NOTA KAKI: Pertukaran tajuk daripada Munirah Aishah kepada Kekasih Kontrak.
BAB
4
Nazrin
segak berpakaian seragam sekolah. Nazrin sengaja duduk di belakang sekolah
terdapat sebilangan pelajar lelaki sedang khusyuk menghisap rokok. Tulah port
menarik untuk mahu dikantoi oleh guru atau pun pengawas. Asap rokok berkepul-kepul daripada sekumpulan
pelajar lelaki. Nazrin memerhati lama kegiatan mereka tak bermoral itu.
Amar mendekati Nazrin yang tersandar pada
dinding, di hulur sebatang rokok kepadanya. Nazrin sememangnya tidak merokok. Huluran
itu tidak di sambut. Biarpun hasutan syaitan menari di telinga, tetap di
endahkan.
Amar kembali menyimpan ke dalam poket
seluarnya. Lantas mengambil tempat di sebelah Nazrin. Amar seorang pelajar yang
nakal dan suka melawan cakap guru-guru di sekolah itu. Setiap orang perangai
berbeza, Amar di besar keluarga yang sempurna. Amar, tidak mempunyai abang,
kakak ataupun adik. Dia merupakan anak tunggal dalam keluarga itu.
Ibubapanya sering bekerja siang malam. Dia di
jaga oleh pembantu rumahnya. Amar seorang yang liar, tidak kira malam atau siang
pasti dia akan keluar daripada rumah itu. Amar kurang kasih sayang daripada
ibubapa.
“Aku nak tanya kau sikit,” soal Amar sambil
meletakkan rokok di bibirnya. Nazrin sekadar memandang.
“Apa dia,”
“Kau kan playboy dekat sekolah,” Amar mula
menganjingnya. Nazrin sekadar tersengih. Perlukah aku bangga dengan pujian itu?
Wajarkah aku mengetuk hujung kasut aku ini pada batang hidung Amar. Telinga
sudah lali dengan anjing-anjingan daripada teman-teman sebaya.
“Yelah, kau dekat sini dah lama. Semua awek
cun dekat sekolah ni kau sapu,” sampuk Hamid yang muncul gigih menanjingnya.
Nazrin hanya diam, sekadar melempar senyum kambing.
“Apa kau pakai Reen,” Amar menyiku tulang
rusuk kiri Nazrin. Ilmu abah engkau! Nazrin monolog dalaman.
“Ha’ah, share aaa Reen” galak Hamid
‘Share abah engkau,’
“Ustaz cakap, tak baik kedekut ilmu,” Amar
memancing Nazrin sekali lagi.
‘Ustaz abah kau,’
Nazrin
mengambil tindakkan meninggalkan mereka terpinga-pinga disitu.Nazrin tidak
pedulikan anjing-anjingan dari Amar dan Hamid. Makin dilayan nanti makin senak
dada. Suara Cikgu Reza bagaikan guruh kalau menjerit kedengaran menghalau
pelajar-pelajar lelaki berhimpun di belakang sekolah itu.
Lintang pukang pelajar-pelajar itu lari ke
kelas masing-masing. Mujur Nazrin sudah keluar dari tempat itu. Kalau tidak
mesti Cikgu Reza akan buat laporan ke umminya. Di koridor melihat susuk tubuh
seorang perempuan dia sukai, Nur Hani. Comel gadis itu. Baru sahaja Nazrin
ingin mendekati Hani, tetiba seorang lelaki merupakan senior terpengaruh di
sekolah itu, Syakir teman lelaki Hani. Melepas lagi.
Langkah kakinya terhenti apabila gadis kecil
molek berdiri bertentangan dengannya hanya beberapa inci.
“Kau pergi mana tadi,” soal Munirah sudah
bercekak pingang ala-ala gaya mak tiri.
‘Pergi Indonesia,’
“Pergi belakang sekolah,”
“Ada apa dekat sana tu,”
‘Ada kenduri cukur jambul.. tak ada sesiapa
di jemput kau ni, wahai Cik Munirah Aishah,’
“Saja. Aku lepak dekat belakang tu,”
“Kau pergi masuk kelas, kau tengok dengan
meja aku,” arah Munirah sambil menuding jari ke dalam kelas. Tubuh Munirah
kecil tu di tolak sementah-mentah nyaris terbatas Munirah. Munirah merengus
kasar. Munirah membontoti Nazrin masuk ke dalam kelas.
