Kekasih Kontrak Bab 5


BAB 5
Suasana di Dewan Jauhari riuh rendah dek suara pelajar-pelajar Tingkatan 5. Pelbagai gelagat di lemparkan. Ada sebahagiannya sedang makan, bergosip itu tidak ketinggalan bila bersama rakan-rakan. Selepas Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia, cikgu-cikgu telah membuat pelbagai program yang menambahkan teknik dan tip-tips menjawab peperiksaan akan datang.
  Kini tinggalkan hanya dua bulan lagi untuk bekerja keras sebelum tempuh dalam medan peperiksaan. Keputusan percubaaan SPM kurang memuaskan bagi Munirah, dia hanya memperoleh 5A yang lain setakat B. Mintanya dalam bidang sains tidak sebegitu diminati. Dia bangga dengan pemain bola sepak itu, dia memperoleh 7A. Tak pasal aku kena masakkan dia Maggie Goreng selama seminggu.
    Munirah agak pelik dengan Shahzrul Nazrin, bila masa lah mamat tu belajar. Petang-petang main bola, waktu sesi pembelajaran, cikgu ajar dekat depan, mamat sengel tu baca komik. Ikut hati nak saja rampas komik tu. Kalau dia ambil tu tak berbaloi, confrim lepas tu dia beli lain.
    Huluran secawan polisterin berisikan kentang goreng mengejutkan Munirah sedang perhatikan pelajar-pelajar lelaki sedang khusyuk main bola kertas. Alahai, harap aje dah besar korang. Masih perangai budak-budak.
   Munirah menyambung huluran itu. Nazrin duduk di kerusi kosong bersebelahan. Semenjak Munirah menjadi kekasih kontrak tak berbayar. Nazrin selalu ada di sisinya. Di mana ada Nazrin di situ juga ada Munirah. Dah macam belangkas pun ada.
  Munirah menyungah kentang goreng yang sudah sejuk itu. Makan je lah. Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari.
 “Kenapa tadi rehat tak keluar makan,” Nazrin bertanya, sambil tangannya ligat melukis sesuatu di buu kepunyaan Munirah. Munirah membiarkan sahaja.
  “Kenyang,” Munirah jawab sepatah. Nazrin menanggung kepalanya. Ditilik muka gadis itu lama-lama.
   ‘Mamat ni dah kenapa, pandang aku macam nak makan,’ Munirah berdialog di kamar hatinya. Pandang Nazrin menakutkan.
  “Sejak bila ‘girlfriend’ aku pandai cakap kenyang. Setahu aku, kau time rehat mesti makan juga,” ulas Nazrin dan sengaja menekan perkataan girlfriend tu. Munirah sekadar memandang. Cawan polisterin di letakkan di atas meja. Munirah mengeluh. Sebenarnya di lapar, terpaksa lah tipu sunat dekat lelaki itu. Semenjak dua tiga hari ini, kisah Hani dan boyfriendnya tersebar ke seluruh bangunan sekolah. Kisah merpati sejoli tu sudah berpisah. Entah apa sebabnya di tidak dapat di ketahui. Maka ramai lah teringin nak masuk jarum. Sebelum mereka berpisah, acap kali Munirah dan Nazrin rehat sekali bersama Salma dan Aryana.
  Tadi seleranya mati, melihat kemesraan layanan Hani terhadap Nazrin. Munirah akur, siapa dia di hati Nazrin. Hanya seorang kawan atau lebih tepat kekasih kontrak. Hatinya tak kuat menyaksikan kemanjaan antara Hani dan Nazrin. Sepanjang waktu rehat dia memilih duduk bersendirian di tangga dekat dengan kelasnya. Tempat itu agak sunyi. Jarang sesiapa lalu menggunakan tangga itu. Perutnya menjerit-jerit meminta mengisikan makanan. Mampukah dia menatap dua insan itu.
