BAB 15
“Bodoh!
Sakit lah weyh,” Humaira mengerang
kesakitan apabila pergelangan di pegang erat kuat dengan tangan seorang lelaki.
Apakan daya kekuatannya lebih jauh kuat daripada perempuan. “Lepas lah Kamil.
Aku dah tak nak date dengan kau. Itu
hak aku lah, setan!”
Humaira mencuba melepaskan tangannya daripada
lelaki itu. Lelaki itu masih buat tidak punya perasaan bersalah. “Garangnye
Humaira ni, tapi Kamil suka sangat,”
Pantas tangan Humaira menepis jari jemari
Kamil mengenai pipinya. Mana Iskandar ni. “Weyh, kau ni memang jantan tak guna
kan,” Humaira semakin menyinga. Tapi pergelangan makin perih sakit akibat
cengkaman kuat daripada Kamil. Humaira
meronta-ronta diminta lepaskan malah Kamil tersenyum bangga.
“Apa kurangnya aku dengan Iskandar. Aku
jauh lebih handsome daripada dia tu,”
tanya Kamil dengan nada kasar. Wajahnya bertukar bengis. Humaira ketakutan. Dia
tak pernah rasa sebegitu. Air jernih sudah berkolam di kelopak mata. Tunggu
masa untuk gugur.
“Lepaskan aku, Kamil. Aku tak nak lah. Aku
setia dekat seorang je. Tolong lah jangan macam ni,” rayu Humaira sudah
tersenda sendu. Kamil masih berdiri tegak dengan tidak ada perasan.
“Aku boleh lepaskan kau. Janji kau dengan
aku. Itu pun kau nak,” ucap Kamil dengan jarinya sudah menjalar ke pipi gebu
milik Humaira. Pantas Humaira mengelak.
“Tengok macam mana aku nak lepaskan kau.
sedangkan kau sendiri pun mengelak dengan dari aku,” ucap Kamil dengan nada
lemah lembut. Humaira sudah tersedan sendu di situ. Humaira mahu saja menanggis
di situ.
Amira, Diana, Darus, Tarmizi dan Iskandar
keluar beriringan daripada sekolah itu. Pelik Humaira entah hilang ke mana.
“Korang berdua nak balik apa ni,” soal
Iskandar kepada dua gadis.
“Kau hantar kitaorang balik ke sekolah
semula. Nanti parents kitaorang ambil
kat sana,” Diana membalas. Iskandar sekadar mengangguk. “Kau hantar Maira balik
ke Is,”
Iskandar memandang wajah milik Diana. “Haah,
aku hantar dia balik karang.” Puas matanya meliar mencari tubuh kecil molek
itu.
“Untung Maira dapat kau, ye lah kau ni caring sangat pasal dia. Aku doakan
kebahagian korang okay,” ucap Diana dengan ikhlas. Melihat riak wajah lelaki tu
senyum kecil.
Amira
menampar bahu Darus dan jari runcing milik Amira ke arah bawah pokok melihat
Humaira meronta-ronta. Sekilas pandang Iskandar melihat tubuh yang dia kenali
itu.Terlopong Iskandar apa yang di lihatnya. Terlepas beg galas milik Iskandar
ke tanah. Sepantas kilat Iskandar mengejar mendapatkan Humaira di pokok itu.
“Setan,” melayang penumbuk mengenai muka
lelaki itu. Terdorong tubuh ke tepi akibat tumbukan kuat pada mukanya. Humaira
sudah ke belakang. Berjurai air matanya. Merah pergelangannya. Diana dan Amira
tergesa mendapat Humaira sudah terduduk di atas tanah. Darus sudah menahan
tubuh Iskandar. Iskandar sudah mengempalkan penumbuknya.
“Sudah tu Is. Kau nak menginap Sekolah Henry
Gurney. Dah puas duduk kat Kuantan,” bentak Darus apabila Iskandar suka naik
minyak. Melihat Kamil terdapat cecair merah pekat di bibir lelaki itu. Renungan
tajam di hadiahkan oleh Kamil kepada Iskandar.
