Munirah Aishah Bab 2


BAB 2
Tamat saja waktu rehat bagi pelajar-pelajar menengah atas. Kelas kembali riuh rendah apabila cikgu tiada di kelas. Puan Juwita yang menghadirikan diri ke seminar sejak awal pagi tadi. Pelbagai ragam pelajar tingkatan 5 Sains 2. Kelas ni menempatkan 35 orang pelajar. Kelas ni harap je ada ketua tingkat dengan penolong. Hamppeehh. Langsung tak boleh guna. Matanya tertancap kumpulan kecil dan ke semuanya perempuan. Confrim bergosip lah tu. Adanya Mak Kiah kat depan tu apa lagi gosip tak habis-habis. Sakinah telah memegang jawatan Mak kiah sejak dari mula-mula dia masuk ke sekolah itu.
  “Itulah kerja perempuan tak habis gosip aje tau kan. Nak himpun dosa banyak-banyak kot,” omelnye Nazrin sendirian.
   “Apalah kau membebel ni, Reen.” Tegur Amirul yang duduk sebelahnya.
   “Tak ada apa-apa,” sepatah saja dia menjawab. Dia kembali baca komiknya.
   “Eh, kau tak cerita lagi kat aku kan. Sapa awek cun kau jumpa tadi.” Amirul cuba memancing minat Nazrin tuk dia cerita. Sewaktu rehat, Amirul tidak makan sekali dengannya. Reen entah hilang ke mana. Semasa dia ke toilet sebelum masuk ke kelas tadi. Amirul ternampak Nazrin dengan seorang perempuan di pondok rehat. Mula dia tak nak percaya. Lama dia tengok. Memang betul Nazrin. Menangis habis lah awek-awek lain tengok Nazrin dating dengn perempuan lain. Saham Nazrin dekat sekoalah tu tinggi. Tambah pula dia tu, pemain bola sepak sekolah yang di kebangaan Cikgu Fadzli.
   “Tak de sapa-sapa pun,” balas Nazrin tanpa memandang Amirul. “Kenapa, kau nak Mirul,”
   “Betul ke ni. Kau kenal aku dengan awek tu okay,” muka Amirul berubah ceria.
   “Nama dia Intan. Anak kawan abah aku. Aku tak suka. Aku rimas dengan peragai gedik dia tu,” ujar Shahzrul tanpa sebarang sembunyi . Itulah Shahzrul Nazrin. Cakap main lepas je. Kalau dia kata tak suka, tak suka lah. Jangan harap boleh paksa dia. Amirul mengerut dahi setelah pengakuan yang dilontarkan oleh Nazrin. Teruk sangat ke awek tu.
    “Kau, nak awek macam mana ek,”  soal Amirul. Amirul pun hairan. Awek macam dia nak kan sebenarnya. Awek punya cun, boleh dia tak nak. Dia mengeluh seketika. Reen menutup komik dan meletak di atas meja .
    “Kalau boleh aku nak lah sopan santun, baik, manis orangnya, manja bukan gedik ok. Tu saja,”  Nazrin kembali menelaatah komiknya. Tiba-tiba seseorang yang berdiri di hadapan  meja. Reen mengangkat kepalanya. Munirah Aishah. Comelnya dia. Dia tersenyum sendiri. Moon membalas senyumannya.
     “Nah..,” Moon menghulur sekeping sampul berwarna pink. Nazrin jadi pelik. “Untuk aku ke,”
     “Tak lah, tuk kucing-kucing kau kat rumah kau tu,” bidas Munirah. Munirah meletakkan sampul tu di atas meja. Dah tau mau tanya lagi. Munirah merengus kasar. Lantas dia menarik kerusinya di hadapan meja Nazrin. Munirah mengeluarkan latihan buku Bahasa Melayu untuk menyiapkan karangannya.
     Nazrin biarkan sahaja sampul surat tu. “Mesti intan lah tu,” pantas Reen mengepal-gepal sampul tu lalu mencampak ke tong sampah. “Yes. Masuk pun,”  Terlopong Amirul di sisinya

