BAB 6
Diana membelek majalah dari rumahnya. Tersenyum-senyum Diana melihat actor dia sukai. Ada menyiapkan kerja sekolah, ada yang menyanyi. Bila budak tu menyanyi untuk tarik vokal yang tinggi. Nak pecah cermin tingkap kelas. Perhhh! Bingit wei. Nama saja kelas pandai, langsung budak-budak langsung tak ada gaya budak pandai.
Humaira mengeluarkan MP4 nya. Lalu di sumbat earphone ke telinga. Daripada aku dengar minah tu nyanyi lagu entah apa-apa, baik aku dengar lagu lain. Humaira
menyembam mukanya ke meja. Mentang-mentang lah cikgu tak ada. Seriuh sekampung.
Humaira meletakkan kepalannya dengan berbantalkan lengannya. Humaira yang duduk di tengah-tengah memandang ke arah tingkap yang terkuak.
“Fuh, romantik tak bertempat,” Humaira rengus sendirian. Tidak nafikan pasangan merpati dua sejoli tu. Ikmal dan Insyirah. Sebut sahaja nama mereka. Pasti ramai mengenali mereka. Cikgu-cikgu di sekolah tu dah letih nak cakap pasal diaorang. Sedang mak ayah diaorang pun bukan setakat tak kisah tapi merestui lagi tau. Tubuh Humaira digoncang-goncang. Dia memaling segera pemilik tangan yang mengoncang-goncang.
“Apasal nya ni,” tanya Humaira sebaik sahaja mencabut earphone dari telinga nya.
“Tengok, handsome tak,” Diana menunjukkan gambar artis dari majalah kepunyaannya. Artis korea lagi. Aku tak minat lah.
“Boleh lah,” jawab Humaira dengan acuh tak acuh. Segera Diana memuncungkan mulut serta sebuah jelingan. “Buat lah kerap muka macam tu. Tak comel pun lah, cuba senyum sikit. Kau tau kan aku ni macam ni. Tak suka berapa sangat dekat artis korea. Entah aku tengok biasa aje. Macam orang lain,”
“Kau tu tak da perasaan Maira oit,”
“No comment. Aku harap kau jumpa lah jodoh kau rupa lelaki kau seakan-akan macam orang korea,”
Diana mengamin. “Amin,”
Kerusi kayu di hadapan di rentap kuat lalu di tarik ke tepi meja nya. Kus semangat aku.
“Kau nak apa ni,” soal Humaira dengan nada keras.
“Saja. Nak tengok kau,” merah padam muka Humaira ketika tu. Syafiq Iskandar ni kan suka bagi aku malu lah.
“Kau pergi lah balik tempat. Please leave me alone,”
“Kalau aku cakap tak ...” kata-katanya putus bila tubuh badan seseorang di kenali. Bahang ketidaksuaan pada musuh ketatnya menerjah di antara Humaira dan Iskandar. Humaira sudah mencebik. Meluat setinggi segunung Everest.
“Is, petang ni teman Aira pergi bandar boleh tak,” penuh manja nada tutur dari bibirnya. Berbulu mata Aira sudah berapi menyaksikan keasmaraan dua orang ni.
Iskandar tidak membalas sebaliknya tangannya dia ligat memusing pen.
“Is, petang ni boleh tak teman Maira, Maira takut lah nak pergi bandar sorang-sorang,” ajuk Humaira dengan gaya yang manja. Humaira sengaja memancing kemarahan Aira yang dah nak meletup. Tak terkelip mata Iskandar melihat wajah Humaira.
“Boleh-boleh, pukul berapa. Nanti ambil Is dekat rumah tau,” Iskandar bagai di rasuk oleh Humaira pantas dia mengiyakan permintaan Humaira.
“Apa ni Is. Aira minta dulu kan,” rengekkan Aira langsung tak di endahkan. Padan muka dengan kau. Nak sangat gedik-gedik depan aku.