“Aku dah warning dekat kau kan. Jangan
ganggu Humaira. Apahal dengan kau ni,” jerkah Iskandar ke arah lelaki cuba
untuk bangun itu. Tanpa menjawab soalan itu, Kamil meninggal kan ke semua
mereka di bawah pokok itu. Sebelum Kamil meninggalkan mereka dia rentap kasar
beg galasnya yang terjatuh di tanah.
Iskandar meraup mukanya. Kekusutan melanda
lagi. Iskandar memandang Darus dan Tarmizi. Iskandar betul-betul out of control. Entah apa yang
merasuknya jadi macam tu. Pantas Iskandar mendekati Humaira yang sudah terduduk
di atas. Diana yang duduk bertentangan dengan Humaira terus memberi ruang untuk
Iskandar.
Humaira menangis keesakan. Iskandar mencapai
pergelangan tangan kanan Humaira yang meninggalkan kesan kemerah-merahan. “Ayang.. tak
mau nangis dah,” panggil Iskandar kepada Humaira masih tersendan-sedu.
“Kenapa ayang keluar awal sangat,” pantas
Humaira mendongakkan kepalanya sedikit. Matanya kemerahan akibat menangis.
“Tadi Maira pergi toilet sorang-sorang,”
Humaira mula berbicara. Air mata jernih tumpah ke pipi lantas Iskandar menyeka.
“Lepas tu ada orang follow Maira,”
“Apasal kau tak ajak aku tadi,” sampuk Amira
risau melihat kawan yang teresak-esak. Merah di tangan masih belum hilang.
“Aku sakit perut sangat tadi tak sempat nak
ajak sapa,” Humaira tahu kawan-kawan risau tentang dirinya. Humaira memandang
wajah Iskandar betul di hadapannya. Comot baju kemeja putih milik Iskandar.
“Is, jangan risau okay. maira okay je,”
ucap Humaira nada lembut. Sejuk hati Iskandar mendengar suara itu.
“Macam mana abang tak risau. Tengok lah
tangan ayang. Merah macam ni,” Iskandar masih lagi tidak puas hati dengan
Kamil. Mau saja dia hentak lelaki itu cukup-cukup. Tapi mengenang percutian di
Sekolah Henry Gurney segera dia melepaskan lelaki itu.
“Tak apa, Maira okay je. Nanti hilang lah.
Jom balik,” Iskandar akur dengan permintaan Humaira. Mereka jalan beriringan ke
kereta. Darus dan Tarmizi sudah meninggalkan sebelum ke kereta milik Iskandar.
******
Humaira
menghempaskan tubuhnya di atas katil bersaiz queen. Matanya menatap telefon bimbitnya kosong terpapar
gambar Humaira dan Iskandar semasa di dalam kereta menuju ke
Termeloh. Matanya terasa sangat berat, namun Humaira mencium bau sesuatu
yang lazat dari ruang makan, matanya terasa berat kembali segar, dia pun segera
menganti bajunya dengan dress coklat
muda yang labuh dengan lengan yang mengembung. Rambutnya dia dibiar agak tidak
kemas sedikit di sebelah kanan dengan getah berhiaskan hiasan strawberi.
“Ibu masakan apa, sampai ke bilik Humaira.
Macam bau chocolate," seru
Sakura sambil menepuk perlahan bahu ibunya yang sedang menyiapkan puding . Puan
Hasnah hanya tersenyum kecil, lalu menciut hidung mancung Humaira
“Ada apa ini
tuan putri? Cepat aje dia bau chocolate
kan. Ibu buat moist chocolate cake." ujar
Puan Hasnah sambil menyuruh Mak Tun untuk meninggalkan dia dan anak
perempuannya. Humaira cemberut sambil menatap Puan Hasnah dengan mata
kucing yang comel.
“Mesti lah Maira tau. Maira kan Hantu
Chocolate. Bau tu dah masuk dalam jiwa Maira,” balas Humaira pada
ibunya. Setelah itu ibunya tertawa geli hati mendengar jawab daripada
puteri bongsunya.
