Munirah Aishah Bab 3


BAB 3
  Sebungkus bekas plastik Tupperware lut sinar terletak sempurna di atas mejanya. Nazrin melilau mata ke arah setiap sudut kelasnya. Tiada sesiapa di dalam kelasnya. Nazrin meletakkan beg sekolah pada kerusi kayu itu. Nazrin melabuhkan punggung di kerusi itu.
  Bau pada bekas Tupperware itu mengeluarkan bau sungguh lazat. Kecur perutnya. Terselit sekeping kertas kecil di letakkan di bekas tersebut. Nazrin membaca ayat di atas kertas kecil di koyakkan daripada buku.
    Tu kau punya Maggie Goreng. Makan bagi habis. Penat aku buat. – Moon Comel J
  Nazrin tersenyum membaca memo daripada Moon. Pantas dia membuka bungkusan makanan tu. Pandai kau ni kan Moon, siap kasi sudu dengn garpu plastik. Bagus kau.
  Satu suap, dua suap ke dalam mulutnya. Sedap juga mak cik tu masak. Lepas ni kena minta lagilah. Kedengaran bunyi tapak kaki semakin dekat dan semakin dekat. Nazrin menoleh ke kiri.
   “Wei kau makan apa tu,” ujar Amirul sudah tercegat di tepi.
    “Maggie Goreng. Sedap tau. Dah menjilat jari aku ni,”
    “Sapa kasi dengan kau,”
    “Munirah Aishah,”
   Terlopong Amirul mendengar sebaris nama itu.
     “Awek aku suka tu bro,” ucap Amirul dengan wajah kehampaan.
     “Nasiblah sapa cepat dia dapat,”
     “Aku nak rasa sikit,” pinta Amirul sudah menelan air liur dengan maggie goreng di masak khas untuk Nazrin.
     “Tak boleh lah. Moon masak khas tuk akulah,” Nazrin sudah menunjukkan protes dia pabila membawa lari tupperware berisi kan maggie goreng ke meja depan.
      “Kedekutlah Reen,” Kurang asam punya kawan. Punyalah kedekut. Nazrin ternampak bayang hitam seseorang di balik pintu.
    “Apa korang buat dalam kelas ni,” kata-kata Munirah siap bercekak pingang lagi. Macam mak tiri. Suapan terakhir maggie goreng buatan khas dari Munirah terhenti.
   “Awak, dia kacau saya makan maggie goreng awak buat,” adu Nazrin seperti budak-budak kecil. Munirah memandang Nazrin dengan tidak puas hati. Mengadu macam budak kecik.
   “Habis tu kongsilah sikit,” Munirah mula bersuara. Terkelip-kelip Amirul memandang babak tak bertauliah tu.
   “Mana boleh. Moon yang masak untuk Reen. Terima kasih, Munirah sayang. Nanti nak lagi tau,”  ternganga Munirah memboleh dua tiga ekor lalat masuk ke mulut. Suka hati nenek tuk wan dia panggil aku sayang. Sapa sayang kau hah?!
   “Aku tak ada masalah nak masak tuk kau, nak pergi je lah makan kat kantin. Kan ada jual,” Nazrin menutup bekas Tupperware dan di masukkan sudu dalam tupperware tersebut.
   “Tak nak. Kat kantin tu tak sedap. Tapi yang di Reen makan sedap. Esok nak lagi okey,” puji Nazrin. Nazrin menghulurkan tupperware kosong itu ke arah Munirah. Munirah memandang pelik.
   “Pergilah buang sendiri. Aku bukan kuli kau lah,” Pemalas betullah mamat ni. Bekas kosong tu pun suruh aku buang. “Eh, korang keluar cepat sebelum aku tulis nama korang berdua,”  Nazrin menayang muka bosan. Bila perut dah kenyang, mulalah malas nak bangun. Lupa pulak nak bagitahu yang Cik Moon kita ni seorang pengawas begitu dedikasi dan bertanggungjawab.
                                                          *********
“Hai Abang Reen!!” Serentak suara-suara budak perempuan lebih kurang 10 orang. Segera Nazrin menoleh. Nazrin menelan air liur. Dan aku sorang je di sini. Mati kena serang kali ni. Di serang dengan perempuan dengan sekolah itu perkara dah biasa. Tak lah sebegini ramai. Ini luar biasa. Apa lagi lari lah Shahzrul Nazrin.
