BAB 13
Iskandar cuba memejamkan matanya. Suasana bilik itu
terang benderang dilimpahi dengan cahaya lampu kalimatang. Masih terlalu awal
untuk tidur. Jam di dinding baru menunjakkan jam 10.45 malam. Iskandar
memakukan mataku mengekor keligatan bilah kipas yang berpusing.Terdapat
debu-debu hitam menyelimuti bilah kipas itu. Suasana senyap sunyi dikeliling.
Iskandar
mencapai telefon bimbit miliknya. Di sentuh paparan pada telefon bimbit.
Kelihatan gambar seorang gadis membuat hatinya rawan. Dia takut akan kehilangan
gadis itu. Sampai harus ada perasaan sebegini.
‘Perlukah
aku bagitahu perasaan sebenarnya pada dia,’
‘Macam kalau
aku bagitahu, alih-alih dia tak terima aku,’
Jiwa kacau
melanda membadai hatinya lagi. Runsing. Runsing dekat sikap Humaira,
seolah-olah dia tidak berperasaan tentang kewujudan perasaan kasih sayangnya
selama ini. Ataupun Humaira buat-buat tidak nampak. Hati sekeras batu itu
langsung tidak memperdulikan tentang perasaannya.
Mungkinkah
Iskandar masih diburu rasa kecewanya dulu. Adakah aku fobia pada cinta. Ya! mungkin
dulu aku terlalu percaya pada cinta. Tak sangka aku yang jadi mangsa. Cuma aku
tak sanggup terluka lagi.
Tanpa
diketuk, pintu kayu bilik itu di kuak luas. Iskandar menoleh. Tubuh Suhaila di
muka pintu. Suhaila sudah menyalin baju memakai baju tidur berwarna hijau.
Iskandar menyandar kepalanya pada birai besi kepala katil itu.
Suhaila
sudah duduk di atas katil bersaiz queen itu. Suhaila memang agak rapat dengan
Iskandar. Satu-satunya saudara dia ada. Suhaila mengambil telefon bimbit milik
abangnya. Gambar Humaira menjadi pilihan wallpaper di telefon bimbit. Humaira
yang berpakaian baju sekolah dicuri dalam album facebook milik Humaira.
“Cantik.
Bila abang nak bagitau dengan Kak Maira,” soal Suhaila memulakan perbicaraan.
Iskandar memandang sepi. Menarik dalam-dalam. “Atau abang masih ingat dekat Kak
Erna,”
Sofea Erna. Gadis yang di lahirkan di bandar kota
metropalitan. Sosialnya sangat tinggi. Pergaulannya tidak terbatas. Termasuk
ibubapanya yang tidak melarang tentang hubungan dia dengan lelaki mahu
perempuan. Nama itu sudah jauh di dalam dasar hatinya. Kini tersemat indah nama
Sera Humaira.
Erna pernah
menduduki di hati dan perasaa lelaki itu. Perkenalan mereka yang singkat yang
membawanya pertemuan gadis itu di KLCC menyatukan mereka. Masa itu Iskandar
baru berganjak 14 tahun. Sudah berjaya mengerti apa itu cinta. Selepas daripada
pertemuan di situ mereka bertukar-tukar nomber telofon. Dari situ terbit mula
rasa sayang pada gadis yang sebaya dengannya.
Jodoh mereka
tidak panjang. Iskandar bagaikan mangsanya. Permainan dan pernipuan dalam
percintaan cinta monyetnya. Sebenarnya Erna sudah mempunyai kekasih hati.
Semuanya itu terjadi apabila malam itu, Iskandar berjalan-jalan di sekitar KL. Iskandar
ternampak kelibatan Erna bersama seorang lelaki berusia darinya. Bermesraan.
Sakit hatinya menanggung perasaan itu. Gadis yang dia cintai bersama orang
lain. Tak seberang perbincangan, Iskandar meminta memutus hubungan itu.
Akhirnya Iskandar berpindah ke Kuantan atas permintaan keluarganya.
Pang!
Tersentak
Iskandar apabila pahanya di tampar oleh Suhaila. Suhaila sudah mencebik.
Termenung lagi lah tu. Iskandar mengusap-usap kepala Suhaila. Pantas Suhaila
menepis tangan Iskandar. Tanda protes.