Terlopong Nazrin melihat sebatul berisikan
surat cinta monyet di atas meja Munirah. Nazrin mengeledah surat-surat itu.
Semuanya tertentara namanya.
‘Gila lah budak-budak ni,’ monolog Nazrin
sendirian.
“Sejak bila kau jadi posmen dekat sekolah
wahai Cik Munirah Aishah,” Nazrin bertanya. Munirah sudah berpeluk tubuh.
Munirah tahu pasti Shahzrul Nazrin, seorang pemain bola sepak itu akan
terkezut. Dan jangkaan Munirah tetap.
“Sejak aku jadi kekasih palsu kau,”
‘Sudah, lain yang aku rancang. Lain pulak
jadi,’
BEBERAPA
HARI SEBELUMNYA..
Getaran
telefon bimbit milik Munirah mengejutkan Munirah sedang enak di ulit mimpi. Dia
terjaga. Nama Nazrin tertera pada skrin. Munirah menggaru kepalanya tidak gatal.
Tetiba je mamat ni nak telefon tengah malam buta ni. Munirah mencapai jam
loceng Winnie The Pooh di atas meja. Jarum jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Apa
dah buang tabiat ka mamat ni?
Munirah merengus kasar. Satu panggilan
daripada Nazrin sengaja tidak di jawab. Selepas beberapa telefonnya berhenti
berdering. Dia menarik nafas lega. Munirah kembali lelapkan mata. Telefon
bimbitnya disorong di bawah bantal. Baru sesaat memejamkan mata, telefonnya
kembali berdering. Panggilan daripaada Nazrin.
“Kau nak apa pagi-pagi,” tengking Munirah
sebaik sahaja menjawab panggilan daripada Nazrin.
“Reti pun angkat,” balas Nazrin di hujung
corong.
“Apa yang penting sangat kau telefon aku
malam-malam buta ni,”
“Aku tak boleh nak tidur lah,” jawab Nazrin
selamba. Sejak dua tiga hari ni, Nazrin sukar melelapkan matanya. Asyik
bayangan wajah mak cik yang kuat membebel ni muncul dalam tidurnya. Jatuh
cintakah aku pada mak cik. Tak mungkin lah. Nazrin tidak akan pegang title fall in love. Tapi sejak Munirah
mengaku atau menyamar sebagai kekasih bidan terjun semasa di serang oleh
peminat fanatiknya.
“Kalau kau tak boleh tidur itu bukan urus aku
lah. Pergilah telan ubat tidur tak pun kau telan racun tikus ke. Lain kali tak boleh tidur tak payahlah ganggu
tidur aku. Kau tak sebab kau telefon prince
charming aku dah lari tau tak ,” ujar Munirah sedikit melenting. Dah lah
ganggu tidur orang.
“Oit
mak cik apa yang kau membebel?” tanya Nazrin sambil mengeluh lemah.
“So, apa alasan kau telefon aku malam-malam
ni,”
“Aku tak boleh tidur. Tu aje,” ujar Nazrin.
Sebenarnya Nazrin ada niat lain. Munirah semakin pelik apa sebenarnya mamat ni
malam-malam macam ni. Munirah sudah tidak berasa mengantuk, kebetulan hari ini
dia tidur awal sedikit pada hari biasa. Badannya terlalu letih sangat. Pulang
saja dari sekolah di kedai buku terus.
“Aku ada benda nak bagitahu kau sikit,”
sambung Nazrin lagi. Munirah mula berdebar-debar. Terasa peluh dinding keluar
ke pangkal lehernya. Reen ni, bukan boleh buat main-main. Kang dia minta
bukan-bukan pulak. Monolog Munirah dalam lubuk hatinya.
“Apa dia. Cakap aje lah,”
“Aku nak kau jadi girlfriend kontrak aku tuk sementara waktu ni,” beritahu Nazrin.
“Hah?!” mata Munirah terkebil-kebil Munirah.
Terkejut. Kan aku jangka mesti mamat ni minta bukan-bukan.
“Kau ni pekak ke apa,”
“Aku tak pekaklah,” suara Munirah sedikit
meninggi. Ish, tak romantik langsunglah mamat ni. Tetiba ajak aku jadi
girlfriend, girlfriend kontrak pulak tu.