  “Cantik tak,” tunjuk Nazrin kepada Munirah. Munirah memandang seraya mengukir senyuman. Nazrin melukis kartun anime kegemarannya. Lukisan itu digambarkan, Munirah dan Nazrin sedang memegang sebiji bola.
  “Kau tu buat apa pun semuanya tahu,” ujar Munirah, sejujurnya Nazrin mempunyai banyak bakat belum di ketahui.
  “Well, tengok lah sapa,” Nazrin tersenyum bangga. Eeihh! Nyesal pulak aku puji dia lebih-lebih. Sabar aje lah Moon dengan laki ni. Tinggal berapa bulan je lagi aku dengan dia.
                                                                 *******
Kring!
  Loceng sekolah sudah berbunyi menandakan waktu sesi persekolahan tamat. Salma dan Aryana mendahului jalan Munirah dan Nazrin. Mereka itu faham sangat sejak Munirah ke menyamar jadi kekasih Nazrin. Sedang mereka berborak asyik berborak, seseorang mendekati mereka berdua.
 ‘Hani,’ bisik dihati Munirah. Munirah memandang Nazrin. Munirah mengukir senyum, namun tidak di balas oleh Hani.
  “Tak apa korang boraklah dulu. Moon jalan dengan Aryana,” pinta Munirah sebelum meninggalkan pasangan itu. Pasti Hani ingin bersembang dengan Nazrin.
  Baru setapak Munirah melangkah ke hadapan. Hani tersuara. “Tak perlu. Aku nak cakap dengan kau, Moon,”
  Terhenti langkah Munirah bagaikan di tekan butang pause apabila Hani ingin bercakap dengannya. Entah apa mimpi minah baget ni nak cakap dengan dia. Hani memang terkenal dengan sikap sombongnya dan sukar melemparkan senyum. Senyum je lah, bukan rugi pun. Nazrin sudah berlalu pergi ke tempat parkir moto dan basikal.
  Walaupun matahari terik membahang, Munirah dan Hani tidak menghalang untuk mereka berborak di situ. Beberapa pasang mata melihat memerhati mereka berdua.
  “Kau still together dengan Reen?” tanya Hani sambil memeluk tubuh. Munirah memandang wajah angkuh dan sombong milik Hani. Ternyata antara ada jurang pemisah. Hani kurang bergaul dengan orang low profile atau orang kebanyakan. Tapi dia dan Nazrin hanya orang biasa.
  “Straight to the point, aku tak reti nak berkias-kias. Aku dengan Reen dah together. Better aku nak kau lepaskan Reen,” ucap Hani nada keras. Dalam panas terik, Munirah mengalih pandangannya ke arah parkir moto dan basikal. Dari jauh melihat Nazrin duduk di atas moto kesayangannya sambil sembang Salma dan Aryana. Kenapa Reen tak pernah pun cerita apa-apa tentang hubungan dengan Hani?
  “Nantilah aku bincang dengan Reen dulu. Apa-apa hal aku bagitahu kau balik,” ujar Munirah acuh tak acuh. Sebal hatinya melihat wajah Hani. Kenapa kau tipu aku Reen? Kalau kau betul-betul sukakan Hani. Lepaskanlah aku. Aku tak sanggup macam ni.
  “Kalau boleh bincang cepat-cepat sikit. Aku tak suka share boyfriend aku dengan orang macam kau ni,” suara keangkuhan dilontarkan oleh Hani. Begitu rupanya, perangai anak-anak orang atasan. Langsung tak hormati orang lain. Munirah hanya diam. Malas dia berbalah dengan minah tak cukup umur ni.
   “Aku ingat kau sekali lagi, aku tak suka share boyfiend,” berdesing mendengar pesanan maut daripada Hani. Hani langkah pergi dan sengaja melanggar bahu Munirah. Tak sempat dia nak elak. Nasib tak jatuh. Perasaan benci pada gadis itu mula timbul dalam lubuk hatinya. Hampeehh. Hampir aje lawa. Perangai entah apa-apa. Aku ni perampas ke? Tak mungkin lah.