   Nazrin membuka langkah seribu. Nyaris dia terjatuh ke dalam longkang. Pelajar-pelajar perempuan masih mengejar di belakang. Dah macam filem hindustan ni. Pantas Nazrin membelok ke bangun sebelah kiri. Nasib brek kakinya kuat, tidak kali ni betul-betul dia masuk longkang. Nazrin terasa badannya di langgar seseorang.
  “Wei kau apahal ni Reen,” terpa di telinga Nazrin kedengar suara garau milik Syawal. Nazrin memperhatikan wajah pemuda yang ia tabrak tadi. Syawal Asri pemain bola sepak dan seraut wajah yang kacak seperti artis-artis Korea. Mukanya memutih dan matanya sedikit sepet. Kira Syawal ni pun tip top jugak lah kat sekolah ni “Dah macam kena kejar dengan hantu lagi,”
  Syawal melihat Nazrin tercungap-cungap. Penatnya tak terkira. Terpaksa berlari daripada awek-awek itu dari satu blok ke blok yang lain. Lemah lutut rasa. Kedengaran sayup-sayup pelajar perempuan menjerit namanya.  Aduh, penat lah kalau macam ni.
   “Awek-awek tu kejar kau Reen,” teka Syawal melihat kawan sepasukannya tengah  melepaskan lelahnya.
   “Yelah apa lagi, aku rasa macam dah masuk dalam filem hindustan lagi. Main kejar-kejar,” ucap Nazrin selang seli menarik nafas. Nazrin sudah terduduk di situ bersandarkan dinding bangunan sekolah. Geli hati Syawal melihat muka Nazrin yang serius.
  “Tak lawak punlah. Tak payahlah gelak macam tu,” geram Nazrin melihat Syawal ketawa sampai memicit-micit perut. 
   “Okay aku serius sorry,” Syawal sudah mengangkat tangan kedua-dua belah, seperti orang bersalah. “Apasalnya kalau kau bagi peluang dan ruang. Kau kan paling top dalam sekolah ni. Biasa lah tu kena serbu dengan peminat macam tu,”
  “Kalau macam nilah hari-hari. Mati aku,” Nazrin berkata. Nazrin memanggungkan kepala ke atas. Langit cerah tiada tanda-tanda hujan membasahi bumi. Pandangan terhalang apabila seorang perempuan berbaju uniform sekolah berwarna biru. Munirah Aishah sudah bercekak pingang.  Bersama dengan Salwa dan Aryana.
   “Hey Moon,” ucap Syawal dengan penuh keramahan. Sebenarnya Munirah menaruh hati kepada jejaka tampan itu.
   “Hey Syawal,” balas Munirah dengan tatatertib seorang gadis melayu terakhir di abad ni. “Encik Shahrul Nazrin, awak tahu tak. Awek-aweks tu cari awak,”
   Pandangan mata ke arah lelaki yang sudah duduk di atas lantai tu. Nazrin hanya memakai T-shirt putih tanpa corak berseluar sekolah. Baju sekolah ke mana lepasnya.
   “Kau tolonglah cakapkan aku dah balik,” rayu Nazrin. Sebelum Munirah berjumpa dengan Nazrin, meluru 10 orang pelajar junior mengepung Munirah dan the geng. Terkejut juga bila mereka semua buat macam tu. Siap diaorang main ugut-ugut lagi.
   “Aku rasa dah berlambat kut,” Munirah tarik sengihnya apabila sekumpulan budak perermpuan menjumpai pemain bola harapan sekolah tu.
   “Abang Reen!!” Serentak kesemua pelajar-pelajar perempuan itu lantas mendekati Nazrin yang sudah berdiri untuk bergerak dari situ. Syawal mengangkat bahu. Dah tak boleh nak buat apa-apa. Terbit rasa kesian di hati Munirah kepada Nazrin apabila dihimpit oleh peminat finantik. Munirah ada idea nakal berlegar di dalam kepalanya.
