Kau, Aku Punya! Bab 16


BAB 16
“NAH,” Iskandar mendongak wajah sekujur berdiri di hadapan. Tiada senyuman di antara kedua-dua pihak itu. Komik yang di pegang oleh Iskandar di letakkan di atas meja. Mamat ni hantu komik. Huluran sepucuk sampul surat masih tidak di sambut.
  “Apa ni,” tanya Iskandar, pelik.
  “PDA. Ada email masuk,” balas Humaira dengan tanpa sebaris senyuman. Geram dengan perangai Iskandar. Dah tahu ada surat. Tu je lah tanya lagi. Iskandar menyambut sepucuk surat di tangan Humaira. Dia tertanya siapa pengirimnya.
Humaira sudah duduk di kerusi. Humaira menusing ke belakang. Riak wajah Iskandar kelat. Nak kata suka pun tak nak kata marah pun tak.
   “Sapa kasi?” Pelbagai soalan berlegar-legar di kotak pemikiran Iskandar.
   “Budak tingkatan 3. Dia suruh Maira kasi dekat Is. Maira tunai kan je lah permintaan dia,” jawab Humaira. Iskandar masih membelek surat tu di tangannya.
   “Maira tak jealous ke,” soal Iskandar sambil mengangkat kening.
   “Syafiq Iskandar kan hot stuff, so Maira tak hairan sangat pun,” Sengaja Humaira menekan perkataan hot stuff. “Cepat lah baca surat tu. Surat tu tak leh baca sendiri,”
 Iskandar mengeluh sendiri. Bukan tak biasa dapat surat macam ni. Humaira sudah tertunggu tentang isi kandungan surat tersebut. Jangan-jangan budak tu luahkan perasaan dia tak. Kalau budak tu luahkan perasaan dia pun apa salahnya. Semua berlaku apabila Humaira ke blok tingkat 4 mengangkat buku-buku kerja milik Cikgu Aishah.
  “Kak Maira,” panggil seorang gadis senyuman yang tidak lekang di bibir. Sebaik saja menghayun kakinya menuruni tangga.
   Gadis itu menghampiri Humaira.Manis gadis ni terselit tahi lalat di dagunya menambah seri di wajah gadis tu. Nerina  terkenal dengan aktif bersukan olahraga.
   “Maaf lah ganggu Kak Maira,” tutur lembut dari Nerina.
   “Tak apa, Nerina ada apa-apa ke nak cakap dengan Kak Maira,” Humaira memaniskan muka.
      Nerina mengeluarkan sesuai dari poket baju kurungnya. Sepucuk surat kecil ditangan Nerina bertukar ke Humaira. Humaira mengambil tanpa memikir panjang. Malas dia bertanya lebih lanjut tentang surat. Sebaris nama pada surat itu tertera nama Iskandar. Nafasnya tersangkut menyukarkan Humaira bernafas dengan sempurna.
  “Kak Maira tolong sampai surat itu untuk Abang Iskandar. Rina tahu kehadiran surat tu mengejutkan Kak Maira. Rina harap Kak Maira tak salah faham. Tapi Rina harap sangat-sangat Abang Iskandar baca,” ujar Nerina separuh merayu. Humaira seperti serba salah.
   “Ye..la,” gugup Humaira melihat wajah Nerina mengharap daripadanya.
   “Terima kasih Kak Maira,” ucap Nerina sebelum meninggalkan Humaira terpinga-pinga. Humaira memandang surat kecil tu. Dia mengeluh. Tak pasal hari ni aku jawat jadi Cik Kak Posmen. Eh, sekarang zaman dah maju lah. Apasal main-main hantar surat pulak.
   Iskandar tekun membaca isi kandung tersebut. Humaira hanya memandang sehelai surat bertulis. Muka Iskandar di halang oleh surat itu. Iskandar melipat kembali surat itu.  Kedengaran Iskandar mengeluh.
   “So, apa dia cakap,” usul Humaira menanti jawapan daripada Iskandar.
   “Nothing,” ringkas jawapan Iskandar.
   “Tak sangka pulak Is ada secret admire,” Humaira sengaja memancing minat lelaki itu memceritakan apa yang terkandung dalam surat itu. Tipulah kalau Is tak ada admire. Lelaki ni punya lah handsome, takkan tak ada admire kan.
   “Ngarut lah Maira ni,”
   “Habis tu macam mana boleh Nerina,”
   Iskandar memandang Humaira. Nada berbaur cemburu.
   “Dia kan altet sekolah. So sapa tak kenal dia,”
 Humaira menjongket bahunya. Macam tu lah kalau orang berahsia sangat. Humaira menjuir bibirnya. Humaira ke kelas menuju ke toilet.
