Cerpen: Aku Butang



NOTA KAKI: Ini cerpen pertama daripada Aya. Aya tak berapa nak reti nak buat cerpen. So, ini jelah termampu. Harap di terima oleh pembaca. Sila tinggalkan komen tau :) 


BUTANG, itu nama panggilan aku dalam kalangan yang mengenaliku. Aku seorang perempuan. Tapi sayang perempuan tidak seperti perempuan. Kehidupan aku tidak seperti gadis-gadis lain. Tapi aku lain,aku tidak seperti diaorang. Aku agak liar dan bersosial.
  Usiaku masih mentah, baru berinjak lima belas tahun. Maka tahun ini aku bakal menempuh peperiksaan awam pada hujung tahun nanti. Malangnya aku tidak lagi bersekolah seperti teman-teman seangkatan denganku. Aku sengaja berhenti belajar. Belajar setinggi mana pun, tetap otak aku tidak akan berfungsi tuk menerima sebarang yang di ajar oleh guru-guruku.
  Hidupku tertumbang ambing dan tiada arah tujuan. Aku fikir, aku lebih selesa begini. Emak sama saja, langsung tidak menghiraukan tentang kehidupanku. Lantaklah kau nak buat apa pun. Satu kampung sudah masak perangaiku. Aku rindui seseorang yang bergelar abah. Lelaki itu sudah lama tiada. Rindu sangat-sangat kami bersama. Abah meninggal ketika usiaku sembilan tahun. Aku merupakan anak tunggal dalam keluarga itu.
  Pada usiaku dua belas tahun, emak bernikah dengan seorang lelaki dipanggil duda. Dalaman hatiku mula memberontak. Kenapa emak sanggup gantikan tempat abah tuk lelaki yang tidak dikenali. Tambahan pulak bapa tiri mempunyai anak lelaki dua orang. Jarak berbezaan aku dengan abang tiriku jauh sedikit. Aku lebih sayangkan abahku. Dia seorang lelaki yang penyayang dan taat pada agama serta bertanggungjawab. Tapi Allah lebih sayangkan abahkan. Lalu abah pergi tinggalkan aku dan emak.
  Sejak emak berkahwin dengan bapa tiriku, jarang aku berada di rumah. Seringkali aku menjuahkan diriku daripada emak. Entahlah, mungkin aku sebal dengan sikap emak. Aku lebih senang duduk dengan teman-teman kutu rayauku. Mereka lebih memahamiku. Apabilaku menghadapi masalah, mereka lah tempat mengaduku bukan lagi emak. Dulu kalau aku nak apa-apa, pasti emak. Itu emak, ini emak. Kini tidak lagi.
  Wanita yang bergelar emak dan isteri itu telah merosakkan masa depanku. Masa depanku kini gelap. Segelap-gelapnya. Aku tak sangka apabila, abah sudah tiada. Dengan pantas emak berubah. Selepas 3 bulan, abah pergi. Aku mendengar pelbagai cerita daripada orang-orang kampung, mengatakan emakku keluar dengan seorang lelaki yang agak berada. Masa itu, aku masih tidak mengerti apa-apa. Aku hanya diam. Makan minumku sering diabai.

