,”
“Lepas habis SPM ni, Maira nak bidang apa,”
soal Encik Ahmad Luqman ubah topik perbincangan. Sayur dan Humaira bukan lah
teman rapat.
“Maira nak jadi macam ibu. Businesswoman.
Macam ibu Maira,” keinginan Humaira membuka firma sendiri kelak nanti. Impiannya
menjadi businesswoman yang berjaya. Minatnya pada angka tidak dapat dinafikan.
Banyak risiko yang perlu dihadapi jika membuka perniagaan sendiri. Biarlah dia
bermula dari bawah dulu. Humaira tak nak bergantung kepada sesiapa. Segala
usaha titik peluh dari usahanya sendiri.
Bersambung..
assalamualaikum..
ReplyDeleteei.. geramnya dengan aira tu.. kalau depan hanna, mmg kena cekik
@ai cantik jum kita cekik dia ramai-2
ReplyDelete