BAB
7
SEORANG pemuda lelaki keluar daripada bilik air sambil mengelap rambutnya kebasahan
dengan menggunakan tuala kecil. Pemuda itu hanya memakai seluar pendek paras
lutut dan berbaju T putih tanpa sebarang corak. Dia melabuhkan punggung pada
katil empuk seraya itu dia meletakkan tuala kecil itu di atas katil. Tangan
mencapai telefon bimbit berjenama iPhone di atas meja kecil itu.
Dia menerima satu mesej segera di buka.
Daripada Meldina.
Sorry baby. Malam ni i busy lah. Next
time kita keluar okay.
Pemuda itu mengeluh kecil. Gadis itu sejak
kebelakang ini sering kali mengelakkan diri daripdanya. Entah dia sendiri tidak
pasti. Meldina. Perkenalan singkat membawa bibit percintaan. Pertemuan di
sebuah parti sambutan hari jadi di luar negara beberapa tahun lalu. Gadis itu
sememangnya di besarkan dalam serba kemewahan. Bermandi dengan berjuta-juta
wang ringgit.
Dia melemparkan telefon itu di atas katil.
Langkahnya mengatur ke arah jendela. Pemuda itu menatap langit dari ruang
kamarnya. Berdetar hampir mendengar angin pergi. Tenang. Fikirannya kusut.
Memikirkan masalah kerja dan memikir tentang
permintaan ahli keluarga. Sudah beracap kali, ibubapanya ingin mempunyai
menantu. Usianya masih mentah untuk mempunyai keluarga pada waktu. Bila disebut
pasal Meldina pasti umminya bising. Jelek sangat ummi memandang Meldina. Ye!
Antara aku dan Meldina. Jauh bezanya. Keluarganya tidak bertaraf seperti
keluarga Meldina. Anak orang atasan.
Beberapa minggu lalu, ummi menyatakan
hasratnya untuk menghantar rombongan kepada Zurin, sepupu sebelah umminya.
Zurin, gadis itu sememangnya gadis sama seperti gadis-gadis melayu yang lain. Sifatnya
sopan, lemah lembut, tutur bicaranya baik-baik belaka. Tapi hati dan jiwa ku
bukan untuk gadis. Hatiku mulai memberontak. Penatku menolakkan rencana ummi
bulat-bulat. Carilah yang layak untuk gadis sebaik itu. Akhirnya ummi mengalah
bila aku memujuknya.
Telefon bimbitnya kembali berbunyi. Dia
menoleh ke belakang kakinya menghayun langkah ke arah katilnya. Terdapat satu
mesej di terima olehnya. Daripada Badrul.
Jum
keluar bosan. Aku jumpa kau dekat tempat biasa.
Bebola
kedua mata hitam sentiasa bergerak
mengikut huruf berbaris kemas di telefon bimbit itu. Setelah itu. Membalas
mesej tersebut. Segera dia menukarkan pakaian.
****
PUSAT hiburan yang di kunjungi ini agak eksklusif. Biarpun semakin larut malam makin
ramai para pengunjung yang datang. Suasana di dalam kelab malam itu semakin hangat
dengan di selangi bunyi muzik yang rancak begitu membinggitkan telinga. Dance floor semakin ramai. Tarian mereka
menghangatkan suasana kelab di kala itu.
“Kau seorang je, Reen,”
Andrew.
Seorang lelaki berbangsa cina merupakan
teman rakannya ketika berada di sini. Lelaki itu petah berbahasa melayu.
Perbezaan umur mereka hanya muda setahun. Di sebelah lelaki cina itu seorang
gadis cina berskirt pendek
dan baju sendat mendedahkan seluruh bahu itu,. Gadis itu
sering ada bersama, jika mereka berjumpa.
“Seorang je. Aku tunggu Badrul. Lambat sangatlah,” jawab Nazrin, dia terpaksa
menguatkan suaranya akibat bunyi muzik agak kuat.
“Rilekslah bro. Kau macam tak tau aje
dengan perangai Badrul tu.
Mereka duduk di satu sudut kecil menempatkan sofa dan meja kecil. Pemuda cina itu tanpa segan meneguk minuman keras itu
bersama kekasihnya. Nazrin hanya memandang gadis-gadis di pentas ligat membuat
persembahan.
Begitu sikap Badrul, dia yang atur agenda.
Dia yang lambat sampai. Sebal sungguh mengenang kawannya yang kenal semasa
berada di US dulu.
“Sorry bro lambat sikit,” terasa bahunya di
sentuh. Nazrin menoleh ke arah suara amat di kenali itu. Andrew sudah
tersengih-sengih di kala itu.
“Apahal lambat sangat,” kata Nazrin sambil
menunjukkan jam pergelangannya. Badrul menarik sengih.
