Kau, Aku Punya! Bab 17



NOTA KAKI: Maaflah lambat update cerita ni. idea tak ada lorh. Jangan lupa tinggal kan komen. sorry tak berapa menarik :)





BAB 17
Malam yang tenang dan sepi. Tapi hatinya tidak setenang itu. Fikiran mulai mengusut. Hujan sudah membasahi bumi. Terasa sejuk sehingga memasuki tulang sum-sumnya. Seorang gadis cantik berambut hitam pekat terbaring di tempat tidur. Wajahnya yang putih sedikit kemerah-merahan. Itulah namanya Humaira.
  Kejadian lewat petang tadi masih menbekas di hatinya. Humiara keliru harus mempercayai siapa. Yang pasti dia benar-benar terkejut. Pertengkaran kecil itu memcetuskan perasaan yang sukar di fahami. Benarkah aku mula sayang pada dia? Humaira teringat kejadian di sekolah petang tadi.
  “What!” raung Aira marah. Mukanya merah seperti kawah gunung berapi. Nerina masih bertegak di situ. Nerina dah dapat meneka pasti Aira bakal mengamuk.
   “Kau jangan main-main okay,” Aira menuding jari ke muka Nerina pantas Nerina menepis. Sekumpulan pelajar yang buat study group menerjah masuk ke ruang kantin. Nyaring suara Aira menjerit sehingga kedengaran ke kelas mereka. Mereka kesemua terpinga-pinga melihat Aira bertengang urat dengan Nerina. Terkejut Iskandar melihat susuk tubuh Nerina masih di sekolah. Sudah dipesan pulang ke rumah.
   “Buat apa aku nak main-main. Syafiq Iskandar  tu boyfriend aku faham,” kata-kata dari mulut Nerina merentap jiwa Humaira yang berada di situ. Nafas tersekat-sekat. Mati senyuman ketika. Diana dan Amira menjurus memandang Humaira, kini wajahnya berubah serta merta.
  Nerina memandang wajah Iskandar yang berada situ ketika. Lelaki yang berambut hitam itu langsung mengesat peluh yang mencurah seperti air terjun. Aira mendekati Iskandar.
  “Betul ke Is semua ni,” soal Aira meminta menjelaskan perkara sebenar.
   “Hmmm..” Hanya itu saja yang keluar dari bibir lelaki itu. Bagai nak pecah jantung Humaira ketika. Setapak demi setapak Humaira mengundur ke belakang. Empangan di tubirnya mulai pecah.
   Humaira pantas berlari ke kelas semula. Dia tak sanggup duduk di situ. Kenapa lelaki suka memainkan perasaan orang perempuan? Kenapa!
  Humaira mendapatkan mejanya. Terburu-buru Humaira mengemaskan buku-bukunya ke dalam beg sambil diseka air mata tumpah ke pipinya.
  “Maira” Terasa pergelangan di sentuh oleh seseorang. Humaira mendongak. Humaira menatap wajah lelaki itu. Pantas dia mengalih pandangan ke arah lain. Tak sanggup nak bertentang mata dengan lelaki itu. Terasa pedih hatinya ketika itu. Pengakuan  tidak dijangka.
  “Maira, dengar dulu apa Is nak cakap,” Pantas Iskandar menyekat perjalanan Humaira yang menapak kaki keluar dari kelas.
   “Tak ada apa-apa lagi perlu dibincangkan,” ucap Humaira dalam sebak. Humaira sendiri tidak tahu perasaan sebenar. Dia jadi dua hati. Antara kasih seorang kawan atau kasih sebagai kekasih.
   “Anatara Is dengan dia tak ada apa-apa pun, dia adik angkat Is je. Tapi untuk seminggu ini dia minta jadi boyfriend dia sekejap,” mendatar percakapan daripada lelaki itu.
  Humaira memaling wajahnya. Dilempar senyum sinis. “Maira tak kaseh pun, sekejap ke lama,”
  “Maira bagi peluang Is terang dulu,”
  “Nak terang apa lagi,”
  “Nerina, ex-girlfriend Is,” senada jawapan dari Iskandar. Sekali terasa tubuhnya disambar petir. “Kitaorang couple dalam diam, lepas tu kitaorang putus. Tak ada sapa-sapa pun tahu hal ni. Dia minta nak teruskan balik. Is cakap tak nak,”