“Abang kena
lah ingat. Abang dengan Kak Erna itu cerita lama abang dengan dia. Dia curang
dengan abang. Abang yang sendiri nampak kan. Kalau dia tahu abang tu anak Datuk
comfrim dia tak cari laki lain. Dia nak seronok je lah abang.,” hujah Suhaila
panjang lebar. Iskandar hanya mendengar. Dia tahu Erna hanya nak berseronok
atas kekayaan orang lain.
“Sekarang
ni, abang kena lupakan Kak Erna itu. Abang dah ada Kak Maira. Kak Maira jauh
lebih baik dari dia. Kak Maira tak pernah pun pakai seksi. Macam Kak Erna pakai
baju pun tak cukup kain. Kalau mama tau, comfrim dah kena reject, bukan setakat
jadi mentua. Silap hari bulan kawan pun tak boleh,” Iskandar hanya mendengar celoteh adiknya.
Benar apa yang dikhabarkan oleh Suhaila. Erna seorang sikap terbuka. Cara
berpakaian lebih mengikut ala-ala barat.
“Abang, jangan
sebab cinta iman lemah terus. Kalau betul-betul abang sayangkan Kak Maira.
Abang berdoalah selalu dekat Allah. Semoga Allah membuka pintu hati Kak Maira
untuk abang,” Suhaila masih bersuara. Iskandar mengumtum senyuman. Suhaila bagaikan
guru kaunselingnya.
“Pandailah
adik abang ni. Terima kasih adik,” ucap Iskandar sambil mencium pipi gebu
miliknya.
“Okay,
kalau macam tu. Nanti abang kena belanja adik McFlurry,” Mata Iskandar butang.
Dah macam Humaira. Sikit-sikit McFlurry.
“Yela-yela. Nanti abang belanja,” kata putus daripada Iskandar.
“Promise,”
“Ye!
Abang promise. Dah pergi tidur dah lewat ni,” arah Iskandar. Bergesa Suhaila
keluar daripada bilik itu. Iskandar mengeluh panjang. Betul kata Suhaila. Erna
adalah masa laluku, tapi Maira masa depanku.
**********
Humaira mencelik matanya kecil. Cerah. Tandanya
matahari mula terbit tersenyum. Bunyi kokokan ayam di sekitar halaman rumah Nek
Som membingkitkan telinga. Dirinya tersegar apabila mendapat tidur yang
secukupnya walaupun teddy bear gergasi tidak menemaninya tidur. Humaira pusing
ke kiri. Tubuh Suhaila sudah tiada di sisinya. Bingkas bangun dari pembaring
terus beredar ke bilik air.
Usai membersihkan
dirinya, Humaira keluar dari bilik itu menuju ke ruang tamu. Tiada sesiapa di
rumah tamu. Humaira bergerak ke dapur. Kedengaran suara riuh rendah Nek Som
bercakap. Nek ni, membebel apa pagi-pagi ni.
Humaira
melangkah ke dapur. Melihat Suhaila menjamah sarapan pagi. Suhail mengukir
senyuman manis. Nek Som pula membersihkan pinggan mangkuk di sinki.
“Akak, jom breakfast sekali,” pelawa Suhaila dengan
ramah. Humaira merapati meja bujur yang memuatkan lima enam orang. Humaira
mengambil tempat di hadapan Suhaila.
“Su dah
siap ke,” soal Humaira kembali. Melihat pinggan di hadapan Suhaila kosong. Soalan
Humaira di biar tergantung. Suhaila menuangkan air Teh O panas untuk Humaira.
“Tak payah
tuang tuk akak. Akak boleh buat sendiri,” kata Humaira sebaik cawan kecil itu
di hulurkan ke kepada Humaira. Humaira memandang pelik pada air itu.
“Tak akak,
akak kan tetamu rumah ni. Satu lagi dekat sini tak ada Hot Chocolate,” Suhaila
sudah tersenyum menampakkan giginya. Humaira terlopong seketika. “Tadi masa
abang sarapan pun dia minta Hot Chocolate,”
Tetiba
Humaira baru sedar dia tidak nampak bayang lelaki itu. Lantas Humaira menghirup
air itu. Panasnya!