“Sorry dear, Aira. Maira dah booking. Sorry tau. Next time okay, sayang.” Seraya dengan pujukkan dari Iskandar, Aira mengulum senyuman. Suka lah tu. Aira sudah memintal-mintal hujung rambutnya. Sumpah drama stawsta ni mengelikan aku. Layan lah kau, Is. Cemburu ke aku? Ah! Tak kuasa nak cemburu. Tak aku tak leh jealous, Iskandar tu kawan aku. Tak boleh lebih-lebih.
“Boleh ke sayang,” mak aih! Gediknya minah ni. Humaira dah tarik muka. Aira menarik tali leher milik Iskandar bergantung di lehernya.
Iskandar segera merentap tali lehernya risau kelakukan mereka berdua di salah tafsir. “Enough ok. You’re too much,”
Aira sudah menarik muncungnya. Lalu meninggalkan Iskandar dan Humaira dan balik ke tempat. Segala sumpah seranah keluar dari mulutnya. Terkumat kumit mulut Aira. Kemarahan makin menebal. Jaga kau Humaira. Aku tak akan lepas kau macam tu aje. Akan aku ajar kau cukup-cukup.
***********
Petang itu, Humaira perlu berjumpa dengan Razlan. Dia dah berjanji menjumpai abangnya di dewan terbuka. Lama dia menunggu Razlan muncul. Kata habis, terus jumpa di dewan terbuka. Diana dan Amira tidak dapat menemaninya. Terpaksa dia keseorangan.
“Hoi!”
Ah! Perempuan ni lagi dah tak ada muka lain ke aku nak tengok. Nak cari pasal lah tu.
“Apasal!” jawab Humaira ala-ala budak samseng. Humaira sudah melompat turun dari pentas kecil tu. Lengan baju kurungnya di menyinsing sampai siku. Taiko sekolah dah sampai.
“Kau berhutang dengan aku, faham tak,”
“Dey minachi.. bila masa aku berhutang dengan kau. cuba kau story dekat aku sikit,” muka Humaira betul berhadapan dengan minah tak reti bahasa melayu ni. Mau saja aku lempang laju-laju.
“Syafiq Iskandar tu aku punya, nak kau blah dari hidup dia,” jari ditunding betul-betul depan muka hidung Humaira. “Be carefull!
Humaira menepis kasar tangan Aira. “Kau,” jari dipetik. “Tak payah nak be carefull sangat lah!” jari di tunding ke mata nya sehinggakan gadis itu terjuling.
“Kau ni, ingat Iskandar tu suka sangat ke dengan kau. Kau lawa sangat ke boleh nak goda si Is tu,” sengaja Humaira menjemput kemarahan yang tersedia benggang.
“Sebab memang aku cantik dan meletup daripada kau,” dengan bangga memuji diri sendiri.
“Woi perempuan,” pekik Humaira di tepi cuping telinga. “Baik kau pergi balik. Belek muka kau tu elok. Cermin diri tu dulu sebelum nak puji diri sendirian. Muka bertompak-tompak dengan parut ada hati nak mengaku cantik. Orang cantik pun tak mengaku dia tu cantik lah,” sekali lagi jari di petik. Benggangnya belum lepas.
Muka Aira sudah pun berasap. Merah padam mukanya menahan marah. Ringan Aira nak melempang muka Humaira. Belum sempat tangan Aira mendarat di pipi gebu Humaira. Tangan kanan Aira di cengkam oleh seseorang lelaki.
‘Ketua pengawas,’ desis hati Aira.
“Kau nak blah atau kau nak nama kau nak kena ambil,” suara tegas dari Razlan selaku ketua pengawas. Maka laju Aira meninggalkan dewan terbuka dengan hati yang sebal.
“Setan dah masuk dalam badan. Tu perangai dah macam makhluk bertanduk,” pekikkan bergema diruangan terbuka tu. Sindiran tak bertapis dari mulut Humaira.
“Shut up!!” jerit minah kerek memaling ke belakang sebelum menyusun langkah laju ke hadapan.