  Mau saja dia nangis sepuas hatinya. Tetapi dia harus kuat dengan semua ni. Ini dugaan buatnya.
   “Kenapa tak sambung je,”
   “Sebab Is dah ada Maira. Is tunggu kita besar aje. Boleh Is pinang Maira,” tanpa rasa malu Iskandar mengucap. Humaira lirik ke arah Iskandar. Tenang lelaki itu menjawab. Perasaannya tadi hilang detik demi detik.
   “Jangan nak merapu lah,”
   “Betul lah, buat apa nak tipu. Kenapa nak suruh Is hantar rombongan sekarang jugak ke,” usik Iskandar. Humaira menggigit bibir bahagian bawahnya sambil memalingkan wajahnya dari Iskandar. Mukanya menahan malu.
   “Bagitahu dengan Mama Is baru tahu,” Geram dengan perangai Iskandar.
   “Bagitahu jelah. Mesti dia lagi suka dapat menantu awal. Tak payah tunggu besar,” sakat lagi Iskandar . Makin merah muka Humaira di sakat. Kalau Humaira dah jadi bini Iskandar, dah lama Iskandar cubit pipi gebu Humaira. Senyum merekah di bibirnya yang mungil. Jiwanya seolah sudah meninggalkan raganya. Dia melayang tinggi, terbang sambil menangis bahagia dan bernyanyi riang.
                                                          ********
Iskandar mengatur langkah ke halaman rumah. Suasana redup menyamankan persekitaran rumahnya. Dari jauh kelihatan kedua-dua sabahatnya mengunjungi kediaman milik Datuk Abd Rahman. Setiba di meja yang menghiasi kawasan halaman kediaman tu Iskandar berjabat tangan dengan sabahatnya. Dia kemudian menarik kerusi dan segera mendudukkan dirinya.
   “So, Maira macam mana?” Tarmizi memulakan perbualan antara mereka.
   “Dia okay aje, tadi aku pujuk dia,” Suara milik Iskandar mengendur. Darus sekadar memandang. “Entah aku pun kadang-kadang tak faham dengan perangai Maira tu,”
   “Kalau jadi macam tu, maknanya dia dah sayang dekat kau,” ucap Darus penuh ceria. Mungkin dulu Darus cuba mendekati gadis. Dekati memang satu perkara cukup muda tapi nak mengambil perasaan, hati dan jiwa gadis kacukan tu memang sukar.
   “Dia tak pernah pun cakap sayang dekat aku. Aku je yang lebih-lebih,” usul Iskandar meraut wajahnya kasar. Mak Jah menatang dulang ke meja bulat. Gelas dan jug besar berisikan air Oren bersama kuih dibuat oleh Mak Jah.
   “Terima kasih Mak Jah,” ucap ikhlas daripada Tarmizi. Mak Jah sekadar mengangguk. Mak Jah kembali masuk ke dalam rumah agam itu. Dibiarkan Iskandar bersama rakan-rakan pada hujung minggu begini.
   “Is, kau tak pernah pun cerita kat kitaorang pasal Nerina,” ujar Tarmizi sambil menuang air Oren ke gelas kaca tu. Sengaja Tarmizi membuka cerita tentang Nerina. Kunyahan kuih di mulut Darus terhenti mendengar nama Nerina. Iskandar memandang Tarmizi.
  “Nerina dan Nerini,” Iskandar memulakan bercerita pasangan kembar itu. Khusyuk mereka berdua Iskandar nak bercerita. Dah macam budak tadika. Main-main bercerita pulak
  Jari Tarmizi di petik. “Nerini tu dah tak ada kan,”  Iskandar sekadar mengangguk. Darus hanya memasang telinga. Otak Darus ligat memutarkan nama Nerini.
  “Setahun lepas aku ada tolong arwah Nerini ke hospital. Tapi arwah dah salah faham aku pun jadi binggung macam mana nak terang dekat dia yang aku just bantu dia ke hospital bukan aku yang tolak dia masa kereta nak rempuh dia tu. Lebih kurang dua minggu pemergian arwah. Nerina cari aku. Berbuih mulut aku terang dekat dia yang Cuma hantar dia ke hospital. Dari situ aku rapat dengan dia. Semuanya dalam diam,” Dalam tenang Iskandar menceritakan satu per satu. Fikirannya Darus menjadi berputar-putar antara pertanyaan itu. Perlu ke Darus bagitahu hal sebenarnya..                         