                                                               *******
  ISKANDAR menghempas badannya di katil empuk. Tangannya di lekat atas dahi. Pening memikirkan tentang Nerina. Dia mengambil sehelai kertas bertulisan tangan Nerina. Berulang kali dia membaca.
  Nerina, Nerina, Nerina.
  Iskandar teringat semasa berlaku di padang sekolah setahun lalu.
  “Bukan abang lah selamat kak Nerina tu,” bentak Iskandar di tengah padang. Iskandar baru aje selesai training bermain hoki. Stick hockey di tangan di pegang kemas.
   “Rina tahu, abang yang selamatkan Kak Rini. Kak Rini bagitau sendiri,” Nerina mencuba mempertahankan. Nerini merupakan kakak kembar kepada Nerina. Kembar seiras. Beberapa bulan sebelum Nerini telah diselamtkan oleh seseorang ketika pulang dari sekolah apabila sebuah kereta cuba melanggar Nerini. Lepas beberapa hari kejadian tu, Nerini di sahkan demam panas melampau. Mungkin Allah lebih sayang kan dia. Nerini kembali ke rahmatullah ketika selesai solat subuh.
   “Tak kali abang nak bagitau Rina. Yang abang just hantar kak Rina tu ke hospital. Itu aje,”
   “Tapi kak Rina cakap abang yang selamat kan dia. Abang tolak badan dia semasa kereta datang ke arah dia,” Iskandar meraup wajahnya. Penat cakap dengan orang tak faham bahasa. Iskandar cuma hantar ke hospital saja. Tak faham betul dengan perangai kembar ni.
 Pemain-pemain hoki yang lain mulai beredar meninggalkan padang. Kebetulan hari tu Nerina ada latihan  lumba lari dan lompat jauh. Nerina masih berdiri tegak di situ.
   “Listen here, abang just tolong kak Rina ke hospital. Dia pengsan. Tapi bukan abang yang selamat kak Rina masa ke kereta datang dekat dia,”
   “Tapi abang..” sedaya upaya Nerina ingin membantah.
   “Tak ada tapi-tapi okay. itu kenyataannya,” kata Iskandar sebaik saja lelaki itu meninggalkan Nerina di tengah-tengah padang. Iskandar dipagut serba salah.
   ‘Sebenarnya, Nerini sukakan abang,” ucap Nerina tak terluah di mulutnya. ‘Maafkan kak, saya kak. Nerina tak mampu nak bagitahu dia, sedangkan Rina mempunyai perasaan yang sama,’ Nerina masih terleku di padang sekolah. Bayang-bayang arwah kakak kembarnya meniti di ruang matanya.
  “Along!” terkejut dengan teguran daripada Suhaila. Mengelamunnya entah hilang ke mana. Iskandar menarik nafas. Wajah Suhaila di pandang. Suhaila mencapai sehelai kertas di atas katil.
   “Sapa Nerina, along,” Suhaila bertanya. Iskandar sudah turut dari katilnya ke birai jendela. Kepekatan malam dihiasi rembulan. “Buah hati baru along ke,”
   Bertubi-tubi soalan di berikan oleh Suhaila. Langsung tidak di jawab. Sengaja Iskandar soalan itu tergantung tanpa berjawab.
  “Dia nak jumpa along esok,” Suhaila masih mendesak. Benar, mengikut kandungan surat itu. Nerina ingin bertemu dengannya. Di kolam ikan di sekolah esok semasa waktu rehat.
   “Sapa sebenarnya Nerina ni along. Along jangan lah diam macam tu,” Suhaila berkeras ingin mengetahui perkara sebenar. Suhaila merapati Iskandar berdiri di jendela. Iskandar memandang wajah Suhaila. Wajahnya seperti ingin mengetahui tentang Nerina.
  “Along pun tak tau nak cerita macam mana Su. Last year, along ada tolong kakak kembar dia, Nerini. Along nampak Nerini pengsan di tepi jalan. Along hantar lah Nerini ke hospital. Tapi Nerini dah salah faham, dia ingat along tolong selamatkan dia nak kena rempuh dengan kereta. Dia ingat along selamatkan dia,” cerita Iskandar hal sebenarnya. Sememang cerita tidak di cerita kepada siapa-siapa. Suhaila mengangguk mendengar cerita tersebut.