“Nincy buat hal lagi,”
“Dia buat hal lagi?” soal Nazrin kembali.
Nincy, gadis berbangsa cina dan seorang gadis kaki clubing. Entah macam mana
boleh melekat dengan Badrul.
“Biasa lah Nincy kau macam tak kenal perangai
dia,”
Nazrin keringat wajah Nincy. Seorang wanita
berpakaian seksi dan berwajah pan asian. Badrul meraba-raba poket baju
kemajanya mencari kotak rokok. Dia mengelurkan sebatang isinya lalu diketip di
bibirnya sebelum dinyalakan dengan lighter Zippo. Nafasnya dilepaskan bersama
asap berkepul-kepul.
“Eh, mana Mel. Tak nampak pun,” soal Badrul kembali. Mata lelaki itu meliar
segenap ruang pusat hiburan itu.
“Dia busy lah,” Nazrin membalas dengan wajah
suram.
“Aku jarang tengok korang dah sekali,” ujar
Badrul sedang rokok itu di hisap lagi. Pandangan tertumpu kepada beberapa orang
bartender yang berada di belakang meja bar. Di tangan mereka ligat menarik dan
melambung-lambung yang di katakan menjadi nikmat.
Botol minuman keras tersebut melayang ke
udara, berpindah tangan dari kiri ke kanan. Sorotan mata dan tangan si
bartender pun bergerak pantas, menyambut
botol tersebut dan terus membuat gerakan
berpusing. Kemudiannya menyambutnya kembali lalu terus menuangkan minuman di
dalam botol itu ke dalam gelas yang sudah tersedia di meja bar.
Nazrin hanya diam. Sampai bila-bila pun tak
habis kalau fikiran pasal Meldina. Andrew dan teman wanita sudah bergerak ke dance floor. Lenggang lenggok daripada
gadis cina itu memukau.
“Honey,
penat I cari you tau. Naik lenguh kaki I dibuatnya,” suaranya merengek manja.
Linda duduk di sebelah Nazrin. Bahu Nazrin dipeluk erat.
“Kenapa
nak cari I?” Nazrin bertanya.
“Because I missed you like crazy. I tahu
you pun mesti rindukan I,” Linda mengelus-ngelus pipi Nazrin.
“Apa mimpi you tiba-tiba rindukan I ni.
Selalu tak pernah pun,” getus Nazrin. Nazrin menjauhkan wajahnya dari Linda.
Badrul hanya diam melihat gelagat manja
daripada gadis bernama Linda. Kalau Meldina mati kau, Reen. Bisik Badrul di
hatinya. Kenal sangat perangai Meldina suka naik angin tak tentu pasal.
Linda tertawa kecil. “Mana girlfriend you, I
tak nampak pun,”
“Mel busy lah,” ujar Nazrin. Nazrin sengaja
membiarkan Linda mendekatinya. Sejak-sejak ini dia terasa sunyi. Sunyi bermanja
daripada seorang gadis.
Linda melentukkan kepalanya di bahu Nazrin.
Nazrin tidak melarang. Di biarkan saja.
“Really.
Busy sangat ke dia sampai tak layan
you,” Haruman bau daripada Linda. Nazrin. Mencarik-carikkan nalurinya. Linda
bijak menggoda mana-mana lelaki pasti cair dengan lenggang lenggongnya terselit
lesung pipit penambah seri pada Linda.
“I rasa dia tak busy pun,” ucap Linda seraya
mengangkat kepalanya dan memandang wajah pemuda itu. Riak wajah Nazrin kaget
sedikit.
“Kenapa you cakap macam tu,” soal Nazrin.
“Cuba you perhatikan betul-betul, perempuan
dekat meja bar tu,” ujar Linda sambil menuding jari runcing ke arah meja bar
itu. Seorang perempuan muda yang sedang berdiri depan bar itu. Tanpa segan silu
gadis di maksudkan oleh Linda memberikan ciuman hangat pada pipi si bertender.
Memang benar itu Meldina. Perempuan itu tipu
aku hidup-hidup. Dasar perempuan tak guna!
********
NAZRIN menerjah ke ruang dapur. Di lihat ummi dan abah serta adik bongsunya, Suraya
berada di ruang dapur sedang bersarapan pagi. Dia kemudian menarik kerusi dan
segera mendudukkan diri, memulai sarapannya. Suraya memandang tetap ke arahnya.
Nazrin menyeduk mee goreng ke dalam pinggan
sudah tersedia atas meja itu.
“Semalam Reen pergi mana,” soal Puan Nora.
Pergerakkan senduk ke pinggannya terhenti. Selepas pulang daripada kelab itu,
pukul 3 pagi dia sampai ke rumah. “Reen pergi tempat tu lagi,”
Nazrin sekadar mengangguk. Abah, En Kamal
sedang membaca surat khabar lantas melipatkan surat khabar itu lalu di letakkan
di atas meja.
