Kau , Aku Punya Bab 14


BAB 14
“Maira tunggu lah sekejap,” segera Humaira menoleh kepada pemilik suara yang memanggil namanya. Diana dan Amira ikut toleh. Siapa lagi kalau bukan jejaka tampan yang memiliki lesung pipit tiruan tu. Syafiq Iskandar bak kata Suhaila buah hati jantung pisang lah kata kan.
  “Ayang, jom makan lapar lah,” Humaira ketawa kecil melihat perangai Iskandar  seolah-olah macam budak kecil. Riak wajah empat sahabat itu berubah. Darus dan Tarmizi turut berada di sisi Iskandar.
  “What!! Ayang!” serentak gabungan suara empat sahabat itu. Terperanjat Iskandar dengan sorakan budak-budak ni.
   “Wei apa yang terkejut sangatnya. Pelik sangat ke,” ujar Humaira dengan tidak berpuas hati melihat dari segi reaksi mereka. Sejak dari bercuti hujung minggu lalu, tak lekang dari mulut Iskandar memanggil Humaira begitu. Entah perasaan senang dan bahagia apabila Iskandar memanggilnya begitu.
    “Pelik sangat-sangat. Sejak bila Humaira pandai tangkap cintan,” berdesing mendengar perucapan dari mulut Darus. Darus, lelaki itu pernah menyinggah di hatinya. Tapi dia perlu tepis perasaan itu.
    “Sejak aku pandai tangkap cintan lah. Mau tanya lagi,” terkebil-kebil empat pasang mata itu mendengar jawapan daripada si gadis kecil molek itu.
    “Maira rasakan tak sempat lah nak makan,” Pandangannya beralih kepada Iskandar yang tercegat di hadapannya. Sebentar lagi mereka akan bertolak ke sekolah yang tidak jauh dari sekolahnya untuk mendengar ceramah motivasi untuk Tingkatan 5.
    “Pasal itu, ayang tak perlu risau. Sebab abang dah bagitahu dekat cikgu cakap abang bawak kereta sendiri. Ayang ikut abang naik kereta okay,” terdiri bulu roma Humaira bila Iskandar membahasakan diri macam tu. Humaira memandang wajah-wajah sahabat. Masing-masing menelan liur. Iskandar ni dah melampau pun ada jugak. Cukup-cukup lah tu. Kang muntah hijau budak-budak ni.
   “Habis diaorang tak kan Maira nak tinggal macam tu je,” kata Humaira. Kalau aku naik kereta takkan diaorang nak naik bas. Macam tak sampai hati je.
    “Diaorang ni tak payah risau ok. Amira dengn Diana boleh naik dengan abang okay, ayang,” Iskandar sudah tersengih-sengih macam kerang busuk. Mau saja dia sumbat dengan buku-buku yang di peluk olehnya.
   Kesemua pelajar-pelajar beredar ke kantin sekolah mendengar serba sedikit taklimat sebelum mendengar ceramah di sana nanti. Beberapa buah sekolah lain turut di panggil. Bas sekolah milik sekolah itu sudah tiba luar kawasan persekolahan. Melihat pelajar-pelajar sudah berebut-rebut menaiki bas. Kalau bas itu di perbuat daripada kayu. Comfrim dah lam bas tu runtuh atau tumbang. Itu pun nak berebut juga ke.
  Iskandar melangkah menuju ke keretanya. Humaira, Diana, dan Amira hanya mengikut langkah Iskandar. Seraya sampai di kereta milik Iskandar terus memasuki ke dalam perut kereta itu.
  “Ayang duduk depan,” arah Iskandar, tegas. Tak best langsung kena paksa macam ni. Argh! Sampai bila nak macam ni. Humaira menghela nafas dia hanya mematuhi lelaki itu.
   Baru sahaja nak duduk, Humaira sudah pandang lelaki itu sedang memakai Ray Ban plus membetulkan rambutnya melalui cermin pandang belakang. Alahai.. Tak payah nak buat muka handsome depan aku.
  Iskandar memanda keretanya ke tempat di tuju. Mereka berempat hanya diam diri. Hanya lagu yang di ke udarakan oleh corong radio Fly Fm.
  “Eh korang couple bila,” Amira menjentik kesunyiaan di dalam kereta itu. Diana yang di sebelah Amira pun mengangguk ingin mengetahui perkara sebenar. Humaira dan Iskandar saling berpandang. Iskandar tarik sengih.