“Sudah lah tu, tak baik cakap macam tu,” ujar Razlan setelah bayangan Aira sudah meniggalkan kawasan itu. Razlan meletakkan gitar di atas pentas. Razlan menghulurkan sebotol mineral kepada Humaira. Botol mineral tu bertukar tangan.
“Minah tu yang cari pasal dulu.,” ucap Humaira sambil melompatkan badannya tuk duduk di atas pentas. Pentas tu agak tinggi.
“Lepas ni, abang dah tak nak Maira gaduh dekat kawasan sekolah. Faham! Kalau tidak nama Maira pun tak terkecuali catat dalam buku rekod sekolah,” wah, dah dapat amran ni. Tersengeh-sengih dan memberi isyarat peace!
“Nah.” Kertas putih berisi lirik lagu dari Najwa Latif . Carta Hati. Abang Lan ni tak ada lagu lain ke. “Try nyanyi sekali. Abang nak dengar dulu.”
Razlan mengeluarkan MP4 nya. Terbuntang mata Humaira tengok ketua pengawas pun bawa benda haram ni masuk sekolah. Wah sakan abang Lan ni. Tapi sama lah MP4 aku dengan Abang Lan.
“Hoi. Apa yang tengok sampai biji mata nak terkeluar dah tu,” Razlan memandang Humaira yang tak berkelip-kelip memandang nya. “Nah, ambil earphone ni dengar lagu tu dulu,”
“Abang pernah bagi kat Maira MP4 macam ni tak,” tanya Humaira sambil memintal-mintal earphone milik Razlan. Berkerut muka Razlan.
“Dah lah cepat dengar lagu dan nyanyi,” arah Razlan tanpa menjawab soalan dari Humaira. Humaira hanya menuruti perintah Razlan.
**********
Terlentang Humaira di atas sofa. Penatnya betul lagi. Puas Humaira buat latihan nyanyi dengan Razlan. Suara Razlan perhh giler memakau bila dia bersuara. Tambah pula Razlan nyanyi lagu kau illhamku dari Man Bai. Tapi sayang dari mula-mula kenal dengan Razlan. Dia tak tengok Razlan rapat-rapat dengan mana-mana perempuan dekat sekolah. Setakat tegur-tegur tu ada lah. Kalau nak dating bagai. Cepat-cepat Razlan tarik diri.Nak kata tak handsome, tapi Abang Lan handsome juga, putih pula tu. Kenapa lah dengan abang aku sorang tu?
Humaira bingkas bangun dari perbaringan. Langkahnya laju ke dapur. Tekaknya rasa kering. Meminta mengisi air. Dia membuka peti sejuk lalu mencapai sekotak susu chocalate. My favourite.
“Hoi! Air tu aku punya lah!” seseorang sergah nya dari belakang.
“Eh. Suka hati aaa....” kata-kata Humaira terputus. Aik macam pernah dengar suara tu. Pantas dia menoleh ke belakang.
“Along!” terkulat-kulat Humaira meletak semula susu kotak dalam peti ais. Pintu peti ais di hempasnya.
“Came to papa, baby,” tersenyum Shahrul Harith. Abangnya mendepa tangan meminta di peluk. Sepantas kilat Humaira mendapat abangnya. Pipi abang di kucup rindu. Biarnya perbezaan umur hanya beberapa tahun. Humaira begitu rapat dengan alongnya.
“Nak lagi,” pinta Shahrul Harith. Humaira menampar lembut di bahu abangnya. Humaira Menarik muncung.
“Nakal lah along ni!” ujar Humaira sambil menarik-narik telinga abangnya. Geram. Shahrul menggosok-gosok yang di tarik oleh adiknya. Tanda memprotes.
“Along nakal dengan adik aje,” seloroh Shahrul. Mereka berdua melangkah kaki beriringan sambil Humaira memeluk lenga Shahrul.