“Ummi dah pesan banyak kali kan. Jangan pergi
tempat macam tu. Langsung tak nak dengar cakap ummi,”
Puan Nora membuka mulut. Puas ummi dia
melarang dia pergi ke kelab malam. Ummi risau kalau berlaku apa-apa di sana
nanti.
“Reen masih berhubung lagi ke Mel tu,”
pertanyaan Puan Nora membuat terhenti suapan mee goreng ke mulut.
“Reen dah putus dengan dia,” jawab Nazrin
senada.
“Baguslah, ummi tak berkenaan sangat dengan
budak tu. Tak layak nak jadi menantu ummi langsung,” Nazrin hanya sekadar
mendengar. Suraya sudah tersenyum-senyum. Mereka suka sangat kalau aku tak ada
apa-apa hubungan dengan Meldina. Keringat kejadian semalam. Kejadian semalam
memang menyakitkan hatinya.
“Silakan..” kata si bertender sambil
melemparkan senyuman kepada gadis berdiri di hadapan meja bar itu. Bertender
itu kenal sangat gadis itu yang sering mengunjungi kelab malam untuk melepaskan
segala tekanan.
Tubuh badan gadis itu mengikut hentak muzik
sedang di mainkan. “Thanks sayang...” balas Meldina. Tanpa rasa segan sebuah
ciuman melayang ke pipi lelaki bergelar bertendar. Dia hanya tersenyum, lalu
kembali melayani tetamu yang lain. sesekali si bertendar melirikkan matanya ke
arah gadis itu.
Tangan Meldina di rentap kuat. Terkejut
Meldina ketika menoleh ke arah lelaki yang merentap tangan. Riak wajah
serta-merta berubah. Tanpa membuang masa lelaki itu mengheretnya keluar
daripada kelab malam itu. Geram dengan perangai Meldina sering kali menipunya.
“Dah lama buat kerja macam tu!” bentak
Nazrin ketika. Tersentak Meldina apabila Nazrin meninggikan suaranya. Sepanjang
perkenalan dengan lelaki itu tidak pernah menengking atau meninggikan suara.
“You, text I cakap you busy. Alih-alih I
jumpa you dekat sini,” Nazrin mula naik berang. Wajah Meldina sepeti ketakutan.
Meskipun pengunjung di situ keluar masuk ke kelab malam itu tidak di hirau. Nazrin
langsung tidak dapat mengawal emosinya.
“Tadi memang I busy. Tapi selepas tu, I tak
busy dah,” kata Meldina satu per satu. Nazrin melurut kasar rambut. Sakit hati
dengan perangai Meldina. Ingat kan sudah berubah, tapi sama aje. Meldina
mendekati lelaki itu, walaupun dia tahu yang Nazrin sangat marah padanya.
Meldina memaut lengan lelaki itu. Serta merta tangan Meldina tepis kuat.
Terperanjat Meldina dengan sikap Nazrin.
“You tak payah susah payah nak tipu I. I
tahu yang you memang hubungan dengan bertender tu kan,” jerkah Nazrin. Terketar-ketar
tubuh Meldin akibat di jerkah. Beberapa pasang mata-mata yang melihat drama
swasta mereka di situ. Air hangat mengalir di tubir Meldina. Malu apabila dia
diherdik oleh Nazrin di khalayak ramai.
“You dengar sini. Mulai malam ni, hubungan
kita dah tak ada apa.,” kata Nazrin sebelum meninggalkan Meldina di situ. Sebal
hatinya dengan sikap Meldina.
“Along!” sergah Suraya memecahkan
lamunannya ketika itu. Nazrin terpinga-pinga seketika.
“Along dengar tak Suraya cakap tadi,” soal
Suraya dengan tidak puas hati.
“Su, cakap apa tadi,” soal Nazrin kembali. Puan Nora sudah
tidak berada lagi meja makan itu. Abah pun begitu juga. Hanya Nazrin dan
Suraya.
“Suraya cakap, Along temankan Suraya tengok
wayang nak tak?”
“Malas lah. Along nak rehat aje hari ini.
Mengantuk lah,” jawab Nazrin malas-malas. “Nah ambil pinggan ni basuh. Tahu nak
keluar je,”
Nazrin menolak pinggan ke arah Suraya.
Suraya buat muka tidak puas hati. Nazrin sudah mendaki tangga menuju ke
biliknya.
*
* * * *
“MAMA!”
jeritan budak kecil mengejutkan Munirah sedang leka membaca Majalah Remaja.
Pantas Munirah mendukung budak kecil itu ke ribanya. Budak kecil berbaju gaun
berwarana hitam putih dengan rambut di ikat tocang.