  “Since baru lagi, kenapa sweet ke,” selamba badak Iskandar menjawab soalan dari Amira.
  “Yaka ke, tak sangka kau Maira dalam diam. Kau suka dengan Is,” jawab daripada Diana bagaikan sebiji telur hancur mengenai kepala Humaira. Alamak apasal jadi macam ni.
  “Alah korang memang sweet pun. Tambah pula boyfriend kau kan handsome. Cair aku tau tak,” celah Amira yang sudah tersenyum simpul. Iskandar leka memandu tersenyum bangga. Hatinya berbunga riang.
  “Amboi-amboi kau, dah jatuh hati dengan Is ke. Mana kau nak campak sweetheart kau tu. Meraung dia nanti kang,” bidas Diana apabila mendengar pujian melambung daripada Amira. Sapa lagi sweeheart Amira, mesti lah Tarmizi.
  “Eleh.. kau pulak yang marah. Sepatutnya princess kita ni lah,”
  “Eh, apa korang ni gaduh-gaduh. Is memang dah handsome pun. Tak boleh nak dinafikan lagi,” sampuk Humaira sambil memuji ‘kekasih hati’nya. Kembang lah tu. Terkoyak seluar tu aku tak tahu lah. Hehe.
   “Puji ke perli, ayang,” soal Iskandar dengan penuh manja. Amboi-amboi tak payah lah nak manja sangat. Rimas lah pulak dengan sikap Iskandar ni. Untung lah sapa jadi wife di nanti. Bukan manja terlebih sweet pulak nanti
   “Ada ke patut tanya macam tu, Maira puji lah abang oit!” Ops! Terlebih sudah. Macam mana pulak boleh terlepas cakap ni. Amira dan Diana sudah tersenyum melihat dua sahabat itu. Apasal lah mulut ni gatal sangat. Humaira menarik senyuman plastik ke arah Iskandar. Bukan main suka lagi kau kan Iskandar.
   Destinasi yang di tuju sudah tiba sampai. Kereta Iskandar di parking di bawah pokok. Redup. Terlindung daripada matahari. Pelajar-pelajar telah memenuhi perkarangan sekolah itu. Sekolah yang asing baginya. Mereka semua sudah memboloskan dirinya  daripada perut kereta itu. Diana dan Amira sudah mendahului jalan mereka.
  Iskandar menarik pergelangan tangan berkalis dengan baju kurung sekolahnya.
  “Is, ni sekolah kan. Cuba perangai tu elok-elok sikt,” pinta Humaira nada suara agak mendatar. Dia tak suka di perlakukan seperti begitu.
   “Kenapa ni, ayang macam bad mood je,” suara kerisauan di lemparkan oleh Iskandar. Humaira menjeling ke arah Iskandar.
   “Depan Maira tak payah panggil macam tu, berbulu tengkuk Maira dengar tau tak,” Iskandar hanya mengeluh. Itu lah sikap dinding Humaira. Itu tak boleh, ini tak boleh. Mereka menapak kaki bersama memasuki sekolah yang asing itu. Berpasang mata memandang mereka. Apasal pandang kitaorang macam nak makan. Humaira pandang Iskandar yang bergerak seiring dengannya. Iskandar mengangakat bahu. Humaira nampak Diana dan Amira sudah melambai-lambai ke arah satu sudut.
  “Is, Maira pergi dengan diaorang tau,” Iskandar membiarkan Humaira bersama kawan-kawan. Iskandar something yang tak kena pada sekolah ni. Biarkan je lah. Bukan masalah aku.
   “Welcome to my school,” terasa tepuk pada bahu Iskandar. Suara itu. Pantas dia menoleh. Kamil. Desis di hati Iskandar melihat sekujur tubuh kemas dengan pakaian uniform sekolah.
                                                         *******
Kamil. Tidak sangka disini Iskandar bertemu dengan lelaki itu. Macam mana aku boleh lupa ni sekolah dia. Itu lah manja sangat dengan Humaira sampai lupa habis. Terasa seorang berdiri di belakang Iskandar. Rupanya Darus dan Tarmizi. Kamil musuh tradisinya di gelanggang permainan hoki di padang. Kamil seorang lelaki agak handsome, tapi Iskandar lagi handsome daripadanya. Tercalit parut di kening Kamil.
  “Well, aku tak sangka jumpa korang dekat sini,” ucap Kamil dengan melontarkan senyum sinis. Iskandar, Darus dan Tarmizi hanya diam. Dada Iskandar berombak. Risau dia memikirkan nanti pasti Kamil terserempak dengan Humaira bila-bila masa saja.