                                                               *****
MUNIRAH menyanyi kecil mengikut rentak lagu Teriyaki Boyz. Nasi diceduk berhati-hati ke dalam mangkuk.
   Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. “Budak bertuah! Siap berhiphop kat dapur ni,” tegur Kak Maya. Dia melurutkan headphone yang tergantung di leher si adik. “Moon ni, tak baik lah nyanyi dekat dapur macam tu?”
   Munirah mencebik. Dia menyerahkan mangkuk nasi yang penuh berisi kepada Kak Maya. “Alah tak selalu pun”
   Kak Maya menyeringai. “Ish budak..”
  Munirah memerhatikan Kak Maya, perutnya kian membesar. Yeah! Tak lama lagi aku jadi Mak Su. Tak sabarnya. Hampir dua minggu, aku mengelak daripada Nazrin. Bila dia datang dekat dengan aku. Aku lari. Biar lah demi kebahagian dia. Aku terima saja.
   “Sapa masak gulai tempoyak kat dapur ni,” soal Kak Maya sedang membuka periuk kecil di atas kabinet tepi dengan dapur gas.  Kak Maya sengih. “Moon masak tempoyak,”
   Munirah mengangguk. Tadi mama bagitahu Kak Maya mengidam nak makan ikan patin. Terpaksa lah abangnya mencari ikan patin dekat kawasan Kuantan ni.
  “Ini yang akak sayang sangat dekat Moon,” balas Kak Maya sambil tunduk untuk mencium pipi si adik iparnya.
   Munirah membuat muka. Dia pura-pura mengelap pipi di mana si kakak ipar telah menghadiahkan ciuman. “Geli la Kak Maya ni. Apa main cium-cium ni?”
   Terkocoh-kocoh Kak Maya menceduk gulai di atas kabinet. Terbuka selera dengan gulai tempoyak ikan patin…
  “Mana Moon dapat Ikan Patin ni,”
   Munirah berpaling. “Abang Khairul hantar tadi. Lepas tu mama suruh masak tempoyak. Moon buat aje lah,”
   “Tak sudah lagi ke hidang makan tengah hari. Lapar ni,” laung Lutfi Khairul dari ruang tamu. Khairul jalan beriringan mama, Puan Aida.
     Kak Maya dan Munirah tersengih. Terkocoh-kocoh mereka menceduk lauk dan membancuh air. Di meja makan, Munirah dan Kak Maya duduk bersebelah dan Khairul duduk bertentangan dengan isterinya manakala Puan Aida duduk di kepala meja. Setelah mengaminkan doa, mereka sama sama menjamu selera.
  “Apa cerita kat sekolah hari ni, Moon?” soal Puan Aida. Dia menceduk kuah gulai tempoyak ke pinggan.
   “Nothing, biasalah program sana. Program sini. Jarang dah masuk kelas,” balas Munirah.
   “Okaylah tu. Moon jangan stress sangat dekat-dekat nak exam ni,” pesan Khairul sebelum  meneruskan suapannya ke mulut. Munirah hanya memasang telinga.
  “Lepas exam nak apply apa,” soal Kak Maya.
  Munirah mengerut dahi. Lama dia berfikir. “Maybe nak ambil journalist or graphic,”
   Puan Aida tersedak. Lekas-lekas dicapai gelas yang berisi cordial oren.
  “Mama okay,” tanya Munirah. Terkejut bila mamanya tersedak. Teruk sangat ke aku nak apply dalam bidang macam tu.
   Kak Maya dan Khairul saling berpandangan. Aku tak paham pandangan diaorang itu.
  “Betul ke Moon nak apply tu course tu nanti,” tanya Puan Aida.