                                                           ********
“Nah!” Iskandar hulur Cadburry.Humaira buat muka tak malu, ambil dan terus koyak kertas pembalut ala-ala kemaruk mengidam dua bulan. Padahal baru tengah hari tadi aku jamah.
 “Maira ni suka sangat benda alah ni, kenapa?” soal Iskandar, penuh tanda tanya. Humaira senyum. Malas jawab. Walaupun sebenarnya soalan dia sangat kacang nak jawab. Tapi aku degil, tetap tak mahu jawab.
 “Bak sikit” Minta dia. Humaira geleng sambil sorokkan coklat itu belakang badan. Sengaja aku busuk hati. Tapi Humaira memang kedekut nak kongsi coklat kegemaran ini. Terasa tercarik hati dan sanubari aku. Okeh tak, hyperbola sangat.
 “Kau tahu, kalau ada orang datang rumah... maksud aku rombongan meminang bawa satu lori Cadburry  mesti aku terima lamaran dia,” Humaira cakap dengan yakin. Siap genggam tangan dengan mulut herot bengot. Tanda semangat. Humaira syak matanya bersinar-sinar, macam cerita kartun dalam tivi.
  ‘Sampai macam tu sekali. Punya lah hantu chocalate,’ tutur Iskandar dalam hati sambil mengelengkan kepalany. Seperti biasa petang itu mereka ada study group. Di kelas hanya mereka berdua. Iskandar dan Humaira. Di ajaknya Humaira, katanya tak nak. Nak Cadburry aje.
 “Kau tak jumpa ke Nerina,” soal Humaira, sejak dari hari tu jarang nampak Nerina dan Iskandar. Iskandar hanya diam. Iskandar sengaja mengekal tuk berjumpa Nerina. Berpuluh-puluh misscall di terima sejak dari hari tu. Langsung Iskandar buat tak tahu.
  “Kenapa kau jealous ke,” seloroh Iskandar, Humaira mula cuak. Rileks Maira jangan cuak nanti dia nampak. Tapi macam biasa, itu cuma monolog dalaman je.
  “Mana ada aku jealous lah. Humaira dan jealous tu bukan kawan rapat okay,” kata Humaira terus mengunyah chocolate ke mulutnya. Iskandar merampas separuh bar chococalate dari tangan Humaira. Humaira terkejut lantas di jegilkan matanya. Buruk siku. Tadi bagi ni ambil balik.
  Tiba-tiba Humaira rasa manis dalam mulut. Coklat. Iskandar sumbatkan coklat Cadburry dalam mulut aku. Tuhan, kenapa debaran dalam dada terasa sungguh kencang ni? Aku nak kena sakit jantung ke? Aduh.
  Direktor, cut-cut! Cepat. Aku dah tak sanggup lagi.
                                                           *********
Terbahak-bahak mereka ke semua gelak. Humaira lagi lah sampai air mata mengalir di tubir matanya.  Apabila Darus menceritakan mimpinya semalam.
  “Sudah lah tu. Tak payahlah gelak lebih-lebih,” marah Darus. Semalam Darus bermimpi bertemu seorang gadis berbayu kebaya dan bersanggul tidak tinggi. Sungguh cantik. Terpukau sesiapa memandangnya. Apabila gadis itu bersuara, gadis itu mengeluar suara jantan. Terus Darus terjaga daripada tidur. Bagaikan mimpi ngeri.
  “Hahaha.. kau mimpi pondan,” ucap Humaira dalam geladakkan ketawa. Tetiba Darus meliku kepala Humaira. Geram dengan Humaira asyik gelak dari tadi lagi. Humaira mengosok-gosok kepalanya. Ketawanya terhenti.
 “Sakit lah wei,” rengut Humaira lagak seperti budak kecil.