“Sebenar ada tetamu nak datang, kebetulan
pulak tetamu tu datang ibu tengah buat dessert,” ucap Puan Hasnah kembali
sambil duduk di kerusinya. Humaira mengambil sebuah chocolate chip yang menjadi
hiasan di atas piring lalu memakannya.
“Sapa bu. Tetamu terhormat ke,” tanya
Humaira sebaik sahaja menelan chocolate chip.
“Maybe lah kut,” jawab Puan Hasnah sedang
memotong kek ke dalam piring. Telan air liur Humaira melihat kek tersebut. Kang
tu aku bedal cukup-cukup.
“Along mana bu. Tak nampak pun,” puas mata
kecil Humaira mencari tubuh Shahrul. Sejak pulang dari sekolah tadi. Langsung
bayang lelaki itu tak kelihatan.
“Along pergi jumpa Kak Nur. Dari pagi tadi
lagi,” balas Puan Hasnah sambil mencuci tangannya di sinki.
“Along kena Kak Nur tu dah macam belangkas,”
“Macam tu juga dengan Sera Humaira dengan
Syafiq Iskandar. Macam belangkas juga,” ambil kau! kena batang hidung kau balik. Humaira
tersengih-sengih menampakkan gigi.
“Puan, tetamu dah sampai. Dia duduk dekat
halaman rumah,” Humaira dan Puan Hasnah serentak memandang Mak Tun yang berlari
anak-anak menuju ke dapur.
“Yela, tolong bawakan makanan ke sana.
Humaira pergi layan tetamu. Ibu nak mandi kejap. Kang ibu turun,” arah Puan
Hasnah, terkebil-kebil Humaira memandang ibunya. Mak Tun sudah bawa keluar
dessert untuk tetamu.
Puan Hasnah sudah mendaki tangga naik ke
bilik utama. Humaira merengus kasar. Telefon bimbit di capai malas. Sapa tetamu
ibu? Aku kenal pun tak. Ibu ni. Humaira mengatur langkah ke keluar ke taman.
Humaira memandang dari jauh. Lelaki
berpakaian kemas. Berseluar jeans dengan baju kemeja ada corak bunga kecil.
Humaira tersenyum kecil.
Humaira merapatkan dirinya ke meja itu. Meja
itu menghiasi taman kecil itu.
“Kenapa tak bagitau kata nak datang,” tanpa
sebarang amaran sudah bertanya kepada lelaki itu. Lelaki itu memandang Humaira.
Manis orangnya. “Ingat sapa lah tetamu ibu cakap tadi,”
Humaira meletakkan telefon bimbitnya di
atas meja itu. Lantas dia melabuhkan punggung di atas kerusi itu.
“Saja, abang nak buat surprise,” terpukau seketika Humara melihat senyuman dari Iskandar.
“Banyak lah Is punya surprise kan,” Humaira mencebik. Dekat sekolah aku jumpa kau, dekat
rumah ni pun aku jumpa kau. Kau dah angau ke Is. Kalau kau angau tak payah lah
ajak aku sekali. Sekali, aku dah angau. Boleh bawa maut tuk aku tak tak.
“Tangan okay dah ke,” soal Iskandar
sekembali. Iskandar mencapai telefon milik Humaira. Humaira biar kan sahaja.
Entah apa yang di belekkan oleh Iskandar. Tetiba ternampak segaris senyuman
terukir di bibir lelaki itu.
“Nice
gambar ni,” Iskandar menunjukkan telefon Humaira yang terpapar pada skrin.
Gambar mereka berdua di jadikan wallpaper.
Humaira sebenarnya malu. Untuk cover line,
Humaira menuang air berperisa anggur ke dalam gelas.
Humaira terkedu apabila jambangan bunga di
hulurkan olehnya. Dadanya di serbu rasa mengementar. Kenapa Iskandar layan aku
sebegini rupanya. Apa semuanya. Adakah ni satu lakonan semata-mata. Dengan
lambat-lambat Humaira mengambil jambangan tu daripada Iskandar.
Terusuk-usuk hidung Humaira membau wangian
jambangan diberikan oleh Iskandar. Berat hatinya menerima daripada Iskandar.