   Pada suatu masa, sedangku leka mengadap komputer riba. Masa itu, aku masih lagi rapat dengan emak. Tapi selepas kejadian tengah malam itu. Hancur kepercayaanku terhadap wanita itu. Tidakku sangka sangat. Tetiba pintu bilik berkuak, segera ku toleh. Tersentap tubuh bangun aku ketika itu. Bapa tiriku dalam keadaan mabuk-mabuk. Pasti bapa tiriku teguk lagi air kencing syaitan itu. Bapa tiriku menghampiriku, pantas aku terjun daripada katil.
  Masa itu aku takut sangat-sangat. Semakin hampir dia mendekatiku. Bau minuman keras itu memang kuat dan menusuk-nusuk hidungku. Tetiba pergelangan tanganku di genggam kuat olehnya.
  “Pakcik lepas kan tangan, Butang,” rayu ku bila makin kuat genggaman tanganku hinggakan dari rasa selesa, aku rasa sakit sebab genggaman dia terlalu kuat bagi diriku yang hanya gadis yang lemah. Tapi lelaki tua itu masih berkeras. Air hangat mula mengalir di tubir. Sekuat hati aku memanggil emak.
  Emak muncul daripada muka pintu. Perlahan, dia melonggarkan genggaman tangan ku. Pantasku berlari ke arah emak. Muka emak di kala itu, tidak marah malah dia hanya diam. Mukaku ketika itu sudah lencun dibasahi oleh air mata. Tiba-tiba tubuhku yang kecil di tolak kuat oleh emak. Terkejut aku ketika itu. Aku memandang wajah emak.
 “Emak minta maaf dekat butang,” Emak mula bersuara. Aku pantas memandang bapa tiriku. Dia hanya tersengih-sengih sinis. Tubuh badanku mula menggeletar. Dia mula bergerak ke arah ku, sedang aku cuba menjauhkan diri darinya. Bila dia semakin jauh dari pintu bilik cepat-cepat aku cuba keluar dari bilik itu. Tapi, kali ni tubuhku cepat disambar oleh bapa tiriku. Malam itu masa depanku telah hancur di atas lelaki yang aku menganggap seorang ayah. Sepanjang malamku aku menanggis teresak-esak. Kenapa emak sanggup ‘serah’ aku pada jantan tak guna tu!
* * * *
  AKU mencapai topi berwarna hitam di penjuru katil, lalu dikenakan ke atas kepala. Di tiliknya pada cermin di meja solek. Pernampilanku seperti seorang lelaki. Berambut pendek. Dulu rambutku panjang. Tapi aku potong. Otakku makin serabut sekarang dengan emak perangai macam ini, dengan perangai bapa tiriku macam tu. Lebih baik aku keluar. Itu yang terbaik.
  Baru sahaja aku membuka pintu bilik. Emak sedang enak berbaring di atas sofa sambil menonton sinetron di muka television. Aku langkah kakiku ke muka pintu dengan segara.
  “Butang nak pergi mana tu,” Emak bersuara dengan automatik kakiku berhenti bergerak.
  “Nak keluar lah. Bosan duduk rumah,” ujarku tanpa memandangnya.
  “Cuba kau duduk rumah. Kerja kau merayau aje kan!” suara milik emak mula tinggi.
  “Itu je kerja boleh Butang buat. Duduk rumah pun tak rasa bahagia langsung. Macam duduk dalam neraka,”
  “Ewah..ewah, kecik-kecik lagi dah pandai melawan cakap aku. Aku ni mak kau. Aku suruh duduk rumah. Duduk je lah rumah ni!” Emak melangkah kaki ke arah aku. Wajahnya bengis. Hatiku semakin sebal dengan wanita itu, biarpun dia emak ku. “Sapa ajar kau kurang ajar ni?”
  “Emak yang ajar Butang kurang ajar! Sebab mak tak pernah didik anak perempuan mak perkara yang baik. Mak abaikan tanggungjawab mak seorang ibu,” Mata ku mula berkaca. Tapi ku kuatkan hati supaya tidak mudah mengalah. “Macam mak pernah kurang ajar dekat arwah nenek, macam jugak Butang buat kat mak. Sakit hati nenek. Mana mak tahu,”
  Nenek. Nenek meninggal setahun selepas Emak berkahwin lain. Nenek benar-benar tidak merestui hubungan mereka. Tapi emak, ada ambil kesah pasal Nenek. Langsung tidak. Entah makan ke tidak Nenek. Emak langsung tidak ambil perduli. Emak selalu bergaduh dan bertengkak dengan Nenek. Nenek hanya bersabar. Emak, satu-satunya anak perempuannya. Yang lain semua lelaki, diaorang semua duduk berjauhan. Paling jauh sekali, di Brunei.
  Benar peribahasa berkata, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Seseorang anak itu akan menurut budi dan perangai ibu bapanya. Aku terus langkah keluar daripada rumah kecil itu. Hatiku masih tersiat-siat dengan perangai emak. Pantas aku mengesat air mata yang tumpah ke pipi.
* * * *
  DI pondok kecil itu, menjadi tempat lepak aku dan teman-teman. Di situ aku gembira, di situ aku mempunyai dunia aku sendiri. Aku senang susah bersama mereka. Aku menyandarkan badanku pada tiang penjuru pondok dan dilunjurkan kaki.. Aku sekadar memandang teman-temanku sedang bersuka. Ada yang main gitar, ada mengalunkan lagu semasa gitar dipetik. Aku rasa terhibur melihat gelagat mereka.
  “Kau apahal ni. Monyak aje,” tegur seorang lelaki berambut kerinting. Dia dengan aku memang rapat. Masalah aku, masalah dia jugak. Masalah dia, masalah aku juga. Saling berkongsi. Aku hanya diam. “Mesti kau gaduh dengan mak kau lagi kan,”