“Mana Is.
akak tak nampak pun,” ramah Humaira bertanya. Suhaila tersengih kecil.
“Syafiq
awal-awal pagi dah keluar dengan kawan-kawan sepermainan dia,” celah Nek Som
menghampiri meja makan dengan membawa kuih karipap. Karipap, lama tak makan.
Humaira mencapai kuih itu lalu di ngapnya. Sedapnya.
“Eh, Is tu
memang ada kawan dengan sini ke,” soal Humaira sedang mengungah karipap buatan
Nek Som.
“Mesti lah
ada. Tidak dia tak nakal lah waktu kecik dulu,” Nek Som membalas. Teringat
cerita kenakalan Iskandar. Bocor jugak rahsia kau. “Makan lah dulu nek nak ke
belakang rumah sekejap. Suhaila dan Humaira sekadar mengangguk.
“Akak,” panggil Suhaila. Humaira memandang
Suhaila yang duduk bertentangan dengannya.
“Akak,
suka dengan abang Su tak,” hampir tercekik Humaira yang tengah mengunyah
karipap. Hampir 3 ketul karipap dia bedal.
“Su tanya
lah soalan lain. Soalan tu tak masuk exam pun,” Humaira sudah tidak keruan bila
berbicara tentang Iskandar. Bukan nak lari dari kenyataan dia menyukai lelaki
itu dalam diam. Tapi Humaira sukar mempercayai orang yang bergelar lelaki.
“Memang
lah, soalan ni tak ada dalam exam. Alah Su just nak tahu je,” Suhaila
mengangkat keningnya.
Humaira
menyusap-usap dagunya. “Entah lah Su. Akak pun tak dapat jawapan yang lengkap,”
Suhaila
sudah membuat muka blur. Nak lari la tu
“Macam mana akak boleh rapat dengan abang Is,”
Humaira sudah
tersenyum mengingati perkenalan antara mereka.
“Ceritanya
macam ini..” Humaira sudah membuka episod hikayat perkenalan antara Sera
Humaira dan Syafiq Iskandar.
******
“Is, rembat lah bola tu kuat sikit,” jerit Darus di
tengah kawasan padang sekolah mereka. Mengikut jadual pembelajaran ketika pada mereka mempunyai waktu untuk seminggu sekali iaitu Pendidik Jasmani di ajar oleh cikgu pratikal. Pelajar lelaki bermain
bola sepak manakala pelajar perempuan bermain bola jaring.
Humaira
tidak bermain satu pun permainan. Malas. Walaupun Humaira berbaju sukan. Dia
hanya melihat budak-budak lelaki kelasnya bersungguh bermain bola sepak. Panas
terik membahang kawasan padang itu.
Amira dan
Diana sedang bermian bola jaring. Humaira cukup tidak minat dengan bola jaring,
minat pada bola keranjang menebal. Kenapalah sekolah ni tak ada sukan itu. Tahu
lah bola keranjang tu tak famous.
Bosannya!
Kenapalah aku duduk dekat padang ni. Sumpah bosan gila. Kalau main lumba lari
pun best juga.
Akhirnya Humaira bangun dari duduk atas
rumput. Humaira menepuk-nepuk rumput yang melekat pada seluar track suitnya.
“Maira,
bola!” jeritan seorang lelaki mengejutkannya. Iskandar. Apabila bola yang ingin
di jaringkan gol tetiba tersepak kuat sehingga telah melepasi gawang gol yang
menuju ke arah Humaira. Humaira yang menyedari kehadiran bola hitam putih itu
meluru ke arahnya. Tidak sempat mengelak. Apabila sebiji bola hitam putih itu
menhemtam di atas kepalanya
Dunianya
seakan berpusing-pusing kepalanya mulai pening. Humaira sudah terjelepok atas
padang rumput menghijau itu. Cikgu pratikal terkejut apabila ternampak sekujur
tubuh sudah terkulai jatuh ke menyembah tanah. Pelajar-pelajar lain turut
mendekati Humaira.
Serbu rasa
bersalah pada gadis itu. Baru dia minggu dia berpindah ke sekolah itu. Iskandar
hanya melihat dari jauh. Pasti gadis itu pengsan selepas mendapat hemtam kuat
dari bola itu menyebabkan gadis itu pengsan. Melihat Darus mencempung gadis
kecik molek keluar dari padang sekolah.
