Munirah Aishah Bab 1



NOTA KAKI: Munirah Aishah merupakan e-novel bersiri kedua daripada AyaDayana. Tajuk Munirah Aishah adalah tajuk sementara waktu. Tiada tajuk sesuai untuk letakkan. Kalau dah baca sudilah tinggalkan komen. Sapa-sapa pandai bagi yang sesuai tuk novel ni. Bagitahu okay :)


BAB 1
Latihan bola sepak hampir sejam berlangsung. Di berhentikan apabila wisel ditiup oleh Cikgu  Fadzli. Dia mengarah ke semua mereka berkumpul di hadapan. Cikgu Fadzli merupakan seorang guru Bahasa English tingkatan 4 & 5 dan menjadi tulang belakang bagi pasukan kelab bola sepaknya. Sememang beliau seorang yang tegas apabila  menjalani latihan bermain bola di atas padang. Walaupun tegas, tetap ada baiknya.
  “Latihan kita sampai di sini saja. Kamu semua boleh bersurai dan assalamulaikum,” Semua ahli kelab boleh sepak menjawab salam darinya. Cikgu Fadzli dan ahli kelab bola sepak yang  semua sudah bergerak keluar dari padang.
    Panas terik bagaikan membakar kulitnya. Tanpa membuang masa, dia segera bangun dan mengorak langkah ke arah beg galas yang terdampar di tanah di bawah pohon angsana. Pohon angsana kian redang. Sejuk dan redup terlindung dari matahari. Dia menyelongkar beg galas berwarna hitam berjenama Body Glove tu. Dia mengambil kain tuala Good Morning lalu mengesat peluh di dahinya.
  Matanya meliar ke sekeliling kawasan padang terdapat sekelompok cheerleading groups  berhampiran di situ juga terdapat budak-budak bola keranjang membuat latihan. Pada minggu berikutnya, budak-budak bola keranjang ni ada game peringkat kebangsaan. Sukan  bola keranjang tidak sepopular sukan bola sepak. Walaupun macam mana, Cikgu Ash telah menubuhkan sukan tersebut. Ramai pelajar lelaki mahu pun perempuan menyertai kelab bola keranjang. Tapi sekarang kelab bola keranjang hanya tertumpu untuk lelaki sahaja. Bagi perempuan hanya latihan kelab pada setiap minggu saja.
   “Woit,” Tersentap dia apabila suara dikenali terpekik di cuping. Lelaki di hadapan menghulur sebotol mineral ke arahnya. Sebotol tu disambutnya. Lelaki itu pantas mengambil tempat di sebelahnya. “Asal kau tak balik lagi ni, Reen,” Nazrin meneguk air mineral hampir tinggal separuh. Dia terlalu dahaga. Selalunya dia akan singgah ke kedai tuk beli air mineral sebelum datang ke sekolah semula untuk jalani latihan bola sepak.
  “Karang aku balik lah. Nak rehat kan minda jap. Lama tak lepak bawah pokok ni,” Ekor matanya terpandang seorang daripada cheerleaders. Dia sedang membuat latihan.
  “Kau ni dah kenapa, Reen. Khusyuk sangat kau pandang Hani tu,” sangkal Mohd Amirul merangkap teman baiknya. Mereka berdua memang ternyata rapat. Tambahan pula mereka kelas sekali di tingkatan 5. Raut wajah Shahzrul Nazrin mendadak berubah. Alahai macam pulak dia boleh tau. Dia mengaru-garu kepalanya tidak gatal.
  “Mengarut lah kau ni, kang dengar dekat boyfriend tercinta dia. Tak pasal aku pula yang kena.”
  “Kau boleh tipu orang, tapi bukan aku okey. Aku kenal kau okay,” Agak lucu bila Nazrin mengelabah tak pasal.
   “WEI,” bentak seorang gadis bertudung sekolah dan tertera sebaris nama Munirah. Orangnya kecil molek saja. Munirah Aishah merupakan gadis agak manis di pandang. Reen tersenyum sendiri memandang seraut wajah gadis itu. “Woi, aku panggil kau, kau boleh termenung pulak kan. Kau tau tak , nak tercabut anak tekak aku panggil nama kau. Bole pulak kau buad der kan,” Jerkahan Munirah  membuat Reen tersedar. Ahh! Singa ni kan asyik nak memekak je dekat aku. Kalau tak memekak sehari tak bole ke. Harap je muka comel. Perangai tak comel langsung. Reen merengus kasar.
  “Apahal kau cari aku,” tanya Reen kepada Munirah.
  “Puan. Nora cari kau,” ucapnya senada. Matanya memandang ke pemain-pemain bola keranjang. Kalau bukan kerana Puan. Nora tak ada makna cari mamat dekat padang ni. Reen mengangguk. Dengan rakus mencapai beg galasnya lalu meninggalkan Amirul dan Munirah tanpa pamitan.
   “Puan. Nora cari Reen apahal,” tanya Amirul sebaik sahaja tubuh Nazrin mengilang dari pandangan mereka.
   “Entah. Mana lah aku tahu. Dah la, aku chow dulu.” pinta gadis tu. Munirah meninggalkan Amirul terpinga-pinga di tepi padang. Dia melangkah ke arah tempat meletak motosikal dan basikal. Salma dan Aryana yang sedang menunggu Munirah dari tadi.
*  * * *
SHAHZRUL NAZRIN berjalan pantas mendapatkan Puan Nora di tempat letak kereta. Puan Nora menghadiahkan sebuah senyuaman. Reen menghulur tangan dan pantas menyalam wanita tu.
  “Kenapa, ummi datang sini?’’ tanya anak teruna. Pelik. Ummi  jarang ke sekola  pada sebelah petang. Tambah pulak, tiada seberang aktiviti di anjurkan oleh pihak sekolah sejak tamat sesi persekolahan pada pukul 2 petang tadi. Puan Nora salah seorang tenaga pengajar di sekolah itu. Puan Nora seorang guru Sains bagi Tingkatan 3.
  “Tak, tadi ummi pergi ke pasar raya sekejap. Beli barang-barang mentah. Kebetulan ummi lalu. Ummi singgah lah sekejap lepas tu, ummi nampak Munirah lalu. Ummi minta panggilkan kamu. Kamu dah habis training ke belum ni,”
   “Dah, ummi. Kang Reen balik okay,”
    “Malam ni, ada tetamu nak datang rumah tau. Reen balik awal sikit. Nanti abah bising pulak,” pesan Puan Nora. Dia tahu anaknya taat perintahnya.
    “Sapa ummi?” Nazrin sendiri tertanya-tanya sapa tetamu ummi maksudkan. Mungkin kenalan lama ummi ataupun abah.
    “Nanti kamu tau lah. Jangan balik lambat tau. Tak pa lah ummi balik dulu,”  Reen mencium tangan umminya sebelum umminya memasuki ke dalam perut kereta Persona milik umminya. Sapa ek, nak datang rumah malam ni. Macam penting je. Ummi ni macam-macam lah tu nak rahsia-rahsia. Ah! Lantak lah sapa pun. Nazrin menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan telefon bimbitnya pantas memicit pucat lalu mendail number Amirul.