  Lelaki itu tersenyum sinis. Tak payah di tanya, pasti lelaki itu dapat meneka dengan tetap masalah ku. Aku duduk bersila memberi ruang untuknya duduk. Lantas lelaki itu duduk sebelahnku. Lalu di hulurkanku sebatang rokok. Aku menyengih panjang, pantas aku menyambar rokok itu. Lalu di ketip pada bibirku. Tanpa rasa segan silu, lelaki itu menyalakan rokok itu dengan pencucuh api. Asap berkepul-kepul keluar. Aku berasa puas ketika itu.
  “Suka lah benda ‘tu’ kan,” kata lelaki itu. Aku langsung tidak berasa kekok. Di pandang oleh teman-temanku yang lain. Meraka faham sangat dengan perangai aku seorang ni. Aku sengaja menghembus asap ke muka lelaki itu. Lelaki itu sangat menyakatnya.
  “Mesti lah, thanks. Sebenar sebelum aku ke sini tadi aku. Aku gaduh lagi dengan mak aku. Sampai sekarang aku tak boleh maafkan dia, Man,” ungkapku penuh sebal. Kejadian malam itu bagai mimpi ngeriku. Kalau abah masih ada, pasti hidupku terus bahagia. Ini di namakan takdir hidup. Kita hidup bagaikan buah catur, tetapi DIA yang menentukan di mana tempat kita berada.
  Lelaki berambut kerinting itu namanya Man. Dia hanya tersenyum mendengar bait-bait butir yang di luahkan. Man mengeluh kecil. Aku memandangkan. Puntung rokok itu aku mencampak ke tanah. Tapak tangan kananku mengulurkan ke arahnya. Man tahu sangat apa yang berlegar-legar di fikiranku ketika itu. Lantas mengambil sebatang lagi rokok di dalam kotak itu. Aku tersengih sehingga ke telinga. Aku ingin melepas gian sepuas hatiku.
  Terasa bahuku di paut oleh seseorang. Pantas tanganku menepis tangan itu. Siapa lagi kalau bukan otai kampung, Zack. Hampir mak ayah aje warak. Perangai Zack langsung tak sama dengan mak ayah dia. Mak dia seorang ustazah di sekolah rendah manakala ayahnya seorang iman di kampung itu. Zack mempunyai dua orang kakak, masing-masing belajar di luar negara. Zack ni pergi sekolah buat perangai, lepas itu kena gantung sekolah sebab buat hal.
  “Lepas lah. Aku rimas lah,” rengutku ketika itu. Zack hanya buat muka tidak bersalah. Man di sebelahku hanya membiarkan saja. Malas lelaki rambut kerinting itu masuk campur. Nanti lain pulak jadi.
  “Malam ni, kau tidur rumah Ijam,” pinta Zack. Ijam satu kepala dengan Zack. Ijam menyewa rumahnya sendiri. Di situ perempuan keluar masuk sudah berulang kali. Sekali pun tak pernah kantoi dengan orang sekeliling. Apa taktik diaorang guna tak pasti. Aku mengangkat muka memandang Zack.
  “Tak nak lah, aku tidur rumah Nurul malam ni,” nafiku. Sebenarnya kau tak rancang pun nak tidur rumah Nurul. Kalau tidur rumah Ijam, memang aku tak boleh tidur lah jawapannya. Lelaki semua suka ambil kesempatan atas kelemahan perempuan.
  “Nurul! Aku tidur rumah kau malam ni kan,” panggilku kepada Nurul sedang nyanyi kecil di sebelah teman lelakinya. Terpinga-pinga Nurul ketika itu. Pantas aku mengenyitkan mataku ke arah Nurul. Lalu Nurul mengangguk. Sapa berani pergi rumah Nurul? Tambah pula ayah dia garang, seorang bekas tentera.
   Zack mengeluh kecil. Dia memandang Butang. Rokok yang di hisapnya untuk kali kedua sudah di campak. Aku berasa rimas kehadiran Zack. Entah bagaimana, sebuah ciuman hinggap di pipi kiriku. Pantasku menolak tubuh Zack.
  “Kurang ajar!” Man naik berang. Sebuah tumpukan hinggap di muka lelaki itu. Terkejut aku dengan tindakan Man. Zack pun turut terkejut, tidak disangka Man akan menumbuknya Man dan Zack memang tidak rapat pun. Di bibir Zack cecair merah pekat. Suasana di pondok itu agak tegang, jarang Man bergaduh atau lebih tetap Man tidak berpernah bergaduh dengan sesiapa.
  “Aku bagi amaran dekat kau. Kau jangan beran sentuh Butang lagi faham,” pekikan daripada Man menyentak mereka yang berada di pondok itu. Man mencapai tanganku lalu membawaku keluar daripada pondok itu. Teman-temanku yang lain hanya diamkan diri. Tidak ingin masuk campur.
* * * *
  AKU mencapai sebuah album kecil daripada dalam laci mejaku. Aku sapu-sapukan habuk yan melekat di atas album itu. Album itu menyimpan seribu kenangan. Kenangan kebahagian dan kegembiraan. Sekeping gambar aku bersama arwah abah. Seandainya, abah tahu perangai dulu dan sekarang pasti dia terkejut. Aku ambil sekeping gambar tu letakkan di dada. Sesungguhnya, aku amat merinduinya. Aku melebarkan lamunanku.
  “Sadaqallahul 'Azim,” serentak abahku dan aku mengucap apabila selesai membaca al-Quran. Aku tersenyum. Abah turut senyum. Aku lah satu-satunya anaknya. Bahagiaku di samping abah. Aku yang memakai telekung, seraya abah menyusap-usap kepalaku.
  “Bagus anak abah ni, makin hari makin pandai. Bangga abah,” tulus ungkap yang lahir di mulut lelaki. “Macam mana hari ini dekat sekolah, ada orang ganggu anak abah tak,”
   Aku hanya mengeleng-geleng. Sejujur memang tiada sesiapa berani gangguku.