“Yelah tu kan. Dengar dekat Kak Nur. Kecil hati dia,”
Shahrul dan Humaira memilih tempat duduk di ruang tamu. Bersebelaha. Rindu nya pada along nya tak dapat dinafi. Merindui seseorang itu fitrah manusia. Tak salahkan merindui seseorang tu.Alongnya mudah mesra dengannya.
“Wah! Dua beradik bertaut kembali,” sampuk Puan Hasnah sedang menuruni tangga dari bilik utama Puan Hasnah dan suaminya. Dua beradik tu saling tersenyum. Puan Hasnah mendekati kedua-dua anaknya itu.
“Bu, kak Ngah tak balik ek, kalau balik mesti meriah kan,” usul Humaira yang melentok cantik di bahu abangnya dengan memeluk lengan abangnya. Aku dah buat along macam laki aku aje. Sukanya.
“Kak Ngah susah nak balik lah. Maira ni macam tak tau Kak ngah tu macam mana,” ucap ibunya sebelum beransur ke dapur. “Lupa nak tanya. Along sampai sini bila?”
“Pagi tadi selepas ibu hantar adik pergi sekolah,” balas Shahrul. Shahrul menekan remote control mencari rancangan menarik.
“Kenapa ibu tak bagitau dekat adik pun along nak balik,” soal Humaira lagi.
“Abang tak bagitau sapa-sapa pun lah. Saja nak buat surprise. Terkejut tak.”
Terangguk-angguk Humaira. Mau tak terkezut sakan. Tiba-tiba ada orang sergah dia masa di dapur tadi. Hilang rasa dahaga.
“Manja betul adik along ni,” hidung milik Humaira di cuit.
“Untung Is dapat adik,” sambung Shahrul lagi. Humaira mengangkat kepalanya.
“Along ni, adik dengan Is tak ada apa-apa pun lah. Along tak payah nak cakap bukan-bukan,” Humaira sudah mengangkat jari telunjuknya. Fikir pasal mamat tu sampai bila tak sudah. Teringat kejadiaan pertengkaran antara aku dan Aira. Boleh naik gila layan orang macam tu. Semua orang tanya pasal Iskandar. Apa istimewa laki tu!
***********
Humaira menyandarkan badannya di kepala katilnya. Macam tak percaya along sudah pulang. Humaira meninggalkan along dan ibunya berbual tentang merisik. Tak lama lagi Humaira bakal dapat kakak ipar. Bestnya tambah pulak, kak Nur. Kak Nur comel sangat. Kak Nur merupakan classmate along di oversea. Mengikut cerita dari along. Diaorang kenal masa ada program anjuran universiti along. Dari situ bermula bibit percintaan.
Humaira menghela nafas. Humaira yang membaca novel bertajuk Bayangan Rindu nukilan Anis Ayuni. Tiba-tiba hilang fokus. Humaira memandang ke arah meja kecil tepi katil. Origami burung berwarna kuning. Dia mencapai origami burung tersebut lalu novel di letakkan di sisi nya.
‘Siapalah utuskan kau tuk aku, burung,’ monolog Humaira sendirian sambil membelek-belek origami tersebut. Ini bukan kali pertama, tapi dah masuk kali ke lapan. Kenapa bagi dekat aku ek? Kesemua origami tersebut Humaira simpan di dalam kotak serdahana besar.
Pintu biliknya di kuak tanpa di ketuk terlebih dahulu. Terjenguk kepala alongnya yang mengintai Humairanya. Humaira yang berada di atas katil sudah duduk bersila.
“Along nak masuk boleh,”
“Masuk aje lah,” Humaira meletakkan novel dan origami burung di atas meja kecil. Shahrul bergerak menuju ke katil milik Humaira lalu di duduk.
“Adik, buat ke origami tu,” soal Shahrul sambil menuding jari ke arah origami kertas berkuning.
“Bukan lah. Adik tahu nak buat origami tu.”
“Habis tu sapa kasi. Oh, adik ada pak we dalam dia ek,” sangkal Shahrul dengan tersengih-sengih.