Setelah
menghantar Humaira ke bilik rawatan di sediakan. Darus keluar dari bilik
rawatan tersebut. Humaira di jaga oleh Amira. Darus menepuk bahu Iskandar yang
asyik termenung Iskandar memandang raut wajah Darus.
“Dia dah
sedar ke,” tanya Iskandar. Segumpal rasa berasa di hatinya. Macam mana lah
boleh tersepak kuat.
“Tak lagi.
Nanti dia sedar kau minta lah maaf dengan dia,” ucap Darus menenang perasaan Iskandar.
Amira yang keluar dari bilik rawatan itu. Menyentak dua orang sahabat itu.
“Maira dah
sedar,” kata Amira. Amira kembali masuk ke dalam bilik rawatan. Nasib lah
Humaira cepat sedar. Terkulat-kulat Darus dan Iskandar masuk ke bilik rawatan
itu. Wajah Humaira berkerut dahi. Pening kepalanya masih tersisa. Pandangannya masih samar-samar.
“Maira kau
dah okay,” soal Amira yang berada di sisi Humaira.
“Aku dekat
mana ni,” soal Humaira sekembali. Darus menghampiri Humaira.
“Sayang
dekat bilik rawatan. Tadi sayang pengsan,” ucap lembut Darus. Amira
mengeleng-geleng melihat kelakuan dua insan itu.
“Hah,
pengsan,” kepalanya betul-betul pening. Bergegar kepalanya. Dia terpandang
sebatang tubuh terdiri tegak. Laki ni lah. Humaira turun dari katil. Mendekati
lelaki itu. Iskandar mula cuak. Iskandar tahu gadis sedang mamai lagi. Jantung
Iskandar berdetak laju. Kenapa aku rasa macam ni. Monolog Iskandar ketika itu.
“Kau kan
sepak bola tu bagi kena aku kan!” jerit Humaira kepada Iskandar. Iskandar mula
menikus. Kerdik gadis itu mengejutkan sarafnya. Garangnya awek Darus ni, harap
je comel.
“Kalau
kepala aku dahi aku bertelur siap lah kau aku kerja,” sekali lagi Humaira
menyinga. Humaira menampak kakinya langkah keluar dari bilik rawatan. Terasa
dirinya melayang pantas Iskandar menyambar tubuh Humaira. Jantungnya kian
berdegup laju. Jiwanya tidak keruan.
Selepas
daripada kejadian itu, Iskandar dan Humaira sering kali bergaduh, bertekak.
Kedua-duanya menunjukkan keras kepala masing-masing. Daripada perkara kecil
sehingga ke besar.
************
“Mak dah agak,” ucap Nek Som kepada anak perempuan
Datin Mahani. Datin Mahani hanya mengeluh.
“Mak jangan
lah cerita dekat sapa-sapa pulak,” pinta Datin Mahani. Risau kalau-kalau rahsia
terbongkar. Datin Mahani memasuki pinggan mangkuk ke dalam sinki. Mereka sahaja
baru selesai menjamu selera tanpa Iskandar.
“Mak nak
bagitahu sapa lah, Ani oit,” kata Nek Som sedang membersihkan meja yang melekat
dengan sisa lauk-lauk tengah hari. “Budak-budak tu tahu tak ke,” Nek Som
memandang wajah anak keduanya itu. Datin Mahani hanya mengeleng kepalanya.
“Sampai bila
kau nak simpan rahsia tu,” soal lagi Nek Som. Nek Som mendapat jawat jawatan
sebagai polis tidak bergaji.
“Biar lah
dulu mak. Budak-budak tu muda lagi,” kata Datin Mahani nada bersahaja.
“Ikut kau
lah Ani. Mak risau je, hati budak-budak tu boleh berubah.” Datin Mahani hanya
mendiamkan diri. Dia sendiri tak tau sampai nak rahsia perkara ni kepada
orang-orang kelilingnya.
*****
Humaira duduk di pangkin berseorangan. Seronok duduk
di pangkin itu terasa redup sahaja. Deruman enjin kereta memasuki kawasan
perkarangan rumah Nek Som. Uisshh.. tengah hari baru nak balik. Hebat-hebat dah
lapar baru balik. Tak senonoh betul.