  Abah menarik senyum. “Kalau abah tak ada nanti, Butang janji dengan abah. Jaga tingkah laku. Jaga marauh diri. Butang tu, perempuan. Ada batas-batas bila bergaul dengan orang lelaki. Orang lelaki ni, suka ambil kesempatan dekat orang perempuan. Satu lagi, jaga mak elok-elok. Dengar cakap mak dan jangan lawan. Syurga tu di bawah telapak kaki ibu,” nasihat abah di proses dalam mindaku. Ini bukan kali pertama nasihatiku. Jangan itu, jangan ini.
  Aku bangun mendekati abah. Aku memeluk lelaki itu. Suatu nanti aku pasti merinduinya.
* * * * *
BUTANG mencapai batu kecil lalu dicampakkan ke air terjun. Tenang dan damai dia berada disitu. Tiada sesiapapun. Hanya Butang seorang di situ. Dia  duduk tengah air terjun, lalu merendamkan kakinya  di dalam air. Apabila dia menghadapi masalah dan merasa tertekan. Pasti tempat itu bakal di carinya. Kampungnya mempunyai kawasan air terjun. Kebiasaanya pada hari biasa pengunjung tidak ramai kerana sibuk dengan hal masing-masing
  Aku melurut kasar rambutku. Sering kali hatiku bertanya.. mengapa aku?! Mengapa?! Begitu berat dugaan yang perluku pikul selama hari ini. Kekosongan yang ku cari, kesepian yang ku nanti.. benarkah itu semua bisa menenangkan hatiku yang sering bergelora..
  Kejadian sebelum aku meninggalkan rumah menari-nari difikiran. Tidak pernah emak masak tengah hari untukku. Kebetulan pula, di rumah hanya aku dan emak. Sedang mak menyeduk nasi ke dalam pinggan. Aku melihat lauk pauk kegemaranku terhidang di atas meja. Ayam goreng, sambal udang dan gulai ikan kari. Kecur perutku masa itu.
   “Duduk lah, kenapa yang berdirinya,” Emak bersuara, aku hanya diam dan terus melabuhkan punggung.
   Aku mengambil kuah kari ke dalam pinggan.  Lalu nasi yang terhidang di depan ku terus dimakan tanpa menghirau kan emak lagi. Sedap. Lamaku tidak menikmati masakan emak. Selalunya aku akan makan di luar.
  “Butang tidur mana semalam,” soal emak. Aku mengangkat sedikit muka.
  “Tidur rumah Ila,”
   Hampir tiga hari aku tidak pulang ke rumah. Sakit hati kalau aku pulang ke rumah pun. Petang tu, aku balik sekejap nak ambil barang. Aku pun masuk lah dalam bilikku. Tengok ada abang tiri sedang tidur nyeyak. Terkejut aku bila lelaki itu tidur dengan bajuku. Tanpa membuang masa, terus aku keluar daripada bilik itu.
  “Yang kau pergi tidur rumah orang tu buat apa,” tanya Emak dengan kasar.
  “Ila minta teman dia tidur dekat rumah dia. Lagipun petang hari tu, Butang tengok Abang Zul tidur kat bilik Butang,”
  Emak hanya diam. Aku hanya memandang.
  “Ada orang pinang kau,” luncur daripada bibir Emak.  Bersembur nasi daripada mulutku. Terperanjat aku dengan ayat Emak. “Emak dah terima pinangan tu,”
  Semakin aku terkejut. Soalan tertubi-tubi terjah di mindaku. Patut lah emak masak semua ni. Sepatutnya mak kerja hari ini. Nasi yang ku jamah terasa seperti butiran pasir.
  “Apa ni mak! Orang kecil lagi nak kahwin bagai. Mak, umur orang baru 15 tahun. Bukan 25 tahun. Mak jangan orang lagi tertekan boleh tak,” suaraku mula melambung tinggi.
  “Aku nak kau kahwin cepat-cepat tak kesah lah pasal umur. Nanti kau boleh tumpang senang dekat bakal laki kau tu. Bukan susah mana pun. Laki itu banyak duit. Kau nak apa, mesti kau dapat punya,” kata mak kepadaku. Emak semakin berang bila aku tidak boleh menerima tentang keputusannya.
  “Butang tak suka jenis manusia suka ambil kesempatan atas kehidupan orang lain. Kalau Butang nak, Butang cari sendiri duit itu. Butang boleh kerja dekat kedai Pak Abu. Mak, tak perlu atur hidup Butang. Selama hari ni, hidup Butang tak ada sapa pun urus. Butang sakit ke dah nak mati ke, ada mak ambil tahu. Tak ada langsung!” Titik. Aku terus cuci tangan dalam bekas kecil berisi air basuh tangan. Aku mengatur langkah keluar daripada dapur tu.
  “Aku nak bagi kesenangan dengan kau. Boleh kau tolak mentah-mentah. Orang lain nak hidup senang. Kau nak hidup susah!” teriakkan Emak aku tidak endahkan. Makin hari ini, makin teruk perangai Emak. Kadang-kadang balik rumah, kadang-kadang dua minggu sekali baru balik.
  “Kenapa duduk sini sorang-sorang,” ucapan itu telah menyentuh lamunanku. Teguran daripada lelaki berkaca mata dan mempunyai wajah tampan. Tenang bila aku memandang lelaki itu. Lelaki itu merupakan anak penghulu kampung itu. Lelaki itu daripada golongan baik-baik
  “Saja, cari ketenangan dekat sini,” Aku membalas. Lelaki itu turut duduk di atas timbunan batu besar kawasan air terjun itu.
  Lelaki itu hanya memandangku. Lelaki itu tua daripada tiga tahun. Namanya Ramadhan. “Bahaya duduk sini sorang-sorang. Tambah pulak, Butang tu perempuan walaupun rambut tu pendek macam laki,”
