BAB
6
LAPAN
TAHUN KEMUDIAN
“Hujan!!”
Habis
basah lencun sekujur tubuh Munirah dek di basahi air. Dia yang sedang enak
tidur terus sahaja terjaga dan bangun dari perbaringan. Sebaik sahaja matanya
terbuka dia melihat tubuh seorang wanita bersama baldi berwarna biru.
“Mama apa ni. Habis basah tilam Moon,” rungut
Munirah meraup-raup mukanya yang masih basah. Puan Aida sudah bercekak pinggang,
mukanya jangan di cerita lah masa tu. Menakutkan. Mampuih.. mama dah jadi
gorilla.
“Kalau mama tak buat macam sampai petang pun
tak bangun lagi kut. Merajuk matahari tengok Moon tak bangun lagi,” bebel Puan
Aida. Munirah menjerling jam di dinding sudah pukul 9.30 pagi. Awal lagi lah
mama ni. Eh matahari pun boleh merajuk ek.
“Umur dah masuk 25 tahun boleh lagi terbungkang
atas katil. Dah boleh ada laki dah sekarang ni. Dengan bilik bersepahnya.
Masya-Allah, ini mesti kes jadi burung hantu semalamkan. Tak habis-habis dengan
facebok, twitter, facebook, twitter.
Lepas tu blog,” sekali lagi Puan Aida membebel.
Pagi-pagi lagi dah dapat ceramah percuma.
Betul cakap mama semalam dan hari sebelum-belumnya, menjadi burung hantu tengah
malam. Orang semua itu telah dibuai lena, aku online sampai ke pagi. Semenjak aku jadi pengganggur terhormat ni,
tiada rutin lain nak dibuat. Itu lah kerja tetap aku.
“Bangun cepat, tidak mama tinggal. Then potong gaji,” ugut Puan Aida
sebelum meninggalkan bilik itu. Mama ni kan selalu main ugut-ugut. Tak sukalah.
Okay mula balik. Hai korang. Korang mesti
kenal Moon kan. Okay Moon sekarang ni besar kira dah boleh ada laki lah. Mama
Moon cakap. Sekarang ni cerita masa Moon dah besar. Sebelum-sebelum Moon semasa
di sekolah. Sejujur Moon cakap Moon rindukan zaman persekolahan. Dah lapan
tahun tinggalkan sekolah.
Untuk pengetahuan korang, sekarang memang tidak
mempunyai pekerjaan tetap. Terpaksa tolong mama dekat kedai buku dia. Best lah jugak duduk dengn buku.
Walaupun mama punya pekerja-pekerja lain, mama still mengharapkan aku kerja di situ. Entahlah. Mungkin ada sebab
kut.
Sebelum aku bekerja dengan mama. Aku cari
jugak kerja lain. Contohnya, jadi salesgirl
tak bertahan lama pun cuma dua minggu saja. Lepas tu cari kerja lain pulak,
jadi cashier. Lama kut jadi cashier lebih kurang dua bulan jugak
lah. Di sebabkan penat terlampau aku quit.
Then aku cari lagi kerja. Aku dapat
kerja jadi mascow. Patung arnab, budak-budak
suka lah. Entah macam mana, mood aku
tak berapa nak elok, aku pergi kejar budak-budak tu. Diaorang tarik-tarik aku
punya ekor belakang punggung aku. Apa lagi mengamuk sakanlah aku. Tak
pasal-pasal aku di berhentikan. So
sekarang bekerja dengan mama. Boleh rehat-rehat. Duit pun masuk.
Begitu
lah kehidupan Munirah Aishah setelah menamatkan pelajaran. Kisah hidup tentang Munirah
masih panjang. Masih banyak lagi perkara yang kita tidak ketahui. Akhirnya
Munirah terjun dari katilnya menyusun langkah ke bilik air seraya mencapai tual
berwarna coklat di penyakut.
*****
“Sampai hati kau buat macam tu dekat Aleya,
tak berhati perut langsung lah Aizril. Ego tinggi sangat sampai kau sanggup
buat macam tu,” hambur Munirah sumpah seranah. Geram. Sebal.
“Terpengaruh sangat dengan novel tu kan,”
terguran seseorang mengejutkan Munirah yang leka membaca novel bertajuk Andai
Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah.