Iskandar
keluar dari perut kereta itu. Iskandar memakai T-shirt berkolar dan berseluar
jeans. Di tambah Iskandar memakai Ray Ban. Tercanggang Humaira seketika.
Iskandar ke itu? Handsomenya dia. Tergugat iman aku ni hah.
Iskandar
mendapatkan Humaira di pangkin. Cermin mata hitam itu masih tergantung di mata
lelaki. Sumpah, handsome bhai! Lelaki itu mengambil tempat bersebelah dengan
Humaira. Bau wangian pada Humaira menusuk-nusuk hidungnya.
“Ayang,
tunggu abang balik ek,” kata Iskandar sambil ketawa. Humaira cuak. Humaira
menguntum senyuman
“Bila masa
aku tunggu kau balik. Itu bukan kerja aku lah,” cepat-cepat Humaira menjawab.
Tak payah nak berayang-ayang dengan aku.
Kang tak pasal kau makan tengah hari dengan guna straw pulak.
“Garangnya
ayang abang ni,” usik Iskandar lagi. Makin membahang muka Humaira menahan malu.
Iskandar ni kan. “Ayang dah makan,”
“Dah,”
sepatah di jawab Humaira. Ngada-ngada lah mamat ni. Jantung ni pun nak
terlompat keluar.
“Maira nak
masuk,” baru dia menapak kaki ke tanah. Tangannya di rentap. Hampir terjatuh
Humaira dek tarikkan oleh Iskandar. Muka Humaira begitu dekat dengan Iskandar.
Perasaan tidak keruan terjah. Humaira tunduk malu.
“Jom
keluar. Jalan-jalan nak tak,” ajak Iskandar. Iskandar tahu muka Humaira makin
merah kerana menahan malu. Humaira mengangguk perlahan. “Okay. Ayang pergi siap
dulu ok,”
Humaira
menampar bahu Iskandar, untung sempat dia mengelakkan. Lelaki ni sengaja nak usik
aku. Tersenyum simpul Iskandar.
“Is tak nak
makan dulu ke,” tanya Humaira menahan perasaan malunya.
“Tak, nak
makan dengan ayang nanti,” sekali lagi Iskandar menyakat Humaira. Terus Humaira
berlalu masuk ke dalam rumah. Terasa sedikit kebahagian di hatinya.
Setelah
Humaira bersiap dan atas kebenaran mama tercintanya. Mereka keluar berdua. Nek
Som pulak bukan main excited kalah aku bila Iskandar mengajak Humaira keluar. Humaira pun tak pasti Iskandar memandu ke mana. Humaira hanya mengikut.
Dalam kereta itu, Humaira lebih mendiamkan diri tak pun menangkap gambar
menggunakan telefon bimbit. Dengan memakai Ray Ban milik Iskandar.
Iskandar
memberhentikan keretanya di bawah pokok-pokok tumbuh lebat. Berdepan dengan
Sungai Pahang. Taman Esplanade Temerloh ini asalnya
lebih dikenali sebagai tapak Pekan Sehari Temerloh. Disinilah tumpuan penduduk
sekitar Temerloh pada setiap pagi Ahad. Macam-macam jualan boleh kita dapati di
Pekan Sehari Temerloh.
Pada sebelah
petangnya pula ada gerai jualan makanan. Kita boleh menikmati pemandangan
Sungai Pahang dan Sungai Semantan sambil makan dibawah pokok tua. Taman
Espalanade yang terletak juga di tebing
sungai Pahang dan sungai semantan yang berkonsepkan waterfront.
Iskandar dan
Humaira sudah bolos keluar daripada perut kereta itu. Terasa damai duduk situ. Humaira
masih tidak lekang memakai Ray Ban milik Iskandar. Humaira duduk di atas tanah
berbawah pokok rendang.
“Cantikkan,”
ucap Humaira sebelum Iskandar melabuhkan punggungnya di sebelah Humaira.
“Is
rasakan, orang yang sebelah Is ni lagi cantik tau tak,” ucap Iskandar dengan
selamba. “Bertambah comel dan hot, dia pakai Ray Ban tu,”
“Ciptaan
Allah semua cantik-cantik. Okay,” kata Humaira tanpa menoleh ke arah Iskandar.