                                                    * * * *
MUNIRAH sengaja pulang ke rumah lewat dia mengabiskan masa dia mengemas kelasnya. Dah macam dengan kongkang pecah. Kelas lain tak macam ni pun. Omel sendirian. Salma dan Aryana, awal lagi diaorang sudah balik. Kebetulan keesokan harinya dia bertugas menyapu sampah. Esok tak payah susah nak datang ke kelas pagi tuk sapu sampah. Kalau diaorang sampah esok biar ark sorang aku kejarkan.
  “Hai!”
   “Opocot!”  melatah Munirah bila tiba-tiba ada suara muncul di muka pintu. Dia mengurut dadanya. Ingat semua pelajar dah balik ke rumah masing-masing. Yang mamat ni tak balik apasal ek.
   “Sorry, Moon. Tak sengaja,” pinta maaf dari Munirah. Munirah masih lagi menyapu sampah. Dia tidak menghirau kehadiran Nazrin di situ. Nazrin bersama gitar melangkah kaki dan meloncat ke atas meja. Kedengaran petik gitar dimainkan oleh Shahzrul Nazrin. Mana mamat tu dapat gitar pulak.
   Selesai saja dia menyapu sampah. Dia menolak dan menarik meja menjadi kemas dan teratur. Dia mencuri memandang lelaki tu.
    “Sudah lah tu, besok pun boleh sambung lagi kan,” pantas Nazrin bersuara. Nazrin tahu menyusun atur meja dan kerusi tugasnya tuk esok.
     “Kenapa kau balik lagi. Mak kau mesti dah balik kan,” Sememengnya semua mengenali Cikgu Nora dan anaknya yang juga menuntut di sekolah itu.
    “Saja.” Reen menjawab selamba. “Lagipun ummi aku dah balik lah. Tadi aku teman Muas kemaskan bilik muzik. Tu aku balik lewat sikit.”
     Munirah diam sejenak.
    “Duduklah sini. Nanti kau sakit kaki. Aku pula yang susah,” usik Nazrin. Dia tersengih bila Munirah sudah menjegil biji matanya. Dengan segera dia melangkah ke arah Nazrin. Dia duduk bersebelahan dengan Nazrin. Tetiba ada satu perasaan aneh muncul dalam dirinya. Dia tau dengan sapa dia duduk sekarang. Budak famous sekolah ni, kalau awek-awek lain tengok aku mati kena sembelih dengan diaorang.
     “Kau okay tak ni,” cuak Nazrin melihat wajah gadis di sisinya berubah. Munirah hanya mengangguk. Munirah menarik nafas dalam-dalam. Okay done.
     “Kau nak dengar aku nyanyi tak,”
     “Boleh ke kau nyanyi kalau suara kau macam katak demam, better tak payah lah,” gelak Munirah bila muka Nazrin mencuka.
     “Okay. Kalau suara aku sedap, kau kena belanja aku makan. Boleh,” cadang Nazrin.
      “Okay, Deal!” Gadis itu mengangguk dua kali sebelum kata setuju.
 Nazrin  membetulkan kedudukan. Petikan gitar mengikut rentak lagu.