   “Weyh! Apasal korang gedik sangat dekat boyfriend aku tu,” Lontaran suara daripada Munirah membuat kesemua yang berada di situ reaksi mereka terkejut, terkesima seketika apabila menyebut perkataan boyfriend. Nazrin lagi lah terkejut.
   “Aku nak korang semua blah dari sini. Dah malu sangat gedik dengan boyfriend orang,” Sekali lagi Munirah bersuara. Kesemua pelajar perempuan tu membuat muka tidak berpuas hati dan beransur-ansur pergi dari itu. Nazrin menarik nafas lega.
   “Eh, Moon bila masa pulak kau couple dengan Reen,” soal Salma masih kebinggungan. Begitu juga dengan Aryana.
   “Baru seminit tadi,” ucap Munirah senada. “Aku mana ada couple dengan lelaki gila bola lah. Aku just tolong dia je,”
   Nazrin hanya mendengar bait-bait yang keluar daripada mulut gadis itu. Sejujurnya, dia berasa lega sangat apabila Munirah menolongnya sebentar tadi. Nazrin melurutkan rambutnya dengan kasar.
  “Thanks Moon,” ikhlas Nazrin mengucap kepada gadis berbaju kurung sekolah berwarna biru. Munirah sekadar mengangguk seraya itu. Munirah meninggalkan kedua-dua pemain bola sepak itu. Nazrin menarik nafas panjang. Kalau bukan kerana mak cik tu. Sah-sah dia kena teruk dengan budak-budak perempuan semua tu.
                                                              

                                                            *****
Kak Maya membawa Munirah ke kedai buku milik mak mentuanya. Kak Maya kesian melihat Munirah keseorangan dirumah lantas membawanya ke sini. Kedai buku itu tidak sesibuk seperti bookstore yang besar.
  Munirah membelek-belek buku mewarna kanak-kanak. Tersenyum sendiri. Munirah melirik matanya ke Kak Maya tekun membuat kira-kira. Baru dua tahun Kak Maya mendirikan rumah tangga dengan abang sulungnya, Lutfi Khairul. Kak Maya bakal timang cahaya tak lama lagi.
   Manakala abang keduanya sekarang menetap di Pulau Pinang iaitu Lutfi Kharil. Diaorang bukanlah pasangan kembar okay. Muka diaorang seiras. Cuma perbezaan daripada umur mereka. Abang kedua Munirah ni masih bujang tau.
   Suatu masa dulu Munirah ada seorang kakak. Tapi umur dia tak panjang masa tu Munirah di Tingkatan 1 dan kakaknya di Tingkatan 3. Kakaknya mengalami demam panas terlampau. Rindu pada arwah kakaknya, Munirah Awatif. Semoga tenang dia sana.
   Pantas Munirah menyeka air hangat mengalir ke luruh pipinya. Munirah membetulkan tudungnya sudah tersenget-senget. Munirah membelek-belek bukunya di bahagian novel. Terderet novel keluaran terbaru. Munirah mencapai salah satu novel di rak itu. Lalu dibaca rumusan daripada novel itu.
   “Moon,” sebuah suara lembut menyapanya. Munirah mengangkat wajahnya. Lelaki tu kemas berpakaian. Rambutnya di sisir rapi. Lelaki itu masih tidak berubah seperti dulu. Munirah mempamerkan senyuman.
   Hiruk-pikuk membingitkan telinganya. Tambah pula ketika itu waktu kemuncak orang ramai pulang setelah penat berkerja seharian. Munirah menghirup air yang dipesannya tadi. Merka berdua ke kedai berhampiran dengan kedai buku milik mamanya.   “Abang macam sekarang,” Munirah membuka mulut dan memulakan perbualan antara mereka.
   “Abang okay aje. Macam ni lah,” Haikal Zulfazli seorang lelaki yang tabah mengharungi kehidupannya. Kematian ibubapanya dari kecil menjadikan hidupnya sebatang kara. Selepas itu nenek Haikal mengambil tempat menjaga Haikal sehingga berusia usia 17 tahun. Di saat kertas terakhirnya kesemua pelajar bebas daripada peperangan menjawab soalan SPM, neneknya di jemput illahi. Tidak sempat Haikal menunjukkan kejayaannya kepada neneknya. Keputusan SPM memberangsangkan. Dia ditempatkan di Kolej Matrikulasi sekitar ibu negara.