“Ifa datang dengan sapa ni,” soal Munirah
dengan penuh manja terhadap anak budak kecil itu. Nurul Asyifa Binti Saiful
Irfan. Berusia 4 tahun. Sebaya dengan Auzaie anak Kak Maya.
“Ifa datang dengan papa lah. Ifa rindu
mama,” kata budak kecil itu. Ifa itu dibahasakan dirinya. Pantas Munirah
mencium pipi gebu Asyifa.
“Rindu mama je,” soal Puan Aida yang datang
daripada arah dapur sedang menatang dulang ke ruang tamu. “Nenek, tak rindu
ke,”
Tersengih Asyifa apabila di soal. “Mesti
lah rindu nenek jugak,”
Puan Aida mencebik mulutnya apabila anak
kecil itu pandai menjawab. Munirah memicit kedua-dua pipi gebu milik Asyifa.
“Anak mama ni, kecik-kecik lagi dah pandai
menjawab kan,” Tertawa Asyifa.
“Irfan masuk lah dalam rumah ni, malu-malu
pulak,” pelawa Puan Aida kepada Irfan. Irfan melangkah masuk ke dalam rumah.
Munirah mencapai gelas berisikan air oren lalu di berikan kepada Asyifa.
Irfan duduk di sebelah Munirah. Munirah
terasa kekok. Nasib Asyifa berada di situ.
Sekali lagi Munirah mencapaikan gelas di
serahkan kepada Irfan.
“Maaflah abang ganggu Moon time cuti-cuti ni.
Ifa ni dah rindu sangat dekat Moon,” kata Irfan memulakan bicaranya. Puan Aida
sudah berlalu ke dapur semula.
“Tak apa. Moon tak kesah pun. Lagipun Moon
rindu jugak dekat Ifa. Lama tak jumpa Ifa,”
Irfan mengukir senyum seraya meletakkan
kembali gelas it di atas meja kaca itu. Ifa sudah bangun daripada duduk atas
riba ke lantai sambil menonton kartun di tivi.
“Rindu Ifa aje. Dekat abang tak rindu ke?”
soal Irfan.
Sepenggal
senyuman mengukir di bibir Munirah ketika dia menjawab soalan itu. Malu Munirah
apabila disoal begitu. Munirah sengaja membiarkan soalan itu tidak jawab.
Asyifa kembali mendekatinya.
“Mama,
bila mama nak balik rumah Ifa. Ifa bosan lah mama tak ada dekat rumah,” tanya
Asyifa sambil memanjat sofa lalu di duduk di atas paha Munirah.
Munirah
memanandang Irfan. Munirah menarik nafas dalam-dalam. “Mama minta maaf tau.
Mama dah tak boleh duduk rumah itu. Nanti nenek bising. Lagipun nenek dah tak ada kawan dengan rumah ni,”
Asyifa
memuncungkan mulutnya sambil memeluk tubuh. Protes!
“Ajak
lah nenek sekali. Boleh kan, papa?” soal Asyifa lagi. Tak padan dengan kecil
sudah banyak idea.
“Cuba
pergi tanya nenek,” jawab Irfan kembali. Asyifa sudah terkulat-kulat turun
daripada pahanya. Asyifa berlari mendapatkan Puan Aida.
“Tak
baik tau, abang buat Ifa macam tu,” ucap Munirah. Irfan sudah tersengih-sengih.
“Moon still
kerja dengan mama ke,” soal Irfan lantas menukar topik perbualan. Munirah
mencapai piring berisikan kuih cucur jagung. Munirah menggunguk sambil
menyuapkan kuih itu ke dalam mulut.
“Kalau
macam tu, Moon kerja dengan abang aje lah. Tak payah susah payah temuduga,” jawab
Irfan dengan menyambar kuih itu. Munirah
memandang Irfan. “Boleh jadi setiausaha abang. Sebab setiausaha abang sekarang
tengah pregnant. Lama-lama nanti kena cari juga setiausaha baru,”
“Nanti
lah Moon fikir dulu. Sebab dah selesa kerja dengan mama,” Munirah menjawab.
Melihat wajah Irfan kehampaan. Pasti Irfan mengharap aku bekerja dengannya. Kedengaran
suara Asyifa menjerit-jerit keceriaan di halaman rumah.
“Jom
tengok Ifa,” kata Munirah sudah bingkas berdiri ke halaman rumah. Di ikuti
Irfan mengekorinya daripada belakang. Lebar Munirah mengukirkan senyuman
apabila melihat telatah Asyifa di usik oleh Puan Aida.
BERSAMBUNG..
Sejak bila Reen pergi club? Nak baca lagi! Nice n3. :)
ReplyDelete@ArifahLee reen pergi club sejak dia duk kat luar negara dulu ni. terbawa lah penyakit tu. terima kasih kerna membaca
ReplyDeleteooo, terbawak penyakit dr oversea...
ReplyDeleteokey, baru saya faham... :)