  “Aku tak hangin lah nak jumpa kau dengan sini. Aku datang sini nak dengar ceramah bukan nak datang tengok kau,” kata Iskandar. Hatinya mula memberontak.
  “Rileks bro. Jangan gabra sangat. Aku tahu Humaira ada dengan sini,” Kamil sudah tersenyum bangga. Mau saja dia belasah mamat ni.  Agak tersentak  dua sahabatnya di belakang Iskandar.
  “Aku warning dekat kau. Kau jangan cuba-cuba dekat dengan Humaira,” panas hati Iskandar apabila Kamil menyebut tentang gadis itu.
  “Biar kita tengok siapa yang Humaira pilih . Aku  atau kau,” ucap Kamil sengaja memancing kemarahan Iskandar. Darus dan Tarmizi sudah menarik tangan Iskandar supaya tinggalkan lelaki tu. Risau Iskandar mengamuk.
  Kamil masih berdiri di situ. Humaira, Humaira, Humaira. Aku akan dapat kan kau, sayang. Detik di hati Kamil.
  “Hei you, Kamil kan,” teguran seorang gadis agak bersuara lembut. Gadis yang berpakaian uniform sekolah dan tidak bertudung.
  “Hei, kau rupanya Aira. Ingat sapa tadi,” Kamil membalas teguran tersebut.  Kamil memandang sepasang cantik milik sepupunya itu. Mata ni pandai menggoda sesiapa.
  “You kenal Is, Kamil,” tanya Aira dengan gaya lenggang lenggongnya.
   “Of course, i kenal dia. Musuh tradisi hoki,”
   “Oh i see. Actually Iskandar classmate i,” Kamil sudah tersenyum lebar. Suka dia melihat gaya Aira persis model. Putih gebu kulitnya tiada kesan-kesan parut.
   “Maknanya, you kenal lah dengan Humaira,” selidik Kamil. Aira sudah menayangkan muka bosan. Apahal orang dalam dunia ini suka tanya Si Pendek tu. Bosan dengar nama tu.
    “Mesti lah i kenal. Classmate and she is my enemy ,” balas Aira masih berdiri dan buat muka bosan. “I tak suka dekat dia. Dia rampas Is daripada i,”
    Semakin lebar senyuman terukir di bibirnya. “Lah yaka ke, I rasa Is buta kayu kut. Tu yang dia tak nampak you. Tak pa i janji, dia mesti jatuh dekat tangan you. Dan i, Humaira,”
  Cara mereka seperti watak-watak jahat yang berlakon di drama TV dan filem yang merebut memenangi hati hero dan heroin masing-masing.
   “What you suka Humaira,” Aira bagaikan tidak berpercaya. Sepupunya meminat Humaira. Macam boleh saling mengenali antara satu sama lain. Kamil sekadar mengangkat memberikan jawapan. “Nonsense you Kamil. Girl macam tu you nak. Dia tu dah lah kasar dan garang. Macam mak tiri,”
   “Garang tu yang i suka,” sempat Kamil menciut hidungnya sebelum meninggalkan Aira di situ terpinga-pinga.
                                                            **********
“Wei Is, kau tak pernah cerita dekat kitaorang Kamil boleh kenal Si Maira tu,” sejak pertemuan dengan Kamil. Mulut Darus becok tanya pelbagai soalan. Iskandar menjamah nasi ayam yang disediakan oleh guru-gurunya yang menyertai ceramah motivasi ini. Dari jauh Iskandar melihat Humaira di dekati oleh lelaki asing.
  Darus ikut memandang tepat pada Humaira yang tak senang makan apabila budak laki mengeruni mejanya. “Kamil kenal Maira masa aku bawak Maira pergi TC. Masa tu aku tinggal Maira sorang-sorang. Tengok-tengok Kamil kacau dia,”  
 Cerita Iskandar dengan tidak senang. Nak biar atau nak pergi ke Humaira. Susah lah ada awek lawa sangat ni. Iskandar sudah bingkas bangun dari bangku batu. Tak sempat Darus menahan Iskandar sudah beredar dari situ.
  Iskandar mendekati meja di perbuat daripada batu itu. Penuh dengan lelaki mengeruni Humaira, Diana dan Amira. Lagi Humaira diam. Lagi naik lemak budak-budak itu. Mereka sebaya saja dengan Iskandar dan lain-lain.