Humaira terpandang sesuatu di atas bunga-bunga tu. Humaira memandang wajah
Iskandar terpancar keceriaannya.
Humaira mencapai kotak kecil berwarna merah
hati. Kotak itu di ikat dengan ribben. Humaira teragak-agak untuk membuka.
“Buka lah,” kata-kata Iskandar mengejutkan Humaira. Berdebar-debar Humaira
membuka kotak kecil tu. Seutas rantai silver di dalam kotak tersebut. Loket
rantai tersebut berbentuk hati.
“Cantik tak,” tanya Iskandar. Humaira
memandang lelaki itu. Apa semua ni. Aku tak paham. Humaira hanya mengangguk.
“Kenapa Is bagi semua ni. Maira tak paham,”
soal Humaira kehairanan. Iskandar sudah bangun, dan mendekati tubuh Humaira
lalu di ambilnya rantai silver di dalam kotak merah hati itu. Lantas di
kalungkan ke leher jinjang memutih itu. Mengeletar tubuh badan Humaira ketika
itu.
“Sebab Is sayang kan Maira,” bisikkan itu
terjah di cuping telinga Humaira. Jantung Humaira kian berdetak laju. “Anggap
je lah hadiah dari seorang kawan atau pun kekasih gelap,”
“Tapi Maira tak pernah pun minta semua ni,”
“Ye, sebab tu abang bagi. Nak kek tu,” ujar
Iskandar sambil memuncungkan mulut ke arah kek di dalam piring kaca tu.
Iskandar kembali duduk. Lalu Humaira mencapai piring tersedia kek coklat yang
sudah di potong siap. Di letakkan di hadapan Iskandar. Iskandar sekadar
memandang sahaja.
“Kenapa pandang je makan lah,”
“Ayang tolong lah suap kan,” ternganga
Humaira dengan permintaan mamat ni. Ewah-ewah bukan kau buli aku kan. Dah lama
tak kena buli rasanya. Memang pun dah lama juga tak kena denda. Rindunya!
Humaira mengambil sudu di atas piring yang
lain. “Tak nak lah pakai sudu, ayang ni,”
Amboi-amboi mamat ni dah lebih-lebih ni.
Ngada-ngada lah pulak. “Habis tu nak pakai apa abang oit,” tersenyum simpul
Iskandar, apabila memanggilnya abang.
“Tangan,” sepatah Iskandar menjawab. Ish
bencinya kena buli macam ni. Akhirnya Humaira akur sahaja dengan permintaan
agak keterlaluan itu. Macam budak kecil Humaira kena jaga. Tapi dah besar
panjang nak main suap-suap pulak. Dengan malu-malu kucing, Iskandar membalas
menyuap kek itu ke mulut Humaira. Beberapa kali di elak, apabila Iskandar sudah
bersuara.
Terpaksa di lakukan hati reti hati. Tanpa di
sedari, Puan Hasnah melihat dari jauh aksi kemesraan Humaira dan Iskandar di
halaman rumahnya.
“Sampai bila Puan nak simpan rahsia ni,”
celah Mak Tun yang juga berdiri menyaksi anak majikannya bersama Iskandar.
“Entah lah, Kak Tun. Saya tengok diaorang tu
rapat. Tak sampai hati pulak. Biar lah dulu. Sampai masa nanti kita bagitahu
lah. Risau kalau-kalau Maira memberontak. Kak Tun tahu kan perangai Maira tu
macam mana,” Mak Tun sekadar mendengar. Mungkin majikan lebih arif menguruskan
puteri bongsunya itu. Puan Hasnah mengeluh panjang mengenangkan sikap Humaira
yang tak boleh di jangkakan.
BERSAMBUNG...
Ish. Tak paham lah. Apa rahsia kak tun dengan mak maira ni. Maira ni adik beradik Is ke. Anak angkat datin hasnah? Ish ish. Pening. Hahaha. Ni best! Alahai. sweet je <3
ReplyDelete@Faqihah Husni jeng jeng. nama pun rahsia kan. mane boleh bgithu nti dah tak jdi rhsia dah hhuhu :)
ReplyDelete