“Nonsense lah along ni, adik bercinta pun tak pernah. Tiba-tiba nak ada boyfriend. Tak suka lah. Couple-couple. Trademark adik senang aje. Single is better than couple. Done.”
“Bukan ke berdua lebih baik,” Teringat Humaira pada lagu nyanyian daripada Acha berdua lebih baik. Ah! Humaira tak macam tu.
“Itu orang untuk tengah bercinta macam along ni, boleh lah berdua lebih baik. Bercinta semuanya indah. Orang kentut pun bau wangi, ye ke tak En. Shahrul Harith B. Ahmad Luqman.” Ujar Humaira sambil memeluk giant teddy bear berwarna coklat. Nama dia Bobo. Comel tau.
“Habis sampai bila nak single. Lama-lama nanti kena berkahwin jugak.” Ah! Along ni langsung tak nak mengalah.
“Adik nak kerja cita-cita adik dulu,”
“Orait. Along malas lah nak berdebat pasal ni,” Shahrul sudah bingkas bangun dari katil adiknya. “Nak ikut along tak, along nak keluar ni,”
“Nak, nak,” ceria wajah Humaira di ajak keluar. “Along, keluar lah. Adik nak salin baju lah,”
Humaira meloncat dari katilnya melompat susuk badan Shahrul ke muka pintu.
“Ye, along keluar lah ni. Jangan lama-lama sangat. Nanti berjanggut pulak along nak kena tunggu,”
“Okey. Tak lama pun,” Humaira memberikan senyuman untuk alongnya. Dah lah along tu besar. Nak tolak pun tak larat. Tak lama pun , Maira siap. Tak sampai sejam pun. Humaira menuju ke almari baju. Lalu di buka, Humaira mengusap-usap dagunya. Nak pakai baju apa ek? Jersi? Alahai tak ada. Suma basuh. Humaira mencapai sweeter berwarna kelabu yang tidak mempunya zip atau butang. Just sarung. Lalu dicapai pula seluar jeans berwarna hitam berlipat. Humaira gerak ke bilik air untuk menyalin pakaiannya.
*******
“Sera Humaira, cepat lah sikit. Apa yang lama sangat tu!” jeritan bergema dari Shahrul memecahkan kesunyian kediaman keluarga Ahmad Luqman. Shahrul menyarungkan sepatunya berjenama Adidas di ikat tali dengan kemas.
“Along, sabar lah sikit,” ujar Puan Hasnah yang sudah berdiri tegah tepi anak terunanya. Terkecoh-kecoh Humaira turun tangga.
“Along ni kan tak reti nak sabar lah,” sampuk Humaira dari belakang. Mata Shahrul tak berkelip-kelip melihat adiknya. Mak aih, cutenya adik aku ni. Humaira memasang jam tangan di pergelangan tangan kirinya.
“Cantik anak, ibu hari ni. Selalu pakai jersi aje,”
“Perubahan angin monsun, bu,” Humaira yang memakai bedak di mukanya dan di tambah dengan secalit lips blam menyerikan muka Humaira. Rambut panjang di sanggul. Humaira melangkah keluar di hadapan di pintu. Alongnya menuju kereta dan dihidupkan. Humaira mencapai kasut bertutup berwarna hitam di atas rak.
“Along, jaga adik elok-elok. Kalau tak ingat jalan. Tanya aje dengan Maira,” ujar wanita tu masih setia di sisi anaknya. Shahrul salam wanita tu sebelum meninggalkan rumah. Humaira mengikuti perbuatan alongnya. Mereka serentak menuju ke kereta.
*******
Kereta di pandu oleh Shahrul menuju ke bandar Kuantan. Suasana di Kuantan agak mendung. Tompok-tompok hitam pada awan jelas kelihatan. East Cost Mall, Kuantan di terjah oleh mereka berdua. Pengunjung tidak ramai seperti hari cuti Sabtu dan Ahad. Humaira yang berdiri tegak di luar panggung wayang. Shahrul membeli tiket wayang. Humaira malas mengikuti alongnya.