  Aku menyusap rambutku sendiri. Benar kata Ramadhan, walaupun fikizalku seperti lelaki. Tapi kekuatanku hanya seorang perempuan. “Entah, Butang rimas duduk di rumah. Tu yang Butang datang sini. Tenang sikit. Hidup Butang tak seperti kawan-kawan Butang lain. Ada keluarga yang sempurna. Cemburu bila tengok Amy, Nurul, Shima. Diaorang punya keluarga bahagia. Kenapa Butang tak ada keluarga macam tu? Apa salah Butang sebenarnya,”
  “Itu namanya ujian Butang. Sapa pun tak minta hidup dalam susah. Sedang orang gila pun tak minta dia jadi macam tu. Butang adalah insan terpilih untuk di uji oleh Allah S.W.T. Sekurang-kurangnya, Butang masih mempunyai mak dan ayah tirikan. Butang fikir anak-anak yatim piatu. Diaorang tu lagi  tiada sesiapa di dunia ini. Butang kena bersyukur masih punya keluarga,”
  Kata-kata lelaki itu tenang. Di kala itu aku berasa tenang melihat wajah seperti ada cahaya menyinari pada wajah itu. Aku hanya diam.
  “Butang boleh bentuk keluarga tu balik. Hidupkan suasana kekeluargaan. Contoh Butang boleh ajak mereka makan bersama  berbual dan berkongsi masalah. Setiap manusia di muka bumi ini tidak boleh lari daripada masalah. Sabar itu penting dan Allah sangat mencintai orang-orang yang sabar. Butang kena selalu berdoa kepada Allah,” sambung lelaki itu lagi.
   Berdoa? Melantun ayat itu mindanya. Solatku 5 waktu sehari semalam entah hilang kemana. Bukan setakatku termasuk emak dengan ayah tiri. Ayah tiriku bila pulang aje ke rumah pasti mabuk-mabuk. Abang-abang tiriku, mengusung anak dara orang sehingga ke  katil. Sakit hati dan berbulu mataku melihat semua itu. Sampai bila aku harus begini.
  Ibnu Mas’ud dalam sebuah riwayat pernah mengatakan: Daripada Abdullah bin Mas’ud berkata: "Seakan-akan aku memandang Rasulullah SAW menceritakan salah seorang nabi, yang dipukul oleh kaumnya hingga berdarah, kemudian ia mengusap darah daripada wajahnya seraya berkata, "Ya Allah ampunilah dosa kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui".  (HR. Bukhari)
* * * *
TIDURKU terjaga. Baru setengah jam melelapkan mata. Tidurku di ganggu oleh panggilan telefon bimbit. Aku mengagau-gagau telefon yang tidak berhenti-henti menjerit. Tanpa memandang nombor yang tertera pada skrin. Terus aku menekan butang hijau.
  “Hoi kau dekat mana Butang!” jerkah si pemanggil.
   “Rumah lah! Yang kau ni apahal main-main jerkah pulak,” balasku sambil memejamkan mata.
   “Wei, kau datang dekat jalan besar cepat lah!”
 Aku terus bangun daripada dari katilku sambil meraup mukaku.
   “Nak buat apa pergi sana,” ucapku dengan malas.
   “Mak kau kemalangan lah wei!!”
    Telefon bimbit itu terlepas daripada genggaman tanganku. Bagai gugur jantung ku setelah mendengar khabar itu. Aku terduduk membisu! Bersama linagan air mata aku. MAK!!
* * * * *
    SESAMPAI di tempat kejadian, terdapat ramai orang yang telah berada di situ. Aku berlari sekuat hatiku. Jantungku berdegup semakin pantas. Nurul mendapatkan aku yang termegah-megah keluar daripada kawasan kampung ke jalan besar. Melihat daripada wajah Nurul, matanya kemerah-merahan sedikit.
  Nurul memimpin aku ke arah tempat di kelilingi orang kampung. Orang kampung memberi lalu untukku. Mengeletar tubuh badanku. Dilihat sekujur tubuh di selimuti kain batik. Jantungku kian berdegup kencang. Aku menghampiri tubuh kaku itu. Aku memyelak kain batik itu. Ternyata benar. Yang terbaring itu mak aku. Manik-manik jernih kian lencun membasahi pipi.
 “Mak! Kenapa mak tinggalkan Butang,” ucapku. Nurul memeluk tubuhku. Aku tidak kuat lagi.
 “Butang, kau kena kuat dan tabah macam mana keadaan pun,” kata Nurul juga tenggelam dalam tangisan. Seburuk-buruk mana pun mak, dia tetap mak aku. Kini aku tiada siapa lagi tempat bergantung.
   Di kawasan tanah perkuburan, langit mendung. Awan gelap digantung, perarakan yang berarak di langit. Cahaya matahari tidak lagi kelihatan, yang diliputi dengan awan kelabu yang membawa aura sedih. Tidak lama kemudian, hujan akan turun lagi, semua orang tahu. Suasana pada masa itu, seperti perasaan butang yang kesedihan kehilangan emaknya.  
  Aku masih tersedan-sedu di kawasan perkuburan mak. Aku seolah-olah berada di dalam sebuah mimpi. Tolong kejutkan aku daripada mimpi ini. Aku tidak sanggup tuk laluinya lagi. Aku sedar ini bukan sebuah mimpi sewaktu di ulit lena. Hakikatnya ini suatu kenyataan.
  “Sudah tu, nak. Tak baik terus menanggis macam tu,” suara itu menerjah di cuping telingaku. Orang-orang kampung yang hadir di tanah perkuburan kian beransur pulang.
  “Mak Siah balik lah dulu. Butang nak duduk sini,” ucapku dengan suara agak mendatar sambil meramas-ramas tanah merah itu.
  “Karang  kau singgah rumah Mak Siah dulu tau,” pujuk Mak Siah  lagi. Rumahku dengan rumahnya hanya bertentangan. Air mataku masih bersisa. Cepatnya mak tinggalkanku dalam usiaku yang mentah ni. Aku tak mampu menolak takdir. Sesungguhnya, DIA telah mengaturkan segala-galanya.

