Makmal Kimia sudah beransur lenggang. Kawan-kawan sekelas, rata-ratanya sedang memulakan uji kaji. Humaira keterlaluan menebar lamunan. Tempoh hari ibunya dah jadi polis. Bertubi-tubi soalan ibu lontarkan kepadaku semasa aku duduk di rumah Iskandar. Masa itu, Humaira dah macam jadi pesalah.
Ayahnya yang ketika bersamanya supaya menenangkan ibu yang jadi polis secara tiba-tiba .Humaira pulang di hantar oleh Iskandar. Berkeras dia nak hantar. Terpaksalah aku mengalah dengan Iskandar. Cikgu Faridah sedang menyampaikan arahan tidak dapat Humaira menganalisis setiap perkatan yang muncul di bibir cikgu muda itu. Di sebelahnya, Diana, Amira, Fatin dan Qaseh sedang menyusun radas dan bahan-bahan kimia.
Humaira menyembam mukanya ke buku teks Kimia.
“Kau kenapa ni. Macam tak da mood aje,” soal Amira. Amira seorang ambil berat tentang kawan-kawannya. Segera Humaira memandang gadis itu. Qaseh dan Fatin juga ikut menoleh. Pandangan mereka menjurus ke arahku.
“Aku okay aje. Jangan risau lah,” balas Humaira dengan melemparkan senyuman. Humaira memandang Fatin yang sedang menjirus tangannya dengan lelehan air paip di singki.
“Orang lain masuk makmal nak belajar. Baik tak payah kalau masuk makmal setakat nak mengelamun. Kalau ada masalah, jangan masuk makmal. Pergilah ke bilik kaunseling,”
Menyiarap darahnya. Humaira dapat menghidu bauran sinis pada nada itu. Siapa lagi kalau bukan Nur Aira. Meja mereka bersebelahan dengan tempat duduk Humaira. Geram betul aku dengan minah mulut longkang ni. Humaira bingkas berdiri dari bangku tinggi. Diana sudah menahan tangannya dan turut mengeleng-geleng.
Senyuman sinis di lemparan ke arahnya. “Boleh kau jumpa Cikgu Hairi tu lama-lama. Betul tak,” sekali lagi. Kata-kata dari mulut Aira jarang bertapis. Humaira mengetap bibirnya. Geram dengan perempuan tu. Nak saja aku tarik rambut ekor kudanya. Biar serabut. Rosak ,lagi bagus.
Teringat sebaris nama. Cikgu Hairi, salah seorang cikgu pratikal di sekolah tu. Masa awal-awal tahun sememang nya Humaira rapat dengan cikgu muda tu. Itu yang membuat dia senang. Sikap ambil berat dan peramah dia mengenali cikgu Hairi. Ramai pelajar iri hati dengan nya. Ada ura-ura mengatakan Cikgu Hairi menyukainya. Dia menepis kata-kata itu. Dia tak suka gosip meliar macam tu. Senyuman dari Cikgu Hairi menawan hati pelajar-pelajar sekolah tu.
Sejak dari itu, Humaira mengambil keputusan jarang berjumpa dengan cikgu tu. Bukan tak suka. Dia rimas pelajar-pelajar lain mengata tentang dirinya. Dia mengeluh sendirian. Kedamaian makmal terusik. Semua mata tertumpu ke arah kumpulan Darus, selang sebuah meja di hadapan kumpulan Humaira. Sebuah tabung uji pecah terhempas ke lantai. Darus dan rakan kumpulan saling menyalahkan. Salah siapa sebenarnya, itu bukan aku. Pandai-pandai lah korang tanggungjawab.
Sejurus kelas kimia tamat. Ke semua pelajar berdebar dari makmal. Aku melangkah longlai. Buku-buku yang Humaira bawa rasa berat, bagaikan dia membawa batu ke kelas. Aku dan Amira jalan beriringan melalui Bilik Kaunseling.
“Humaira!” seseorang memanggil nama aku. Segara Humaira dan Amira menoleh ke belakang. Cikgu Hairi. Segak bergaya. Baju kemeja berwaran hitam berjulur putih di padankan dengan tie tiada sebarang corak. Memang handsome.
“Amira tolong bawakan buku-buku aku ye,” pinta Humaira.
Amira mengangguk.
Humaira meninggalkan Amira jalan berseorangan ke kelas. Humaira melangkah masuk ke dalam bilik kaunseling. Cikgu Hairi mengorak langkah mendahului daripadanya. Cikgu Hairi memulas tombol pintu, memberi lalu kepada Humaira memasuk ke ruangnya. Hanya dia dan Cikgu Hairi. Masing-masing membisu. Sunyi.