“Jom,” teguran Shahrul menyentak Humaira yang leka memain telefon bimbitnya. Shahrul memasukkan tiket wayang ke dalam purse. Humaira sudah melangkah ke hadapan menuruni escalator. Entah macam mana Shahrul yang dari belakang boleh berdiri terpacak di sebelahnya.
“Kita makan dulu nak tak,” tanya Shahrul. Sengaja Humaira memeluk lengan Shahrul sebab tadi ada budak laki tu mengenyit mata ke arahnya. Dah tau sakitnya pergi lah klinik. Main-main kenyit mata pulak.
“Okay. KFC,” Humaira dan Shahrul berjalan beriringan melintas Restaurant RasaMas sebelum menuju ke Restaurant Kentucky Fried Chicken. Mata Humaira mencari tempat kosong. Kaki Humaira melangkah ke arah meja kosong. Di belakang sekali. Lantak lah. Shahrul menarik kerusi bingkas duduk. Bertentangan dengan Humaira.
“Along, adik nak pergi kedai CD jap,” pinta Humaira sebelum meninggalkan Shahrul di situ. Shahrul memandang Humaira menuju kedai CD di maksudkan. Tiba-tiba bahunya di tepuk oleh seseorang.
“Sorry bro, lambat. Cari parking payah sikit,” ucap seseorang lelaki berbaju kemaja hitam bercorak bunga kecil. Bingkas lelaki itu tutup atas kerusi bersandar pada dinding.
“It’s okay,” balas Shahrul.
“Mana Humaira. Cakap Abang Shah ajak dia sekali,” tanya lagi lelaki tu.
“Ada aje. Dia pergi kedai CD jap,” Shahrul menuding ke arah kedai CD ucapkan nya tadi. “Kau jaga tempat ni. Aku nak pergi beli makan ni,”
Shahrul sudah berlalu ke arah kaunter. Sebaik sahaja, Shahrul pergi ke kaunter. Sekujur perempuan berdiri di tepinya.
“Woi, apasal kau dekat sini,” tanya Humaira dengan nada tak puas hati. Iskandar hanya tersenyum. Comel dia malam ni. Tak pernah pun aku tengok secomel macam ni.
“Abang kau jemput aku datang sini,” balasnya kembali. Iskandar sudah mengengsot ke kanannya. Memberi ruang supaya duduk tepi nya. Tanpa dipaksa Humaira duduk di sebelah Iskandar. Slingbag nya di letakkan atas meja.
“Along mana,” matanya meliar mencari Shahrul.
“Dekat depan. Kaunter,” jawab Iskandar sambil main game melalui telefon bimbit tanpa menoleh ke arah Humaira. Kenapalah dia ikut jugak. Aku nak dating dengan abang aku lah! Kacau daun punya orang.
“Aku tanya kau sikit boleh tak,” sambung Iskandar lagi. Humaira menayang muka bosan.
“Hmmm...apa dia,”
“Betul ke kau lempang Aira lepas balik sekolah tadi,” tuturnya lembut lalu di letak telefon bimbit jenama Apple di atas meja. Tersentap Humaira. Minah kerek tu nak lempang aku, cakap pulak aku nak lempang dia.
“Tolong sikit ok. Minah tu yang nak lempang aku. Nasib Abang Lan datang cepat. Kalau memang dah lekat tangan dia kat pipi aku ni,”
“Aira mengadu dekat aku, kau lempang dia,” terkejut Iskandar bila mengetahui hal sebenar. Tak habis dengan Aira ni suka bukan cerita.
“Cakap dengan kekasih kesayangan kau tu, mulut tu jaga sikit. Kalau aku buat bukan setakat lempang. Mau aje aku berlasah dia cukup-cukup,” sengaja Humaira menekan perkataan kekasih kesayangaan tu
Uissh.. suara macam cemburu aje. Tersengih-sengih nakal di bibir Iskandar. Minah kerek tu memang nak kena dah dengan aku rasanya. Suka suki buat cerita ek. Tau lah apa aku nak buat dekat kau nanti.