* * * * *
   AKU menyandarkan kepalaku pada kerusi rotan di rumahku. Hampir dua minggu pemergian mak, aku terasa sunyi sangat. Tiada lagi bebelan mak selalu menganggu tidurku. Tiada lagi senyuman ikhlas daripada wanita itu.
   Kepalaku terasa berdeyut-deyut. Aku cuba memejam mata seketika. Tetapi tidak berjaya. Rumah kecil itu kosang. Bagaikan tiada penghuninya. Bapa tiriku, tak tau ke mana. Sejak mak pergi, aku langsung tidak nampak bayang lelaki tua itu termasuklah dengan anak-anak dia.
  Biarkan ajelah mereka tu. Tak pernah pun aku perdulikan mereka. Aku menegakkan badanku. Terasa sengal-sengal pada bahu. Waktu siang aku lebih menghabiskan masa di rumah ini. Apabila malam menjelma, aku tidur di rumah Mak Siah. Mak Siah tidak mempunyai anak. Wanita separuh abad itu hanya mempunyai anak angkat dua orang dan cucu angkat empat orang.
   Sementara waktu ini, makan pakai aku di jaga oleh Mak Siah. Mak Siah baik denganku. Dia ajarku supaya tabah harungi dugaan hidup. Tetiba mataku terpandang sesuatu di bawah meja kecil di hadapanku. Buku log berwarna biru. Hatiku mendesak-desak supaya mengambil buku itu.
  Dengan pantas tanganku mencapai buku log itu. Tanganku ringan menyelak setiap lembaran. Kosong. Sehelai demi sehelai cubaku selongkar. Akhirnya, aku mempunyai tulisan kepunyaan mak.
12 Januari 2XXX
    Butang. Kau dekat mana, nak. Rindu sangat dekat kau. mak teringin sangat-sangat nak bermesra seperti dulu. Menonton television sama-sama. Masak kek coklat sama-sama. Mak nak sangat rasa balik kenangan semua tu.
   Mataku mula berkaca-kaca. Di selak lagi lembaran seterusnya.
 20 Januari 2XXX
   Mak nak minta maaf sangat-sangat dengan Butang. Mak harap Butang maafkan, mak. Mak tahu, Butang sudah hilang seratus peratus kepercayaan Butang terhadap mak. Mak tak mampu nak buat apa-apa lagi, sebab bapa tiri kau selalu mengugut dan mengamcam mak macam-macam. Mak minta maaf sayang.
   Aku menyeka air mata yang tumpah ke pipi. Tarikh tu keramat buatnya, tarikh yang meragut kesuciaannya ketika itu.
09 Mac 2XXX
   Mak dinaikkan pangkat lagi . Jadi tuk meraikan kenaikkan pangkat mak. Mak masakkan Butang sedikit masakkan kegemaran Butang. Mak dah lama tak masakkan tuk Butang. Sambal udang itu kegemaran Butang. Tapi malangnya, Butang tak habiskan masakkan. Kita bertekak lagi di hadapan rezeki itu. Hurm.. itu bukan kali pertama kita bergaduh masa makan. Cakap sikit mula melenting. Masing ego. Bila mak cakap, mak terima pinangan itu. Kau terus marahkan mak. Mak buat semua tu tuk kebaikan kau juga. Penat mak cakap dengan kau ni, Butang tetapi mak tak penah nak salahkan Butang, mak tahu semua ni salah mak sendiri sebab tak penah nak berikan didikan dan kasih sayang mak pada Butang setelah pemergian abah dulu. Maafkan mak ye Butang .
  Mak! Butang maafkan mak. Janji mak halalkan semua rezeki mak pernah berikan tuk Butang. Butang sayang mak! rintih di hatiku. Pantas aku menutup buku itu. Lalu di letakkan di atas pahaku. Terselit sesuatu pada buku itu. Aku mengambilnya. Gambarku bersama mak semasa berumur 8 tahun. Sewaktu bercuti di Pulau Pinang. Kepingan gambar itu kudakap penuh perasaan hiba dan sayu.
* * * * *                                                                                                      
    SEMILIR petang bertiup lembut menampar dedaun ketapang yang lebar. Suasana di kawasan itu agak sunyi pada waktu petang. Di tanah perkuburan itu, terdapat seorang gadis terlaku di hadapan kubur kedua-dua ibubapanya.
  Gadis itu sedang khusyuk membaca suruh yassin untuk di sedekahkan kepada mak dan abahnya yang telah pergi buat selama-selamanya. Selesai membaca yassin, gadis itu menjirus air pada kubur itu sambil mencabut rumput-rumput yang tubuh di kubur ibu bapanya.
  Hampir setiap bulan, dia pasti akan menjenguk tanah perkuburan tu. Kawasan itu bagaikan rumah keduanya. Dia tiada lagi tempat mengadu dan tempat menumpang kasih.