“Kenapa pulak aku nak jadi girlfriend kau
pulak. Kau dah jatuh cinta dekat aku ke,” seloroh Munirah sambil ketawa kecil.
“Ceh! Aku nak jatuh cinta dengan kau. Sorry
okay,” jawab Nazrin selamba.
“Ewah-ewah berlagaknya kau ni kan. Kalau kau
tak jatuh cinta dekat aku. Apahal kau ajak aku jadi girlfriend kau,” geram Munirah ketika itu. Kalau ada dekat depan
mata, nak saja heret mamat tu dekat budak-budak perempuan yang kejar Nazrin
tempoh hari.
“Sekurang-kurangnya, tak ada lah ramai sangat nak kacau aku ni. Kalau
diaorang tahu kau tu girlfriend aku
sekarang ni. Yelah, kau kan garang mengalah mak tiri,” ucap Nazrin sedang
mengatur rancang supaya tidak di ganggu oleh pelajar perempuan sekolahnya.
Adanya Munirah, boleh menyelamatkan keadaan.
“Kiranya kau nak pergunakan akulah
sekarang,” soal Munirah. Pandai atur rancangankan. Ohh, lepas tu cakap aku
garang macam mak tiri pulak. Wah-wah, sedap betul kau kata dekat aku kan.
“Pandai pun kau kan. Kau nak ke tak nak,”
Nazrin tersenyum bangga.
“Lama ke sekejap?”
“Sampai habis SPM. Boleh kan,”
Mak aih, lamanya. Dia ni memang nak
pergunakan aku betullah. Bisik di hati Munirah.
“Kau nak tak,” suara Nazrin meninggi sedikit.
Dah nak minta tolong. Main tengking-tengking pulak.
“Yelah-yelah. Kira lepas SPM. Aku dengan kau
tak ada apa-apa lah kan,” Munirah meminta kepastian.
“Yelah, lepas kita dah tak ada apa. Okay lah
aku nak tidur. Mengantuk,”
“Tadi kau cakap, kau tak boleh nak tidur,”
“Sekarang ni aku dah mengantuk. Selamat
malam,” ucap Nazrin sebelum mematikan panggilan. Munirah terpinga-pinga. Apa
yang sebenarnya mamat tu nak.
“Dan sekarang aku tak boleh nak tidur. Siap
kau nanti Shahzrul Nazrin,”
******
“Reen,
kau nak buat apa dengan surat-surat tu,” soal Munirah dari tadi mengekori
lelaki yang bergelar boyfriend sementaranya itu. Soalan Munirah langsung tidak
di endah. Kakinya terus melangkah setapak demi setapak ke hadapan.
Munirah memintas langkah Nazrin. Kini Munirah
benar-benar dihadapan. Lalu di rampas sebakul surat tidak rasmi itu. Geram
melihat Nazrin menonong berjalan tanpa mempedulikan Munirah yang memangginya.
“Kau nak buat apa dengan surat ni,” tukas
Munirah. Nazrin merenung tajam ke arah Munirah.
‘Suka hati aku lah, aku nak buat apa pun. Kau
sibuk sangat apa hal,’
“Aku nak suruh Pak Abu bakar surat ni,”
selamba badak Nazrin menjawab. Ternganga Munirah ketika itu. Teruk sangat ke
dapat surat cinta daripada peminat. Pelik lah mamat. Orang lain tunggu surat
cinta yang dia, nak bakar surat cinta itu.
“Aku tak izin,” kata Munirah sambil memeluk
bakul itu rapat ke dadanya.
“Itu bukan hak kau lah, bak sini balik,”
“Aku ada hak lah, sebab aku girlfriend kau,” ujar Munirah sebelum
meninggalkan lelaki tu terkontang-kanting. Kata-kata daripada bibir mungkil
Munirah membuatkan Nazrin terpinga-pinga seketika. Lepas dengar apa yang
Munirah cakap tadi, Nazrin jadi spceehless.
Munirah kembali ke kelasnya, geram dengan
perangai Nazrin. Macam budak-budak, langsung tak nak bawa bersabar. Cuba lah
belajar bersabar sikit. Munirah membelek-belek setiap surat-surat tuk Nazrin
aka Boyfriend Kontrak.