  “Korang tak nampak dia tengah makan,” nada bicara Iskandar agak meninggi. Ia memandang tajam pada pelajar-pelajar menganggu Humaira dan kawan-kawannya.
    “Rileks lah bro. Kitaorang semua ni just nak kenal dengan awek comel ni je,” ucap selamba mamat sedang menyungah bubble gum. Disertai dengan konco-konconya turut mengangguk.
    “Maira nak kenal dengan diaorang ke,” soal Iskandar yang berdiri tegak di sisi Humaira. Polistirena yang berisi nasi ayam ditutup menggunakan gelang getah. Humaira menarik nafasnya.
   “Tak. Maira tak nak. Maira dah cakap banyak kali dengan diaorang. Maira tidak berminat untuk berkenalan dengan sapa-sapa,” balas Humaira dengan memandang manusia-manusia yang mengernuni kawasan meja itu.
    “See, awek aku ckap dia tak nak kawan dengan sapa-sapa,”  jawab Iskandar dengan wajah ceria. Pelajar-pelajar lelaki yang berada di situ menunjukkan muka yang separuh terkejut. Iskandar sekadar memandang Humaira. Iskandar tahu Humaira bosan dengan keadaan begitu.
    “Ayang, masuk dewan dulu,” kata Iskandar kepada Humaira. Humaira terus bangun dari situ.
   “Sorry bro, kacau awek kau. Kitaorang ingat dia single,” kata lelaki yang mengunyah bubble gum itu. Iskandar sekadar tersenyum. Seorang demi seorang meninggalkan meja batu itu. Iskandar duduk tempat Humaira duduk tadi. Bahunya di tepuk, segera menoleh. Darus dan Tarmizi yang bingkas duduk di bangku batu berbentuk bulat tu.
   “Kau okay tak,” tanya Tarmizi melihat muka Iskandar agak kekusutan. “Rileks lah wei,”
 Iskandar merengus kasar. Soalan dari Tarmizi di biar sepi. Kenapa dalam berjuta-juta perempuan, asal Humaira jugak. Cari lah perempuan lain. Humaira tu kesayangan aku lah. Hati Iskandar mula memberontak.       
                                                         **********
Fikiran Humaira menerawang entah ke mana. Ceramah di ucap hadapan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Langsung Humaira tidak dapat tumpun kat perhatian. Wajah Kamil menganggu nya tadi sedikit terciut di hatinya. Lagaknya seperti hero yang menggantikan tempat Iskandar.
   Sebut tentang nama lelaki itu membuat terasa bahagia. Tak perlu upah bodyguard, Iskandar sendiri akan melindunginya. Tak kaseh lah macam mana pun keadaan. Mesti dia dekat dengan sisi Humaira. Hatinya berbuang melihat seraut wajah tampan milik Iskandar. Iskandar lelaki yang caring, sweet, bila dia senyum hampir gugur jantung.
  Tangan milik Diana berada di sebelah Humaira mendarat paha Humaira. Terkejut Humaira apabila tangan Diana menampar paha Humaira. Perih. Comfrim merah. Humaira memandang wajah bosan Diana. Tahu sangat muka Diana tak suka dengar ceramah macam ni. Diana menghulur kertas kecil di lipat-lipat. Humaira sekadar menyambut malas. Segera dia membuka lipatan itu.
   DEAR HUMAIRA,
      JOM DATING LEPAS SEKOLAH INI. NANTI HUMAIRA TUNGGU DEKAT PAGAR OKAY.
   A LOT OF LOVE,
KAMIL.
  Humaira merengus kasar. Tak ada masa aku nak dating dengan kau lah. Daripada aku dating dengan kau. baik aku dengan dengan orang gila lagi bagus ju. Akhirnya Humaira mengumpalkan kertas itu menjadi sebiji bola kertas. Lalu lontarnya ke belakang tanpa di toleh. Ops! Sapa terkena tu nasib tu.Bola kertas itu cantik mendarat di kepala Aira. Aira yang terlelap boleh terjaga akibat hentaman bola kertas tak seberapa. Kurang ajar betul lah. Gumam Aira apabila tersedar.

BERSAMBUNG..
NOTA KAKI: Terima kasih kerana sudi membaca bab untuk kali. Surprise untuk reader sikit. mesti korang tersengih-sengih depan skrin kan kan. Thanks for novel bersiri ni



  

4 comments:

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)