*  * * *
USAI membersihkan diri dan mendirikan solat. Munirah merebahkan tubuhnya di atas katil. Jarum jam sudah merangkak ke pukul 8.00 malam. Hari Rabu, hari memenatkan dirinya. Terasa lenguh-lenguh pada bahu dan lehernya. Sepatutnya hari ni ada latihan bola jaring tetapi batal last minute. Semahu hatinya, dia ingin menjerit saja. Kang aku menjerit, comfirm orang aku gila. Ah! Tensionnya.
  ‘Kan best hari-hari macam ni.’ Monolognya lagi dalam hati. Munirah, Salma dan Aryana terpaksa mengemas perpustakaan sekolah. Mereka di panggil oleh Cikgu Ros sebaik saja mereka bertiga menapakkan kaki ke kawasan perpustakaa. Cikgu Ros meminta mereka menyusun, mengemas dan mengatur semula buku-buku yang berada di atas troli dan mengikut kod buku masing.
   Salma dan Aryana memegang jawatan Pengawas Perpustakaan Sekolah tapi tidak pada Munirah. Munirah seorang pengawas sekolah yang di amanah oleh barisan guru-guru pengawas. Tidak rela di memegang jawatan itu. Hari ni dia hanya meringankan tulangnya. Munirah mengeliat supaya merenggangkan otot-ototnya yang lenguh.
   “Moon, turun makan!” lauangan kakak iparnya kedengaran dari bawah.
   “ Ye. Sekejap lagi Moon turun.”
                                                               * * * *
   “WALAIKUMUSSALAM..” Encik Kamal menjawab salam tetamu yang hadir ke kediamannya. Puan Nora yang mendengar suaminya menjawab salam terkulat-kulat dia ke arah ruang tamu. Dia melangkah ke pintu. Dia tersenyum tetamu yang sudah lama dia tidak jumpa.
   “Marilah masuk, jangan malu-malu,” pelawa Puan Nora sebaik saja wajah Encik Harun dan Puan Alissa berada di hadapan pintu. Sabahat baik dari zaman mereka belajar lagi.
   “Lama betulkan kita jumpa, kau apa khabar. Kau masih tak berubah,”  tanya Encik Harun.
   “Aku sihat. Alhamdulilah.. Macam ni lah,”  balas Encik Kamal berselang seli ketawa.
   Mereka semua merebahkan punggung di atas sofa di sediakan. Sesekali kedengaran gelak tawa mereka. Mana tidaknya lama tak berjumpa. Gamat rumah banglo dua tingkat ni.
   “Ni Intan ke?” tanya Puan Nora kepada Puan Alissa. Puan Alissa tersenyum. Seorang gadis atau lebih tepat anak dara yang duduk bersebelahan dengan Puan Alissa.
    “Betul lah memang Intan pun,”
    “Dah lain sekarang. Makin cantik Intan sekarang,” pujian melambung buat diri Intan. Tersipu-sipu dia buatnya. Intan hanya berpakaian baju kemaja dan dipadankan dengan seluar jeans. Dan rambutnya di lepas paras bahu.
     “Adik, tolong panggil along turun,” pinta Puan Nora.
     “Okay. Ummi,” Anak bongsu Encik Kamal dan Puan Nora berlalu dan mendaki anak tangga ke bilik alongnya di tingkat atas.
    “Anak bongsu kau ke, Nora?”
    “Ye. Anak bongsu aku lah tu. Baru tingkat 3. Mana anak kau yang lain. Aiman dan Amylia mane,”
    “Aiman baru je masuk kolej. Ambil diploma kat KL. Yang si Amylia pulak dekat Singapura. Kerja  sambil belajar dengan sana. Tinggal lah Intan seorang,” Intan di tengah-tengah hanya menjadi pendengaran setia kepada dua wanita tu. Mana Nazrin ni. Dia tak jumpa aku ek. Intan mula mencebik. Langsung dia tidak nampak bayang lelaki di nanti-nantikan.
                                                               * * * *