Shahrul sudah sampai sambil menatang dulang. Lalu di letakkan di atas meja.
“Adik ambil Zinger Burger ni. Along dengan Is just share,” hulur 1 set Zinger Burger kepada Humaira. Pinggan kosong di berikan kepada Iskandar. Along dengan Iskandar share? Biar betik. 1 set lagi Snack Plate.
“Kenapa adik pandang abang, macam nak telan along je,” tanya Shahrul melihat wajah adiknya pelik.
“Korang ni ada apa-apa. Apahal main share-share ni. Abang tak kesian ke dekat Kak Nur,” tak berkelip mata kedua-dua budak tu, bila Humaira cakap macam tu.
“Share pun salah ke. Ayam ni kan ada dua ketul. Is satu along satu. Lain lah adik tu. Makan apa semua tak cukup,” seloroh Shahrul sambil geledak ketawa. Tahu lah aku kuat makan. Humaira menarik muncung.
“Muncung tu dah boleh ikat guna riben, Maira nak,” sampuk Iskandar sedang memakan ayam goreng. Tak suka! Tak suka!
“Dah-dah, cepat makan. Kang tak sempat pulak,”
*********
“Along, kita cerita apa ni,” selesai saja makan mereka bertiga beredar dari KFC. Mereka menuju ke tingkat 3 ke panggung wayang. Humaira diapit oleh dua lelaki handsome. Shahrul tidak menjawab pertanyaan adiknya sebaliknya leka membalas mesej kepada Nur. Lampu sudah di tutup. Gelap hanya skrin cerah menjadi tumpuan.
“Along, cerita hantu kan,” suara separuh bisik di cuping telinga Shahrul. Shahrul hanya mengangguk. Humaira merengus kasar. Along ni. Dia memandang ke arah Iskandar yang memerhati skrin. Iskandar mengalih pandangan ke arah Humaira. Mata mereka terpaut antara satu sama lain.
Jantungnya berdegup kencang. Ni yang tak best. Terus Humaira mengalih pandangan ke arah skrin. Tak suka cerita hantu. Tak suka cerita hantu. Tak suka! Terkumat kamit mulut Humaira. Hampir separuh jalan cerita. Terjerit Humaira sambil menutup slingbag nya dengan muka. Rasanya dengan sangat muka nya bahu Iskandar. Tak perduli. Along ni kejam. Entah macam mana Humaira boleh terlelap di bahu Iskandar. Minyak wangi Iskandar menusuk hidungnya.
“Adik! Bangunlah. Boleh pula dia tidur dalam panggung ni.” Tubuh kenit Humaira di goncang kuar.
“Adik mengantuk lah. 5 minit please,”
“Ewah-ewah, dah lah adik tidur dekat bahu orang,”
Sayup-sayup suara Shahrul menembusi gegedang telinga. Humaira membuka matanya kecil. Silauan lampu memedihkan matanya. Terkejut Humaira bila muka Iskandar begitu hampir dengan wajahnya. Apa aku buat ni. Aku peluk lengan mamat ni. Pantas di leraikan segera. Cepat humaira bangun dari kerusi. Malunya masih tersisa. Bukan ke tadi aku peluk tangan along. Aik macam pula Is. Argghhh! Malunya. Langkah Humaira maju ke hadapan. Meninggalkan dua orang lelaki tu.
Bersambung....
best lah citer nie...
ReplyDeletesambung lgi.. !!
@Liyana Izzati yaka. tengs okay. insyaalllah akan di sambungkan lagi
ReplyDeleteokey !!
ReplyDeletex saba nyer..!!
hakhak.. humaira dengan iskandar mmg sepadan.. so sweet
ReplyDeleteenjoy la bace cite ni..pls continue your hard work! =)
ReplyDeletebest , lawak lha maira , na lgi . .
ReplyDelete