   “Ye mama. Moon nak ambil course,” jawab Munirah dengan jujur. Minatnya dalam kedua-dua bidang itu mendalam.
   “Moon tahu kan, bidang journalist tu buat Moon penat. Kerja tu memenatkan. Seandainya Moon dah terjun ke dalam bidang tu Moon tak boleh nak fikir pasal rehat semua tu. Silap hari bulan, orang lain raya. Moon masih kerja lagi. Nanti Moon kalau Moon dah bina keluarga sendiri. Nanti suami ke mana anak-anak ke mana. Mama nak Moon fikir baik-baik. Kerjaya tu ikut rentak hidup Moon akan datang,” hujah Puan Aida panjang lebar. Nada berbaur keras di setiap ucapan mama tadi.
   Ruang dapur itu bertukar sepi. Munirah hanya menguis nasi tu di dalam pinggan. Seleranya mati tiba-tiba. Gulai tempoyak itu terasa pahit dalam ke dalam tekaknya. Tak berani Munirah melawan cakap mama. Bila mama cakap hitam, maka hitam lah. Bila mama cakap merah, merah lah.
                                                             *****
   “Moon tahu kan, bidang journalist tu buat Moon penat. Kerja tu memenatkan. Seandainya Moon dah terjun ke dalam bidang tu Moon tak boleh nak fikir pasal rehat semua tu. Silap hari bulan, orang lain raya. Moon masih kerja lagi. Nanti Moon kalau Moon dah bina keluarga sendiri. Nanti suami ke mana anak-anak ke mana. Mama nak Moon fikir baik-baik. Kerjaya tu ikut rentak hidup Moon akan datang,”
  Ayat itu menari-nari di cuping telinganya. Hampir dua hari dia tenggelam dalam ayat itu. Susah sangat kerja tu. Macam mama cakap. Tak mungkin. Pasti ada cuti juga. Atau mama saja mahu gertak aku.
   Gadis itu berdiri tegak, rambutnya terurai dipermainkan angin. Matanya terpaku melihat keindahan malam. Cahaya bulan menerangi segenap alam. Dia sengaja duduk di luar rumah. Mengambil angin malam. Fikirannya runsing sikap mama menghalang minatnya. Abang Khairul pula asyik mendesak aku mengambil jurusan perubatan seperti Abang Khairil.
  “Kenapa duduk dekat luar ni,” Kak Maya menyapa. Munirah menoleh ke sisi lalu dipamerkan senyuman. Mesti bahagia hari-hari Kak Maya lalui sepanjang dia mengandung.
   “Saja. Ambil angin malam,” balas Munirah bersahaja.
   “Moon masih fikirkan perkara tempoh hari ke,” soal Kak Maya penuh prihatin.
   Sepi.
  “Mungkin ada sebab mama tak kasi Moon masuk dalam bidang tu. Dia tak nak sebabkan kerja kesihatan Moon terganggu. Moon satu-satunya anak perempuan mama ada sekarang. Dia harapkan Moon seorang saja. Moon sempat lagi fikir pasal ni,” tutur Kak Maya, dia tidak jemu memujuk gadis itu. Gadis itu ada haluan dia sendiri.
  Munirah tersenyum manis. Diraih tangan Kak Maya. Dengan Kak Maya, dia mencurah segala perasaan tanpa berselindung. Kak Maya tersenyum senang. Seandainya, Kak Atif masih ada pasti dia gembira sekarang. Perginya Kak Atif, datangnya Kak Maya seorang wanita dan isteri yang bertanggungjawab. Bahkan, Kak Maya seorang yang cantik seumpama bidadari. Untung Khairul menemukan gadis itu semasa belajar di universiti.
  “Tapi Moon tak minta dalam jurusan perubatan. Minat Moon banyak tertumpu kepada teknologi. Mungkin Moon kena fikirkan semula pasal semua ini,” ujar Munirah berselang dengan keluhan.