***********
“Cikgu Hairi tu memang dah gila. Aku rasa di patut masuk Tanjung Rambutan,” kata Humaira sebaik saja menyerbu bilik Amira. Amira yang sedang mengadap laptop terkejut. Humaira yang yang mundar- mandir. Pening wei.
Humaira sudah tak tahan nak simpan terus Humaira berlari ke rumah Amira berhampiran dengan rumahnya. Selang beberapa buah rumahnya saja.
“Weyh rileks lah, apa hal ni. Dah lah kau masuk bilik aku main redah aje,”
“Sorry beb,”
“Aku tengok kau gelisah aje, lepas kau balik dari bilik kaunseling tu. Diam je. Kau duduk beb,” arah Amira. Segera Humaira duduk di birai katil. Cacing kepanasan Humaira di buatnya. Rambutnya langsung tidak berikat kemas. Berserabai.
“Okay. kau tarik nafas panjang-panjang. Lepas tu hembus perlahan-lahana,” kata-kata gadis berasal dari Johor tu dia turuti. “Okay dah,”
Humaira menggangguk dua kali.
“So, sekarang cerita dekat aku,”
“Aku yakin cikgu tu dah gila,” kata Humaira sambil menumbuk teddy bear milik Amira.
“Ish, kau ni kan. Tadi kata dah ok bila tarik nafas,” Amira menampar bahu Humaira. Tak sempat Humaira nak mengelak. Mulut macam bertih jagung. Ish budak ni.
“Okay-okay. Nak cerita lah ni,” Amira sudah menongkat dagu dengan tangannya.
**************
Cikgu Hairi menghulurkan sampul surat berwarna putih. Surat itu bertukar tangan. Terketar-ketar tangan Humaira mengambil surat di hulurkan oleh Cikgu Hairi. Humaira membaca isi tekandung dalam surat tu. Humaira hela nafasnya. Dia melipat kembali surat tu dalam memasukkan semula di dalam sampul tu. Dia meletakkan sampul di atas meja lantas menolak sampul ke arah Cikgu Hairi.
“So, apa kena-mengena saya dengan surat tu,” Humaira memecahkan kesunyian antara mereka. Cikgu Hairi merenung mata coklat milik Humaira.
“Maira tak rasa apa-apa ke,” Cikgu Hairi menyoal Humaira kembali. Humaira menarik nafas dalam-dalam. “Maira tak rasa sedih ke, Cikgu kan dah berpindah ke tempat lain,”
“Ada lah sikit,” entah iklas pun Humaira tidak dapat mengenal pasti. Tiba-tiba tangan Cikgu Hairi mendarat ke tangannya. Terkejut Humaira. Cepat-cepat Humaira menarik tangannya.
“Kita kahwin,sayang,” terkedu Humaira dengan baris ayat yang terpacul dari mulut Cikgu Hairi. Meremang bulu tengkoknya mendengar panggilan sayang untuk Humaira. Semudah itu seorang lelaki melafazkan sayang. Sumpah cikgu ni memang dah hilang akal.
“Maira tahu kan abang sayang kan Maira. Macam mana abang nak pergi jauh, kalau Maira dah ada sini,” sambung lagi Cikgu Hairi. hampir tersedar Humaira apabila Cikgu Hairi membahasakan dirinya abang. Ibu! Tolong Maira.
“Apa yang cikgu Hairi merepek ni. Saya ni student cikgu Hairi. Lagipun saya masih sekolah dan muda lagi. Perkara kahwin tak boleh buat main-main. Perkahwinan ni bukan sehari dua. Tapi selama-lamanya,” hujah Humaira. Lancar saja ayat yang keluar dari mulutnya. Dia kena berani.
“Sayang, abang tak pernah pun merepek. Tolong lah. Abang sayang sangat dekat Maira. Abang janji dengan Maira. Selepas kita kahwin, Maira boleh sekolah macam biasa,” pemuda itu seolah-olah merayu kepada nya.
“Saya rasa lebih En. Hairi buang niat suci En. Hairi tu. Saya tahu niat Encik ni baik. Tapi untuk kebaikan saya juga. Saya menolak bulat-bulat. Saya minta maaf Encik Hairi,” nada berbaur tegas di lontarkan oleh Humaira. Encik Hairi itu lebih tepat. Bingkas Humaira bangun. Belum sempat Humaira memulas tombol pintu. Pergelanggannya di tarik.