  “Mak, Abah. Hari ini genap 20 tahun Butang di lahirkan di dunia ni. Butang masih ingat lagi hari jadi Butang masa umur 8 tahun. Tahun tu, tahun terakhir Butang sambut hari lahir bersama abah. Mak, Butang nak ucap Selamat Hari Ibu. Hari ini juga Hari Ibu. Butang hanya mampu sedekahkan Al-fatihah buat mak. Mak, abah. Butang rindu sangat dekat mak dengan abah. Butang teringin sangat nak cium pipi mak, macam Butang selalu buat  masa kecil dulu. Abah, Butang dah besar sekarang. Butang nak jadi macam abah. Nak jadi guru, nak ikut jejaka langkah abah,” ucapku teresak-esak.
  “Mak dengan abah risau tentang Butang. Butang ada mak angkat. Butang panggil dia, Ummi. Dia yang jaga Butang. Dia hantar Butang ke sekolah semula. Dia ajar Butang mengaji dan memasak. Ummi seorang pengurus rumah anak-anak yatim,”
  Ummi merupakan mak angkatnya di pusat penjagaan anak-anak yatim, Teratak Pertama Kasih. Ummi seorang ibu tunggal tidak mempunyai anak. Aku rapat dengan Ummi, pertemuaan aku dengan Ummi di pasaraya ketika itu Ummi sedang angkat barang yang banyak lantas aku menolongnya. Ummi seorang insan yang baik, kasih sayang diberikan tidak berbelah bagi. Biarpun aku sudah meningkat dewasa aku masih di situ. Ummi tak melarang kalau anak-anak yatim yang lain ingin mula kan hidup baru apabila sudah berusia 20.
  Teratak Pertama Kasih, aku menolong Ummi membuat kerja-kerja harian. Contoh mengejutkan anak-anak yatim tu bangun tuk solat subuh, menyediakan makanan pagi, petang dan malam dan mengatur program menarik di teratak itu. Senang hatiku melihat anak-anak tu ceria dan gembira, biarpun ku tahu hati mereka tidak seceria itu.
  “Mak abah, Butang balik dulu nanti Butang jenguk mak dengan abah lagi,” kataku seraya bangun dan mengulung tikar mengkuang. Sayu hatiku meninggalkan mak dengan abah di situ. Bukan satu perkara yang mudah tuk ku bangkit semula dan meneruskan kehidupan seperti sedia kala.
    Sejak mak tiada di sisi, bapa tiriku tidak dapat di kesan. Aku mendengar cerita anak sulung bapa tiriku di tangkap khalwat dengan budak sekolah di rumah kosong. Manakala anak keduanya, turut menghilang. Aku pun tidak pasti mereka semua di mana. Zack, terlintas sebaris nama kecil itu.
   Turut daripada orang kampung Zack di tahan oleh polis apabila di terlibat dalam pengedaran dadah. Keringat pada lelaki berambut kerinting itu, Man. Sejak aku kehilangan mak, jarang aku bertemu dengannya. Kali terakhir semasa di pasaraya. Itu hanya seketika berborak dengannya.
  Aku menapak kaki keluar dari tanah perkuburan ke arah kereta kancil milik Ummi. Ummi mengizinkan aku menggunakan kereta itu. Baik sungguh hati Ummi, tidak terkira lagi dengan jasa-jasa yang di curahkan untukku.
  Aku memasukkan tikar mengkuang itu ke tempat duduk belakang. Pintu kereta itu ku tutup kembali. Tanganku lincah membuka kereta tempat duduk pemandu.
  “Assalamualaikum,” teguran itu mengejutkanku. Tambah pulak aku di tanah perkuburan. Aku menoleh ke arah yang memberikan salam itu. Seorang lelaki. Aku hanya menjawab salam di dalam hatiku. Cantik. Desis si pemberi salam itu.
  Butang mengenakan baju kurung cotton berwarna ungu lembut dan bertudung bawal sedondon dengan warna baju. Lelaki itu segak bergaya, lelaki itu mengenakan baju kemaja warna biru berkotak-kotak dan berkaca mata.
  “Maaf lah ganggu cik. Sebenarnya, saya nak tanya. Adakah gelang kaki ini kepunyaan awak?” soal si lelaki itu sambil menunjukkan seutas gelang kaki perak. Riakku berubah. Memang benar itu kepunyaan. Sudah puasku mencari tidak jumpa.
   Aku hanya mengangguk tanda mengiyakan. Lelaki itu menyerahkan kembali. Gelang itu bertukar tangan.
  “Terima kasih, sudah puas saya mencari gelang ini. Malangnya tidak di jumpai. Terima kasih selagi encik..” kataku.
   “Saya Wan Ramadhan Bin. Wan Jaffar,” balas lelaki berkaca mata itu. Aku sedikit terkejut. Anak Tuk Penghulu rupanya. Patut seperti pernah berjumpa.
  “Saya Nur Iman Anisa Binti Abdul Kadir,” giliranku memperkenalkan diri. Itu lah namaku. Nur Iman Anisa, diberi gelar Butang. Ini lah kisah hidupku.  Aku harus kuat mengharungi sebuah kehidupan yang penuh ranjau dan suka duka. Sesungguh hargai lah mereka selagi masih ada. Bila semuanya pergi, baru kita merasakan kehilangan mereka. Tiada siapa bisa menggantikan tempat kedua-dua ibu bapa kita.
TAMAT