“Eh Kak Maya,” ucap Munirah dengan ceria.
Munirah memterbalikkan novel itu di untuk menanda tempat dia baca. Munirah
bersalaman dengan Kak Maya. Kak Maya yang memegang tangan budak lelaki lebih
kurang usia empat tahun, Auzaie Rusydi Bin Lutfi Khairul.
“Dah berapa kali Moon khatam novel tu,” ujar
Kak Maya sambil memuncung mulut ke arah novel itu. Munirah tarik sengih.
“Ada lah 30 kali,” balas Munirah dengan
selamba. Munirah mengusap-usap rambut mak sedaranya. Bulat mata Kak Maya
memandang Munirah. Entah pada aku cerita itu penuh penghayatan dan bagus. Novel
ke mana saja Munirah Aishah pergi pasti dia ikut.
“Ni tolong jaga Auzaie kejap. Akak nak ke
pasar raya,” ujar Kak Maya. Munirah menangkat tangan tanda ‘OK’. Munirah mengambil
itu lalu di siap ke dalam beg sandangnya. Tubuh Kak Maya sudah keluar dari
kedai buku itu. Munirah memimpin tangan anak sedaranya ke kaunter pembayaran.
Di kaunter pembayaran, Mastura menggantinya
sementara waktu. Kedai itu tidak seperti kedai runcit yang sentiasa penuh. Ada
kala penuh memenuhi ruang kedai apabila musim persekolahan bermula. Kedai itu
menempatkan buku-buku ilimiah, novel, buku latihan untuk pelajar daripada UPSR
sehingga lah SPM dan alat-alat tulis.
“Mas, biar Moon jaga kaunter,” ucap Munirah
sebaik sampai di kuanter. Gadis itu sekadar mengangguk tanda mengerti. Auzaie
duduk membelek buku kanak-kanak. Munirah duduk di atas kerusi tinngi itu.
Melihat hamba Allah lalu lalang di hadapan kedainya.
“Mak su,” panggil Auzaie dengan nada pelat
budak-budak kecil. Munirah meluru ke arah anak sedaranya.
“Ada apa sayang,” tanya Munirah lemah
lembut. Munirah bercangkuk mendekati Auzaie
“Nak ni,” Auzaie menujukkan buku yang di
peluknya. Munirah berkerut dahi. Nak lagi. Bukan hari sebelum ni dah ambil ke.
“Tak boleh nanti nenek marah Mak Su. Auzaie
kan dah besar nanti nak dapat adik kan,” pujuk Munirah dapat adik lagi. Gila
dahsyat Abang Khairul ni. Auzaie menghentak-hentak kaki tanda protes.
“Tak nak adik baru!” jerit Auzaie. Pulak dah!
“Kenapa tak nak adik pulak?”
“Kakak cakap nanti mama tak sayang adik
dah,” jujur Auzaie berkata. Sudah Wifiy ni, cerita bukan-bukan pulak.
“Kakak tipu adik je tu. Best lah dapat adik baru,” Munirah sedaya upaya memujuk. Wifiy
Munirah merupakan anak sedara pertamanya dan Auzaie Rusydi merupakan adik
kepada Wifiy. Wifiy sekarang berada di darjah satu. Wifiy nakal sungguh suka
sangat menyakat adik dia.
“Ecah!” terkejut alang kepalang Munirah
apabila tengkuknya di peluk oleh seseorang. Wangian itu menusuk-nusuk lubung
hidung Munirah. Pedih. Berkilo minah ini sembur minyak wangi.
Munirah bangun dari mencangkuk. Melihat dua
orang sabahatnya semasa belajar di universiti.
“Rindunya dekat kau,” tubuh Munirah di tarik
dalam pelukan. Munirah membalas lalu mencium sabahatnya ketika suka dan duka.
Di perhatikan saja oleh seorang lelaki.
“Rindu bendanya, baru dua hari lepas jumpa
kan,” ucap Munirah.
Ni
Ella, pelajar jurusan sains pentadbiran semasa di universiti. Dialah yang
cipta nama panggil Munirah ke Ecah semua orang mula panggil aku Ecah. Nasib
dekat rumah still lagi guna nama
Moon. Ella ni, anak manja sikit. Anak datuk datin lah kata kan. So far aku kenal dia. Dia bukan lah
jenis yang sombong tapi baik pulak tu.