“Cikgu minta maaf kalau buat Maira tak selesa. Sejujurnya cikgu sayangkan Maira. Lebih dari seorang student. Kalau nak memperisiterikan Maira pun cikgu mampu tanggung berpebelanjaan persekolahan dan masa depan Maira. Cikgu sanggup asalkan Maira ada disisi Cikgu,” Cikgu Hairi melepaskan pergelangan Humaira perlahan demi perlahan. “Maira dah ada steady boyfriend ke,”
Humaira mengganguk. “Dah. Bukan setakat boyfriend. Maira dah bertunang.”
Riak terkejut Cikgu Hairi berjaya di kesan. Nafasnya berombak. Sapa laki yang berjaya tawan gadis ni. “Sapa Humaira,”
“Syafiq Iskandar,” ujar Humaira sambil memulas tombol pintu dan meninggalkan pemuda itu bersendirian. Perasaan tertekan menghimpit jiwa Hairi. Iskandar Syafiq, patut laki tu selalu ada bila Maira ada. AAARRRGGGHHHH!! Cikgu Hairi melepaskan tumbukan di dinding.
*******
“The End. Macam tu lah cikgu Hairi dan Humaira, maaf tak happy ending,” kata Humaira sejurus menamat cerita cinta yang sedih. Amirah sudah tepuk-tepuk. Macam budak tadika. Dan aku dah macam cikgu baca cerita dekat budak-budak.
“Apasal kau tak terima je Cikgu Hairi tu. Handsome apa,” sempat Amira memberi komen tentang Cikgu Hairi.
“Dey minachi.. aku ni kan belajar lagi. Takkan nak kahwin dah. Tak nak lah tak puas lagi aku enjoy tau tak. Kalau dah kahwin comfirm dia tak bagi aku enjoy, silap hari bulan aku kena duduk bawa ketiak dia. Tak nak lah aku,”
Amira memcebik. “Kau memang tak hati langsung dekat dia ke,” soal Amira sedang membalas mesej dari Tarmizi.
“Ada lah sikit. Tapi sebagai abang aje. Bukan abang sayang tu tau. Geli geleman aku,” berdiri bulu roma mengingati kejadian selepas habis kelas Kimia. “Ni aku ada satu lagi bala,”
“Hah, apa dia,” Amira sedikit terkejut.
“Aku dah tersebut nama Is dekat cikgu tu. Aku takut di belasah je si Is tu,” suara kerisauan melanda dalam dirinya. Masa tu hanya nama itu berlegar di kotak fikirannya.
“Alah, kau terang lah dekat dia elok-elok. Tak susah pun. Iskandar tu kan cool je. Comfrim dia boleh tolong kau punya,”
Tersengih-sengih Amira bila dapat mesej dari Tarmizi.
“Yang kau ni dah kenapa tersengih seorang. Dah jadi macam Cikgu Hairi ke. Gila juga,” ucap Humaira sambil mengahap laptop milik Amira. Humaira membuka facebook.
“Mau aku tak senyum. Baca ni,” Amira menghulur telefon bimbitnya ke arah. Humaira membaca bait ayat yang di hantar oleh Tarmizi.
‘Awak ditangkap atas kesalahan mencuri hati saya dan sebagai denda, awak mesti mencintai saya selamanya!’
Meremang bulu roma membaca mesej dari Tarmizi.
“Ceh, jiwang karat,” Humaira mengembali mengadap laptop. Tak sangka pula, Tarmizi tu jiwang. Tarmizi couple dengan Amira hampir memecah dua tahun. Kadang-kadang Amira mengadu tentang Tarmizi suka merokok, suka melepak dan lain-lain. Lepas diaorang berdua di ishtihar couple, sikap Tarmizi mula berubah. Jarang dengar dari mulut Amira, Tarmizi melakukan perkara tak bermoral.
*******
Puan Hasnah pulas perlahan bilik anak gadisnya. Di jenguk sedikit. Humaira sedang leka menulis sesuatu di atas buku. Puan Hasnah menghampiri anaknya. Humaira yang menyiapkan kerja sekolah yang di berikan oleh guru siang tadi. Humaira mendongak kepalanya. Puan Hasnah menyusap-usap rambut anaknya.
“Banyak homework,” tanya ibunya sebaik sahaja menghenyak punggungnya di birai katil.
“Tak pun, tinggal essay aje. Lepas tu siap,” balas Humaira segera menoleh ke arah ibunya.
“Bagus anak ibu ni, rajin,” puji Puan Hasnah. Tersengih-sengih Humaira.
“Ibu ni, puji tak pasal-pasal ni. Mesti nak bodek Maira kan,” sangkal Humaira dengan bernada manja. Humaira memang dengan ibunya. Bukan macam Aira tu. Aira tu gedik tak blah. Ibunya dah mengumtum senyum. Humaira mengembalikan membuat kerjanya.
“Maira dengan Iskandar macam sekarang,” terlepas pen dari pegangan tangannya. Kenapa dengan ibu ni.
