Kau , Aku Punya Bab 4


BAB 4

Humaira tersedar dari lena yang panjang. Entah kenapa aku rasa macam aku tidur terlalu lena, terlalu lama sampai kepala aku rasa sakit sebab terlebih tidur. Tapi keadaan sekeliling aku nampak lain, cahaya matahari menembusi dari jendela berhampiran, dan Humaira kini terbaring di atas suatu tempat yang lain dari lain dan tampak mewah. Bilik lengkap dengan perabot dan katil.Kat mana aku sekarang??

Humaira bangun dari tilam yang empuk dan sangat selesa itu, garu kepala sambil memandang sekeliling. Aku dekat mana ni. Tak kan aku kena culik kut. Jersi dipakainya semalam masih tersarung tubuh badannya. Okay semalam aku pergi photoshot dekat bandar then aku balik ikut Iskandar. Is ajak pergi pantai. Aku just follow. Lepas dari tu terus aku lupa.

Ketukan pintu bilik tu mengejutkannya. Seorang wanita sebaya dengan usia ibu menerjah masuk ke kamar agak mewah itu. Lama aku memerhatikan wajah wanita itu. Macam pernah tengok lah. Beberapa minit kemudian aku menepuk dahi. Datin Mahani, mama Iskandar!

Puan Mahani menghenyakkan punggungnya di hujung katil. Humaira mendekati Puan Mahani. Aku menghulur dan mencium tangan sebagai tanda hormat.

“Puas Maira tidur,” soal Datin Mahani sambil mengusap-usap rambut anak gadis tu. Maira hanya mengutuskan senyum untuk Puan Mahani. “Ni, auntie bawakan towel, track suit dan baju. Baju ni besar sini. Yang Is punya. Nak kasi yang Suhaila. Kecil sangat lah pulak takut tak padan dengan Humaira,”

“Terima kasih auntie. Susah payah auntie aje. Maaf kan Maira,”

“Tak lah. Auntie senang kamu datang sini. Auntie dah bagi tau kat parents Maira. Maira jangan risau ok,” tetiba dia baru teringat dengan ibu dengan ayahnya. Macam bole lupa.

“Maira, auntie turun dulu. Nanti sudah siap. Turun ye, nak,”

“Okay auntie,” sebaik sehaja bayang Datin Mahani hilang dari pandangannya. Humaira meloncat dari katil. Dia bergerak ke meja solek yang beberapa dari tempat duduknya. Kusut-masai dirinya ketika itu. Di mencapai slingbag berwarna hitam miliknya. Segera mengelebah beg saiz sederhana tu. Bertabur barangnya di atas meja. Kepit rambut, pencuci muka, compact powder, lips balm dan barang tak penting pun Humaira sumbat dalam beg tu.

‘Akhirnya, jumpa pun,’ monolognya sendirian. Humaira memegang telefon bimbit jenama Blackberry Curve di hadiakan oleh kakaknya sempena ulang tahunnya setahun lalu. Skrin hitam sahaja. Handphone ni kan harap aje mahal. Kerjanya bateri low aje. Ni satu lagi kerja. Humaira mengemaskan rambutnya lalu di sepit sebelum dia membersihkan dirinya.

*********

Usai membersihkan diri. Humaira melangkah kakinya ke arah meja solek. Dia bingkas melabuhkan punggungnya duduk di atas kerusi kecil sambil mengeringkan rambutnya yang agak basah menggunakan kain tuala. Besarnya baju ni. Humaira memandang cermin. Tiba-tiba dia mengukir senyuman tanpa disedarinya. Mau tak besar baju ni, Is kan tinggi orang dia. Comfirm lah besar. Aku ni kecil je. Dah boleh jadi jubah n. Nasib seluar track suit ni muat-muat dengannya. Sebelum dia turun ke bawah, Humaira mendandan dirinya terlebih dahulu.

Humaira menuruni anak tangga satu demi satu. Sunyi. Tiada sebarang suara. Terpandang jam gergasi menghiasi rumah banglo mewah tu. Tepat puluk 9 pagi.

“Maira, dah mandi,” soal Datin Mahani. Tersenyum Datin Mahani melihat Maira menyarungkan baju Iskandar. Agak besar. Maira hanya menggangguk. Dah macam burung pelatuk lagi. Terangguk-angguk. “Jom, ke dapur. Breakfast dulu,” pelawa wanita tu. Datin Mahani sememangnya ramah. Dengan semua orang senang bila berdepan dengan wanita tu. Humaira mengikuti langkah Datin Mahani ke bahagian dapur.

“Duduk lah dulu. Maira nak air apa?” Humaira melabuhkan punggungnya di kerusi bertentangan dengan Iskandar. Iskandar yang ligat menyapu jam di atas roti. Sesekali memandang Humaira. Humaira sengaja melepas rambutnya yang basah.