“Jom
pergi makan. Laparlah,” tutur Ella dengan manja. Munirah mengukir senyum.
“Tak boleh beb, aku kena jaga anak sedara aku
ni,” balas Munirah bergerak menuju ke kaunter.
“Sejak bila kedai ni ada babysitter,” soal Ella dengan nada bersahaja. Ella yang mengena sut
kerja. Ella menjadi setiausaha kakaknya. Habis sahaja terus kakaknya tawarkan
dia bekerja di syarikat swasta itu.
“Sejak tadi, Kau makan dengan Ariff ajelah.
Nanti mama aku tapau nasi lah nanti, sorry
baby. Nati kita makan sama,” kata Munirah sambil memandang seraut wajah
kacak lelaki bernama Haikal Ariff, sekarang lelaki itu menjalani pratikal di
hospital swasta. Dia bukan satu universiti dengan aku dan Ella.
Ariff merupakan kawan baik Ella semasa di
sekolah menengah. Cuma Arif beza setahun dengan kami berdua. Ariff sememangnya
kacak, ramai gadis meminatnya. Termasuk lah Munirah sendiri. Tersangkut
perasaan dengan lelaki itu.
******
MUNIRAH telaku di meja studinya. Tersusun
novel-novel baru di ambil di kedai buku mama. Apa lagi gajinya di potong. Mama
cakap sama je antara aku beli pakai duit gaji tu dengan gaji dipotong. Nilainya
tetap berkurang.
Munirah menarik nafas dalam. Munirah
menyandarkan badannya pada kerusi beroda itu. Di rapatkan matanya seketika.
Beberapa saat dia membuka matanya kembali. Munirah kembali menegakkan badannya.
Munirah menarik laci mejanya. Tanda di sebar senyuman meniti di bibirnya.
Seketul surat-surat berikat dengan gelang getah hampir reput. Lebar senyuman
apabila sebaris nama pada surat yang terikat paling atas. Fikirannya merayau
dunia untuk mengapung.
“Aku
nak balik rumah lah. Bosan lah duduk sini,bukan ada apa-apa pun” teriak Munirah
sambil menarik rumput padang sekolah itu. Nazrin mengatur langkah ke arahnya.
Lelaki tu membuat muka sambil memandang Munirah yang sedang mencebekkan
bibirnya.
Nazrin terus duduk di atas padang rumput itu
bersebelahan dengan Munirah. Petang itu sengaja dia mengajak Munirah untuk
menemaninya ke latihan bola sepak. Terasa damai petang itu dengan angin sepoi-sepoi
bahasa dan cahaya matahari petang dilindungi oleh sebuah pohon rendang. Nazrin
dan Munirah berasa amat tenang dan damai sekali pada petang itu.
“Pergi lah duduk jauh-jauh sikit. Busuk lah,”
kata Munirah lagi dengan mengetip hidung. Berbau peluh daripada lelaki itu
meloyakannya. Nazrin tersenyum apabila ditegur oleh Munirah. Dia hanya
memandang gadis itu kerana merasa lucu apabila mendengar suara sengau daripada
Munirah.
“Bukan busuk lah,ni lah namanya bau peluh
orang bersukan, orang yang sihat. Ada faham Cik Munirah oit?” balas Nazrin
sebelum meneguk air mineral yang di pegang Munirah. Tergamam Munirah ketika
itu. Eh air aku tu. Suka hati dia je nak bedal.
“Ops, sorry. Aku haus sangat,” Nazrin memandang muka Munirah. Tahu sangat
gadis itu sedang memarahinya. Mesti sumpah seranah terbit di hatinya. “Nanti
aku ganti balik. Tak payah lah buat muka macam tu. Buruk lah. Nanti tak ada
sapa nak dekat kau,”
Sempat
lagi Nazrin mengusiknya. Makin sebal hati Munirah. Dengan rakus Munirah
menarik-narik rumput yang tidak bersalah. Kalau tak sebabkan aku termakan pujuk
rayu Aryana, tidak kuasa aku sini. Duduk rumah lagi best.