“Okay aje,” ujarnya tanpa menoleh. Sebenaranya Humaira tengah cuak. Berpeluh dia dengan soalan cepu emas dari ibu.
“Tak kan okay aje,”
Segera dia menoleh ke arah ibunya yang setia menanti jawapan. Humaira bingkas bangun dari kerusi meja studinya. Humaira memeluk pinggang ibunya.
“Ibu jangan salah faham, Maira dengan Iskandar kan best friend. Kalau Maira susah dia tolong Maira. Maira tak nafi, dia memang sempurna di mata Maira. Maira tak fikir pun dia suka Maira atau sebaliknya. Maira lebih selesa berkawan. Lagipun dia selalu bagi Maira benggang dengan. Lagi pun dia tak termasuk dalam list lelaki idaman Maira. Okay bu,” lantas dia mencium pipi wanita Maira peluk. Ibunya memang cantik. Walaupun usia dah meningkat tetap cantik.
“Yelah.Bu faham. Tapi tak kan tak termasuk langsung dalam list lelaki idaman Maira,” tiada jawapan. Dia kembali menarik kerusi di meja studinya.
“No comment,” wah dah macam artis bagi jawapan. Dia sendiri tak tahu. Suka atau tak pada lelaki lesung pipit tiriuan tu. Kadang-kadang dia selalu buat aku tak selesa. Dengan cara dia renung. Dah macam nak telan aku aje. Serabut lah mengenang lelaki tu. Dia memandang MP4 atas meja studinya. Sapa yang kirim kan kau dekat aku, MP4? Aku nak tahu sangat. Humaira menghela nafsanya.
**********
Jam telah melawti pukul 3 petang. Ibunya masih belum ambilnya. Geng aku semua dah balik. Aku sahaja masih di sini. Khusyuk Humaira membaca komik Iskandar. Giler gempak lah komik ni. Dari tadi tergelak seorang. Thump up untuk komik ni.
“Uit” seorang lelaki yang muncul entah dari mna menyergahnya. Humaira hampir seakan macam kuda.
“Apalah abang Lan ni. Main sergah-sergah pula. Nasib Maira tak sakit jantung tau tak,” Abang Lan merupakan ketua pengawas sekolah dan pelajar tingkatan 6 atas. Humaira mengganggap Abang Lan sebagai mana abangnya sendiri. Abang Lan mengambil tempat di sisinya di atas bangku batu.
“Amboi, khusyuk sungguh baca, sampai tak toleh tengok abang langsung,”
“Yela-yela. Abang nak apa ni,” Humaira meletakkan komik Iskandar di atas paha. Dia bosan dan dipinjam. Kebanyakkan pelajar sudah pulang ke rumah. Tapi dia masih di sekolah. Sementara tunggu ibunya datang. Dia baca lah komik. Mohd Razlan atau lebih senang panggil Lan tersengih-sengih.
“Tak lama lagi kan. Hari guru dah nak dekat. Abang ada show sikit nanti masa hari guru,” ujar Razlan sambil memandang adik angkatnya.
“So, apa kena-ngena dengan Maira,”
“Adik, kena nyanyi. Mau tak. Abang memain gitar,” Humaira sudah mengaru-garu kepala tak gatal. Alahai, menyanyi atas stage. Aku risau kalau aku termuntah hijau aje nanti.
“Wajib ke sunat,” usul Humaira.
“Wajiblah. Please tolong abang,” rayu Razlan sambil mengangkat tangan dua dan di rapatkan seperti minta ampun. Humaira serba salah. Nak ke tak.
“Alah kau, tolong aje abang kau ni,” sampuk Norman entah dari mana timbul. “Kalau kau terima, nanti belanja kau makan. Okay,”
Norman sudah memberi cadangan. Mereka berdua memang rapat dengan aku dari aku tingkatan 3 lagi.
“Okay lah. Maira ikut aje lah,”
“Tengok, umpan aku dah masuk,” dengan bangganya Norman berkata. Norman , si kasanova. Semua awek mau dia cekau. Razlan sudah mencebik.
“Abang Lan, Maira kena nyanyi lagu apa,”
“Carta hati,”
BERSAMBUNG..
P/S: AYA ALU-ALU KOMEN DARI PEMBACA :D
assalamualaikum...
ReplyDeleteHumaira ni mesti lawa.. byk gila org suka kat dia.. jeles hanna.. hakhak.. cikgu hairi tu galak.. tak suka! mesti nanti dia rosakkan kebahagiaan humaira
psstt.. sambung cepat
@zuliani afizah waalaikumussalam.cikgu tu gedik sikit.
ReplyDelete