8 comments:

  1. mengalir-ngalir air mata baca cerita ni..tersentuh sgt..best jgk kalau ada smbgn tntg Butang dgn Ramadhan,hehe :)

    ReplyDelete
  2. @Nur Atikah Mohamad sob..sob.. saya pon tumpang nangis jugak. alahai, malu lah nak sambung cerita butang nagn ramadhan

    ReplyDelete
  3. Best akk tulis. Tiap hari sy on9, sure sy cek akk punya blog. Sy suka baca apa yang akk tulis :) And sy tgah tggu ni sambungan cerita 'Kekasih kontrak'

    ReplyDelete
  4. @Syifa Insyirah best macam mana pun masih ada lagi kekurangan. terima kasih sellu jenguk belog akak. Cerita kekasih kontrak. esok atau lusa diupdate okay :)

    ReplyDelete
  5. Ok kak :) Tunggu nie :D heheh. Thankss. Crita tu sangat best :D Sy pun nak jdi penulis, cuma sekarang tak bolehlah. SPM mnunggu. heheh.

    ReplyDelete
  6. waa, finally cerpen yang aya buat.. :) best lah aya.. cerita tentang kisah butang nie buat kita bersyukur dgn apa yg kita ada.. tak semua orang bernasib baik kan... huhu..

    Psst! tak nak sambung pulak ke cerita butang/iman dgn ramadhan?? mesti menarik... :) apa2 pun congrats...

    ReplyDelete
  7. @anis farzana yes finally, berjaya jugak buat. haha. puas mencari kekuatan dan idea. the moral story, hargai lah dia sana ada di sisi.

    sambungan? malu nak sambung sebenarnya hehe, insyaallah. kalau mampu aya sambung okay :)

    ReplyDelete
  8. Best cer tntng butang ni..kak aya smbung la kisah butaang/iman dngn ramadhan..msti lgi syok..cntik la gmbr mason dp akak..sy pn mnt mason..

    ReplyDelete

Dah habis baca. Harap semua terhibur dengan karya conteng itu
Satu komen daripada pembaca membuat saya tersenyum lebar. Terima kasih nanti aya update lagi :)