“Kau marah dekat aku ke,” nada kerisauan
menerjah di lubuk hati Nazrin. Munirah diam seribu bahasa. “Jom join aku main
bola,”
Sepantas kilat Munirah memandang muka Nazrin.
Nazrin buat muka toya diiringi dengan senyum manja.
“Aku tak suka bola sepak lah,” tegas suara
Munirah seraya dia memalingkan wajah ke arah Syawal sedang berborak rakan
sepasukannya. Comelnya kau, Syawal. Bisikku di hati.
“Jom lah,” pujuk Nazrin. Lelaki itu sudah
berdiri. Di kala itu, Munirah hanya mengenakan T-shirt berwarna merah bersama
seluar track suit.
‘Kenapa
lah perlu ada bola di dunia ini...’ rungutan yang selalu keluar dari mulut Munirah
setiap kali dia melihat pelajar-pelajar lelaki bermain bola apatah lagi dia
dipaksa untuk mengambil bahagian dalam sukan atau permainan yang menggunakan
bola sebagai medium. Munirah adalah seorang gadis, anti-bola.
Sejak insiden yang berlaku kepada dirinya
sewaktu kecik, Munirah terus menjadi fobia kepada sukan yang melibatkan bola.
Segalanya berlaku apabila abang keduanya menendang bola dengan kencang sehingga
tepat mengenai muka Munirah sehingga menyebabkan gigi susunya patah pada umur
10 tahun. Sejak itu, Munirah menjadi fobia dan membenci sukan yang berkait
denga bola.
Kadangkala apabila abang-abangnya menonton
perlawanan bola sepak, bola keranjang, atau apa-apa jua yang berkaitan dengan
bola dia sentiasa menganggap semua permain “Terpaksa berebut sebiji bola itu
untuk kemenangan.” Baginya semua itu adalah sukan yang membuang masa. Dia juga
sering menyoalkan soalan yang sama jika menonton perlawanan bola sepak “Kenapa
lah diaorang semua ni nak rebut sebijik bola je, apasalah kalau bagi je sorang
sebijik bola kat semua, kan senang,” Soalan yang selalu bermain di kepalanya
yang masih tak terjawab.
“Yelah. Kali ni je tau,” Munirah terpaksa
akur dengan lelaki itu bukan dia tak tau. Munirah memang tak suka dan anti
dengan bola. Bola hitam putih tu dilontar oleh Syawal ke arah Nazrin. Pantas
Nazrin menangkap.
Munirah mengekori Nazrin ke tengah padang.
Latihan bola sepak petang itu tidak dikendali oleh jurulatih tetapi kapten
pasukan itu sendiri. Jurulatih terpaksa meninggalkan latihan dan memberi arahan
kepada kapten kerana mempunyai tugas pada minit terakhir. Terasa berdebar-debar
jantung Munirah di kala itu. Mereka berdiri berdekatan dengan gawang gol.
“Okay macam ni, aku nak kau gol kan bola ni,”
ujar Nazrin sambil lambung-lambung bola itu. Bulat mata Munirah masa itu. Dah
lah aku tak reti main benda tu, lepas tu suruh aku gol kan bola itu. Memang tak
lah. Gumam Munirah di dalam hatinya.
Bola itu di lontar ke arah Munirah. Munirah
dan Nazrin hanya beberapa langkah. Sengaja Nazrin mengusik gadis itu. Dia tahu
gadis langsung tak ada hati pada bola.
Nazrin berdiri di gawang gol. Munirah tarik
nafas panjang. Munirah menoleh ke belakang. Beberapa pasang mata memandangnya
di kala itu, termasuklah dengan Syawal. Jatuh sahamnya masa itu.
Bola di kakinya hanya di pandang kerana
khuatir untuk menyepaknya disebabkan mata-mata yang sedang memandangnya. Nazrin
bersuara. “Cepat lah sepak mak cik oit. Bola itu tak bergerak sendiri,”
Tersengih-sengih Nazrin ketika itu.
“Aku bukan mak cik kau lah!” jerit Munirah.
Mamat ni memang nak kena dengan aku betul lah. Dengan ringan kaki Munirah
menendang bola sepak itu. Bagaikan kilat Nazrin menyambar bola itu.