  “Tak baik mengeluh selalu. Sabar lah baru di uji sedikit dah mengeluh macam tu. Tak elok,” kata-kata Kak Maya membuatkan Munirah senyum sendiri. Dia memandang lembut raut wajah Kak Maya. Dari kecil Kak Maya kehilangan ibubapa. Hidup sebatang kara di dunia. Aku perlu bersyukur masih punya mama dan dua orang abangnya.
  Munirah meletakkan telapak tangannya di atas perut boyot Kak Maya. Makin comel Kak Maya semenjak berbadan dua ni.
  “Kak Maya nak letak nama apa dekat baby ni nanti,” Munirah bertanya seraya mengubah topik perbualan antara mereka tadi.
  Kak Maya senyum segaris. “Kalau perempuan nak letak nama Wafiy Munirah. Maksud dia setia atau yang cantik. Dengan harapan anak akak yang bakal lahir ni akan menjadi seorang yang setia. Mudah dan ingat apa yang diajarkan oleh guru-guru dan juga ibubapa. Apatah lagi jika mudah mengamalkan segala nasihat yang diberikan. Hati menjadi tenang melihat anak yang begini. Semoga anak menjadi orang yang baik dan cantik budi pekertinya.”
  “Wah ada nama Munirah jugalah. Bestnya. Kalau lelaki pulak,” bersinar-sinar mata Munirah apabila bakal anak sedaranya akan mempunyai sama dengannya.
  “Kalau ikutkan Abang Khairul, dia nak letak nama Auzaie Rusydi,”
  Munirah mengangguk tanda memahami. “Maksudnya Kak Maya?”
  “Auzaie merupakan nama imam mujtahid mutlak. Ia merupakan seorang ulama yang mampu memahami, mentafsir dan mengeluarkan terus hukum-hakam dari al-Quran dan Hadis. Hanya anak yang cerdik dan pintar otaknya sahaja yang mampu mendalami ilmu-ilmu al-Quran,”
  “Pandai lah abang pilih nama. Moon harap baby yang bakal lahir ni sihat-sihat,” kata Munirah.
  “Akak pun harap macam tu,”
  “Ayang! Masuklah rumah. Apa yang berembun tu,” jeritan Khairul memecahkan kesunyian kediaman itu. Terkejut Munirah. Suara abang ni kan, tak payah pakai microphone. Punya lah kuat.
 “Aalah Kak Maya tak pergi mana pun lah. Takut sangat bini dia hilang,” balas Munirah selamba. Ketawa kecil Kak Maya.
 “Dahlah jom masuk. Dah lewat ni,” ajak Kak Maya. Kak Maya terlebih dahulu menapak kaki ke dalam rumah. Diikuti Munirah daripada belakang.
                                                         *****
Bulan berganti bulan, minggu berganti minggu, hari berganti hari, jam berganti jam, saat berganti saat. Pantas sama berlalu. Sorakkan merdeka jelas kedengaran daripada budak-budak lelaki dan perempuan. Siap melambungkan kertas lagi. Seolah-olah baru tamat konvokesyen, padahal baru selesai menjawab Sijil Pelajaran Malaysia. Senyuman daripada bibir Munirah tidak lekang melihat pelajar-pelajar gembira. Hari itu tamatlah zaman persekolahan, pasti dia akan merindui sekolah tu.
   Pejam celik pejam celik tak sangka, dia sudah menamatkan sekolahnya. Lima tahun Munirah menuntut ilmu tanpa jemu. Banyak kenangannya dia di sekolah ini, mungkin itu akan di muat turun dalam fikirannya. Kenangan itu akan segar di ingatan. Ramai guru-guru sekolah berada di sekitar dewan peperiksaan. Ada pelajar bersalaman dengan guru-guru tersebut. Yang sanggup mencurah bakti sehingga ke hari bermulanya peperiksaan.