“Buat hot chocolate dekat dia,” jawab Iskandar sambil mulutnya penuh dengan roti. Tergamam dia. Dia tahu aku suka hot chocolate. Tak senonoh nya. Gelojoh! Mamanya berlalu ke dapur. Mamanya tersenyum bila anak terunanya tolong jawab kan.

“Macam kau tau, aku suka hot chocolate?” tanya Humaira. Sebenarnya dia malu bila di rumah asing baginya. Iskandar menjongket bahu.

“Teka aje” ringkas jawapannya. Humaira mencapai roti kosong. Di terpandang botol jem strawberri. Alahai, strawberri. Masam. Tak suka. Nak ke tak nak, dia terpaksa. Mama Iskandar kembali ke ruang makan. Dia meletakkan mug berwarna hitam itu di atas meja.

“Breakfast lah dulu, auntie nak naik atas ada kerja sikit. Maira makan dengan Is, okay,” Humaira hanya mengganguk lantas memberi senyuman.

“Okay auntie. Thank you,”

Humaira menarik botol jem strawberri. Iskandar hanya memerhati wajah Humaira. Tanpa secalit make-up. Natural.

Belum sempat Maira hendak menyapu jem Iskandar bersuara “Kau makan ke jem strawberri,”

“Makan je lah, tak mati pun lagi kan, makan jem strawberri ni kan. Melainkan kau letak racun dalam ni,” bidas Humaira. Mak oit! Mulut minah langsung tak boleh nak cover. Humaira meneruskan niatnya.

“Bila kau nak beli insurans,”

“Beli insurans nak buat apa,”

“Untuk mulut kau laser tuk,” Humaira buat tau. Berkerut muka Humaira makan roti berperisa jem strawberri. “Nah,” Iskandar menghulur botol Nutella. Berasap muka Humaira bila pandang muka Iskandar yang langsung tak bersalah. Kejam. Nasib baik dekat rumah kau. kalau dekat tempat lain. Siap kau. Aku cincang kau hidup-hidup Mohd Syafiq Iskandar.

************

Humaira mengelilingi rumah banglo tu. Pembantu rumah Iskandar tersenyum melihat telatah aku. Sumpah besar rumah ni, dah macam masuk istana pun ada. Terdapat taman kecil di perkarangan rumah. Rumah aku pun tak besar macam ni. Untunglah kau anak orang kaya, Iskandar oit!

Walaupun dia anak orang berada. Tak pernah pun tengok dia memilih kawan. Iskandar mudah mesra alam dengan orang sekelilingnya. Humaira beralih ke kolom renang hak milik keluarga Iskandar. Humaira mengeluar MP4 dari poket seluarnya. Dia hanya belek MP4 tu.

Otaknya binggung, sapa yang kasi MP4 ni. Sebenarnya, dia sendiri pun belum dapat jawapan tu. Kotak hadiah kecil di letak bawah meja semasa di sekolah. Tapi tiada sebarang kad atau siapa pengirimnya. Fikirannya melayang entah ke mana.

************

“Mizi,” Iskandar memanggil nama Tarmizi. Lelaki kulit sawo matang tu memandang Iskandar. Suapan nasinya ke mulut terhenti sejenak.Waktu itu, rehat baru bermula. Mereka di arahkan meninggalkan kelas masing-masing ketika waktu rehat. Jika segelintir pelajar masih berada di dalam, takut kecurian barang berlaku di dalam kelas.

“Apa bendanya. Kau tak makan ke,” Tarmizi pelik dengan tindakan Iskandar menolak pinggan yang masih berisi.

“Tak nak. Malas lah. Maira dengan sapa tu,” Iskandar menuding jari ke arah Humaira.Tarmizi menoleh kebelakang.

“Oh tu. Budak senior lah. Budak form 5 kot. Kalau tak salah aku lah.” Balas Tarmizi sambil menyuap nasi ayam ke dalam mulutnya. Iskandar asyik memandang Humaira dengn beberapa budak lelaki senior.

‘Apasal dengan aku ni,’ desis di hatinya. Matanya masih tertumpu kepada Humaira. Apa yang dia suka sangat tu, bukan naik senyum lagi. Iskandar baru 2 bulan pindah ke sekolah tu. Sebelum dia tinggal di Kuala Lumpur bersama neneknya. 2 tahun dia sekolah menengah di Kuala Lumpur. Pada tahun berikutnya mama dengan papa minta Iskandar bersekolah di Kuantan.

“Kau apahal bro. Resah semacam je,” tegur Darus sambil menepuk bahunya. Entah dari mana Darus datang. Darus merupakan budak kelasnya.