DEDAUN pintu berkuak. Suraya menjenguk ke dalam bilik bujang milik abangnya. Tersusun rapi. Abangnya seorang kemas tak suka sepah-sepah. Abangnya macam umminya. Pantang kalau sepah-sepah. Dia ternampak sebatang tubuh milik abang di meja studi. Suraya mengorak langkah mendekati abangnya khusyuk baca komik Detective Conan lepas tu sumbat earphone dekat telinga. Ingatkan baca buku pelajaran. Alih-alih baca buku komik. Omel adiknya sendirian. Nazrin masih tidak menyedari kehadiran Suraya.
    Suraya merentap buku yang dibaca oleh abangnya. Tersentap Nazrin yang leka membaca. “Along, pasang lagu sampai volume berapa hah. Adik panggil langsung tak dengar kan,” Suhaila memeluk tubuh.
  “Alah, slow je lah adik. Along nak balik komik tu.” Tersengih-sengih dia apabila adiknya sudah marah. Harap je badan Suhaila tu kecil. Tapi volume suaranya, boleh pecah gegedang telinga.
   “Ummi, suruh turun. Tetamu dah sampai. Ini arahan. Cepat turun,”
   “Okay. kejap lagi along turun. Tapi bagi lah balik komik tu,” Suhaila hanya melangkah tidak endahkan.
   “Lepas makan baru adik bagi,” putus  Suhaila.
 Nazrin segera turun ke bawah. Ruang tamu sudah kosong. Mereka semua ada di bahagian gamat. Gelak tawa kedengaran. Sampai di meja makan, semua mata memandang ke arah Nazrin. Nazrin menghadiahkan senyuman.
    “Reen, Kamu kenal tak lagi. Ni uncle Harun, auntie Alissa dan ni puteri kesayangan mereka, Intan,” ucap Encik Kamal mengingatkan kembali memori anaknya.
  “Reen. Ingat abah.” Tangan Encik Harun di cium. “ Uncle .. Apa khabar.”
  “Uncle sihat aje. Dah besar kau, sekarang Reen. Dulu uncle jumpa kamu. Masih kecik lagi. Sekarang dah besar. Lepas tu handsome. Nanti tergugat anak dara uncle tengok.” Ruang makan bergema gelak tawa. Intan bertentang dengan Encik Harun tersipu malu.
  “Duduk la, Reen,” ucap Puan Alissa.
  Reen mengambil tempat tepi Intan. Intan tersenyum bangga. Nak ke tak nak dia terpaksa duduk di sebelah gadis tu. Memang tak dapat dinafikan, gadis itu memang cantik di matanya dan auranya tersendiri.
   “Reen, sihat,” tanya Intan setelah sekian lama memdiamkan diri. Intan tau kalau dia terus diam. Sampai bila pun, dia tidak akan berborak dekat laki tu. Nazrin meletakkan ayam goreng di atas pingangnya. Terdapat beberapa lauk istimewa yang ummi dan Mak Siah masak tuk tetamu malam ni.
    “Reen sihat je. Intan?” Nazrin hanya basa basi dengannya. Tersenyum simpul Intan pertanyaannya di jawab.
    “Intan sihat aje. Reen, family Intan dah pindah dekat sini. Senang lah kita nak jumpa selalu kan,” ujar Intan separuh berbisik.
     “What!” jerit Reen. Semua yang berada di meja itu tersentak. Termasuklah Intan di tepinya. Menyirap darah Intan.
    “Along!!” Puan Nora menjegilkan matanya.

BERSAMBUNG...

3 comments:

  1. ahaks. Masih permulaan. Nak komen lebih-lebih pun tak boleh. overall, okay :) Ohya. Jangan lupa update cerita KAP ;p

    ReplyDelete
  2. @Faqihah Husni hehe. tengs selalu komen.
    cerita KAP tu, akan di update jugak

    ReplyDelete
  3. cerita best... tp banyak sangat typo dan kesalahan tatabahasa... [sorry nyampuk] :P

    ReplyDelete

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)