 “Tu lah, gelak sikit sudah lah. Tak payah banyak-banyak,” Tawa daripada rakan-rakannya mati bila tangan Darus naik di atas kepala Humaira. “Lepas aku bangun tu terus aku tak boleh tidur. Ngeri aku rasa,”
  “Tu lah, selalu sangat kacau Si Lan tu,” bidas Diana. Azlan atau Si Sotong, dia tu lembut-lembut macam sotong. Kalau dia jalan macam itik pulang petang. lemah lembut bukan main lagi. Meremang tengok dia kadang-kadang. Tak tengok lagi cara dia cakap. Kalah perempuan melayu terakhir.
  “Okay. Lepas ni aku tak kacau dia dah,” Darus mengalah. Darus memang suka mengusik Si Sotong tu, kalau dia lalu depan kitaorang. Mesti Darus yang mengusik dulu. Sekarang ni tau pulak takut.
  “Aku pun dah meremang bulu roma teringat dekat mimpi tu sekali dengan Si Sotong tu,” ucap Darus dengan penuh penyesalan. Darus ni kadang-kadang nakal, ada kala tu baik tak bertempat. Pelik jugak dengan sikap. Amira dan Diana tersenyum melihat Darus yang sudah serabut tak tentu pasal. Amira dan Tarmizi sudah berbaik. Lama jugak diaorang nak berbaik balik. Amira kan hati keras bak kerikil. Bersabar aje lah yer, Mizi.
  “Kalau kau tak mimpi. Sampai bila-bila pun kau kacau Sotong tu lagi kan,” ulas Humaira. Darus meraup mukanya banyak kali. Macam orang tengah mengalami masalah dunia. “Nanti kau pergi minta maaf kat Lan tau,”
  Iskandar hanya diam dari tadi. Humaira mengalih pandang dekat lelaki itu. Langsung tak bersuara. Tak tahu lah kenapa. Nak tegur pun salah.
  “Korang, aku ada something nak bagitahu korang semua,” mendatar suara Darus. Amira dan Diana saling berpandangan. Iskandar mendongaknya sedikit memandang Darus dan yang lain sudah berubah muka. Humaira menongkat dagunya dengan tangan. Tak sabar nak dengar story dari Darus.
  “Sebenarnya..” ujar Darus lambat-lambat. Mamat ni time macam ni tak payah lah nak buat surprise. Cakap je lah straight. Tukas Humaira di hatinya.
  “Aku yang selamatkan Nerini tu,” sepantas kilat Darus berkata. Semua terlopong yang duduk di meja itu. Berkeru dahi Humaira. Iskandar riaknya betul-betul terkejut. Sepi. Tiada sebarang suara di situ hanya kedengaran bunyi kipas berputar di syiling.
  “Kenapa kau tak bagitahu aku?” tanya Iskandar, serius.
   “Aku tak tahu macam mana nak cerita dekat korang. Masa aku tolak arwah tu, dia sebut nama kau, Is. Sumpah masa tu aku terasa sangat. aku sayang sangat dengan arwah sampai sekarang. Tapi arwah tak pernah pun tahu. Aku pendam perasaan tu bila aku tahu dia suka dekat kau,” tulus setiap butir bicara daripada lelaki itu. Jarang lelaki itu buat pengakuan, dia lebih suka pendam. Macam perempuan ada. Lama kami semua berada di dalam kelas tersebut.

BERSAMBUNG..

7 comments:

  1. @arifuka kashirin okay. nanti akan di sambung. cuma lambat sikit :)

    ReplyDelete
  2. cepat update k...xsbar nak baca sambungannya...best sangat...:)

    ReplyDelete
  3. @simulutmurai sambungan? insyaallah di sambungkan.

    ReplyDelete
  4. best giler citer nie..bila nak sambung semula tak sabar tunggu..agak2 buku ni bila kuar yer...nak taw sgt pe ending maira ngan is..yg misteri tu cz parents diaorang cm sorok sesuatu mcm is ngan maira adik beradik jer..huhuhu

    ReplyDelete
  5. bila novel ni nk Kuar n camne nk order yea

    ReplyDelete
  6. novel ni blom d Kuarkn lg yea citernya best Sgt x sabo nk dptkn novel ni

    ReplyDelete

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)