Uishh...biar betul kau ni Moon. Hebat juga. Bisik hati kecilnya yang pada
mulanya takut untuk mengambil sepakan tersebut. Tetiba Munirah bangga
sendirian. Dia mula suka sambil tersenyum lebar.
“Not
bad,” kata Nazrin sambil melontarkan kembali bola itu ke arah Munirah. Ops!
Terlepas jauh pulak.
Munirah buat muka tidak puas hati. Tak pasal
nak kena kejar bola tu.
Bola itu terlepas jauh. Syawal kejar bola
itu. Munirah ketap bibirnya. Alahai, baiknya dia. Bola itu bertukar tangan
dengan Syawal. Nazrin dari jauh merenung tajam. Terasa cemburu menusuk hatinya.
Ah! Kau ni dah kenapa Reen. Dengan mak cik tu pun kau nak cemburu ke?
Munirah berlari ke arah Nazrin.
Tercungap-cungap Munirah ketika itu. Munirah berdiri di hadapan Nazrin. Nazrin
hanya memandang Munirah. Nazrin merampas bola itu daripada tangan Munirah,
terkejut Munirah.
Nazrin menyepak bola itu. Terkulat-kulat
Munirah ingin membalas sepakan itu. Munirah bergelut dengan Nazrin masa itu.
Cepat Moon! Masukkan bola itu dalam gol. Kata hati Munirah ketika.
Beberapa saat, entah bagaimana. Terasa badan
Munirah tidak dapat mengimbangkan badan sehingga Munirah terlantar di atas
padang rumput itu. Di hempap oleh Nazrin. Kala itu, jatungnya berdegup dengan
kencang. Nafasnya turun naik. Beberapa inci saja muka Munirah dengan Nazrin.
Mereka merasakan seperti berada di awangan pada ketika itu. Nazrin berasa
sesuatu yang amat berbeza pada wajah gadis itu apabila dipandang dengan lebih
rapat, manakala Munirah merasakan seperti ada sesuatu yang membuatkan dia
tertarik kepada Nazrin. Mereka merasakan amat bahagia ketika itu.
Akhirnya mereka tersedar dari lamunan
apabila merasakan mata-mata liar sedang memandang mereka ketika itu. Dengan
pantas Munirah menolak badan Nazrin.
“Bangun lah. Berat lah kau ni,” kata-kata Munirah mematikan pandangan
Nazrin yang tak terarah memandang wajah Munirah.
Adengan yang tak
sepatutnya berlaku di tengah-tengah padang tu telah membuatkan Munirah merasa
amat segan dengan Nazrin lebih-lebih lagi adegan itu dilihat sendiri oleh
Syawal, lelaki pujaannya. Munirah rasa amat menyesal pada petang itu kerana
mengikut Nazrin menghadiri latihan bola sepaknya. Bahang mukanya masih lagi
terasa. Panas sangat. Nazrin buat muka tak bersalah sehingga membuatkan Munirah
bertambah geram kepadanya.
“Sorry
aku tak sengaja,” ucap Nazrin setelah
bangun. Debaran di dada Nazrin masih belum reda. Setiap kali dia dekat dengan
gadis itu, pasti dadanya berombak kencang seperti ada sesuatu pada gadis itu
yang selalu membuat jantung nya seperti ingin meletup.
“Dah lah aku nak balik. Lewat kang. Bising
abang aku,” ujar Munirah tanpa menoleh lelaki itu. Munirah berlari anak ke beg
galasnya di atas rumput. Munirah tidak sanggup lagi nak bertentang mata dengan
Shahzrul Nazrin.
BERSAMBUNG..
Kesian kat Moon kena hempap dgn badan Reen! ha3
ReplyDelete@ArifahLee tu lah, cian dekat moon. hehe
ReplyDeletejaga ejaan..
ReplyDelete@Anonymous terima kasih anon :)
ReplyDeleteUpdate lah.suka dgn cerita ni >.<
ReplyDelete@YbbNblh ❤ hehe. bakal di update esok atau lusa okay :)
ReplyDeleteGood... Cerita ni menarik but banyak sgt typo n penggunaan bahasa yg kurang tepat...
ReplyDeleteHarap diperbaiki... Apa2 pun good job cik writer...