  “Hei lajunya jalan,” Sedang asyik mengelamun memandang pelajar-pelajar kelasnya. Suara sseorang menerjah di cuping telinga. Pantas di paling. Munirah mengukir senyuman. Salma dan Aryana sudah maju ke hadapan.
  “Lajunya jalan nak pergi mana,” soal lelaki yang jalan beriringan dengannya.
  “Balik lah. Buat apa lagi tunggu dengan sini,”
  “Sapa ambil Moon hari ini,” soal lagi lelaki itu, Shahzrul Nazrin.
  “Mama yang datang ambillah,”
  “Okay,” balas Nazrin sepatah.
  Munirah memandang lelaki itu. “Awak ni okay ke tak,”
  “Hah, okay aje,” resah Nazrin menjawab pertanyaan daripada Munirah. “Rindu Moon,”
  Bisikkan halus di cuping telinga beralaskan tudung sekolahnya kurang mendengar ucapan daripada lelaki itu. Lelaki itu sudah mara ke hadapan beberapa langkah.
  “Apa dia tak dengarlah,Reen,” laung Munirah lantas  memberhentikan langkahnya. Begitu juga dengan Nazrin sudah berhenti. Lalu di toleh ke belakang.
  “Tiada siaran ulangan,” ucap Nazrin sambil mengenyit di selang dengan senyuman. Terkejut, terkedu Munirah apabila Nazrin berbuat begitu. Tubuh lelaki itu mengecil dan semakin jauh. Alahai, kau dah jatuh hati dekat mamat tu ke Munirah Aishah oit. Kata hati kecilnya.
                                                   ********
Malam itu, Munirah sengaja menguncikan dirinya di dalam bilik. Fikirannya merawang-rawang. Entah sampai ke mana. Usai sahaja makan malam terus dia naik ke bilik. Hari terakhir peperiksaaan dan hari terakhir menjadi kekasih kontrak. Kontrak aku dengan Reen sudah tamat tempoh.
  Pusing ke kiri. Kosong. Wajah Nazrin terbayang-bayang di legar fikirannya. Argghh! Tensionlah kalau macam ni. Kini Munirah kembali menghadap siling bumbung biliknya. Munirah mencapai telefon bimbitnya di letakkan di atas perutnya. Lalu ditatap. Kosong saja.
  Tertunggu panggilan daripada seseorang. Selang beberapa minit. Telefonnya menjerit diminta angkat. Tertera Nazrin, lantas di jawab.
  “Assalamulaikum,” Si pemanggil memberikan salam. Berbunga hati Munirah ketika itu.
  “Waalaikumssalam Tuan Puteri,”
  Munirah tersenyum meluas.
   “Aku ingat kau dah tidur tadi,” soal Nazrin di hujung talian.
   “Tak pun. Awal lagilah. Lagipun besok mana sekolah dah,” ceria suara Munirah bercakap.
  “Mesti kau suka kan, malam ni malam terakhir kau jadi ‘girlfriend’ aku kan,”
  Bagai nak pecah jantung Munirah ketika itu. Aku tak nak semua ni. Aku tak sanggup.
  “Mestilah suka. Tak larat aku nak layan orang gila bola ni,” duga Munirah. Semahunya dia tidak sanggup melepaskan perasaannya begitu.
  Nampak gaya, Moon suka nak tamatkan kontrak ni. Bisik Nazrin pada pangkal hatinya.
  “Alah yang mamat gila orang ni lah kau suka kan,” sekali Nazrin sengaja menduga hati Munirah.
  Munirah menelan liur. Takkan lah mamat ni tau pulak. Tak mungkin lah. Agak lama dia berbual dengan Nazrin di talian sebelum memutuskan panggilan tersebut. Sehingga salah seorang antara mereka tertidur. Bila sedar pada awal keesokan pagi. Telefonnya kehabiasan bateri.    
     Suatu hari aku akan merindui pemain bola sepak itu.

BERSAMBUNG..

2 comments:

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)