  “So, sapa yang tolong dia?” soalan tu masih lagi tak terungkai. Siapa sebenarnya yang selamat arwah Nerini. Sehingga ke hari ni masih tiada siapa yang menjawab persoalan itu.
  Iskandar mengangkat bahunya. “Entah lah Su, along sendiri pun tak tahu,”
  “So along nak jumpa dia lah esok,”
  “Maybe kut,” jawab Iskandar acuh tak acuh.
   “Kak Maira tak marah ke,” Suhaila memandang wajah redup Iskandar.
   “Dia tak tau apa-apa pasal ni,”
   “Along tak nak cerita ke?”
   “Biar je lah dulu. Nanti kecoh pulak,” Suhaila melepasakan keluhnya. Tak tau dah apa yang dia boleh buat. Perbuala mereka di lanjut ke tengah malam. Sesampai Suhaila tertidur di katil abangnya. Terpaksa Iskandar cempung tubuh adiknya, dibantu Datin Mahani.
                                                     ************
KEADAAN di kantin sekolah hingar-bingar. Kedengaran suara-suara pelajar berteriakan dari setiap sudut. Pelbagai ragam di pamerkan semasa waktu rehat. Waktu rehat di peruntukkan lebih kurang setengah jam boleh lah makan, minum, pergi tandas dan tidak terkecuali dating. Budak-budak zaman sekarang itulah kerjanya dating dalam sekolah pun boleh.
   Humaira tekun menghabiskan Bihun Sup. Dah lah Humaira mengidam untuk jamah Bihun Sup tapi tak terluah. Humaira memandang Amira dan Diana khusyuk menghabiskan sisa-sisa Nasi Ayam masih terdapat di pingang. Tamparan tangan Diana menghinggap di bahu Humaira yang sedang menghirup kuah sup di dalam mangkuk. Auuwww! Perit terasa dengan tamparan itu.
   “Sakit lah makcik oit,” bentak Humaira dalam merunggut kesakitan. “Kau, tampar guna apa hah. Sumpah pedih kut,” Nyaris kuah sup yang dihirup oleh Humaira mujur tidak tertumpah.
   “Sorry okay. aku tak tersengaja,” tergagap-gagap Diana berkata. “Kau nampak tak apa yang aku nampak,”
    Amira bertentang dengan mereka berdua. Mengangkat sedikit kepala. Humaira sekadar mengeleng kepala. Tak tahu yang di nampak oleh Diana.
   “Kau cuba pandang ke jambatan kolam ikan tu,” kata-kata dariapada Diana memproses ke gegedang telinga. Sepantas kilat Humaira memandang tempat dimaksudkan oleh Diana. Amirah turut menoleh. Muka Humaira tidak ada perasaan ketika tu. Tidak terasa jentik perasaan marah, geram atau lebih senang kata tidak ada perkataan jealous.
   Melihat sepasang pasangan berbual di kolam ikan. Beramah mesra di kolam ikan. Dari pandangan jauh, tetap susuk tubuh amat dikenalinya. Iskandar dan Nerina. Humaira sekadar mengukir senyuman. Mungkin mereka ada perlu di bincangkan. Biarkan je lah.
  “Kau boleh senyum lagi Maira,” Terjegil biji mata Amira apabila dilihat Humaira sekadar mengumtum senyuman. Susah kalau orang tak ada perasaan ni.
   “Habis tu kau nak suruh aku buat apa, tolak minah tu sampai jatuh dalam kolam ikan,” balas Humaira sedang mata-matanya meliar melihat pelajar ulang-alik. Sekali lagi Humaira menarik senyuman. Senyuman yang nakal.
   “Amira, kalau ada dekat tempat aku, kau buat apa ek?” usul Humaira. Humaira mengangkat keningnya tiga kali. Amira masih terpinga-pinga dengan soalan diutuskan oleh Humaira.
   “Kalau aku pergi serang lah. Macam dah tak ada laki lain nak ganggu,” Nada suara Amira berbunyi keras. Amira memang sikap sukar di jangka. Kalau mood dia tak baik. Better tak payah nak ganggu. Sekali dia mengamuk, macam naga keluar asap ikut hidung.
    “Aku rasa kan. Mizi pun buat macam tu jugak lah. Macam Iskandar dengan Nerina,” ucap Humaira sengaja menjemput amarah sahabat. Sekilas Amira memusing badan kebelakang. Benar Tarmizi sedang bercanda seorang perempuan berjawatan pengawas sekolah. Pengawas sekolah apa macam tu. Tudung pun sikit semacam. Omel Amira di hatinya. Berbulu matanya menyaksikan pasangan tak diiktiraf itu.