  “Abang dah makin kurus sekarang,” ujar Munirah melihat perubahan mendadak pada lelaki itu. Dulu lelaki itu tidak kurus sangat.
  “Yaka, abang rasa makin berisi ada lah,” Bersahaja Haikal menutur dalam bibirnya. Semua orang menanyakan perubahan dirinya. Tersenyum Munirah, Munirah mudah bermesra dengan lelaki ini.
  “Abang masih ingat dengan Kak Atif,” usul Munirah menanyakan perasan sebenar Haikal. Kedengaran Haikal keluh kecil. Munirah Awatif merupakan cinta pertama Haikal. Dan cinta terakhir Munirah Awatif. Berbezaan umur antara Awatif dan Haikal hanya setahun.
   Mungkin jodoh antara mereka berakhir di sekolah. Diaorang tak pernah leka tentang pelajaran, bila tidak faham. Awatif sendiri akan berguru dengan Haikal. Mama tidak kaseh kalau bercinta tu membuatkan Awatif kuat belajar dan tidak melalaikan pelajar. Mama pun merestui hubungan mereka.
  Beberapa bulan Haikal terpaksa menanggung perasaan rindu kepada Awatif. Rindu tawanya, rindu pada senyuman manis milik gadis itu, rindu segalanya pada gadis bernama Munirah Awatif. Sehingga suatu hari, Haikal demam rindu pada Awatif. Haikal bermimpi tentang gadis tu. Gadis itu memintanya untuk kuat dan  menjalani kehidupan seperti biasa.
  “Munirah Awatif itu tak ada tarikh luput dalam hidup abang,” Sebegitu besar cinta Haikal kepada kakak Munirah. “Abang ada jumpa orang mirip macam muka Awatif,”
   Bersinar muka Munirah mendengar lontar daripada bibir lelaki itu. Sepasang mata hazel milik Haikal menampakkan keceriaan.
  “Abang jumpa dengan mana,” ucap Munirah penuh riang. Rindu pada wajah kakaknya.
  “Hari itu abang tolong Mak Ngah abang hias dan kemas dewan hotel mana entah. Dekat situlah. Cantik sangat. Macam Awatif,” Keringatan pada seraut wajah milik Awatif.
  “So abang tegur tak,”
  Haikal mengeleng kepala seraya menghirup air Nescafe di pesa. “Elok je abang toleh kebelakang, dia dah tak ada,”
   ‘Bunyi macam seram je. Toleh tak ada orang. Sudah abang Haikal ni,” omel Munirah.
  “Abang ni jangan lah main-main. Lain macam je bunyi,”
  “Betullah. Buat apa abang nak tipu. Abang duduk dekat situ. Lama tau. 5 jam kut,”
  “Abang cuba tanya Mak Ngah abang tu. Kut-kut dia tahu,” Munirah teringin sangat jumpa orang mirip seperti kakaknya. Mesti mama suka kalau dia tahu.
  “Tanya dah. Mak Ngah pun tak sure tu sapa,” Jelas wajah kehampaan pada Haikal. Comel. Desis dihati Haikal. “Macam dengan ayah Moon,”
    Tersentap dengan ujaran daripada Haikal. Ayah. Peluh memercik ke mukanya.
  “Entahlah abang, sampai sekarang. Moon tak pernah jumpa dia,” Mengedur suara Munirah mengatur ayat. Sejujurnya, Munirah tidak pernah lihat wajah ayahnya. Ayahnya entah hilang ke mana. Ayah buat mama gantung tak bertali. Kesian mama. Tapi setiap bulan nafkah diterima melalui akaunnya.
    Abang sulungnya cukup pantang kalau sebut tentang ayahnya. Pasti amarah kemuncak. Benar cakap abang, kalau ayah betul sayangkan kitaorang pasti dia ada dekat sisi kitaorang ketika ini. Mama cakap ayah ada jenguk kubur Kak Atif selepas sebulan. Tapi dia tak tahu siapa ayahnya. Ayahnya tinggalkan mamanya ketika usia Munirah 3 tahun. Munirah benar-benar dahagakan kasih sangat seorang ayah. Ayah dekat mana, Moon nak jumpa ayah.

BERSAMBUNG..

2 comments:

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)