Kau dan Aku


Source: Tumblr

Aku perempuan dan kau lelaki. Perkenalan aku dan kau hanya berkawan. Lama aku dengannya berkenalan. Aku tidak bijak berpuitis dan juga tidak pandai mengarang ayat. Tapi aku mencuba. Kau dan aku, perbezaannya terlampau jauh. Antara aku dan kau bagai langit dan bumi. Pada aku kau insan paling baik pernah aku jumpa. Menerima segala kekurangan atas didiriku.
  Benar kawan aku berkata, untung kau dapat lelaki yang benar-benar menyayangi aku. Dan aku patut hargainya selagi dia ada sisi. Sememangnya aku mengharagainya. Keikhlasan dan ketulusan hatinya. Tapi..
  Pantaskah aku di sisinya? Aku tidak sebaik kau. Di mata kau, aku berharga. Berharga kah aku? Entahlah aku sendiri tak pasti. Mungkin pada kau, ya. Pada aku mungkin, tidak. Hari-hari aku memikirkan tentang hubungan ini. Bagaimana pengakhirannya? Happy ending atau sebaliknya.
  Kau sering menjadi tulang belakang aku semasa aku lakukan sebarang kerja. Terutama sekarang. Kau sokong aku habis-habisan untuk aku teruskan impian kecilku ini. Impian daripada sekolah. 
  Tapi..
  Kau dan aku saling tidak sefahaman. Bila aku pilih hitam, kau pilih putih. Akhirnya kau akur memilih putih untuk memujuk hatiku. Aku tak pernah memahami kau. Kadang kala aku pentingkan diri sendiri. Sampai mengabaikan kau. Aku minta maf. Mungkin aku tidak buat kamu.
  Usia kita masih muda, banyak lagi perkara belum kita lalui. Kau, terlampau menyayangiku terlebih batas dan hadnya. Aku takut suatu hari aku pergi tinggalkan kau, disebabkan jodoh kita tidak panjang. Sudah beracap kali aku membahaskan perkara ini. Tapi kau buat tidak mengendah.
  Jodoh di tangan Allah. Kita hanya merancang tapi Allah menentukan. Berbuih mulut aku mengulangi ayat ini di saban malam. Tapi kau tidak mengendah. Aku takut kau jatuh tersungkur bila kita berdua tiada jodoh. Aku harap simpan lah sedikit perasan kekuatan dalam diri supaya kau boleh bangun kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa. walaupun tanpa aku di sisi.
  Maafkan aku kalau aku tidak sempurna. Seandainya aku, sememang jodohmu. Lapang dadaku menerima kehadiranmu dalam hidupku. Seandainya di sebaliknya berlaku. Anggaplah kita hanya ditakdirkan untuk bercinta, tapi bukan untuk bersama.
Ya Allah...
Jika dia adalah jodohku
Eratkan hubungan kami
Jangan pisahkan kami

Jika dia bukan jodohku
Beri kami jalan terbaik agar
Tidak saling menyakiti

2 comments:

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)