   Diana sudah menepuk dahinya. Amira sudah mengatur langkah cukup-cukup tidak puas hati.
   “Bhai, apahal kau pergi bagitahu dengan dia. Kang minah tu mogok kang. Petang ada study group tau tak?” marah Diana. Humaira sengih hingga ke telinga.
   “Alah aku saja nak acah dia. Mana lah aku tahu dia nak serang betul-betul,” Humaira membalas. Mau saja Diana nak siku-sikiu si Humaira ni.
   “Aku sekeh jugak kau ni, dah lah aku nak pergi kat Amira,” Bingkas Diana bangun dari plastik itu. Diana turut meninggalkan Humaira di meja makan itu. Dari jauh Humaira melihat Amira dan Tarmizi bertengkar dan Iskandar dan Nerina menimbulkan kemesraan.
   Petang ini, mereka kesemua ada membuat study group di kelas itu, meminta kebenaran buat studi group di kelas mereka. Percubaan SPM tinggal beberapa bulan saja lagi. Terpaksa lah berkerja keras menelaatah semua kesemua subjek tingkatan 4 & 5.
   “Kau tak jealous ke Maira tengok boy kau dengan orang lain,” Suara seseorang menerpa ke dinding gegendang telinga. Humaira menoleh ke arah Aira sudah duduk di atas kerusi plastik yang di duduk Diana sebentar tadi.
   Humaira ketawa kecil. Dipandang sinis oleh Humaira. “Buat apa nak jealous, bukan diaorang date dekat tempat lain pun dalam sekolah jugak kan. Lagipun aku dah izinkan,” dalih Humaira. Sejujurnya dia tidak mengetahui langsung rancangan Iskandar rehat bersama Nerina.
  “Tapi kalau kau dekat tempat perempuan tu, aku akan mandikan kau dengan kuah sup ni,” ugut Humaira melihat Aira mula cuak kalau Humaira betul-betul menjiruskan dengan lebihan kuah sup dalam mangkuk itu. Humaira tersengih-sengih memandang gadis di tepinya ketakuatan. Aira sudah berlalu meninggalkan Humaira di situ. Pasangan di jambatan kolam ikan itu sudah tidak kelihatan. Mungkin sudah berpecah. Kebinggitan loceng menandakan tamat waktu rehat. Humaira pun beredar ke kelas semula.
                                                             *******
  Seperti dikatakan oleh Diana, petang itu mereka berenam buat studi group di kelas. Sejak lepas rehat tadi, Amira mogok bercakap dengan Tarmizi. Bila ditanya siapa pengawas sekolah. Tarmizi cakap itu adik angkat dia. Mula-mula adik angkat lah, lama-lama adik sayang. Mahu tak hangin Amira.
  Diana sudah menjadi cikgu di hadapan kelas. Sebesar papan hitam itu bertulis menggunakan kapur oleh Diana aka Cikgu Diana. Diana memang pandai pasal subjek Sejarah ni. Dengan terperinci diterang oleh Diana. Kesemua mereka menumpukan perhatian kepada Diana di hadapan. Diana mengedarkan soalan Sejarah di fotokopi semalam.
  “Korang buat dulu soalan-soalan tu. Nanti yang mana kurang jelas kita bincang sama-sama,” kata Diana sebelum menapak katanya ke kembali ke meja.
  Cita-cita sememangnya menjadi seorang guru Sejarah atau Pendidikan Seni. Lukisan di atas kanvas itu minat Diana, tapi tentangan kuat daripada keluarga menjadi Diana agak tertekan sangat. Keluarga Diana memperkotak katikan tentang seni. Mengatakan seni itu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak punyai hala tuju. Itu ayat-ayat lapuk. Sedangkan orang lain yang berjaya dalam bidang itu kenapa tidak baginya. Patutlah abang Diana berlari ke luar negara terlampau taksub dengan dunia seni.
  Tok!Tok!Tok!
 Ketukan dedaun pintu mengejutkan kesemua penghuni di kelas itu. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Di balik pintu kelihatan seorang gadis, Nerina. Sekali menganggu ketenteraman kelas itu untuk belajar. Iskandar sudah bergerak ke muka pintu. Humaira sekadar memerhati. Terbit rasa iri hati timbul. Tolong lah jangan ada perasaan macam tu. Gumam Humaira di dalam hatinya. Fokusnya pada soalan itu sudah terbang jauh.