“Is pernah bercinta,” riak wajah Iskandar serta merta berubah. Perlukah aku
cerita tentang kisah silam. Desis di hati Iskandar. Humaira masih mengunggu
jawapan dari lelaki itu.
“Pernah.
Tapi dah luput,” tegas kata-kata Iskandar. Humaira senyum nipis. “Tapi sekarang
Is dah jatuh cinta balik,”
‘Siapa
perempuan tu Is, cakap lah. Tak perlu buat aku macam ni,” bentak Humaira di
hatinya.
“Mesti
orang cantikkan,” seloroh Humaira untuk melindungi rasa cuak di hatinya.
“Mesti lah
cantik. Ciptaan Allah,” kata-kata Iskandar membuat Humaira tersenyum.
“Kadang-kadang tidur malam Is tak lena mengingatkan seorang gadis yang cukup
sempurna di mata Is,”
Humaira
terperanjat dengan kata-kata yang luncur di bibir Iskandar. Takkan lah Is yang
tulis ayat tu dekat blackboard. Tak mungkin lah Is. Sang Pencinta itu Syafiq
Iskandar.
Iskandar bangun dari duduk. “Cinta itu hadir setiap
saat. Cinta itu terasa dalam tindakan. Cinta itu terucap dalam senyuman,”
Iskandar.
Dia yang tulis ayat tu. Kenapa Iskandar. Perlukah aku sambut satu perasaan
bahagia itu. Debaran di dada masih belum lega.
“Bro, kau
Syafiq,” perasaan berdebar di hati Humaira mati menangkap suara seorang lelaki
menegur Iskandar. Iskandar dan lelaki itu berjabat tangan.
“Aku lah
Syafiq, tak sangka jumpa kau dengan sini, Ameer,” ucap Iskandar dengan ceria. Humaira
telaku di tanah membiarkan sahaja perbualan dua sahabat itu.
“Aku balik
sini sekejap. Ada hal sikit,” balas lelaki yang bernama Ameer itu. “Sapa tu,”
lelaki itu memuncungkan mulut ke arah Humaira.
“Oh yang
tu, awek kesayangan aku,” tersentak Humaira mendengar jawapan dari Iskandar.
Humaira merengus kasar. Suka hati je mengaku aku ni awek kau kan. Siap lah kau
nanti.
Ameer mengangguk tanda mengerti. “Baru nak tackle
dia. Alih-alih awek kau pulak. Cun bro!”
“Kau dengan
Erna macam mana,” tetiba Ameer bertanya tentang gadis bernama Erna. Sapa Erna? Humaira
bertanya di hatinya.
“Aku dengan
dia dah lama over,” balas Iskandar. Iskandar risau kalau-kalau Humaira
mendengar nama Erna di sebut oleh Ameer.
“Tak apa
lah bro. Aku chow dulu. Nanti ada masa kita lepak sama,” kata Ameer sebelum
meninggalkan Iskandar di situ. Iskandar mendekati Humaira yang masih duduk di
tanah.
“Kenapa
ni. Monyok je muka ayang abang ni,” renungan tajam Humaira di lemparkan ke arah
Iskandar. Gedik lah Iskandar. Tak payah nak bersayang-sayang. Dah nak pengsan
aku dekat sini. Mau saja dia nak tolak tubuh lelaki itu dia tapi dia tak sampai
hati. Sapa Erna! Hati kecil milik Humaira mula memberontak.
Tidak lama kemuadian mereka berdua bergerak pulang ke
rumah Nek Som. Selepas waktu Magrib, mereka bergerak pulang ke Kuantan semula. Esok
persekolahan mula kembali seperti biasa. Keindahan hari ini, kemesraan hari ni,
dan kebahagian hari ni akan di simpan dan di kenang sampai bila. Harap-harap
hati terbuka untuk si dia. Amin.
Bersambung..
NOTA KAKI: Esipod ni tak berapa menarik. Terima kasih kerana sudi membaca :)
Hi ayang. Please sambung lagi. Please dan please, ayang <3 :p
ReplyDelete@Faqihah Husni Hi Faqihah.Nanti kak sambung lagi okay :)
ReplyDeletesambung la lagik...tapi nanti tengok kan ayat tu banyak yang salah eja.
ReplyDelete