Wangian pada surat itu menusuk-nusuk lubang
hidung. Sakit hidungnya membau wangian pada surat itu. Macam ni rupanya orang
hantar surat dengan secret admire.
Kenapa budak-budak ni hantar dengan Nazrin. Nazrin tu lah pelik. Macam tak ada orang.
Cuba lah hantar dengan Syawal ke, Aril ke tak pun Hafiz. Diaorang tu okaylah
jugak. Ini tidak hantar dengan Nazrin.
“Banyaknya surat kau,” Rahim menyapa, lantas
menarik kerusi di sorong ke dalam meja itu. Rahim, nama tak padan dengan
mukanya. Muka punya lah handsome, tapi nama tak boleh blah. Masa mula dia
kenalkan diri. Semua orang gelakannya. Rahim merupakan pelajar baru yang
berpindah ke sekolah.
“Bukan aku lah, Reen punya,” ujar Munirah
menyusun keping-keping surat itu. Munirah jeling ke arah luar tingkap.
“Bak satu, aku nak,”
“Tak boleh. Semua ni kepunyaan Reen okay
bukan Rahim,” Munirah berkata sambil melebarkan senyuman.
“Comel lah kau senyum macam tu. Nanti senyum
macam lagi tau,” tergoda Rahim melihat senyuman manis daripada Munirah. Tetiba
di belakangnya terasa ada orang sedang berdiri. Munirah menoleh ke belakang.
Wajah serius Nazrin dipamerkan.
“Kau dah tak ada kerja lain ke, nak ganggu
awek aku,” ucap Nazrin berbaur tegas. Terbeliak biji mata Rahim ketika itu.
Takkan lah diaorang couple pulak kut. Boleh ke anjing dengan kucing boleh
bergabung. Tak mungkin lah. Munirah Aishah, seorang gadis agak garang itu tidak
di nafikan. Tapi sekali dia senyum semua orang boleh tunggang langgang dunia. Senyuman dia
boleh mencairkan setiap orang, tapi bila mula mengamuk semua orang berterabur
lari selamatkan diri.
Munirah menjeling ke arah Rahim sudah
terpinga-pinga. Tanpa menunggu lama, Rahim meninggalkan tempat duduk itu.
Nazrin mengambil tempat duduk tersebut. Hari ini genap seminggu menjadi kekasih
kontrak. Baru seminggu, maknanya lama lagi lah nak mengadap singa ni.
“Kau nak buat apa dengan surat-surat,” Nazrin
bertanya. Nazrin terpandang surat-surat itu tersusun cantik diikat dengan
gelang getah berwarna oren.
“Nak simpan. Nak tunjuk dengan anak, cicit
aku nanti,” jawab Munirah selamba. Mahu tak ternganga Si Singa peliharaan
Munirah itu.
“Bila masa pula aku nak kahwin dengan kau,”
jerit kecil Nazrin, melihat wajah Munirah agak selamba. Munirah menarik sengih
nakal.
“Aku cakap aje, lagipun aku memang tak hengin
pun tak kahwin dengan kau,” bidas Munirah. Sikap lelaki itu sering mencabar
keegoaannya.
“Alah, sekarang cakap tak suka. Nanti dah
lama-lama, mesti kau jatuh hati dekat aku jugak kan,” kata-kata Nazrin menyentapkan
Munirah. Mudahkah Munirah Aishah jatuh cinta dengan seorang lelaki walaupun dah
lama mengenali. “Kalau kau dah suka dekat aku, nanti aku bagitahu ummi aku,
pinangkan kau tuk aku. Boleh kan,”
Terbutang biji mata Munirah macam kartun
jepun. Terasa bahang mukanya ketika itu. Bayangan wajah Cikgu Nora meliar di
matanya. Nazrin sudah tersengih-sengih kerang busuk. Nyampahnya aku! Nazrin
sudah bangun dari kerusi itu, ke tempat duduknya semula. Sebal hatinya
mengenangkan lelaki itu.
BERSAMBUNG..
Reen2..
ReplyDeletecian kat Munirah...
terkejut dia..
tapi boleh jdi sweet cauple kot
@insyirah tu lah kan. jahat reen tu.
ReplyDeletesweet couple maybe kut