  “Maira!” sergah Darus. Hilang semangat Humaira ketika itu.
  “Kau teringin mati tercekik ke, Darus,” Humaira merengus geram ke arah Darus. Darus sudah menahan gelak. Darus mengeleng-geleng sambil menahan gelak.
  “Dari rehat  tadi lagi aku tengok Is dengan awek tu. Sapa awek tu, Maira,” Darus membuka soalan. Humaira sendiri tahu apa hubungan diaorang berdua. Macam nak jelaskan.
  “Is tak cerita apa-apa ke dengan korang,” soal Humaira kembali. Kesemua mereka pakat mengeleng kepala masing-masing.
  “Entah lah korang, aku pun tak tahu. Semalam budak tu suruh aku kasi surat dengan Is,” Humaira mula membuka cerita. Soalan Sejarah ke mana, mereka pun ke mana. “Aku kasi jelah surat tu dengan dia,”
  “So, apa budak tu tulis,” Makin seru cerita dari Humaira membuatkan Diana tertanya-tanya.
  “Is tak nak bagitahu lah,” Jelas terpancar wajah kehampaan daripada mereka semua.
  “Sapa nama perempuan,” tanya Darus. Muka itu macam familiar.
  “Nerina,” jawab Humaira sepatah. Nama gadis itu di proses ke kotak pemikiran Darus. Nerina dan Nerini. Pasangan kembar. Kereta yang nak langgar antara Nerina dan Nerini setahun lepas. “Kau kenapa Darus,” tanya Humaira kehairanan.
  “Tak ada apa-apa. Aku pernah tengok dia sebelum dengan Is. Dekat padang sekolah setahun lepas. Masa itu  kitaorang ada training hoki,” kata-kata tenang dari Darus cuba di kawal. Bertubi-tubi soalan di lempar ke hati milik Darus.
   “Ehem,” Deheman daripada seseorang mengejutkan mereka semua. “Ada apa-apa yang aku tertinggalkan ke,”
   “Kitaorang borak kosong je. Jom sambung buat soalan ni,” ujar Darus. Darus sedang berperang perasaannya ketika itu. Kesemua mereka mengangguk tanda setuju dengan permintaan Darus membincangkan soalan. Mereka semua tekun membuat perbincangan berkumpulan. Sesekali mata Humaira menjeling ke Iskandar. Rindu Humaira pada lelaki itu.
                                                       **********
Tubuh badan Nerina di tolak kasar. Tidak dapat Nerina mengimbangi badannya. Nerina memandan wajah Aira. Pelajar senior di sekolah itu. Nerina, tidak menafikan sesungguhnya gadis hadapannya persis model yang memperagakan pakaian. Nerina yang daripada blok Tingkatan 5 menuju ke kantin untuk mengambil barang. Tiba-tiba dia tarik oleh Aira.
  “Kau nak apa!” jerit Nerina. Tambahan pula dia seorang di situ. Tiada sesiapa, sengaja pulang lewat ke rumah. Suara milik Nerina nyaring tambah pula di kawasan kantin tiada sesiapa. Hanya ada Nerina dan Aira & the geng.
   “Apahal kau kacau boyfriend aku,” amarah Aira mula memuncak. Geram melihat budak hingusan tu terhegeh-hegeh dengan Iskandar.
    “Boyfriend kau ke boyfriend Humaira,” Nerina senyuman sinis. “Untuk pengetahuan kau, aku dengan Iskandar itu...” kata Nerina. Berasap muka Aira menahan marah terhadap Nerina. Aira merasakan Nerina ini kecik besar di hadapan. Nak saja bergusti dengan perempuan ni.
    “What!”

BERSAMBUNG..
NOTA KAKI: Sorry sangat tak update cerita ni. Idea kering kontang. Nanti kan, ada novel bersiri terbaru dari AyaDayana.

5 comments:

  1. WHAT?! SEPUPU? ADIK BERADIK? WHAT?! harharhar. Lama tunggu. akhirnya, hari ni lah akk update.


    nanti novel dah keluar please inform me ;)

    ReplyDelete
  2. Wahh..Cepat sambung cepat sambung !! X sabar

    ReplyDelete
  3. @Aien Nia hehe. nanti dah siap, aya sambung okay :)

    ReplyDelete
  4. nerina tu mcm dlm novel prince charming la pulak hheheh

    ReplyDelete

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)