“Tak ada apa lah. Aku ada idea ni,” Darus sudah mengangkat keningnya. Mizi duduk bertentangan sudah mengeleng-geleng kepala

Sebaik sahaja waktu rehat tamat, Humaira masuk kelasnya semula. Humaira dan Diana memandang sesama mereka. Pelik. Budak-budak kelasnya selalu buat bising selepas waktu rehat tamat. Ada yang tersengeh-tersengeh, ada juga yang menahan ketawa. Tapi Badrul, Si Skema dengan cermin mata inchi setebal cermin aquarium tersipu-sipu memandang Humaira dan Diana. Pantas mereka mengorak ke tempat meja mereka. Ada apa sebenarnya ni. Diana menjongket bahunya.

Tetiba Si Skema tu datang ke meja Humaira. Humaira menjarakkan dirinya.

“Awak suka saya ek?” bulat biji mata dengan pertanyaan keluar dari mulut Si Skema. Riuh rendah satu kelas ketawa kepadanya.

“Saya rasa kan awak ni dah gila kut. Tiba-tiba tanya soalan macm tu,” suara Humaira sedikit keras. Nak sahaja aku lempang mamat ni laju-laju.

“Habis tu, awak yang hantar surat cinta dengan saya kan,” geladak ketawa makin bingit di cuping. Badrul mengeluar surat yang dimaksudkan. Berebut-rebut Diana dan Humaira untuk membaca isi kandungan surat itu.

“Wait, eh ini bukan tulisan wahai Badrul,” humaira meneliti surat hampir nak terkoyak tu. Comfrim ada orang nak sabotaj aku ni.

“MOHD SYAFIQ ISKANDAR!” Bergema suara Humaira dalam kelas tu. Alamak! Dah kantoi. Apa lagi cabut lari lah. Minah tu dah jadi gorilla. Terkecoh-kecoh Iskandar bangun dari kerusi sehingga terbalik kerusi kayu tu.

Berlaku adegan kejar memejar antara mereka. Diana menepuk dahi. Asyik berlari Iskandar terlanggar seseorang, Cikgu Hisham salah seorang ketua displin sekolah. Bala dah datang. Mereka berdua di heret ke bilik displin.

***********

“Oit!” Iskandar memetik jari di depan muka Humaira. Gadia itu tersentak. “Jauh kau termenung. Ingat dekat sapa.” Iskandar turun duduk di tebing kolam renang bersebelahan dengan Humaira.

“Dah lama kau duduk kat sebelah aku ni,” tanya Humaira. Iskandar merendamkan kakinya di dalam sambil memerhati alam semula jadi.

“Tak lama pun, adalah dua jam,” balas Iskandar nada selamba. Terjengil mata Humaira. Takkan lama sangat aku mengelamun.

Iskandar mengela nafasnya. “Aku tipu je laah. Kau percaya ke,”

“Tak.”

Iskandar merampas MP4 dari tangan Humaira. Hampir terjatuh MP4 tu ke dalam kolam. Iskandar membelek-belek MP4 tu.

“Kau punya ek, tak pernah pun sebelum ni,”

“Ye, aku punya lah. Takkan semua benda aku nak tunjuk dekat kau.”

“Jaga MP4 ni baik-baik, okay,” ujar Iskandar. Humaira terkesima. Takkan lah mamat ni kut yang bagi. “Bukan apa. Hargai lah barang orang bagi kan.” Iskandar sudah bingkas berdiri. Humaira masih teleku di situ. Iskandar terlompot-lompat. Macam orang nak terjun dari papan anjal. Tak sampai beberapa saat, Iskandar sudah terjun dalam kolam renang. Percikkan air menggenai Humaira.

“Kau, habis basah baju lah,” teriak Humaira. Fuhh! Nyaris MP4 dia nak basah dek air klorin tu. Dia meletakkan MP4nya jauh sedikit dari kolam. Meletakkan bersebelahan dengan handphone Iskandar di atas lantai.

Iskandar menggapungkan dirinya. “Baju aku lah tu!”

“Sorry-sorry. Baju kau.” tak pasal aku kena mengalah mamat ni. Iskandar berenang ke arah. Tenungkan Iskandar membuat Humaira tak selesa.Humaira memandang ke arah lain.

Humaira bingkas berdiri. Tak nak duduk sini. Tak keruan aku dibuatnya. Tangan Humaira di rentap kuat membuatkan dia tak mengimbangkan badannya terjatuh ke dalam kolam.

Hampir-hampir tertelan air klorin tu. Muka Iskandar betul-betul di hadapan mukanya. Dia menelan air liur. Nafasnya tersangkut-sangkut. Degupan jantung kian kencung. Deringan telefon Iskandar memecah kesunyian antara memecah. Cepat-cepat Iskandar berenang menaiki ke tebing semula. Humaira masih terpinga-pinga di dalam kolam renang.

‘Nasib tak ada sapa-sapa,” Humaira menarik lega. Out of control.