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
Munirah yang terbisu, terkedu dan tersentap apabila suara Nazrin menyanyi lagu bertajuk Semua Tentang Kita daripada Peterpan  di persembahkan oleh Shahzrul Nazrin. Punyalah dasyat suara mamat ni. Eh, tadi aku ada deal dengan dia. Alahai.
    “Big clap!” Munirah menepuk tangan macam budak-budak tak cukup umur. “Sedap suara kau, lemah, manis dia dan masin nya secukup rasa,” komen Munirah dan mengangkat ibu jarinya tanda bagus.
    “Banyaklah kau kan, lemah, manis lah. Ingat suara aku ni kuih ke apa,” lelaki itu tersenyum nipis. Dia berpeluk tubuh. Mata setia memandang Munirah. Munirah sudah menarik muka. “ Hey, tak payah la buat mulut muncung macam tu. Kang aku cium baru tau.”
      Munirah terus menekup kedua-dua tangannya dan berinjak jauh sikit dari lelaki itu. Takut Nazrin apa-apa kan dia. Mukanya mulai merah padam. “Dah la,  aku nak layan kau. Aku nak balik,” Munirah mencapai ganas beg sekolahnya. Laju kakinya melangkah keluar pintu kelasnya.
    “Moon! Kau jangan lupa belanja dengan aku nanti. Kau dah janji,” jerit Nazrin yang beberapa meter jauh antara dia dengan Reen.
    “Kau nak apa?”
     Nazrin dapat idea nakal. “Aku nak kau masak maggie goreng,” Terlopong Munirah dengan permintaan tak di duga oleh Reen. Mamat ni biar betik.
     “Okay,” balas Munirah. Beberapa ketika susuk tubuh Munirah entah mengilang ke mana.
                                                             * * * *
“KORANG boleh diam tak sekejap,” tercenggang apabila  Munirah mula membuka mulutnya, setelah lama mendiamkan diri. Salma dan Aryana diam. Zip mulut lepas tu manggakan zip tu dan campak mangga tu dalam longkang. “Korang ni dekat sekolah pun gosip, dekat rumah aku pun nak gosip. Aduh, pening kepala aku dengar,” Munirah meletakkan buku novel yang bacanya tadi di atas meja. Buku novel tajuk Bicara Hati daripada Damya Hanna. Tak boleh nak feeling langsung.
    Kebetulan di rumahnya, mama dengan Kak Maya, kakak iparnya keluar ke kedai buku milik mama. Tinggallah dia keseorangan di rumah. Munirah mengajak budak dua orang  ni datang rumah temannya aku ni, tengok lain pulak jadi budak dua ni asyik pot pot pet.
   “Korang nak makan apa-apa tak,” soal Munirah sebelum bangun dari tempat duduk.  Salma dan Aryana masih diam. Munirah tepuk dahi. Aduhai! Lupa tadi aku suruh korang diam. Diam sangat-sangat. Sampai aku tanya pun tak nak jawab.
    “Korang boleh cakap dah.” Tersengih-sengih mereka berdua.
    “Aku nak puding dengan jus oren,” Salma mengangkat tangannya. “Eh, aku pulak nak makan cucur lah dengan horlicks ais,” kata Aryana sudah tidak sabar untuk mencekik.
    “Banyaklah korang punya cucur dengan puding,” Tangannya bersilang. Tercalit kehampaan pada wajah mereka berdua. “Puding dengan cucur tak ada, tapi macaroni dengan moist chocolate cake ada lah.”
    Serta merta wajah dua sabahat itu berubah ceria. “Jom-jom, aku dah lapar ni,” kata si gadis tidak bertudung, Aryana. Antara mereka bertiga, Aryana seorang tidak bertudung. Ketawa tiga sabahat dengan kerenah Aryana hobinya suka makan.
   Munirah mengambil pinggan dalam kabinet. Salma menuangkan jus oren ke dalam gelas.
   “Aku nak tanya kau sikit, Moon,” tanya Aryana sambil memotong chocolate cake dan dia menyusun di atas piring kecil. Munirah memandang saja.
   “Apa dia, kau nak tanya tu,” Munirah menapak kakinya ke meja makan. Di letaknya pinggan yang di ambil dari dalam kabinet.
    “Apa pendapat kau tenteng Reen, pemain bola sepak tu,”
Gulp! Telan air liur dia. Tetiba dia teringat tempoh hari Reen nyanyi lagu sewaktu habis sesi persekolahan. Terasa peluh merintih di dahinya. Apasal aku cuak sangat ni. Salma dan Aryana masih menunggu jawapan dari Munirah.
   “Kalau ikut aku tu, mamat tu okay je,” Munirah sedaya upaya berlagak. Hanya Allah saja tau perasaan dia macam mana ketika tu. “Kenapa korang tanya macam tu,”
   Aryana ligat menyuap macaroni dan suapan terhenti bila Munirah menyoalnya kembali.
  “Bila kitaorang perhatikan betul-betul korang sama cantik sama padan,” Salma bersuara.  Biar betul budak dua orang ni. Cari lah orang lain, apahal pula Reen juga nak kaitkan aku.
   “Malaslah aku nak layan korang ni, tanya soalan bukan-bukan,”
   “Alah betul apa, kau dengan budak bola tu sesuai,” Aryana membela Salma. Senyuman Munirah mati di situ. Aku dengan Reen. Langit dengan bumi jauh sangat tu.
   Singkap sikit pasal mamat gila bola tu. Nama penuh Shahzrul Nazrin. Nama glamour Reen. Otaknya ada satu benda. Bola hitam putih. Kalau dapat tendang bola tu kira dah boleh lepas gian. Saham dia dengan sekolah tu tinggi menggunung. Yelah Reen digelar the perfect guy. Tapi layan perempuan subhanallah, failed. Langsung tak gentleman. Reen tu tak suka kias-kias bagai ni. Bahasa sastera tak tinggi mana pun. Reen jenis straight to the point.
   Aku pernah dengar cerita pasal that guy, break up dengan girlfriend dia sebab bola dan komik. Ayoi, susah betul dengan dia ni. Satu lagi pasal mamat dia gila komik. Cakap je komik apa, siri apa. Mesti-mestinya ada lah. Okay sekarang ni perbandingan aku dengan dia.
   Cerita pasal aku pulak. Nama penuh aku Munirah Aishah Binti Mohd Kamaruddin. Nama glam Moon dalam kurungan Bulan. Aku tak suka boleh bola. Satu apa pasal bola pun aku tak tau. Tambah pulak nak sokong bagai ni. Lagi aku tak nak ambil port. Aku jenis gila IT. Minat aku pada berblogging. Itu baru betul Munirah Aishah. Komik pun tak minat. Minat aku pada novel. Di sekolah aku bergelar Hantu Novel. Kalau aku nak novel minta je kat mama. Hehe.
  Nampak kan perbezaan aku dan Reen. Kan aku dah cakap aku dengan Reen langit dengan bumi. Sapa berlaki Si Reen. Tu kira nasib lah kan. Haha.

Bersambung..

3 comments:

  1. best2 sweet..tapi ada grammar an spelling mistake..keep it up =)

    ReplyDelete
  2. kosa kata ada sedikit kesalahan.. ayat berterabur. tlg kemaskan.. tapi overall ok.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for komen. Insyaallah nanti sya perbetulkan keslahn tu . tq :)

      Delete

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)