Tertera nama Mizi. Dia mengangkat panggilan tersebut.

“Assalamualaikum.. kau nak datang. Okay datang jelah. Aku tunggu kau. Waalaikumussalam,” Iskanadar menekan butang merah.

“Maira, tukar baju kau tu. Kejap lagi Mizi nak datang,” arah Iskandar yang sudah bergerak masuk ke dalam rumah. Is, kau arah aku. Dah macam kau arah bini kau tak. Aku bukan bini kau lah. Nak arah macam tu!

Selesai sahaja menyalin pakaiannya yang basah tu. Dia menuju ke dapur. Tekun pembantu rumah Iskandar, Mak Jah.

“Boleh Maira tolong,” soal Maira.

“Dah nak sudah, nak. Kamu kan tetamu. Duduk aja. Biar Mak Jah aje buat,” ramah Mak Jah menjawab. Mak Jah menyeduk Bihun Goreng ke dalam mangkuk besar.

“Mak Jah, buat untuk sapa ni,” Humaira memerhati makanan memenuhi meja kecil dapur tu. Ada puding, BihunGoreng dan Mee kari.

“Kang kawan Iskandar nak datang, Mak Jah buat lah makan-makan sikit,” balas Mak Jah sambil mengelap-lap pinggan mangkuk. Setahu aku, Mizi aje yang datang. Mak Jah masak macam satu kampung nak datang rumah banglo tu.

“Kak Maira!” sapa budak perempuan. Humaira menoleh ke belakang. Adik Iskandar baru berusia 13 tahun. Humaira mengukir senyuman.

“Ada apa, Sue,”

“Abang Is, panggil akak,” Humaira mengerut dahi. Nak tak dia terpaksa mengorak langkah dengan longlai. Di ruang tamu, wajah-wajah di kenali. Diana dengan Amira pun ada juga.

“Eh, kau ada dekat sini Maira,” terkejut Amira bila Humaira muncul dari bahagian dapur. Aduh! Nak kena menjawab lah ni. Nak saja aku lari naik bilik.

********

“Apa dia, kau tidur dekat sini,”

Humaira mengangguk.

“Tidur dengan Is?” tanya si Diana. Meminta kepastiaan. Humaira mengganguk perlahan. Diana dan Amira saling pandang

“Humaira!!” sentak suara dua orang gadis tu. Bingit telinga. Cepat-cepat dia menekup telinga dengan kedua-dua tangannya.

“Wei, agak-agak nak tidur dengan mamat tu. Tak hangin aku,” masing-masing menarik nafsu lega. Ingatkan betul-betul tadi.

“Aku pun tahu lah haram dengan haram,” sambung Humaira lagi.

“So, kau nak balik bila ni,” tanya Diana yang tekun membalas mesej di terima.

“Entah, aku tak pasti,” Humaira menjongket bahu.

“Kau nak tumpang kitaorang tak,” cadangan Amira sambil memeluk lututnya.

“Boleh ek, nak lah. Tapi apa-apa pun aku cakap kat Is lah. Nanti membebel pulak.”

“Maira!” laungan dari Datin Mahani kedengaran dari dalam rumah. “Panggil Diana dengan Amira masuk. Makanan dah hidangan ni,” tiga sabahat tu terus bingkas diri dan menyusun langkah masuk ke dalam rumah.

Bersambung J

p/s: maaf boring sikit bab 4 ni.

9 comments:

  1. nak comment sikit boleh tak ? err, bukan nak cakap apa laa . tapi Maira dengan Is kan baru Form 5 . Rasa tak proper laa dlm beberapa part tuu . tp overall, memang best !

    ReplyDelete
  2. @si budak nerd boleh. komen aje. no hal lah. actually scence yang tu Humaira teringt masa form 3. sori membuat awak celaru sikit

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.. hanna komen dulu ya.. tak baca lagi nih.. jari dh gatal nak tekan keyboard.. nanti maybe akak boleh perkemas tulisan ni.. agak serabut.. :)

    ReplyDelete
  4. @zuliani afizah no hal. komen aje kalau ada kekurangan. nak tulisan macam ner ek. mksd adik tu terangkan tulisan and buang shadow.macam tu ek. akk terima semua komen. thank you

    ReplyDelete
  5. sambung la cepat! mmg best.. iskandar yg bagi mp4 tu kat dia..

    ReplyDelete
  6. @zuliani afizah nak tau sapa bagi , kena lah tnggu. sambungan nya lagi

    ReplyDelete
  7. fuyohhhh nice :D ~ sambung lagiiii ~

    ReplyDelete
  8. @Nana Johari hehe. thank you . insyallah akan di smbung kan . tunggu..

    ReplyDelete
  9. Tak faham sangatlah.Macam mana si Humairah tu boleh tido dekat rumah Is pulak?

    ReplyDelete

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)